Anda di halaman 1dari 16

PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK-KANAK

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA (OUM)

HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK-KANAK


TUGASAN:

PERKEMBANGAN PEMIKIRAN KREATIF FISHER


(1943)

DISEDIAKAN OLEH:
SITI MARINI BTE TAHIR
780212045404001
PENSYARAH:
EN. PARDAN BIN MOSLEM
PROGRAM SARJANA MUDA PENDIDIKAN (SAINS)
(KAMPUS MELAKA)
2012
1 | Page

PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK-KANAK

ISI KANDUNGAN
1.0

PENDAHULUAN

2.0

PERKEMBANGAN PEMIKIRAN KREATIF

2.1

Keinginan Asas Kanak-Kanak

2.2
2.3

Ciri-Ciri Kreativiti
Pandangan Tokoh-Tokoh Lain Mengenai Kreativiti

4
6

PERKEMBANGAN PEMIKIRAN KREATIF FISHER (1943)

3.1

Penerapan Dalam P&P

3.2

Implikasinya Kepada Perkembangan Dan

3.0

Pembangunan Ciri-Ciri Individu

4.0

3.3

Kepentingan Seni Kepada Kanak-Kanak

3.4

Kebolehan Kanak-Kanak Meningkatkan Daya Persepsi Dan Emosi

10

MENINGKATKAN DAYA KREATIVITI KANAK-KANAK

11

4.1

Strategi Merangsang Kreativiti

12

4.2

Meningkatkan Motivasi Pelajar

13

5.0

KESIMPULAN

15

6.0

BIBLIOGRAFI

16

1.0

PENDAHULUAN

2 | Page

PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK-KANAK

Setiap orang mempunyai potensi untuk menjadi lebih kreatif dan produktif, tetapi
ianya bukanlah merupakan hak mutlak akan terjadi kepada semua orang. Ianya berkait rapat
dengan idea, perasaan, pemikiran, pengalaman dan keinginan seseorang. Sikap tunggu dan
lihat , lemah jiwa , kekurangan pengetahuan dan kemahiran , menjadikan potensi kreatif yang
ada pada setiap orang, beransur lemah dan pasif.
Daya kreatif merupakan proses membabitkan jumpaan idea atau konsep baru, atau
kaitan baru antara konsep atau idea sedia ada, didorong oleh proses sama ada sedar atau luar
sedar. Dari sudut pandangan saintifik, hasil pemikiran kreatif (kadang kala dirujuk sebagai
pemikiran mencapah (divergent thought), biasanya dianggap sebagai memiliki
keaslian dan kesesuaian.
Sungguhpun secara intuitif fenomena mudah, ia sebenarnya amat rumit. Ia telah dikaji
dari segi psikologi kelakuan, psikologi sosial, psikometrik, sains kognitif, kecerdasan
buatan, falsafah, estetik, sejarah, ekonomi, kajian reka-bentuk, perniagaan, dan pengurusan
antaranya. Kajian-kajian ini meliputi kreativiti harian, kreativiti luar biasa dan
malah kreativiti buatan. Tidak seperti banyak fenomena dalam sains, tidak terdapat satu
perspektif berwibawa tunggal atau takrifan daya kreatif. Dan tidak seperti banyak fenomena
dalam psikologi, tidak terdapat satu teknik pengukuran terpiawai. (Wikipedia)

2.0

PERKEMBANGAN PEMIKIRAN KREATIF


Kreativiti berasal daripada perkataan Latin iaitu creare yang membawa maksud

membuat. Manakala daripada perkataan Greek pula creare bermaksud memenuhi.


Kamus Dewan, (2002) mentakrifkan kreativiti sebagai satu kemampuan (kebolehan)
mencipta daya kreatif, kekreatifan manakala kreatif pula sebagai mempunyai kebolehan
mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli.
Kreativiti ditakrifkan

sebagai

proses

pemikiran

yang

mendorong

dalam

merealisasikan idea baru juga sebagai penemuan baru di mana ia menuju ke arah yang lebih
realiti. Dalam konteks ini kreativiti boleh ditaksirkan sebagai kombinasi di antara idea baru
dan idea lama. Idea baru diperlukan dan idea lama dikaji dan dinilai semula. Ia juga
merupakan proses melihat semula, memilih, menukar ganti, gabungan dua maklumat idea
baru dan kemahiran. Antara contoh kombinasi idea baru dan idea lama boleh dilihat kepada
fungsi penggunaan telefon dahulu dan kini.

