Anda di halaman 1dari 16

TEORI FIRMA DAN STRUKTUR PASARAN

Pemaksimuman keuntungan menggunakan pendekatan marginal dan penjumlahan-total

Sebelum ini, kita telah mengandaikan bahawa objektif firma adalah untuk
memaksimumkan keuntungan. Dan ini memberi kesan ke atas pilihan firma terhadap
keluaran dan harganya. Apakah tingkat keluaran yang dapat memberikan keuntungan
maksimum yang selalunya dipanggil keluaran seimbang. Ada dua kaedah untuk
menjelaskan perkara ini:
1. Pendekatan Penjumlahan
2. Pendekatan Marginal

Pendekatan Penjumlahan

Untung boleh dikira dengan mencari perbezaan di antara Jumlah Hasil dan Jumlah Kos.
Keuntungan maksimum dicapai apabila jumlah hasil lebih besar daripada jumlah kos, dan
memberikan jumlah yang paling besar. Rujuk Jadual 1 di bawah:

Kuantiti Jumlah Hasil Jumlah Kos Keuntungan


PXQ PXQ π
0 0 300 -300
10 200 400 -200
20 400 450 -50
30 600 480 120
40 800 550 250
50 1000 650 350
60 1200 820 380
70 1400 1000 400
80 1600 1400 200

Maka, keuntungan maksimum adalah pada keluaran 70 di mana beza jumlah hasil tolak
jumlah kos adalah yang paling tinggi iaitu RM400.00. Secara matematik,

Jumlah Hasil – Jumlah Kos = 1400 – 1000 = RM 400.00

Pendekatan Marginal

Kaedah lain yang dapat menentukan tingkat keluaran yang memaksimumkan keuntungan
adalah dengan membandingkan tambahan hasil yang diperolehi dengan mengeluarkan
lebih banyak keluaran dengan tambahan kos yang perlu dibayar. Dengan kata lain,
keluaran seimbang apabila hasil marginal (hasil tambahan – marginal revenue) sama
dengan kos marginal (kos tambahan – marginal cost).

MR = MC

Kuantiti Keuntungan MR MC
π
0 -300 0 -

1
10 -200 20 10
20 -50 20 5
30 120 20 3
40 250 20 7
50 350 20 10
60 380 20 17
70 400 20 20
80 200 20 40

Daripada jadual di atas kita dapat lihat apabila MR > MC, tambahan jualan seunit
keluaran akan meningkatkan keuntungan dan jika MR < MC, maka tambahan jualan
seunit keluaran akan menyebabkan keuntungan jatuh. Di tingkat keluaran ke 70 unit, MR
= MC di mana keuntungan di tahap yang maksimum.

2
Definisi Pasaran

Pasaran wujud apabila penjual bertemu dengan pembeli. Pertemuan pembeli dan penjual
ini boleh dalam pelbagai bentuk, antaranya tempat sebenar seperti pasar malam, melalui
telekomunikasi atau bahan-bahan bercetak.

Struktur Pasaran

Secara amnya, struktur pasaran boleh dikenalpasti melalui beberapa ciri utamanya.
Terdapat 6 ciri utama yang menjadi panduan untuk mengenalpasti struktur sesuatu
pasaran iaitu:
1. bilangan penjual dan pembeli di dalam pasaran
2. jenis keluaran – barangan dan perkhidmatan yang dijual
3. halangan untuk memasuki pasaran
4. peranan persaingan bukan harga
5. pengetahuan yang sempurna
6. kebolehalihan faktor-faktor pengeluaran

