Anda di halaman 1dari 7

BUSINESS PLAN 2015

MT Notebook
Mutiara Technology Sdn Bhd
Contact Details:
Plot 76 Bayan Lepas Industrial Area,
Bayan Lepas, 11900 Penang,
Pulau Pinang, Malaysia.
Tel: +604 401 6888
Fax: +604 401 6800
Website: mutiaratechnology.blogspot.com

DINAMIKA MALAYSIA

_________[MUTIARA TECHNOLOGY-BUSINESS PLAN ]________

ISI KANDUNGAN

BAHAGIAN 1.0 RINGKASAN EKSEKUTIF

BAHAGIAN 2.0 KETERANGAN PRODUK DAN PERKHIDMATAN

BAHAGIAN 3.0 KETERANGAN TEKNOLOGI

BAHAGIAN 4.0 PASARAN DAN PERSAINGAN

BAHAGIAN 5.0 MODEL PERNIAGAAN

Page

DINAMIKA MALAYSIA

_________[MUTIARA TECHNOLOGY-BUSINESS PLAN ]________


Bahagian 1.0 Ringkasan Eksekutif
Produk MT Notebook yang merupakan satu produk rekacipta yang mempunyai ciri-ciri
yang unik inovatif dan berbeza dari notebook yang lain. Produk ini dicipta sebagai
dokumen ekstrak dimana notebook ini merangkumi sebagai mesin pencetak dan
pengimbas secara all in one. Produk ini dibangunkan bagi tujuan memudahkan urusanurusan yang penting dan kecemasan yang memerlukan pencetakkan dan pengimbasan
sesuatu dokumen itu dengan segera. Produk MT Notebook ini dicipta bagi memudahkan
para pengguna dan ia juga dapat menjimatkan masa , ruang dan sangat mesra pengguna.
Produk ini dicipta berasaskan teknologi dan mengambil kira keperluan dan kemudahan
pengguna.

Bahagian 2.0 Penerangan kepada produk dan perkhidmatan


Secara umumnya produk MT Notebook ini dicipta adalah untuk:
1. Memudahkan pengguna untuk membuat pencetakkan dan mengimbas dokumendokumen penting dengan segera dan amat berguna di saat kecemasan.
2. Dengan adanya Notebook all in one ini, yang merangkumi pencetak dan pengimbas
serta ink catridge, ini dapat menjimatkan masa, ruang, sumber dan kerja lebih teratur
tanpa memerlukan tambahan alat mesin pencetak dan mesin pengimbas.
3. Mempunyai antara muka yang inovatif dengan gabungan alat pencetakkan, pengimbas
dan skrin notebook. Dengan mempunyai skrin notebook yang unik dan digabungkan
dengan mempunyai gabungan fungsi sebagai mesin pencetak dan pengimbas beserta ink
catridge.
4. Produk ini dicipta beraskan idea kreatif dan berasaskan teknologi. Kertas dimasukkan
dibahagian belakang notebook apabila diberi arahan untuk dicetak dari input sebelah kiri
dan kertas yang dicetak itu akan keluar sebagai output dibahagian ruang tepi bahagian
kanan monitor.
5 Untuk mengimbas dokumen hanya perlu muat dalam peranti dan pop up pada skrin
paparan.
6. Notebook ini mudah dibawa kemana mana, mesra pengguna amat berguna dan dan
sangat praktikal. Malahan juga boleh terus mencetak dokumen menerusi rangkaian
komunikasi dari telefon mudah alih menggunakan Bluetooth dan Internet Data
Page

DINAMIKA MALAYSIA

_________[MUTIARA TECHNOLOGY-BUSINESS PLAN ]________

Bahagian 3.0 Keterangan Teknologi


3.1 Sistem ini menggunakan teknologi terkini seperti:
1. Skrin notebook yang mempunyai fungsi semua dalam satu yang dilengkapi dengan
antara muka pengguna grafik interaktif , menjadikannya lebih mudah untuk pereka untuk
melihat dokumen dan reka bentuk mereka dengan hanya sentuhan dan swipes jari,
dengan ini dapat meningkatkan produktiviti dan kecekapan. Skrin yang bersaiz 18 inches
adalah ideal untuk serba boleh dan penggunaan segera.
2. Teknologi yang dibagunkan adalah dengan mengubahsuai notebook yang sedia ada
kepada notebook yang interaktif yang yang berfungsi semua dalam satu dimana bahagian
belakang notebook dicipta satu ruang untuk membolehkan menyimpanan timbunan kertas
di dulang belakangnya dan PRINT dengan kertas yang akan datang secara langsung dari
bahagian tepi. Bukan itu sahaja, tempat yang sama kertas itu keluar boleh digunakan
untuk mengimbas lembaran tunggal kertas dengan cepat. Catridge yang digunakan juga
agak nipis dan bersesuaian kerana peranti adalah bukan untuk pencetakkan pukal ia
adalah untuk penggunaan segera.