3 | Page

PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK-KANAK

Jika dahulu telefon hanya digunakan sebagai alat sebuah komunikasi, namun kini
telefon bukan sahaja alat untuk berkomunikasi tetapi juga sebagai peranti hiburan, internet,
kamera dan sebagainya.
Terdapat empat fasa (langkah) utama di dalam proses kreativiti iaitu:
1.
2.
3.
4.

Pengumpulan Maklumat (Knowledge Accumulation)


Inkubasi (Incubation)
Idea
Penilaian dan Perlaksanaan

2.1

KEINGINAN ASAS KANAK-KANAK

Peranan ibu bapa dalam usaha untuk mempertingkatkan potensi anak mereka boleh
diwujudkan melalui konsep keibubapaan berkesan atau effective parenting. Konsep ini
bertujuan untuk mencorakkan perwatakan atau personaliti si anak itu supaya ciri-ciri tingkah
laku yang ditunjukkannya adalah baik dan sesuai dengan kehendak ibu bapa, keluarga,
masyarakat dan negara .
Tetapi sebaik manapun mana-mana ibubapa mendidik anak, tahap kreativiti anak-anak
serta cita-cita mereka hanya diketahui oleh mereka. Dan merekalah yang akan berusaha untuk
mencapainya. Setiap kanak-kanak atau pelajar mempunyai keinginan masing-masing
antaranya ialah:
(a)

Untuk Bergerak, Berjaya dan Diiktiraf, Diterima dan Disanjung (hasil karya diuji,
dipamerkan)

(b)

Untuk Bersaing, Ketangkasan Fizikal dan Memahami (pertandingan)

(c)

Untuk Meneroka, Pencapaian Kreatif dan MeluahkanPerasaan (beri peluang


meneroka dan bereksperimentasi

2.2

CIRI-CIRI KREATIVITI
Kanak-kanak dan pelajar dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta

berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Hasil kerja seni visual
4 | Page

PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK-KANAK

yang dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanakkanak.
Oleh itu, kanak-kanak perlu dibekalkan dengan alatan yang bersesuaian untuk dapat
merangsang daya imaginasi mereka. Kreativiti dapat dihasilkan dengan memanipulasikan
objek alam.
Pelajar yang mahu membentuk kreativiti akan mengambil berat ciri-ciri kreativiti
seperti yang tersenarai di bawah, ini kerana hanya dengan mengambil kira ciri dibawah
sahaja kreativiti dalaman seseorang individu dapat diperkembangkan ke tahap maksima.
a) Bersifat Fleksibel
Seseorang yang kreatif berupaya untuk menyesuaikan dirinya dalam pelbagai keadaan
dan situasi selain mempunyai keyakinan optimis. Jadi sejak dari kanak-kanak lagi mereka
akan senantiasa cuba menghasilkan karya kreatif yang disukai ramai, dan mereka sanggup
mengubah cara mereka berkarya jika itu yang diingini oleh khalayak. Mereka akan cuba
mengadaptasikan kehendak pasaran dan trend terkini dalam hasil kreativiti mereka. Kerana
mereka tahu hanya hasil kreatif yang difahami yang akan dibeli.
b) Sensitif dan Peka
Individu ini mempunyai daya sensitiviti yang tinggi terhadap keadaan sekelilingnya
termasuk gaya hidup, keperluan, persekitaran dan turut sensitif menggunakan deria. Dengan
itu barulah mereka dapat menerapkan sentimen perasaan dalam sesebuah lukisan bertema
seperti kemarahan, kesedihan dan lain-lain. Mereka juga peka untuk mewujudkan perasaan
setempat dalam setiap karya yang dihasilkan, sebagai contoh karya suasana kampong dapat
dirasai suasana kekampungannya hanya dengan sekali pandang sahaja karya tersebut.
c) Gagasan/Idea yang Asli dan Tulen
Seseorang yang dikategorikan sebagai kreatif seringkali mengutarakan idea dan
gagasan yang asli. Ini bermakna, cetusan idea bukanlah hasil cedokan daripada mana-mana
sumber. Idea mereka unik dan menarik, malah tidak stereotaip dan juga tidak kovensional.
Mereka ini biasanya menghasilkan hasil kerja dan karya mengikut cetusan rasa. Hasil karya
yang mereka hasilkan sering kali berbeza daripada yang biasa. Dan kadangkala adalah perlu
mereka berpegang kepada idea mereka kerana pada peringkat awal bukan semua idea hebat
akan terus diterima oleh masyarakat.
5 | Page

PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK-KANAK

d) Bersifat Terbuka
Mempunyai sifat keterbukaan di dalam menerima pandangan dan pendapat orang lain
mengenai hasil karya dan kerja mereka. Mengamalkan sikap bebas serta demokratik. Ini
adalah penting bagi mengelakkan pengkarya berasa tekanan melampau apabila tidak dapat
menerima kenyataan yang karyanya tidak diterima oleh khalayak, ataupun dia dikritik teruk
oleh media.
e) Logik
Murid-murid peka dan sering berfikir secara logik dan rasional. Mereka tahu
membezakan yang baik dan tidak baik. Selain menghargai masa mereka juga sangat
menghormati masa. Ini membawa kepada penekanan disiplin kendiri dalam diri setiap
pengkarya kreatif, kerana hanya dengan disiplin diri yang tinggi semasa berkarya sahajalah,
sesebuah karya agung boleh terhasil.
f) Berfikiran Bebas
Golongan kreatif ini mempunyai daya pemikiran yang tidak terkongkong pada satusatu perkara sahaja. Golongan ini pandai dan bijak merancang agar projek dan perkara yang
dirancang selamat dan berjalan lancar. Pada kebiasaannya mereka ini sangat berhati-hati dan
bijak membuat keputusan. Oleh itu cuba kekalkan kebebasan itu, jangan terlalu terkongkong
dengan sesuatu trend atau gaya. Sentiasa berubah umpama aliran air sungai yang menuju ke
laut.
2.3

PANDANGAN TOKOH-TOKOH LAIN MENGENAI KREATIVITI


Ellis Paul Torrance atau lebih dikenali sebagai Paul Torrance merupakan penyelidik

dan ahli akademik yang tersohor dalam bidang kreativiti. Kerja-kerja penyelidikannya di
dalam mendalami bidang ini telah berjaya mengembangkan bidang kreativiti dan beliau telah
diiktiraf dengan gelaran Bapa Kreativiti.
June King McFee pula mentakrifkan kreativiti itu sebagai keupayaan seseorang
mencipta sesuatu yang baru dan pada masa yang sama mampu untuk mengolah idea.
Carl Rogers telah menggariskan lima faktor yang menjadi asas kepada individu yang sihat,
yang dapat berfungsi dengan sepenuhnya dalam kehidupan. Kelima-lima faktor tersebut ialah
keterbukaan kepada pengalaman, cuba menikmati kehidupan yang dialaminya, menghargai
diri sendiri, mengamalkan kebebasan dan akhirnya menjadi individu kreatif. Beliau percaya

6 | Page

PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK-KANAK

bahawa individu yang bebas dan mempunyai rasa tanggungjawab akan cuba menyumbang
kepada insan serta makhluk lain di persekitarannya.
Sumbangan ini boleh dinyatakan dalam bentuk kreativiti di dalam bidang seni
ataupun sains,
Victor Lowenfeld - menjelaskan bahawa kreativiti seseorang murid itu boleh diukur
melalui empat omponen utama iaitu kelancaran,( secara spontan serta pantas )
fleksibel, (mampu menyesuaikan diri dengan pelbagai keadaan dan situasi keaslian (mencari
idea baru dan asli kepekaan. (Penggunaan deria pancaindera seperti melihat, merasa,
mendengar, menghidu dan sentuhan digunakan secara sepenuhnya sebagi proses engamatan
dan merekod.)

