Anda di halaman 1dari 47

BMM3142 KHAZATULSIMA BT KHALID PPG AMBILAN FEB 2012 I/C 740102085900.

1.0

Konsep dan Budaya Masyarakat

Pengertian Budaya
Sungguhpun manusia itu dari segi biologi tidak banyak berbeza dari haiwan
primat, tetapi perlakuannya amat berbeza. Manusia dapat menggunakan akal fikiran dan
peralatan. Perlakuan mereka dikawal dan didorongkan oleh akal. Proses pemelajaran
manusia dapat menentukan corak budayanya. Ilmu pengetahuannya bersifat akumulatif,
mampu

memahami

lambang-lambang

yang

simbolis

seperti

bahasa.

Sistem

pembahagian manusia adalah lebih kompleks daripada haiwan.


Budaya yang dikonsepsikan oleh orang ramai selalunya meliputi hal-hal
mengenai kesenian. Sedangkan pengertian budaya dalam pengajian anthropologi
adalah suatu jalinan yang kompleks. Perlakuan manusia yang dipelajari (learned
behaviour) adalah menjadi asas kepada pertumbuhan budaya. Perlakuan-perlakuan
manusia yang diterima dari proses pemelajaran terjalin dalam suatu sistem yang
tersusun rapi, iaitu merupakan budaya. Definisi budaya itu berbagai-bagai sebagaimana
yang diberikan oleh sarjan-sarjana anthropologi budaya. A.L. Kroeber dan C. Kluckhohn
pernah mengumpul sehingga 160 definisi budaya yang telah digunakan oleh sarjanasarjana. Kemudian mereka menganalisis dan membuat kesimpulan.
Dalam bahasa Melayu budaya itu berasal daripada perkataan budi, iaitu kata
Sanskrit yang bermaksud akal. Budaya itu ialah perlakuan-perlakuan manusia yang
berkaitan dengan akal fikiran. Dalam intepretasi lain difahamkan bahawa budaya itu
daripada rangkaian daya dan budi yang dapat dikatakan segala yang berupa cipta,
rasa dan penggunaan fikiran manusia. Kebudayaan itu bermaksud segala hasil dari
ciptaan itu. Budaya adalah kata singkat daripada kebudayaan.
Adakala budaya itu didapati sama ertinya dengan peradaban, tetapi peradaban itu
adalah sebahagian daripada budaya.
Dalam budaya itu terdapat berbagai-bagai jalinan unsur, ada unsur yang amat
besar dan ada unsur kecil. Unsur-unsur budaya itu dapat dikelasifikasikan kepada
beberapa bahagian yang penting bagi memudahkan perbincangan akademik.

BMM3142 KHAZATULSIMA BT KHALID PPG AMBILAN FEB 2012 I/C 740102085900.

Sebenarnya unsur-unsur itu saling berkaitan antara satu sama lain. Dan selalunya
unsur-unsur itu bertindih sesama sendiri. Antara unsur-unsur budaya itu terdapat unsurunsur besar yang dikatakan budaya universal (cultural universal) yang dapat
dibahagikan kepada: budaya peralatan bagi keperluan hidup manusia, sistem ekonomi,
sistem sosial, bahasa, kesenian dan mainan, ilmu pengetahuan dan agama serta magis.
Dalam unsur-unsur budaya besar itu terdapat pula bahagian-bahagian yang lebih kecil.
Dalam berbagai-bagai unsur budaya itu terdapat pula aktiviti-aktivitinya yang tersendiri
yang dapat dikatakan aktiviti budaya (cultural activities). Segala aktiviti budaya itu
terbahagi pula kepada jalinan-jalinan yang lebih kecil yang kita namakan trait
complexes dan kemudian boleh dipecah-pecahkan kepada trait-trait yang lebih kecil.
Daripada traits ini terdapat pula pecahan yang lebih kecil yang dinamakan unsur atau
items.
Budaya itu dapat dilihat dari aspek perlakuan dan hasil perlakuan anggotaanggota masyarakat. Perlakuan manusia didorongkan oleh berbagai-bagai aspek lain,
seperti norma, nilai, peraturan, adat resam, kepercayaan, undang-undang dan
sebagainya. Perlakuan ini adalah hasil dari berbagai-bagai proses dan ini juga yang
melahirkan berbagai-bagai peralatan budaya. Sesuatu sistem itu merupakan perlakuan
individu dan gabungan dengan alat-alat yang dihasilkan.
Dalam penyelidikan anthropologi budaya memerlukan satu proses yang
kompleks bagi memahami perhubungan dan interaksi individu dalam sesuatu
masyarakat itu. Perlakuan itu harus mencerminkan budaya yang menjadi tumpuan
kajian itu.
Perlakuan dan Kawalan Sosial
Pola-pola budaya merupakan satu prinsip atau dasar yang berulangkali berlaku dalam
budaya, sehingga ia melahirkan aktiviti budaya atau kompleks budaya. Ia melahirkan
suatu sistem pola. Dalam penyelidikan sesuatu unsur budaya itu, hendaklah melihat
kedudukan pola itu dalam budaya seluruhnya. Tidak lengkap jika penyelidikan itu hanya
ditumpukan kepada bahagiannya tanpa pertimbangkan kedudukannya yang lebih luas.