Pasaran Persaingan Sempurna

Di dalam industri di Malaysia, kebanyakan barangan hasil pertanian dijual di pasaran


persaingan sempurna. Antara ciri-ciri persaingan sempurna adalah:
1. Bilangan pembeli dan penjual yang ramai
• Pembeli dan penjual tidak boleh mempengaruhi harga
• Mereka adalah pengambil harga
2. Barangan yang dihasilkan adalah homogeneous
• Barangan adalah sama walaupun berbeza dari segi pembungkusan
3. Pasaran bebas untuk keluar dan masuk
• Firma bebas keluar-masuk pasaran tanpa sebarang larangan daripada
mana-mana pihak
4. Peranan persaingan bukan harga
• Tidak selalunya signifikan di dalam pasaran PS – tiada jaminan iklan akan
meningkatkan jualan, kerana barang dijual oleh ramai penjual pada harga
yang tetap
5. Pengetahuan sempurna
• Kedua-dua pembeli dan penjual mempunyai pengetahuan / maklumat yang
lengkap terhadap pasaran. Mereka tahu harga dan jenis barang. Antara
penjual juga tahu tindakan antara mereka, misalnya jika sebuah firma
menaikkan harga, firma lain akan tahu juga
6. kebolehalihan faktor-faktor pengeluaran
• faktor pengeluaran seperti buruh, secara bebas boleh dipindahkan dari satu
firma ke satu firma yang lain tanpa menimbulkan kos tambahan

3
Keluk Permintaan firma Persaingan Sempurna

Oleh kerana firma persaingan sempurna adalah pengambil harga, maka keluk permintaan
garis lurus yang melintang atau keluk permintaan yang anjal sempurna. Jadual berikut
menunjukkan hubungan antara keluk permintaan dan harga, hasil purata serta hasil
marginal firma.

Kuantiti (Q) Harga (P) Jumlah Hasil Hasil Purata Hasil Marginal
(T-shirt per (RM per t-shirt) (TR) (AR) (MR)
day) TR=P X Q AR=TR/Q MR=ΔTR/ΔQ
1 20 20 20 -
2 20 40 20 20
3 20 60 20 20
4 20 80 20 20

Harga (RM per t-shirt)

AR=MR=DD
20

Kuantiti (T-shirt per day)

Pemaksimuman Keuntungan Pada Jangkamasa Pendek

Pada jangkamasa pendek, firma PS akan menghadapi tiga bentuk keuntungan; untung
normal, untung supernormal dan untung subnormal.

a. Untung Normal
Harga (RM per t-shirt)

AR=MR=DD
P = 20

Kuantiti (T-shirt per day)

Untung normal adalah situasi di mana Jumlah Hasil firma PS sama dengan jumlah
kos. Untung normal juga dikenali sebagai untung kosong, untung minimum yang
diperlukan oleh firma untuk wujud / kekal di dalam pasaran. Secara rumus ia
dapat ditunjukkan seperti di bawah:
TR = PXQ
= RM 20 X 10
= RM 200.00

4
TC = AC X Q
= RM 20 X 10 (Nota: P = AC pada Q = 10)
= RM 200.00

Untung normal = TR – TC
= RM 200 – RM 200
= RM 0

b. Untung Supernormal
Harga (RM per t-shirt)

AR=MR=DD
P = 20
C = 12

Kuantiti (T-shirt per day)

Untung supernormal berlaku apabila jumlah hasil lebih besar daripada jumlah kos
(TR > TC).
TR = PXQ
= RM 20 X 10
= RM 200.00

TC = AC X Q
= RM 12 X 10 (Nota: P = AC pada Q = 10)
= RM 120.00

Untung supernormal = TR – TC
= RM 200 – RM 120
= RM 80

c. Untung Subnormal
Harga (RM per t-shirt)

C =25
AR=MR=DD
P = 20

Kuantiti (T-shirt per day)

Untung subnormal berlaku apabila jumlah kos lebih besar daripada jumlah hasil
(TC > TR).
TR = PXQ
= RM 20 X 10
= RM 200.00

5
TC = AC X Q
= RM 25 X 10 (Nota: P = AC pada Q = 10)
= RM 250.00

Untung supernormal = TR – TC
= RM 200 – RM 250
= - RM 50

Keuntungan Jangkamasa Panjang

Pada jangkamasa panjang, firma PS selalunya akan mendapat untung normal sahaja. Jika
pada jangkasama pendek, firma mencapai keuntungan supernormal, ini akan menarik
lebih ramai firma lain akan cuba memasuki pasaran. Kemasukan lebih banyak firma ke
dalam pasaran akan meningkatkan penawaran pasaran dan mengurangkan harga pasaran.
Keluk penawaran pasaran akan beralih ke kanan dan keseimbangan baru dicapai. Jika ada
dikalangan firma yang mengalami untung subnormal pada keseimbangan baru ini,
mungkin mereka akan meninggalkan pasaran – keluar dari pasaran. Maka, penawaran
pasaran akan beralih ke kiri dan berlaku kenaikan harga pada titik keseimbangan yang
baru.
Harga Harga