3.0

PERKEMBANGAN PEMIKIRAN KREATIF FISHER (1943)

Terdapat 5 Tahap dalam Pemikiran Kreatif; dalam 5 tahap ini, Fisher menerangkan
yang setiap dari kita mempunyai ruang dan peluang untuk menjadi kreatif sedari kanak-kanak
lagi.

i)

Peringkat Rangsangan
Beri soalan kritikal yang mana ia boleh mendorong perasaan ingin tahu dikalangan

pelajar. Rangsangan yang diberikan akan menggalakkan pelajar mencari bentuk kreativiti
mereka sendiri. Yang mana bentuk-bentuk ini tidak boleh dilentuk oleh mana-mana guru
sekalipun kerana ia akan berlaku secara automatic didalam minda pelajar tersebut.

ii)

Peringkat Penerokaan
Pelajar cuba mencari jawapan terhadap soalan yang telah diberikan dengan kaedah

mereka yang tersendiri. Hanya pelajar yang kreatif akan cuba pelbagai cara, gaya, teknik
dalam menentukan kaedah yang paling disukai mereka dan mudah untuk mereka mendapat
jawapan.
iii)

Peringkat Perancangan

7 | Page

PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK-KANAK

Melalui perancangan secara verbal & visual, pelajar akan merancang langkah kerja
yang bersesuaian dengan cara berfikir mereka untuk mereka mendapat jawapan yang akan
memuaskan hati guru yang berkenaan.

iv)

Peringkat Aktiviti
pelajar akan melaksanakan rancangan tindakan mereka dan melakukan tindakan

mencari jawapan berdasarkan persoalan bagaimana harus kita mengambil tindakan ke atas
cadangan tersebut.

v)

Kajian Semula
Membuat penilaian/refleksi terhadap keberkesanan tindakan yang telah dijalankan -

untuk tujuan penambahbaikan dan akan dioleh menjadi kaedah penyelesaian masalah yang
paling mudah difahami dan mengambil masa yang paling singkat.

3.1

PENERAPAN DALAM P&P


Semua kanak-kanak memiliki sifat-sifat yang kreatif dalam jiwa masing-masing.

Perbezaannya hanya lebih atau kurangnya sifat tersebut dari seseorang kanak-kanak dengan
kanak-kanak yang lain, dan jenis krativiti bagaimana yang menjadi pilihan atau
kecenderungan seseorang kanak-kanak itu.
Proses aktiviti seni dari pendidikan rendah telah dibuktikan dapat membantu kanakkanak untuk mereka cipta sesuatu dengan menggunakan idea masing-masing. Kanak-kanak
bermula dengan berimaginasi, mengeluarkan idea dan seterusnya menerokai dan mendapat
keputusan daripada proses seni yang dilaksanakan. Mereka akan berupaya mengenalpasti
tahap kreativiti masing-masing.
Kreativiti ialah keupayaan untuk menghasilkan sesuatu yang baru dengan daya
kreatif. Kreativiti merupakan proses membawa sesuatu yang baru ke dalamnya serta
mempunyai keunikan.
Kemahiran berfikir secara kreatif yang terhasil daripada pendidikan diperingkat
sekolah rendah, merupakan kebolehan kanak-kanak untuk mencerna, mengimaginasi,
menghasilkan idea dan mempelbagaikan idea masing-masing.
8 | Page

PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK-KANAK

3.2

IMPLIKASINYA KEPADA PERKEMBANGAN DAN PEMBANGUNAN CIRICIRI INDIVIDU


Implikasinya kepada perkembangan dan pembangunan ciri-ciri individu tersebut

dalam diri kanak-kanak adalah kanak-kanak dapat memperkembangkan kreativiti mereka.


