Anda di halaman 1dari 6

10 Tips Bina Keyakinan Diri

Keyakinan diri amatlah penting dalam pembentukan peribadi seseorang insan.


Apabila seseorang itu mempunyai keyakinan diri yg tinggi, pasti dia mempunyai
masa depan yg cukup cerah malah dia juga menyebabkan orang sekelilingnya
terkena tempias keyakinan yg ada dalam dirinya. Namun, bagaimana untuk
membina keyakinan diri sedemikian rupa?
1. Percaya dan yakin pada kebolehan diri
Setiap insan yang diciptakan Ilahi mempunyai kelebihan yang tersendiri dan
kelebihan yang dimilikinya itu membuatkan dia cukup berbeza dengan orang di
sekelilingnya. Hargailah dan yakinlah pada kebolehan yg ada pada diri. Jangan
takut untuk menggunakan segala kelebihan yg diberikan Allah untuk kebaikan
diri dan ummah kerana apabila diri melakukan sesuatu untuk Allah, seseorang
itu takkan merasa sedih dan terhina apabila dikritik dan dicerca sehabisnya oleh
insan-insan yg lain.

"Sesungguhnya setiap amalan itu bermula dengan niat. Dan sesungguhnya bagi
setiap orang itu akan memperolehi apa yang ia niatkan," (Riwayat Bukhari dan
Muslim)
2. Senyumanmu menawan
Sentiasa tersenyum, walau dalam keadaan gembira, bahagia, dan dalam
perasaan yg tidak selesa sekalipun. Apabila bibir tersenyum, ia seseolah-olah
mengarah minda untuk turut menjadi positif dan menyebabkan diri kelihatan
berkeyakinan walaupun hati sebenarnya amat terketar-ketar.
Sabda Rasulullah S.A.W. "Engkau tersenyum di depan saudaramu adalah
sedekah." (Riwayat Bukhari)
3. Rentak langkah yg meyakinkan
Gaya badan menyuarakan seribu satu kata mengenai seseorang itu. Pernahkah
anda mengalami situasi di mana apabila anda menghadiri satu-satu majlis,
hampir kesemua mata tertumpu pada seseorang yg hadir di majlis tersebut? Dia
tidak perlu menyuarakan apa-apa, bibirnya tersenyum dan langkahannya cukup
membuatkan orang di sekelilingnya merasakan aura kehebatan dan
keyakinannya.
4. Sentiasa berusaha memperbaiki kelemahan diri
Setiap insan pasti ada kelemahannya. Orang yg berkeyakinan diri yg tinggi, pasti
sentiasa cuba untuk menjadi yg terbaik. Oleh itu, dia sentiasa memperbaiki
dirinya dari hari ke hari dan menjadikan hari esoknya lebih baik daripada hari ini.
Sabda Rasulullah S.A.W. "Jangan sampai kamu dipatuk oleh ular di dalam lubang
yang sama dua kali," (Riwayat Abu Daud)

5. Malu itu biarlah bertempat


Benarlah malu itu perisai diri dan iman. Namun, biarlah malu itu berada di
tempat yg betul. Usahlah malu untuk bertanya dan menyuarakan pendapat
kerana malu bertanya akan menyebabkan sesatnya jalan. Usahlah juga malu
untuk mengajak-ajak ke arah kebaikan kerana ganjaran pahala yg amat besar
menanti di hadapan. Namun, malulah untuk melakukan kemungkaran dan
tebalkanlah sifat malu dalam diri kepada Yang Esa untuk menayang-nayangkan
segala keburukan diri kepadaNya.
"Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu
bermanfaat bagi orang-orang Mukmin," (Adz-Dzariyat: 55)

6. Jangan memandang rendah pada keupayaan diri


Jangan pernah sesekali memandang rendah pada kebolehan dan kekuatan diri,
lantas menyuarakan "aku tidak mampu untuk melakukan itu dan ini,".
Hakikatnya, hanya Allah yang tahu sejauh mana kemampuan seseorang itu, oleh
sebab itulah Dia memberikan ujian yg berbagai-bagai, sesuai dgn kemampuan
seseorang itu. Oleh itu, jangan pernah menyekat kemampuan diri dan
sentiasalah mencabar diri untuk menjadi insan yg lebih baik.

