Anda di halaman 1dari 6

Sistem Belanjawan Diubahsuai (SBD) atau dalam bahasa Inggerisnya dikenali

sebagai Modified Budgeting System (MBS) merupakan salah satu alat pengurusan
kewangan dimana pihak perbendaharaan mewujudkan SBD untuk meningkatkan lagi
perlaksanaan Sistem Belanjawan Program dan Prestasi (SBPP) (Xavier', 1996). SBD
yang

merupakan

pencapaian ini

sistem

belanjawan

diperkenalkan oleh

yang

menitikberatkan

pihak kerajaan

pelaksanaan

dan

dan dilaksanakan secara

berperingkat-peringkat meliputi fasa satu pada tahun 1990 hingga fasa lima pada tahun
1995 (Julis, 2003). Menurut Rosni Julis (2003) lagi, fasa pertama sistem ini adalah
pelaksanaan bagi tiga kementerian perintis iaitu Kementerian Kesihatan, Kementerian
Kebajikan Masyarakat atau kini dikenali sebagai Kementerian Perpaduan Negara dan
Pembangunan Masyarakat dan yang ketiga adalah Kementerian Kerja Raya. Sejak
tahun 1997, penggunaannya telah diperluaskan kepada Badan-Badan Berkanun.
Seterusnya, SBD juga menggunakan pendekatan baru iaitu konsep top-down dan Let
Managers Manage. Antara objektif yang terdapat dalam SBD adalah untuk
meneguhkan lagi kewangan negara menerusi agihan sumber yang lebih baik dan
teratur, dilaksanakan untuk mendapatkan perlanjaan yang sama rata atau seimbang
(balanced budget), menaiktaraf kemajuan pelaksanaan SBPP, membantu pengurus
program

meningkatkan

prestasi,

dan

seterusnya

untuk

meningkatkan

sifat

tanggungjawab dalam diri para pengurus.


Sistem Belanjawan Diubahsuai mempunyai empat elemen atau ciri utama.
Empat elemen tersebut adalah batas perbelanjaan, perjanjian program dan laporan
pengecualian, satu pusingan penilaian program, dan satu pendekatan menyeluruh
terhadap kawalan peruntukan. Badariah Din (2002) pula turut mengatakan SBD

mempunyai empat ciri utama iaitu penetapan batas perbelanjaan, penyediaan laporan
perjanjian program, laporan pengecualian program sekiranya mana-mana agensi
kerajaan tidak memenuhi keperluan yang dipersetujui bersama dan ciri keempat iaitu
penyediaan laporan penyediaan program untuk menentukan sama ada objektif program
yang dilaksanakan tercapai atau tidak serta untuk mengenal pasti masalah dan
penghalang kepada pencapaian matlamat asal. Elemen yang pertama iaitu batas
perbelanjaan merupakan satu jumlah peruntukan wang yang ditetapkan di peringkat
awal proses belanjawan tahunan sebagai peruntukan untuk sesebuah agensi yang
tidak dapat dilampau di dalam menyerahkan anggaran bajet bagi dasar-dasar yang
sedai ada untuk sesuatu tahun. Dasar sedia ada yang terkandung dalam elemen batas
perbelanjaan membawa maksud acara-acara yang mendapat kelulusan dalam bentuk
perundangan, kelulusan kabinet, Menteri atau perbendaharaan, atau mana-mana pihak
berkuasa yang mempunyai taraf yang sama. Pengertian dasar sedia ada ini juga
merangkumi perlaksanaan operasi bagi setiap acara dan aktiviti. One-Off dalam SBD
bermaksud sebuah perbelanjaan yang tidak berulang contohnya seperti pembelian aset
atau peralatan pejabat, pindah pejabat, ubahsuai pejabat, dan sebagainya. Threshold
merupakan suatu nilai yang disetkan oleh Perbendaharaan untuk sesebuah agensi di
mana nilai ini digunakan sebagai alat pengukur untuk menetapkan jumlah peruntukan
tambahan yang sesuai oleh Perbendaharaan di dalam menimbangkan apa-apa
cadangan dasar baru atau One-Off. Threshold digunakan sewaktu permohonan
peruntukan tambahan dibuat sama ada Dasar Baru atau One-Off. Permohonan untuk
peruntukan tambahan tidak akan diterima oleh Perbendaharaan sekiranya nilai yang

