Anda di halaman 1dari 80

ISO2101

1.0 PRO FORMA KURSUS

ISO2101
PRO FORMA KURSUS
PROGRAM DIPLOMA PERGURUAN LEPASAN IJAZAH (DPLI)
Kokurikulum
Nama Kursus
Olahraga
Kod Kursus
ISO2101
Kredit
1(0+1)
Jam Interaksi
30
Bahasa Penghantar
Bahasa Melayu
Prasyarat
Tiada
Semesta
Pertama
Hasil pembelajaran
1. Menjelaskan asa olahraga; (1.1), (1.3)
2. Menjelaskan undang-undang dan peraturan asas
olahraga; (1.1), (1.3)
3. Mengaplikasikan teknik dalam olahraga; (2.3),(2.6),
(6.1)
4. Mengaplikasikan kemahiran asas kepegawaian,
kejurulatihan dan kepengelolaan; (2.3),(2.6),(7.4)
5. Mengamalkan nilai-nilai murni melalui olahraga; dan
(3.3), (4.2), (5.3)
6. Menterjemah kandungan kurikulum secara amali melalui
pembelajaran yang bermakna. (2.3),(2.5),(2.6)
Kursus ini bertujuan untuk member pendedahan, pengetahuan

Sinopsis

dan pengalaman kepada pelajar tentang konsep 4K dalam


kokurikulum iaitu kemahiran asas, kepegaiwaian, kejurulatihan
dan kepengelolaan dalam olahraga. penekanan dan
penyampaian kursus dijalankan secara amali berdasarkan
orientasi kurikulum di sekolah.

BIL
.
1

TAJUK
Pengenalan

KANDUNGAN
1.1 Sejarah dan perkembangan olahraga
Antarabangsa
Malaysia
1.2 Jenis-jenis olaharaga
2

JAM
2

ISO2101

Acara Balapan

Acara Balapan

Acara Balapan

Acara Balapan

Acara Padang

Acara Padang

Acara Padang

Kursus Asas
Kepegawaian
atau Asas
Kejurulatihan

10

Pengelolaan
Kejohanan
Olahraga/ Mini
Olaharaga/

1.3 peralatan dan ukuran


balapan
padang
2.1 Lari Pecut
100 meter
Fasa permulaan
Fasa larian
Fasa penamat
3.1 Lari Pecut
200 meter
400 meter
-Teknik larian di sekolah
4.1 Lari jarak sederhana
800 meter
1500 meter
5.1 Lari berganti-ganti
Teknik pertukaran baton
Zon pertukaran baton
6.1 Acara lompatan 1
Lompat jauh
- Gaya Layar
- Gaya Gantung
- Gaya Kayuh
- Fasa-fasa Lompatan
7.1 Acara Lompatan 2
Lompat tinggi
- Gaya pelana
- Gaya Fosbury
8.1 Acara Lompatan
Lontar peluru
- Gaya Berdiri
- Gaya Gelungsur
- Gaya Parry OBarien
9.1 Ciri-ciri dan peranan jurulatih/pegawai
9.2 Undang-undang dan peraturan
9.3 Kaedah dan ansur maju latihan
9.4 Strategi dan teknik
9.5 Program latihan
10.1 Kertas kerja pengelolaan pertandingan
10.2 Perlaksanaan program
10.3 Refleksi program

ISO2101
Merentas
Desa/
program yang
setara
Jumlah

30

*Adalah digalakkan Kursus Asas Kepegawaian (KOAM) atau Kursus Asas Kejurulatihan
dilaksankan di luar masa interaksi sebagai aktiviti penggayaan.

ISO2101

2.0 AKTIVITI REGANGAN

REGANGAN 1
Otot yang terlibat
5

ISO2101
Otot sternokleidomastoid dan trapezius kiri meregang manakala Otot
sternokleidomastoid dan trapezius mengucup semasa bengkok ke kanan.
Jenis sendi yang terlibat
- Sendi synovial (sendi paksi)
Jenis aksi sendi yang terlibat
- Rotation
Kedudukan permulaan
- Berdiri tegak.
- Letakkan tapak tangan di bahagian sisi kiri kepala.
Perlakuan
- Bengkokkan leher ke sisi kanan.
- Tarik perlahan-lahan dengan tangan.
- Regang selama dalam kiraan 8.
REGANGAN 2
Bahagian diregang
- Otot sternokleidomastoid dan otot trapezius iaitu semasa leher diregang kebawah otot
sternocleidomastoid mengendur dan otot trapezius mengecut.
Jenis sendi yang terlibat
- Sendi synovial (sendi paksi)
Jenis pergerakan sendi yang terlibat
- Flexion
Kedudukan permulaan
- Berdiri tegak.
- Letakkan tapak tangan di bahagian belakang kepala.
Perlakuan
- Bengkokkan leher ke hadapan.
- Tolak perlahan-lahan dengan tangan.
- Regang selama dalam kiraan 8.
REGANGAN 3
Bahagian diregang
6

ISO2101
- Otot sternokleidomastoid dan otot trapezius iaitu semasa leher diregang keatas otot
sternocleidomastoid mengendur dan otot trapezius mengecut.
Jenis sendi yang terlibat
- Sendi synovial (sendi paksi)
Jenis pergerakan sendi yang terlibat
- Hyperextension
Kedudukan permulaan
- Berdiri tegak.
- Letakkan tapak tangan di bahagian bawah dagu.
Perlakuan
- Tolakkan leher ke belakang.
- Tolak perlahan-lahan dengan tangan.
- Regang selama dalam kiraan 8.
REGANGAN 4
Bahagian diregang
- otot triseps, biseps, karpi ulnaris dan fleksor karpiradial.
Jenis sendi yang terlibat
- Sendi kondiloid ( sendi synovial)
Jenis pergerakan sendi yang terlibat
Kedudukan permulaan
- Berdiri tegak.
- luruskan tangan kanan kehadapan, dan tangan kiri tarik tapak tangan kanan ke
belakang.
Perlakuan
- Tolakkan tapak tangan ke belakang.
- Tolak perlahan-lahan dengan tangan selah lagi.
- Regang selama dalam kiraan 8.
- pergerakan diulang dengan regangan yang sama pada tangan kiri.
REGANGAN 5
Bahagian diregang
7

ISO2101
- otot triseps, biseps, karpi ulnaris dan fleksor karpiradial.
Jenis sendi yang terlibat
- Sendi kondiloid ( sendi synovial)
Jenis pergerakan sendi yang terlibat
Kedudukan permulaan
- Berdiri tegak.
- luruskan tangan kanan kehadapan, dan tangan kiri tarik tapak tangan kanan ke
belakang.
Perlakuan
- Tolakkan tapak tangan ke belakang.
- Tolak perlahan-lahan dengan tangan selah lagi.
- Regang selama dalam kiraan 8.
- pergerakan diulang dengan regangan yang sama pada tangan kiri.
REGANGAN 6
Bahagian diregang
- Otot deltoid dan triseps ( iaitu otot triseps meregang ).
Jenis sendi yang terlibat
- Sendi lesung
Jenis pergerakan sendi yang terlibat
Kedudukan permulaan
- Tangan kanan menyilang pada dada.
- Tangan kiri memegang siku tangan kanan .
Perlakuan
- Tarik siku ke arah bahu kiri .
- Regang selama dalam kiraan 8.
- pergerakan diulang dengan regangan yang sama pada tangan kiri.
REGANGAN 7
Bahagian diregang
8

ISO2101
- Otot triseps, otot biseps, latisimus dorsi, seratus anterior dan trapezius
Jenis sendi yang terlibat
- Sendi lesung
Jenis pergerakan sendi yang terlibat
Kedudukan permulaan
- Tangan kanan menyilang bahagian badan belakang.
- Tangan bensentuhan di belakang.
Perlakuan
- tolak tangan ke belakang .
- Regang selama dalam kiraan 8.
- pergerakan diulang dengan regangan yang sama pada tangan kiri.
REGANGAN 8
Bahagian diregang
- otot latimus dorsi, serratus anterior, trapezius, deltoid, gastroknemius, soleus dan
tendon akiles.
Jenis sendi yang terlibat
- Sendi lesung
Jenis pergerakan sendi yang terlibat
- plantar fleksi
Kedudukan permulaan
- Hulur kedua-dua belah tangan ke atas
- tapak tangan kanan bertemu tapak tangan kiri.
Perlakuan
- Regang ke atas dan sedikit ke belakang..
- Regang selama dalam kiraan 8.
- pergerakan diulang dengan menolak ke belakang, bawah, kiri dan ke kanan.
REGANGAN 9
Bahagian diregang
9

ISO2101
- otot kuadriseps, otot hamstring, dan gluteus maksimus
Jenis sendi yang terlibat
- sendi engsel, sendi lesung ( sendi sinovial )
Jenis pergerakan sendi yang terlibat
Kedudukan permulaan
- Berdiri tegak dan kaki kemudian dirapatkan
- Lutut kanan diangkat keatas dan kemudian kedua-dua tangan memegang dan
menarik lutut ke dada.
Perlakuan
- Regang ke atas dan tangan tahan lutut kedada.
- Regang selama dalam kiraan 8.
- pergerakan diulang dengan kaki kiri.
REGANGAN 10
Bahagian diregang
- otot kuadriseps, otot hamstring, anterior tibia dan peroneus longus.
Jenis sendi yang terlibat
- sendi engsel, sendi lesung ( sendi sinovial )
Jenis pergerakan sendi yang terlibat
Kedudukan permulaan
- Berdiri tegak dan kaki kemudian dirapatkan
- Lutut kanan diangkat kebelakang dan kemudian tangan memegang dan menarik lutut
punggung.
Perlakuan
- Regang ke belakang dan tangan tahan tapak kaki ke punggung.
- Regang selama dalam kiraan 8.
- pergerakan diulang dengan kaki kiri.
REGANGAN 11
Bahagian diregang
10

ISO2101
- Otot bahagian bawah kaki belakang (otot gastroknemius, otot hamstring dan otot
soleus)
Jenis sendi yang terlibat
- sendi engsel, sendi lesung ( sendi sinovial )

11

ISO2101

3.0
PENGENALAN
OLAHRAGA

3.1

Sejarah Olahraga

12

ISO2101
Mengikut catatan sejarah, olahraga dipercayai bermula kira-kira 1000
tahun sebelum Masihi di Greece Kuno. Ini bermakna olahraga sudah pun
diadakan sejak lebih 3000 tahun yang lampau. Berdasarkan maklumat ini,
dipercayai olahraga merupakan salah satu sukan tertua di dunia. Bagaimanapun,
tidak ada bukti lain yang dapat mengukuhkan dakwaan ini.
Sukan Olimpik Kuno yang diadakan pada tahun 776 sebelum Masihi di
Greece yang merupakan tempat bermulanya tamadun manusia, dapat
menguatkan catatan tentang sukan olahraga ini. Dengan kata lain, orang-orang
Greece sudah pun melibatkan diri di dalam olahraga, walaupun matlamat
mereka bukan untuk menjadikannya sebagai sukan tetapi lebih kepada salah
satu bidang seni. Menurut buku The Encyclopedia of Sports, acara pertama yang
dicatatkan sebagai sukan ialah lompat jauh. Ini dilakukan oleh ahli sukan Sparta
bernama Chionis pada Sukan Olimpik tahun 656 sebelum Masihi. Beliau berjaya
melompat sejauh 23 kaki 1 inci (7.0485).
Dari setahun ke setahun, sukan olahraga ini telah berkembang ke serata
dunia dan bilangan negara yang menghasilkan ahli-ahli olahraga bertaraf dunia
turut meningkat. Ahli-ahli olahraga dan negara Eropah turut mencatat kejayaan,
khususnya dalam Sukan Olimpik yang menjadi medan tidak rasmi untuk
mengukur kebolehan dan kemampuan peserta olahraga dunia. Pada peringkat
ini, peserta-peserta dari Afrika dan Asia gagal memberikan saingan kepada atletatlet dari Eropah. Selepas tahun-tahun 1960-an, barulah muncul atlet-atlet dari
Afrika dan Asia yang mampu memberikan saingan, tetapi kejayaan yang mereka
capai masih belum memberangsangkan. Kini, atlet-atlet olahraga dari Afrika dan
Asia sudah ada yang mencatat kejayaan, khususnya dalam Sukan Olimpik.

