Anda di halaman 1dari 11

SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA( 1600 1990 )

ABSTRAK
Sistem pendidikan penjajah telah digantikan dengan sistem pendidikan kebangsaan. Sistem yang terdahulu tidak
mengambil kira pembangunan, pembentukan identiti kebangsaan dan perpaduan negara. Lantaran itu kesedaran
dikalangan pemimpin dan rakyat Malaysia timbul bahawa betapa mustahaknya satu bentuk sistem pendidikan
mengikut acuan kita sendiri.Maka dengan itu Penyata Razak (1956) dan Laporan Rahman Talib ( 1960 ) menjadi asas
pembentukan sistem dan Dasar Pendidikan ( Pelajaran ) Kebangsaan seperti termaktub dalam Akta Pelajaran
Kebangsaan 1961. Kemudian sebuah Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan dalam tahun 1974 untuk mengkaji
semula Dasar Pendidikan Kebangsaan. Tujuan untuk memperbaiki perlaksanaannya supaya matlamat melahirkan
satu masyarakat yang bersatu padu dan berdisipilin serta memenuhi keperluan tenaga rakyat yang terlatih bagi
pembangunan negara dapat dicapai. Laporan Jawatankuasa ini telah diterbitkan dalam tahuan 1976.Kertas kerja ini
akan melihat evolusi sistem pendidikan kebangsaan yang sentiasa berubah dari awal hingga kini dan terjelmanya
Falsafah Pendidikan Negara secara tersurat. Sehubungan dengan itu seharusnya kita menyorot kembali sejarah
perkembangan pendidikan di zaman silam, zaman penjajahan British, sebelum merdeka dan selepas merdeka.
Akhirnya akan membawa kepada satu isu bersangkutan perlaksanaan dasar yang terbaru untuk dibicarakan dalam
kertas ini iaitu
pelajar-pelajar yang lulus PMR dengan sekurang-kurangnya mendapat 1D, boleh dinaikkan ke tingkatan 4. Isu ini
telah dilaksanakan dalam tahun 1998. Isu ini telah dilaksanakan dalam tahun 1998.
Di kalangan warga pendidik mereka melihat isu ini dalam berbagai persepsi ada yang pro dan ada yang kontra
dalam perkara ini.
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA( 1600 1990 )
Sejarah Awal Pendidikan di Tanah Melayu
Corak pendidikan yang ada di waktu ini berbentuk bukan formal. Ia wujud dan berkembang bersama-sama
pengembangan agama Islam di negari-negeri Semenanjung Tanah Melayu dan kepulauan Melayu pada abad ke 14.
Pedagang Arab dan India yang beragama Islam datang ke kawasan Asia Tenggara. Di waktu itu wujudnya institusi
pendidikan yang dinamakan sekolah pondok. Sekolah pondok ini dibangunkan dan dimajukan bersama secara
gotong royong di kalangan masyarakat setempat. Pada abad ke 18 dan 19 di Terengganu, Kelantan dan Kedah yang
paling banyak sekolah pondok. Ramainya tokoh-tokoh agama muncul menyebarkan agama Islam di Semenanjung
Tanah Melayu. Sekolah pondok juga merebak di Semenanjung Tanah Melayu termasuk Singapura. Sehingga sebelum
abad ke 20 masih tiada sistem dan organisasi pendidikan berbentuk formal.
Pendidikan Di waktu Penjajahan Inggeris (1800 hingga 1956)
Sistem pendidikan diwaktu ini adalah warisan budaya pendidikan zaman pemerintahan Inggeris. Diwaktu zaman ini
terbentuk lima jenis persekolahan iaitu Sekolah Vernukular Melayu, SekolahVernukular Cina , Sekolah Vernukular
India, Sekolah Vernukular Inggeris dan Sekolah Agama ( Madrasah ). Ciri-ciri sebegini rupa terbentuk kerana
mengambil kira faktor politik, ekonomi ,sosio-budaya dan agama.
Pendidikan Sebelum Merdeka ( 1941 hingga 1956 )
Waktu pemerintahan Jepun ( 1941 hingga 1956 ) Pendidikan Tamil dan Pendidikan Melayu diteruskan dengan
ditambah bahasa Jepun. Penubuhan sekolah Nippon-Go untuk menggantikan Sekolah

Vernukular Cina dan Inggeris. Pengajaran lebih ditekankan lagu-lagu klasik Jepun dan Kebudayaan Jepun.Selepas
tamat Perang Dunia Kedua 1946 , Inggeris kembali semula ke Tanah Melayu. Keadaan sistem pendidikan diwaktu ini
bercelaru, orang Melayu telah mula kuat semangat nasionalisme dan masyarkat Cina, India masih mahu kekal
bermastautin di Malaya. Selain daripada itu dikalangan orang Melayu mula timbul kesedaran untuk memajukan
pendidikan. Melalui pendidikan, ekonomi dan sosial orang Melayu di tingkatkan.Atas desakan dan kesedaran orang
Melayu untuk memperluaskan peluang pendidikan untuk kanak-kanak Melayu. Kaum Melayu mula mendesak pihak
kerajaan Inggeris memperbaiki keadaan pendidikan di sekolah-sekolah Melayu. Maka pada tahun 1950 satu
Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh L.J.Barnes telah ditugaskan untuk menyemak dan memperbaiki keadaan
pendidikan orang Melayu. Pada tahun 1951 terbentuklah Jawatankuasa L.J.Barnes fokusnya kepada pendidikan orang
Melayu dan membawa kepada seluruh sistem pendidikan perlu dirombak semula.
Perkembangan Pendidikan Dari Tahun ( 1957 hingga 1970 )