dipohon kurang dari nilai Threshold. Jumlah keperluan tambahan tidak dapat
diagregatkan untuk tujuan Threshold.
Elemen yang kedua yang terdapat dalam SDB adalah elemen perjanjian
program dan laporan pengecualian. Elemen ini merupakan suatu perjanjian yang
dilakukan antara agensi dengan pihak Perbendaharaan mengenai input yang akan
diguna pakai, output yang akan dikeluarkan, dan kesan yang akan dicapai untuk setiap
program yang telah dirancang. Perjanjian program yang dibuat mempunyai 14 elemen
iaitu maksud bekalan, sumber, penunjuk impak, agensi, aktiviti, punca kuasa, analisis
keperluan, fungsi, spesifikasi, penilaian program, pelanggan, objektif, kod, dan program.
Perjanjian program dalam SBD merangkumi batas perbelanjaan, penyerahan bajet,
laporan suku tahun, laporan pengecualian, rujukan maklumat, dokumen pemeriksaan,
dan alat pengurusan. Tahap viran yang diiktiraf dalam elemen ini merupakan satu fasa
yang dipersetujui untuk sesebuah petunjuk prestasi yang mana sesebuah agensi tidak
perlu menunjukan laporan pengecualian. Laporan pengecualian adalah sebuah laporan
bagi tujuan menjelaskan petunjuk prestasi yang tidak mengikut spesifikasi atau tahap
varian yang dipersetujui dalam Perjanjian Program. Ia juga untuk mengenalpasti
petunjuk prestasi yang terkeluar daripada tahap varian yang dipersetujui, alasan-alasan
untuk prestasi yang tidak selaras, dan mengenalpasti tindakan yang perlu diambil.
Elemen yang seterusnya adalah satu pusingan penilaian program. Dalam satu
pusingan penilaian program, penilaian ke atas sesuatu aktiviti dilakukan secara
mendalam dan penilaian ini juga akan dilakukan sekurang-kurangnya sekali dalam
tempoh lima tahun. Laporan Penilaian Program perlu dihantar kepada Perbendaharaan

untuk tujuan dianalisa prestasi sesebuah program serta melibatkan pertimbangan


Dasar Baru dan Penjimatan daripada Pengubahsuaian Dasar.
Elemen SDB yang ke-empat atau terakhir adalah satu pendekatan menyeluruh
terhadap kawalan peruntukan. Elemen ini adalah untuk mengurangkan kawalan secara
mendalam dimana kawalan tertumpu kepada jumlah peruntukan. Ia juga untuk
mengurangkan

atau

menghapuskan

kawalan

terpeinci

yang

tertentu

secara

berperingkat. Kuasa menguruskan peruntukan belanjawan diturunkan ke peringkat


agensi dan seterusnya digalakkan ke peringkat bawah. Memindahkan peruntukan
diberikan kelonggaran kepada Pegawai Pengawal di bawah PP 10/92. Pegawai
Pengawal mempunyai kuasa untuk membuat pindah peruntukan dia antara objek am di
dalam program yang sama dan di antara aktiviti di dalam program yang sama.
Tidak seperti SBPP, cara pelaksanaan SBD ini lebih menekankan kepada
pencapaian prestasi sesebuah program atau aktiviti. Ini kerana SBPP sebelum ini
mempunyai kelemahan dari segi cara penilaian prestasi dan penilaian program.
Prestasi

agensi-agensi

yang

berkonsepkan

perkhidmatan

seperti

sosial

dan

keselamatan amat sukar dan rumit untuk diukur. SBPP menekankan aktiviti atau
program yang dijalankan haruslah mempunyai output yang boleh diukur sama ada
dalam bentuk hasil keluaran atau perkhidmatan dan input dari segi kerja dan
pengunaan sumber. Pelaksanaan SDB ini melibatkan proses belanjawan yang terdiri
daripada beberapa proses iaitu penyediaan, pelaksanaan, pemantauan, dan penilaian.
Persediaan di peringkat Perbedaharaan iaitu di Bahagian Belanjawan termasuk
penubuhan Jawatankuasa Pemandu dan persediaan keperluan asas seperti tatacara
serta metodologi belanjawan. Langkah pelaksanaan di peringkat agensi pula,

Jawatankuasa Pelaksanaan ditubuhkan untuk memantau pelaksanaan dan mengatasi


masalah dan isu yang berkaitan seperti mengkaji kedudukan rangka program atau
aktiviti, bidang kuasa yang diturunkan kebawah akan ditentukan, cara pelaksanaan
sistem, menyusun semula sistem laporan prestasi dan kawalan pengaliran maklumat
serta kawalan buku vot.
Berbeza dengan SBPP, SBD memfokuskan penyediaan, pemeriksaan, dan
pelaksanaan pada tahap line-items. SBD juga mementingkan petunjuk prestasi dalam
menguruskan sumber-sumber. Dalam SBD, belanjawan digunakan sebagai alat
pengurusan manakala SBPP tidak menggunakan belanjawan sebagai alat untuk
mengurus. SBD tidak terhadkan penurunan kuasa berkaitan keputusan wang malah
sistem ini akan menurunkan kuasa ke peringkat agensi dan kebawah.

References:
Atiqah, N. (2014, September 17). 4 Elements of Modified Budgeting System.
Retrieved May 4, 2015, from
Scribd: http://www.scribd.com/doc/240012931/4-Elements-of-ModifiedBudgeting-System#scribd
Karbhari, Y. (2007, December 26). The Impact of Modified Budgeting System On
Performance
Measurement Malaysian Central Government Organisations. Kuala Lumpur,
Kuala Lumpur, Malaysia.
Mahazir, M. (2015). Types of Budget and Their Performance on Economy. Retrieved
May 10, 2015, from
academia.edu:
http://www.academia.edu/3073232/Types_of_Budget_and_Their_Performance_
on_Economy
Xavier', J. A. (1996). Public Administration and Development. Kuala Lumpur.
Yahya, Y. (1995). Sistem Belanjawan Diubahsuai. Bahagian Khidmat Nasihat
Pengurusan Kewangan .
Putrajaya, Kuala Lumpur, Malaysia: Perbendaharaan Malaysia Putrajaya.

Anda mungkin juga menyukai