Anda di halaman 1dari 55

1.

0 PENDAHULUAN
Pada bahagian ini, pengkaji membincangkan pengenalan kajian, refleksi pengajaran dan
pembelajaran serta refleksi nilai pendidikan.
1.1 Pengenalan
Bahasa ialah kebolehan semulajadi manusia yang berupa satu sistem simbol bunyi yang
arbitrari, yang dipersetujui dan digunakan oleh sekelompok manusia untuk
berkomunikasi. Kamus Dewan edisi ketiga (1996:87) bahawa bahasa ialah lambang
bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok
manusia. Abdullah Hassan (1984) berpendapat dalam memberi definisi bahasa ini,
pentinglah kita kita mengetahui ciri-ciri bahasa tersebut. Ciri-ciri bahasa tersebut akan
hanya menjadi jelas apabila kita melihat bahasa dari segi guna dan sifatnya sebagai alat
perhubungan
Raminah Hj Sabran dan Rahim Syam (1985) menyatakan banyak dasar yang
boleh dijadikan asas untuk mendefinisikan bahasa. Sesetengah orang mendefinisikan
bahasa dari sudut fungsi bahasa itu sendiri. Bagi mereka bahasa merupakan alat
perhubungan atau komunikasi. Arbak (1983) berpendapat bahasa merupakan bahan
langsung yang menjadi tumpuan pengkajian, terutamanya dalam usaha memperlihat kan
fungsinya sebagai alat yang dipakai manusia untuk perhubungan.
Wilhelm Von Humboldt seorang sarjana Jerman, mendefinisikan bahasa sebagai
sintesis bunyi. Ferdinand de Saussure seorang sarjana linguistik Swiss pada awal abad
ke- 20 menyatakan bahasa sebagai sistem isyarat. Charles F. Hockett (1989)
memperkatakan bahasa dari sudut psikologi behaviurisme, iaitu sistem tabiat-tabiat
1

sangat rumit. John B. Carol juga meninjau bahasa dari sudut linguistik yang merupakan
sistem bunyi vokal berstruktur dan urutan-urutan bunyi. Bloch dan Trager
mendefinisikan bahasa sebagai satu lambang pertuturan yang arbitrari yang digunakan
anggota masyarakat untuk berkomunikasi.
Menurut Rodman (2005), kemahiran menulis ialah satu betuk kemahiran
berbahasa dan berkomunikasi penting dalam kehidupan manusia pada hari ini. Beliau
turut menyatakan bahawa kemahiran menulis berkaitan dua perkara penting iaitu
kemahiran meluahkan idea agar dapat dibaca dan kemahiran menggunakan lambing
tulisan bagi mencatatkan idea tersebut.
Masalah pendengaran adalah melibatkan ketidakupayaan untuk mendengar.
Menurut Cruickshakn dan Johnson (1975), kebolehan kanak-kanak menggunakan deria
dengarnya dan juga bila kecacatan itu dialami.Terdapat dua kategori iaitu pekak dan
separuh pekak.Pekak adalah kanak-kanak yang mempunyai deria dengar yang tidak
berfungsi. Manakala separuh pekak adalah kanak-kanak yang masih boleh menggunakan
deria dengar tetapi dengan menggunakan alat bantuan mendengar.

1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran


Pengkaji telah menjalani praktikum di sebuah sekolah pendidikan khas selama lapan
minggu. Dalam menjalani fasa praktikum ini, pengkaji menghadapi beberapa masalah
dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran kepada murid murid di
sekolah tersebut.
Antara masalah yang dihadapi ialah, murid murid kurang jelas terhadap
pemahaman pengajaran mata pelajaran Bahasa Inggeris. Murid murid sering
melakukan kesalahan dalam penggunaan simple present tense semasa membina ayat.
Sebagai contohnya, murid menulis ayat seperti He go to hospital yang sepatutnya
ditulis seperti He goes to hospital. Selain itu, pengkaji juga mendapati murid murid
juga sering membina ayat ayat menggunakan perkataan yang sama. Sebagai
contohnya, I go to school., I go to house. Ini menunujukkan murid murid ini sering
menggunakan perkataan I yang boleh digantikan dengan kata ganti nama diri yang lain
seperti: He goes to school atau Azmi goes to house.
Selain itu, murid murid juga bermasalah dalam menjana idea untuk
mengembangkan sesuatu ayat. Murid murid sering menulis ayat ayat yang
tergantung yang mana ayat ayat tersebut boleh dikembangkan dengan penambahan
beberapa perkataan untuk mengambarkan ayat itu lebih gramatis. Sebagai contohnya,
He goes to school yang boleh dikembangkan, Every morning, he goes to school atau
Every morning, he goes to school by bus.
Di samping itu, pengkaji mendapati murid murid sering melakukan kesalahan
ejaan semasa menulis sesuatu ayat. Malah, murid murid juga sering menggunakan
3

ejaan Bahasa Melayu untuk perkataan Inggeris. Sebagai contohnya, murid sering
mengeja perkataan bus dengan perkataan bas. Ini menyebabkan murid murid ini
mendapat markah yang rendah dalam ujian penulisan Bahasa Inggeris.
Kesimpulannya, langkah bagi mengurangkan dan mengatasi harus dikaji bagi
meningkatkan penguasaan murid murid ini dalam kemahiran membina ayat. Pengkaji
harus meneliti dan membuat kajian untuk mengatasi masalah ini berdasarkan rujukan
literatur serta kebolehan murid murid.
1.3 Refleksi Nilai Pendidikan
Berdasarkan pemerhatian pengkaji semasa sesi praktikum seblem ini, pengkaji
mendapati guru guru di sekolah jarang menggunakan kemudahan ICT walaupun
kemudahan ini disediakan di sekolah. Mereka lebih suka menggunakan buku teks dan
papan putih untuk pengajaran walaupun mereka mengetahui bahawa murid murid
sudah bosan dengan penggunaan kaedah lama ini. Ellington (1993) menjelaskan bahawa
penggunaan komputer dalam pendidikan mempunyai beberapa kekuatan dan kelemahan
tersendiri yang mana lebih berasaskan sebagai satu teknik pengajaran dan pembelajaran
yang lebih menekankan peranan individu.

Kekuatan penggunaan komputer dalam

pendidikan dapat memenuhi objektif pembelajarannya dengan lebih tepat. Beliau juga
berpendapat bahawa pembelajarannya yang juga boleh dilakukan sendiri serta mendapat
maklum balas segera melalui pendekatan interaktif; dan membolehkan simulasi
pengalaman pembelajaran dilakukan secara terus.
Semasa praktikum,pengkaji mendapati guru guru jarang menggunakan alat
bantu mengajar (ABM) yang menarik bagi tujuan pengajaran. Ini menyebabkan murid
4

murid kehilangan minat untuk menumpukan perhatian dalam pengajaran guru.


Menurut Noraziah Abdul Hamid (1981), ABM itu mestilah dianggap sebagai satu
bahagian yang padu dalam proses tersebut. Ia bertujuan untuk menambah kelancaran
perhubungan antara guru dan murid dan sebaliknya, murid sesama murid serta
membantu atau mempercepatkanproses pemahaman mereka.
Menurut Aziz Saleh (1993), menjelaskan, pengajaran tanpa ABM proses
pengajaran dan pembelajaran menjadi kurang menarik. Hal ini adalah kerana muridmurid mudah berasa bosan. Tumpuan yang mampu diberikan oleh murid-murid
hanyalah sekitar 10 minit awal sahaja. Selepas tempoh tersebut,tumpuan tersebut akan
beralih ke tempat lain.
Selain itu, pengkaji juga mendapati guru guru sering mengamalkan strategi
pemusatan guru di mana murid murid pasif semasa guru mengajar.strategi ini juga
menyebabkan hanya komunikasi sehala dan murid murid tidak berani memberi
pendapat dan meminta bimbingan. Menurut Kamarudin Husin (2004), aktiviti
pemusatan murid menjadikan murid fokus utama dalam proses pembelajaran. Murid
murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam pengajarandan pembelajaran
(kaedah kumpulan, inkuiri penemuan, perbincangan, penyoalan, penyelesaian masalah,
bermain, simulasi dan lain lain). Menurut Mok Soon Sang (1992) strategi ini mungkin
lebih sesuai apabila maklumat tidak dapat disampaikan dengan berkesan melalui strategi
pemusatan guru dan apabila matlamat pengajaran merangkumi kemahiran kreatif dan
kritikal..

Pada pendapat pengkaji, peranan seorang guru bukan sahaja hanya


menyampaikan isi pendidikan kepada murid murid. Malah, guru berperanan dalam
mendidik, membimbing dan membentuk murid murid yang seimbang dari aspek
akademik, kokurikulum, sahsiah dan sebagainya. Guru perlu menjadi lebih kreatif jika
pendekatan yang digunakan oleh guru tidak berkesan. Guru haruslah mahir dalam
menggunakan pendekatan atau strategi yang membolehkan murid lebih memahami dan
seterusnya menjadi murid yang cemerlang.

