Anda di halaman 1dari 7

Lembah Harau Yang Cantik

Lembah Harau adalah satu tanah pelancongan yang terkenal di Padang, Sumatera yang terdiri
daripada menjadi dua tempat kunjungan utama, yaitu Sarasah Bunta dan Aka Barayun. Terdapat 5
buah air terjun di Lembah Harau. Topografi Alam Lembah Harau adalah berbukit-bukit dan
bergelombang. Bukit tersebut antara lain adalah Bukit Air Putih, Bukit Jambu, Bukit Singkarak, dan
Bukit Tarantang.
Berjalan menuju Lembah Harau amat memukau pandangan mata. Dengan udara yang masih
segar, kita dapat melihat keindahan alam sekitarnya. Tebing-tebing granit yang menjulang tinggi
dengan bentuknya yang unik mengelilingi lembah. Tebing-tebing granit yang terjal ini mempunyai
ketinggian 80 m hingga 300 m.
Saat memasuki kawasan Lembah Harau, kita akan melihat banyak keindahan yang menakjubkan
sehingga ia mendapat gelaran Yosemite Indonesia, merujuk kepada Yosemite yang terletak di
Amerika Syarikat. Sebuah monumen peninggalan Belanda yang terletak di kaki air terjun Sarasah
Bunta merupakan bukti bahwa Lembah Harau sudah sering dikunjungi orang sejak tahun 1926.
Selain makanan halal yang lazat yang terdaoat di sepanjang jalan menuju lembah Harau, terdapat
juga hamparan sawah yang diapit oleh tebing tebing tegak lurus menjulang setinggi sekitar 150
meter hingga 200 meter yang pasti akan mengkagumkan pandangan mata.
Keindahan Lembah Harau juga terletak di dataran tingginya yang dilindungi. Terdapat berbagai
spesies tanaman hutan hujan tropika dataran tinggi, juga haiwan asli Sumatera, seperti monyet
ekor panjang yang sering terlihat di kawasan Lembah Harau. Kawasan yang seluas 270,5 hektar
pasti akan memukau mata.
Anda telah mengikuti lawatan ke Lembah Harau. Anda menjatuhkan duit syiling 50 sen dari tepi
tebing yang mempunyai ketinggian 174 meter. Dalam masa sesaat, didapati duit itu jatuh 4 m.
Pada saat kedua, ia jatuh dengan jarak 14 m. Pada saat ketiga, ia jatuh dengan jarak 24 m. Pada
saat ke berapakah duit syiling itu akan mencecah tanah?
Ambil seminit untuk memikirkan tentang jawapan kepada persoalan di atas
Bincangkan penyelesaian anda bersama pasangan.
Kongsikan jawapan anda dan pasangan di Facebook. Anda boleh menggunakan rajah bagi menerangkan
jawapan anda.
Pastikan anda mempunyai alasan yang kukuh bagi jawapan penyelesaian anda
Rujukan: https://www.bersosial.com/threads/lembah-harau-menakjubkan-di-tanah-minang.20892/

Lutut dan Kepentingannya


Anatomi Lutut dan Fungsi
Lutut adalah sendi terbesar di dalam tubuh, dan salah satu
yang paling mudah tercedera. Ianya terdiri daripada hujung
bawah tulang paha (femur), dimana bergerak di atas tulang
kering (tibia), dan tempurung lutut (patella), yang meluncur
dalam alur pada hujung tulang paha. Lutut juga mengandungi
ligamen yang besar, yang membantu mengawal pergerakan
dengan menghubungkan tulang dan mendakap daripada
pergerakan tidak normal. Satu lagi struktur penting ialah
meniskus, adalah penganjal rawan yang lembut di antara femur
dan tibia yang berfungsi sebagai kusyen kepada lutut dan
membantu menyerap hentakkan semasa bergerak.
Kecederaan Lutut yang Biasa
Ramai atlet mengalami kecederaan pada ligamen lutut mereka. Daripada empat ligamen
utama di lutut, ligamen krusiat hadapan (ACL) dan ligamen kolateral medial (MCL) adalah
kecederaan biasa berlaku dalam sukan. Ligamen kruciate belakang (PCL) juga boleh tercedera.