Dalam waktu ini bagi menjelaskan perkembangan pendidikan ada baiknya dilihat kronologi peristiwa
perkembangan yang berlaku didalam sistem pendidikan untuk memberikan gambaran yang jelas mengenainya.Malaya merdeka pada 31 Ogos 1957-Laporan Rahman Talib 1960-Pendidikan rendah percuma -Peperiksaan masuk
sekolah menengah dimansuhkan 1964-Pendidikan menengah komprehensif atau pendidikan aneka
jurusanDiperkenalkan 1965-Peperiksaan darjah lima diperkenalkan 1967-Jawatankuasa perancangan pelajaran tinggi
dibentuk membawa tertubuhnya Majlis Pelajaran Tinggi 1968. ITM,TAR,UKM.-1967 Laporan Khir Johari dikemukakan
dan Akta Bahasa Kebangsaan diluluskan.-Peristiwa 13 Mei 1969 .- ekoran dari itu Dasar Ekonomi Baru dan Rukun
Negara sebagai panduan, perumusan dari pendidikan dan matlamatnya. -Majlis Operasi Kebangsaan- kehidupan
kampus pelajar UM. Laporan Majid 1971 dikemukakan.-Laporan Murad 1973 kandungan keciciran pelajar-Laporan
Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran atau Laporan Kabinet 1979.-Laporan Kabinet
mencadangkan-KBSR terlaksana 1983 dan KBSM pada 1989.
Perkembangan Pendidikan dari Tahun 1970 hingga 1990
Tahun-tahun diantara 1970 hingga 1990 merupakan era penyusunan semula sistem pendidikan di Malaysia. Usaha
dan tumpuan yang lebih bagi pihak kerajaan reformasi menyeluruh dalam sistem pendidikan. Ini bertujuan bagi
mencapai matlamat membina sebuah masyarakat yang bersatu padu yang mempunyai identiti sendiri.Oleh itu
dasar-dasar pendidikan yang mendokong semangat kebangsaan. Penyusunan organisasi pendidikan yang selaras
meliputi peringkat sekolah pada peringkat Sek.Men dan Sek.Ren sama ada di Semenanjung, Sabah dan Sarawak
supaya mengikuti dasar kerajaan. Struktur kurikulum untuk sekolah, pendidikan guru dan pendidikan tinggi supaya
wujud kesinambuangan dan kerelevanan peringkat-peringkat pendidikan. Seterusnya ia dapat memperbaiki keadaan
demokrasi dan ekuti dalam pendidikan agar wujud kesamarataan penyertaan untuk etnik dan geografi. Rumusan
Pendidikan dalam zaman sebelum pemerintahan Inggeris ia bercorak non-formal. Kedatangan penjajah pula telah
banyak menimbulkan masalah dan mempengaruhi perkembangan sistem pendidikan. Pendidikan agama telah
berubah corak dengan penubuhan Sekolah Agama Islam yang moden dikenali dengan nama Madrasah.Laporan
L.J.Barnes ( 1951 ) merupakan komponen yang penuh kontroversi. Ia memperlihatkan kepentingan sesuatu etnik
sahaja. Laporan Razak ( 1956 ) dan Laporan Rahman Talib ( 1960 ) telah menjadi asas penggubalan Dasar
Pendidikan Kebangsaan Dasar dasar yang penting dikemukakan oleh Laporan tersebut dimaktub ke dalam Akta
Pelajaran 1961. Sehingga tahun-tahun selepas kemerdekaan hingga 1970 dianggap penyusunan semula sistem
pendidikan bukan sahaja di Semenanjung juga di Sabah di Sarawak. Tahun tujuh puluhan hingga sembilan puluhan
bolehlah dianggap sebagai era pembangunan dan pengukuhan sistem pendidikan serta memperolehi pendidikan
berkualiti.
DASAR PENDIDIKAN NEGARA
Pendahuluan
Pada umumnya dasar pendidikan negara digubal pada peringkat pusat oleh Kabinet, Kerajaan dan Kementerian
Pendidikan melalui sistem Jawatankuasa. Tujuannya ialah membentuk satu sistem pendidikan yang seragam
menyeluruh dan diterima pakai seluruh negara. Pengubalan ini satu usaha yang rumit. Ia harus dilakukan dengan
teliti, dibuat kajian dan dilihat pelbagai sudut. Sesuatu dasar yang digubal itu dijadikan satu kod etika atau amalan
dalam pendidikan supaya ia tidak berlaku penyelewengan. Dasar pendidikan merupakan satu sistem rangkaian
maklumat atau media yang menjelmakan idealisme, falsafah, matlamat dan objektif pendidikan negara. Ini
bermaksud meliputi ruang lingkup pelbagai aspek dan elemen dalam masyarakat iaitu sosial,politik, adat resam,
agama, hak, ketatasusilaan, kewarganegaraan, bahasa dan sebagainya. Ia juga mengambil kira kepelbagaian atau
variasi budaya, etnik dan kedudukan geografi. Usaha ini menjurus kepada matlamat mencapai integrasi nasional.
Selain daripada itu dasar pendidikan yang digubal memberi tumpuan berbagai aspek dan komponen dalam sistem
pendidikan termasuk perkara pendidikan formal, jenis pendidikan, kurikulum, pentadbiran, penyertaan dan agihan
insfrastuktur. Dasar itu diberi perhatian untuk memastikan pengukuhan prinsip demokrasi, kesamarataan dan
kesejagatan dalam pendidikan.Selepas merdeka kerajaan yang memerintah telah menyusun semula sistem
pendidikan . dasar-dasar pendidikan yang ada diperkukuhkan dalam perlembagaan dan undang-undang . Dasar
yang digubal diperakukan oleh undang-undang supaya ia lebih telus dan mengelakkan salah faham serta hak dan
keistimewaan golongan masyarakat yang lain.
Latar Belakang
Golongan yang dipertanggungjawabkan mengubal dasar ialah golongan yang diberi kuasa oleh kerajaan. Golongan
yang dimaksudkan ialah pemimpin , pemerintah atau pentadbir. Tujuan dasar itu digubal bagi melindungi hak,
status, prestij dan faedah bagi seluruh organisasi atau masyarakat. Dalam membentuk dasar tersebut ada unsur
tekanan dan desakan agar dasar itu menjadi amalan dan menjamin kejayaan perlaksanaannya. Sesetengah dasar
kerajaan dinyatakan secara formal dalam dokumen-dokumen urusan pentadbiran. Sebagaimana kita ketahui dasar
pemerintah negara dapat dilihat pada undang-undang dan perlembagaan yang telah didaulatkan.Dilihat aspek

pendidikan sesetengah negara di dunia pengubalan dasar pendidikan mengambil kira berbagai-bagai aspek
kehidupan masyarakat. Sama ada pendidikan formal atau tidak formal dianggap agen yang dipertanggungjawabkan
untuk proses sosialisasi dan pembudayaan ahli-ahli masyarakat khususnya generasi yang akan datang. Perubahan
dasar ini tidak pula melangsungkan perubahan seluruh sistem pendidikan ia hanya berbentuk pengukuhan atau
pemantapan kepada dasar-dasar yang sedia wujud.Elemen yang mempengaruhi unsur dasar pendidikan ialah
masyarakat. Masyarakat sebagai penentu kepada sistem pendidikan kerana ia bersangkutan ideologi negara iaitu
sama ada ideologi demokrasi sosiolis, kapitalis, totalitarian, autorian, marxis, komunis dan Islam. Selain daripada itu
yang dilihat dari aspek orientasi sosial ,orientasi ekonomi, orientasi politik, orientasi pembangunan, fahaman agama
kepelbagaian kaum, teknologi dan pengaruh perkembangan antarabangsa. Oleh demikian pengubalan dasar dan
keputusan mengenai urusan pendidikan negara ini dilakukan pada peringkat pusat tertinggi iaitu Kementerian
Pendidikan melalui Sistem Jawatankuasa yang dianggotai oleh tujuh buah jawatankuasa. Jawatankuasa ialah Jawatan
kuasa Perancangan Pendidikan ahli-ahli anggotanya ialah Menteri Pendidikan ( Pengerusi ) Timbalan-Timbalan
Menteri Pendidikan, Ketua pengarah dan dua oarang timbalannya, Ketua Setiausaha dan dua orang timbalannya,
Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelididikan ialah Jawatankuasa Kurikulum, Jawatankuasa Bahagian
Pendidikan Tinggi, Jawatankuasa Pembangunan, Jawatankuasa Buku Teks, Jawatankuasa Kewangan dan
Jawatankuasa Biasiswa dan Latihan.
Dasar-dasar baru yang ingin dilaksanakan diumumkan secara langsung oleh Menteri Pendidikan atau melalui
pekeliling-pekeliling rasmi ke Bahagian-Bahagian, Jabatan Pendidikan Negeri dan Sekolah-Sekolah.
Pengertian Dasar
Dari sudut bahasa dan dalam bidang sains sosial dasar sama ertinya dengan asas, iaitu ketetapan yang menjadi
pegangan dan tongak tindakan dan urusan. Perkataan Bahasa Inggeris dasar ertinya 'policy'. Dari segi
estimologinya, policy berasal dari perkataan Greek iaitu 'polis' yang bermakna city-state'. Dalam bahasa Latin
bermaksud 'politia' yang merujuk kepada negara. Manakala perkataan 'policie' digunakan dalam Middle English ia
membawa maksud merujuk kepada pengendalian urusan awam atau pentadbiran kerajaan.
Tinjauan Litateur
Perkara pokok yang dapat dilihat disini ialah pengubalan dasar yang lama dan tidak diterima pakai digantikan yang
baru bersesuaian tuntutan masa dan zaman. Oleh itu pengubalan dasar ini merupakan satu proses yang begitu
kompleks.Proses pengubalan dasar terbahagi kepada enam langkah Fowler ( 1990 ) mengikut urutan ,iaitu
pengenalpastian isu ( issue definition ) , penyusunan agenda ( agenda setting ) pengubalan dasar ( policy
formulation ) , penerimaan dasar ( policy adaption ) pelaksanaan ( implementation ) dan penilaian
( evalution ).Model ini merupakan satu model yang wujud dalam kitaran kehidupan kita perlu perhatian ahli politik
untuk menyelesaikan masalah atau isu yang timbul. Adakalanya kerajaan atau pemimpin politik begitu peka isu
yang dicetuskan melalui media-media tempatan . Sekiranya sesuatu isu dikenalpasti dan diberi perhatian utama
oleh kerajaan, sudah tentu ia dimasukkan ke dalam agenda dasar untuk proses pengubalan yang terkandung dasar
tersebut dikemukakan dalam parlimen untuk diterima dan diperakukan seterusnya dilaksanakan diperingkat
kementerian sehingalah ke peringkat akar-umbi.
Objektifnya
Objektifnya dasar ini dinyatakan dalam pendahuluan kepada Akta Pelajaran 1961 iaitu:" Bahawasanya Dasar
Pelajaran seperti yang disytiharkan dalam Ordinan Pelajaran 1957 ialah untuk menubuhkan satu sistem pendidikan
yang akan dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayan, sosial, ekonomi dan
politiknya."Kenyataan ini secara am sahaja jika dilihat dari sudut objektifnya. Akan tetapi dari aspek
perlaksanaannya, Kementerian Pendidikan dengan berasaskan kepada Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman
Talib 1960 telah mentafsirkannya sebagai menyatu padukan kanak-kanak sekolah berbilang kaum serta
menyediakan tenaga kerja. Tenaga kerja ini bermaksud 'tenaga rakyat' yang terdapat dalam Laporan Jawatankuasa
Kabinet bagi aspek ekonomi.Apabila Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan, objektifnya yang telah dibentuk
diperkukuhkan lagi bidang tugasnya. Antara lain tujuannya ialah dibawah Dasar Pendidikan adalah diharapkan dapat
memenuhi keperluan tenaga rakyat negara dalam jangka masa panjang dan jangka masa pendek bermatlamatkan
untuk melahirkan masyarakat bersatu padu,berdisiplin dan terlatih. Sehinggalah membawa pembentukan Falsafah
Pendidikan Negara yang diasaskan kepada inspirasi negara dinyatakan dalam bentuk penulisan, menekankan
kepada usaha melahrkan insan yang berilmu dan berakhlak, seimbang dan harmonis, yang boleh mencapai
kesejahteraan diri dan dapat memberi sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
Usaha ini berterusan ke arah matlamat penting bagi sistem pendidikan negara.
Proklamasi Dasar Pendidikan Kebangsaan