BMM3142 KHAZATULSIMA BT KHALID PPG AMBILAN FEB 2012 I/C 740102085900.

Fungsi
Dalam penyelidikan, fungsi mempunyai pengertiannya tersendiri. Fungsi dalam
pengajian akademik menerangkan hubungan antara suatu hal dengan sesuatu tujuan
tertentu; dan menerangkan hubungan variable antara satu dengan yang lain; dan fungsi
juga menerangkan jalinan hubungan antara satu hal dengan hal yang lain dalam sistem
yang bulat atau sistem yang lebih luas. Fungsi yang selalu digunakan seharian itu juga
dengan mudah difahami, iaitu melihat peranan atau kepentingan sesuatu itu dengan
hubungan masyarakat atau sistem yang lebih luas. Dalam pengajian akademik, konsep
fungsi itu kemudian melahirkan satu pendekatan tersendiri yang dipanggil fungsionalism.
Para pengkaji anthropologi berusaha memberi pengertian yang lebih mendalam
mengenai pendekatan fungsi ini, iaitu cuba menerangkan bahawa setiap unsur budaya
itu mempunyai guna, fungsi dan maknanya tersendiri dalam masyarakat. Setiap unsur
itu dapat dihubungkan dengan sesuatu tujuan atau peranan tertentu dalam masyarakat.
Selain itu, sesuatu unsur itu mempunyai makna dan pengertian tersendiri dalam budaya.
Aspek ini boleh dikaji dan dianalisis dengan lebih mendalam.
Sesuatu unsur budaya yang lahir itu, bersangkut paut pula dengan berbagaibagai aspek dan unsur lain dalam masyarakat. Oleh itu, apabila mengkaji sesuatu unsur
itu hendaklah juga dikaitkan dengan minat-minat yang lain. Ini dikatakan pendekatan
minat sosial.
Anika budaya
Budaya dan masyarakat itu didapati berbagai-bagai, diversiti dalam dimensi masa dan
ruang. Oleh kerana terdapat diversiti dalam budaya itu maka didapati berbagai-bagai
usaha untuk mengkelasifikasikannya; misalnya pembahagian seperti barat dan timur;
primitif dan moden; tradisi dan moden, berdasarkan sekitaran alam, kawasan budaya
dan ke dalam kulturkreise. Pembahagian itu berasaskan pada masa atau ruang. Dalam
proses mengkelasifikasikan budaya terdapat berbagai-bagai kritik, tentangan dan
terdapat pula berbagai-bagai sokongan dan ulasan.

BMM3142 KHAZATULSIMA BT KHALID PPG AMBILAN FEB 2012 I/C 740102085900.

Pengertian masyarakat
Pengertian masyarakat itu luas dan boleh dilihat dari berbagai-bagai sudut.
Dalam penggunaan harian, masyarakat difahamkan sebagai kelompok individu.
Pengertian masyarakat banyak telah diberikan oleh para pengkaji anthropologi dan
sosiologi. Segala pengeritan yang dibincangkan itu adalah benar melihat kepada sudut
pandangan masing-masing. Secara umum, masyarakat itu dapat difahamkan sebagai
satu kesatuan kelompok manusia yang mempunyai interaksi dalam sistem hidup yang
tertentu. Adat resam juga digunakan dalam menentukan cara hidup masyarakat. Jadi,
budaya adalah sebagai ikatan kepada wujudnya masyarakat. Budaya dan masyarakat
adalah sesuatu hubungan yang tidak dapat dipisahkan. Dalam masyarakat itu juga,
pentingnya ialah interaksi antara individu-individu yang menentukan suatu pola hidup
yang tertentu. Melalui ini terdapatlah suatu sistem komunikasi yang tersendiri. Proses
interaksi itu adalah luas pengertiannya, meliputi pelbagai sistem komunikasi. Perlakuan
individu dalam masyarakat itu adalah ditentukan oleh pola-pola interaksi, sebagaimana
yang ditentukan oleh nilai-nilai sosial.
Pengertian masyarakat adalah sangat luas yang meliputi berbagai-bagai ciri
meliputi unit-unit sosial dan institusi-institusi sosial yang lebih luas. Kelompok-kelompok
interaksi sosial yang kecil itu merupakan unit sosial yang tersendiri sehinggalah kepada
unit sosial yang lebih besar. Unit sosial itu wujud atas minat dan kepentingan tertentu
dengan sistem interaksi yang tersendiri. Masing-masing individu itu berinteraksi
bersandar atas kepentingan tersendiri.
Unit sosial ini kemudian dapat dipisahkan kepada kategori sosial yang lebih
besar iaitu golongan sosial. Golongan bermaksud kelompok sosial yang lebih besar dan
selalunya interaksi anggota-anggota itu tidak seerat unit sosial. Golongan sosial ini
bergantung kepada asas mana yang dijadikan ukuran atau pembahagiannya. Dalam
sesuatu golongan sosial itu terdapat ciri-ciri tertentu yang berasaskan kepada ciri-ciri
yang digunakan untuk kategori itu.
Kolektif: Berasaskan kepada ciri-ciri tertentu berdasarkan sistem norma di kalangan
anggota-anggota masyarakat.

