Anda di halaman 1dari 6

Semasa Praktikum

Pada 2 Februari 2015 hingga 30 April 2015, saya telah menjalankan amalan
Praktikum di SMK Datuk Haji Ahmad Badawi (SMKDHAB) , Kepala Batas. Dalam
tempoh seminggu tersebut, saya telah menjalankan pelbagai aktiviti kurikulum dan
kokurikulum bersama guru-guru dan pelajar-pelajar SMKDHAB. Sewaktu saya mula
sampai di SMKDHAB, saya telah disambut oleh staf yang membantu saya dalam
urusan lapor diri. Kemudian, saya dan pasangan praktikum saya, Nurul Asyikeen
binti Shaukat Ali telah dibawa untuk berjumpa dengan Pengetua SMKDHAB, Encik
Masri bin Abdullah. Kami telah diberi amanat dan mandat selaku guru praktikal dan
bakal menjadi warga sekolah SMKDHAB walaupun dalam 12 minggu.
Setelah berjumpa dengan beliau, saya berkenalan dengan guru-guru
pembimbing saya,iaitu Puan Hasliza binti Hashim dan Puan Noorain binti Abd
Samad. Mereka sangat gembira menyambut kedatangan kami. Kami telah
berbincang tentang objektif praktikum dan harapan kami terhadap mereka selaku
guru pembimbing atau mentor kami. Kami juga telah berjumpa dengan Guru Kanan
Kokurikulum, Encik Mansor bin Mat Isa untuk membincangkan tentang keterlibatan
kami dalam kokurikulum dan Rumah Sukan. Kami telah memilih untuk menganggotai
dan cuba menyumbang dalam Kadet Remaja Sekolah, Rumah Sukan Dato
Bahaman, Kelab Bola Jaring, dan Persatuan Sains.
Setelah berbincang dengan pentadbiran, berikut adalah jadual perancangan
pelaksanaan praktikum untuk diri sendiri :MINGGU
Minggu 1

AKTIVITI ATAU PERKARA YANG DIRANCANG


CATATAN
Melapor diri di SMKDHAB
Berkenalan dengan guru-guru dan staf
Berbincang dengan GPK Pentadbiran dan
Kurikulum tentang jadual waktu pengajaran

dan pembelajaran.
Berbincang dengan GPK Kokurikulum untuk
untuk gerak kerja kokurikulum sepanjang

praktikum.
Berbincang dengan guru-guru pembimbing

major dan elektif


Berjumpa dengan Ketua Panitia Matematik
dan Ketua Panitia Sains untuk berbincang

Setiap
Minggu

Minggu 2

tentang Rancangan Pengajaran Tahunan


Pengurusan Bilik Darjah
Mentadbir Ujian Diagnostik untuk Matematik

dan Sains untuk Tingkatan 1KM1 dan 1KAA


Rancangan Pengajaran Harian (setiap hari)
Rancangan aktiviti Kokurikulum (mingguan)
Penulisan Jurnal Mingguan
Menjaga kelas ganti
Menguruskan buku-buku dan kerja sekolah

pelajar
Mmeberikan taklimat dan ceramah motivasi
untuk Sesi Hala Tuju dan Kerjaya selepas
SPM

Minggu 3

anjuran

Unit

Bimbingan

dan

Kaunseling.
Latihan Rumah Sukan Dato Bahaman
Bimbingan pengamalan Kemahiran Berfikir
Aras Tinggi daripada Ketua Panitia Sains

Minggu 4-5

SMKDHAB
Menghadiri

peringkat SMKDHAB.
Terlibat sebagai AJK Pameran untuk Hari

Keusahawanan
Menjadi Pencatat Minit Mesyuarat semasa

Mesyuarat Agung PIBG


Terlibat
dan
membuat

Mesyuarat

Agung

Koperasi

persembahan

sempena Hari Keusahawan Muda.


Minggu 6

Minggu 7

Memeriksa kertas jawapan Matematik dan

Sains untuk kelas 1KM1 dan 1KAA.


Menjadi pengawas peperiksaan sepanjang

Ujian Prestasi 1
Latihan Kawad Kaki Kadet Remaja Sekolah

peringkat Zon bermula.


Perlawanan Persahabatan Bola Jaring antara
guru-guru praktikal dan pemain-pemain Bola

Jaring SMKDHAB.
Membimbing
pasukan

Projek

Pertunjukan Sains anjuran Petrosains.

Video

Mendapat bimbingan untuk menguruskan


data

Pembelajaran

Berasaskan

Sekolah

(PBS) bersama Ketua Panitia Sains, Puan


Minggu 8

Nor Falahana binti Othman.


Menghantar
dan
membantu

guru

pembimbing KRS ke Perbarisan Penutup


Kejohanan Olahraga dan Balapan peringkat
Negeri Pulau Pinang di Stadium Bandaraya,
Minggu 9

Georgetown.
Membantu mengiringi pasukan Kawad Kaki
Kadet Remaja Sekolah peringkat Zon di

Sekolah Menengah Sains Kepala Batas.