13

ISO2101

4.0 ACARA TREK

14

ISO2101
4.1.1 Pengenalan Acara Lari Pecut
Lari pecut bererti berlari dengan pantas dan memerlukan koordinasi bahagianbahagian anggota badan iaitu ayunan tangan dan kaki. Lari pecut ialah acara
olahraga jarak dekat (100m, 200m, dan 400m) yang memerlukan tenaga tinggi
seperti tanaga anaerobic untuk membuat larian sepantas mungkin.
Bagi seorang atlit, teknik dan gaya larian merupakan faktor utama untuk
menempa kejayaan. Lari pecut dalam sukan olahraga adalah larian terpantas
dibandingkan dengan acara-acara lain. Larian pantas in pula bergantung kepada
beberapa faktor seperti jarak, kelajuan, angin, permukaan balapan, jenis
kejohanan dan taraf pelari yang mengambil bahagian dan mungkin insentif yang
ditawarkan. Berlari merupakan aktiviti yang sihat dan menyeronokkan. Amat
sukar bagi seseorang untuk berlari dengan pantas sekiranya tidak mempunyai
ciri-ciri yang membolehkan dia bertindak sedemikian.
4.1.2 Sejarah Acara Lari Pecut
Lari pecut merupakan salah satu acara terawal dalam pertandingan
olahraga yang pernah dicatatkan. Pada zaman ollimpik kuno,larian bermula
dengan blok permulaan yang dibina melintang keluasan stadium berkenaan.
Blok permulaan diperbuat daripada ketulan abut marmar. Blok permulaan
disediakan dengan lubang saiz tapak kaki. Semua atlet menggunakan blok yang
tetapwalaupun saiz kaki mereka berbeza.
Perkembangan lari pecut pada abad ke-19 terbatas kerana tiada undangundang dan peraturan-peraturan, prosedur permulaan dan penjagaan masa
yang tepat. Pelbagai cara permulaan digunakan,sehingga menjadi masalah
mengenai cara yang mana yang patut digunakan. Walaubagaimanapun
persetujuan dibuat untuk dijadikan acara permulaan yang paling baik dan
diterima oleh semua pihak.
Pada tahun 1880an ramai jurulatih membuat percubaan cara memulakan
sesuatu larian. Antara permulaan awal ialah pencil start , di mana para atlet
berlari 20 meter pertama dengan memegang pensil. Permulaan dimulakan

15

ISO2101
dengan pesetujuan dan tembakan. Kemudian wujudlah gaya dekam pada tahun
1884. Di australia gaya ini dikenali sebagai kangaroo start.
Sebelum 1921, kebanyakan pertandunagn hanya untuk lelaki sahaja.
Pertandingan pertama untuk wanita telah diperkenalkan pada tahun 1921 di
Monte Carlo. Dalam acara 100 meter, rekod rasmi lelaki yang pertama dilakukan
oleh Harald Andersson dari Swisszerland pada tahun 1890 dengan catatan 11.0,
Merlis Gohr dari German pula adalah pemegang rekod pertama dengan 10.88
saat yang dibuat pada Sukan Olimpik tahun 1948. Dalam acara 400 meter,
Maxie Long adalah orang pertama yang Berjaya mencatat masa 47.8 saat dan
dipecahkan oleh Lee Evans pada tahun 1968 dengan masa 43.86 saat. Marlene
Mathews dari Australia telah mencatat masa 57.0 saat bagi wanita dan masa ini
telah diperbaharui iaitu di bawah 50 saat oleh Irene Szewinska dari Poland
dengan catatan masa 49.9 saat pada tahun 1974
4.1.3 Alatan Yang Digunakan
Dalam acara balapan atau larian, tidak banyak alatan yang digunakan. Bagi
acara lari pecut 100 meter, alatan dan kemudahan yang diperlukan adalah
i. trek larian 100 meter
ii. blok permulaan
iii. kasut (spike)

4.1.4 Teknik mula dan lari pecut


Terdapat dua teknik yang digunakan untuk memulakan larian iaitu berdiri dan
gaya dekam. Kebiasaannya atlit menggunakan larian gaya berdiri bagi acara
pecut.
16

ISO2101
a. gaya berdiri
i. persediaan
peserta bersedia beberapa meter di belakang garisan mula
ii.

sebelum arahan ke garisan diberi.


ke garisan
pelari bergerak ke hadapan dengan meletak hujung kaki hadapan
rapat kepada garisan mula tana menyentuhnya, kaki belakang

sedikit ke belakang, kira-kira 30-40sm dan mengimbang badan.


bengkokkkan kaki hadapan dan berat badan lebih pada kaki

hadapan
condongkan berat ke hadapan.
kedua-dua belah tangan berada

di

sisi

dengan

tangan

bertentangan dengan kaki hadapan.

iii.

sedia

condongkan badan ditambah ke hadapan dan mata pandang ke


hadapan
bengkokkan lutut kaki ke hadapan dan kaki belakang tolak ke tanah
badan tidak bergerak dan tumpu perhatian kepada tembakan pistol
ataupun wisel.

17

ISO2101
iv. mula

pelari mula bergerak apabila mendengar bunyi tembakan dengan


menolak kaki hadapan.

b. gaya dekam
Berikut adalah langkah-langkah dalam gaya dekam:
i. daripada kedudukan sedia dalam gaya berdiri, badan di rendahkan ke
ii.
iii.

bawah.
melutut dengan kaki belakang.
kedua-dua tanga menyentuh tanah dan diletakkan seberapa dekat

iv.

yang boleh dengan titik atau garis mula


peneysuaian dibuat mengikut keselasaan masing-masing.

Terdapat 3 gaya dekamyang harus diketahui oleh para pelajar, iaitu:


a) gaya peluru (kedua-dua belah kaki peserta dirapatkan, iaitu hujung kaki
belakng ditempatkan selari dengan bahagian tumit kaki hadapan)
18

ISO2101
b) gaya sederhana (lutut kaki belakang selari dengan hujung kaki hadapan)
c) gaya panjang (lutut kaki belakang selari denagn bahagian tumit kaki
hadapan)
Kesesuaian dan keberkesanan sesuatu gaya yang digunakan dipengaruhi oleh
faktor-faktor seperti berikut:

bentuk badan peserta (tinggi/rendah)


masa tindak balas peserta
kekuatan kaki
koordinasi yang cekap

4.1.5 Fasa-Fasa Larian


Terdiri daripada 3 fasa:
1. fasa permulaan
2. fasa larian:
a) fasa pecutan
b) fasa kelajuan maksimum dan pengekalan kelajuan
c) fasa larian selekoh
3. fasa penamat
Fasa permulaa terdiri daripada 3 bahagian iaitu gaya peluru, gaya sederhana
dan gaya panjang.
i. mulakan larian tanpa blok permulaan
gaya peluru
berdiri rapat kepada garisan dan kira dua atau setengah tapak kaki.
hujung tapak kaki belakang selari dengan tumit tapak kaki
hadapan.
ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk.
gaya sederhana
berdiri rapat kepada garisan dan kira dua atau setengah tapak kaki
lutut tapak kaki belakang selari dengan hujung tapak kaki hadapan
ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk
gaya panjang
berdiri rapat kepada garisan dan kira dua atau setengah tapak kaki
lutut tapak kaki belakang selari dengan hujung tapak kaki hadapan
ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk
ii. memulakan larian dengan blok permulaan
gaya peluru
blok permulaan adalah rapat dengan garisan permulaan.
19

ISO2101

blok hadapan diletakkan dua tapak dari garisan permulaan dan

blok belakang setapak dari bahagian hadapan blok hadapan


gaya sederhana
letakkan blok pertama dua tapak dari garisan permulaan
blok belakang dua tapak dari bahaguan hadapan blok hadapan
gaya panjang
blok hadapan diletakkan dua tapak dari garisan permulaan
blok belakang tiga tapak dari bahagian hadapan blok hadapan

4.1.5.1 Menggunakan Blok Permulaan


Blok mulaan digunakan adalah bertujuan untuk meghasilkan suatu
tolakan yang lebih berkesan apabila pelari mula bergerak ke hadapan.
Cara menyediakan blok mulaan adalah seperti berikut:
i.

jarak blok mulaan dari garis mula hendaklah memberi keselesaan,


imbangan dan kecekapan mekanikal kepada penggunanya ketika

ii.

dalam keadaan sedia.


jarak di antara bahagian hadapan blok mulaan dengan bahagian

iii.

garis mula adalah di antara 30-48sm.


jarak di antara bahagian belakang blok permulaan dengan bahagian
hadapan blok mulaan adalah bergantung kepada jenis gaya dekam

iv.

yang digunakan.
melakukan beberapa percubaan untuk mencari kesesuaian blok

v.

mulaan dan jaraknya yang paling baik untuk pelari adalah perlu.
tentukan terlebih dahulu kaki manakah yang akan digunakan untuk

vi.

memijak bahagian belakang blok mulaan.


pastikan blok mulaan dipasang dengan ketat dan kuat.

20

ISO2101

ke garisan
berjalan menuju ke blok mulaan dan berdiri dengan blok itu berada di
bawah kedua-dua belah kaki yang dikangkangkan.
dekan dan letakkan hujung kedua-dua belah kaki ke atas blok
letakkan kedua-dua belah tangan di belakang garis mula. jarak di
anatar kedua-dua belah tangan hendaklah sama luas dengan bidang
bahu
sesuaikan kedudukan badan untuk mendapatkan keselesaan dan
keseimbangan yang maksimum

keadaan sedia
tinggikan sedikit bahagian pinggang dari aras bahu
21

ISO2101
luruskan tangan dan gerakkan bahu ke hadapan garisan.
tekan kedua-dua belah kaki dengan ke atas blok mulaan

4.1.5.2 Berlepas Dari Blok Mulaan


Pada fasa ini, ianya merupakan suatu tindakan ledakan. Semasa ia
dilakukan, kedua-dua belah kaki pelari menolak blok mulaan dengan
kuat dan pantas. Tangan pelari diihayun untuk membantu pelepasan
keseluruhan badannya dari blok mulaan tadi. Bagi memastiakn pelari
dapat berlepas dengan pantas dan sempirna, dia mestilah melakukan
pergerakan-pergerakan yang berikut:

bergerak lurus ke hadapan tanpa menegakkan badan dengan serta

merta.
jarak langkah yang pertama dilaukan secara sederhana, tidak perlu
panjang dan tidak terlalu pendek.

4.1.5.3

Mulaan di bahagian selekoh lorong larian


22

ISO2101
Sekiranya pelari harus memulakan larian dari bahagian selekoh
lorong larian, dia hendaklah memasang blok mulaan secara
bersudut. Cara ini membolehkan pelari tersebut bergerak dengan
lurus ke bahagian dalam lorong lariannya.

4.1.5.4

Menamatkan Perlumbaan Lari Pecut


Semasa menuju ke garisan penamat, seseorang pelari tidak
digalakkan melonpat ke garisan tersebut, sebaliknya dia hendaklah
terus berlari tanpa mengurangkan kepantasannya. Amalan ini
hendaklah ditegaskan oleh guru sepaya murid faham dengan
maksud lari terus melintasi garisan penamat. Biasanya dalam
perlumbaan lari pecut, apabila tiba di agrisan penamat, pelari akan:
mendepakan

tangannya

ke

belakang

dan

bandannya

digerakkan ke hadapan
memusingkan sebe;ah bahunya ke hadapan pada saat-saat
akhir
menundukkan kepalanya
Tanpa mengira gaya apa yang digunakan ketika sampai di garisan
penamat, kedudukan pelari-pelari akan ditentukan mengikut
susunan bahagian tubuh mereka iaitu bahagian torso yang jelas
mencecah alur menegak terdekat garisan penamat.