2.0 FOKUS KAJIAN


Pada bahagian ini, pengkaji membincangkan isu kajian, tinjauan awal serta analisis
tinjauan awal tentang kajian. Isu kajian adalah masalah yang dihadapi oleh pengkaji
ketika melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Tinjauan masalah ialah
pengkaji akan membuat tinjauan masalah melalui kaedah saintifik. selain itu, pengkaji
turut menyatakan kriteria pemilihan fokus kajian, tinjauan literatur berkaitan dengan isu
kajian dan istilah kajian.
2.1 Isu Kajian
Berdasarkan refleksi pengajaaran dan pembelajaran lalu, pengkaji merumuskan bahawa
murid murid bermasalah pendengaran Tahun 5 ini menghadapi masalah dalam menulis
ayat dalam Bahasa Inggeris. Murid murid ini sering melakukan kesalahan bahasa
seperti kesalahan dalam penggunaan tenses. Murid murid ini selalu mengahadapi
kekeliruan semasa menggunakan simple present tense dalam membina ayat. Sebagai
contohnya, murid menulis ayat seperti Abu go to school. yang sepatutnya ditulis
seperti Abu goes to school. Jikalau kesalahan ini berulang, maka murid murid
menghadapi masalah dalam menjawab soalan semasa peperiksaan Bahasa Inggeris
Kertas 2 yang memerlukan murid murid menulis ayat mahupun karangan.
Di samping itu, kebanyakan murid murid bermasalah pendengaran mempunyai
tahap penggunaan perbendaharaan kata yang tidak luas. Mereka lebih terkongkong
kepada pengajaran guru dan buku teks. Mereka juga tidak menerima sebarang maklumat
atau pengetahuan tambahan di luar bidang pendidikan yang sedikit sebanyak
menjejaskan murid murid ini semasa mereka menulis ayat. Murid murid sering
menggunakan perkataan yang sama dan biasa digunakan semasa membina ayat.
Selain itu, pengkaji mendapati bahawa murid murid ini sering melakukan
kesalahan tatabahasa semasa menulis ayat. Sebagai contohnya, mereka kerap melakukan
kesalahan ejaan, tanda baca, penggunaan kata atau istilah yang betul dan struktur ayat.
7

Oleh yang demikian, ayat yang selalu dibina oleh murid murid ini akan terpesong dan
tidak membawa maksud yang betul.
Tambahan pula, pengkaji mendapati murid murid suka menterjemahkan secara
langsung ayat Bahasa Melayu kepada ayat Bahasa Inggeris. Hal ini menyebabkan ayat
yang ditulis oleh murid murid ini membawa maksud yang berlainan ataupun salah.
2.1.1 Tinjauan Awal
Pengkaji bercadang untuk membuat tinjauan awal semasa perlaksanaan proses
pengajaran dan pembelajaran murid murid bermasalah pendengaran Tahun 5. Tinjauan
ini bertujuan untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh murid murid dalam
membina ayat mudah. Proses tinjauan dilakukan dengan membuat pemerhatian pra di
mana pengkaji membuat pemerhatian dan membuat catatan nota lapangan. Proses
pemerhatian ini dilaksanakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Inggeris oleh guru dari sekolah tersebut.
Menurut Jaizah Mahamud (2011) proses tinjauan awal dilaksanakan setelah
pengkaji mengemukakan soalan soalan berkaitan dengan isu kajian. Beliau juga
berpendapat bahawa tinjauan awal ini bertujuan untuk mencari bukti atau data dalam
menentukan soalan yang boleh dijadikan fokus kajian. Menurut Chua (2006)
menyatakan bahawa catatan nota lapangan ini berperanan dalam mencatat tingkah laku
guru murid mengikut sela masa yang ditetapkan.
2.1.2 Analisis Tinjauan Awal
Pengkaji menganalisis tinjauan awal berdasarkan pemerhatian pra yang dilakukan
semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Pengkaji menjalankan pemerhatian tidak
8

berstruktur iaitu pengkaji menggunakan catatan nota lapangan. Berdasarkan hasil


pemerhatian, pengkaji merumuskan bahawa murid murid tidak dapat menulis ayat
mudah Bahasa Inggeris dengan betul. Murid murid ini sering keliru dengan
penggunaan tenses yang betul semasa membina ayat. selain itu, murid murid ini
sering melakukan kesalahan tatabahasa seperti kesalahan ejaan, kesalahan pengggunaan
perkataan atau istilah dan kesalahan struktur ayat.
Berdasarkan hasil pemerhatian, hanya murid A sahaja mampu memahami arahan
guru semasa pengajaran mata pelajaran Bahasa Inggeris. Murid murid lain harus diberi
arahan berulang kali oleh guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu,
murid murid lebih senang jika diberi arahan dengan menggunakan Kod Tangan Bahasa
Melayu (KTBM) berbanding menggunakan American Sign Language (ASL).
Pengkaji mendapati murid murid ini menunjukkan rasa bosan dan tidak
berminat apabila guru meminta murid untuk membina ayat berdasrakan sesuatu gambar
atau perkataan. Mereka sering memberi jawapan bahawa mereka tidak tahu buat dan
tidak faham. Ini menyebabkan objektif pengajaran dan pembelajaran pada hari tersebut
tidak tercapai.
2.1.3 Kriteria Pemilihan Fokus Kajian
Fokus kajian yang pengkaji pilih ini berdasarkan beberapa kriteria pemilihan fokus
kajian. Kajian ini boleh dilaksanakan semasa pengkaji menjalani praktikum dan
internship di sekolah pendidikan khas. Kajian ini boleh ditadbir di semua sekolah bagi
membantu murid murid dalam penguasaan menulis ayat Bahasa Inggeris dengan betul
dan menepati kehendak soalan.
9

Selain itu, kajian ini dapat membantu guru guru dalam meningkatkan kawalan
bilik darjah. Guru guru dapat mendalami strategi pengawalan bilik darjah bagi
mewujudkan satu suasana bilik darjah yang lebih kondusif.
Kajian ini juga berguna pada masa akan datang untuk kajian lain. Hal ini kerana
hasil dan data data yang diperoleh dapat dijadikan rujukan bagi menghasilkan kajian
lain. Selain itu, kajian ini juga mempunyai kepentingan tersendiri iaitu kajian ini dapat
membantu murid murid bermasalah pendengaran untuk meningkatkan penguasaan
dalam membina ayat dalam Bahasa Inggeris.
Pengkaji juga telah membuat kolaborasi dengan pihak sekolah, guru kelas, guru
guru Bahasa Inggeris dan pembantu pengurus murid untuk mengetahui tahap
pengetahuan dan masalah murid murid. Tambahan pula, kolaborasi ini dapat
membantu pengkaji dalam memilih fokus, objektif serta persoalan kajian yang betul.
Kajian ini amat releven kepada sekolah di mana hasil dapatan kajian dan kaedah
intervensi dapat diaplikasikan oleh guru guru lain bagi membantu murid murid
dalam membina ayat Bahasa Inggeris dengan betul.

2.2 Tinjauan Literatur berkaitan dengan Isu Kajian.


2.2.1 Definisi Bahasa Inggeris
Bahasa adalah alat untuk mengaturkan pemikiran bahasa kerana bahasa mempunyai
konsep pemikiran Mol (1990). Fungsi utama bahasa pertuturan ialah untuk
berkomunikasi. Vygotsky (1962). Mengikut kajian Vygotsky pertuturan bermula melalui
komunikasi dengan orang lain, kemudian pertuturan yang mementingkan diri
( egosentrik ) dan akhirnya pertuturan dalaman.
10

Lutfi Abas (1975) mendefinisikan bahasa ialah data yang dianalisis dalam
linguistik. Beliau menyatakan bahawa bahasa ialah suatu sistem simbol-simbol yang
terdiri daripada bunyi-bunyi yang diucapkan dalam atau melalui mulut manusia, yang
dipersetujui bersama, dipelajari oleh sekelompok manusia dan dengan simbol-simbolnya
pula sekelompok manusia itu berkomunikasi.
Edward Sapir menjelaskan bahasa ialah suatu sistem lambang-lambang
pertuturan yang digunakan oleh manusia secara arbitrari untuk menyampaikan fikiran
dan perasaan. Raja Mukhtaruddin (1980) berpendapat bahawa ahli-ahli bahasa terlebih
dahulu mendefinisikan bahasa sebagai suatu sistem lambang-lambang pertuturan yang
arbitrari yang digunakan oleh ahli-ahli sesebuah masyarakat.
Menurut Halliday (1975;1979), terdapat tujuh fungsi bahasa iaitu, alatan
(instrumental), penterbit (regulatory), interaksi atau perhubungan (interactional),
peribadi

(personal),

penemuan(heuristic),

khayalan(imaginative),dan

penyataan

(representational). Ketujuh fungsi ini sangat penting dalam aktiviti seharian kita kerana
kita menggunakan bahasa sebagai bahan perantara walaupun bagi tujuan bermonolog.
Menurut Fromklin (2007) bahasa Inggeris terbahagi kepada 4 kemahiran asas
iaiti kemahiran mendengar, kemahiran membaca, kemahiran bertutur dan kemahiran
menulis.Beliau berpendapat keempat empat kemahiran ini merupakan asas kepada
sesuatu bahasa dan merupakan aspek penting yang perlu didalami oleh sesorang dalam
menguasai sesuatu bahasa.

2.2.2 Kemahiran menulis

11

Kemahiran menulis amat penting untuk murid murid kerana menurut Noorazman
Mahat (2009), murid perlu mahir menulis kerana hampir semua kertas peperiksaan di
negara ini memerlukan murid menjawab dalam bentuk tulisan dan ada juga yang
memerlukan jawapan yang panjang lebar dalam bentuk ayat.Murid yang tidak
menguasai kemahiran menulis yang baik sering menghadapi masalah untuk menjawab
soalan. Sehubungan dengan itu, kemahiran menulis adalah sangat penting dan perlu
dilaksanakan berdasarkan penguasaan kemahiran. Roselan Baki (2003) berpendapat,
menghasilkan penulisan merupakan suatu proses yang kompleks. Oleh sebab itu,
penulisan perlulah dilaksanakan mengikut tahap-tahapnya secara sistematis.
Bryne (1989) menyatakan bahawa symbol grafik semasa menulis ialah
penggunaan huruf-huruf atau gabungan huruf-huruf yang berkaitan dengan lambang
bunyi yang kita buat semasa kita bercakap. Ia meliputi beberapa aspek iaitu
menggunakan pelbagai jenis ayat, mencatat dan menyusun maklumat, menghasilkan
penulisan kreatif dan bukan kreatif dan membuat ulasan tentang bahan yang didengar,
ditonton dan dibaca.
Menurut Raimes (1993) terdapat tiga fungsi kemahiran menulis di mana
kemahiran menulis berperanan dalam merangsang dan memahirkan tatabahasa, idea,
perbendaharaan kata, dan perasaan seseorang. Selain itu, ia juga berfungsi untuk
memberi peluang kepada murid murid untuk meneroka bidang bahasa. Beliau juga
berpendapat bahawa melalui kemahiran menulis dapapt memperluas pengeahuan,
melahirkan idea dan menggunakan seluruh anggota mekanis (mata, tangan, akal dan
sebagainya) untuk merangsan pembelajaran.