BMM3142 KHAZATULSIMA BT KHALID PPG AMBILAN FEB 2012 I/C 740102085900.

Kelompok sosial (social group): Pembentukan kumpulan secara kolektif itu juga
melahirkan kelompok seperti kumpulan ras (racial group), kumpulan budaya (cultural
group) dan kumpulan ethnik (ethnic group). Setiap kelompok itu mempunyai organisasi
dan sistem kepimpinan tertentu. Kumpulan kelompok mempunyai ikatan, seperti tujuan
dan minat bersama. Begitu juga anggota kelompok itu terdapat sistem nilai dan norma
yang tersendiri. Mereka mempunyai kesedaran bersama.
Komuniti: Berasaskan kepada hidup setempat ikatan yang rapat dalam kelompok kecil
dan unit sosial yang lebih besar.
Institusi sosial: Ini lebih khusus kepada sistem nilai dan norma, mempengaruhi aktivti
individu dalam satu kesatuan kemasyarakatan tadi. Mereka mempunyai kepentingan
atas minat bersama. Adakala berupa kebiasaan, adat istiadat atau adat resam
anggotanya bersama dalam aktiviti, dan menurut sistem norma bersama yang bertujuan
untuk memenuhi kompleks tertentu. Institusi pula bermakna badan atau organisasi
khusus.

Institusi

bertujuan

memenuhi

keperluan

kehidupan,

seperti

institusi

kekerabatan, institusi yang bersifat ekonomi, pendidikan, politik dan sebagainya.


Struktur Sosial: Konsep struktur sosial dikemuakan oleh A.R. Radcliff-Brown (1939).
Sesuatu prinsip kebudayaan itu adalah terdiri dari jalinan-jalinan tertentu yang dapat
menjadikannya sebagai struktur sosial. Struktur sosial amat penting dalam memahami
budaya dan masyarakat.
Masyarakat dan Budaya
Dinamiks Sosial: dalam proses ini kita perlu memahami sosialisasi, enkulturasi, evolusi,
inovasi, difusi, assimilasi dan akulturasi. Dalam penyelidikan sosio-budaya persoalan ini
hendaklah dilihat dalam konteks perubahannya.
Proses sosialisasi: meliputi seluruh proses penyesuaian individu dalam budayanya
secara mempelajari, baik secara formal mahupun tidak formal bagi memahami
masyarakat sekitarnya. Seorang itu mengalami proses sosialisasi sejak lahir sehingga
seorang itu meninggal dunia. Seorang itu mempelajari norma, nilai dan peraturanperaturan hidup dalam masyarakatnya. Proses pembudayaan yang disebut enkulturasi,
ialah penyesuaian dengan kehendak-kehendak budaya sendiri. Konflik sosial selalu
terdapat dalam proses sosialisasi itu, sehingga adakalanya melahirkan individu yang

BMM3142 KHAZATULSIMA BT KHALID PPG AMBILAN FEB 2012 I/C 740102085900.

menyeleweng (deviants). Aspek penyelewengan dalam budaya ini adalah suatu


fenomenon yang terdapat dalam semua budaya.
Proses perubahan masyarakat dan budaya
Perubahan berlaku kerana budaya itu dinamis, iaitu berlaku perubahan dari masa ke
masa. Perubahan itu adakala terjadi dalam jangka masa yang lama dan adakala
berbentuk reformasi atau revolusi.
Evolusi budaya ialah suatu proses perubahan masyarakat dan budaya yang mengambil
masa yang lama. Perubahan yang berlaku itu lebih berupa secara bersendirian, iaitu
tidak ada tekanan dari luar. Konsep perubahan budaya pula merupakan perubahan yang
terjadi dalam jangka masa yang lebih pendek dan mungkin hasil dari pertembungan
dengan luar atau lebih bersifat tekanan dari luar. Perubahan budaya itu terjadi secara
asimilasi dan akultrasi.
Proses evolusi yang mengambil masa lama itu dalam anthropologi dikatakan directional
processes yang dilihat dari jauh. Proses evolusi secara berulang-ulang itu dipanggil
proses recurrent.
Inovasi ialah proses perubahan budaya yang besar tetapi terjadi dalam jangka masa
yang tidak begitu lama. Penemuan baru disebarkan kepada masyarakat, dan budaya itu
diterima serta dipelajari dan akhirnya menjadi kebiasaan dalam masyarakat.
Penemuan (discovery dan invention) ialah penemuan unsur budaya baru. Bila
penemuan itu diserap ke dalam budaya maka ia dikatakan penciptaan.
Difusi
Difusi bermakna proses penyebaran unsur-unsur budaya daripada seorang individu
kepada seorang individu lain, atau dari satu masyarakat kepada satu masyarakat lain.
Proses penyebaran unsur-unsur budaya dalam masyarkat yang sama disebut difusi
dalam masyarakat yang sama (intra-society diffusion) dan proses difusi antara
masyarakat itu ialah inter-society diffusion. Intra-society diffusion selalunya merupakan
penyebaran dan peresapan unsur-unsur budaya baru yang ditemui dari proses inovasi
dan penciptaan. Dalam anthropologi proses difusi budaya itu dimaksudkan penyebaran

