Anda di halaman 1dari 10

TERANG DAN GELAP

SUMBER CAHAYA
Merupakan objek yang mengeluarkan cahaya
Kita boleh melihat dalam keadaan terang.
Kita tidak boleh melihat dalam keadaan gelap kerana tiada cahaya.

BULAN bukan
sumber cahaya
kerana bulan hanya
memantulkan
cahaya matahari

BAYANG-BAYANG
Cahaya bergerak dalam garis lurus.
Bayang-bayang akan terbentuk
apabila cahaya dihalang oleh
sesuatu objek.
Bentuk bayang-bayang yang
terbentuk bergantung kepada objek
itu.

CARA MENGHASILKAN BAYANGBAYANG

Suluhkan lampu suluh pada dinding.


Letakkan satu objek di hadapan
lampu suluh.
Lihat bayang-bayang yang terbentuk.

KEPERLUAN CAHAYA
Manusia dan tumbuhan memerlukan cahaya.
Kita tidak boleh melihat benda di sekeliling kita
jika tiada cahaya.
Tumbuhan memerlukan cahaya matahari untuk
membuat makanannya sendiri.
Pada waktu siang, keadaan adalah
terang.Matahari memberikan cahaya kepada
kita.
Pada waktu malam, keadaan adalah gelap.

PENGETAHUAN TENTANG BAYANGBAYANG


Kita boleh membuat permainan dengan
bayang-bayang.
Wayang kulit dihasilkan menggunakan
bayang-bayang.
Bayang-bayang daripada patung terbentuk
pada kain latar.
Kamu juga boleh menggunakan tangan
kamu untuk menghasilkan bayang-bayang
bentuk haiwan.

Anda mungkin juga menyukai