Anda di halaman 1dari 11

PERANAN SEKOLAH DALAM MEREALISASIKAN FALSAFAH PENDIDIKAN

KEBANGSAAN.
Peranan sekolah begitu besar dalam melaksanakan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK) bagi memastikan hasrat tersebut berjaya direalisasikan.
Sekolah merupakan institusi formal pertama di mana murid-murid memperoleh
ilmu dan kemahiran asas. Sekolah juga adalah tempat pemupukan minat setiap
murid untuk terus mencari ilmu dan selanjutnya memberi sumbangan kepada
khazanah ilmu yang sedia ada.
Untuk merealisasikan hasrat FPK, aspek-aspek kepemimpinan, budaya
sekolah, aktiviti ko-kurikulum, peranan guru dan disiplin murid perlu diberi
perhatian dan diaktifkan secara menyeluruh.
Aspek Kepemimpinan
Aspek pertama yang perlu diambil perhatian ialah kepemimpinan.
Pemimpin sekolah iaitu guru besar merupakan orang penting dalam memajukan
institusi pelajaran di Malaysia. Mereka perlu berfikiran kreatif dalam pengurusan
dan berhubungan dengan guru dan juga murid. Mereka bertanggungjawab
menetapkan falsafah sekolah, membentuk wawasan sekolah, membentuk visi
dan misi sekolah yang berlandaskan FPK.
Sekolah yang berkesan dapat dilihat berdasarkan stail kepemimpinan
yang bukan sekadar mampu bertindak sebagai pemimpin pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan tetapi juga harus mampu membawa perubahan.
Justeru itu, di mana-mana sekolah, guru besar merupakan individu yang paling
berpengaruh dan bertanggungjawab terhadap sesuatu perubahan.
Menurut kata Wilson dan Corcoran (1988), segala kejayaan dan
kegagalan murid terletak kepada pihak sekolah, iaitu guru besar dan guru.
Kepemimpinan guru besar pula dikenal pasti sebagai pemboleh ubah yang
penting sekali, yang mempengaruhi kualiti dan kuantiti hasil sekolah walaupun
proses dalaman dan persekitaran sosial (iklim), atau budaya sekolah juga
merupakan pemboleh ubah yang mempengaruhi dan menyebabkan perbezaan
dalam pencapaian akademik murid (Rutter et al,1979).
1

Aspek Budaya Sekolah


Aspek kedua yang perlu diberi penekanan ialah budaya sekolah. Budaya
sekolah, kadang kala dikenali sebagai iklim sekolah merupakan salah satu aspek
yang penting dalam merealisasikan FPK. Iklim sekolah yang terbuka
menggalakkan murid bebas berinteraksi di antara murid dengan murid, murid
dengan guru serta bebas melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti sekolah. Guru
pula boleh bekerja dalam keadaan yang mesra, berasa tenteram serta
melaksanakan tugas dengan adil, dedikasi, gembira dan sempurna.
Budaya sekolah atau iklim sekolah ini mengandungi empat aspek utama
iaitu aspek fizikal, aspek sosial, aspek perkembangan intelek dan aspek
penggunaan
kebersihan

bahasa. Aspek
kawasan

fizikal

sekolah,

merangkumi

keselamatan

perkara-perkara

anggota-anggota

seperti
sekolah,

kemudahan-kemudahan sekolah yang lengkap, keselesaan yang kondusif untuk


pengajaran dan pembelajaran dan juga keindahan sekolah. Dari aspek sosial
pula, ia merangkumi perkara-perkara yang berkaitan dengan keharmonian di
antara anggota-anggota sekolah seperti budaya hormat-menghormati dan
mengucap salam, kerjasama, rasa tanggungjawab, perpaduan, kemesraan dan
keadilan.
Seterusnya aspek perkembangan intelek. Ia merangkumi aspek budaya
ilmu seperti semangat mahu belajar sama ada dalam bilik darjah atau di
perpustakaan sekolah. Sebagai contoh, sekolah memainkan peranannya melalui
penganjuran program-program akademik seperti Program NILAM dengan tujuan
membudayakan aktiviti membaca dalam diri murid-muridnya. Program ini secara
tidak langsung dapat mengembangkan daya pemikiran murid sama ada kritis
atau kreatif.
Aspek yang terakhir ialah penggunaan bahasa. Aspek ini meliputi
penggunaan bahasa secara betul dan jitu sama ada di dalam bilik darjah atau di
luar bilik darjah. Penggunaan bahasa kedua Bahasa Inggeris juga perlu diberi
perhatian sejajar dengan matlamat FPK yang ingin melahirkan modal insan yang
mampu berdaya saing di peringkat global.