Proses P&P menjadi lebih mudah kepada para guru jikan pelajar lebih kreatif dan lebih
mudah menangkap apa yang ingin cuba disampaikan oleh guru. Terutamanya dalam
matapelajaran yang memerlukan pelajar berfikir secara konstruktif dalam proses mencari
jawapan.
Proses peningkatan kreativiti ini bukan hanya member pelajar kelebihan dalam subjek
seni, tetapi dalam semua subjek kerana apa yang dirangsang pada diri pelajar, bukanlah daya
seni sahaja, tetapi cara berfikir pelajar tersebut. Mereka lebih mudah berfikir di luar norma
dan mampu melihat sesuatu masalah dari sudut yang berbeza. Faktor ini dilihat penting pada
peringkat pengajian yang lebih tinggi (menengah dan keatas) kerana pembelajaran tinggi
tidak hanya mahu pelajar menghafal dan menjawab soalan secara terus, tetapi pelajar harus
mengolah apa yang telah mereka pelajari dan menghasilkan suatu bentuk jawapan yang
berlainan.
3.3

KEPENTINGAN SENI KEPADA KANAK-KANAK


Seni boleh dirujuk sebagai suatu proses dan manifestasi kepada ekspresi diri,

penilaian yang menentukan elemenelemen yang wajar diketengahkan di dalam hasil seni, di
dalam menyampaikan idea, emosi, perasaan, kepercayaan di dalam bentuk yang difikirkan
paling efektif.
(a)

Aspek Kognitif
Penganjuran aktiviti seni visual yang tersusun dan terancang dapat melahirkan kanak-

kanak yang empunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta mampu membuat penilaian
dan bijak membuat keputusan.
(b)

Aspek Fizikal

9 | Page

PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK-KANAK

Penggunaan alat dan bahan memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada otot
tangan (psychomotor) dan koordinasi tangan serta mata.
(c)

Aspek Kreativiti
Latihan dan projek yang bersifat terbuka dapat membantu murid untuk

mengembangkan aspek kreativiti mereka. Aktiviti dan projek di dalam pendidikan seni visual
mengutamakan proses, berbanding dengan hasilan akhir.
(d)

Aspek Persepsi
murid boleh mempertingkatkan dan menajamkan penggunaan pancaindera dan deria

melalui proses penghasilan dan hasilan seni, produk dan objek yang terdapat di sekeliling
mereka.
(e)

Aspek Sosial dan Emosi


Murid boleh berinteraksi dan meningkatkan keupayaan bersosial selain meningkatkan

keyakinan diri. Mata pelajaran pendidikan seni juga menganjurkan semangat kerjasama di
dalam aktiviti berkumpulan yang dibentuk.

3.4

KEBOLEHAN KANAK-KANAK MENINGKATKAN DAYA PERSEPSI DAN


EMOSI

a)

Melukis sebagai Medium Komunikasi

Lukisan merupakan bentuk komunikasi awal kanak-kanak sebelum mereka berupaya


untuk bertutur. Mereka cuba meluahkan perasaan mereka melalui lukisan atau contengan
yang mereka lakukan. Jika mereka seronok corak ceria akan terhasil, makala jika mereka
marah corak yang lebih garang dan agresif pula akan terhasil. Ianya dijadikan alat
perhubungan yang berkesan untuk berinteraksi.

10 | P a g e

PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK-KANAK

b)

Melukis sebagai Cara Mencapai Kepuasan Diri


Melukis merupakan aktiviti yang mampu memberikan kepuasan kepada kanak-kanak.

Melalui lukisan, kanak-kanak dapat meluahkan perasaan dan emosi selain dapat membina
kekuatan otot. Aktiviti sebegini juga dapat membantu menajamkan daya intuisi kanak-kanak.

c)

Melukis untuk Meningkatkan Daya Penguasaan Kendiri (Self Esteem)


Aktiviti melukis dapat memberikan kepuasan kepada kanak-kanak dalam meluahkan

apa yang dilihat lalu dipindahkan semula dalam bentuk dan rupa imej yang unik mengikut
tahap pemahaman mereka.Melalui aktiviti melukis, kanak-kanak dapat meningkatkan daya
sensitiviti pancaindera
4.0