P P

P1 C

Kuantiti Kuantiti

Industri Firma

Harga Harga

P P

P1 P1

Kuantiti Kuantiti

Industri Firma

Maka, pada jangkamasa panjang, oleh kerana berlaku proses keluar-masuk pasaran oleh
firma PS, mereka akan hanya mencapai untung normal sahaja.

6
Harga

AR=MR=DD
P

Kuantiti

Firma

Titik Tutup Kedai jangkamasa pendek

Pada jangkamasa pendek, firma boleh mengalami untung subnormal atau dengan kata
lain, rugi. Mereka perlu memutuskan sama ada akan terus kekal di pasaran atau keluar
dari pasaran. Keputusan untuk keluar daripada pasaran adalah bergantung kepada kos
berubah purata jangkamasa pendek (AVC) dan hasil purata (AR). Jika AR < AVC, firma
dinasihatkan untuk menutup operasinya.
Harga
(RM)

C
AR=MR=DD
P
V

Kuantiti

Firma

Dari gambarajah di atas, firma memaksimumkan keuntungan apabila MR = MC = P pada


keluaran sama dengan Q. Pada tingkat harga dan keluaran ini, firma mengalami kerugian
(C – P) per unit dan (C – P) X Q = jumlah keseluruhan kerugian. Sama ada firma
mengeluarkan barang atau tidak, ia masih perlu membayar kos tetap pada jangkamasa
pendek. Jumlah keseluruhan kos tetap yang tidak dapat dielakkan untuk dibayar walaupun
tiada barang dihasilkan adalah (C – V) X Q. Dengan meneruskan pengeluaran barangan,
firma masih boleh membayar kos tetap, (P – V) X Q. Kerugian jangkamasa pendek dapat
dikurangkan daripada (C – V) X Q kepada (C – P) X Q. Maka, firma dapat
meminimumkan kerugiannya pada jangkamasa pendek.

7
Monopoli

Ciri-ciri:
1. Pengeluar tunggal
• Mono bermakna satu, maka pasaran monopoli hanya mempunyai satu
pengeluar yang menawarkan barangan dan perkhidmatan
2. Barangan yang dihasilkan tiada pengganti yang hampir
• Contoh, TNB di M’sia, tiada pengganti hampir untuk bekalan elektrik.
Telekom, penyedia perkhidmatan telefon talian tetap tunggal di M’sia juga
tiada pengganti yang hampir
3. Halangan untuk masuk ke pasaran
• Kesan penghadkan oleh firma yang sedia ada untuk firma lain memasuki
pasaran

Monopoli boleh wujud kerana:


1. Pemilikan tunggal terhadap simpanan mineral tertentu
• Contoh Syarikat De Beers memiliki lombong permata terbesar di Afrika
Selatan, maka De Beers memonopoli pasaran permata di Afrika Selatan
2. Keputusan peraturan / ketetapan oleh kerajaan
• Syarikat seperti TNB, Telekom, MAS dan Jabatan Bekalan Air diberi
kuasa untuk mengeluarkan barangan tertentu oleh kerajaan M’sia
3. Kartel
• Apabila banyak firma di dalam pasaran bersetuju untuk bekerjasama
sesama mereka dan bertindak seperti penjual tunggal, maka firma-firma
tersebut boleh memaksimumkan keuntungan bersama dan dalam masa
yang sama mengurangkan persaingan antara mereka. Contoh, OPEC
(organisation of Petroleum Exporting Countries).

Keluk Permintaan

Sebagai pengeluar tunggal, keluk permintaan firma monopoli adalah juga mewakili keluk
permintaan industri. Keluk permintaan adalah mencerun ke bawah.

