Anda di halaman 1dari 6

Sistem Belanjawan Program dan Prestasi (SBPP)

Menurut Badariah Din (2002), sistem belanjawan terawal yang digunapakai di


Malaysia adalah Sistem Belanjawan Butir Garisan dan kemudiaanya ditukar kepada
Sistem Belanjawan Program dan Prestasi (SBPP). Sistem Belanjawan Program dan
Prestasi (SBPP) mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 1969 bagi menggantikan
sistem belanjawan tradisional line item (Doh Joon-Chien, 1981) (Amy Tam, 2013).
Pengalaman dalam pengendalian dan pembangunan sistem ini telah menjadi rujukan
dan panduan kepada negara lain. Pengenalan awal sistem ini adalah di bawah
pengaruh penasihat luar yang melibatkan SBPP sebagai latihan mekanikal di mana
prosedur yang tepat perlu diikuti. Dari tahun 1972, strategi telah ditukar dengan
membuatkan

sistem

berfungsi

untuk

membantu

dengan

menggunakan

dan

menguruskan sumber dengan lebih cekap bertepatan dengan objektif program.


Kita juga boleh melihat SBPP sebagai satu sistem yang memberi penekanan
terhadap perancangan terperinci untuk apa-apa program pembangunan kerajaan
diluluskan. Namun begitu, sistem ini tidaklah seketat sistem line-item budgeting yang
digunakan Malaysia sebelum ini. Jadi, SBPP boleh dikatakan adalah penghubung
diantara line-item dengan belanjawan program dan lain-lain belanjawan prestasi yang
lebih kompleks.
Savoie (1996) berkata, belanjawan program atau programme budgeting adalah
direka untuk fokus kepada membuat keputusan belanjawan berdasarkan soalan dasar
penting yang berkaitan dengan peruntukan sumber antara aktiviti yang bersaing dan
juga mengoptimumkan jangkaan output selaras dengan objektif organisasi yang

ditetapkan. Menurut Griesemer (1983) pula, belanjawan prestasi atau performance


budgeting adalah bertujuan untuk membentangkan hubungan yang jelas antara input
sumber dan pengeluaran perkhidmatan".
Sistem Belanjawan Program dan Prestasi yang dilaksanakan untuk perbelanjaan
mengurus adalah menitikberatkan perhubungan antara input, output dan impak
Program dan Aktiviti yang dijalankan di peringkat Kementerian mahupun Jabatan
(Laporan Untuk Buku Anggaran Belanjawan Program dan Prestasi 1994, 1993). Sistem
ini juga mempunyai ciri-ciri utama seperti penentuan objektif atau matlamat dimana
matlamat yang ingin dicapai oleh sesuatu agensi itu haruslah dinyatakan. Setiap agensi
hendaklah

menyediakan anggaran belanjawan

untuk tahun

hadapan dengan

menerangkan dengan jelas objektif-objektif dan strategi-strategi perlaksanaan bagi


sesuatu projek. Matlamat dan objektif sesuatu agensi itu juga perlulah ringkas, tepat
dan jelas untuk memastikan ia dapat dicapai.
Ciri kedua pula adalah Struktur Program atau Aktiviti dimana sesebuah agensi
itu haruslah mewujudkan struktur program organisasi berdasarkan output dan pencapai
matlamat. Setiap jabatan, kementerian atau agensi harus merancang dan memilih
alternative yang paling sesuai dalam melaksanakan sesuatu program atau aktiviti. Ciri
yang ketiga pula adalah Pengukuran Prestasi dan Penilaian Program atau
pengeluaran petunjuk dan pengukuran prestasi. Dengan cara ini, kecekapan dan
keberkesanan agensi-agensi bagi memperoleh, mengorganisasikan, mengawal dan
menggunakan sumber-sumber negara yang terhad dapat dilihat. Di samping itu juga,
prestasi agensi pada tahun perlaksanaan akan turut diukur berasaskan kecekapan dan

keberkesanan dalam menggunakan sumber ke arah pencapaian objektif mengikut


strategi-strategi pelaksanaan yang telah ditetapkan.

Kelebihan SBPP
Menurut Zaherawati Zakaria (2004), SBPP mempunyai beberapa manfaat atau
kebaikan iaitu salah satunya adalah ia memberi tumpuan kepada sumber-sumber
dengan berkesan dalam output yang dihasilkan dan menggalakkan kerajaan dan
agensi-agensi untuk menilai fungsi, tanggungjawab dan peranan mereka untuk
mencapai matlamat dan tujuan dalam membangunkan negara. Kelebihan SBPP yang
seterusnya adalah ia menggalakkan penghasilan maklumat yang lancar pada masa
yang tepat. Kelebihan yang ketiga pula adalah ia mempunyai penilaian program yang
penting untuk mendapatkan tindak balas daripada orang ramai mengenai programprogram kerajaan. Selain itu, dengan SBPP juga, agensi-agensi lain dapat dibantu
untuk mengurus, mengatur dan mengawal dengan perancangan yang lebih baik, cekap
dan berkesan.
Kelemahan SBPP
Wujud beberapa kelemahan yang dikenalpasti di dalam sistem belanjawan ini
iaitu Sistem Belanjawan Program dan Prestasi (SBPP). Menurut Rosni Julis (2003), di
antara kelemahan yang dikenalpasti dalam pelaksanaan SBPP adalah penyediaan,
pemeriksaan dan pelaksanaan belanjawan tahunan yang masih ditahap line-item. Di
bawah SBPP, belanjawan adalah lebih sebagai alat bagi pengagihan wang dan tidak
diberi keutamaan sebagai alat pengurusan dan pencapaian pengurusan sumber. Oleh

itu, ketidakselarasan telah berlaku di antara keputusan kewangan dan keputusan dasar
pelaksanaan Progran atau Aktiviti. Di dalam SBPP juga, petunjuk prestasi tidak
dipentingkan dalam pengurusan sumber-sumber. Kelemahan lain SBPP adalah ia
menggunakan pendekatan penyediaan bottom-up dan penurunaan kuasa berkaitan
keputusan kewangan adalah terhad (Kementerian Kewangan Malaysia, 2009).
Pengukuran prestasi organisasi juga tidak dapat berhubung dengan prestasi individu
dan tiada mekanisme yang tepat.

Bibliography
Din, B. (2002). Analisis Sistem Pengurusan Belanjawan dalam Konteks Sistem
Belanjawan Diubahsuai Kajian Kes: Di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan
Industri (MITI). Universiti Utara Malaysia, Sekolah Siswazah.
Doh, J.-C. (1981). Modernizing the budget system: The Malaysian experience. Public
Administration and Development , 291-305.
Griesemer, J. (1983). Accountants and Administrators Guide: Budgeting for results
inGovernment . New York: Ronal Press.
Julis, R. (2003). Pelaksanaan Sistem Beelanjawan yang diubahsuai di Kementerian
Kerja Raya. Universiti Uitara Malaysia, Sekolah Siswazah.
Kementerian Kewangan Malaysia. (2009). Penyediaan Bajet Tahunan: Rasional, Asas
dan Mekanisme Satu Pengenalan.
(1993). Laporan Untuk Buku Anggaran Belanjawan Program dan Prestasi 1994. In
Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil.7.
Savoie, R. (1971). Budget Innovation on States. Washington DC: Brookings
Institution.
Tam, A. (2013). Enhancing Monitoring and Evaluation for Better Results. 5-21.
Zakaria, Z. (2004). Financial Administration. Retrieved May 10, 2015, from
lib.kedah.uitm.edu.my/psblibrary/notes/am110/layout/.../h1.pdf

Anda mungkin juga menyukai