12

Mariam Mohamed Nor (2007) pula, menganggap mengarang merupakan


sebahagian daripada kemahiran yang penting dimiliki murid kerana sebahagian besar
daripada pendidikan formal memerlukan kerja-kerja menulis dan mengarang sebagai
kaedah untuk menyampaikan maklumat, idea, perasaan, dan pendapat. Ini bukan sahaja
tertumpu kepada mata pelajaran bahasa Melayu bahkan juga dalam semua mata
pelajaran yang dipelajari di sekolah.
Menurut Abdul Rahman Abdul Rahim (1999) ayat ialah unit pengucapan yang
paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap.
Ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan atau susunan beberapa perkataan yang
pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan, serta mengandungi intonasi
yang sempurna ( Tatabahasa Dewan, 1993:410). Menurut Yap Kim Fatt (2000) ayat
tersusun dalam dua bahagian, iaitu subjek dan prediket di mana jumlah ayat sebenarnya
tidak terbatas namun semua itu terbahagi kepada dua golongan sahaja, iaitu ayat dasar
dan ayat terbitan.
Menurut Atan Long (1982), kesedaran terhadap cara pengajaran dan
pembelajaran yang hanya mementingkan penggunaan kapur, bercakap dan menggunakan
buku-buku teks tidak lagi menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran apatah
lagi sebagai kaedah untuk menguji dan mencabar keupayaan fikiran, kebolehan dan daya
imaginasi murid-murid. Sobri (2000) menyatakan bahawa terdapat tiga kepentingan alat
bantu mengajar iaitu:
1. Membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ianya

13

memainkan peranan sebagai membantu tugas guru di dalam menerangkan isi


pelajaran.
2. Mengawal disiplin pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran sedang
berlaku.
3. Mengurangkan kebosanan pelajar semasa berlakunya proses pengajaran dan
pembelajaran.
2.2.3 Definisi Surat Khabar
Menurut Atan Long dalam Mat Nor Hussin (1987) beliau berpendapat, bahan-bahan
pengajaran dan bahan bantu mengajar ada berbagai-bagai. Bahan-bahan itu mungkin
dalam bentuk buku, carta atau slaid yang dipancarkan pada layar dan sebagainya yang
merupakan bahan yang menyokong penyampaian pembelajaran.
Menurut Harrower (2007), surat khabar merupakan penerbitan berkala sama ada
harian, mingguan, atau bulanan; yang memuatkan berita semasa. Surat khabar biasanya
dicetak pada kertas kos rendah yang disebut kertas akhbar, dan berisi berita-berita terkini
dalam

pelbagai

topik.

Topiknya

boleh

terbentuk

dari

acara-

acara politik, jenayah, sukan, rencana atau cuaca. Secara umumnya, akhbar mendapat
pendapatan dari pengiklanan dan langganan pembaca. Tetapi kini terdapat akhbar
percuma yang menghasilkan pendapatan mereka semata-mata dari pengiklanan dan
diedarkan secara percuma kepada pembaca.
Menurut Taylor (2011) surat khabar merupakan satu jenis buku teks yang
disediakan dan boleh diperoleh setiap hari. Beliau menyatakan bahawa penggunaan surat
14

khabar dalam pendidikan dapat membantu meningkatkan penguasaan kemahiran


membaca, menulis, mengira dan pengajian sosial.
Menurut Aiex, N. K. (2000), bagi meningkatkan minat murid bagi penulisan,
guru menggunakan surat khabar semasa proses pengajaran kemahiran menulis. Hal ini
kerana bahan bahan bacaan yang terdapat dalam surat khabar lebih menarik minat
murid kerana murid murid bermasalah pendengaran suka kepada bahan bacaan yang
bervisual. Sebagai contohnya, bahan seperti gambar bersiri yang berbentuk animasi
disukai oleh murid murid, malah ia boleh membantu murid murid menjana idea
dalam aktiviti penulisan. Selain itu, beliau juga berpendapat bahawa penggunaan bahasa
dan struktur ayat dalam surat khabar lebih bermutu dan boleh membantu murid dalam
meningkatkan perbendaharaan kata murid murid.
2.2.4 Definisi murid bermasalah pendengaran
Menurut Chua Tee Tee (1992), kanak-kanak pekak boleh dikatakan lebih tepat sebagai
seorang yang rosak pendengaran dalam kebanyakan keadaan,contoh ia mempunyai
pendengaran yang separa,adalah luar biasa kerana memang ia tidak dapat bertindak ke
aras bunyi-bunyi sekeliling.
Asmah Haji Omar (1984), mentakrifkan pekak sebagai seorang yang dilahirkan
dengan kecacatan pada deria pendengaran yang tidak dapat mengenal bunyi bahasa,tidak
dapat mendengar perbualan orang lain dan tidak dapat mengalami serta menghayati
pemikiran dan budaya melalui bahasa.

15

Menurut Bee H. (1995), mentakrifkan kanak-kanak pendengaran adalah mereka


yang menghadapi kesukaran mendengar atau kekurangan pendengaran yang
jelas.Masalah pendengaran berpunca daripada faktor sebelum lahir, semasa lahir dan
selepas lahir.
Hallahan dan Kaufman (1991), kanak-kanak masalah pendengaran kurang dan
tidak diberi peluang untuk bertutur dan berkomunikasi dengan individu normal. Faktor
ini menyebabkan proses perkembangan bahasa, pencapaian akademik dan psikososial
mereka terjejas. Pelbagai pendekatan pendidikan yang disediakan kepada kanak-kanak
bermasalah pendengaran untuk mengatasi masalah kekurangan yang mereka hadapi.
Jadual 1:
Klasifikasi Tahap Kehilangan Pendengaran
Kategori
Desibel (dB)
Biasa ( normal )

20 dB ke bawah

Ringan

21 45 dB

Sederhana

46 70 dB

Teruk

71 90 dB

3.0 OBJEKTIF KAJIAN


Pada bahagian ini, pengkaji akan membincangkan objektif umum, objektif khusus dan
soalan kajian.

16

3.1 Objektif Umum


Meningkatkan

penguasaan

kemahiran

menulis

ayat

Bahasa

Inggeris

dengan

mengunakan surat khabar.


3.2 Objektif Khusus
1. Murid dapat menggunakan tenses yang betul dan tanpa sebarang kesalahan
tatabahasa semasa menulis ayat Bahasa Inggeris dengan bantuan surat khabar
2. Murid dapat menjana idea dengan menggunakan surat khabar dalam menulis ayat
mudah Bahasa Inggeris
3.3 Persoalan kajian
1. Bagaimanakah surat khabar dapat membantu murid dalam menulis ayat tanpa
sebarang kesalahan tatabahasa?
2. Bagaimanakah surat khabar dapat membantu murid dalam menjana idea untuk
membina ayat

4.0 KUMPULAN SASARAN


Kajian ini melibatkan murid murid bermasalah pendengaran Tahun 5 iaitu seramai
enam orang murid di mana semua murid tersebut adalah murid yang berusia 12 tahun.
Mereka terdiri daripada tiga orang murid lelaki dan tiga orang murid perempuan. Murid
murid ini menghadapi masalah dalam menjana idea untuk membina ayat mudah dalam
Bahasa Inggeris dengan betul. Murid - murid ini mengalami tahap masalah pendengaran
17

yang teruk dan hanya boleh berkomunikasi dengan bahasa isyarat. Kesemua murid ini
menggunakan alat bantu dengar. Murid murid ini sering keliru dalam pemilihan
tenses semasa menulis ayat Bahasa Inggeris. Selain itu, murid murid ini juga sering
melakukan kesalahan tatabahasa semasa menulis ayat seperti kesalahan ejaan, tanda
baca dan struktur ayat.
Jadual 2:
Senarai murid kajian
Nama
Jantina

Bangsa

Jenis Alat Bantu Dengar

Murid 1

Lelaki

Melayu

Hearing Aid

Murid 2

Lelaki

Melayu

Implan koklea

Murid 3

Lelaki

Cina

Hearing Aid

Murid 4

Perempuan

Melayu

Tiada

Murid 5

Perempuan

Cina

Tiada

Murid 6

Perempuan

Cina

Hearing Aid

5.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN


Pengkaji menjalankan kajian semasa proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran
Bahasa Inggeris. Pengkaji menjalankan dua kitaran dengan menggunakan surat khabar
sebagai bahan bantu mengajar bagi membantu murid murid dalam penguasaan
kemahiran membina ayat. Pengkaji telah menggunakan surat khabar sebagai bahan
sumber di mana pengkaji telah menggunakan artikel, gambar dan iklan sebagai sumber
rujukan. Murid murid perlu membaca dan mentafsir bahan bahan rujukan kemudian
perlu membina ayat berdasarkan bahan bahan rujukan ini.
5.1 Kitaran Kajian 1
Pada awalnya, pengkaji melaksanakan tinjauan awal iaitu dengan membuat pemerhatian
terhadap proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Inggeris.
18