Bahawasanya dasar pelajaran seperti yang distiharkan dalam Ordinan Pelajaran 1957 ialah untuk menubuhkan
satu sistem pelajaran yang akan dapat memenuhi keperluan satu sistem pelajaran yang akan dapat memenuhi
keperluan negara dan mengalakkan perkembangan kebudayaan, sosial , ekonomi dan politik. Bahawasanya adalah
difikirkan perlu bahawa setakat yang sejajar dengan itu, dengan mengadakan pengajaran yang cekap dan dengan
mengelakkan perbelanjaan awam yang tidak berpatutan, perhatian hendaklah diberi kepada prinsip am bahawa
murid-murid hendaklah dididik mengikut kemahuan ibubapa mereka. Dan bahawasanya peruntukkan selanjutnya
adalah dikehendakki untuk menentukan agar dasar tersebut dilaksanakan secara berkesan, termasuk khususnya,
peruntukkan bagi perkembangan yang progressif bagi suatu sistem pelajaran dalam mana Bahasa Kebangsaan
adalah menjadi bahasa pengantar utama.Proklamasi dasar Pendidikan Kebangsaan memperlihatkan penekanan
kepada satu bentuk sistem pendidikan uang mengutamakan Bahasa Kebangsaan sebagai alat komunikasi dalam
pengajaran dan pembelajaran bagi semua peringkat pendidikan. Ini tertaluk dibawah bidang kuasa kerajaan . Justeru
itu perlaksanaan dasar yang seragam dimana kurikulum sekolah yang sama , peraturan jadual waktu yang sama,
bahasa pengantar yang sama, sistem peperiksaan yang sama, bahasa dalam sistem pepriksaan yang sama ,
peraturan disiplin yang sama dan peraturan sekolah yang sama.Dasar mempertingkatkan kualiti insfrastruktur dan
kurikulum dalam sistem pendidikan formal negara ini terus dijalankan. Dua buah Jawatankuasa ditubuhkan iaitu
Jawatankuasa Mengkaji Taraf Pelajaran di sekolah- sekolah (1982 ). Ini jelas dalam kenyataan Laporan Jawatankuasa
Kabinet. Mengkaji semula matlamat dan kesannya sistem pelajaran sekarang, termasuk kurikulumnya, dengan
tujuan untuk memastikan bahawa keperluan tenaga rakyat negara dapat dipenuhi sama ada dari segi jangka pendek
mahupun jangka panjang dan lebih- lenih lagi untuk memastikan bahawa sistem pelajaran itu dapat memenuhi
matlamat negara ke arah melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan terlatih.
Strategi Perlaksanaan
Bagi mencapai matlamat dasar pendidikan beberapa strategi telah digubal. Antara lainya adalah seperti
berikut:a.Menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama;b.Mengadakan kurikulum yang sama
dan berorientasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah;c.Mewujdkan sistem peperiksaan yang sama bagi
semua;d.Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan; e.Meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya dengan
menyediakan pendidikan yang menyeluruh seimbang dan bersepadu;mengadakan peluang pendidikan asas selama
sembilan tahun;f.Mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang dan mutu dengan mengagihkan peruntukan secara
adil dan memberikan perhatian khas kepada kumpulan yang kurang bernasib baik dikawasan luar bandar atau
pendalaman;g.Menyediakan pendidikan rendah mengikut Kurikulum Baru Sekolah Rendah ( KBSR) yang berasaskan
3M iaitu membaca ,menulis dan mengira pada tahun 1983 yang menjurus kepada Kurikulum Baru sekolah Menengah
( KBSM ) pada tahun 1989. Matlamat utama kurikulum baru ini adalah ilmu pengetahuan dan kemahiran yang sesuai
dan mempunyai moral serta nilai etika yang kukuh;h.Memperluaskan pendidikan Vokasional dan Teknik melalui
penyusunan semula kurikulum Sek. Vokasional pada tahun 1978.
Dasar Pendidikan Di Malaysia
Bagi setiap negara yang sudah mencapai kemerdekaan, salah satu aspek penting yang amat dititikberatkan
dalam usaha untuk menuju ke arah negara yang maju dan membangun dari aspek politik, ekonomi dan sosial ialah
penekanan terhadap perlaksanaan sistem pendidikan negara. Sistem pendidikan yang dilaksanakan di dalam
sesebuah negara, penting bukan sahaja kerana fungsi kebajikan dan sosialisasinya iaitu di mana kanak kanak
dididik untuk menjadi insan yang berjaya dan mengenali budaya serta alam sekeliling, tetapi juga boleh digunakan
sebagai
wadah untuk menyampaikan ideologi kebangsaan kepada masyarakat iaitu melalui penerapan tentang kefahaman
serta nilai nilai positif untuk perpaduan kaum di kalangan para pelajar.
Di Malaysia, dasar pendidikan mempunyai peranan yang amat penting dalam menentukan hala tuju sistem
pendidikan negara yang mana dasar ini dikenali sebagai
Dasar Pendidikan Kebangsaan
. Dasar Pendidikan Kebangsaan mula dilaksanakan di negara ini dalam tahun 1957. Umumnya, terdapat 3 tujuan
utama yang terkandung dalam dasar pendidikan kebangsaan ini. Pertama, tujuan dasar pendidikan diadakan adalah
untuk mewujudkan satu sistem pelajaran yang dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan
perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi dan politik. Kedua, untuk menghasilkan pelajar yang berdisiplin serta
mematuhi dan menghormati kedua ibu bapa mereka di mana prinsip ini sejajar dengan dasar dan polisi pendidikan
untuk mengadakan proses pengajaran dan pembelajaran yang cekap dan efisien dengan keperluan untuk
mengelakkan perbelanjaan awam yang tidak tersusun. Yang ketiga pula, ianya untuk memastikan agar dasar ini
dapat dilaksanakan dengan berkesan khususnya dalam menentukan perkembangan sistem pendidikan yang
progresif dan bahasa kebangsaan dijadikan sebagai bahasa pengantar yang utama.