23

ISO2101

4.1.6 Latihan Ansur Maju


Latihan ansur maju terbahagi kepada latihan mendorong, larian teknik pecut,
latihan kekuatan kaki dan latihan pecutan:
a) latihan mendorong
berlari dalam kawasan terhad dan menyentuh objek yang dimaklumkan
berlari mengutip pundi kacang secara berganti-ganti dalam kumpulan
larian baying-bayang secara berpasangan, seoarang mengejar dan
seoarang lagi berlari untuk mengelakkan diri disentuh
lari berganti-ganti ulang-alik larian 2o meter berkumpulan
b) larian teknik pecut

berlari dengan melangkah panjang

berjalan dengan lutut tinggi, berlari dalam kumpulan dan lutut tinggi.
berjalan dengan lutut tinggi, berlari dengan bahagian bawah kaki

diuruskan
berlari skip dengan bahagian bawah kaki diluruskan
berlari dengan lutut tinggi dan diikuti dengan bawah kaki diluruskan
berlari menyepak kebelakang
berlari dengan lutut tinggi dan memecut
latihan pergerakan tangan ,berkumpulan berlatih menggerakkan tangan

90 darjah di siku dan bergerak dari pinggul ke paras hidung.


c) latihan kekuatan kai dan latiahn pecutan
melonjak untuk jarak
melangkah panjang
melonjak dan melepasi halangan
melompat, memusing, mendekam dan memecut
berpasangan: berlari dengan halangan oleh tarikan rakan
24

ISO2101

4.2.1 Pengenalan Lari Berganti-Ganti


Kebanyakan kanak-kanak memang tertarik kepada perlumbaan lari bergantiganti. Oleh itu, motivasi atau keinginan mereka untuk mengambil bahagian
dalam pelajaran yang memerlukan mereka lari berganti-ganti tidak akan menjadi
masalah. Peehatian utama guru hendaklah diberi kepada pegajaran pertukaran
baton yang cekap dan pemahaman prinsip-prinsip asas dalam perlumbaan lari
berganti-ganti. Para pelajar hendaklah didedahkan kepada teknik asas memberi
dan menerima baton. Peluang pembelajaran ini akan menambahkan lagi
keyakinan dan keseronokkan mereka apabila mereka mengambil bahagian
dalam latihan olahraga.
4.2.2 Sejarah Olahraga Jenis Lari Berganti-Ganti
Acara olahraga ini berasal dari amerika syarikat. Punca lahirnya acara ini
disebabkan oleh perjalanan kereta kuda jarak jauh (pony ekpres) di mana suratsurat atau berita-berita disampaikan dari satu tempat ke tempat lain. Perlumbaan
dimulakan dengan seorang membawa bendera dan menyampaikan kepada
pelari lain yang meneti di hadapan (dimulai di universiti pensylvania, amerika
syarikat). Punca yang kedua ialah mengisahkan permainan pasukan ahli bomba.
Ahli bomba daripada satu pasukan bomba akan berlari dengan pantas dan
menyentuh kereta bomba. Ini sebagai isyarat kepada ahli lain dalam pasukan
untuk bersedia. Percubaan pertama dilakukan pada tahun 1893, di mana
pasukan di pertandingkan dengan setiap pelari berlari sejauh suku batu.

4.2.3 Alatan Yang Digunakan Dalam Acara Lari Berganti-Ganti


Alatan yang digunakan ialah :
i)

Blok permulaan
Blok permulaan digunakan dalam semua acara lari berganti-ganti. Blok
permulaan akan digunakan oleh pelari pertama. Blok permulaan haruslah

25

ISO2101
boleh disesuaikan mengikut keselesaan atlit. Cara mengukur blok untuk
keselesaan atlit boleh dilakukan seperti:
a) eletakkan blok permulaan dalam ukuran 1 kaki dari garis permulaan.
b) Letakkan pedal dua kaki daripada garis permulaan.
c) Pedal sebelah lagi diletakkan dua setengah kaki daripada garis
ii)

permulaan
Baton
Baton adalah alat yang paling penting dalam acara lari berganti-ganti.
Baton berbentuk tiub bulat berongga dan permukaan licin diperbuat
daripada kayu logam atau apa jua bahan yang keras sebatang penuh,
berukuran tidak lebih daripada 30cm dan tidak kurang daripada 28cm.
Ukur lilitnya hendaklah antara 12cm dan 13cm yang beratnya tidak kurang
daripada 50g. Ia wajar diwarnakan supaya senang dilihat ketika dibawa
lari. Baton hendaklah dipegang sepanjang larian. Penyerahan baton
kepada rakan sepasukan dilakukan di dalam zon penukaran 20meter.
*alatan lain yang perlu dalam acara lari berganti-ganti adalah seperti
pakaian dan kasut lari yang sesuai dan menepati peraturan yang telah
ditetapkan.

4.2.4 Teknik Pertukaran Baton


Terdapat dua teknik utama yang digunakan semasa penukaran baton iaitu:
a) Pergerakan keatas (upsweep) dan
b) Pergerakan ke bawah (downsweep)
a) Pergerakan ke atas (upsweep)
Dalam teknik ini, pembawa baton akan menghantar baton kepada
penerima baton dengan menghayunkannya dari bawah ke atas.
Baton akan ditolak seberapa jauh yang boleh ke tangan penerima baton.
Tapak tangan penerima baton menghadap ke bawah
Penerima baton akan memegang baton tersebut di antara ruang
berbentuk v yang dibentuk ibu jari kelingkingnya.

26

ISO2101

b)

Pergerakan
ke

bawah

(downsweep)
dalam teknik ini, pembawa baton akan menghantar baton kepada
penerima baton dengan menghayunkan dari atas ke bawah.
tapak tangan penerima baton menghadap ke atas. apabila baton dihantar
kepadanya, dia perlu memegang 1/3 daripada bahagian atas baton
tersebut.

4.2.3 Gaya Penukaran Baton


Semasa penukaran baton, terdapat dua gaya utama yang digunakan iaitu:
a) Gaya selang seli cara pandang
b) Gaya selang seli tanpa pandang
a) Gaya selang seli cara pandang
Gaya ini dilakukan oleh pelari-pelari dalam acara lari berganti-ganti
4x400meter.
Penerima baton akan menoleh ke belakang dan memerhatikan pemberian
baton kepadanya.

27

ISO2101

b) Gaya selang seli tanpa pandang


Biasanya diamalkan oleh pelari-pelari dalam acara lari berganti-ganti
4x100meter.
Mengikut gaya ini, pelari pertama dan ketiga dikehendaki membawa baton
dengan tangan kiri, pelari kedua dan keempat pula menerima baton yang
berada di hadapannya akan menghulurkan tangan ke belakang untuk
menerima baton.
Semasa penukaran baton berlaku, penerima baton tidak menoleh
kebelakang. Pembawa baton akan member isyarat supaya penerima
batonyang berada di hadapannya akan menghulurkan tangan ke belakang
untuk menerima baton.

4.2.3.1

Gaya Persediaan Dalam Penerimaan Baton


Peserta yang sedang menunggu dalam zon pertukaran baton dan
bersedia untuk menerima baton boleh menggunakan dua gaya
persediaan yang biasa digunakan seprti berikut:
28

ISO2101

a)

b)

Zon Penukaran Baton


Setiap zon penukaran baton adalah sepanjang 20meter dengan
adanya

satu

garisan

pembahagi

di

tengah-tengahnya. Baton

hendaklah diserahkan di dalam zon penukaran baton. Penyerahan


baton bermula sebaik sahaja ia menyentuh pelari yang menerima dan
selesai apabila baton telah benar-benar berada dalam genggaman
pelari penerima baton. Kebiasaanya, penerima baton akan membuat
satu tandaan (check mark) yang jaraknya lebih kurang 15-18 tapak
kaki ke belakang garisan mula zon penukaran baton.

apabila

pembawa baton berlari sampai ke tandaan yang dibuat itu, penerima


baton akan terus berlari dam menunggu isyarat daripada pembawa
baton untuk menerima baton dalam zon penukaran baton.

a) Cara memberi baton


29

ISO2101
Kepantasan larian dikekalkan semasa memberi baton. Pelari
hendaklah memberi isyarat kepada penerima baton. Pelari
hendaklah menghulurkan baton dengan tangan yang lurus.
Perhatikan gambar rajah di atas, tangan penerima dan letakkan
bahagian hujung baton ke dalam tangan penerima.
b) Cara menerima baton
Penerima haruslah sentiasa berada dalam keadaan sedia. Dia
haruslah menoleh untuk memandang pelari yang membawa
baton. Penerima harus menyediakan tandaan. Dia hendaklah
berlepas sebaik sahaja pelari yang membawa baton melepasi
tandaan tersebut. Jangan sesekali menoleh ke belakang semasa
berlari (gaya tanpa pandang). Penerima hendaklah menghulurkan
tangan dengan lurus ke belakang apabila mendengar isyarat
daripada pelari yang membawa baton. Penerima haruslah
memegang baton dengan erat di bahagian pangkalnya.

c) Semasa dan selepas penukaran baton


Sekiranya baton yang dibawa terjatuh semasa penukaran,
pembawa baton yang berkenaan dikehendaki mengutip baton
yang terjatuh itu semula dan memberikannya kepada pelari yang
menunggu. Pemberi baton hendaklah berlari di tepi penerima
baton

semasa

pertembungan

penukaran

baton

untuk

sesame sendiri. Sbelum dan

mengelakkan
atau

selepas

menyerahkan baton, pemberi baton hendaklah berada dalam zon


atau lorong masing-masing sehingga balapan tidak berhalangan
supaya tidak menghalang peserta-peserta lain.

30

ISO2101

4.2.4 Panduan Mengatur Pelari-Pelari (4x100 Meter)

pelari pertama

permulaan gaya sama dengan permulaan 100 meter. bezanya pelari


membawa baton pada tangan kanan. oleh itu kedudukan bersesuaian

dengan baton.
dalam permulaan dekam, kaki kanan dibawa ke hadapan.lutut berada di
bawah tapak kaki dan tangan dalam keadaan longgar. siku hendaklah lurus,

ibu jari dan jari telunjuk selari dengan garisan permulaan.


berat badan terletak pada tangan dan kaki hadapan. tangan dibuka luas

untuk menyokong bera badan dan keselesaan kaki.


kepala direndahkan dengan memandangkan ke garisan permulaan atau
diangkat sedikit agar pendangan ditumpu pada jarak antara 3 meter hingga 5
meter. permulaan menggunakan blok permulaan.
31

ISO2101

dapat memulakan larian dengan baik


pantas berlari di bahagian selekoh tetapi mungkin seorang yang kurang

cekap semasa menerima baton.


berlari sebaik sahaja isyarat pistol dibunyikan oleh pelepas.
berlari pada selekoh pertama (pantas di selekoh)

pelari kedua

merupakan pelari yang terpantas di bahagian lurus.


cekap menerima dan memberi baton dengan tangan kirinya.

pelari ketiga

bersedia dan mula berlari dalam bentuk berdiri


lari dalam lorong sendiri pada selekoh kedua (pantas larian bahagian

selekoh)
bawa baton pada tangan kanan (cekap penerimaan baton dengan tangan

kanan)
lari di sebelah dalam lorong sendiri.

pelari keempat

bersedia dalam mula berlari dalam keadaan berdiri.


pantas berlari dalam lorong lurus dan lorong sendiri.
tamatkan larian di garisan penamat.
pelari yang penuh keazaman dan tenang

4.2.5 Ansur Maju


Latihan mendorong
i)

berlari dalam kawasan yang ditetapkan dan cuba menyentuih pinggul

ii)

kawan yang berlari di hadapan.


berlari berpasangan depan belakang. pelari di hadapan hulur tangan ke
bawah dank e belakang. pelari belakang menepuk tapak tangan pelari

iii)

hadapan dan ulang.


ulang latih tubi (b). selepas menepuk tapak tangan pelari hadapan dan

iv)

berlari ke hadapan. ulang semula.