Kemudian, pengkaji membuat nota catatan dan melengkapkan borang senarai semak
berdasarkan pemerhatian yang dibuat. Selepas pengkaji mengenalpasti kelemahan dan
masalah murid dalam membina ayat, pengkaji melaksanakan satu ujian pra kepada
murid murid ini.
Ujian pra ini bertujuan untuk mengesahkan tinjauan awal yang dilakukan
terhadap kelemahan murid murid dalam membina ayat. Dalam ujian pra ini, pengkaji
telah memberikan satu gambar yang sama kepada semua murid murid. Murid murid
haruslah membina sekurang kurang lima ayat dengan betul. Selain itu, murid murid
juga telah menyusun semula perkataan untuk membentuk ayat yang betul. Selepas ujian
tersebut, pengkaji membuat semakan hasil kerja murid murid. Kemudian, pengkaji
telah merekodkan segala kelemahan dan kesalahan murid murid.
Pengkaji telah membuat penganalisan data yang diperoleh melalui ujian pra yang
dilaksanakan. Setelah pengkaji mengenalpasti kelemahan murid murid semasa
membina ayat ayat mudah, pengkaji membuat perancangan untuk melaksanakan
kitaran pertama dan kitaran kedua.
Rajah 1:
Model Penyelidikan Kemmis

19

Refleks

Merancan
Kitaran 1

Pemerhati
Tindakan
Refleksi
Merancan

Pengkaji melaksanakan kajian berdasarkan model Kemmis Mc Taggard (1988).


Kitaran 2

Pemerhati
Tindakan

Pemerhati

Tindakan

Model ini menggunakan empat kaedah iaitu proses merancang, proses tindakan, proses
pemerhatian dan proses refleksi.

5.1.1. Perancangan
Pengkaji merancang satu pengajaran mengenai pembelajaran kemahiran menulis ayat.
Pengkaji menggunakan surat khabar sebagai bahan bantu mengajar murid murid untuk
membina ayat. Pengkaji lebih memfokuskan kepada penggunaan simple present tenses
20

dalam pembinaan ayat. Pengkaji menyediakan beberapa iklan yang sesuai daripada surat
khabar. Segala bahan bahan bacaan dari surat khabar juga tidak berunsur negatif dan
tidak menyentuh sebarang isu isu sensitif. Pengkaji merancang untuk mengajar kaedah
membina ayat tanpa sebarang kesalahan ejaan, tanda baca dan struktur ayat.
5.1.2 Tindakan
Jadual 3:
Rancangan Pengajaran Bahasa Inggeris Tahun 4(Kitaran 1)
Peringkat
Aktiviti
1. Pengkaji menunjukkan menunjukkan surat khabar.
2. Pengkaji menyoal murid murid surat khabar dan
Set Induksi
kandungan surat khabar.
1. Pengkaji mengajar murid murid kaedah menulis
Langkah 1

ayat dengan betul


2. Pengkaji mentitikberatkan

penggunaan

simple

present tense dalam penulisan ayat Bahasa Inggeris.


1. Pengkaji memberikan setiap murid satu iklan dari
Langkah 2

surat khabar.
2. Murid murid membaca dan mentafsir iklan
tersebut.
3. Murid murid mencatat pemerhatian murid terhadap
iklan tersebut
1. Murid murid

Langkah 3

membina

ayat

berdasarkan

pemerhatian yang dibuat


2. Murid menulis ayat mudah tanpa sebarang kesalahan
tatabahasa.
1. Pengkaji menyemak ayat ayat yang ditulis oleh

Penutup

murid murid.
2. Pengkaji membetulkan kesalahan yang dilakukan
oleh murid semasa membina ayat.

5.1.3 Pemerhatian

21

Pengkaji membuat pemerhatian terhadap tindakan murid semasa menulis ayat semasa
proses pengajaran pengkaji. Pemerhatian pengkaji meliputi cara penggunaan simple
present tense dalam penulisan ayat, kesalahan tatabahasa yang dilakukan seperti
kesalahan ejaan, tanda baca, penggunaan kata dan istilah serta struktur ayat. Di samping
itu, pengkaji juga membuat pemerhatian terhadap keberkesanan bahan bacaan dari surat
khabar dalam menjana idea murid murid dalam menulis ayat. pengkaji melengkapkan
borang senarai semak berdasarkan pemerhatian yang dilakukan terhadap murid murid.
5.1.4 Refleksi
Pengkaji membuat refleksi berdasarkan proses kitaran pertama yang dilaksanakan.
Pengkaji akan membuat penilaian terhadap keberkesanan iklan dari surat khabar dalam
membantu murid murid meningkatkan penguasaan kemahiran menulis ayat. Pengkaji
membuat rumusan terhadap masalah masalah yang dihadapi oleh murid murid
semasa proses menjana idea dan menulis ayat. Pengkaji membuat proses pengumpulan
dan penganalisisan data berdasarkan pemerhatian yang dibuat. Proses menganalisis data
dilaksanakan berdasarkan borang senarai semak yang dibaut semasa proses pemerhatian.
Proses ini bertujuan untuk memperbaiki segala masalah yang wujud semasa kitaran
pertama dilaksanakan.
5.2 Kitaran Kajian 2
Pada kitaran kedua, pengkaji melaksanakan empat proses iaitu proses perancangan,
proses tindakan, proses pemerhatian dan proses refleksi. Pada kitaran ini, pengkaji
memperbaiki segala kelemahan pada kitaran pertama dan merendahkan aras pengajaran
bagi memudahkan murid murid untuk menguasai kemahiran menulis ayat.
22

5.2.1 Perancangan
Pengkaji merancang satu pengajaran mengenai pembelajaran kemahiran menulis ayat.
Pengkaji menggunakan surat khabar sebagai bahan bantu mengajar murid murid untuk
membina ayat. Pengkaji lebih memfokuskan kepada penggunaan simple present tenses
dalam pembinaan ayat. Pengkaji menyediakan beberapa gambar - gambar yang sesuai
daripada surat khabar. Segala gambar - gambar dari surat khabar tidak berunsur negatif
dan tidak menyentuh sebarang isu isu sensitif. Pengkaji merancang untuk mengajar
kaedah membina ayat tanpa sebarang kesalahan ejaan, tanda baca dan struktur ayat.

5.1.2 Tindakan
Jadual 4:
Rancangan Pengajaran Bahasa Inggeris Tahun 4(Kitaran 2)
Peringkat
Aktivti
1. Pengkaji menunjukkan menunjukkan surat khabar.
2. Pengkaji menyoal murid murid surat khabar dan
Set Induksi
kandungan surat khabar.
1. Pengkaji mengajar murid murid kaedah menulis
Langkah 1

ayat dengan betul


2. Pengkaji mentitikberatkan

penggunaan

simple

present tense dalam penulisan ayat Bahasa Inggeris.


1. Pengkaji memberikan setiap murid satu gambar yang
23

Langkah 2

sama dari surat khabar.


2. Murid murid membaca dan mentafsir gambar
tersebut
3. Murid murid mencatat pemerhatian murid terhadap
gambar tersebut
1. Murid murid

Langkah 3

membina

ayat

berdasarkan

pemerhatian yang dibuat


2. Murid menulis ayat mudah tanpa sebarang kesalahan
tatabahasa.
1. Pengkaji menyemak ayat ayat yang ditulis oleh

Penutup

murid murid.
2. Pengkaji membetulkan kesalahan yang dilakukan
oleh murid semasa membina ayat.

5.1.3 Pemerhatian
Pengkaji membuat pemerhatian terhadap tindakan murid semasa menulis ayat semasa
proses pengajaran pengkaji. Pemerhatian pengkaji meliputi cara penggunaan simple
present tense dalam penulisan ayat, kesalahan tatabahasa yang dilakukan seperti
kesalahan ejaan, tanda baca, penggunaan kata dan istilah serta struktur ayat. Di samping
itu, pengkaji juga membuat pemerhatian terhadap keberkesanan gambar - gambar dari
surat khabar dalam menjana idea murid murid dalam menulis ayat. pengkaji
melengkapkan borang senarai semak berdasarkan pemerhatian yang dilakukan terhadap
murid murid.
5.1.4 Refleksi

24

Pengkaji membuat refleksi berdasarkan pengumpulan data dan pemerhatian yang dibuat
semasa kajian ini dilaksanakan. Pengkaji membuat penilaian terhadap keberkesanan
surat khabar dalam meningkatkan kemahiran menulis dalam kalangan murid murid.
Pengkaji membuat penilaian terhadap tahap penjanaan idea murid murid dalam
membina ayat. Kemudian, pengkaji melaksanakan ujian pos kepada murid murid yang
menjalani kedua dua kitaran tersebut. Selepas itu, pengkaji membuat penganalisisan
data dan perbandingan terhadap keputusan ujian pra dan pos murid murid. Akhir
sekali, pengkaji menyediakan laporan dapatan kajian serta refleksi kajian hasil daripada
pengumpulan dan penganalisisan data yang diperoleh. Berdasarkan hasil kajian yang
dibuat, pengkaji membuat cadangan kajian seterusnya bagi memperbaiki kelemahan
kelemahan serta masalah yang dihadapi semasa melaksanakan kajian ini.