3.2

Kelebihan kepada teknologi yang digunakan:

1. Mudah dengan adanya notebook Mtech yang mempunyai fungsi semua dalam satu,
iaitu boleh print dan scan pada masa yang sama dapat menjimatkan masa, ruang ,dan
sumber serta kerja lebih teratur tanpa memerlukan alat tambahan mesin pencetak dan
mesin pengimbas.
2. Dengan menggunakan sistem grafik interaktif pada skrin dengan hanya sentuhan dan
swipes jari sahaja dapat meningkatkan kecekapan dan dengan penggunaan notebook
yang mempunyai pelbagai fungsi serta mempunyai skrin yang ideal amat berguna kepada
pengguna yang memerlukan urusan yang segera.
3. Notebook yang mempunyai fungsi sebagai dokumen ekstrator ini dicipta dengan saiz
yang ideal dan merangkumi mesin pencetak dan pengimbas beserta dengan catridge dan
ia boleh dibawa ke mana-mana dan praktikal

Page

DINAMIKA MALAYSIA

_________[MUTIARA TECHNOLOGY-BUSINESS PLAN ]________

3.3

Skop Produk

3.3.1 Pengurusan Sumber


MT Notebook memberikan satu inovasi terbaru kepada pengguna untuk mencetak
maklumat tidak mengira masa dan tempat tanpa memerlukan mesin pencetak.

MT Notebook bukan terhad kepada penggunaan biasa malahan ia


merangkumi:
o Pencetak
o Pengimbas
o Skrin Papan Sentuh
o Pencetakan terus melalui telefon mudah alih

Bahagian 4.0 Pasaran & Persaingan


Produk Notebook MT yang dibangunkan ini akan dipasarkan kepada syarikat pembekal
Komputer di Malaysia. Selain itu, ia akan dipasarkan di kedai-kedai komputer serta
sasaran pasaran kami adalah pengguna seperti ahli-ahli korporat dan juga pelajar dimana
mereka memerlukan notebook seperti ini yang boleh dibawa kemana sahaja dan
mempunyai pelbagai fungsi yang membolehkan mereka menyelesaikan urusan yang
penting dengan segera secara mudah dengan adanya notebook yang boleh mencetak
dan mengimbas ini.
Produk ini adalah produk baru yang di inovasikan dari notebook biasa kepada pelbagai
guna. Produk baru memerlukan promosi dan iklan untuk dipasarkan dan memerlukan
sokongan daripada pengguna juga untuk memasarkan produk ini. Produk baru akan
mengalami persaingan dari produk sedia ada yang sudah mempunyai jenama tersendiri.
Salah satu alternative yang digunakan untuk memasarkan produk kami ini dengan
mengiklankan di media massa tentang produk MT Notebook serta kebaikkan penggunaan
notebook ini.

Page

DINAMIKA MALAYSIA

_________[MUTIARA TECHNOLOGY-BUSINESS PLAN ]________

Bahagian 5.0 Model Perniagaan


5.1 Promosi
Akan dijalankan secara presentation kepada syarikat multimedia dan koprat.
Membuat Proof Of Concepts (POC) selama 30 hari kepada syarikat yang berminat.
Mengiklankan produk Notebook Mtech dimedia massa seperti TV , internet dan etc.
Mengadakan promosi secara besar-besaran kepada pengguna yang menjadi sasaran
syarikat agar mereka akan terus percaya dengan produk kami.

5.2 Perkhidmatan selepas jualan


Perkhidmatan penyelenggaraan secara percuma selama setahun selepas pembelian.
Perkhidmatan penyelenggaraan secara on call disediakan oleh kami
Memberi jaminan kepada pengguna yang membeli selama setahun
Sentiasa berkomunikasi dengan pelanggan secara berkala.

5.3 Kelebihan
Dengan adanya Notebook all in one ini, yang merangkumi pencetak dan pengimbas
serta ink catridge ,ini dapat menjimatkan masa, ruang , sumber dan kerja lebih teratur.
Notebook ini mempunyai skrin antaramuka yang interaktif iaitu dengan
mengunakan skrin sentuh dan amat mudah dan senang untuk digunakan
Notebook yang bersiz ideal ini boleh dibawa kemana-mana dan sangat
praktikal ia boleh digunakan ketika kecemasan dan menyelesaikan kerja-kerja
penting.

Page

DINAMIKA MALAYSIA

_________[MUTIARA TECHNOLOGY-BUSINESS PLAN ]________

Mt Notebook

Print Everywhere

Page

Anda mungkin juga menyukai