"...Allah tidak membebani seseorang melainkan (sesuai) dengan apa yang


diberikan Allah kepadanya. Allah kelak akan memberikan kelapangan setelah
kesempitan," (Ath-Thalaq:7)
7. Hargai Diri
Anda adalah unik kerana tiada satu pun di dunia ini yg mempunyai nama anda,
dan mempunyai peribadi yg sama, wajah yg sama, pendidikan yg sama ataupun
gaya bahasa yg sama dengan diri anda. Andalah satu-satunya insan sedemikian
di bumi Allah ini. Maka, hargailah diri dan peribadi anda sebaiknya. Jangan
mudah goyah dan terhanyut ke kanan dan kiri, mengikut gaya dan pendirian
orang lain tanpa mengira dan mengukur buruk baik kesannya pada diri anda.
Biarlah setiap tindakan dan bicara anda itu benar-benar datangnya dari diri
anda, bukan disebabkan pengaruh orang lain.
8. Jangan membandingkan diri dengan orang lain
Melakukan perbandingan terhadap diri dengan orang lain adalah satu tindakan
yang tidak patut dilakukan oleh seseorang. Kelebihan dalam dirimu itu takkan
pernah sama dgn kelebihan yg ada dalam diri orang lain. Definisi kecantikan
pada hati dan wajahmu itu takkan pernah sama dengan definisi kecantikan yg

ada pada gadis yg lain. Setiap usahamu itu tidak sama kekuatannya dengan
usaha yg dialirkan oleh insan lain. Maka, usahlah melakukan perbandingan
dirimu dengan insan lain. Yang penting, jadilah dirimu yg terbaik!

"Sesungguhnya usaha kamu memang berbeza-beza," (Al-Lail: 4)

9. Senantiasa berfikiran positif


Orang yang berkeyakinan tinggi mempunyai pemikiran yg amat positif. Apa
sahaja yg dilihatnya, dia pasti akan melihat sesuatu itu dari sudut positif dan apa
sahaja yg didengarnya, dia akan menafsirnya dgn pemikiran yg positif. Oleh
sebab itulah, apabila seseorang menyatakan kepadanya bahawa dia dilihat
sebagai seorang yg berjiwa besar dan mempunyai masa depan yg amat cerah,
dia akan mengejar apa yg dikatakan itu kerana dia positif dan yakin bahawa dia
boleh melakukannya.
10. Selalu mendengar dan membaca kata-kata motivasi
Adakalanya motivasi yg ada dalam diri kita mudah jatuh kerana ia juga ada naik
surutnya. Oleh itu, jangan biarkan diri terus hanyut apabila merasakan diri tidak
berkeyakinan dan sebagainya. Bacalah buku-buku motivasi dan dengarlah katakata yg membangkitkan semangat dalam diri. Berbicara dengan diri sendiri juga
mampu untuk menaikkan semangat, antaranya mungkin dengan menulis surat
kepada diri sendiri di dalam diari ataupun jurnal agar semangat yg luntur
kembali pulih.

Sama-samalah kita membina dan mengukuhkan lagi keyakinan diri yang ada
dalam diri agar diri kita hari ini jauh lebih baik dari hari sebelumnya, insya-Allah.