Kuantiti Harga Jumlah Hasil Hasil Marginal Hasil Purata


TR MR AR
1 5 5 - 5
2 4 8 3 4
3 3 9 1 3
4 2 8 -1 2
5 1 10 -2 1

8
Harga Jumlah
Hasil

0 Kuantiti 0 Kuantiti

Halangan untuk masuk ke pasaran monopoli

1. Kos permulaan yang tinggi


• Untuk menubuhkan firma yang besar (seperti monopoli) memerlukan
modal permulaan yang besar. Maka, ini menyukarkan firma baru
menyaingi dan bersaing dengan firma monopoli sedia ada
2. Larangan Undang-undang
• Di M’sia, persaingan di dalam industri tertentu adalah dilarang menerusi
peraturan tertentu. Ini menghadkan firma lain memasuki pasaran.
3. Persaingan Cekik Leher
• Monopoli adalah penentu harga, maka mereka boleh menaik dan
menurunkan harga. Jika penurunan harga oleh monopoli menyebabkan
firma lain terpaksa mengikut, jika tidak akan kehilangan pasaran. Jika
harga yang diturunkan lebih besar dari nilai kos seunit barang, maka firma
akan mengalami kerugian dan tidak mampu bersaing dengan firma
monopoli.

Keseimbangan Jangkamasa Pendek

Firma monopoli juga boleh mengalami keadaan untung normal, untung supernormal dan
untung subnormal seperti pasaran persaingan sempurna. Sila rujuk gambarajah di bawah:

1. Untung subnormal
Harga

0 Kuantiti

9
2. Untung supernormal
Harga

0 Kuantiti

3. Untung normal
Harga

0 Kuantiti

Keseimbangan Jangkamasa Panjang

Pada jangkamasa panjang, kebiasaannya monopoli mampu untuk mencapai keuntungan


supernormal. Monopoli adalah pengeluar tunggal di dalam pasaran, menjual barangan
yang tiada pengganti hampir. Maka, sukar bagi firma lain memasuki pasaran dan
berkongsi keuntungan.

Diskriminasi Harga

Kadangkala, firma monopoli mengamalkan diskriminasi harga. Bagaimana monopoli


akan memperolehi faedah dan manfaat dengan mengamalkan diskriminasi harga ini?
1. Definisi
• Merujuk kepada amalan firma mengenakan bayaran yang berbeza kepada
pembeli yang berbeza atau kumpulan pembeli yang berbeza bagi produk
yang sama. Perbezaan harga ini tidak memberi kesan kepada perbezaan
kos yang berkaitan dengan harga produk tersebut
2. Jenis-jenis Diskriminasi harga
• Diskriminasi harga tingkat satu
- merujuk kepada penukaran unit yang dijual pada tingkat harga yang
berbeza
• Diskriminasi harga tingkat dua
- berlaku apabila produk dikumpulkan mengikut blok dan setiap blok
dikenakan harga yang berlainan. Contoh, kedai photostat.

10
• Diskriminasi harga tingkat tiga
- Syarat untuk mengadakan diskriminasi harga tingkat tiga:
i. penjual mestilah monopoli
ii. pasaran mestilah diasingkan maka pembeli tidak akan
mendapat faedah daripada membeli dipasaran murah dan kemudian menjual semula di
pasaran yang lebih mahal
iii. keanjalan pada setiap pasaran mestilah berlainan, maka
penjual boleh menjual pada harga tinggi di pasaran yang permintaannya kurang anjal dan
menjual pada harga rendah di pasaran yang permintaannya anjal
iv. kos mengasingkan pasaran msetilah tidak terlalu tinggi yang
mungkin memberi kesan kepada keuntungan.

