Anda di halaman 1dari 3

PEMBACAAN KRITIKAL

Oleh : Hasif Bin Shaari


P79165

Pengenalan
Pembacaan kritikal adalah salah satu proses

penting sebelum proses penulisan. Malah ,

membaca dan menulis adalah proses yang sama . Pembacaan kritikal membuatkan pembaca
membaca teks secara aktif dan mencantumkan sel otak mereka. Sebagai seorang pembaca, anda
bukan seorang pembaca yang pasif tetapi pembina kefahaman yang aktif. Tambahan pula,
pembaca akan melahirkan sifat ingin tahu terhadap apa yang dibaca. Selain itu, pembacaan
tersebut akan membuat apa sahaja yang dibaca lebih berguna di dalam kelas mahupun dalam
kehidupan. Panduan ini direka bagi membantu memahami dan melibatkan proses pembacaan
secara aktif dengan lebih berkesan supaya boleh menjadi pembaca yang lebih baik.

Definisi Membaca
Kemahiran membaca merupakan salah satu daripada empat kemahiran bahasa yang penting
dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa. Melalui pembacaan, seseorang itu mampu
menimba ilmu pengetahuan yang tidak dapat diperolehi menerusi pengalaman-pengalaman biasa
yang lain. Kemahiran membaca juga merupakan proses yang dinamik tetapi kompleks. Ia
meliputi keupayaan membaca dengan pantas, memahami fakta, kebolehan mengingati fakta serta
membuat interpretasi secara bijak dan analisis.

Langkah- Langkah Pembacaan Kritikal


1. Pembacaan Seimbas lalu
Pembaca haruslah mengambil perhatian kepada perkara seperti melihat tajuk-tajuk kecil dan
membuat perkaitan terhadap tajuk-tajuk tersebut. Pembaca juga perlulah mengamati rajah,
jadual, peta, dan gambar sekiranya terdapat pada artikel tersebut.
2. Pembacaan Awal dan Akhir
Pembacaan pendahuluan dan kesimpulan sesebuah artikel dapat membantu pembaca
mengetahui isi artikel tersebut secara pantas. Pembaca akan membuat andaian ataupun
membuat olahan dengan pemikiran kritis sendiri. Sebaliknya, pembacaan sebegini tidak
cukup untuk mengumpul semua maklumat yang terdapat dalam artikel tersebut dengan tepat
serta menyeluruh.
3. Pembacaan Terperinci
Pembaca dikehendaki membaca ayat demi ayat dan perenggan demi perenggan secara
menyeluruh bagi memperoleh maklumat yang terkandung dalam artikel dengan tepat.
Pembacaan haruslah teliti agar tiada sebarang maklumat tercicir daripada proses pembacaan
ini. Pembaca hendaklah menterjemahkan kesemua penjelasan dalam bentuk gambaran minda
agar dapat membuat andaian dengan tepat dan memahami bahan bacaan tersebut. Selain itu,
pembaca jangan berpindah ke perenggan lain selagi tidak memahami pembacaan tersebut.
Perlahankan tempo ataupun rentak bacaan tatkala sampai ke bahagian yang sukar dan
membuat pengulangan sekiranya masih tidak memahami konteks perenggan tersebut.

4. Penandaan
Garisi sebarang fakta-fakta yang penting terdapat dalam artikel tersebut bagi memudahkan
pembaca membuat tafsiran. Malah penggunaan kod warna terhadap penandaa tersebut juga
dapat menambahkan lagi kefaman pembaca serta mencari kata kunci yang terus membawa
kepada isi penting artikel tersebut.

5. Ingat Kembali
Setelah selesai pembacaan satu perenggan, lakukan proses ingat kembali fakta dan maklumat
yang telah diperoleh hasil pembacaan kritikal itu tadi. Fikirkan serta gambarkan semula apa
yang telah dibaca sebentar tadi melalui gambaran minda. Setelah habis sesuatu tajuk kecil,
lakarkan kembali apa yang telah dibaca dalam bentuk peta minda atau peta konsep di atas
sehelai kertas.

Penutup
Pembacaan kritikal melibatkan penggunaan kemahiran logik dan retorik. Mengenal pasti
karya pengarang adalah suatu proses permulaan pembacaan yang baik

tetapi untuk

memahami idea penulis sama ada untuk menyokong atau membantah adalah tugas yang
sukar. Persamaan adalah satu proses logik yang menyakinkan pembaca kepada tujuan idea
penulis. Jika idea penulis tidak disokong, bacaan kritikal akan membongkar kesilapan dalam
artikel yang menunjukkan ia menjadi tidak kukuh.

Anda mungkin juga menyukai