BMM3142 KHAZATULSIMA BT KHALID PPG AMBILAN FEB 2012 I/C 740102085900.

dan peresapan unsur-unsur budaya daripada satu masyarakat kepada satu masyarakat
lain. Proses ini berlaku mungkin secara dibawa oleh orang-orang yang berpindah, iaitu
proses migrasi, terutama dalam zaman pra-sejarah yang kerapkali berlaku migrasi
kelompok-kelompok tertentu. Difusi budaya boleh berlaku kerana kedatangan individuindividu dari luar, seperti pengembara, pedagang, pelaut dan sebagainya. Misalnya,
dalam perkembangan unsur-unsur budaya Hindu ke kawasan ini. Difusi juga boleh
berlaku dengan pertembungan kelompok penduduk tempatan dengan kelompok jiran
dengan berbagai-bagai cara pertemuan. Cara pertama ialah hubungan dalam bentuk
daripada masing-masing budaya itu hampir tidak berubah yang disebut sebagai
symbiotic.
Difusi peresapan budaya melalui pedagang-pedagang berlaku secara sukarela yang
tidak disedari. Difusi budaya juga dilakukan oleh missionary atau pengembang agama,
cara ini dilakukan dengan sengaja. Peresapan budaya secara tekanan (imposed) ialah
melalui peperangan, penaklukan dan seumpamanya, di sini terdapat unsur paksaan.
Kini proses difusi tersangat cepat berlaku kerana terdapat berbagai-bagai kemudahan
sistem komunikasi yang tersebar luas, seperti radio, tv dan filem.
Unsur-unsur budaya selalu bergerak, tersebar atau meresap dari satu budaya kepada
satu budaya lain dengan berbagai-bagai cara dan jalinan difusi itu merupakan satu
kompleks yang tersendiri. Perpindahan budaya itu menjadi satu gabungan atau
kompleks yang agak sukar untuk dipisah-pisahkan. Sesuatu unsur budaya itu
mempunyai kait mengait dengan unsur-unsur budaya lain yang menjadikannya
sebagaimana satu kompleks tersendiri, misalnya jualan kereta ke negeri lain, juga
melibatkan hal-hal lain berkaitan dengan kereta.
Asimilasi
Proses ini berlaku dalam kelompok-kelompok yang budaya berbeza, mereka saling
bergaul antara satu sama lain, dalam masa yang lama sehingga budaya-budaya dari
kelompok-kelompok itu berubah saing menyesuaikan menjadi satu. Dalam komuniti
Cina dan Siam di Kelantan mengalami proses asimilasi dengan budaya orang Melayu.
Proses ini berlaku apabila terdapat pergaulan secara intensif dan luas dalam jangka
masa yang lama. Kelompok-kelompok itu mesti mempunyai sikap tolenrasi dan simpati

BMM3142 KHAZATULSIMA BT KHALID PPG AMBILAN FEB 2012 I/C 740102085900.

antara satu sama lain. Antara penghalang dalam proses ini ialah bila terdapat perasaan
superioriti pada individu dalam budaya tertentu terhadap budaya yang dihadapinya, dan
sifat takut kepada kekuatan budaya lain.
Akulturasi
Proses akulturasi berlaku bila budaya tempatan bertembung dengan budaya
asing, dan kemudian berlaku proses penerimaan budaya asing sesuai dengan
kehendak-kehendak tempatan sehingga tidak menghilangkan identiti budaya sendiri.
Proses ini berlaku kepada budaya Melayu sejak dulu kala, melampaui batas-batas
tempatan. Proses ini berlaku oleh kerana adanya migrasi, pertembungan secara individu
dengan budaya asing. Penerimaan unsur-unsur budaya asing itu tidak pula
bertentangan dengan kehendak-kehendak budaya sendiri. Proses ini amat pesat
berlaku apabila berlaku campur tangan kolonial Barat di negara-negara yang mundur.
Bersama dengan penyebaran agama-agama besar di dunia ini juga bermakna
penyebaran budaya melalui proses akulturasi ini berlaku secara leluasa. Pertembungan
budaya-budaya Afrika, Asia, Oceania, Amerika Utara dengan Ero-Amerika menjadikan
proses akulturasi itu pesat sekali berlaku dalam abad ke-20.
Dalam pengajian anthropologi budaya, tumpuan kepada penyelidikan proses
akulturasi ini semakin diminati dan berkembang luas. Berbagai-bagai method dan
pendekatan penyelidikan tentang ini telah dilakukan oleh sarjana-sarjana. Dalam
penyelidikan ini memerlukan pengetahuan yang luas kerana ia melibatkan usaha
perbandingan antara satu budaya dengan satu budaya lain.
Unsur-unsur budaya asing yang mudah diterima ialah yang bercorak atau
bersifat konkrit, seperti budaya kebendaan (material culture), dan unsur-unsur budaya
yang mempunyai fungsi atau gunanya yang tinggi kepada budaya yang menerima.
Sesuatu unsur budaya yang diterima itu adalah yang mudah disesuaikan dengan
keadaan masyarakat yang menerima. Unsur-unsur yang tidak sesuai dan dianggap
sukar adalah lambat diterima.
Unsur-unsur budaya yang sukar diganti ialah unsur-unsur budaya yang sudah
meluas dalam masyarakat dan diamalkan secara turun temurun, seperti sistem
kekerabatan. Kedua, unsur-unsur budaya yang dialami dalam proses sosialisasi pada

