Anda di halaman 1dari 1

RESIPI: CHINESE BRAISED CHICKEN AYAM BERKICAP MASAKAN ALA CINA

BAHAN-BAHAN DIPERLUKAN:

1/2 ekor ayam dipotong 6-8 ketul dengan kulit ayam telah dihindarkan.

1 cawan kicap manis 250ml.

2 keping bunga lawang/star annise.

1 kpg kulit kayu manis.

4 sudu besar gula.

4 sudu besar cuka.

1 inci halia dihiris bulat nipis.

3 ulas bawang putih dihiris halus.

1/2 sudu kecil cili flakes (cili kering di buang biji dan digoreng kering dan dikisar kasar).

1 sudu besar biji bijan digoreng kering untuk ditaburkan di atas hidangan.

4 cawan/ 1liter air.

Garam secukup rasa.


CARA PENYEDIAAN:
1. Adunkan 1 liter air dengan kicap, bunga lawang, kulit kayu manis, gula, cuka, halia, bawang
putih dan cili flakes dalam kuali dan mendidihkan. Selepas didih kecilkan api dapur dan bawa
kepada renehan (simmering) dengan ditutup tudung selama 5 minit.
2. Masukkan ketulan ayam. masih dalam renehan dan masak selama 45 minit atau sehingga
ayam masak.
3. Di pingan hidangan letakan batang celery dan karot atau lain sayur hijau kekacang yang
telah kukus. Letakan ketulan ayam di atas sayuran ini dan tuang kuahnya.
4. Taburkan bijan telah goreng ke atas hidangan anda. Jamu selera dengan nasi panas.
Selamat mencuba.

Anda mungkin juga menyukai