MENINGKATKAN DAYA KREATIVITI KANAK-KANAK


Kanak-kanak perlu dibekalkan dengan alatan yang bersesuaian untuk dapat

merangsang daya imaginasi mereka. Kreativiti dapat dihasilkan dengan memanipulasikan


objek alam atau peralatan yang terdapat disekeliling mereka. Terdapat banyak kaedah yang
sentiasa boleh dipakai oleh guru atau ibubapa dalam membantu merangsang kanak-kanak
dalam memperkembangkan kreativiti mereka.
Antara pelbagai jenis alat dan media yang boleh digunakan dalam mendidik pelajar
tentang sesuatu perkara yang ingin disampaikan, adalah seperti yang dinyatakan dibawah:
(a) Alatan Asas
Alatan-alatan asas seperti kertas lukisan, berus, warna dan krayon ataupun apa-apa
peralatan yang boleh digunakan untuk menghasilkan lakaran seperti arang, kapur, cat, kanakkanak mampu menggunakan apa sahaja medium untuk bereksperimen dalam menghasilkan
karya mereka.

(b) Gambar
11 | P a g e

PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK-KANAK

Gambar-gambar foto ini bolehlah digunakan daripada imej yang pelbagai, contohnya
gambar keluarga, haiwan, bangunan, pemandangan dan pelbagai lagi objek alam yang lain.
Pelajar meniru imej di dalam foto untuk dimanifestasikan di dalam karya lukisan mereka.
(c) Rakaman Video dan Penggunaan ICT
Guru boleh menggunakan rakaman video dan menayangkan kepada para pelajar di
bilik media atau bilik pandang dengar yang terdapat di sekolah-sekolah.
Penggunaan ICT merujuk kepada penggunaan alatan digital dan elektronik dengan
memanipulasikan perisian-perisian yang ada. penggunaan komputer, pengimbas, kamera
digital, pencetak dan Internet pembelajaran yang lebih kreatif dan menyeronokkan.
4.1

STRATEGI MERANGSANG KREATIVITI


Ahli-ahli psikologi mempercayai bahawa setiap daripada kita mempunyai kekuatan

dan kelemahan tersendiri. Begitu juga pelajar-pelajar di tadika. Terdapat pelajar yang pasif
dalam akademik tetapi aktif dalam sukan dan permainan. Pendek kata, kita semua berbeza
tetapi apa yang jelas ialah setiap orang mempunyai potensi tersendiri.
Perkataan potensi pelajar merujuk kepada sifat-sifat semula jadi yang ada pada diri
seseorang pelajar, tetapi belum dapat dikembangkan. Keadaan ini sama dengan apa yang
dikatakan sebagai fitrah manusia. Fitrah manusia merujuk kepada sifat-sifat semula jadi yang
terdapat pada setiap insan. Sifat-sifat ini adalah seperti daya cipta, keterbukaan, sifat ingin
tahu dan keupayaan berfikir.
4.1.1

Kaedah Sumbangsaran (Brainstorming)

(a)

Kaedah Pertama
Elakkan membuat penilaian, terutama semasa proses awal sumbangsaran. Ini boleh

membantutkan usaha murid untuk menyalurkan idea kerana khuatir idea yang diberikan tidak
mampu dilaksanakan.

12 | P a g e

PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK-KANAK

(b)

Kedah Kedua
Elakkan pemilikan idea oleh kumpulan dan individu. Ini kerana apabila idea dan

saranan dihakmilikkan oleh individu atau kumpulan ianya akan menyebabkan perasaan ego
wujud lalu mengurangkan kerjasama di kalangan murid. Keadaan ini biasanya mewujudkan
suasana tegang kerana mereka cuba untuk mempertahankan idea dan secara tidak langsung
menyebabkan kesukaran untuk memperbaiki idea tersebut.
(c)

Kaedah Ketiga
Menjelaskan kepada murid bahawa tidak menjadi kesalahan untuk meminjam idea

dan cara sedia ada bagi tujuan penambahbaikan dalam proses kemudiannya.
(d)

Kaedah Keempat
Menggalakkan sumbangsaran idea yang luar biasa yang kadangkala tidak masuk akal.

