Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Filed Under Ko-Kurikulum, Sukan Tahunan Tagged: 4 x 100m, 4 x 200m, Acara Larian, Badan Sihat,
Gelanggang, Hari Sukan, Persiapan, Trek
Assalamualaikum & salam sejahtera
Penat rasanya hari ini. Pukul 5.30 petang baru sampai ke rumah. Walaupun hari ini hari cuti saya perlu
kesekolah untuk menyiapkan gelanggang untuk acara balapan bagi sukan tahunan sekolah. Minggu lepas
perjumpaan rumah sukan telah bermula dan latihan rumah sukan telah juga bermula. Jadi untuk memastikan
latihan rumah sukan dapat dijalankan dengan sempurna, gelanggang perlu disiapkan dengan secepat mungkin.
Gelanggang ini sepatutnya disiapkan sabtu yang lalu tetapi atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan ia
terpaksa disiapkan pada hari ini. Syukur hari ini cuti, jadi dapatlah gelanggang ini disiapkan sepenuhnya.
Baiklah, hari ini saya ingin berkongsi bagaimana untuk menyiapkan sebuah gelanggang untuk acara balapan
dengan anda semua. Bermula dari padang kosong hingga siap sebuah gelanggang bagi acara 400 m, 200 m, 4
x100 m dan 4 x 200m.
Sebagai seorang naib setiausaha sukan tugas saya adalah untuk memastikan gelanggang siap sebelum latihan
rumah sukan. Sebenarnya untuk menyiapkan sebuah gelanggang olahraga adalah tidak sesukar mana jika anda
tahu caranya.
kira jam sepuluh pagi tadi saya bersama 4 orang guru lelaki dan GPK ko-kurikulum memulakan tugas untuk
menyiapkan gelanggang bagi acara olahraga sukan sekolah.
Peralatan yang diperlukan ialah;
1.
Bata blok - Sekurang-kurangnya 3 ketul atau anda boleh menggunakan peralatan yang lain yang
mempunyai sudut tegak.
2.
Tali secukup rasa - Tak kisahlah tali apa pun tapi biarlah sesuai seperti tali raffia atau tali plastik.
3.
Pita pengukur - Kalu boleh lebih dari dua. Panjangnya mestilah lebih dari 100m.
4.
5.
6.
7.
8.
Sebelum membina sesebuah gelanggang, anda perlu membina sebuah segi empat tepat dahulu.Mula-mula buat
satu garisan dengan menggunakan tali raffia di salah satu sisi padang sekolah anda. Tarik semaksimum mungkin
jika anda ingin menggunakan gelanggang yang luas dan padang sekolah anda adalah sempit seperti padang
sekolah saya.
Tarik serenggangnya tali tersebut dan matikan ikatanya.
Sekarang tarik tali dari sisi tadi untuk membina lebar segi empat tepat tersebut. Cara untuk mendapatkan sudut
tepat adalah dengan menggunakan bata sebagai panduan. Letak bata pada tali sisi padang anda dan pastikan
sisi bata tersebut menyentuh tali sisi padang tersebut. Kemudian tarik tali untuk menanda lebar segiempat
pandang anda. Pastikan tali tersebut menyentuh lebar bata seperti gambar dibawah.
Tarik tali tersebut sehingga ukuran yang anda mahu dan matikan ikatanya. Matikan ini bermaksud, ikat pada
pancang.
Kemudian lakukan perkara yang sama pada lebar segiempat padang anda yang lagi satu.
Akhir sekali tarik tali dari hujung lebar segi empat padang anda ke satu lagi hujung lebar segi empat padang
anda dan matikan ikatan tersebut. Ukur panjang setiap sisi dan lebar segiempat padang anda. Adakah ukuran
bagi setiap sisi dan lebar sama? Jika ya maka segiempat anda adalah tepat
Tahniah!
Tali perlu diikat pada pancang dan pancang perlu dipacak jauh sedikit dari hujung trek lurus untuk memudahkah
waktu mengelek minyak. Dan hasil sambungan tali adalah seperti gambar berikut.
Sekarang gelek tali tersebut dengan menggunakan kereta gelek minyak seperti gambar di bawah.
Pastikan tali anda berada ditengah-tengah roda. Lakukan di kedua-dua sisi trek anda.
Sekarang tiba masanya untuk membina trek melengkung pula. Untuk mendapat lengkungan yang catik anda
perlu membina dengan lebih berhati-hati. Memang agak sukar tetapi jika anda melakukan dengan bersungguhsungguh dan berhati-hati, insyaallah hasilnya akan membuat anda tersenyum.
Langkah yang kami gunakan ialah dengan memacak satu panjang ditengah garis lebar yang ditentukan diawal
tadi. kemudian satu tali panjang ditarik dari pusat tersebut. Tali tersebut dipastikan longgar agar ia mudah
berpusing mengikut pergerakan penanda. Tali tersebut juga dipastikan agar sentiasa tegang. Di sini kami
menggunakan cat spray untuk menanda sebelum digelek dengan minyak. Gambar di bawah mungkin membantu
pemahaman anda.
Cikgu Wafi (Setiausaha sukan) sedang menarik tali dan memastikan tali tersebut sentiasa tegang sementara
Cikgu Naswadi & Cikgu Hakimi menanda laluan dengan menggunakan cat spray. Laluan tersebut bakal digelek
oleh Cikgu Zaimi dengan kereta gelek minyaknya.
Ini pula gambar lengkungan yang telah siap digelek dengan kereta minyak. Lakukan perkara yang sama untuk
satu bahagian lagi.
Setelah 3 setengah jam bekerja, kami pun berjaya menyiapkan gelanggang tersebut. Kami mengambil sedikit
masa lagi untuk menyiapkan trek 100 meter. Panjang padang sekolah kami tidak muat untuk acara trek 100
meter jadi terpaksa membuat trek yang menyilang padang. Hari ini kami juga berjaya menyiapkan 2 gelanggan
untuk acara lontar peluru.
Baiklah sekian sahaja buat kali ini.
Wassalam
Cikgu Farizal