BMM3142 KHAZATULSIMA BT KHALID PPG AMBILAN FEB 2012 I/C 740102085900.

peringkat awal juga sukar digantikan, seperti makanan. Makanan itu adalah sukar
diubah. Ketiga, unsur yang melibatkan agama dan kepercayaan juga adalah sukar
diganti

dan

diubah.

Begitu

juga

ritual

yang

berkaitan

dengan

hal

ini.

Individu yang dikatakan moden, maju dan progresif lebih mudah menerima unsurunsur budaya asing berbanding dengan individu kolot atau kampungan. Proses
urbanisasi juga memainkan peranan penting dalam menentukan pesatnya proses
penerimaan. Pendidikan juga menjadi ukuran dalam menentukan mudah atau tidak
seorang individu itu menerima unsur-unsur budaya asing. Lagi satu faktor ialah umur,
iaitu antara golongan tua dan golongan muda. Golongan muda itu mudah mengalami
devian dan menerima unsur-unsur budaya asing berbanding dengan golongan tua yang
lebih kuat pegangan kepada tradisi.
Konflik dan ketegangan sosial kesan dari akulturasi
Peringkat perubahan selalu dikatakan tahap krisis, iaitu transisi antara golongan
yang kuat ikatan kepada tradisi dengan golongan muda yang inginkan perubahan.
Konflik sosial muncul dan perdebatan atau ketegangan sosial ini kerap berlaku dalam
masyarakat. Golongan-golongan itu menentukan dasar dan prinsip masing-masing.
Antaranya golongan tua dengan golongan muda; golongan berpelajaran dengan
golongan kurang pelajaran; nasionalisme dengan liberalisme; golongan maju, moden
dengan golongan kolot; golongan urban dengan golongan kampung.
Konflik dan ketegangan sosial ini jelas sekali apabila berlaku tekanan budaya
dengan pesatnya penerimaan unsur-unsur budaya asing. Dengan ini juga menyebabkan
timbul golongan-golongan penentang. Golongan yang selalu terlibat ialah pertubuhan
keagamaan yang berusaha mempertahankan tradisi. Adakala golongan agama ini
melarikan diri daripada masyarakat yang dianggap menghadapi kacau bilau. Inilah yang
menimbulkan gerakan-gerakan cults, messianic movements, nativistic movements dan
sebagainya. Gerakan-gerakan ini berusaha mempertahankan indentiti sendiri.

BMM3142 KHAZATULSIMA BT KHALID PPG AMBILAN FEB 2012 I/C 740102085900.

Ethnologi
Bidang ethnologi menjadi persoalan etnografi yang memberikan huraian tentang
sesuatu budaya dalam konteks masyarakatnya. Pendekatan dalam bidang ini ialah
melihat kepada segala aspek yang menjadi unsur budaya universal. Ini termasuklah
unsur-unsur:
(1)Budaya kebendaan (Material Culture) dan teknologi,
(2)Sistem ekonomi,
(3)Sistem sosial,
(4)Bahasa,
(5)Kesenian,
(6)Sistem pengetahuan,
(7)Sistem kepercayaan.
Dari abad ke-19 lagi penulisan ethnografi menumpukan perhatian serius kepada
persoalan teknologi. Pemerhatian pada masa itu lebih merupakan secara luaran sahaja.
Dalam bidang ini termasuk berbagai-bagai bahagian teknologi, seperti pakaian, rumah,
alat senjata dan sebagainya. Teknologi dalam masyarakat sederhana dapat dilakukan
secara terperinci, tetapi dalam masyarakat kompleks teknologi itu tersangat kompleks.
Perbincangannya lebih merupakan satu deskripsi secara luaran sahaja, tidak melibatkan
tentang fungsi sosialnya. Deskripsi secara terperinci itu penting dilakukan sebagai asas
dalam membuat perbandingan tentang penyebaran hasil budaya itu dari satu budaya
kepada satu budaya lain. Kemudian dalam tahun-tahun 20-an dan 30-an penulisan
tentang teknologi seperti dulu semakin berkurang dalam hasil-hasil ethnografi. Sistem
teknologi atau budaya benda itu sendiri adalah luas sekali bidangnya. Oleh itu para
pengkaji membahagikan kepada kategori-kategori tertentu yang lebih kecil, seperti alatalat pengeluaran, senjata, makanan, pakaian, perhiasan, rumah, dan sebagainya.

10

BMM3142 KHAZATULSIMA BT KHALID PPG AMBILAN FEB 2012 I/C 740102085900.