berlari dalam kumpulan empat orang. Pelari terakhir (keempat) memberi
isyarat up kepada pelari ketiga dan menyentuh tapak tangan yang
dihulurkan. Selepas itu pelari ketiga melakukan perkara yang sama

32

ISO2101
kepada pelari kedua. Pelari kedua meneruskan lakuan ini. Ulang
beberapa kali.
Latihan hantaran baton secara statik
i) dalam kumpulan 4 orang berdiri satu meter anatara pelari. Pelari belakang
mula dengan memberi isyarat up. Bila isyarat diberi pelari hadapan
menghulurkan tangan (tapak tangan ke atas) untuk disentuh. Pelari kedua
menghulurkan tangan kiri, pelari ketiga menghulurkan tangan kanan dan
pelari keempat menghulurkan tangan kiri.
Latihan hantaran baton secara dinamik
i) secara berempat buat hantaran dalam kawasan yang telah ditetapkan
ii) latihan dalam lorong-lorong balapan dengan zon-zon penukaran baton.
secara berpasanagm pelari menanda titik tanda sendiri dan membuat
latihan hantaran baton.
4.2.6 Peraturan-peraturan lari berganti-ganti:1. Baton hendaklah dipegang sepanjang larian. Jika terlepas, ia hendaklah diambil
balik oleh atlit yang menjatuhkannya. Beliau boleh meninggalkan lorongnya
untuk mengutip baton tadi asalkan tindakan ini tidak mengurangkan jarak yang
patut dihabiskannya dan tidak mengganggu atlit lain.
2. Baton hendaklah diserahkan di dalam zon penukaran baton. Kadudukan baton
yang akan jadi pemutus dan bukannya kedudukan tubuh. Pertukaran baton di
luar zon penukaran akan megakibatkan pembatalan.
3. Peserta yang sengaja mengganggu peserta lain dengan melintas keluar dari
lorongnya setelah selesai menyerahkan batonnya akan mebgakibatkan
pasukannya dibatalkan.
4. Bantuan dengan mendorong atau cara lain juga akan menyebabkan pembatalan.

33

ISO2101

5.0 ACARA PADANG


34

ISO2101

5.1.1 Pengenalan Acara Lontar Peluru


Sebagai acara sukan dalam olahraga yang dipertandingkan dalam kebanyakan
perjumpaan olahraga. Acara ini disertai oleh lelaki dan wanita. Di peringakat
sekolah diperkenalkan untuk sekolah rendah dan juga sekolah menengah.
Teknik lontaran yang digunakan diperbaiki dari masa ke semasa bagi menjamin
kelicinan dan peningkatan dalam lontaran. Begitu juga dengan kaedah lontaran.
Begitu juga dengan kaedah latihan turut ditingkatkan.
Lontar peluru memerlukan atlit yang berbadan besar,tegap dan kuat,
tetapi ini bukanlah syarat utama yang menentukan penyertaan atau kejayaan
seseorang atlit. Pelontar haruslah mengealpasti latihan yang bersistematik di
bawah pengawasan jurulatih khusus untuk acara ini.
Lontar peluru merupakan salah satu acara padang dalam kejohanan
olahraga. Peluru diperbuat daripada besi padu atau tembaga. Berat peluru
adalah berbeza mengikut kategori, untuk murid sekolah rendah, peluru yang
digunakan adalah seberat 2.72kg. Terdapat pelbagai teknik lontaran iaitu gaya
bersilang langkah, gaya berdiri, gaya langkahan ke belakang dan gaya Parry
OBrien.
35

ISO2101

5.1.2 Sejarah Acara Lontar Peluru


Acara lontar peluru tidak mempunyai sejarah yang lama jika dibandingkan
dengan acara merejam lembing dan melempar cakera. Mengikut sejarah, aktivit
melontar batu telah dijadikan pertandingan bermula pada abad ke-19. Orang
Scotland dan Ireland telah dianggap sebagai golongan pertama yang mencipta
acara lontar peluru, berdasarkan pertandingan melontarbatu yang mereka
lakukan ketika itu. Bagaimanapun, acara lontar peluru tidak dapat diterima
sebagai acara sukan di kedua-dua buah negara ini.
Setelah diperkenalkan di Amerika Syarikat, acara lontar peluru telah
mendapat sambutan di beberapa kejohanan sukan olahraga. Sebagai sebuah
Negara yang mengambil berat tentang kegiatan sukan, Amerika Syarikat telah
menganggap kegiatan sukan sebagai sangat menarik dan akhirnya menjadi
acara olahraga yang dipertandingkan.
Dari sini bermulalah sejarah baru bagi acara lontar peluru. Pada ketika ini,
peluru diperbuat daripada besi seberat 16paun. Acara ini telah diterima untuk
dipertandingkan di Sukan Olimpik pada tahu 1896. malah bentuk kawasan
lontaran ini terus digunakan untuk Suka Olimpik pada tahun 1900 dan 1904.
Namun begitu tiada peraturan yang tetap berhubung teknik melontar peluru.
Akhirnya pada tahun 1950-an seoarang atlit lontar peluru telah menonjol dalam
acara ini.
Beliau ialah Perry OBrien dari amerika syarikat telah mencipta teknik
lontaran baru yang akhirnya dijadikan teknik lontaran yang diterima dan kekal
sehingga hari ini.
5.1.3 Alatan Yang Digunakan
Peralatan yang digunakan dalam acara ini adalah terdiri daripada peluru
besi yang mempunyai saiz dan berat tertentu bergantung kepada penyertaan atlit
lelaki atau wanita peringkat kelas bagi peserta sekolah menegah dan rendah.
Bulatan peluru mestilah diperbuat dari gelung besi, keluli atau bahanbahan yang sesuai. Bahagian dalam bulatan dibuat dengan simen atau bahan
36

ISO2101
yang kukuh dan tidak licin.permukaan bulatan mestilah rata dan 14mm-26mm ke
bawah pada bahagian ke atas gelong bulat
5.1.4 Kemahiran asas lontar peluru
1) Pegangan

Pegang peluru menggunakan tiga jari ditengah-tengah.

Ibu jari dan jari kelengkeng disisi peluru.

2) Persedian

Rapatkan peluru pada leher dan bahagian bawah dagu.

5.1.5 Jenis-jenis gaya lontar peluru


5.1.5.1

Lontar Peluru Gaya Berdiri

Berdiri sisi.

Buka kaki seluas bahu.

Bahu kiri menghadap arah lontaran.

Bengkokkan badan serendah mungkin.


37

ISO2101

Gerakkan kaki kiri ke kayu penghadang.

Ayun lengan kiri ke balakang semasa memutar pinggang dan bahu ke


hadapan.

Gerakkan siku serta tangan ke atas.

Lepaskan peluru.

Berat badan dipindahkan daripada kaki kiri ke kaki kanan.

5.1.5.2

Lontar Peluru Gaya Parry OBrien

Ada 4 Fasa :1) Fasa persediaan

Bengkokkan badan.

Bengkokkan kaki kanan.

Kaki kiri diangkat dan dibengkokkan.

2) Fasa Gelongsoran

38

ISO2101

Tendang kaki kiri cepat ke belakang kearah lontaran, serentak


gelongsorkan kaki ke kanan ketengah bulatan.

Letakkan kaki kiri dekat kayu penghadang dengan tidak mengubah


bahagian atas badan.

Luruskan dengan cepat serta badan diangkat dan diputarkan sedikit.

Kaki kanan mengerakkan pinggul ke atas dan ke hadapan.

Bahu menghadap arah lontaran..

3) Fasa Lontaran

Siku kanan diangkat tinggi.

Kaki kiri masih menyentuh bulatan.

Peluru dilepaskan.

4) Fasa Pemulihan

Lompat dan mendarat dengan kaki kanan.

Pindah berat badan daripada kaki kiri ke kaki kanan.

5.1.5.3

Lontar Peluru Gaya Lontaran Sisi

39

ISO2101

Berdiri dengan kedudukan kaki selangkah ke belakang dari garisan


tengah bulatan lantaran. Tentukan kedudukan peluru adalah selesa
dan kemudian kaki kiri diangkat.

Letakkan kaki kiri pada tanah dan pusingkan sedikit bahu ke


hadapan.

Luruskan kaki kiri dan bersedialah untuk membuat lontaran.

Pusingkan tapak kaki kanan dan angkatkan tumit dan tolakkan


peluru keluar.

5.1.5.4

Lontar Peluru Gaya Membelangkangi Kawasan Lontaran


Teknik ini merupakan p-eringkat yang lebih maju. Walaupun atlit yang
baru terlibat dalam acara ini tidak digalakkan menggunakan teknik ini,
namun ia menjadi suatu kelebihan jika dapat dipelajari dan
diaplikasikan. Langkah-langkahnya adalah seperti berikut:

Mulakan

dengan

membelangkangi

arah

membuat

lontaran.

Bongkokkan badan dan lutut kanan serta luruskan kaki kiri di


belakang.

Angkat kaki kiri sedikit.

Turunkann kaki kiri berhampiran dengan papan penahan dalam


kawasan lontaran.

Pusingkan bahu dan pinggang kea rah lontaran.

Tolak peluru keluar sekuat mungkin.

Latihan
Seperti yang kita maklum, pelontar peluru biasanya berbadan
tegap dan besar. Ini selalunya akan memberi kelebihan kepada
peserta tersebut, Walaupun ia bukanlah syarat utama, kerana acara ini
sebenarnya memerlukan tenaga dan kekuatan yang banyak serta
pergerakan yang pantas. Latihan asas dan latihan fizikal seperti yang
dikehendaki

daripada

seseorang

atlit.

Latihan-latihan

seperti

berjongging, lari pecut, latihan angkat berat, dan latihan khusus untuk
40

ISO2101
tangan, lengan, dan bahu sangat perlu dilakukan oleh peserta-peserta
lontar peluru.
5.1.6 Latihan Ansur Maju
Latihan 1
Berdiri menghadap kawasan lontaran dan melontar peluru
Latihan ini dapat membiasakan pelajar menolak peluru dengan baik

Latihan 2
Berdiri

dengan

bahu

kiri

menghadap

ke

kawasan

lontaran.

direnggangkan.
Putarkan bahu kiri ke kanan sambil merendahkan badan.
Berat badan dipusatkan di kaki kanan yang diletakkan di belakang.
Kilaskan badan ke hadapan dan tolak peluru.

Latihan 3

41

Kaki

ISO2101
Berdiri merusuk ke arah lontaran di baahgian bulatan.
Kaki kiri diletakkan di bahagian pusat bulatan dan kaki kanan diletakkan
berhampiran dengan lingkaran bulatan.
Condongkan badan sedikit. Ketinggian ke hadapan bulatan dengan
menggunakan kaki kanan dan kaki kiri mestilah bertapak di bahagian
belakang papan penahan atau garis bulatan.
Kilaskan badan dan buat lontaran

Latihan 4
Pelontar

berdiri

dan

membelakangkan

kawasan

lonataran.

Badan

dicondongkan ke hadapan hingga betul-betul berada di atas kaki kanan.


Kemudian pelontar melungsur selangkah ke belakang. Latihan ini dibuat
secara berulang-ulang.
Latihan ini merupakan latihan pergerakan kaki pelontar semasa membuat
lungsuran.

Latihan 5
Pelajar

digalakkan

mencuba

pergerakan

keseluruhan

selangkah. Altihan ini dapat menyatukan semua fasa lontaran.


5.1.7 Peraturan-Peraturan Lontar Peluru

Lontaran dibuat dalam bulatan bergaris pusat 2.13m.

Pelontar masuk dan keluar dari bahagian belakang bulatan.


42

gaya

melungsur

ISO2101

Peluru mesti mendarat dalam sector 40.

Pelontar dikira batal apabila menyentuh kawasan luar bulatan atau memijak
bahagian atas kayu penghadang berukuran 10cm tinggi itu semasa dan
selepas peluru dilepaskan.

Pelontar boleh keluar dari bahagian belakang bulatan lontaran selepas peluru
mendarat.