6.0 CARA PENGUMPULAN DATA


Pada bahagian ini, pengkaji membincangkan cara cara pengumpulan data dan cara
menganalisis data semasa melaksanakan kajian ini.
6.1 Instrumen Pengumpulan Data
Pengkaji menggunakan tiga kaedah atau instrument pengumpulan data dalam kajian ini.
Pengkaji memilih instrument pengumpulan data berdasarkan kesesuaian dan
kepentingan instrument dalam membantu pengkaji untuk mengenalpasti serta
menambahbaik masalah serta kelemahan yang dihadapi oleh murid murid. Menurut
Chow Fook Meng(2011) tujuan pengumpulan data adalah untuk membolehkan pengkaji
membuat analisis serta memperolehi kefahaman baru tentang sesuatu isu atau kajian.
6.1.1

Ujian
25

Pengkaji melaksanakan dua jenis ujian kepada murid murid iaitu ujian pra dan ujian
pasca. Menurut Jaizah Mahamud (2011) ujian pra bertujuan untuk mengenal pasti
kelemahan dan masalah murid murid. Selain itu, beliau juga menyatakan bahawa ujian
pra ini bertujuan untuk mengesahkan tinjauan awal pengkaji yang dibuat seblum kajian.
Menurut Rosinah Edinin (2011) ujian pasca pula bertujuan untuk menilai keberkesanan
kaedah kajian dalam mengatasi masalah responden Ujian pra dilaksanakan pada kitaran
pertama iaitu pada awal kajian. Pengkaji menjalankan ujian pra untuk mengesan
kelemahan dan kesalahan murid murid semasa membina ayat. Ujian pra ini meliputi
dua bentuk aspek iaitu murid murid menyusun semula perkataan untuk membentuk
lima ayat yang betul. Aspek yang seterusnya ialah, murid murid membina lima ayat
mudah berdasarkan gambar yang disediakan oleh pengkaji.
Ujian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti tahap pemahaman murid terhadap
kemahiran membina ayat.Setelah mengenal pasti masalah, pengkaji akan melaksanakan
kedua dua kitaran. Akhir sekali, pengkaji akan melaksanakan ujian pasca di mana ujian
ini bertujuan unutk mengesan keberkesanan penggunaan surat khabar dalam menguasai
kemahiran menulis ayat dalam kalangan murid murid. Ujian pasca ini adalah ujian
yang sama dijalankan semasa ujian pra iaitu murid menyusun semula perkataan untuk
membentuk ayat yang betul serta membina ayat mudah berdasarkan gambar yang
disediakan. Tambahan pula, ujian ini juga bertujuan untuk mengesan kelemahan dan
masalah yang dihadapi murid murid dalam menggunakan surat khabar untuk membina
ayat.
6.1.2

Pemerhatian

26

Menurut Rosinah Edinin (2011), kaedah pemerhatian ini terdiri daripada dua cara iaitu
kaedah pemerhatian berstruktur dan kaedah pemerhatian tidak berstruktur. Menurut
beliau, pemerhatian berstruktur menggunakan senarai semak manakala pemerhatian
tidak berstruktur menggunakan catatan nota lapangan. Pengkaji melaksanakan pra
pemerhatian iaitu pengkaji membuat tinjauan awal sebelum kajian dimulakan bagi
menentukan fokus kajian. Pada tinjauan awal ini, pengkaji akan meninjau masalah serta
kelemahan murid dalam menulis ayat Bahasa Inggeris. Kemudian pengkaji mencatatkan
hasil pemerhatian di dalam borang catatan nota lapangan. Pengkaji juga membuat
pemerhatian setiap kali kitaran dilaksanakan iaitu pengkaji akan membuat pemerhatian
terhadap penglibatan murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran, masalah murid
hadapi semasa membina ayat, serta keberkesanan surat khabar dalam penguasaan murid
terhadap kemahiran menulis ayat. kemudian, pengkaji melengkapkan borang senarai
semak setiap kali selepas pemerhatian dilakukan iaitu hasil pemerhatian dihuraikan
dalam bentuk senarai semak yang memudahkan pengkaji untuk membuat analisis data.
6.1.3

Analisis Dokumen

Menurut Rosniah Edinin (2011), analisis dokumen ialah pengkaji membuat analisis
terhadap dokumen dokumen yang berkaitan serta membantu pengkaji membuat kajian.
Menurut beliau, tujuan analisis dokumen adalah menyokong dapatan yang sedia ada
dalam kajian yang dilakukan. Dalam kajian ini, pengkaji membuat penelitian terhadap
buku buku Bahasa Inggeris murid di mana pengkaji medapatkan data data tentang
masalah serta kelemahan murid murid semasa menulis ayat. Pengkaji juga dapat
membuat analisis pada buku buku latihan selepas kedua dua kitaran dilaksanakan.
Pengkaji menyemak latihan latihan yang diberi semasa setiap kitaran bagi
27

mengenalpasti kelemahan murid murid. Selain itu, pengkaji melaksanakan proses ini
bagi menilai keberkesanan penggunaan surat khabar dalam meningkatkan penguasaan
kemahiran menulis ayat murid murid ini.
6.2 Cara Menganalisis Data
Menurut Ng Kim Choy (2001), pengkaji memerlukan data daripada beberapa sumber
untuk mengukuh dan memantapkan dapatan kajian. Selain itu penggunaan data daripada
pelbagai sumber atau pandangan turut memantapkan kefahaman pengkaji tentang
masalah atau isu yang ditangani. Pengkaji menggunakan pengumpulan data triangulasi
iaitu pendekatan menjalankan kajian dengan menggunakan lebih daripada satu alat
kajian. Menurut Rosinah Edinin (2011) triangulasi digunakan untuk meningkatkan
kesahan dan kebolehpercayaan data kualitatif. Pengkaji menggunakan tiga bentuk cara
pengumpulan data iaitu kaedah ujian, pemerhatian dan penelitian dokumen.
6.2.1

Ujian

Pengkaji menjalankan dua jenis ujian iaitu ujian pra dan ujian pasca bagi mendapatkan
data kajian. Setelah murid murid menjalani ujian pra, pengkaji menganalisis hasil
keputusan ujian pra iaitu ujian pra ini terbahagi kepada dua aspek iaitu lima soalan
berdasarkan keupayaan murid untuk menyusun semula perkataan untuk membentuk lima
ayat yang betul. Setiap ayat yang disusun dengan betul diberikan satu markah. Aspek
kedua merupakan keupayaan murid untuk membina lima ayat mudah berdasarkan
gambar yang diberikan oleh pengkaji. Setiap murid yang dapat membina satu ayat yang
betul tanpa sebrang kesalahan tatabahasa diberi 3 markah. Jikalau terdapat satu
kesalahan bahasa seperti kesalahan ejaan, maka 1 markah ditolak dari markah
28

keseluruhan ayat. Pengkaji menyemak ujian pra dan hasil ujian dicatatkan dalam satu
jadual. Jadual pertama meliputi aspek pertama iaitu menyusun semula perkataan untuk
membentuk ayat di mana pengkaji manakala jadual kedua meliputi aspek kedua iaitu
membina ayat mudah berdasarkan gambar. Kemudian, pengkaji menganalisis data yang
diperoleh dengan menentukan peratus hasil keputusan ujian pra.
Hasil keputusan ujian pasca juga turut dianalisis sama seperti ujia pra iaitu
dengan menyediakan dua jenis jadual yang berbeza bagi dua aspek yang diuji semasa
ujian ini. Akhir sekali, pengkaji menyediakan dua jenis graf iaitu bagi kedua dua aspek
yang diuji pada murid murid semasa ujian pra dan ujian pasca. Setiap graf dibentuk
meliputi hasil keputusan ujian pra dan ujian pasca bagi menunjukkan peningkatan yang
ditunjukkan oleh murid sebelum kajian dan selepas kajian.
6.2.2

Pemerhatian

Pengkaji menjalankan pemerhatian berstruktur iaitu dengan melengkapkan borang


senarai semak. Pengkaji membuat pemerhatian semasa tinjauan awal kajian di mana
pengkaji mencatatkan hasil pemerhatian dicatatkan pada nota catatan lapangan. Pengkaji
membuat pemerhatian terhadap masalah dan kelemahan murid semasa menulis ayat.
Selain itu, pengkaji melengkapkan borang senarai semak setiap kali selepas membuat
pemerhatian pada setiap kitaran. Borang senarai semak ini dibuat bagi membuat
penganalisisan hasil pemerhatian oleh pengkaji pada kedua dua kitaran yang telah
dijalankan.
Pada setiap kali intervensi dilaksanakan semasa setiap kitaran, pengkaji mebuat
pemerhatian dan melengkapkan borang senarai semak. Borang senarai semak yang
29

disediakan pengkaji merangkumi enam instrument iaitu minat murid terhadap


penggunaan surat khabar, pemahaman murid terhadap surat khabar, kebolehan mentafsir
artikel dari surat khabar, kebolehan murid untuk menjana idea, pemahaman terhadap
penggunaan tenses semasa membina ayat dan tahap penguasaan murid terhadap
kemahiran menulis. Setiap instrumen yang disediakan dinilai berdasarkan empat tahap
iaitu sangat baik, baik, memuaskan dan kurang memuaskan.

6.2.3

Analisis Dokumen

Pengkaji mendapatkan data tentang masalah dan kelemahan murid semasa membina
ayat melalui buku buku latihan sebelum intervensi dijalankan. Kemudian, pengkaji
mendapatkan peratus markah bagi lembaran kerja murid semasa intervensi pada kitaran
pertama dan kedua. Pengkaji menganalisis peratus markah yang diperoleh dan
menjadualkannya dalam satu jadual. Jadual ini menunjukkan perbezaan peratus markah
murid semasa intervensi pada kitaran pertama dan kitaran kedua. Selepas itu, pengkaji
menyediakan graf yang menunjukkan keberkesanan kedua - dua intervensi yang
dijalankan pada kitaran pertama dan kedua.