Perbezaan di antara Monopoli dan Persaingan Sempurna

1. Keuntungan Jangkamasa Panjang


Harga / Kos

PM

ACM

MRPC=ARPC=DdPC
PPC

Kuantiti

PM = harga yang ditentukan oleh Pemonopoli


PPC = harga yang ditentukan oleh pasaran Persaingan Sempurna

2. Harga dan Kuantiti


Daripada gambarajah, kita dapati harga yang ditentukan oleh Monopoli (PM)
adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan harga yang ditentukan oleh PS (PPC).
Sebagai pengeluar tunggal di pasaran membolehkan monopoli menentukan harga
yang tinggi dan kuantiti yang dijual adalah rendah. Untuk persaingan sempurna,
harga rendah kerana firma bukanlah penentu harga-price maker tetapi pengambil
harga-price taker

3. Kecekapan
Pengagihan sumber ekonomi adalah lebih efisien untuk firma PS berbanding
monopoli. Ini adalah kerana output QPC dikeluarkan pada kos purata yang
minimum, manakala output yang dikeluarkan oleh monopoli dikeluarkan dengan
kos yang tinggi.

11
Pasaran Persaingan Monopolistik

Pasaran barangan dan perkhidmatan seperti shampoo, serbuk pencuci, kedai jahit dan
kedai gunting rambut adalah contoh pasaran persaingan monopolistik. Terdapat banyak
jenama yang boleh menggantikan jenama yang lain yang hanya dibezakan oleh kualiti,
pembungkusan, yang membenarkan firma mengenakan harga yang berlainan. Semakin
banyak perbezaan sesuatu produk yang dikenalpasti oleh pengguna, semakin tinggi pula
perbezaan harganya. Sesetengah jenama mempunyai pengguna yang setia yang mana
memberikan pengeluar jenama berkenaan lebih kuasa untuk mengawal harga.

Ciri-ciri
1. Ramai penjual
• Ada ramai penjual yang tidak dapat mempengaruhi harga pasaran
2. Produk yang memiliki identiti berbeza
• Produk yang dijual dipasaran adalah sama tetapi berbeza dari segi
pembungkusan, kualiti, jenama.
3. Proses keluar-masuk yang agak mudah
• Mudah untuk menubuhkan firma di dalam persaingan monopolistik. Walau
bagaimanapun proses untuk masuk ke pasaran bukanlah semudah
persaingan sempurna kerana firma baru perlu memperkenalkan ciri-ciri
baru produk dan jenama bagi mengekalkan reputasi yang baik.
4. Persaingan bukan harga
• Peranan persaingan bukan harga adalah sangat signifikan memandangkan
penjual tidak bersaingan dari segi harga disebabkan produk hampir sama.

Keluk Permintaan untuk pasaran persaingan monopolistik

Keluk Permintaan untuk pasaran persaingan monopolistik adalah lebih anjal berbanding
keluk permintaan pasaran monopoli. Ini adalah kerana pasaran persaingan monopolistik
mempunyai banyak pengganti.
Harga

0 Kuantiti

12
Keseimbangan Jangkamasa Pendek

Pada jangkamasa pendek firma persaingan monopolistik boleh mengalami sama ada:
1. untung supernormal (TR > TC)
2. untung subnormal (TR < TC)
3. untung normal (TR = TC)

Untung Supernormal
Harga

0 Kuantiti

Untung Subnormal
Harga

0 Kuantiti

Untung Normal
Harga

0 Kuantiti

13
Keseimbangan Jangkamasa Panjang

Jika firma pada jangkamasa pendek mendapat keuntungan supernormal, maka ini menarik
lebih ramai firma baru untuk memasuki pasaran. Semakin banyak firma, mengeluarkan
barangan, penawaran semasa akan bertambah mengakibatkan harga turun. Proses ini akan
berterusan sehinggalah firma mencapai keuntungan normal sahaja. Begitu juga
sebaliknya, jika pada jangkamasa pendek firma mengalami untung subnormal, maka akan
berlaku situasi di mana ramai firma keluar dari pasaran. Ini akan mengurangkan
penawaran semasa dan mengakibatkan harga naik sehingga firma yang masih ada di
dalam pasaran mencapai untung normal.
Harga

0 Kuantiti

14
Pasaran Oligopoli

Ciri-ciri
1. Beberapa firma besar mengawal pasaran. Contohnya, industri otomobil seperti
Proton, Toyota, Nissan, Naza dsb.
2. Produk yang dijual dipasaran boleh jadi homogeneous atau boleh juga dibezakan.
3. Saling memerlukan antara firma, saling bergantungan – tindakan oleh sebuah
firma akan memberi kesan tindakbalas firma lainnya.
4. Halangan untuk memasuki pasaran.