Aspek Ko-kurikulum
Aspek ketiga pula ialah ko-kurikulum. Untuk merealisasikan FPK, sekolah
juga perlu memainkan peranan yang berkesan dalam melaksanakan gerak kerja
ko-kurikulum. Gerak kerja ko-kurikulum merupakan gerak kerja bercorak
pendidikan yang dijalankan di dalam dan di luar waktu sekolah.
Gerak kerja ko-kurikulum dilaksanakan di sekolah diharapkan akan
menyemai sifat-sifat kepemimpinan, kerjasama, tolong-menolong dan sedia
berkhidmat di kalangan murid. Aktiviti ko-kurikulum juga perlu dirancang supaya
semua murid mempunyai perseimbangan antara perkembangan mental dengan
perkembangan sosial, jasmani dan rohani.
Sekolah ialah institusi yang bertanggungjawab dan boleh memainkan
peranan dalam mendidik murid-murid untuk mengembangkan minat dan bakat.
Begitu juga masyarakat yang bertanggungjawab boleh memainkan peranan
mereka dalam mendidik murid-murid. Aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan
dalam gerak kerja ko-kurikulum ialah pasukan unit beruniform, persatuan/kelab
dan juga sukan. Pihak sekoalh perlu memastikan semua murid melibatkan diri
dalam ko-kurikulum ini kerana gerak kerja ini dianggap sebagai sebahagian
daripada kurikulum sekolah dan sebagai satu bidang pendidikan.
Secara keseluruhannya, pihak sekolah perlu mempertingkatkan kualiti
pengurusan ko-kurikulum dan sukan dengan usaha memperkembangkan lagi
potensi

individu,

membentuk

sahsiah,

membantu

pertumbuhan

jiwa

bermasyarakat, meningkatkan mutu disiplin para murid bagi memperkukuhkan


integrasi di kalangan mereka.
Aspek Guru
Aspek yang seterusnya ialah guru. Peranan guru amat penting dalam
merealisasikan FPK. Guru bertanggungjawab memperkembangkan potensi
murid secara menyeluruh dan bersepadu yakni insan yang seimbang dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Dengan pengenalan KBSR dan KBSM di negara kita, peranan guru di
sekolah juga bertambah lebih kompleks. Guru mula memainkan peranan sebagai
3

pengajar, pengurus, fasilitator, pembimbing, penggalak, penyelaras dan juga


sebagai inovator, iaitu orang yang mendatangkan pembaharuan.
Selain itu, guru juga mengelolakan semua aktiviti yang dijalankan di dalam
sesebuah bilik darjah. Dalam aktiviti pembelajaran mesti ada langkah pertama,
langkah kedua, langkah ketiga dan seterusnya. Tiap-tiap langkah pembelajaran
haruslah diatur supaya murid-murid mendapat faedah daripada setiap aktiviti
pembelajaran.
Ringkasnya, guru memikul amanah yang amat besar untuk melahirkan
insan berilmu dan bersahsiah tinggi dan berperanan untuk merealisasikan
matlamat kenegaraan yang akan menentukan jatuh bangun bangsa dan negara
di masa hadapan.
Aspek disiplin.
Aspek yang terakhir ialah disiplin. Sekolah sebagai agen sosialisasi utama
bertanggungjawab untuk membanteras masalah disiplin hingga ke peringkat akar
umbi. Iklim dan persekitaran sekolah yang kondusif perlu diwujudkan bagi
merangsang perkembangan murid dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek
sejajar dengan FPK.
Pihak sekolah melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) boleh
menubuhkan sebuah jawatan kuasa menangani gejala disiplin murid peringkat
sekolah dengan melantik beberapa ahli terdiri daripada kalangan mereka yang
tinggal berhampiran dengan sekolah bagi memantau disiplin murid. Pihak
sekolah juga hendaklah memantau kawasan sekolah yang terdapat masalah
disiplin.
Masalah disiplin perlu ditangani dengan sebaik mungkin. Sesungguhnya
persekitaran sekolah yang kondusif dan selamat amat penting dalam membentuk
imej dan keyakinan diri murid ke arah kecemerlangan dan kegemilangan, selaras
dengan hasrat negara yang menekankan usaha pembentukan modal insan yang
cemerlang, gemilang dan terbilang.

