Anda di halaman 1dari 4

PANITIA BIOLOGI 2014

POST MORTEM SPM 2014


10 MAC 2015

ANALISIS KESELURUHAN PEPERIKSAAN SPM 2014


1. Peratus lulus = 100%
2. GPS = 4.286

ANALISIS KESELURUHAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN 2014


1. Peratus lulus = 91.7%
2. GPS = 6.125

PERBANDINGAN PEPERIKSAAN SPM DAN PERCUBAAN 2014


1. Peningkatan % lulus sebanyak 8.3%
2. Peningkatan GPS sebanyak 1.839

ANALISIS KESELURUHAN PEPERIKSAAN SPM 2013


1. Peratus lulus = 98.4%
2. GPS = 5.254

PERBANDINGAN PEPERIKSAAN SPM 2014 DAN SPM 2013


3. Peningkatan % lulus sebanyak 1.6%
4. Peningkatan GPS sebanyak 0.968

ANALISIS GRED
ETR 2014

SPM 2014

TOV 2015

ETR 2015

BilanganPelajar
0

BilanganPelajar

BilanganPelajar

A+

BilanganPelajar
1

A-

B+

10

C+

11

Gred

Jumlah

49

49

%Lulus

100%

100%

GPS

4.959

4.286

60

60

FAKTOR KEKUATAN LULUS 100% LULUS


1. Guru-guru yang komited mengadakan kelas tambahan dan waktu cuti.
2. Bilangan pelajar yang sedikit memudahkan pemantauan berterusan.
3. Sukatan pelajaran dihabiskan seawal bulan Julai, bagi memberi tumpuan pada
soalan latih tubi.
4. Soalan latih tubi dijalankan mengikut topik bagi mengesan konsep biologi yang
susah difahami oleh pelajar.
5. Tumpuan diberi pada teknik menjawab soalan dengan baik dan betul dalam cuti
pertengahan tahun oleh guru.
6. Pemurnian soalan dilakukan pada kelas tambahan malam bagi memperkayakan
konsep fizik yang betul sesui dengan aplikasi sains dalam kehidupan harian .
7. Ujian-ujian topikal diadakan bagi memberi kefahaman sains aras rendah dan
sederhana.
8. Pendedahan soalan dari sekolah Terengganu, Kelantan, Perak dan Teknik
dilakukan untuk mengukuhkan kemahiran menyelesaikan masalah setiap pelajar.
9. Ceramah kerjaya dan motivasi dilakukan oleh unit kaunseling bagi meningkatkan
lagi semangat belajar yang tinggi.

FAKTOR KELEMAHAN

1. Kebanyakan soalan berbentuk aplikasi dalam fizik kertas 2,dan hanya pelajar
yang memahami konsep fizik yang betul dapat menjawab dengan baik.
2. Pelajar juga gagal menjawab dengan baik bagi soalan esei yang
manghubungkaitkan konsep fizik dengan keadaan sekeliling.Akibatnya konsep
yang diutarakan oleh pelajar jauh menyimpang dari apa yang dikehendaki oleh
kehendak soalan.
3. Terlalu banyak peperiksaan memberi tekanan emosi yag tinggi,menyebabkan
motivasi pelajar turun menjelang peperiksaan yang sebenar.
4. Penyelesaian soalan aras rendah didapati masih tidak dapat dikuasai dengan baik

PERANCANGAN STRATEGI
1. Sukatan pelajaran dihabiskan seawal bulan Julai bagi memastikan ulangkaji dapat
dilaksanakan untuk tempoh yang panjang.
2. Seminar Motivasi dan Kecemerlangan oleh penceramah jemputan (GC Biologi)
untuk menyemarakkan keseronokkan mendalami ilmu Biologi dan memahami
teknik menjawab dengan lebih berkesan.
3. Kelas Bimbingan Tahunan mengikut jadual yang diberikan oleh pihak sekolah.
KELOMPOK CEMERLANG
4. Program MENGELAP BINTANG bagi kelompok ini yang akan bermula pada
Julai sehingga Oktober 2015 dan dikendalikan oleh Pn Nor Suhaila Azni untuk
memastikan kelompok ini mencapai sasaran Gred A.
5. Program BINTANG KECIL adalah bercorakkan mentor mentee untuk
membantu rakan-rakan dalam kelompok potensi disamping menyusun,
mengemaskini dan memperkukuhkan pengetahuan konsep Biologi kepada diri
sendiri. Program ini akan bermula pada Ogos sehingga Oktober 2015.Program ini
dibawah bimbingan dan pemantauan Pn Siti Ainul Mursyida.
KELOMPOK NEAR MISS DAN SEDERHANA
6. Program BENGKEL PENGUKUHAN KONSEP BIOLOGI akan dijalankan
untuk kelompok ini untuk meningkatkan kefahaman tentang semua konsep dan
pengetahuan Biologi yang dibincangkan dalam tingkatan 4 dan 5. Program ini
akan dijalankan dalam 4 fasa.

7. Program BINTANG MALAP adalah bercorakkan mentor mentee untuk


membantu rakan-rakan dalam kelompok kritikal disamping menuyusun,
mengemaskini dan memperkukuhkan pengetahuan konsep Biologi yang telah
dipertingkatkan melalui program sebelumnya kepada diri sendiri. Program ini
akan bermula pada Ogos sehingga Oktober 2015. Program ini dibawah bimbingan
dan pemantauan Pn Nor Suhaila Azni
KELOMPOK POTENSI
8. Program BENGKEL INTERVENSI yang membincangkan corak soalan dan
corak jawapan dalam Peperiksaan Biologi SPM. Program ini bertujuan
membimbing para calon kepada gaya penulisan yang betul semasa menjawab
soalan. Program ini akan dikendalikan oleh Pn Siti Ainul Mursyida. Program ini
akan bermula Julai 2015.
KELOMPOK KRITIKAL
9. Program DRILLING BRAIN yang mengkehendaki para calon kritikal menjawab
secara berulang-ulang set soalan SPM tahun-tahun sebelumnya. Program ini
bertujuan agar para calon lebih bersedia menjawab soalan pelbagai gaya kelak.
Program ini dikendalikan oleh Pn Nor Suhaila Azni.

Anda mungkin juga menyukai