Integrasi antara kaum pula merupakan isu yang amat diberi perhatian oleh pihak kerajaan ketika menggubal dasar
pendidikan selepas negara mencapai kemerdekaannya. Laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960 telah
menggariskan dengan jelas dasar yang berkaitan dengan nilai nilai integrasi antara kaum ini. Antara langkah yang
telah diambil dalam usaha untuk mengukuhkan dasar pendidikan negara ini ialah dengan menjadikan bahasa
melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa pengantar utama di semua sekolah, menggunakan sukatan
pelajaran dan sistem peperiksaan yang sama di setiap sekolah dan guru guru yang mengajar di sekolah haruslah
dilatih di bawah satu sistem latihan perguruan yang sama. Ketiga tiga faktor ini merupakan kunci kepada
pembentukan arah dan orientasi nilai sistem pendidikan kebangsaan negara ini. Menerusi perancangan yang
sistematik, kurikulum latihan perguruan yang seragam dan amalan amalan pedagogi di bilik- bilik darjah yang
bersesuaian , maka sistem pendidikan kebangsaan ini dijangka dapat membentuk ciri- ciri tingkahlaku dan sikap
pelajar yang bersesuaian dengan tatasusila masyarakat Malaysia.
2.1 Perkembangan sistem pendidikan kebangsaan selepas merdeka
Sistem pendidikan di Malaysia mengalami banyak perubahan selepas mencapai kemerdekaan terutamanya di
sekitar tahun 1980-an. Berdasarkan Laporan Jawatankuasa Kabinet yang mengkaji perlaksanaan Dasar Pelajaran
Kebangsaan (1979), Rancangan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) mula dilaksanakan di semua sekolah rendah
di seluruh negara mulai tahun 1983. Rancangan KBSR ini menekankan penguasaan terhadap kemahiran asas 3M
iaitu membaca , menulis dan mengira.Di samping itu juga, ia juga memberi tumpuan terhadap perkembangan
individu secara menyeluruh yang meliputi aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS).Pada tahun 1989,
Rancangan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pula diperkenalkan di semua sekolah menengah. KBSM
ini dirancang untuk memperkembangkan potensi individu daripada aspek JERIS secara menyeluruh dan bersepadu
dalam usaha untuk melahirkan pelajar yang berilmu, berakhlak mulia serta berupaya memberi sumbangan kepada
kemajuan , kesejahteraan serta pembangunan negara.
Walaubagaimanapun,
faktor utama yang menjadi tunjang ke arah pembentukan sistem pendidikan negara selepas mencapai kemerdekaan
ialah Perpaduan.
Apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan daripada penjajah British pada tahun 1957, tugas utamanya ialah
untuk menyatukan kembali rakyatnya yang berbilang kaum supaya dapat membina kembali sebuah negara yang
aman dan maju serta bebas daripada ancaman konflik antara kaum. Pada tahun 1959, sebuah Jawatankuasa
Penyemak Matapelajaran telah dibentuk yang dikenali sebagai Laporan Rahman Talib. Jawatankuasa ini diketuai oleh
Menteri Pelajaran ketika itu, iaitu Abdul Rahman Talib.Tujuan perlantikan jawatankuasa ini untuk mengkaji semula
polisi pendidikan kebangsaan sebagaimana yang telah dicadangkan dalam Laporan Razak yang dibuat pada tahun
1956. Antara cadangan cadangan yang dikemukakan dalam Laporan Rahman Talib ialah yang pertama, menjadikan
Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di setiap sekolah termasuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan
Tamil.
Antara tindakan tindakan yang diambil ialah mewajibkan semua murid lulus dalam matapelajaran
Bahasa Melayu dalam peperiksaan awam , kertas peperiksaan ditulis menggunakan Bahasa Melayu dan sebagainya.
Ini bertujuan untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum. Yang kedua,
jawatankuasa ini mencadangkan agar umur persekolahan murid murid dinaikkan daripada 12 tahun ke 15 tahun. Ia
bertujuan untuk mengelakkan berlakunya masalah penggangguran dan masalah sosial sekiranya murid murid ini
berhenti sekolah terlalu awal.Yang ketiga pula, memberi bantuan kewangan kepada Sekolah Menengah Kebangsaan
(aliran Bahasa Melayu ) dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan ( aliran Bahasa Inggeris). Mana mana sekolah
yang ingkar terhadap sistem pendidikan kebangsaan, bantuan kewangan terhadap sekolah tersebut akan ditarik
balik. Di samping itu, Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional telah ditubuhkan bagi melahirkan pelajar yang
mempunyai kemahiran dalam pelbagai bidang dan jurusan. Laporan Rahman Talib ini kemudiannya dibentangkan di
Parlimen dan diluluskan yang mana kemudiannya dikuatkuasakan dalam Akta Pelajaran 1961. Sejak itu,
perkembangan pendidikan kebangsaan selanjutnya adalah berdasarkan kepada polisi pendidikan kebangsaan yang
tercatat dalam Akta Pelajaran 1961 ini.
Sistem pendidikan negara terus mengalami perubahan di sekitar tahun
1963 hingga 1975 selaras dengan perlaksanaan rancangan lima tahun Malaysia. Perkembangan sistem pendidikan
negara pada tahun ini boleh dibahagikan kepada tiga tahap iaitu Tahap Pertama (1963 -1965), Tahap Kedua (19661970) dan Tahap Ketiga (1971-1975). Tahap pertama merupakan tahap perlaksanaan rancangan sistem pendidikan
yang telah dikuatkuasakan dalam Akta Pelajaran 1961. Tahap kedua pula merupakan tahap perlaksanaan rancangan
pendidikan di bawah Rancangan Malaysia Pertama. Ia digubal dengan tujuan untuk menyelesaikan masalah ekonomi
dan sosial yang timbul dalam tempoh ini. Sistem pendidikan pada tahap ini bukan hanya berorientasikan kepada
pembasmian buta huruf tetapi juga untuk mencapai matlamat ekonomi negara. Antara matlamat lain yang ingin
dicapai ialah memperkukuhkan sistem pendidikan kebangsaan bagi memupuk perpaduan sosial, kebudayaan dan
politik , menyediakan kemudahan pendidikan yang lebih bersistematik dan selesa kepada para pelajar,
meningkatkan taraf pendidikan di seluruh negara serta melaksanakan pendemokrasian pendidikan tanpa mengira
bangsa, kaum mahu pun agama. Pada tahap ini, beberapa buah Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional telah
disediakan bagi melatih pelajar dalam bidang pertukangan, pertanian, sains rumahtangga dan perdagangan agar
pelajar dapat mengembangkan lagi bakat mereka dalam bidang kemahiran yang telah disediakan.Perkembangan