Menganjurkan Hari Saintis Muda peringkat

Minggu 10

kelas 1KM1 bertemakan Topik Ketumpatan.


Membantu menjaga check-point semasa Hari

Minggu 11

Merentas Desa peringkat SMKDHAB.


Membantu sebagai AJK Dokumentasi dalam

Kojohanan Sukantara peringkat SMKDHAB.


Membantu sebagai AJK Dokumentasi dalam

Kojohanan Sukantara peringkat SMKDHAB.


Menguruskan semua borang kehadiran,

Minggu 12

borang penyeliaan, borang kelas ganti dan


semua borang kelengkapan unit praktikum.
Sepanjang 12 minggu praktikum, saya telah mendapat bantuan yang sangat
menggalakkan daripada semua guru dan pelajar untuk mendapatkan ilmu serta
bimbingan dalam menjadi seorang guru yang berdedikasi dan cemerlang. Selain
menjalankan tugas sebagai guru praktikal, saya juga telah banyak menggantikan
guru-guru dalam kelas ganti untuk semua tingkatan. Pengalaman selama 12 minggu
ini akan membantu saya dalam menempuhi pelbagai cabaran dan mehnah sebagai
seorang guru.

Selepas praktikum
Maha Suci Tuhan, saya telah berjaya menghabiskan amalan praktikum
dengan jayanya selama 12 minggu. Saya agak sedih meninggalkan anak-anak
pelajar saya iaitu seramai 60 orang (26 orang kelas 1KAA, 34 orang kelas 1KM1).
Masa selama 12 minggu tidak mencukupi untuk saya melihat perkembangan
pembelajaran mereka dalam Matematik dan Sains.
Sepanjang amalan praktikum berlangsung, saya telah belajar tentang banyak
perkara. Pertama, saya telah belajar secara langsung tentang pengurusan pelajar

dalam bilik darjah dari pelbagai latar belakang prestasi akademik. Saya telah belajar
tentang pengurusan pelajar semasa di dalam makmal, semasa bersukan dan
pergerakan pelajar-pelajar dari satu sesi ke satu sesi yang lain. Semuanya saya
belajar melalui pengalaman sendiri dan bimbingan daripada guru-guru disiplin
SMKDHAB. Pengurusan bilik darjah amat penting untuk memastikan semua pelajar
dapat belajar dalam keadaan yang selamat dan kondusif tanpa gangguan.
Selain itu, saya juga telah belajar untuk menguruskan pelajar dari segi
kokurikulum. Saya telah mendapat satu pengalaman yang berharga iaitu melatih
pasukan kawad kaki Kadet Remaja Sekolah. Saya amat menghargai peluang yang
telah diberikan oleh Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Encik Mansor bin Mat Isa.
Saya dapat menyumbang mengikut bakat saya sendiri iaitu kawad kaki. Pada masa
yang sama, saya telah diberi mandat untuk melatih mereka untuk menghantar
mereka ke Pertandingan Kawad Kaki Dinamik dan Formasi Kadet Remaja Sekolah
peringkat Zon Kepala Batas. Pasukan yang sama juga telah dipilih untuk ke Stadium
Bandaraya, Georgetown dalam menyertai perbarisan Upacara Penutup Kejohanan
Olahraga dan Balapan. Pengalaman membantu guru pengiring mengiringi mereka ke
stadium merupakan pengalaman yang paling berharga dan tidak dapat saya
lupakan.
Pembelajaran dan pengajaran merupakan satu aspek penting dalam menjadi
pendidik di Malaysia. Sepanjang praktikum, saya telah banyak belajar tentang
pelbagai teknik mengajar. Setiap topik Matematik dan Sains memerlukan kaedah
pengajaran yang berlainan. Dengan nasihat dan bimbingan daripada guru-guru
pembimbing dan ketua-ketua panitia, saya juga telah berjaya menjalankan pelbagai
aktiviti pembelajaran dan pengajaran yang menarik dan pelbagai antaranya latihan
melalui kuiz, teka silangkata, projek sains dan sebagainya. Pelbagai komen yang
membina telah saya terima daripada pensyarah-pensyarah pembimbing dan guruguru pembimbing untuk membantu saya membentuk diri guru yang berdedikasi dan
melengkapkan diri dari segi rohani, fizikal, emosi, intelek dan sosial.
Cabaran dan mehnah sebagai seorang guru semakin mencabar dalam zaman
edan ini. Guru-guru perlu mempersiapkan diri dengan ilmu, pengalaman dan
kemahiran yang pelbagai dan rajin dalam mencari sesuatu pengalaman yang baru
dengan hati yang terbuka. Dengan pengalaman yang ada semasa praktikum, saya

merasakan pengalaman tersebut adalah permulaan bagi saya untuk mengorak


langkah sebagai seorang guru.