30

7.0 KEPUTUSAN KAJIAN


Pengkaji telah menganalisis hasil keputusan ujian pra dan ujian pasca selepas proses
mengumpul data telah dilakukan. Hasil keputusan dari subjek kajian iaitu sebanyak 6
orang murid Tahun 4 yang bermasalah pendengaran ini telah diterjemaahkan dalam
bentuk jadual dan graf setelah dianalisis oleh pengkaji. Selain itu, pengkaji juga
menganalisis hasil pemerhatian yang diperoleh serta data data yang diperoleh semasa
pengkaji membuat analisis dokumen terhadap buku buku latihan Bahasa Inggeris
murid serta latihan latihan yang telah dibuat oleh murid semasa intervensi pada kitaran
1 dan kitaran 2.
7.1 Ujian
Pengkaji telah menjalankan dua jenis ujian iaitu ujian pra dan ujian pasca. Pengkaji
membuat analisis terhadap kesalahan sturktur ayat semasa murid menyusun perkataan
untuk membentuk ayat dan kesalahan tatabahasa seperti kesalahan ejaan, kesalahan

31

penggunaan kata atau istilah dan kesalahan struktur ayat semasa membina ayat mudah
Bahasa Inggeris berdasarkan gambar.
Pada ujian pra, murid telah menjawab 5 soalan menyusun perkataan untuk
membentuk ayat yang mana setiap soalan diberi 1 markah. Murid juga membina 5 ayat
berdasarkan gambar yang mana setiap ayat yang betul diberi 3 markah. Markah
keseluruhan bagi ujian pra adalah 20 markah. Jikalau murid melakukan satu kesalahan
ejaan atau penggunaan istilah, maka 1 markah akan ditolak bagi setiap ayat. jikalau
murid melakukan lebih daripada satu kesalahan maka 2 atau 3 markah ditolak bagi
setiap ayat.
Jadual 5:
Pencapaian Murid dalam Ujian Pra (A)
Murid
Murid A
Murid B
Murid C
Murid D
Murid E
Murid F

Keputusan
4/5
1/5
3/5
1/5
1/5
2/5

Jadual 6:
Pencapaian Murid dalam Ujian Pra (B)
Murid
Murid A

Ayat
The postman give letter
brother.
My father waters flower
using watering can
My mother aranges flowers.
My grantmother use hose to
watering.
My family house bother and
father is mother.

Jumlah
markah

7/15

32

Murid B
Murid C

He postman.
Family garden enjoying.
My father waters flowers.
Postman give leter.
My mother arange the pots.
My
grandmother
hose
waters

Murid D
Murid E

Murid F

Weters wetering can.


Family enjoy.

My fether water.
Posman give letter.
My mother arranges pots

My father waters the


fowers.
I postman give letter bother.
My family enjoys in gardan

Jumlah kekerapan kesalahan

0
0
0

1
2
1

2
2
0

1/15

0
1

2
1

2
1

0/15

3/15

0
1

2
1

0
0

1
12

1
24

1
20

5/15

4/15

(X= kesalahan ejaan, Y= kesalahan penggunaan tenses, Z= kesalahan struktur ayat)


Setelah kedua dua jadual ini dianalisis, pengkaji merumuskan bahawa murid
murid ini sangat lemah dalam membina ayat mudah Bahasa Inggeris. Murid murid
banyak melakukan kesalahan penggunaan tenses serta kesalahan struktur ayat yang
agak ketara berbanding dengan kesalahan ejaan. Pengkaji merumuskan bahawa kesemua
murid murid ini sangat lemah dalam kemahiran menulis ayat Bahasa Inggeris.
Oleh yang demikian, pengkaji telah menjalankan dua kitaran iaitu memberi
intervensi kepada murid murid dalam meningkatkan penguasaan murid terhadap
kemahiran menulis ayat melalui surat khabar.

Setelah setiap intervensi berakhir,

pengkaji memberikan semula ujian yang sama yang ditadbir sebagai ujian pasca. Murid
murid membuat semula ujian yang sama mereka jalani semasa ujian pra bagi

33

mengesahkan peningkatan murid selepas intervensi kitaran pertama dan kitaran kedua
dalam penguasaan kemahiran menulis.
Setelah menganalisis keputusan ujian pasca ini, pengkaji mendapati murid
murid menunjukkan peningkatan yang ketara dalam ujian pasca berbanding dengan
keputusan ujian pra selepas murid murid menjalani intervensi semasa kitaran pertama
dan kitaran kedua. Pengkaji mendapati murid murid kurang melakukan kesalahan
tatabahasa seperti kesalahan ejaan, kesalahan penggunaan tenses dan kesalahan
struktur ayat. Murid murid telah memahami konsep dan cara penggunaan tenses
dalam membina ayat melalui intervensi menggunakan surat khabar sebagai bahan bantu
mengajar.
Jadual 7:
Peratusan Markah Ujian Pra dan Ujian Pasca 1
Murid
Peratus markah
Peratus markah
ujian pra
ujian pasca 1
Murid A
55%
65%
Murid B
10%
20%
Murid C
40%
50%
Murid D
5%
10%
Murid E
20%
35%
Murid F
30%
40%

Peningkatan
peratus markah
10%
10%
10%
5%
15%
10%

Jadual 8:
34

Peratusan Markah Ujian Pasca 1 dan Ujian Pasca 2


Murid
Peratus markah
Peratus markah
ujian pasca 1
ujian pasca 2
Murid A
65%
75%
Murid B
20%
30%
Murid C
50%
65%
Murid D
10%
15%
Murid E
35%
40%
Murid F
40%
55%

Peningkatan
peratus markah
10%
10%
15%
5%
5%
15%

Berdasarkan dua jadual tersebut, pengkaji merumuskan murid murid


menunujukkan peningkatan pada ujian pasca berbanding ujian pra. Intervensi pada
kedua dua kitaran ini merupakan faktor utama dalam peningkatan peratus markah
murdi murid pada kedua dua ujian pasca ini. Murid murid dapat menulis ayat mudah
Bahasa Inggeris dengan menggunakan konsep yang betul serta murid murid dapat
mengurangkan kesalahan tatabahasa semasa menulis ayat.
Pengkaji telah menyediakan graf tentang peningkatan dan perbandingan peratus
markah keputusan ujian pra dan ujian pasca. Pengkaji juga telah membuat rujukan pada
laporan kemajuan murid murid dan telah menyediakan jadual gred dan markah murid
murid untuk peperiksaan. Jadual gred dan markah ini membantu pengkaji untuk
menentukan gred murid murid berdasarkan peratus markah yang diperoleh murid
murid.

Jadual 9:
Gred dan Markah
Gred
A
B
C

Markah
80-100
60-79
40-59
35

D
E

20-39
0-19

Rajah 2:
Graf Peningkatan peratusan markah ujian pra dan ujian pasca
80

60

Ujian Pra

40

Ujian Pasca 1
Ujian Pasca 2

20

0
Murid A

Murid B

Murid C

Murid D

Murid E

Murid F

7.2Pemerhatian
Pengkaji telah membuat pemerhatian berstruktur iaitu melengkapkan borang senarai
semak selepas membuat pemerhatian. Pengkaji membuat pemerhatian setiap kali
intervensi dijalankan semasa kitaran pertama dan kitaran kedua. Pengkaji memberi
tumpuan pemerhatian kepada beberapa aspek penting iaitu minat murid dalam proses
pengajaran dan pembelajaran, kesesuaian surat khabar bagi setiap murid, tumpuan murid
36

semasa membuat latihan, tahap kefahaman murid terhadap konsep tenses, kebolehan
murid untuk
Kemudian, pada setiap kali intervensi dilaksanakan semasa setiap kitaran,
pengkaji mebuat pemerhatian dan melengkapkan borang senarai semak. Borang senarai
semak yang disediakan pengkaji merangkumi enam instrumen iaitu minat murid
terhadap penggunaan surat khabar, pemahaman murid terhadap surat khabar, kebolehan
mentafsir artikel dari surat khabar, kebolehan murid untuk menjana idea, pemahaman
terhadap penggunaan tenses semasa membina ayat dan tahap penguasaan murid
terhadap kemahiran menulis. Setiap instrumen yang disediakan dinilai berdasarkan
empat tahap iaitu sangat baik, baik, memuaskan dan kurang memuaskan.
Pengkaji mendapati pada instrumen pertama iaitu minat murid terhadap
penggunaan surat khabar, kesemua murid telah menunjukkan minat yang tinggi dalam
penggunaan surat khabar semasa membina ayat dalam kedua dua kitaran. Murid
murid ini sangat suka terhadap gambar gambar yang terdapat dalam surat khabar yang
membantu murid murid ini untuk menjana idea dalam membina ayat. Hal ini kerana,
gambar gambar yang terdapat dalam surat khabar seperti makanan dan permainan
yang terdapat dalam iklan surat khabar merupakan perkara yang sering dilihat serta
digunakan setiap hari. Maka, murid murid dapat mengaplikasikan perlakuan murid
atau pemerhatian murid terhadap perlakuan orang lain menggunakan benda- benda itu.
Sebagai contohnya, murid melihat gambar buku, maka mereka dapat membina ayat
seperti He reads book everyday.