Sweezy’s Model – Keluk Permintaan Kinked – Kinked Demand Curve

Keluk permintaan firma oligopoli adalah berdasarkan kepada dua andaian:


a. Jika firma meningkat harga, firma yang lainnya tidak akan
mengikuti kerana takut kehilangan pelanggan
b. Jika firma menurunkan harga, firma yang lain akan
mengikutinya.

Oleh yang demikian, firma oligopoli menghadapi dua bentuk keluk permintaan iaitu:
a. keluk permintaan untuk produknya sendiri;
b. permintaan untuk industri atau pasaran
Harga

PO Kuantiti

Bagi firma oligopoli, jika terdapat firma lain meningkatkan harga mereka, katakan di atas
paras PO seperti dalam rajah di atas, firma yang lain tidak akan mengikutinya.
Keputusannya, permintaan untuk produk firma tersebut (yang meningkatkan harga) akan
jatuh. Pergerakan kejatuhan ini berlaku sepanjang keluk Ed. Jika firma menurunkan
harga, firma lain akan mengikuti tindakannya. Pada jangkasama pendek, permintaan
produk akan meningkat sepanjang Ed1. Tetapi pada jangkamasa panjang, apabila firma
lain membuat penyesuaian terhadap peningkatan harga, permintaan firma akan jatuh dari
Ed1 kepada ED1. Oleh yang demikian, keluk permintaan keseluruhan firma oligopoli
adalah dED1. Pesongan berlaku di titik E. Ini boleh ditunjukkan oleh keluk permintaan
dibahagian yang anjal di mana bahagian yang tidak anjal menunjukkan oligopoli akan
mengikuti tindakan menurunkan harga oleh sesetengah firma. Maka, keluk permintaan
sebenar untuk oligopoli adalah kombinasi bahagian yang anjal dan tidak anjal keluk
permintaan seperti ditunjukkan pada rajah di bawah. Rajah ini dikenali sebagai Keluk
Permintaan Kinked – Kinked Demand Curve.

15
Harga

0 Kuantiti

Harga

0 Kuantiti

Daripada rajah di atas, kuantiti keseimbangan adalah di Qe dan harga keseimbangan


adalah di P. Walaupun kos marginal telah dikurangkan daripada MC2 kepada MC1,
kedua-dua keseimbangan harga dan kuantiti tidak berubah. Inilah yang menerangkan
situasi bahawa harga pasaran adalah tidah mudah berubah – rigidity. Jika firma
menaikkan harga, mereka akan kehilangan pelanggan dan jika firma menurunkan harga,
itu bukanlah langkah yang menguntungkan kerana pesaing yang lain akan mengikuti
tindakan menurunkan harga.

Persaingan Bukan Harga

Firma di pasaran persaingan monopolistik dan oligopoli biasanya akan cuba mengelak
untuk bersaing menggunakan harga berikutan kedua-dua pasaran ini mempunyai banyak
pengganti yang hampir. Oleh yang demikian, mereka bersaing untuk aktiviti yang tidak
melibatkan harga, dan ini dipanggil persaingan bukan harga. Terdapat beberapa bentuk
persaingan bukan harga melalui pembezaan produk, antaranya:
1. Jenama
2. Pengiklanan dan promosi jualan
3. mengadakan perkhidmatan nilai-tambah – value added services

Pembezaan produk merujuk kepada situasi di mana terdapat satu produk yang dikeluarkan
oleh ramai pengeluar. Produk yang dikeluarkan oleh setiap pengeluar secara asasnya
adalah sama. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perbezaan yang dicipta oleh
pengeluar untuk membezakan produk mereka dengan yang lain. Perbezaan ini mungkin
dari segi pembungkusan, warna, jenama, pengiklanan dan promosi jualan, perkhidmatan
selepas jualan.

16