Anda di halaman 1dari 5

IPGM PERLIS

ALAT ARTIKULASI

Hujung lidah
Hadapan lidah
Tengah lidah
Belakang lidah
Akar lidah
Rahang
Anak tekak

Rongga tekak
Rongga hidung
Rongga mulut
Tenggorok
Epiglotis
Pita suara
Paru-paru

a)Anak tekak..
Anak tekak terletak di bahagian belakang rongga mulut dan berhampiran
dengan lelangit lembut. Anak tekak bersambung dengan lelangit lembut dan
merupakan daging yang tergantung dari lelangit lembut itu. Anak tekak
berfungsi sebagai alat pertuturan bersama-sama dengan lelangit lembut ,
khususnya dalam menentukan sama ada sesuatu bunyi yang hendak
dikeluarkan itu bunyi sengau atau tidak.

IPGM PERLIS
b)Lidah..
Lidah merupakan alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam
pengeluaran bunyi-bunyi bahasa. Lidah terbahagi kepada lima bahagian iaitu
hujung lidah, tengah lidah, hadapan lidah, belakang lidah, dan daun lidah. Ahli
sains mengesan kawasan yang berbeza bagi kedudukan lidah dan bergantung
pada bunyi-bunyi tertentu yang dihasilkan. Bahagian dan kedudukan bahagian
lidah tersebut adalah seperti yang berikut:
a)belakang lidah-bertentangan dengan lelangit lembut
b)tengah lidah-bertentangan antara pertemuan lelangit keras dengan lelangit
lembut
c)hadapan lidah-bertentangan dengan lelangit keras
d)daun lidah-sepanjang garisan yang menghadap gusi
e)hujung lidah-bahagian yang paling aktif

c)Pita suara..
Pita suara terletak di dalam ruang tenggorok dan amat penting dalam
menghasilkan bunyi bahasa. Seseorang yang mengalami kerosakan pita suara
akan mengalami gangguan suara, manakala orang yang tidak mempunyai pita
suara pula akan menjadi bisu.pita suara terdiri daripada dua keping selaput
yang boleh terbuka dan tertutup. Ruang antara kedua-dua selaput ini disebut
glotis. Apabila kedua-dua selaput dirapatkan, glotis akan menjadi sempit atau
tertutup, sementara apabila selaput ini direnggangkan, glotis menjadi luas.
Pita suara penting dalam menentukan sama ada bunyi yang dihasilkan itu
bersuara atau tidak.

IPGM PERLIS

d)Rahang..
Rahang tidak memainkan peranan yang terlalu penting semasa mengeluarkan
bunyi-bunyi bahasa. Walau bagaimanapun, kedudukannya adalah penting
dalam penyembunyian vokal. Sebagai contoh, keadaan bukaan antara dua
rahang atas dengan bawah adalah sempit semasa membunyikan vokal (i) dan
vokal (u). Sebaliknya, keadaan rahang akan terbuka luas semasa
membunyikan vokal (a) dan ( )
e)Rongga..
Rongga merupakan bahagian lapang yang menjadi tempat laluan udara yang
keluar dari paru-paru. Rongga terbahagi kepada tiga, iaitu rongga tekak,
rongga mulut, dan rongga hidung. Rongga tekak bermula daripada bahagian
atas selaput pita suara hinggalah ke bahagian anak tekak. Rongga mulut pula
bermula dari ruang di belakang lidah membawa ke bahagian bibir sebelah
dalam, sementara rongga hidung bermula dari bahagian belakang anak tekak
menghala ke hidung.
KEDUDUKAN
RONGGA:
-mulut
-hidung
-tekak
-kerongkong

IPGM PERLIS
DAERAH ARTIKULASI

Daerah artikulasi ialah tempat atau kedudukan organ yang terlibat dalm
penghasilan bunyi bahasa.

BIBIR

DAERAH ARTIKULASI

GUSI

-terletak di bahagian

-alat pertuturan yang

luar rongga mulut

letaknya antara gigi

yang berfungsi untuk


menyekat perjalanan
udara.
-(i), keadaan bibir
hampar
-(u), keadaan bibir
bundar
-(m), aliran udara
tersekat

GIGI

dengan lelangit keras.

-terbahagi kepada dua


iaitu gigi atas dan gigi
bawah

-keadaannya cembung

-dalam penyebutan ()
dan () turut
berperanan sebagai
daerah penyebutan.

daerah penyebutan dan

dan berfungsi sebagai


daerah artikulasi, iaitu
tidak boleh digerakgerakkan.
-mengujarkan bunyi (t)
dan (d).

IPGM PERLIS
Lelangit..
-terbahagi kepada dua bahagian iaitu lelangit keras dan lelangit lembut
-apabila lelangit lembut diturunkan,sengaun terhasil dan menghasilkan (n) dan (m)
-apabila lelangit dinaikkan,bunyi letupan dan geseran terhasil iaitu (b) dan (h)

KEADAAN BIBIR

Anda mungkin juga menyukai