Kecederaan ACL
Lari dengan bertukar arah tiba-tiba, memperlahankan diri semasa berlari, dan mendarat
dari lompatan boleh mengakibatkan ACL terkoyak. Atlet yang menyertai dalam ski dan
bola jaring, dan atlet yang memakai kasut berpaku, seperti pemain bola sepak, adalah
mudah terdedah kepada kecederaan ACL. Kecederaan ACL boleh dirawat secara
artroskopik dan pesakit akan dapat kembali ke sukan dalam 9 hingga 1 tahun.

Kecederaan MCL
Kecederaan MCL ialah biasanya disebabkan oleh pukulan
terus ke bahagian luar lutut. Jenis kecederaan ini selalu
berlaku pada sukan lasak, seperti ragbi atau bolasepak.
MCL terkoyak selalunya dirawat secara konservatif dan
ianya sembuh dengan cepat.

Rawan Terkoyak / Meniskus Terkoyak


Apabila orang bercakap tentang rawan lutut terkoyak, biasanya ia merujuk kepada
meniskus terkoyak. Meniskus adalah kuat, rawan bergetah yang melekat pada ligamen
lutut. Meniskus bertindak sebagai penyerap hentak. Meniskus terkoyak yang dibiarkan
tanpa dirawat akan menyebabkan hakisan dan kerosakan pada rawan artikular. Rawatan
untuk kecederaan meniskus adalah pembedahan artroskopi.

Seorang pelari juga tidak terkecuali dari mengalami kecederaan lutut. Anda adalah seorang
pelari peringkat kebangsaan. Selepas pembedahan lutut kerana kecederaan lutut yang
dialami, jurulatih anda memberitahu anda untuk kembali ke program "jogging" anda secara
perlahan-lahan. Beliau mencadangkan program "jogging" selama 12 minit setiap hari untuk
minggu pertama. Setiap minggu selepas itu, beliau mencadangkan bahawa anda
meningkatkan masa jogging sebanyak 6 minit setiap hari. Berapakah jumlah hari yang perlu
diambil untuk mencapai masa "jogging" selama 60 minit?
Ambil seminit untuk memikirkan tentang jawapan kepada persoalan di atas
Bincangkan penyelesaian anda bersama pasangan.
Kongsikan jawapan anda dan pasangan di Facebook. Anda boleh menggunakan rajah bagi menerangkan
jawapan anda.
Pastikan anda mempunyai alasan yang kukuh bagi jawapan penyelesaian anda
Rujukan: https://www.hsc.com.my/bm/ort_knee.php