43

ISO2101

5.2.1 Pengenalan Lompat Jauh


Lompat jauh adalah sejenis acara olahraga di mana seseorang atlit mencuba
mendarat sejauh yang boleh dari tempat yang ditujui. Acara ini adalah salah satu
acara yang diminati walaupun tidak ramai orang yang mempunyai kebolehan
membuat lompatan yang jauh. Dalam masa yang singkat, atlit mestilah membuat
pelarasan bagi membetulakan kedudukan pusat gravitinya, kelajuan dan
kedudukan kaki. Untuk mendapatkan pendaratan yang jauh dari tempat lonjakan
pelompat jauh perlulah menjalani latihan yang sistematik di bawah bimbingan
jurulatih. Matlamat utama bagi pelompat jauh adalah berlari pada kelajuan
maksimum dan berkebolehan meletakkan kaki di papan lonjak dengan betul dan
tepat tanpa gangguan terhadap kelajuan awal. Perlu diingat, masalah uatama
pelompat jauh adalah mengekalkan langkahan larian pada tiga ke empat langkah
sebelum melonjak. Di saping itu pelompat jauh haruslah meningkatkan
komponen kelajuan, kekuatan otot dan kuasa ekposif.
5.2.1 Sejarah Acara Lompat Jauh
Sejarah permulaan acara lompat jauh dapat dikesan seawall tahun 708 sebelim
masihi iaitu dalam sukan Olimpik Kuno di Greece. Menurut catatan tersebut,
lompatan sejauh 7.05 meter telah dibuat oleh Chionis, peserta Sparta.
Bagaimanapun, teknik dan cara lompatan yang dibuat amat berlainan daripada
lompatan yang dibuat kini. Berdasarkan bukti-bukti lukisan yang terdapat pada
tembikar dan corak-corak lukisan yang dibuat pada zaman itu, lompatan dibuat
secara berkali-kali oleh peserta Sparta, sama ada lompatan dalam bentuk
multiple, double-triple atau quin-triple.

44

ISO2101
Selain itu, terdapat juga fakta menyatakan bahawa lompat jauh berasal
dari sukan zaman purba di Greece dalam gaya lompat jauh berdiri. Pada masa
itu, pelompat melompat dengan memegang beban yang dinamakan halteres
pada kedua belah tangan. Berat tersebut di antara 0.9kg hingga 4.5kg, dan ia
dipercayai dapat membantu untuk memberi kesan lompatan yang lebih jauh. Ini
terbukti dalam tahun 1854, J.Howard yang melompat sejauh 9.02meter
sebenarnya mendapat 2.4meter hasil daripada beban yang digunakan. Pelompat
yang melompat dari threshold (tempat lonjakan) dan mendarat di skemma
(tempat mendarat). Pada masa ini acara lompat jauh ialah lompat jauh berlari.
Apabila Sukan Olimpik Moden dihidupkan pada tahun 1896, lompat jauh
termasuk sebagai salah satu acara olahraga. Sejak itu ia terus diterima sebagai
salah satu acara olahraga dalam kebanyakan kejohanan yang diadakan di
pelbagai peringkar dunia. Peraturan dan teknik lompatan diperbaiki dari masa ke
semasa sehinggalah kepada bentuk lompatan yang ada sekarang.
Walaupun lompat jauh merupakan acara yang paling mudah dipelajari
berbanding acara-acara lompatan yang lain, tidak bermakna semua orang
mampu melakukannya dengan baik. Teknik lompatan dan peraturannya perlu
dipelajari dengan penuh minat. Ini kerana, sebagai satu acara sukan, ia juga
tidak lari daripada risiko kecederaan.
5.2.3 Gaya Lompatan
Terdapat tiga gaya lompatan iaitu:

Gaya Layar

45

ISO2101

Gaya Gantung

Gaya Tendang Kayuh

Perbezaan di antara lompatan tersebut adalah gaya kedudukan badan semasa


pelompat berada di peringkat layangan. Tetapi fasa-fasa yang terdapat pada
semua teknik adalah hampir sama.
5.2.4 Fasa Lompat Jauh
46

ISO2101
Terdapat empat fasa pergerakan iaitu:

Fasa Penujuan lari menuju ke papan lonjak.

Fasa Lonjakan melompat dari papan.

Fasa Layangan badan berada di udara.

Fasa Pendaratan (termasuk pulihan) sentuhan bahagian badan dengan


tempat mendarat.
Fasa penujuan
Fasa ini memerlukan:

Pelompat berlari dengan kepantasan yang optimum dan terkawal.

Bilangan langkah mestilah membolehkan pelompat mencapai kepantasan


maksimum untuk menghasilkan lonjakan yang berkesan.

Apabila menghampiri papan lonjak, pelompat mesti bersedia untuk


melonjak.

Pada langkah terakhir, pelompat harus merendahkan sedikit bahagian


badan untuk mendapat tolakan yang berkesan daripada kaki yang
dibengkokkan.

Fasa Lonjakan
Tumpuan utama fasa ini ialah untuk mencapai lompatan yang tinggi. Fasa ini
memerlukan:

Tapak kaki yang digunakan untuk melonjak mestilah memijak papan


lonjak dengan tepat.

Hujung kaki tidak menyentuh kawasan yang terletak di hadapan papan.

Aksi lonjakan ini mengamalkan uruten tumit-hujung kaki.

Tolakan kaki hendaklah kuat dan diluruskan pada saat-saat akhir untuk
membantu lonjakan yang tinggi.

Serentak dengan lonjakan itu, kaki bebas hendakla dihayun dengan


kencang ke hadapan dengan bahagian lutut dibiarkan tinggi.

Kedua-dua belah tangan di hayun kehadapan dan ke atas untuk


membantu mencapai lonjakan yang tinggi.

Fasa Layangan
47

ISO2101
Tujuan utama ialah supaya pelompat berada di fasa ini lebih lama untuk
melambatkan pendaratannya. Selepas melonjak, gaya badan adalah seperti
berikut:

Gaya Layar pelompat melunjurkan kedua-dua kakinya ke hadapan dan


badannya dicondongkan ke hadapan. Tangan pelompat dihulurkan hingga
ke hujung kaki.

Gaya Gantung pelmpat mengangkat kedua-dua belah tangannya ke


atas seolah-olah bergantung di udara. Kedua-dua kakinya diangkat ke
belakang.

Gaya Tendang Kayuh pelompat seolah-olah melangkah di udara dan


badannya tegak.

Fasa Pendaratan

Pelompat mesti memberi perhatian kepada imbangan badan dan

pencapaian jarak.
Kaki dihulur ke hadapan dan sewaktu mencecah tempat mendarat (tumit
kaki dahulu) lutut dilenturkan untuk mengurangkan kesan tekanan

pendaratan dan tangan dihayun ke atas.


Badan dicondongkan ke hadapan supaya keseluruhan badan terus
menuju ke hadapan.

5.2.5 Prinsip Asas Lompat Jauh


Tujuan utama lompat jauh ialah untuk mencapai jarak lompatan yang
maksimum. Jarak ini dapat dihasilkan dengan larian yang pantas dan disusuli
dengan lonjakan yang cukup kuat dan tinggi. Seorang pelompat yang handal
mestilah berupaya berlari dengan pantas, melompat dengan kuat dan
mempunyai kelenturan badan serta daya koordinasi yang baik.
Larian yang pantas dan lonjakan yang kuat boleh mempengaruhi jangka
masa pelompat berada di udara. Kedua-dua fasa ini akan menyebabkan
pelompat bergerak mengikut satu lingkungan parabola di mana jarak
lompatannya dapat ditentukan.

48

ISO2101
Segala perlakuan oleh pelompat semasa berada di fasa layangan tidak
dapat membantunya memanjangkan masa dia berada di udara. Sebenarnya,
gaya bada di fasa layangan adalah untuk mengimbangkan badan dan
membolehkan pelompat membuat persediaan untuk mendarat dengan selamat
dan berkesan.
5.2.6 Teknik dan Aspek Lompatan
Dalam acara lompat jauh, terdapat empat aspek penting yang harus
diberikan erhatian utama, iaitu kelajuan larian, pelepasan lomptan, lompatan di
udara, dan pendaratan. Semua aspek ini perlu dimiliki oleh setiap pelompat jauh,
tidak kira samada seseorang itu baru mempelajari acara ini ataupun yang sudah
lama melibatkan diri didalamnya.
Kelajuan larian
Kelajuan larian yang sesuai penting untuk menghasilkan daya lompatan
yang kuat dan mungkin juga jauh. Mungkin ada yang berpendapat larian tidak
begitu penting dalam acra lompat jauh. Pendapat ini salah kerana tanpa larian
deras yang sesuai, tidak mungkin seseorang itu dapat melompat jauh. Larian
yang tidak sesuai boleh menyebabkan perkara tersebut:
Corak langkah larian menjadi tidak konsisten dan boleh menganggu lompatan.
Penggunaan tenaga yang maksimum sebelum lompatan yang dibuat.
Ketidaktepatan untuk menghasilkan langkah yang tepat pada sasaran di papan
pelepasan , yang boleh menyebabkan lompatan batal.
Larian yang baik boleh dipelajari dan dilatih. Penting juga diketahui
bahawa kelajuan larian secara mendatar yang stabil akan membantu pergerakan
menegak yang kuat semasa lompatan dibuat. Dalam menghasilkan larian
mendatar dan menegak, konsentrasi dan ketepatan adalah penting.
Biasanya, larian yang mengandungi antara 18-22 langkah atau jarak 2540 meter diambil oleh pelompat. Manakala untuk ketepatan yang tinggi, checkmark dilakukan sebelum membuat lompatan. Check-mark ini dibuat untuk

49

ISO2101
memudahkan serta memberikan ketepatan antara larian mula dengan papan
pelepas.
Tedapat dua kaedah untuk melakukan check-mark. Pertama, pelompat
harus mencari konsistensi melalui larian yang berulang-ulang ke papan pelepas.
Untuk kelajuan ini, seorang pembantu diperlukan untuk menanda titik yang
paling sesuai dengan langkah yang bakal dibuat. Kaedah kedua ialah mencari
konsistensi melalui larian dari papan pelepas. Dalam hal ini, pelompat perlu
melakukan sebanyak larian sehingga ketepatan diperoleh. Kaedah kedua ini
bagaimanapun tidak sesuai sekiranya tiupan angin terlalu kuat. Ini selanjutnya
akan menjejaskan konsistensilarian yang telah diukur tadi.
Pelepasan Lompatan
Pelepasan lompatan penting dalam menentukan pencapaian momentum
menegak maksimum, Dan seterusnya dalam membuat lompatan dengan baik
dan berkesan. Kesesuaian dalam kelajuan larian dan daya konsentrasi yang
tinggi akan dapat membantu menghasilkan pelepasan yang baik. Walaupun
dianggarkan bahawa pelompat akan berada selam 0.11 saat sahaja pada tahap
ini, ia penting untuk menentukan daya lompatan yang baik, atau lompatan yang
batal.
Kajian yang pernah dibuat oleh beberapa pakar sukan Amerika Syarikat
menunjukkan bahawa dalam jangka masa pelepasan ini, sebanyak 12%
daripada momentum mendatar telah dikurangkan sebelum lompatan dibuat.
Keadaan

pengurangan

momentum

ini

dikenal

sebagai

sudut

hentian.