37

Pada instrumen kedua iaitu pemahaman murid terhadap surat khabar semasa
kitaran pertama, pengkaji mendapati dua daripada enam orang murid menunjukkan
pemahaman yang sangat baik, manakala dua orang menunjukkan pemahaman yang baik
dan dua murid lagi menunjukkan pemahaman yang memuaskan. Murid murid dapat
memahami bahasa serta ayat yang digunakan dalam iklan yang diberikan oleh pengkaji.
Murid juga dapat menggunakan bahan dalam surat khabar dengan sebaiknya tanpa
bantuan pengkaji. Pada kitaran kedua, pengkaji mendapati hampir kesemua murid dapat
menunjukkan pemahaman yang sangat baik terhadap penggunaan surat khabar dalam
menulis ayat. Murid murid memahami keberkesanan penggunaan surat khabar semasa
membina ayat dan cara cara penggunaan surat khabar dalam menulis ayat.
Pada instrumen ketiga iaitu kebolehan mentafsir artikel dari surat khabar semasa
kitaran pertama, pengkaji merumuskan bahawa hanya dua daripada enam orang murid
sahaja dapat mentafsir iklan surat khbar dengan baik, manakala tiga murid hanya dapat
mentafsir iklan dengan memuaskan dan seorang lagi murid tidak dapat mentafsirkan
iklan dari surat khabar. Dua orang murid tersebut dapat mentafsir iklan tersebut dan
membuat catatan ringkas tentang pemerhatiannya dalam buku Bahasa Inggeris.
Kemudian, murid ini berbincang dengan pengkaji tentang cara penggunaan tenses
sebelum membina ayat. Murid murid yang lain pula memerlukan bantuan serta tunjuk
ajar daripada pengkaji untuk mentafsir iklan dari surat khabar sebelum murid murid itu
diajar dan dibimbing untuk membina ayat. Pada kitaran kedua, empat dari enam orang
murid menunjukkan pemahaman yang sangat baik terhadap penggunaan gambar dair
surat khabar. Murid murid ini dapat mentafsir gambar dari surat khabar dengan sangat
baik dan dapat membina ayat tanpa bantuan guru.
38

Pada instrumen keempat iaitu kebolehan murid untuk menjana idea semasa
kitaran pertama, pengkaji merumuskan bahawa dua daripada enam orang murid dapat
menjana idea berdasarkan iklan dari surat khabar dengan baik. Murid murid lain iaitu
empat orang murid dapat menjana idea dengan memuaskan. Melalui penggunaan iklan
untuk membina ayat ini, murid murid memperoleh idea baru dan dapat membuat
gambaran sebelum membina ayat. Murid murid juga memperkaitkan rutin harian
dengan iklan yang diperoleh untuk membina ayat. Pada kitaran kedua, empat dari enam
orang murid sudah boleh menjana idea sangat baik. Murid murid ini mampu menjana
idea dengan membina ayat dengan baik di mana sebelum ini murid ini membina ayat
seperti He goes school. manakala sekarang murid ini boleh membina ayat yang lebih
baik seperti Every morning, he goes to school by bus..
Pada instrumen kelima iaitu pemahaman terhadap penggunaan tenses di mana
pada kitaran pertama ini, empat orang murid daripada enam orang murid dapat
memahami konsep dan penggunaan tenses yang betul dengan baik. Murid murid ini
dapat membina ayat dengan menggunakan tenses yang sesuai dengan struktur yang
betul. Murid murid ini jarang melakukan kesalahan tenses semasa menulis ayat.
pada kitaran kedua, hampir semua murid dapat memahami konsep dan cara penggunaan
tenses semasa membina ayat dengan sangat baik.
Pada instrumen keenam iaitu tahap penguasaan murid terhadap kemahiran
menulis semasa kitaran pertama, pengkaji mendapati tiga dari enam orang murid dapat
menguasai kemahiran menulis ayat dengan baik daripada intervensi yang dijalankan
semasa kitaran pertama. Tiga murid yang lain masih perlu dibimbing pada intervensi
kedua kerana pada kitaran pertama murid murid hanya dapat menguasi kemahiran
39

menulis ayat pada tahap memuaskan. Pada kitaran kedua, pengkaji mendapati kesemua
murid dapat menguasai kemahiran menulis ayat dengan agak baik. Murid murid dapat
memahami konsep membina ayat, kesalahan tatabahasa yang perlu diperbetulkan dan
cara cara membina ayat yang betul.
Jadual 10:
Hasil Pemerhatian pada Kitaran 1
Murid Instrumen Instrumen 2
Murid
A

1
Sangat
Baik

Murid
B

Instrumen 3

Instrumen 4

Instrumen 5

Instrumen 6

Baik

Baik

Baik

Memuaskan

Memuaskan

Memuaskan

Baik

Baik

Baik

Sangat Baik

Baik

Sangat
Baik

Memuaskan

Memuaskan

Murid
C

Sangat
Baik

Sangat Baik

Baik

Murid
D

Sangat
Baik

Memuaskan

Tidak
Memuaskan

Memuaskan

Memuaskan

Memuaskan

Murid
E

Sangat
Baik

Baik

Memuaskan

Memuaskan

Baik

Memuaskan

Murid
F

Sangat
Baik

Baik

Memuaskan

Memuaskan

Baik

Baik

Instrumen 3

Instrumen 4

Instrumen 5

Instrumen 6

Sangat Baik

Sangat Baik

Baik

Sangat Baik

Jadual 11:
Hasil Pemerhatian pada Kitaran 2
Murid Instrumen Instrumen 2
Murid
A

1
Sangat
Baik

Sangat Baik

40

Murid
B

Sangat
Baik

Baik

Baik

Baik

Baik

Baik

Murid
C

Sangat
Baik

Sangat Baik

Sangat Baik

Sangat Baik

Baik

Baik

Murid
D

Sangat
Baik

Memuaskan

Baik

Baik

Baik

Baik

Murid
E

Sangat
Baik

Sangat Baik

Sangat Baik

Sangat Baik

Baik

Baik

Murid
F

Sangat
Baik

Sangat Baik

Sangat Baik

Sangat Baik

Baik

Baik

Istilah:
Instrumen 1: Minat murid terhadap penggunaan surat khabar.
Instrumen 2: Pemahaman murid terhadap surat khabar
Instrumen 3: Kebolehan mentafsir artikel dari surat khabar
Instrumen 4: Kebolehan murid untuk menjana idea
Instrumen 5: Pemahaman terhadap penggunaan tenses
Instrumen 6: Tahap penguasaan murid terhadap kemahiran menulis

7.2 Analisis Dokumen


Pengkaji menjalankan analisis dokumen terhadap hasil kerja murid semasa menjalani
intervensi pada kitaran pertama dan kedua. Selepas murid murid menyiapkan lembaran
41

kerja yang diberi pengkaji semasa kitaran pertama dan kedua, pengkaji mengumpul hasil
kerja murid dan membuat penilain. Selepas penilaian dibuat, pengkaji menyediakan
jadual yang menunjukkan peningkatan peratus markah dalam lembaran kerja semasa
intervensi pada kitaran pertama dan kitaran kedua. Selepas itu, pengkaji menyediakan
graf yang menunjukkan peningkatan peratus markah dan keberkesanan intervensi
semasa kedua dua kitaran.
Jadual 12:
Peratus Markah Intervensi pada Kitaran 1 dan Kitaran 2
Murid
Kitaran 1
Murid A
65%
Murid B
35%
Murid C
55%
Murid D
20%
Murid E
45%
Murid F
50%

Kitaran 2
85%
55%
75%
45%
65%
70%

Melalui penganalisisan data, pengkaji mendapati peratus markah pada lembaran


kerja murid semasa intervensi pada kitaran 1 dan 2 menunjukkan peningkatan yang agak
ketara. Semua murid menunjukkan peningkatan pada latihan semasa intervensi pada
kitaran kedua berbanding intervensi pada kitaran pertama. Pengkaji mendapati murid
murid sudah mula memahami konsep dan cara penggunaan tenses semasa membina
ayat selepas melalui intervensi.
Rajah 3:
Graf peningkatan peratus markah latihan kitaran 1 dan kitaran 2

42

100

90

80

70

60

Kitaran 1

50

Kitaran 2
40

30

20

10

0
Murid A

Murid B

Murid C

Murid D

Murid E

Murid F

Selain itu, pengkaji juga menganalisis latihan latihan dari buku murid murid
yang mana pengkaji mendapati murid murid menunjukkan peningkatan dari aspek
kekurangan melakukan kesalahan tatabahasa semasa membina ayat selepas menjalani
intervensi pada kedua dua kitaran. Kesemua murid telah menunjukkan peningkatan
43

dalam menulis ayat selepas menjalani intervensi pada kedua dua kitaran di mana murid
murid dapat menjana idea dengan untuk membina ayat yang lebih baik.

8.0 RUMUSAN
Pada bahagian ini, pengkaji membincangkan rumusan keseluruhan dapatan kajian dan
refleksi berdasarkan kajian yang dijalankan.
8.1 Rumusan Dapatan
Berdasarkan analisis keputusan kajian, pengkaji merumuskan bahawa murid murid
menunjukkan peningkatan dalam peratus markah bagi ujian pasca berbanding dengan
ujian pra. Keputusan ujian pasca menunjukkan kesemua murid menunjukkan
peningkatan hampir 20 peratus berbanding dengan ujian pra. Peningkatan dalam
keputusan kajian ini hasil daripada penggunaan surat khabar dalam pengajaran
kemahiran menulis ayat semasa intervensi pada kitaran 1 dan kitaran 2. Peningkatan
yang ketara ini berpunca daripada keberkesanan penggunaan surat khabar dalam
meningkatkan penguasaan kemahiran menulis ayat Bahasa Inggeris.
Penggunaan surat khabar ini membantu murid murid dalam memperbaiki
kelemahan dan kesalahan yang dilakukan semasa menulis ayat. hasil keputusan
menunjukkan murid murid dapat menghasilkan ayat ayat Bahasa Inggeris yang lebih