IMPLIKASI FALSAFAH

PENDIDIKAN

KEBANGSAAN

DALAM

SISTEM

PENDIDIKAN NEGARA
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang telah diumumkan secara rasmi
pada tahun 1988 telah dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti faktor agama,
sosial, politik, ekonomi, individu, dan faktor sejagat. Faktor-faktor ini telah
menjadikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan mempunyai matlamat-matlamat
yang tersendiri untuk dicapai. Justeru itu, segala aktiviti, perancangan, dan
pencapaian

hendaklah

selari

dengan

kehendak

Falsafah

Pendidikan

Kebangsaan.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan sememangnya telah memberi beberapa
implikasi terhadap sistem pendidikan di negara kita seperti implikasi terhadap
kurikulum sekolah yang merangkumi beberapa aspek seperti perubahan sukatan
subjek pelajaran yang berteraskan kepada program bersepadu seperti Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah (KBSM).
Selain itu, kurikulum sekolah juga dilihat telah mengalami perubahan dari
segi bahan-bahan pengajaran yang lebih menitikberatkan nilai-nilai murni yang
diserapkan kedalam semua subjek bagi mencapai matlamat untuk melahirkan
insan yang seimbang dan harmonis. Perubahan kurikulum sekolah juga dapat
dilihat dalam sistem pendidikan negara kita yang mula berorientasikan ke arah
pendidikan umum dan perubahan sukatan pelajaran yang sesuai bagi mengasah
kemahiran pelajar dalam bidang teknologi, teknik dan vokasional.
Implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang seterusnya ialah
terhadap pendidik iaitu perubahan peribadi pendidik selari pandangan dan visi
positif dalam menjalankan tugas atau profession bagi mencapai tujuan dan
matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Selain itu, perubahan positif ini telah
mengubah P & P pendidik seterusnya melahirkan pendidik yang inovatif,
berpengetahuan luas, berakhlak mulia, dan berketrampilan.
Seterusnya ialah implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan terhadap
institusi pendidikan di negara kita. Dalam institusi pendidikan sekarang, dapat
kita lihat perubahan seperti perubahan kemudahan-kemudahan supaya para
5

pelajar mendapat peluang bagi mengembangkan lagi potensi yang ada dalam
diri mereka dari segi intelek, rohani, emosi, sosial dan jasmani secara seimbang.
Selain itu, akitiviti budaya sekolah juga mengalami perubahan untuk
memupuk nilai-nilai murni dalam jiwa para pelajar. Perubahan iklim sekolah yang
kondusif juga telah melahirkan para pelajar yang menghargai ilmu dan
melahirkan budaya-budaya positif seperti budaya membaca di kalangan mereka.
Sebagai rumusannya, semua pihak memainkan peranan yang penting
dalam menyusun atur strategi bagi mencapai matlamat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan supaya memberi impak positif dalam perkembangan sistem
pendidikan di negara kita ini.

hendaki membuat huraian dan mengemukakan contoh-contoh amalan pendidikan yang berlaku di sekolah sebagai

JASMANI
Melalui pemerhatian dan maklumat yang saya dapat di SK Pekan
Keningau II, sekolah ini telah berjaya merealisasikan falsafah pendidikan
kebangsaan bagi aspek jasmani seperti yang telah tercatat dalam falsafah
negara kita. Matlamat Kementerian Pendidikan negara kita sendiri sudah jelas
iaitu 1Murid 1Sukan. Di sekolah ini, semua murid-murid mempunyai sukannya
masing-masing.

Seperti

biasa,

semua

sekolah

memang

mempunyai

kokurikulumnya tersendiri dan sekolah ini akan mengadakan kokurikulumnya


pada setiap hari Rabu.
Sekolah ini telah berjaya melahirkan 2 atlet olahraga yang telah
bertanding

hingga

ke

peringkat

kebangsaan.

Jominus

Joseph

telah

dianugerahkan sebagai Tokoh Kokurikulum (Lelaki) manakala Suzanne binti


Jefrino pula dinobatkan sebagai Tokoh Kokurikulum (Perempuan). Kedua-dua
murid ini telah banyak mengharumkan nama SK. Pekan Keningau II dalam
bidang sukan ragbi dan juga olahraga. Prestasi yang sebegini amat
membanggakan semua pihak malah mendatangkan faedah kepada Institusi
Sukan Negara. Walaupun sekolah ini baru ditubuhkan pada 2006, dalam masa
yang singkat guru-guru pendidikan jasmani mampu untuk melahirkan atlet yang
boleh pergi jauh hingga ke peringkat kebangsaan. Hasil usaha ini juga
merupakan dorongan dan sokongan yang diberikan oleh Guru Besar sekolah
iaitu En.Wahanin Bin Ismail.
Menurut Cikgu Nazry iaitu merupakan cikgu pendidikan jasmani, sebelum
ini sekolah mereka selalu berada di kedudukan yang belakang jika ada
7

pertandingan antara Zon Pegalan. Dari situ, guru besar telah mencabar mereka
untuk mempertingkatkan prestasi kokurikulum di sekolah mereka antaranya
olahraga

dan

permainan.