Penghasilan sudut hentian yang searas dengan corak larian akan dapat
mengurangkan kehilangan momentum apabila berlaku perubahan pergerakan
daripada mendatar kepada menegak. Penghasilan sudut hentian yang sesuai
dapat dilakukan melaluiaplikasi teknik yang baik. Melalui pemerhatian corak dan
teknik lompatan yang dibuat oleh jaguh-jaguh yang terkemuka peringkat
antrabangsa, Teknik berikut disarankan,
1. Perlu ada konsentrasi yang tinggi daripada pelompat pada tahap pelepasan
lompatan.
50

ISO2101
2. Teknik ini dilakukan dengan mengangkat kedua-dua belah tangan dari atas
ke bawah, dan pada kaki pula sudut hentian yang wujud perlulah diubah.
3. Bahu dan dada membantu dalam membuat pelepasan , iaitu dengan keduaduanya diangkat ke atas.
Semasa Di Udara
Selepas pelepasan lompatan dibuat, momentum menegak mula
mengambil tempat pada diri pelompat. Daya pergerakan menegak ini
bagaimanapun telah dikurangkan akibat daripada sudut hentian yang berlaku
pada awal pelepasan. Selanjutnya, pergerakan menegak ini juga akan
dikurangkan, iaitu oleh daya graviti. Pusat graviti semasa lompatan di udara
adalah pada badan pelompat. Walaupun wujud rintangan udara, tetapi ia adalah
kecil berbanding pusat graviti yang ada pada badan seseorang pelompat. Untuk
mengatasi rintangan ini, teknik larian di udara ( running in the air ) dan mengayuh
( hitch-kick) biasanya digunakan untuk menghasilkan jarak yang maksimum.
Pada umumnya, terdapat tiga jenis pergerakan yang boleh dilakukan oleh
seseorang pelompat jauh semasa berada di udara.
1. Pergerakan belayar ( sailing)
2. Pergerakan mengayuh (hitch-kick atau running in the air )
3. Pergerakan ayunan punggung ( hip-swing )
Daripada ketiga-tiga jenis pergerakan ini, Mengayuh atau berlari di
udara adalah yang paling licin dan banyak digunakan dalam lompatan bagi acara
lompat jauh pada peringkat yang lebih tinggi seperti peringkat antarabangsa.
Pendaratan
Aspek

pendaratan

tidak

kurang

pentingnya

dalam

menentukan

pencapaian jarak yang maksimum. Pergerakan yang sesuai bukan sahaja


mampu menghasilkan jarak, tetapi dapat mengelakkan gangguan pada
momentum, khususnya momentum menegak. Teknik pendaratan yang dikenal
sebagai jack-knifing adalah disarankan untuk tujuan ini.

51

ISO2101
Teknik ini dapat mengimbangkan pergerakan ke hadapan dengan
pendaratan yang dilakukan. Ini seterusnya dapat membantu pendaratan yang
baik lagi stabil. Teknik ini dilakukan dengan membentuk ayunan kaki dan tangan
ke bahagian hadapan. Melalui cara ini, rintangan yang terdapat pada badan
pelompat akan dapat dipindahkan ke bahagian kaki dan sebahagian kecilnya ke
tangan.
5.2.7 Latihan Ansur Maju

atlit mencuba beberapa aktivit melompat untuk menentukan kaki kiri atau kaki

kanan yang lebih selesa digunakan untuk melonjak.


latihan lompat ketinting antara dua tempat dan melepasi halangan boleh
dianggap sebagai satu aktiviti yang dapat memenuhi kehendak ini.
latihan 1
berlari anak dan melangkah ke dalam kawasan mendarat.
ini dibuat secara berulang-ulang. tetapkan tanda permulaan larian.
tujuan latihan ini ialah untuk menumpukan perhatian peserta kepada
langkah larian yang sama.
latihan 2
berlari dari tandaan dan melonjak tinggi.
lutut kaki bebas diangkat tinggi dan tangan dihayun ke atas.
pelari tidak semestinya memijak papan lonjak. lakukan latihan ini
berulang-ulang.
latihan ini dapat membantu atlit merasai keadaan sebenar semasa
melonjak ke atas.
mereka hendaklah cuba melonjak seberapa tinggi yang boleh semasa
melakukan latihan ini.
latihan 3

gunakan tali sebagai halangan.


atlit berlari dan melonjak.
semasa berada di uadara, kaki bebas dibuka luas kehadapan.
mendarat secara mengangkang dengan kaki bebas (kaki di sebelah

hadapan) mencecah tanah dahulu.


latihan ini bertujuan untuk memastikan pelompat dapat melonjak dengan
tinggi dan menggerakkan kakinya yang bebas ke hadapan semasa
berada di fasa layangan.
52

ISO2101
latihan 4
gerakkan kaki lonjak ke hadapan bersama-sama dengan kaki bebas
supaya pelompat mendarat dengan kedua-dua belah kakinya melunjur ke
hadapan
tujuan latihan ini untuk memahirkan atlit tentang cara mendarat yang
betul.
latihan 5
berlari pantas (11 hingga 13 langkah), melonjak dan mendarat.
gunakan dan sesuaikan tandaan untuk mencapai ketepatan melonjak.
latihan ini merupakan latihan melompat jauh secara keseluruhannya.
5.2.8 Peraturan lompat jauh
dalam pertandingan yang melibatkan 8 orang peserta, 3 percubaan di
benarkan dahulu. selepas ini 8 peserta terbaik di pilih untuk membuat 3 lagi
lompatan.
sebaliknya jika bilangan peserta ialah 8 orang atau kurang, 6 percubaan
diberikan.
pembatalan berlaku dalam keadaan berikut:
i)
kaki menyentuh kawasan melepasi papan lonjak
ii)
melonjak di luar papan lonjak
iii)
semasa mendarat, menyentuh kawasan di luar kawasan
iv)

mendarat yang lebih dekat dengan papan lonjakan.


selepas mendarat, berjalan keluar melalui bahagian terdekat
dari titik pendaratan.

53

ISO2101

5.3.1 Pengenalan
Acara lompat tinggi secara amnya dikuasai oleh atlit-atlit yang bertubuh tinggi
dengan kualiti lonjakan yang baik. Kelajuan memecut tidak dianggap sebagai
sebagai criteria yang penting seperti lompat jauh atau lompat kijang. Akan tetapi
ada juga atlit yang bertubuh rendah tetapi telah mencapai kejayaan kerana kualiti
lonjakan istimewa.
5.3.2 Sejarah Lompat Tinggi
Di mulakan seawall Olimpik pada zaman Greece, rekod pertama acara
lompat tinggi ketika di Scotland pada abad ke-19, dengan pencapaian atas 1.68
meter oleh peserta pada masa itu. Pelompat pada masa dahulu menggunakan
gaya gunting. Gaya ini sudah tidak dikenali oleh dunia.
Sekitar abad ke-20, teknik ini telah dimodenkan oleh warga Irish-American
M.F. Sweeneys Eastern cut-off seperti gaya gunting, tetapi bahagian belakang
mendatar semadsa melompat melepasi palang. Sweeny telah Berjaya mencipta
teknik yang berkesan dan mencipta rekod 6 55/ 8 (1.97 meter) pada tahun
1895.
Seorang lagi warga Amerika, M.F Horine, memajukan dan mencipta teknik
yang lebih efisyen iaitu gaya guling barat. Ia Berjaya melompat setinggi 6 kaki 7
inci dalam tahun 1912 dan gayanya ditiru oleh semua peserta-peserta Amerika

54

ISO2101
Barat. Dengan ini terdapatlah namanya Guling Barat. Gaya ini lebih berkesan
daripada gaya timur atau gaya gunting.
5.3.3 Alatan Untuk Pengajaran
a) Tali
Tali yang biasa digunakan dalam pelajaran Pendidikan Jasmani sangat
berguna untuk latihan lompat tinggi. Di antara kelebihan ialah:

Ia tidak dapat mencedera atau menyakitkan para pelajar yang


melanggarnya.

Biasanya para pelajar memang suka melompat melepasi tali.

Ketinggiannya mudah diubah untuk disesuaikan dengan pelajar dan


latihan yang mereka lakukan.

Tali amat mudah diperolehi dan dibawa ke tempat latihan. Ini


memudahkan lagi pengendalian pelajaran.

b) Batang rotan dan skitel


Kedua-dua alatan ini boleh juga digunakan dalam usaha memperkenalkan
kemahiran asas melompat tinggi kepada para pelajar.
c) Tilam mendarat
Ia hendaklah mencukupi untuk keselamatan para pelajar. Tilam gimnastik
boleh

digunakan semasa pelajaran Pendidikan Jasmani.

d) Tiang dan palang lompat tinggi


Kedua-dua alatan ini boleh digunakan setelah para pelajar dapat menguasai
asas melompat.
5.3.4 Fasa Lompat Tinggi
Semua gaya lompatan boleh dibahagi kepada 4 fasa pergerakan, iaitu
1. Penujuan - larian menghala ke palang.
2. Lonjakan - tindakan kaki untuk menaikkan badan.
3. Layangan - gaya dan kedudukan badan ketika berada di udara dan di atas
palang.
4. Pendaratan - sentuhan badan dan bahagiannya dengan tempat mendarat.
55

ISO2101

5.3.5 Jenis-Jenis Lompat Tinggi


Tujuan seorang pelompat adalah untuk melompat setinggi yang boleh. Walaupun
gaya lompatan tidak penting. Tetapi perkembangan semasa menunjukkan
bahawa atlet yang menggunakan gaya fosbury flop mencapai lebih kejayaan
berbanding dengan atlet yang menggunakan gaya gunting. Rekod lompat tinggi
kategori lelaki dan wanita dipegang oleh atlet yang menggunakan gaya fosbury
flop. Gaya lompat tinggi pada amnya, terdapat lima gaya lompat tinggi iaitu gaya
pelana, gaya barat, gaya timur dan gaya fosbury flop. Gaya gunting diajar
sebagai latihan mendorong sebelum gaya fosbury flop diajar.
5.3.5.1

Gaya Pelana
Gaya ini adalah hampir sama dengan gaya guling barat. Pelompat
menuju ke palang secara bersudut. Ketika melepasi palang, muka
pelompat memandang ke bawah dan keadaan badannya seolah-olah
meniarap di atas palang.
a) Penujuan
Biasanya pelompat akan berlari sebanyak tujuh hingga Sembilan
langkah menuju ke palang dari sudut 30-45 darjah. Tiga langkah
terakhir dibuat secara pantas dan terkawal. Badan pelompat
dicondongkan sedikit ke belakang dan aki lonjak dibegkokkan
sebagai persediaan untuk melompat pada langkah yang terakhir
b) Lonjakan
Sebaik sahaja kaki lonjak mencecah tandaan melonjak pelompat
hendaklah melompat dengan kuat. Tindakan melonjak ini bermula
dengan bahagian tumit dan disusuli dengan bahagian hujung kaki.
Serentak dengan tolakan ini, kaki bebas dihayun dengan kencang
ke atas paras palang. Fasa lonjakan ini juga dibantu dengan
menghayunkan kedua-dua belah tangan ke atas
c) Layangan
Setelah membuat lonjakan, badan dan kaki bebas pelompat berada
dalam keadaan hampir selari dengan palang yang berada di
56

ISO2101
bawahnya. Ketika ini, badan dan kaki bebas pelompat berpusing
seolah-olah hendak membalut palang. Bahu dan kepala pelompat
direndahkan sebaik sahaja pelompat melepasi palang. Ini adalah
untuk membantu pelompat membuat persediaan untuk mendarat.
Kaki lonjak mestilah menyusuli pergerakan badan tanpa diluruskan.
d) Pendaratan
Ketika di fasa pendaratan, pelompat memusingkan badannya dan
mendarat di atas bahagian belikat atau bahagian belakang badan.

Latihan Ansur Maju Lompat Tinggi Gaya Pelana


a) Berdiri dengan kaki bebas di belakang. Gerakkan kaki tersebut
ke hadapan dan tendang dengan kuat ke atas sambil kaki yang
melonjak menolak badan ke atas. Tujuan latihan ini ialah untuk
melatih pelompat supaya dapat menendang kaki bebas ke atas
dan melonjak.
b) Berjalan tiga langkah dan ulang latihan (a) sambil menghayun
kedua-dua belah tangan.