Hargai Diri Sendiri


Kita dilahirkan kedunia ini untuk menikmati kehidupan dunia dan membawa
bekalan menuju hari akhirat. Dalam hidup ini kita yang menentukan nasib kita
sendiri. Orang lain boleh membantu tapi ianya mestilah bermula dari diri sendiri
kita dahulu. Jika kita memilih untuk berjaya, kita pasti akan berjaya. Setiap orang
mempunyai kelebihan masing-masing yang ada pada diri mereka. Anda juga
pasti mempunyai kelebihan diri anda sendiri.
Biasanya kita sangat mudah terpengaruh dengan apa yang dikatakan oleh orang
lain. Jika ada orang bercakap mengenai kelemahan diri kita, janganlah kita
mudah berasa lemah dengan kritikan itu. Sebaliknya kita perlulah sentiasa cuba
sedaya upaya untuk memperbaiki kelemahan yang ada pada diri kita itu. Orang
lain boleh berkata apa saja kepada diri kita, tapi kita tidak boleh lemah dengan
kata-kata orang saja kan?
Kita perlu menghargai diri kita sendiri kerana kita adalah mahkluk ciptaan Allah
yang sangat hebat. Kita diberikan kekuatan oleh Allah dengan memberikan akal
yang cerdas dan tubuh badan yang sihat supaya kita dapat menikmati
kehidupan ini dengan sebaiknya. Hargailah nikmat akal dan tubuh yang kita
miliki. Gunakanlah ia supaya dapat memberi kebaikan kepada diri kita sendiri
dan juga orang lain.
Hidup Ini Satu Anugerah Allah
Kita dilahirkan ke dunia ini untuk beribadah kepada Allah. Hidup ini adalah
anugerah yang diberikan oleh Allah kepada kita. Pelbagai nikmat yang kita
perolehi didunia ini. Kita boleh menikmati segala nikmat yang ada didunia ini
tapi jangan sampai kita lupa kepada hari akhirat. Diri kita sendiri adalah
anugerah dari Allah yang sangat berharga dan tidak ternilai harganya.
Kita mampu melakukan banyak perkara yang kita suka. Kita diberikan kebolehan
untuk berfikir menggunakan anugerah akal yang diberikan oleh Allah. Kita perlu
menghargainya dengan melakukan perkara yang baik. Jangan salah gunakan
nikmat yang ada ini dengan melakukan keburukan didunia ini. Bersyukur kita
kerana diberikan pelbagai nikmat oleh Allah.
Melakukan Perkara Yang Memberi Manfaat

Kita hidup di dunia ini untuk memberi manfaat kepada orang lain. Kita boleh
membantu orang lain dengan kelebihan yang ada pada diri kita. Orang lain pasti
akan menghargai kita kerana dapat membantu mereka menyelesaikan masalah
yang dihadapi. Tapi sebenarnya apabila kita telah melakukan kebaikan kepada
orang lain, kita telah pun menghargai diri kita sendiri terlebih dahulu.
Kita telah menggunakan kelebihan yang ada pada diri kita untuk perkara yang
baik. Itu bermakna kita telah menghargai diri kita sendiri. Jangan mengharapkan
mendapat pujian atas kebaikan yang kita lakukan. Tapi lakukan dengan niat yang
ikhlas. Orang lain akan lebih menghargai diri kita jika kita ikhlas membantu
mereka.
Hargai diri Sendiri Sebelum Orang Hargai Kita
Kita perlu menghargai diri kita sendiri kerana kita juga mempunyai kelebihan
berbanding dengan orang lain. Jika kita mahu orang lain menghargai kita, maka
kita perlu hargai diri kita sendiri dahulu. Merendah diri itu bagus kerana kita
hanya manusia biasa sahaja. Tapi kita juga perlu mempunyai keyakinan dan
percaya kepada diri kita sendiri. Kita perlu hargai kelebihan yang ada dalam diri
kita.
Setiap orang mempunyai kebolehan yang berbeza dalam diri mereka. Apa sahaja
yang kita lakukan bukan kerana kita mahu menunjuk-nunjuk kepada orang lain
tapi kita serius mahu menjadi seorang yang berjaya dalam hidup ini. Orang lain
juga akan menghargai diri kita jika kita menunjukkan kesungguhan dan ikhlas
dalam setiap perkara yang kita lakukan.
Diri Kita Tidak 100% Sempurna
Setiap orang mempunyai kelemahan dalam diri mereka. Ini kerana diri kita tidak
semestinya akan sempurna 100% dalam setiap aspek. Setiap kelemahan
bukanlah penghalang bagi seseorang untuk mencipta kejayaan dalam hidup
mereka. Kita boleh melihat kelemahan dalam diri kita. Cuba kenal pasti
kelemahan dalam diri kita kerana kita boleh memperbaiki kelemahan yang ada
dalam diri kita itu.
Apabila kita telah dapat mengenal pasti kelemahan dalam diri kita itu, maka kita
perlulah berusaha untuk memperbaiki kelemahan yang ada. Kita sekurangkurangnya perlu berusaha untuk baiki kelemahan yang ada dalam diri kita. Kita
juga boleh meminta bantuan orang lain jika perlu. Kelemahan itu akan dapat
diperbaiki sedikit demi sedikit.
Setiap Orang Boleh Berjaya Jika Mereka Mahu
Setiap orang dilahirkan untuk berjaya jika mereka berusaha mencari kejayaan
dalam hidup mereka. Kita tidak boleh hanya menyerahkan kepada nasib sematamata. Usaha itu perlu sentiasa ada kerana usaha itu tangga kejayaan. Semuanya
datang dari pemikiran kita sendiri. Jika kita berfikir seperti orang berjaya, diri kita
akan rasa bersemangat berusaha mencari kejayaan itu.
Takkan kita hanya mahu melihat orang lain sahaja yang berjaya. Bila lagi giliran
diri kita sendiri dapat berjaya seperti mereka. Kejayaan dalam hidup ini adalah
satu kepuasan kepada diri kita sendiri. Diri kita berhak untuk mendapat apa