2.0

POLITIK
Pada zaman prasejarah mereka belum mempunyai sistem politik yang kompleks,

tetapi mereka sudah mengamalkan sistem mesyuarat yang amat menitikberatkan


rundingan dan kata sepakat untuk melakukan sesuatu pekerjaan
2.1

Pada peringkat awal susunan organisasi tersebut adalah dalam bentuk unit-unit

perkampungan seperti dewasa ini.


2.1

Perpaduan dikalangan masyarakat Melayu pada masa lampau berdasarkan asas

kekeluargaan dan kesukuan. Menurut Koentjaraningrat bermula dari organisasi desa,


suku-suku yang kecil itu berkembang menjadi sebuah negara melalui penaklukan oleh
salah satu persekutuan kelompok-kelompok yang kecil. Dengan itu struktur organisasi
politik Melayu tradisional itu bermula dari desa dan kampung, kemudian diikuti dengan
daerah atau jajahan dan seterusnya negeri. Ketua kampung merupakan pemimpin yang
terkecil. Pembesar menjadi pemimpin pada peringkat daerah atau jajahan dan raja
menjadi pemimpin atau ketua organisasi politik pada peringkat negeri, menurut Ralph
Linton, organissai politik penduduk alam Melayu sebelum dipengaruhi peradaban luar
merupakan unit-unit politik yang kecil pada peringkat desa yang diketui oleh pemimpin
mereka yang beranama penghulu. Seringkali permasalahan pentadbiran pada peringkat
desa tersebut dibincangkan melalui mesyuarat dikalangan anggotanya terutaman
dikalangan ahli-ahli yang sudah tua. Pada ketika ini unit yang terkecil itu penduduknya
biasanya terdiri daripada anggota-anggota yang mempunyai pertalian darah atau
berasal dari suku yang sama.
2.3

Apabila pengaruh Hinddu Buddha mulai memasuki alam melayu, organisasi

politik pada awal masihi mulai berkembang daripada bantuan penguasaan bagi satu
kawasan yang kcil kepada sebuah organisasi politik yang besar dan menguasai jajahan
yang luas. Sistem pentadbiran politik Hindu telah diserap oleh orang melayu dan
dilaksanakan setelah dilakukan berbagai penyesuaian. Ketua negara yang memimpin
kerajaan dinakaman raja iaitu istilah yang dipinjam daripada Basa Sanskrit. Konsep raja
yang berkembang dalam masyarakat Melayu adalah sebagai pemimpn kerajaan.
Disamping itu raja juga dikatakan berketurunan dewa-dewa. Konsep dewaraja ialah
kepercayaan dan salasilah raja-raja yang diwujudkan secara ciptaan tadi dikaitkan

11

BMM3142 KHAZATULSIMA BT KHALID PPG AMBILAN FEB 2012 I/C 740102085900.

dengan dewa-dewi dari kayangan penjelmaan daripada Shiva, Vishnu atau Brrahma,
lelembut, mamang atau makhluk halus yang tidak dapat dipandang mata dari sudut asal
usul dan tradisi keturunan nenek moyang mereka, ini adalah warisan dari tradisi MelayuHindu.
2.4

Raja-raja seperti yang disebut ddalam hikayat Pedawa Lima karya saduran

daripada dewa-dewa atau tuhan yang disebut dewaraja. Dalam sistem politik pengaruh
Hindu ini raja dianggap sebagai berdatah dewa atau penjelmaan dewa dari kayangan.
Untuk menyesuaikan dengan kepercayaan tersebut, maka raja-raja di Pulau Jawa telah
mendirikan istana mereka ditempat yang tinggi seperti kerajaan Sailendra (gunung)
kerana dipercayai bahawa syurga terletak di atas gunung
2.5

Selepas raja melaka menaganut agama islam, sistem pemerintahan pun

disesuaikan dengan agama islam. Walaubagaimanapun pengaruh Hindu masih lagi


berlanjutan. Beberapa perubahan telah berlaku misalnya gelaran Sri maharaja yang
dipakai dalam kerajaan srivijaya telah diubah kepada gelaran Sultan. Seperti raja-raja
islam di india dan Asia Barat. Pemikiran Hindu yang menganggap raja sebagai
keturunan dewa dihapuskan dan digantikan Sultan sebagai bayangan Tuhan atas muka
bumi. Untuk kekalkan sifat keistemewaan sultan, maka ditonjolkan kepercayaan bahawa
sultan itu mempunyai kuasa luar biasa disebut daulat. Dalam menjalankan pentadbiran
negara, sultan masih mengekalkan sistem politik yang lama yang mengandungi
pengaruh Hindu
3.0

KEPERCAYAAN
Menurut E.B.Taylor, kepercayaan kepada makhluk halus dan roh merupakan

asas kepercayaan agama yang mula-mula tumbuh dalam alam pemikiran manusia
primitif. Kepercayaan animisme merupakan satu bentuk cultural universals yang wujud
dikalangan suku-suku primitif
3.1

Dalam kepercayanan rakyat di nusantara terdapat anggapn bahawa roh orang

yag telah mati boleh masuk ke dalam tubuh binatang, misalnya suku Nias, disebuah
Pulau yang terletak dibarat Sumatera mempercayai seekor tikus yang keluar masuk
rumah dianggap sebagai roh daripada orang yang telah mati beranak. Kadang-kadang