Galakan sebegini akan merangsang murid untuk berfikir luar daripada kemampuan supaya
murid mempunyai idea menarik, tidak bersifat konvensional dan bersifat biasa sahaja.
Kreativiti boleh dirangsang melalui aktiviti bermain. Bagi kanak-kanak, masa
bermain merupakan masa yang penuh dengan keseronokan dan cabaran. Justeru, rangsangan
perlu diwujudkan melalui permainan berbentuk akademik. Sebagai contoh, guru boleh
menggalakkan aktiviti seperti membuat mural di sekolah.
4.2

MENINGKATKAN MOTIVASI PELAJAR


Strategi dan saranan yang diberikan dibawah boleh digunakan oleh guru bagi

menyuburkan proses kreativiti kanak-kanak.


(a)

Memilih Bahan dan Alat


Murid seharusnya diberikan peluang untuk memilih bahan dan alatan yang boleh

digunakan untuk pelbagai aktiviti seni visual.


13 | P a g e

PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK-KANAK

(b)

Masa
Rancang pelajaran dengan baik dan teratur supaya murid mempunyai masa yang

cukup untuk berfikir, membuat eksperimentasi, dan meneroka.


(c)

Rangsangan
Pamerkan hasil karya murid sebagai satu bentuk sokongan berterusan. Pameran hasil

karya murid boleh merangsang pelajar untuk menghasilkan banyak lagi hasil karya seni
visual.
(d)

Pengajaran dan Pembelajaran Fleksibel


Guru pendidikan perlu fleksibel dalam proses pengajaran. Mereka seharusnya

bersedia untuk mengubah cara mengajar mengikut minat idea dan cadangan daripada murid.
(e)

Hormat-menghormati
Guru pendidikan seni visual perlu mempunyai sikap menghormati murid dan

menghargai sumbangan dan komitmen yang ditunjukkan


(f)

Memberikan Galakan dan Motivasi


Elakkan daripada mengkritik keterlaluan sehingga pelajar patah semangat dan tidak

berminat untuk meneruskan penghasilan karya.


(g)

Penghargaan
Galakkan dan berikan penghargaan kepada murid di atas usaha dan komitmen yang

mereka berikan di dalam kelas.

14 | P a g e

PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK-KANAK

5.0

KESIMPULAN
Kesimpulannya kreativiti adalah kebolehan dan kemampuan seseorang menghasilkan

sesuatu yang kreatif, baru dan asli. Ada juga pendapat yang mentakrifkan kreatif dan
kreativiti sebagai penghasilan sesuatu yang tidak ada sebelumnya. Tetapi kreativiti
sebenaknya adalah sesuatu sifat yang ada dalam diri semua kanak-kanak, seperti yang
dinyatakan oleh Fisher.
Kanak-kanak secara semulajadi dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik
serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Kreativiti yang
dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak.
Oleh itu, perkembangan kreativiti kanak-kanak tidak harus disekat, sebaliknya harus dipupuk
dan diperkembangkan agar ia dapat membantu kanak-kanak tersebut dalam pembelajaran.
Kerana ia telah dibuktikan secara saintifik yang kanak-kanak yang kreatif lebih mudah
berjaya dalam pembelajaran.

15 | P a g e

PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK-KANAK

6.0

BIBLIOGRAFI

http://pismpprasekolahipks.blogspot.com/2010/02/tugasan-minggu-6-pra3106.html
http://izhar-dominson.blogspot.com/
http://ms.wikipedia.org/wiki/Kreatif
http://www.scribd.com/doc/96426410/Teori-Perkembangan-Kreativiti-Fisher
http://praskt.wordpress.com/2008/10/02/peranan-ibu-bapa-dalam-meningkatkan-

potensi-anak-anak/
http://www.harum.com.my/female.php?id=574
http://virtualfriends.net/article/articleview.cfm?AID=43247

16 | P a g e