Cikgu

pendidkan

jasmani

bertungkus-lumus

menyediakan latihan intensif kepada murid-murid setelah diamanahkan oleh


guru besar. Selepas beberapa tahun, sekolah mereka berjaya memperoleh
kedudukan teratas sehingga sekarang. Sekarang cabaran mereka ialah untuk
mempertahankan kedudukan mereka yang kini berada di kedudukan atas.
Seterusnya, sekolah ini juga berjaya melahirkan murid-murid yang
cemerlang dalam bidang sukan ragbi yang telah berjaya mengharumkan nama
sekolah di peringkat kebangsaan. Bagi sukan ragbi ini pula, sesi latihan kerap
dilakukan pada sebelah pagi kerana kebanyakkan murid-murid tersebut tinggal
jauh dari sekolah. Tetapi sesi latihan ini tidak mengganggu akademik mereka
seperti yang diterangkan oleh cikgu pendidikan jasmani.
Aspek jasmani ini juga tidak menekankan hanya pada sukan semata-mata
malah merujuk kepada pergerakan murid-murid itu sendiri. SK Pekan Keningau
II ini mempunyai blok akademik setinggi 3 tingkat. Murid-murid akan turun naik
tangga setiap hari sama ada pergi ke kelas atau bilik guru dan lain-lain.
Pergerakan murid-murid di sini agak bebas kerana prasarana sekolah yang
banyak menyediakan kemudahan seperti taman herba dan laluan-laluan yang
disekelilingi oleh landskap yang begitu menarik. Begitu juga kepada cikgu-cikgu
yang lain yang membimbing kelas masing-masing dan memantau keadaan
sekolah. Aspek jasmani di SK Pekan Keningau II ini amat dipraktikkan
sepenuhnya.

EMOSI
Pengurusan

emosi

amat

penting

dalam

sekolah

kerana

melalui

pengawalan emosi disiplin sekolah dapat dikawal dengan terancang. Di SK


Pekan Keningau II, guru disiplin akan melakukan pemantauan dari kelas ke kelas
untuk memastikan setiap murid-murid fokus dan menumpukan perhatian dalam
8

kelas. Pemantauan ini juga bukan hanya untuk mengawal disiplin malah untuk
memastikan perkara-perkara seperti kes buli dapat dielakkan.
Pelaksanaan emosi di sekolah ini bukan sahaja melalui pemantauan juga
tetapi murid-murid akan dibawa ke kelas bimbingan dan kaunseling untuk
membantu mereka menguruskan emosi mereka dengan berkesan. SK Pekan
Keningau II menunjukkan keadaan emosi murid-murid terkawal melalui
bimbingan yang diberikan oleh Cikgu Kristy. Bahan-bahan yang digunakan ialah
kertas bergambar seperti aktiviti gotong-royong yang menunjukkan nilai yang
positif dan diwarnakan oleh murid-murid. Sekolah ini juga menggunakan
pendekatan melalui perbincangan bersama-sama murid-murid itu sendiri.
Kesannya, murid-murid di sekolah ini sangat seronok untuk belajar dan ini
jelas ditayangkan melalui tawa dan respon mereka.
Sekolah ini juga mempraktikkan budaya salam seperti mencium tangan
cikgu dan orang tua mereka menunjukkan sekolah ini berjaya merealisasikan
aspek emosi kerana amalan tersebut telah menjadi budaya di sekolah tersebut.