12

BMM3142 KHAZATULSIMA BT KHALID PPG AMBILAN FEB 2012 I/C 740102085900.

roh itu memasuki tubuh babi atau harimau dan dipercayai binatang itu akan menganggu
orang yang menjadi musuh dimati pada masa hidupnya. Dimana mereka percaya roh
simatai akan menjelma kembali ke tubuh makhluk lain. Jikalau roh itu baik akan
menjelma menjadi haiwan yang jinak dan sekiranya sebaliknya roh itu akan menjelma di
dalam tubuh haiwan yang liar. Ini juga disebut sebagai penjelmaan dewa-dewa sama
ada jahat auatu bai k. Islam mengubah pandangan dunia orang melayu daripada
mempercayai dewa-dewa seperti yang mereka anuti pada zaman hindu kepada
mempercayai Tuhan yang Maha Esa. Kepercayaan yang dapt kita lihat disini adalah
kepercayaan kepada keramat. Keramat ini adalah amalan kepercayaan asal penduduk
tempatan kepada roh dan semangat.Keramat adalah kepercayaan Brahma dikalangan
orang Hindu iaitu kuasa untuk melakukan sesuatu yang ajaib boleh dicapai dengan
beramal dengan mengenepaikan kebendaan dan kemewahan dunia
3.2

Yang demikian tidaklah menghairankan jika dinegeri-negeri dimana kepercayaan

Brahma berkembang pada satu ketika, seperti di kepulauan Melayu, maka kepercayaan
kepada keramat yang boleh melakukan sesuatu yang ajaib khususnya mendapat
sambutan dikalangan penduduknya. Kerana kepercayaan kepada keramat kebetulan
secocok dengan kepercayaan kepada orang-orang sihir dan dukun. Tetapi pemujaan
keramat dikalangan orang Islam adalah disebabkan kebanyakan mereka memuliakan
pemimpin-pemimpin Sufi yang dianggap sebagai keramat dan menziarahi kubur-kubur
mereka
3.3

Upacara dimakam keramat biasanya terdiri dari campuran unsur-unsur Islam

dan bukan Islam. Doa dan bacaan ayat-ayat al-Quran itu sahajalah daripada unsur
Islam yang diamalkan dalam upacara itu. Mengikat kain serta benang bewarna-warni
atau membuat dapur batu di pintu makam itu sebagai tanda memohon berkat itu adalah
amalan yang dibawa oleh orang India Islam. Persembahan biasa yang terdiri daripada
telur warna merah dan nasi kunyit ialah bercorak kemaelayuan
3.4

Walaupun kepercayaan lama tidak dapat dihapuskan sepenuhnya, namun

kebudayaan Islam telah berjaya mempengaruhi bentuk-bentuk kepercayaan Melayu


lama dengan memperkenalkan konsep Allah sebagai Tuhan Yang Maha Esa dan
Muhammad sebagai rasul. Misalnya dalam jampi atau mantera di bawah ini dimasukkan
konsep Islam sebagai menggantikan fahaman ketuhanan, animisme dan Hinduisme.

13

BMM3142 KHAZATULSIMA BT KHALID PPG AMBILAN FEB 2012 I/C 740102085900.

Walaupun begitu unsur dewa-dewi ini berfungsi sebagai makhluk alam ghaib seperti
hantu dan jembalang yang masih pengaruhi lagi alam p emikiran orang Melayu hingga
dewasa ini .
3.5

Walaupun ada fahaman dan amalan baru, kepercayaan dan upacara peribumi

tidak tersingkir, penafsiran baru dan sisa dari kepercayaan lama turut berkembang
dalam struktur kepercayaan rakyat Melayu yang kompleks itu.
4.0

ADAT ISTIADAT
Adat istiadat dalam masyarakat Melayu bermula sejak seseorang itu lahir ke

dunia. Sejak ibu mengandung hingga kanak-kanak yang dilahirkan itu membesar,
berbagai adat istiadat dilakukan oleh orang Melayu. Antaranya ialah adat melenggang
perut sewaktu ibu mengandung, mencecah garam, menjejak kaki ke bumi, menindik
telinga dan beberapa acara perkahwinan dan kematian
4.1

Antaranya adat melenggang perut diamalkan dikalangan keluarga diraja dan

juga rakyat jelata apabila kandungan ibu genap tujuh bulan. Upacara ini dilakukan oleh
Tuk Bidan dengan tujuan untuk membuang garuh atau kecelakaan ang mungkin
menimpa ibu yang bakal bersalin. Ini adalah kepercayaan animisme pada unsur ghaib.
Di samping itu, adat ini juga bertujuan membetulkan kedudukan bayi di dalam perut
ibunya. Bahan-bahan yang digunakan dalam upacara ini ialah beras kunyit, buah kelapa
agar ibu dapat lahirkan anak dengan mudah dan selamat.
Bagi upacara mencecah garam ke mulut kanak-kanak, ia bersamaan dengan adat Hindu
yang mencecah madu dan minyak sapi ke bibir bayi yang dilakukan oleh Brahmin
supaya bayi itu panjang umur dan mendapat kebahagiaan di dalam hidupnya
4.2

Tapi bagi Islam adat ini diganti dengan mencecapkan air zam-zam atau kurma.