sistem pendidikan dalam tahap ketiga pula ialah merupakan pengubahsuaian sistem pelajaran dan latihan untuk
memenuhi keperluan perkembangan ekonomi serta untuk menghasilkan lebih ramai pekerja mahir bagi
melaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB).
Sistem pendidikan pada tahap ini dirancang supaya memberi sumbangan penting bagi menggalakkan perpaduan di
kalangan rakyat berbilang bangsa.
Perubahan perubahan sistem pendidikan ini adalah akibat dari konflik perkauman yang tercetus pada 13 Mei 1969.
Kerajaan Malaysia terpaksa mengkaji semula matlamat matlamat pendidikan negara dan seterusnya merancang
suatu sistem pendidikan yang lebih sesuai dengan harapan boleh menyatupadukan rakyat berbilang kaum dan
dapat mengelakkan tragedi konflik perkauman itu daripada berulang kembali.
Kesinambungan daripada
Rancangan Malaysia yang pertama ini , system pendidikan negara terus mengalami arus perubahan dan
perkembangan pada Rancangan Malaysia yang kedua (1971-1975). Di bawah Rancangan Malaysia Kedua ,
rancangan pendidikan negara ditumpukan pada tiga bidang yang berikut iaitu yang pertama , menyatukan sistem
pelajaran bagi menggalakkan perpaduan negara. Yang kedua memperluaskan rancangan pelajaran bagi mencapai
keperluan negara mengenai tenaga rakyat dan yang ketiga memperbaiki mutu pelajaran ke arah mecapai
masyarakat yang maju berasaskan sains dan teknologi moden. Antara strategi yang dilaksanakan untuk mencapai
ketiga tiga hasrat ini ialah yang pertama melaksanakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar utama di
semua sekolah secara berperingkat. Kedua, mengurangkan jurang perbezaan dalam memberikan peluang pelajaran
di antara kawasan kawasan dan juga antara kaum melalui pembinaan sekolah dan kemudahan yang baru di
sekolah luar bandar serta melaksanakan pendemokrasian pendidikan. Yang ketiga, meningkatkan mutu pelajaran.
Dalam usaha untuk meningkatkan mutu pelajaran ini antaranya melalui pengurangan bilangan pelajar yang
terkandas dalam peperiksaan awam, membuat penilaian secara sistematik, memperbaiki sukatan pelajaran serta
memperseimbangkan antara matapelajaran teras dengan matapelajaran elektif seperti sains dan teknologi. Pada
tahun 1974, kerajaan Malaysia telah menubuhkan satu Jawatakuasa Kabinet untuk mengkaji pelaksanaan Dasar
Pelajaran Kebangsaan. Jawatankuasa ini telah mengkaji semula matlamat dan kesan sistem pelajaran termasuk
kurikulumnya untuk memastikan bahawa keperluan tenaga rakyat negara ini dapat dipenuhi. Walaubagaimanapun,
perkara yang lebih penting ialah untuk memastikan bahawa sistem pelajaran ini dapat memenuhi matlamat negara
ke arah pembentukan masyarakat berbilang kaum yang bersatu padu, berdisiplin dan terlatih. Antara aspek lain
yang dikaji untuk penambah baikkan terhadap sistem pendidikan di negara ini ialah menyeragamkan sukatan
pelajaran dan sistem peperiksaan di semua sekolah, menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan,
menstrukturkan masa persekolahan, meningkatkan kecekapan dalam sistem pentadbiran dan pengurusan serta
memasukkan matapelajaran yang baru dalam kurikulum sekolah iaitu matapelajaran Pendidikan Sivik, Pendidikan
Islam dan Moral serta memantapkan lagi pembentukan disiplin dikalangan para pelajar.
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL DI MALAYSIA
Perkembangan sistem pendidikan di Malaysia telah wujud sekian lama iaitu sebelum kedatangan penjajah lagi.
Perkembangan ini telah merentasi masa sejak zaman berzaman hingga ke hari ini. Pendidikan Teknik dan Vokasional
(PTV) merupakan salah satu cabang dalam pendidikan di Malaysia. Teknikal bermaksud pelaksanaan sesuatu kerja
yang mengkhusus kepada sesuatu pengetahuan. Vokasional pula menurut Kamus Dewan ialah bidang yang
berkaitan dengan aspek praktik sesuatu pendidikan. PTV menyumbang kepada pembangunan negara dalam sektor
ekonomi, sosial dan juga kestabilan negara.
Perkembangan PTV bermula daripada revolusi perindustrian Perancis pada awal tahun 1800an. Ketika itu kajian
dilakukan dan ciptaan baru dihasilkan demi memenuhi keperluan peperangan seperti penciptaan senjata serta
lokomotif. Seterusnya ia berkembang ke seluruh dunia daripada negara-negara Eropah dan terus ke negara-negara
timur yang dibawa oleh penjajah. PTV kini memainkan peranan penting dalam menyediakan tenaga kerja mahir dan
separa mahir untuk membangunkan negara dalam sektor-sektor perindustrian tidak mengira asas sama ada
pertanian,laut dan hasil bumi.
Perkembangan PTV di Malaysia tidak terhad kepada peranan Kementerian Pelajaran sahaja. Penggubalan dasar
kurikulum turut dibuat dan usaha untuk penambahbaikan dilaksanakan oleh mereka di luar kementerian. Sebagai
contoh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) bertanggungjawab mengendalikan program-program
kemahiran sehingga ke hari ini. Badan organisasi bukan kerajaan atau NGO seperti kilang mempunyai institusi
latihan tersendiri untuk melatih para pekerjanya yang tidak berpengalaman. Kementerian berkaitan juga
menubuhkan university-universiti awam yang menawarkan kursus-kursus peringkat lebih tinggi dalam bidang
kejuruteraan.
KRONOGRAFI SEJARAH PERKEMBANGAN PTV
Selepas pendidikan ditahap rendah dan menengah, kerajaan British memperkenalkan PTV sejak awal abad ke-20

1900 - Permulaan kegiatan kemahiran kraftangan melayu di Kuala Lumpur


- Orang melayu yang mahir dalam seni ( anyam, sulam & ukir ) diambil
jadi tenaga pengajar si sekolah melayu di Kuala Lumpur
1905 - pembukaan Sekolah Teknik Treacher di Kuala Lumpur untuk beri
latihan kepada pembantu teknik di JKR, Juru ukur, KTM
1918 - pembentukan suruhanjaya Pendidikan Teknik dan Industri untuk
mengkaji keperluan pelajaran Vokasional dan Teknik di negeri-negeri
Melayu
1923 - penubuhan Pusat Latihan Pertanian
1926 - penubuhan Sekolah Teknik
1931 - penubuhan Sekolah Pertanian di Serdang untuk melatih pegawaipegawai pertanian.
1946 - Sekolah Pertanian dinaik taraf menjadi Kolej Pertanian
- bertukar menjadi Universiti Putra Malaysia yang kekal sehingga
Sekarang
1941 - Sekolah Teknik ditukar status kepada Maktab Teknik
1972 - Maktab Teknik dinaik taraf kepada Universiti Teknologi Malaysia
- Kolej Pertanian dinaik taraf kepada Universiti Pertanian Malaysia
SEJARAH PERKEMBANGAN PTV SEBELUM PENJAJAHAN INGGERIS
Sebelum kedatangan British ke Tanah Melayu, sistem pendidikan masyarakat Melayu adalah terhad kepada
membaca kitab suci al-Quran, mempelajarinya dengan imam di surau dan juga ulama di pondok sebagai kelas
pembelajaran mereka. Aktiviti-aktiviti pula terhad kepada mengenal abjad-abjad Arab,menghafaz doa dan
mendalami prinsip Islam. Pendidikan tradisi ini merupakan tidak formal. Pada masa yang lain, murid akan menolong
gurunya menguruskan hal-hal rumah dan bekerja di kebun dan sawah. Melalui kerja-kerja itu, murid-murid secara
tidak langsung belajar kemahiran-kemahiran yang dikehendaki supaya dapat menjalankan kerja dalam kehidupan
seharian mereka. Kemahiran tidak perlu dikuasai untuk mencari nafkah seharian, masyarakat Melayu ketika itu
bekerja sebagai petani dan nelayan yang diwarisi daripada keluarga masing-masing.
SEJARAH PERKEMBANGAN PTV SEMASA PENJAJAHAN INGGERIS
Sistem pendidikan tradisi orang Melayu berubah setelah kedatangan Inggeris pada pertengahan kurun ke 19.
Penjajah telah memperkenalkan sistem Pendidikan Vernakular Melayu pada tahun 1786 hingga 1941 bersama-sama
pembentukan Pendidikan Vernakular Cina dan India. Selain daripada niat untuk merebut kekayaaan hasil bumi kita,
penjajah juga memperkenalkan sistem pendidikan kerana ingin memberikan pendidikan kepada rakyat di bawah
pemerintahan mereka. Sebagai usaha pertama, pada tahun 1856, Blundell dengan kerjasama DYMM Temenggong
Johor telah menubuhkan dua buah sekolah vernakular Melayu di Singapura. Sekolah Melayu juga ditubuhkan di
Pulau Pinang dan Melaka tetapi tidak mendapat sambutan kerana tidak mengajar matapelajaran agama Islam. Mulai
awal kurun ke 20 mata pelajaran seperti perkebunan dan anyaman ditambah dalam kurikulum pendidikan.
Perubahan dari 3M kepada anyaman dan perkebunan adalah mengikut rancangan Laporan Winsdent 1917. Namun
tahun persekolahan terhad sehingga darjah 4 sahaja. Hanya segolongan kecil sahaja yang berjaya memasuki Maktab
Perguruan atau Malay Special Class di mana mereka boleh melanjutkan pelajaran ke sekolah inggeris. Sebelum
Laporan Winsdent, pada 6 Februari 1816, Rev. R.S.Hutchings telah membuka Penang Free School di mana PTV turut
ditawarkan. Tujuan kurikulum Hutchings adalah untuk memberi peluang kepada kanak-kanak mempelajari tentang
pekerjaan yang berguna seperti tukang kayu, tukang besi, tukang kasut, tukang jahit, penjilidan buku dan
sebagainya. Sebelum Perang Dunia ke-2, sistem Sekolah Vernakular Melayu dan Tamil hanya setakat peringkat
sekolah rendah sahaja. Namun pembelajaran berkaitan PTV boleh dilanjutkan di Maktab Perguruan, Sekolah