Latihan ini dapat membantu agar

lonjakan, tindakan kaki bebas dan hayunan tangan dapat


dipadukan supaya semuanya berinteraksi secara automatik.
c) Rentangkan tali dan berdiri merusuk tiga langkah dari tali itu.
Berjalan tiga langkah(mulakan dengan kaki lonjak) dan tendang
kaki bebas ke atas aras tali. Selepas beberapa percubaan,
latihan ini hendaklah dibuat secara berlari dan melibatkan
hayunan tangan seperti di dalam latihan (b) . Latihan ini akan
membantu pelompat memberikan sepenuh perhatian kepada
penujuan dan lonjakan semasa membuat lompatan.
d) Rentangkan tali hingga ke aras pinggang dan ulangi latihan ( c).
Selepas melonjak dan badan berada di atas aras tali, pusingkan
badan dengan merendahkan bahu supaya bergolek di atas
57

ISO2101
tempat mendarat, atau tangan dan kaki bebas mencecah
kawasan mendarat. Latihan ini akan membantu pelompat
melepasi palang atau tali dan semasa membuat pendaratan.
e) Rentangkan tali pada aras pinggang. Berlari sejauh lima
langkah, diikuti dengan suatu lonjakan hingga melepasi tali dan
pelompat mendarat dengan baik. Latihan ini merangkumi
kesemua fasa lompatan(empat fasa semuanya).
f) Latihan lompat tinggi gaya pelana menggunakan alatan yang
sebenarnya(tiang dan palang lompat tinggi) serta membuat lima
atau tujuh langkah larian yang pantas.

5.3.5.2

Gaya Gunting
a) Penujuan
Pelompat menuju ke palang secara bersudut kira-kira 30 darjah.
Pelompat menggunakan 7-9 langkah. Pelompat yang melonjak
dengan kaki kanan akan berlari dari sebelah kiri, memulakan
larian dengan kaki kanan.pelompat yang melonjak dengan kaki
kiri akan berlari dari sebelah kanan, memulakan larian dengan
kaki kiri.
b) Lonjakan
58

ISO2101
Pelonjak melonjak dengan kaki luar. Semasa melonjak di depan
pinggul dan pinggul di hadapan bahu untuk mencondongkan
badan semasa membuat lonjakan.
c) Layangan
Kaki bebas dihayun kuat ke atas, selari dengan palang. Bahu
berhampiran palang dikekal tinggi dan tidak condong kea rah
palang. Kaki lonjak dihayun ke atas.
d) Pendaratan
Pelompat melompat di atas punggung atau dengan dua belah
kaki.

Gambarajah 4.2 Gaya Gunting


5.3.5.3

Gaya Fosbury Flop


a) Penujuan
Larian dilakukan dengan cepat dan beritma. Guna larian 5-9
langkah terakhir secara melengkung. Pelompat yang melonjaak
dengan kaki kanan berlari dari sebelah kiri ,memulakan larian
dengan kaki kanan. Pelompat yang melonjak dengan kaki kiri
akan berlari dari sebelah kanan, memulakan larian dengan kaki
kiri.
b) Lonjakan
Pelonjak melonjak dengan cepat dan kuat menggunakan kaki
luar palang. Kaki di hadapan badan. Badan ditegakkan atau
condong sedikit ke belakang. Kaki bebas diangkat tinggi dengan

59

ISO2101
lutut dibengkokkan. Tangan yang dibengkokkan juga dihayun ke
atas. Lutut digerak melintang badan untuk membantu pusingan
badan.
c) Layangan
Di udara pelompat memandang palang sambil melentikkan
badan. Kedua-dua belah tangan di sisi badan. Kedua-dua lutut
dibengkokkan. 4. Setelah badan melepasi palang, luruskan
kedua belah kaki dan gerakkan ke atas sambil mengangkat
kepala ke atas.
d) Pendaratan
Pelompat mendarat di atas bahagian belakang badannya.

Gaya Fosbury Flop


Latihan Ansur Maju Lompat Tinggi Gaya Fosbury Flop
Latihan 1

Berlari anak atau pantas beberapa langkah ke hadapan dan


kemudian melengkok beberapa langkah ke kiri ( jika melonjak
dengan kaki kiri ).

Sekiranya pelompat melonjak dengan kaki kanan , dia haruslah


melengkok ke kanan.

Latihan ini bertujuan untuk melatih para pelajar supaya dapat


berlari lurus dan melengkok.

60

ISO2101

Latihan 2

Seperti dalam Latihan 1 , apabila pelompat melangkah tandaan di


bahagian melengkung, dia mestinya melonjak dengan serta-merta
ke atas.

Kemudian kedua-dua belah tangannya dihayunkan ke atas ( siku


dibengkokkan ) dan badan dipusingkan di udara dengan lutut kaki
bebas menyilang badan.

Pelompat mendarat di atas kaki lonjak sambil menghadap tempat


permulaan.

Latihan 3

Seperti dalam latihan 2, pelompat melonjak ke atas dan


melentikkan badan.
61

ISO2101

Sebelah tangan dihulur ke belakang untuk menyentuh palang yang


tergantung.

Latihan 4

Pelompat

berdiri

membelakangkan

tali

atau

palang

yang

direntangkan.

Pelompat melonjak dengan kedua-dua belah kaki ke belakang


sambil melentikkan badan dan melepasi tali.

Pelompat mendarat di atas bahagian bahu atau belakang badan.

Latihan ini bertujuan untuk melentikkan badan, melepasi halangan


dan mendarat.

Latihan 5

62

ISO2101

Pelompat berlari lima hingga tujuh langkah dan terus melompat


dengan gaya Fosbury Flop.

Latihan ini merupakan latihan berlari pantas dan menentukan


tempat yang sesuai melonjak.

5.3.6

Latihan Ansur Maju


1. Aktiviti mendorong
a) Berjalan dengan lutut tinggi
b) Berlari dengan lutut tinggi
c) Berlari dalam bulatan
d) Berlari mengikut laluan angka lapan.
e) Melonjak
f) Melonjak untuk menyentuh bola yang tergantung.
2. Latihan Lompatan
a) Memulakan lompatan dengan gaya gunting.
b) Melompat gaya gunting dan mendarat bentuk L, kaki selari
dengan palang.
c) Melompat gaya gunting dan mendarat bentuk L serta kaki
bersudut 45 darjah.
63

ISO2101
d) Melompat gaya gunting dan mendarat 90 darjah denagn kaki
mengahala kea rah palang.
e) Berdiri membelakangkan tempat mendarat, melompat secara
dirian dan mendarat.
f) Ulang (e) dengan berdiri di atas kerusi panjang atau peti
lombol satu tingkat.
g) Ulang (f) dengan papan anjal.
h) Menentukan titik semak.
i. Membuat lompatan dengan mengambil langkah 7-9 langkah.

64

ISO2101

6.0 MERENTAS DESA

65

ISO2101

6.1
KERTAS KERJA
KEJOHANAN MERENTAS DESA KALI KE-16
IPG KAMPUS TUANKU BAINUN
TAHUN 2012

66

ISO2101
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUANKU BAINUN
PENGESAHAN DAN KELULUSAN PROGRAM

67

ISO2101
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUANKU BAINUN
BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG

KERTAS CADANGAN
ACARA MENERNTAS DESA 2012
KALI KE-16
IPG KAMPUS TUANKU BAINUN
TAHUN 2012
1.0 Rasional
Olaraga merupakan salah satu komponen dalam Sukatan Pelajaran Diploma
Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI). Komponen ini memberi penekanan untuk
menguasai dalam 4 aspek penting iaitu Kemahiran Asas, Kepegawaian,
Kejurulatihan dan Kepenglolaan.
2.0 Matlamat
Matlamat Merentas Desa diadakan adalah bertujuan untuk memberi peluang
kepada pelajar untuk melibatkan diri secara aktif bagi mendapatkan ilmu
pengetahuan dan pengalaman secara teori dan amali. Para pelajar akan
didedahkan secara lansung kepada proses pembelajaran secara kontektual dan
eksperimental bagi menimba pengetahuan dan pengalaman dalam merancang,
mengurus dan mengendalikan sendiri program ini melalui proses pengajaran dan
pembelajaran. Pengalaman ini akan memberi manfaat yang besar kepada pelajar
sebagai bekalan dan panduan apabila menjalankan tugas professional perguruan
kelak.
3.0 Objektif
Diakhir program diharap pelajar mencapai objektif seperti berikut:
3.1 Kognitif
i)
Memperolehi pengetahuan tentang kaedah pengurusan
ii)

dan

pengendalian Larian Merentas Desa


memperolehi pengetahuan tentang teknik dan kaedah pengendalian
acara yang dipertandingkan dalam Larian Merentas Desa.

68

ISO2101
iii)

memperolehi pengetahuan tentang aspek teori dan peraturan yang


perlu diamalkan semasa melaksanakan Larian Metentas Desa seperti

iv)

kehendak KOAM.
dapat mengambil bahagian dalam acara yang dirancangkan seperti

v)

Merentas Desa bersama-sama pelajar lain.


Melaksanakan tugas kepegawaian Merentas Desa

3.2 Afektif
i)
Memperolehi semangat kesukanan dan setiakawan dikalangan guru
ii)
iii)
iv)

pelatih
Melahirkan semangat untuk berusaha dan ingin mencuba.
Mematuhi undang-undang dan peraturan pertandingan.
Membentuk disiplin dan etika ahli sukan dikalangan pelajar.

4.0 Kumpulan Sasaran


Semua pelajar DPLI SR,PPISMP dan PISMP.
Semua pensyarah dan kakitangan IPG kampus Tuanku Bainun

5.0 Jawatankuasa Induk Acara Merentas Desa ke 16


Penaung
Pengerusi

: Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun


Puan Hajjah Tumerah Bt. Rosmin
:Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku
Bainun

Setiausaha

Tuan Haji Daud B. Md. Saman


:Ketua Unit Kokurikulum
Encik Mohd Zahir B. Nasir
69

ISO2101
Naib Setiausaha
Bendahari
Penasihat Teknikal

:Penyelaras Unit Kokurikulum


Encik Kuppusamy A/L Krisnan
:Ketua Unit Pengurusan
Encik Mohd. Nadzri B. Nordin
:Tn. Haji Ahmad Jasmi B. Don
En. Eow Boon Hin
En. Mohd Fakhruddin B. Abdullah
En. Wan Kamaruddin B. Wan Hasan
En. Mohammad B. Othman
Pn. Hajjah Rohaya Bt. Ahmad
En. The Koon Ho
En. Salehuddin B. Md. Riffin
En. Mohd. Hadliezam B. Ghazali

6.0 Jawatankuasa Pelaksana


PENASIHAT
PENGERUSI
NAIB PENGERUSI
SETIAUSAHA
NAIB SETIAUSAHA
BENDAHARI

:ENCIK KUPPUSAMY A/L KRISNAN


(PENYELARAS SUKAN)
:AZIZUL BIN ABDUL AZIZ
:NOR FARHA BINTI MOHD AZIZ
:NAJIHAH BINTI HUSAIN
:SURESH VADIVALOO
:CHIN LEE MEI

JAWATANKUASA
JK Pertandingan
JK Teknikal
JK Kepegawaian
JK Hadiah
JK Buku Program
JK Siaraya
JK Publisiti & Hebahan
JK Jamuan & Minuman

:NIK RUSILAWATI BT. ANIFIN(K)


:NUR ILDA BT. KAMARUZZAMAN(K)
:ASNIRA BT. KAMALUDIN(K)
:SOBIRAH BT. YAHYA(K)
:SARIPAH (K)
:KAHIRIYAH BT. IBRAHIM(K)
:UMA MAGESWARY(K)
:JUNAIDAH BT. ABDUL JALEL(K)
70

ISO2101
JK Jemputan
JK Dokumentasi
JK Hiasan Pentas,Astaka & Padang
JK Prasmian & Penutup
JK Statistik
JK Keselamatan
JK Kecemasan

:SITI ERWINA BT. TULOT(K)


:AUZANI (K)
:POH PHIAK HUANG(K)
:TAN CHAI JU (K)
:SEBESTIAMAL (K)
:SALINI NEELAGAM(K)
:NURUL AIN AHMAD NAZRI (K)

7.0 Cadangan Perlaksanaan


Tarikh perlaksanaan Acara Menrentas Desa 2012 1 MAC2012
Tempat perlaksanaan merentas desa 2012 kebun sayur dan ladang kelapa

sawit
Hadiah Merentas Desa

8.0 Anggaran Perbelanjaan


Bil.
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20

KATEGORI (L &P)

HADIAH

Johan
Naib johan
Tempat ke 3
Tempat ke 4
Tempat ke 5
Tempat ke 6
Tempat ke 7
Tempat ke 8
Tempat ke 9
Tempat ke 10
Tempat ke 11
Tempat ke 12
Tempat ke 13
Tempat ke 14
Tempat ke 15
Tempat ke 16
Tempat ke 17
Tempat ke 18
Tempat ke 19
Tempat ke 20

2
2
2
2
2
2
2
2
2
2
2
2
2
2
2
2
2
2
2
2
71

HARGA
SEUNIT(RM)
30.00
30.00
30.00
15.00
15.00
15.00
15.00
15.00
15.00
15.00
15.00
15.00
15.00
15.00
15.00
15.00
15.00
15.00
15.00
15.00

JUMLAH(RM)
60.00
60.00
60.00
30.00
30.00
30.00
30.00
30.00
30.00
30.00
30.00
30.00
30.00
30.00
30.00
30.00
30.00
30.00
30.00
30.00

ISO2101
21
22
23
24

Hamper Johan
Hamper Naib Johan
Hamper Tempat ke3
Hamper Peserta Terbaik

2
2
2
2

100.00
70.00
50.00
50.00
JUMLAH

200.00
140.00
100.00
100.00
1230.00

8.1 Lain-lain Perbelanjaan


Bil.
1.