Bayaran ansuran peralatan rumah tidak kena GST Kastam 06 Jan 2015
KUALA LUMPUR: Bayaran ansuran bulanan pembelian barangan dan peralatan rumah yang
dibeli pengguna mengikut sistem pembayaran kredit tidak tertakluk kepada Cukai Barang dan
Perkhidmatan (GST), kata Pengarah GST Jabatan Kastam Diraja Malaysia Datuk Subromaniam
Tholasy.
Mengikut Panduan Sewa Beli dan Jualan Kredit yang dikeluarkan jabatan itu, hanya jumlah
utama dan bukannya komponen faedah yang tertakluk kepada kadar enam peratus GST. Buku
panduan itu menyebut: Liabiliti bagi GST ke atas pembekalan bercukai adalah pada
permulaan kuatkuasa sewa beli (HP) atau perjanjian kredit jualan dan tidak secara berterusan
sepanjang tempoh perjanjian. Tiada liabiliti GST bagi komponen bekalan kewangan sewa beli
atau jualan kredit kerana ia adalah suatu pembekalan dikecualikan. Ini secara amnya
bermaksud bahawa jika komponen kredit atau kepentingan yang ditunjukkan secara
berasingan dan didedahkan kepada penerima, ia tidak tertakluk kepada GST, sebaliknya
jumlah pokok ada (dikenakan GST), kata Subromaniam.
Subromaniam berkata GST sebanyak enam peratus akan dikutip terlebih dahulu, iaitu ketika
pelanggan membayar deposit atau bayaran pertama bagi barangan yang dibeli. Kebimbangan
rakyat daripada bayaran bulanan yang lebih tinggi adalah tidak tepat sebaliknya, mereka
mungkin mendapati bayaran yang dikenakan berkurangan selepas GST diperkenalkan.
Peniaga dan peruncit akan dapat menuntut cukai input mereka jadi mereka perlu berkongsi
penjimatan kos yang sudah mereka peroleh bersama pelanggan mereka dengan menjual
barangan pada harga lebih murah, katanya kepada Bernama.
Untuk menggambarkan hal itu, beliau berkata di bawah rejim Cukai Jualan dan Perkhidmatan
(SST) 10 peratus yang dikenakan pada masa ini, pengeluar televisyen mungkin menetapkan
harga produk di RM2,200 termasuk SST RM200. Pengilang akan menjual set TV untuk peruncit
pada RM2,200. Dengan mengandaikan keuntungan peruncit adalah RM200, maka harga akhir
setiap set TV ialah RM2,400. Sebaliknya, di bawah GST, harga pengeluar akan menjadi
RM2,120, yang merangkumi enam peratus GST sebanyak RM120. Akan tetapi disebabkan
peruncit boleh membuat tuntutan balik GST, kos beliau masih RM2,000. Jadi, termasuk
keuntungan sebanyak RM200 dan GST sebanyak RM132, yang pelanggan perlu membayar,
harga akhir ialah RM2,332. Cuba bandingkan harga di bawah SST, TV berharga RM2,400
dan di bawah GST, pada RM2,332. Jadi, yang mana lebih murah? tegasnya.
Justeru itu, katanya tiada cara pengguna akan dikehendaki membayar ansuran lebih tinggi
untuk barangan rumah yang dibeli melalui skim fleksibel kredit selepas pelaksanaan GST.
Mengikut Panduan GST Jabatan Kastam Bagi Kredit Cukai Input, cukai input merujuk kepada
GST yang ditanggung pemilik perniagaan atas apa-apa pembelian
atau pemerolehan barangan dan perkhidmatan, dan mereka
dibenarkan untuk menuntut sebagai kredit atas pembelian yang
menjadi input kepada perniagaan.
Pengerusi Institut Percukaian Berkanun Malaysia (CTIM) SM
Thanneermalai berkata pengguna tidak perlu bimbang mengenai
harga perabot dan peralatan elektrik akan meningkat selepas
GST.
Sama ada mereka membeli dengan tunai atau secara ansuran,
GST perlu dibayar terlebih dahulu dan tidak ada cukai tambahan
akan dikenakan ke atas bayaran bulanan, katanya. BERNAMA
Sarah ingin membeli sebuah peti ais baru secara sewa beli. Dia
membuat bayaran deposit sebanyak RM300 dan bayaran
selebihnya diselesaikan secara ansuran dalam tempoh 5 bulan.
Pada bulan berikutnya, Sarah membayar sebanyak RM350. Untuk
bulan yang seterusnya, Sarah membayar sebanyak RM400.
Dengan mengambil kira corak pembayaran Sarah, berapakah
sebenarnya kos peti ais yang dibeli?
Ambil seminit untuk memikirkan tentang jawapan kepada persoalan di atas

Bincangkan penyelesaian anda bersama pasangan.


Kongsikan jawapan anda dan pasangan di Facebook. Anda boleh menggunakan rajah bagi menerangkan jawapan
anda. Pastikan anda mempunyai alasan yang kukuh bagi jawapan penyelesaian anda

Rujukan: http://gstpedia.my/news/bayaran-ansuran-peralatan-rumah-tidak-kena-gst-kastam-bh/