Vokasional,Kolej Perubatan dan Sekolah Teknik dengan syarat pelajar lulus peperiksaan Sijil Cambridge Seberang
Laut yang mula diperkenalkan pada tahun 1891.
PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL ERA PENJAJAHAN
Pada tahun 1918, mengikut cadangan Jawatankuasa Lemon, Sekolah Teknik telah didirikan di Kuala Lumpur. Antara
mata pelajaran yang diajar ialah Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Elektrik dan Kejuruteraan Awam serta Ilmu
Ukur. Winsdent (1916) juga mencadangkan sekolah vokasional diperkenalkan dengan pengantaraan Bahasa Inggeris
dan Bahasa Melayu bagi murid-murid yang telah lulus darjah 5 di sekolah Inggeris dan sekolah Melayu. Setelah 100
tahun negara di bawah jajahan Kolonial, jumlah institusi teknikal dan vokasional sangat terhad bilangannya. Sekolah
Teknik Treacher di Kuala Lumpur pada 1906 yang dikelolakan oleh Jabatan Kerja Raya yang menyediakan juruteknik
yang diperlukan oleh Keretapi Tanah Melayu, Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Ukur sehinggalah Perang Dunia ke 2.
Messrs Coales, Watson dan Worley juga menubuhkan sekolah teknik bagi melatih juru ukur untuk jabatan kerajaan
dan firma swasta. Penubuhan sekolah teknik ini hanyalah terhad kepada sebilangan kecil penuntut yang
berpendidikan Inggeris demi melahirkan pegawai-pegawai rendah teknik untuk memenuhi keperluan jabatan awam
dan swasta. Sementara penubuhan Sekolah Pertukangan bagi murid-murid Melayu bertujuan untuk mengeluarkan
pekerja peringkat bawahan.
SEKOLAH PERTUKANGAN ERA PENJAJAHAN
Pada 1918, jawatankuasa mengenai Pelajaran Teknik dan Perindustrian di Negeri-negeri Melayu Bersekutu
mencadangkan supaya sebuah sekolah pertukangan dengan pengantar Bahasa Melayu ditubuhkan. Tujuannya untuk
menjadikan budak Melayu sebagai mekanik di Jabatan Keretapi dan sebagai guru tukang kayu di sekolah Vernakular
Melayu. Pada 1926, sekolah pertukangan yang pertama dibina di Kuala Lumpur dengan jangka masa latihan selama
3 tahun. Kebanyakan murid lulusan sekolah pertukangan tidak dapat melihat kebaikannya untuk masa hadapan.
Namun, sekolah pertukangan ini berjaya melahirkan pekerja peringkat bawahan untuk jabatan awam.
SEKOLAH PERTANIAN
Serentak dengan penubuhan sekolah pertukangan,sekolah pertanian dibina di Serdang pada tahun 1931. Sekolah ini
dikelola oleh jabatan pertanian bertujuan untuk melatih pelajar sebagai pegawai rendah pertanian. Pada 1941,
sebuah maktab teknik dibina dan selepas perang dunia ke 2, sebuah maktab pertanian pula dibina. Bagaimanapun
penempatan sekolah-sekolah tersebut tertumpu di sekitar kawasan pantai barat semenanjungyang banyak
mengandungi kepentingan kepada penjajah. Perkembangan Sekolah Menengah Vokalsional
Pada tahun 1968, wujudnya Sekolah Menengah Vokalsional. Ianya bertujuan menyalurkan murid-murid lepasan
sekolah aneka jurusandi tingkatan 4 dan 5. Penubuhannya adalah untuk memberi latihan dan kemahiran kepada
murid-murid. Empat bidang kursus vokalsional yang ditawarkan ialah Pertukangan, Perdagangan, Pertanian dan
Sains Rumah Tangga. Selepas 2 tahun, murid-murid akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Vokalsional
Malaysia(SPVM). pada tahun 1969, seramai 1329 penuntut kumpulan pertama daripada Sekolah Menengah
Vokalsional telah menduduki peperiksaan SPVM. Diantara tahun 1969-1974 kerajaan telah menubuhkan Sekolah
Jenis Vokasional secara beransur-ansur mengikut Rancangan Lima Tahun Dasar Ekonomi Baru di setiap negeri
seluruh negara. Jumlah keseluruhannya ialah 18 buah Sekolah Vokasional, dimana 13 daripadanya adalah Sekolah
Pertukangan.
Bidang mata pelajaran vokasional yang ditawarkan adalah sepeti berikut :
1. Kursus Pertukangan
2. Kursus Pertanian
3. Kursus Perdagangan
4. Kursus Sains Rumah Tangga
Perkembangan Sekolah Menegah Teknik Sekolah Menegah Teknik mempunyai pertalian dengan Treacher Technical
Institute(1906) yang ditubuhkan oleh pihak Klonial di bawah Jabatan Pelajaran Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Pada
tahun 1956, Treacher Training Institute yang terlebih dahulu dinaik taraf kepada Tecnichal Institute dan bertukar
kepada Sekolah Menengah Teknik pada tahun 1962. Tujuan Sekolah Menegah Teknik adalah untuk memberi pelajaran
am yang lebih cenderung kepada aliran teknik sebagai asas kepada murid-murid untuk melanjutkan pelajaran tinggi
di bidang teknikal.
Tiga kursus utama yang ditawarkan adalah Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Mekanikal dan Pertanian. Ilmu
Perdagangan pula diperkenalkan untuk memberi peluang kepada pelajar perempuan sepertimana yang dicadangkan

dalam Rancangan Malaysia Kedua. Dalam kursus Mekanikal dan Bangunan, murid-murid diberi latihan amali di
bengkel yang berkaitan serta teori-teorinya.