2.

Perbelanjaan
JK Jamuan & Minuman
Jamuan untuk VVIP
RM3.50 X 25 orang
JK Publisiti
belon

JUMLAH
87.50
10.00

9.0 Penutup
Melalui program ini, para pelajar akan memperolehi pengetahuan, kemahiran
dan pengalaman yang amat berguna kepada mereka dan berkemungkinan dapat
diaplikasikan semasa berkhidmat kelak. Oleh yang demikian, adalah diharapkan
pihak pentadbiran institut mempertimbangkan peruntukkan dan perbelanjaan
untuk perlaksanaan program ini

72

ISO2101

6.2

Refleksi Merentas Desa


Acara Merentas Desa 2012 telah berjalan dengan jayanya pada 1MAC2012 iaitu
pada hari Khamis. Semua ahli DPLI yang menguruskan acara tersebut telah berada di
padang pada pukul 2.30pm. Ahli BSMM yang bertugas untuk menjaga di checkpoint
telah berkumpul di padang pada pukul 2.35pm. Nurul Ain, Lizawati bersama
Nurhumairah mengambil tugas untuk mengira jumlah ahli BSMM yang hadir pada masa
tersebut.
Setelah ahli BSMM cukup, unit teknikal telah memanggil ahli BSMM untuk
bergerak segera ke trek. Ahli BSMM masing-masing telah ketahui kedudukan mereka.
Jadi mereka hanya akan dihantar oleh unit teknikal dan unit kepegawaian sahaja. Nurul
Ain telah menyerah semua alatan yang diperlukan seperti first aid dan stretcher untuk
dibawa masuk ke dalam trek supaya memudahkan ahli BSMM membantu.
Pada pukul 2.45pm semua peserta telah dilepaskan untuk masuk ke trek, dan
lebih kurang pukul 3.15pm saya mendapat panggilan daripada unit teknikal mengatakan
terdapat seorang pelajar yang hamper pengsan di checkpoint 3. Jadi, saya dan
beberapa ahli BSMM bergerak segera ke tempat kejadian. Kemudian dapat juga
beberapa kali panggilan yang sama dan pesakit di checkpoint yang berlainan. Ahli
BSMM dan ahli KRS sangat membantu dalam menjaga kebajikan pelajar yang merentas
desa pada hari tersebut.
Saya juga berada di padang atas sebab kemungkinan ramai yang akan jatuh
semasa di garisan penamat kerana terlalu penat. Jadi saya terpaksa bersedia di
padang. Jangkaan saya tepat, dan ada beberapa pelajar jatuh semasa di garisan
penamat. Ahli BSMM yang ada membantu mereka dan di bawa ke tempat BBSM.
Kebanyakan pelajar tidak mengalami masalah atau sakit yang kronik, mereka hanya
73

ISO2101
kurang tenaga dan kemungkinan pada hari tersebut cuaca agak panas. Tetapi saya
amat berpuas hati akan kerjasama daripada semua pihak yang terlibat terutamanya unit
kecemasan sendiri.
Terdapat juga kelemahan yang belaku pada hari tersebut iaitu, ahli BSMM yang
kami minta untuk 35 orang tersebut tidak mencukupi dan ini sangat memberi kesan
kepada checkpoint. Tapi dengan kerjasam daripada unit KRS, segala masalah dapat
juga diselesaikan. Selain itu, masa yang kami terima untuk berkumpul di padang pada
2.30pm tetapi sebenarnya pada 2.00pm. Ini adalah masalah komunikasi yang tidak
berkesan. Apabila melihat ahli BSMM membantu pelajar yang sakit, kami AJK
kecemasan hanya bantu mengangkat pelajar ke tempat BSMM, tapi sepatutnya kami
juma perlu ada asas untuk bantu mula.
Kesimpulannya, saya sangat berpuas hati dengan semua yang terlibat pada hari
tersebut. Nilai-nilai murni yang terdapat dalam tugasan ini ialah sifat kerjasama antara
ahli. Dengan tugasan yang diberikan dapat saya belajar banyak benda dan akan
diaplikasikan kepada murid-murid yang bakal saya ajar nanti.

74

ISO2101

7.0 BIBLIOGRAFI

75

ISO2101

Sumber internet:http://www.scribd.com/collections/2771502/Sejarah-Olahraga-Antarabangsa
http://www.slideshare.net/enabdacrazie/olahraga
http://www.scribd.com/doc/38073798/Pengenalan-Olahraga-NOTA
http://www.scribd.com/mobile/doc/83711504?query=sejarah+lari-bergantiganti

76

ISO2101

8.0 LAMPIRAN

77

ISO2101

8.1

Refleksi Tentang Kursus


Pada awal kemasukan kami di IPG Kampus Tuanku Bainun ini, kami telah
dimaklumkan bahawa, kami perlu mengambil subjek Olahraga iaitu kodnya
PJ2102W. Encik kuppusamy iaitu pensyarah bimbingan kami telah mengedarkan
proforma untuk semester ini. Jadi apabila saya lihat banyak juga subjek yang
perlu kami pelajari.
Contohnya acara balapan dan acara trek. Acara balapan seperti lari pecut,
lari berganti-ganti, manakala acara trek terdiri daripada lontar peluru, lompat jauh
dan juga lompat tinggi. Pada hari pertama kelas olahraga, kami telah diberi
taklimat sedikit tentang cara pemakaian iaitu baju putih, kasut putih dan bagi yang
perempuan perlulah bertudung putih. Encik Mohamad yang memberi taklimat
pada hari tersebut. Kemudian beliau juga ada memberitahu kami masa olahraga
perlulah datang awal sebelum 7.30 pagi. Bagi saya masa tersebut sangat awal.
Sekiranya 7.45 pagi pun sudah dikira memadai.
Pada minggu pertama kelas kami telah di arahkan untuk belajar lontar
peluru iaitu Encik Khairuddin yang mengajar kami. Saya berasa sangat seronok
sebab inilah kali pertama saya belajar betul-betul tentang cara dan teknik yang
betul oleh Encik Khairuddin tersebut. Pada mulanya agak sukar sebab cara saya
membaling bukan melontar. Saya perlukan lebih latihan untuk membetulkan
teknik saya melontar dan bukan membaling.

78

ISO2101
Pada minggu berikutnya, kami di arahkan untuk belajar lompat tinggi yang
mana diajar oleh Encik Salehuddin. Saya tidak pernah melompat tinggi walaupun
di sekolah menengah atau sekolah rendah semasa dahulu, tetapi pada kali ini
saya akan memberanikan diri untuk melompat. Jadi, Encik Salehuddin memaksa
saya melompat. Apabila saya melompat,saya berjaya melepasi palang tersebut.
Saya merasakan sangat gembira kerana saya tidak begitu menyangka yang
mana saya berjaya melepasi palang tersebut. Kebanyakan kawan-kawan saya
yang lain gagal melepasi palang. Keyakinan diri amat penting apabila melakukan
sesuatu. Itulah yang saya telah belajar daripada kesilapan dulu. Jadi selepas ini,
apa jua yang di minta oleh pensyarah pembimbing atau selepas di hantar ke
sekolah nanti saya perlulah mencuba untuk membuat, sekiranya tidak, saya tidak
akan dapat tahu kemampuan diri saya dan sekiranya ada yang kurang saya
perlulah baiki untuk menjadi yang lebih baik.
Kemudian pada minggu berikutnya kami telah diajar untuk lari pecut.
Encik Kuppusamy yang menjadi sifu kami pada hari itu. Beliau mengajar dari awal
sehinggalah akhir iaitu ajar dari susunan blok permulaan dan sehingga lari pecut.
Pada mulanya saya kurang faham tentang blok permulaan itu. Kemudian Encik
Kuppusamy telah mengulang semula pengajarannya dan kemudian barulah saya
faham sepenuhnya. Kemudian, beliau mengajar kami ansur maju untuk larian ini.
Beliau mengajar kami lebih kurang lima jenis ansur maju dan untuk kekuatan otot.
Untuk ansur maju agak sukar hendak saya faham. Tetapi apabila melihat rakanrakan lain melakukannya saya cuba dan dapat melakukannya. Latihan ansur
maju ini semuanya memenatkan. Pada keesokkan harinya, badan dan kaki saya
menjadi sakit-sakit ini mungkin disebabkan oleh latihan yang pertama kali saya
lakukan. Tetapi saya merasakan gembira juga sebabnya saya telah mendapat
ilmu yang begitu banyak daripada encik kuppusamy tentang teknik dan cara larian
pecut ini.
Pada minggu seterusnya kami telah diajar oleh Encik Mohamad tentang
lompat jauh. Saya hanya mengetahui lompat sahaja. Teknik dan cara yang betul
banyak yang saya tidak tahu. Jadi Encik Mohamad telah memberikan ilmu yang

79

ISO2101
agak bermakna kepada saya teknik lompatan yang betul. Kerana semua subjek
yang saya pelajari ini ada amali.
Silibus yang terakhir adalah lari berganti-ganti. Encik Kuppusamy adalah
sifu kami. Beliau telah minta kami datang pada hari cuti iaitu Hari Pertabalan Yang
Dipertuan Agung. Jadi kami agak kurang selesa dengan berita tersebut. Tetapi
apabila difikirkan semula, kami tiada lagi masa yang sesuai untuk menghabiskan
silibus kami. Jadi Encik Kuppusamy terpaksa meminta kami datang petang Rabu
tersebut. Pada hari tersebut saya merasa kurang semangat untuk belajar kerana
saya fikirkan hari cuti. Tetapi Encik Kuppusamy membuatkan saya berminat untuk
mendengar. Jadi, beliau telah menagajar kami ansur maju dan teknik yang betul
untuk acara ini. Kami diminta untuk mencari kawan seramai empat orang dalam
satu kumpulan. Jadi di dalam kumpulan saya terdpaat Lizawati, Halimah, Nurul
Huda dan saya. Encik Kuppusamy telah mengajar dari awal sehingga larian
berganti-ganti. Pada hari tersebut barulah saya faham dan tahu teknik yang betul
tentang acara ini. Jadi saya akan ingat dan mungkin akan digunakan untuk
sekolah yang saya akan ajar nanti.
Pada 18April2012, ujian amali untuk semua acara telah dilakukan. Saya
merasa sangat gementar kerana saya risau tentang markah yang saya dapat dan
saya risau tidak mampu untuk melakukannya dengan baik. Tetapi setelah selesai
saya merasa sangat gembira kerana ujian amali telah dapat dilakukan dengan
agak baik dan perlu lagi penambahbaikan untuk masa akan datang.
Pada pendapat saya, subjuk ini amat sesuai untuk semua guru pelatih. Ini
kerana teknik-teknik yang betul dapat kita pelajari daripada pensyarah
pembimbing di IPGKTB ini.

80