Rackham Auditorium
Rackham Auditorium merupakan satu tapak
yang penting di University of Michigan. Sejak
60 tahun pembukaannya, banyak kuliah
penting, simposium akademik, dan kertas
ilmiah dibentangkan di auditorium ini yang
juga menjadi pusat persembahan muzik bagi
penduduk setempat.
Horace H. Rackham merupakan seorang
peguam dari Detroit, Michigan. Apabila beliau
meninggal dunia pada tahun 1933, dia
mewasiatkan dana untuk pembinaan Horace
H. Rackham Graduate School yang
menempatkan Auditorium Rackham, dengan tambahan USD 4 juta bagi pembangunan
pengajian siswazah. Kemurahan hati Rackham dikagumi kerana beliau mahupun isterinya tidak
pernah belajar di universiti ini.
Direka dengan gaya klasik oleh arkitek William Kapp dari firma Detroit Smith, Hinchman &
Grylls, Bangunan Rackham dianggap sebagai salah satu bangunan bersejarah di kampus.
Bahagian dalam Auditorium Rackham dihias mewah, dengan tempat duduk yang cantik dan
selesa dengan siling dedaunan keemasan.

Anda merupakan seorang pengusaha yang mempunyai kepakaran dalam menghasilkan kerusi
bagi auditorium. Seorang pengurus auditorium telah menawarkan kepada anda untuk
membuat kerusi baru bagi menukar kerusi sedia ada yang telah lusuh di suatu auditorium.
Walaubagaimanapun, pengurus tersebut tidak memberitahu jumlah sebenar kerusi yang perlu
dibuat. Dia hanya memberitahu bahawa baris pertama auditorium tersebut terdiri daripada 24
kerusi, baris kedua terdiri daripada 30 kerusi, baris ketiga terdiri daripada 36 kerusi dan

begitulah seterusnya sehingga baris keenam belas. Dapatkah anda cari jumlah kerusi yang
perlu dibuat?
Ambil seminit untuk memikirkan tentang jawapan kepada persoalan di atas
Bincangkan penyelesaian anda bersama pasangan.
Kongsikan jawapan anda dan pasangan di Facebook. Anda boleh menggunakan rajah bagi menerangkan jawapan
anda. Pastikan anda mempunyai alasan yang kukuh bagi jawapan penyelesaian anda

Rujukan: http://www.music.umich.edu/about/facilities/central_campus/rackham/index.htm

Pulau Nami
Pulau Nami yang terletak di Korea merupakan daerah pelancongan yang tidak perlu diperkenalkan lagi.
Kemashurannya melalui drama Winter Sonata menjadikannya lokasi pilihan untuk Drama Malaysia,
Panggilan Pulau Nami. Pulau Nami memang cantik tidak kira walau dalam musim apa sekalipun.
Pulau Nami terletak di tengah Sungai Han, agak jauh dari pusat bandar Seoul. Terdapat dua cara untuk ke
sini. Yang pertama ialah dengan menaiki bas yang boleh didapati di Inda-dong. Kedua dengan menaiki
kereta api dari stesyen Chongyanggi dan turun di Stesyen Gapyeong. kemudian naik teksi sampai ke jeti

berbasikal ketika musim sejuk

musim luruh di Nami. Cantik kan

Anda merancang untuk melancong ke Pulau Nami 2 tahun lagi. Agen percutian yang anda pilih
memberitahu bahawa kos yang diperlukan untuk pakej dua orang ialah sebanyak RM5500.
Anda membuat satu akaun simpanan khas, bermula dengan RM100. Untuk bulan berikutnya,
anda merancang untuk menyimpan sebanyak RM110, bulan seterusnya RM120 dan begitulah
seterusnya. Adakah simpanan yang dirancang itu mencukupi? Sekiranya tidak, rancangkan
pelan simpanan anda yang baru.

Ambil seminit untuk memikirkan tentang jawapan kepada persoalan di atas


Bincangkan penyelesaian anda bersama pasangan.

Kongsikan jawapan anda dan pasangan di Facebook. Anda boleh menggunakan rajah bagi menerangkan jawapan
anda. Pastikan anda mempunyai alasan yang kukuh bagi jawapan penyelesaian anda

http://myfir2u.blogspot.com/2012/05/post-kali-ini-nak-berkongsi-tentang-10.html

Anda mungkin juga menyukai