RUMUSAN
Perkembangan PTV kini pesat selaras dengan keperluan negara dalam menjana ekonomi khususnya dalam bidang
perindustrian yang kini menjadi pencorak utama ekonomi negara. Bidang industri yang memainkan peranan penting
merangkumi industri pengeluaran, automobil, petroleum, pembuatan dan komunikasi. Selaras dengan itu, kerajaan
telah mengembangkan PTV diperingkat sekolah Rendah Menengah dan Institusi Pendidikan Tinggi. Hasrat kerajaan
adalah untuk melahirkan rakyat yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan menyumbang kepada
pembangunan negara sepertimana yang tersurat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Sejarah perkembangan pendidikan teknik dan vokasional
1.0 PENGENALAN
Perubahan era globalisasi masa kini menjadikan pendidikan teknik dan vokasional salah satu agenda utama negara
terhadap pembangunan negara melalui visi dan misi negara iaitu Wawasan 2020 dalam mencapai taraf negara maju
pada tahun 2020. Oleh itu, dalam usaha mencapai taraf negara maju tersebut beberapa perkara perlu diambil
perhatian oleh pihak tertentu iaitu yang pertama, penambahan tenaga kerja dalam bidang berkaitan teknik dan
vokasional dan yang kedua penambahan institusi pendidikan teknik dan vokasional. Namun demikian, tahukah anda
bagaimana pendidikan teknik dan vokasional di Malaysia ini berkembang bagi merealisasikan impian negara?. Maka,
dalam kajian ini akan mengupas sejarah perkembangan teknik dan vokasional di Malaysia.
2.0 PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL DI ZAMAN IMPERIALISME BARAT
2.1. Sebelum Zaman Kolonialisme British
Pendidikan di Tanah Melayu bermula sejak kewujudan Empayar Melaka lagi sewaktu perkembangan ajaran Islam ke
rantau Asia Tenggara. Masyarakat pada ketika itu, menuntut ilmu berpusatkan rumah-rumah guru dan surau-surau.
Selepas berlaku pertambahan bilangan anak murid maka wujudkan sekolah pondok dengan sukatan berdasarkan
kurikulum Masjid Al-Haram di Makkah.
Reformasi kecil telah berlaku setelah kehadiran Portugis pada tahun 1511 apabila mereka telah memperkenalkan
pendidikan berasaskan agama Kristian mazhab Roman Katolik. Kemudian, apabila Melaka jatuh ke tangan Belanda
pula, menyebabkan berlakunya perubahan daripada mazhab Katolik ke mazhab Protestant di Melaka pada ketika itu.
Kebanyakkan masyarakat pada ketika itu menerima ilmu kemahiran secara tidak formal seperti kemahiran berladang
atau berkebun, bersawah, bertukang kayu dan logam, membuat keris dan kerja-kerja kraftangan seperti anyaman.
2.2. Semasa Zaman Kolonialisme British

2.2.1. Sebelum Perang Dunia Kedua


Semasa British menjajah Tanah Melayu, British telah mengategorikan sistem pendidikan kepada lima peringkat iaitu:
Pendidikan Rendah
Pendidikan Menengah
Latihan Perguruan
Pendidikan Teknik dan Vokasional
Pendidikan Tinggi
Pendidikan teknik dan vokasional turut diberi perhatian oleh kerajaan British pada ketika itu. Sejarah
perkembangannya bermula pada tahun 1900. Orang-orang Melayu yang berkemahiran dalam seni menganyam,
menyulam dan mengukir diambil untuk menjadi tenaga pengajar di sekolah-sekolah Melayu yang berdekatan dengan
Kuala Lumpur.
Kemudian, pada tahun 1905 Sekolah Teknik Treacher Kuala Lumpur telah dibuka untuk memberi latihan kepada
pembantu-pembantu teknik di Jabatan Kerja Raya, Jabatan Ukur dan Keretapi Tanah Melayu. Pada tahun 1918 pula,
Suruhanjaya Pendidikan Teknik dan Industri telah dibentuk untuk mengkaji keperluan pelajaran vokasional dan teknik
di Negeri-negeri Tanah Malayu.
Pada tahun 1923, Pusat Latihan Pertanian telah ditubuhkan bagi memberi latihan kepada orang Melayu mengenai
cara-cara berladang dan berkebun. Kemudian, pada tahun 1926, Sekolah Teknik telah ditubuhkan dan kemudiannya
pada tahun 1941 statusnya telah ditukar ke Maktab Teknik dan dinaik taraf menjadi Universiti Teknologi Malaysia
pada tahun 1972. Bagi memberi pendidikan yang lebih mendalam kepada Pegawai-pegawai pertanian, Sekolah

Pertanian telah diwujudkan pada tahun 1931 di Serdang, Selangor dan kemudian dinaik taraf sebagai Kolej Pertanian
sebelum diiktiraf sebagai Universiti Pertanian Malaysia pada tahun 1972 dan hari ini dikenali sebagai Universiti Putra
Malaysia.
2.2.2. Selepas Perang Dunia Kedua
Beberapa dasar telah diperkenalkan oleh British dalam pendidikan di Tanah Melayu selepas menghadapi Perang
Dunia Kedua bagi memantapkan sistem pendidikan dan kepentingan politik mereka di Tanah Melayu.
British telah memperkenalkan Laporan Barnes (1951) yang telah dipengerusikan oleh L.J. Barnes yang merupakan
Pengarah Bahagian Latihan Sosial, Universiti Oxford telah menyatakan hasrat untuk mendirikan sekolah vokasional
moden yang mengutamakan matapelajaran Sains, Seni Perusahaan dan Sains Rumah Tangga. Namun, rancangan
beliau gagal kerana laporan beliau gagal untuk mencadangkan penambahbaikan kepada sekolah-sekolah Melayu
tanpa merombak semula sistem pendidikan secara keseluruhan.
Menyedari bahawa masyarakat cina di Tanah Melayu juga ingin mejaga kepentingan mereka, maka satu laporan
yang dikenali sebagai Laporan Fenn-Wu (1952) telah diperkenalkan oleh Dr. Fenn yang merupakan Setiausaha Kerja
Bersekutu kepada Lembaga Amanah bagi beberapa buah universiti di China dan beliau telah dibantu oleh Dr.Wu
yang merupakan petugas di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Dalam laporan ini, sekolah cina ingin
meminta bantuan pusat dan latihan perguruan untuk masyarakat cina.
Melihat kepada laporan-laporan yang telah dibentangkan, maka kerajaan British telah mengambil jalan tengah
dengan memperkenalkan satu ordinan yang dikenali sebagai Ordinan Pelajaran 1952. Ordinan ini telah mengkaji
kedua laporan dan mengambil keputusan untuk memperkenalkan sekolah kebangsaan, bahasa Melayu dan Inggeris
diperkenalkan di sekolah-sekolah jenis kebangsaan, sekolah aliran Ingeris dikekalkan, pendidikan agama Islam
dijalankan untuk murid-murid beragama Islam, dan penubuhan Sekolah Menengah Vokasional dicadangkan dan
termaktub sebagai Polisi Pelajaran Kebangsaan.
3.0 SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH TEKNIK dan VOKASIONAL DAN PERTUKANGAN
Penubuhan sekolah teknik bermula pada tahun 1905. Sekolah teknik pertama ialah Sekolah Teknik Treacher yang
dikelolakan oleh Jabatan Kerjaya Raya Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Tujuan penubuhan sekolah teknik ini adalah
untuk melahirkan pembantu-pembantu jurteknik di Jabatan Kerja Raya, Jabatan Keretapi Tanah Melayu dan Jabatan
Ukur.
Pada tahun 1914, telah berlaku perang dunia kedua menyebabkan semua jabatan-jabatan tersebut ditutup. Sekolah
teknik juga turut ditutup. Pada tahun 1918, sekolah teknik telah dibuka semula dan telah diambil alih oleh Jabatan
Pelajaran pada tahun 1931. Sekolah teknik ini telah menerima pelajar-pelajar dari agensi swasta pada tahun 1933.
Antara kursus yang diperkenalkan ialah kejuruteraan awam, kejuruteraan mekanikal dan kejuruteraan ukur.
Sekolah pertukangan atau Trade School bermula pada tahun 1926 dengan tertubuhnya 4 buah sekolah pertama di
Kuala Lumpur. Guru terdiri daripada orang eropah yang ditadbir oleh seorang pengetua dibawah kelolaan Jabatan
Pelajaran. Bertujuan untuk melahirkan mekanik-mekanik terlatih untuk memenuhi keperluan di Jabatan Keretapi dan
di sekolah-sekolah untuk mata pelajaran pertukangan. Murid akan mengikuti kursus selama 3 tahun. Latar belakang
murid kebanyakkannya merupakan pelajar yang gagal untuk meneruskan pelajaran ke sekolah menengah. Tiga mata
pelajarn menjadi teras iaitu seni perusahaan, sains pertanian dan sains rumah tangga.
4.0 PENUBUHAN POLITEKNIK DI TANAH MELAYU
Pada tahun 1964, Bahagian Pendidikan Teknikal dan Vokasional (BPTV), Kementerian Pelajaran Malaysia telah
ditubuhkan dan dipertanggungjawab untuk mempromosikan pendidikan teknikal dan vokasional. Bahagian ini
seterusnya diberi status jabatan dan dinamakan Jabatan Pendidikan Teknikal (JPTek) pada tahun 1995. Selain
merangka polisi, jabatan baru ini juga bertanggungjawab menentukan halatuju pendidikan teknikal dan vokasional
selaras dengan program pengindustrian dan modernisasi Negara. Satu badan khusus telah ditubuhkan
bertanggungjawab dalam mengurus politeknik iaitu Bahagian Pengurusan Politeknik.
Pendidikan Politeknik mula diperkenalkan di Malaysia melalui Pelan Colombo pada tahun 1969 dengan penubuhan
politeknik pertama iaitu Politeknik Ungku Omar, Ipoh. Ini dikukuhkan lagi melalui satu resolusi yang telah dipersetujui
oleh Jemaah Kabinet dalam Pelan Perlaksanaan Pendidikan (1979) dan Pelan Industri Kebangsaan pada tahun 1985
1995. Keputusan Jawatankuasa Kabinet mengenai latihan(1991) sekali lagi memberi ruang kepada penambahan
bilangan politeknik dan penawaran kursus-kursus bagi memenuhi permintaan tenaga separa profesional dalam
bidang kejuteraan, perdagangan dan hospitaliti.
Perubahan struktur kabinet kerajaan Malaysia pada tahun 2004 telah mengubah pengurusan politeknik daripada
Kementerian Pelajaran Malaysia ke kementerian baru iaitu Kementerian Pengajian Tinggi dimana pengoperasian
politeknik diletakkan di bawah Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) yang ditubuhkan pada Tahun
2005. Bermula 1 September 2007, Bahagian Pengurusan Politeknik dikenali sebagai Sektor Pengurusan Politeknik
dan diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan Politeknik), Tn Hj Mokhlis bin Jaafar.
5.0 PENUBUHAN BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL
Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional ( BPTV )ditubuhkan pada tahun 1964. Pada awalnya, penubuhan