sahaja kejayaan yang kita mahu. Jika usaha yang kita lakukan dengan
bersungguh-sungguh, kejayaan akan datang kepada diri kita. Cuma masa yang
menentukan.
Sebagai kesimpulan, diri kita adalah hak milik kita sendiri. Jika kita tidak pandai
menghargai diri kita sendiri maka kita juga yang akan rugi. Diri kita sendiri yang
akan menentukan apa yang kita mahu lakukan. Orang lain hanya dapat
membantu kita tapi yang selebihnya perlu melakukan usaha untuk diri kita
sendiri. Kita perlu menghargai diri kita dengan melakukan kebaikan untuk diri
sendiri dan juga orang lain. Kepercayaan dalam diri sendiri juga penting.
Jika tidak dapat melakukan kebaikan kepada orang lain, jangan pula melakukan
keburukan kepada orang lain. Diri kita adalah seorang hamba yang lemah
didunia ini. Kita perlu sentiasa berdoa dan mendekatkan diri kepada Allah supaya
diberikan kekuatan dalam diri kita bagi meneruskan kehidupan dunia yang penuh
mencabar ini. Kita perlu sentiasa menghargai nikmat yang diberikan oleh Allah
kepada kita.
Salah satu minat yang saya suka lakukan adalah menulis. Apabila saya
memerlukan motivasi saya akan menulis untuk memberi semangat kepada diri
saya sendiri. Apa sahaja yang saya tulis dalam artikel ini adalah apa yang
terkeluar dari pemikiran saya. Menulis adalah satu kepuasan kepada diri saya.
Menulis ada sesuatu yang menyeronokkan jika saya dapat menulis apa yang
saya suka. Menulis juga sebagai tanda saya hargai diri saya sendiri.
Dapat berkongsi dengan orang lain juga adalah satu kepuasan dalam menulis.
Dengan menulis saya dapat berkongsi ilmu yang baik kepada pembaca. Saya
sentiasa cuba melakukan yang terbaik untuk diri saya sendiri dan juga pembaca.
Apa yang baik itu datang dari Allah, dan apa yang kurang itu adalah datang dari
kelemahan diri saya sendiri.

Anda mungkin juga menyukai