ROHANI
Dalam falsafah pendidkan negara kita, aspek kerohanian juga merupakan
aspek yang penting kerana didikan agama yang baik akan melahirkan pelajar
yang percaya bahawa adanya pencipta alam dan mempercayai-Nya.
Di sekolah SK Pekan Keningau II juga mempraktikkan aspek ini dengan
memulakan bacaan doa pada awal sesi pembelajaran. Sekolah ini juga
memberikan bimbingan moral bagi murid bukan Islam dan sesi j-qaf kepada
murid Islam. Kepada murid Islam, mereka diwajibkan untuk menjalani Kem
Bestari Solat Fasa 1 untuk membuat penilaian terhadap pemahaman mereka
secara teori dan amali.
Kesan daripada kelas bimbingan ini, murid-murid lebih menghormati
cikgu-cikgu mereka kerana amalan itu merupakan amalan yang baik. Lama9

kelamaan ini akan bertukar menjadi budaya mereka yang tidak akan pupus.
Bukan hanya dengan cikgu tetapi dengan semua warga sekolah ini.
Selain itu, murid-murid di sekolah ini juga sedar bahawa segala tanaman
dan landskap yang terdapat di sekolah ini merupakan ciptaan Tuhan dan
berusaha untuk memastikannya berada dalam keadaan yang baik. Amalan ini
juga dapat memberi pendedahan awal kepada murid-murid agar sentiasa
menjaga alam sekitar.

INTELEK
Aspek intelek di sekolah ini merujuk kepada kurikulum sekolah. Kurikulum
sekolah ini pula, prestasi yang ditunjukkan oleh calon sulung Ujian Penilaian
Sekolah Rendah (UPSR) 2010 amatlah memberangsangkan dimana peratus
murid yang lulus semua matapelajaran mencapai tahap 83 peratus dan dua
orang murid telah berjaya mendapat A bagi kelima-lima subjek UPSR. Prestasi
sebegini amat membanggakan pihak sekolah kerana lebih banyak aktiviti akan
diadakan untuk mempertingkatkan lagi prestasi keputusan sekolah.
Prestasi sebegini menunjukkan semua murid-murid sekolah ini boleh
membaca dengan baik dan memahami kehendak soalan. Selain usaha cikgu
matapelajaran, Program NILAM juga diadakan untuk menggalakkan lagi
membuat pembacaan dengan lebih banyak. Pembacaan yang banyak dapat
membantu dalam penghasilan karangan yang lebih baik.
Bagi murid yang dalam lemah sesetangah matapelajaran, mereka akan
dihantar ke bilik pemulihan untuk membantu mereka lebih mamahami apa yang
mereka pelajari. Penggunaan bahan-bahan ABM dalam bilik pemulihan amat
penting sekali kerana meransang pemikiran murid-murid dengan lebih cepat dan
berkesan.
SK Pekan Keningau II juga telah menunjukkan kesan positif terhadap
aspek intelek dalam sekolah ini namun penambahbaikan juga harus dilakukan
10

agar prestasi akademik sekolah terus meningkat dan sentiasa mencapai


keputusan yang cemerlang setiap tahun.

SOSIAL
Aspek sosial di SK Pekan Keningau II amat memberansangkan kerana
interaksi sesama murid-murid berlaku dengan lancar begitu interaksi murid-murid
dengan cikgu-cikgu dan warga sekolah SK Pekan Keningau II. Murid-murid di
sekolah ini selesa untuk bergaul dengan rakan-rakan mereka sendiri menjadikan
suasana sekolah ini hidup seperti masyarakat yang berada di luar.
Perhimpunan pagi di sekolah ini diuruskan oleh murid-murid tahap 2 itu
sendiri dan sedikit bimbingan daripada Penolong Kanan 1 iaitu En. Zahir
Baharom. Melalui perhimpunan ini, murid-murid itu sendiri akan menyampaikan
maklumat-maklumat seperti makluman minggu peperiksaan yang dijalankan
pada minggu tersebut dan sedikit pemberitahuan daripada cikgu-cikgu yang
bertugas. Pembahagian tugas seperti ini juga banyak membantu murid-murid
untuk memperkembangkan sosial mereka di sekolah tersebut melalui interaksi
yang mereka lakukan.
Seterusnya, murid-murid juga disuruh oleh cikgu-cikgu untuk pergi ke
setiap kelas dan mengambil kehadiran mereka. Secara tidak langsung, interaksi
murid-murid dengan guru akan berlaku dan begitu juga kepada interaksi murid
dengan murid. Melalui pemerhatian saya, murid-murid berusaha menjalankan
tugas yang diberikan oleh cikgu dan ini banyak membantu murid tersebut untuk
bersosial dengan kelas lain dan cikgu lain yang tidak mengajar kelas mereka.
Keberkesanan aspek-aspek falsafah pendidikan kebangsaan jelas dilihat
kerana menggalakkan murid tersebut bergaul dengan orang lain dan membuka
minda murid tersebut bahawa amanah yang diberikan kepada mereka
diselesaikan dan dilaksanakan dengan sempurna.

11