bahagian ini berfungsi untuk memastikan kesinambungan polisi pendidikan dan perkembangan Pendidikan teknik
dan vokasional di Malaysia.
Antara bidang operasi yang terdapat di BPTV pada ketika itu ialah menyediakan perkhidmatan dalam penyelidikan,
perancangan, pelaksanaan, pengkoordinasian, pengawasan dan pemantauan perkembangan pendidikan teknik dan
vokasional sebagai agensi pusat untuk Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional. Dalam usaha menyelaraskan
setiap bidang operasi yang ada di BPTV maka tujuh buah unit diwujudkan, iaitu:
1. Unit Ketukangan Kejuruteraan
2. Unit Perdagangan
3. Unit Ekonomi Rumah Tangga (ERT)
4. Unit Sains Pertanian
5. Unit Kursus Pendek
6. Unit Politeknik
7. Unit Pentadbiran
Pada tahun 1986, unit di dalam BPTV telah bertambah menjadi sepuluh unit iaitu:
1. Unit Kejuruteraan Awam
2. Unit Kejuruteraan Elektrik
3. Unit Kejuruteraan Mekanikal
4. Unit Perdagangan
5. Unit ERT
6. Unit Sains Pertanian
7. Unit Pembangunan
8. Unit Pengurusan pelajar
9. Unit Pengurusan
10. Unit Pentadbiran
Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional dinaik taraf dan bertukar nama sebagai Jabatan Pendidikan Teknikal pada
tahun 1995.
6.0 PENUBUHAN MAKTAB PERGURUAN TEKNIK
Selaras dengan syor-syor dalam Penyata Razak dan Penyata Rahman Talib tentang pendidikan teknik dan vokasional,
Jawatankuasa Penyemak Dasar Pelajaran 1960 mencadangkan sebuah maktab perguruan teknik ditubuhkan selewatlewatnya pada tahun 1962. Oleh itu dalam bulan Jun 1960, Kerajaan Persekutuan telah bersetuju untuk
mendapatkan pakar teknik dari Kanada bagi mengkaji penubuhan maktab perguruan teknik di negara ini.
Kemudian pada bulan Jun 1961, dengan kerjasama Kerajaan Kanada melalui Rancangan Colombo, dua orang pakar
pendidikan teknik dan vokasional Kanada iaitu Encik C.C. Aschroft, pakar kejuruteraan dan bekas Pengetua Maktab
Perguruan Teknik Ontario, Kanada dan Encik D.T. Dingwell, bekas guru teknik di Junior Technical Trade School, Kuala
Lumpur (1956-1958) telah datang ke negara ini untuk membuat kajian. Hasilnya, mereka telah mengesyorkan
kepada kerajaan beberapa langkah yang perlu diambil termasuklah anggaran perbelanjaan pembinaan bangunan,
reka bentuk bangunan, bengkel, makmal, kurikulum dan sebagainya.
Berikutan itu, satu perjanjian kerjasama lima tahun telah ditandatangani antara Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu
dengan Kerajaan Kanada. Mengikut perjanjian tersebut, Kerajaan Kanada bertanggungjawab untuk menyediakan
tenaga pengajar, merangka data kursus dan menganjurkan latihan untuk kakitangan tempatan di Kanada.
Dengan itu lahirlah Maktab Perguruan Teknik (MPT) pada 17 Mei 1962, selepas tibanya sekumpulan guru teknik dan
vokasional dari Kanada yang diketuai oleh Encik B.F. Addy. Bangunan MPT yang pertama terletak di Jalan Damansara,
Kuala Lumpur. Bangunan ini adalah bekas bangunan Kolej Perempuan Melayu (Malay Girl's College) yang telah
berpindah ke Seremban, Negeri Sembilan. Kemudian pada akhir tahun 1967 apabila perkhidmatan kakitangan dari
Kanada tamat, semua tanggungjawab untuk mengurus maktab ini diambil alih oleh pegawai-pegawai tempatan.
Peranan maktab ini telah menjadi bertambah penting dengan terlaksananya Sistem Pelajaran Aneka Jurusan dalam
tahun 1965 yang memperkenalkan empat mata pelajaran baru di peringkat sekolah menengah rendah, iaitu Seni
Perusahaan, Sains Pertanian, Perdagangan dan Sains Rumah Tangga.
MPT mula mengendalikan Kursus Pertukangan pada awal tahun 1970, apabila jabatan berkenaan di Maktab
Perguruan Pertukangan di Kuantan dipindahkan ke sini. Pada tahun 1972 kursus Pengajian Perdagangan pula
dimulakan apabila Jabatan Pengajian Perdagangan Maktab Perguruan Ilmu Khas dipindahkan ke maktab ini dalam
usaha menggabungkan jurusan teknik dan vokasional.
MPT juga telah mengendalikan latihan perguruan dalam tiga komponen kursus Kemahiran Hidup: Ekonomi Rumah
Tangga, Kemahiran Manipulatif Tambahan dan Pertanian sejak 1989 sehingga kursus-kursus tersebut dipindahkan ke
Maktab Perguruan Batu Pahat dalam tahun 1992.
Mulai tahun 2006, MPT dinaiktarafkan dengan kemampuan menganugerakan Ijazah Perguruan kepada para
pelajarnya. Ia mula dikenali sebagai Institut Perguruan Teknik (IPTKL).
7.0 PENUTUP
Bagi merealisasikan impian negara iaitu menjadikan Malasia sebgai negara maju menjelang tahun 2020, maka
pelbagai perubahan perlu dibentuk berdasarkan pengalaman-pengalaman yang lalu. Kita hendaklah memastikan
bahawa setiap perancangan dan tindakan selari dengan dasar yang telah digariskan oleh kementerian seperti Dasar
Pendidikan Kebangsaan, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan sebagainya.
Setiap guru perlu membuat anjakan dalam proses pembelajaran dan pengajaran selari dengan perubahan globalisasi
yang berlaku. ICT merentas kurikulum boleh dipraktikkan oleh guru sebagai salah satu bahan bantu mengajar di
dalam kelas.

Anda mungkin juga menyukai