44

baik dan murid murid juga dapat mengurangkan kesalahan tatabahasa terutama
kesalahan penggunaan tenses semasa membina ayat.
Selain itu, hasil keputusan juga membuktikan bahawa penggunaan surat khabar
juga menunjukkan peningkatan minat murid dalam membina ayat. Berdasarkan hasil
pemerhatian, murid murid menunjukkan minat yang baik terutamanya menggunakan
bahan dari surat khabar seperti iklan sebagai bahan bantu mengajar (BBM). Perkara ini
juga turut disokong oleh kajian daripada Aiex, N. K. (2000) yang menyatakan bahawa
bahan bahan bacaan yang terdapat dalam surat khabar lebih menarik minat murid
kerana murid murid bermasalah pendengaran suka kepada bahan bacaan yang
bervisual.
Murid murid juga menunjukkan peningkatan dalam penulisan ayat Bahasa
Inggeris selepas menjalani intervensi pada kedua dua kitaran yang dilaksanakan oleh
pengkaji. Ini dibuktikan apabila buku buku latihan Bahasa Inggeris murid murid
ditinjau dan dianalisis yang mana murid murid telah mengurangkan melakukan
kesalahan tatabahasa terutama kesalahan penggunaan tenses. Tambahan pula, hasil
analisis buku buku latihan juga menunjukkan bahawa murid murid telah
menunjukkan peningkatan dalam kebolehan menjana idea semasa membina ayat. Murid
murid telah menggunakan perbendaharaan kata yang lebih luas berbanding selum
menjalani intervensi pada kedua dua kitaran.
8.2 Refleksi
Melalui kajian ini, pengkaji memperoleh pendedahan serta pengalaman tentang masalah
murid murid bermasalah pendengaran dalam membina ayat Bahasa Inggeris. Menurut
45

Safani Bari (2003) murid murid bermasalah pendengaran menghadapi masalah dalam
penggunaan bahasa dan penulisan. Namun demikian, jika murid murid ini diberi
intervensi yang sewajarnya dan guru menggunakan kaedah pengajaran yang sesuai
membolehkan murid murid ini menguasai kemahiran menulis dengan baik.
Dalam kajian ini, pengkaji membuktikan bahawa penggunaan bahan bantu
mengajar (BBM) yang sesuai dapat membantu murid dalam menguasai kemahiran
menulis ayat. Pengkaji telah menggunakan surat khabar sebagai bahan bantu mengajar
bagi meningkatkan kemahiran menulis ayat Bahasa Inggeris dalam kalangan murid
bermasalah pendengaran. Di samping itu, penggunaan kaedah pemusatan murid dapat
membantu murid untuk menjana dan merangsang minda murid mruid untuk membina
ayat tanpa sebarang kesalahan tatabahasa.
Kajian ini membuktikan bahawa penggunaan surat khabar dapat menjana idea
murid murid berdasarkan gambar gambar yang dilihat dari bahan bacaan untuk
membina ayat yang baik. Berdasarkan hasil kajian, pengkaji merumuskan bahawa
setelah murid murid menjalani intervensi iaitu menggunakan surat khabar dalam
pembelajaran kemahiran menulis pada kedua dua kitaran, didapati tahap penguasaan
murid murid terhadap kemahiran menulis ayat menunjukkan peningkatan yang ketara.
Intervensi yang dijalankan oleh pengkaji banyak membantu murid murid ini dalam
meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran menulis ayat di mana murid murid
telah mempertingkatkan kebolehan untuk menjana idea serta mengurangkan melakukan
kesalahan tatabahasa semasa menulis ayat.

46

Penggunaan surat khabar ini dalam pengajaran kemahiran menulis ayat ini turut
disokong oleh kajian Aiex, N. K. (2000) yang menyatakan bahan bahan dari surat
khabar dapat menarik minat murid bermasalah pendengaran untuk belajar kerana murid
murid bermasalah pendengaran suka terhadap bahan bacaan yang bervisual. Pengkaji
telah menggunakan dua jenis bahan bacaan dari surat khabar iaitu iklan dan gambar
berwarna. Kedua dua bahan bacaan ini merangsang minda murid dalam menjana idea
untuk membina ayat dengan baik tanpa melakukan kesalahan tatabahasa. Malah, melalui
penggunaan surat khabar ini memudahkan murid murid ini untuk memahami konsep
penggunaan tenses dengan betul.
Namun demikian, pengkaji mendapati terdapat aspek aspek yang perlu
diperbaiki dan diubah bagi memudahkan intervensi ini dijalankan dengan baik. Pada
awalnya pengkaji menghadapi masalah untuk merangang minda murid menggunakan
iklan yang tidak berwarna, maka pengkaji menggunakan iklan yang berwarna yang lebih
mudah menarik minat murid dan merangsang minda murid. Pengkaji juga mendapati
murid murid mula melakukan akitviti lain seperti melukis dan mawarna gambar yang
terdapat dalam surat khabar.
Pengkaji telah membuat beberapa penambahbaikan dalam kaedah intervensinya
agar keberkesanan penggunaan surat khabar dalam meningkatkan penguasaan
kemahiran menulis ayat dalam kalangan murid bermasalah pendengaran dapat
ditingkatkan. Pengkaji juga harus mengawal kelakuan dan aktiviti murid murid semasa
melaksanakan intervensi bagi mengelakkan berlakunya masalah kegagalan mengawal
bilik darjah.

47

9.0

CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Kajian seterusnya adalah meninjau kemahiran menulis karangan pendek dalam Bahasa
Inggeris menggunakan bahan bacaan dari surat khabar dengan menggunakan kaedah
pemusatan murid. Kajian diperbaiki dengan menggunakan bahan bacaan yang lebih
bersifat teks yang dapat meningkatkan penguasaan murid terhadap kemahiran membaca
dan kemahiran menulis.
Penambahbaikan ini dapat membantu murid murid bermasalah pendengaran ini
untuk meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran menulis ayat mahupun menulis
karangan pendek. Ia juga selaras dengan peranan menulis karangan merupakan salah
satu soalan yang perlu dijawab oleh murid murid dalam peperiksaan Bahasa Inggeris.
Kepelbagaian penguasaan jenis-jenis ayat ini akan menjadikan penulisan murid-murid
bermasalah pendengaran lebih menarik dan berstruktur.

48

SUMBER RUJUKAN
Abdul Rahman Abdul Rashid (1999) Kemahiran menulis. Pearson Malaysia Sdn. Bhd:
Petaling Jaya
Aiex, N. K. (2000). Newspapers as a Teaching Resource. Online ESL Articles. ERIC
Clearing house on Reading English and Communication: Bloomington IN.
Aziz Salleh (1993).Akhbar Dalam Darjah:Alat Bantuan Mengajar (Panduan). Utusan
Publications & Distributors Sdn.Bhd: Kuala Lumpur.
Chua, Y.P (2006). Buku 1: Kaedah Penyelidikan. McGraw- Hill: Kuala Lumpur.
Harrower, Tim. (6th ed. 2007) The Newspaper Designer's Handbook. University
Press: Cambridge, UK.
Jaizah Mahamud. (2011). Kajian Tindakan: Konsep & Amalan dalam Pengajaran.
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.: Puchong, Selangor
Kamarudin Hj. Husin (1998). Pedagogi Bahasa: Perkaedahan. Kumpulan Budiman
Sdn. Bhd: Subang Jaya:
Kuder (2003), Teaching Students with Language and Communication Disabilities,
Second Edition, Pearson Education: United States of America.
Mariam Mohamed Nor (2007), Writing For ESL Teachers, Universiti Pendidikan Sultan
Idris: Tanjung Malim, Perak.
Mok Soon Sang (2009). Perkembangan Kanak-Kanak. Penerbitan Multimedia Sdn.
Bhd.: Selangor.
Mok Soon Sang (2010), Penyelidikan dalam Pendidikan, Perancangan dan
Pelaksanaan Penyelidikan Tindakan, Penerbit Multimedia SDN.BHD: Ipoh,
Perak.
Noorazman Mahat (2009), Asas Kemahiran Menulis, Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd:
Kuala Lumpur.
Noraziah Abdul Hamid (1981), Alatan Mengajar Dalam Pengajaran Bahasa,
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd: Kuala Lumpur
Paul Sanderson (2008) Using Newspapers In The Classroom, University Press,
Cambridge: London, United Kingdom.
49

Rosinah Edinin. (2011).Penyelidikan Tindakan Kaedah dan Penulisan. Freemind


Horizons: Kuala Lumpur.
Safani Bari. (2003). Penggunaan Alat Bantuan Pendengaran Di Kalangan MuridMurid Bermasalah Pendengaran. Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan
Malaysia : Bangi Malaysia
Sulaiman Ngah Razali. (1996). Analisis Data dalam Penyelidikan Pendidikan. Dewan
Bahasa dan Pustaka: Ampang/ Hulu Kelang
Taylor, A Clark (2011) Newspaper In Education. The Post Standrad Puclications: New York

Lampiran A
Ujian Pra & Ujian Pasca (A)
Name:

Class:.

Rearrange the words to form simple sentences

1.

studies / English / in a school / Alex

2. at shop/ new clothes / buy / Laura

3. flies / a bird / sky / the / high/ at

50

4. stays / at home / at night / Hasan

5. Ilham / school / every day / goes

Lampiran B
Ujian Pra & Ujian Pasca (B)

Lampiran C

Borang Senarai Semak

Nama murid: ..
Kelas: .
Tarikh: ..
Masa:

51

Instrumen
Minat murid terhadap
penggunaan surat
khabar
Pemahaman murid
terhadap surat khabar
Kebolehan mentafsir
artikel dari surat
khabar
Kebolehan murid
untuk menjana idea
Pemahaman terhadap
penggunaan tenses
Tahap penguasaan
murid terhadap
kemahiran menulis

Tahap
1:
Tidak

memuaskan
Tahap 2: Memuaskan
Tahap 3: Baik
Tahap 4: Sangat Baik
Lampiran D
Latihan Semasa Intervensi

52

53

Lampiran E
Hasil Kerja Murid sebelum intervensi

Lampiran F
54

Hasil Kerja Murid Selepas Intervensi

55

Anda mungkin juga menyukai