Pembacaan mantera yang biasa dilakukan sebelum adat itu dimulakan juga digantikan
dengan pembacaan surah al-Fatihah dan surah al-Ikhlas kemudian dibacakan doa
4.3

Dalam adat perkahwinan pasangan yang berkahwin dikatakan raja sehari dan

diadakan upacara bersanding sebagai kemuncak bagi upacara tersebut. Pasangan ini
akan diletakkan di atas pelamin tanpa bergerak-gerak. Penggunaan sirih pinang, beras

14

BMM3142 KHAZATULSIMA BT KHALID PPG AMBILAN FEB 2012 I/C 740102085900.

kunyit dan berinai juga merupakan pengaruh Hindu. Walaupun unsur-unsur budaya
lama seperti meminang, berinai, bersanding masih dikekalkan namun upacara itu
banyak disesuaikan dengan lunas-lunas agama Islam kerana tidak bertentangan engan
lunas Islam
4.4

Pernikahan yang dijalankan itu misalnya, hukum dilangsungkan mengikut syarak.

Sebagaimana yang ditetapkan pengantin lelaki mesti melafazkan penerimaan ni kah


daripada wali atau kadi dengan disaksikan oleh 2 orang saksi. Bagi melengkapkan
upacara perkahwinan itu, diadakan kenduri-kendara sesuai dengan suruhan Nabi. Akhir
sekali apabila seseorang yang meninggal, anak-anaknya akan mengadakan kenduri
untuknya mengira hari iaitu seperti 7 hari, 40 hari dan 100 hari. Unsur-unsur ini telah
kurang diamalkan kerana peraturan Islam kini lebih dominan tetapi masih diamalkan
oleh sesetengah masyarakat orang Melayu sekarang.
5.0

KESENIAN
Dalam bidang kesenian, pengaruh India dapat dilihat pada binaan dan bangunan

agama. Dalam hal ini pengaruh India jelas kelihatan pada penggunaan batu dan bata
sebagai bahan utamanya kerana ia merupakan bahan yang lebih kekal dan dianggap
sesuai untuk membina rumah dewa dan dewi. Oleh sesab itulah tugu agama yang
dibina pada zaman purba masih dapat dikesan sehingga kini. Pengaruh ini jelas dilihat
pada ukiran seni pahat dindingnya patung dewa Logam yang berupa arca. Terdapat
patung dewa trimurti iaitu Siva, Vishnu dan Brahman dalam pelbagai bentuk dan gaya.
Selain itu, terdapat patung Kuwera dan Hariti yang juga dipuja dalam agama Buddha.
Dari segi ukiran, yang menjadi pola hiasan pada dinding candi-candi atau kuil ialah
makhluk ajaib dan tumbuh-tumbuhan, sesuai dengan suasana Gunung Mahameru.
Antara motif ukiran yang selalu digunakan ialah seperti kepala Kala, daun-daunan,
ranting-ranting

dan

bunga

Teratai.

Selain

hiasan

ini

terdapat

'relief'

yang

menggambarkan sesuatu cerita, antaranya berd asarkan kitab Ramayana. Daripada


barang-barang logam pula, terdapat arca dan benda lain seperti lampu, talam pedupan
dan sebagainya. Jika dikaji dari segi fungsi pembinaan candi ini, didapati pengaruh
peribumi masih kuat pengaruhnya, sebenarnya candi-candi bukanlah kuil tempat
pemujaan dewa-dewa seperti di India, tetapi lebih merupakan tempat pertemuan rakyat
dengan roh nenek moyangnya terutama roh raja-raja. Contohnya candi Borobodur,

15

BMM3142 KHAZATULSIMA BT KHALID PPG AMBILAN FEB 2012 I/C 740102085900.

sungguhpun bangunannya berbentuk stupa (tempat menyimpan abu mayat Buddha)


namun pada hakikatnya adalah makam nenek moyang 10 orang Raja Sailendra.
Tafsiran yang paling tepat tentang candi itu ialah pada satu pihak ia mencerminkan nilai
tertinggi Buddha-Mahayana, sedangkan pada satu pihak yang lain bermaksud untuk
memuja nenek-moyang dinasti Sailendra.Dalam bidang keseniaan pengaruh Islam pula
dapat dilihat pada makam atau batu nisan, masjid dan perhiasan-perhiasannya. Batu
nisan merupakan karya seni Islam yang pertama sekali masuk ke nusantara. Contohnya
yang pernah ditemu i ialah batu nisan Syeikh Abdul al-Qadir Husain Alam bertarikh 903
masihi yang dijumpai di Linggir Kedah. Pada permukaan makam-makam yang dijumpai
ini terdapat tulisan yang dipahat daripada ayat al-Quran serta ajaran Islam yang
menekankan tentang hukum dan tasawuf. Misalnya pada prasasti di Pekan, Pahang.
Tertulis ayat al-Quran dengan gaya khat thuluth daripada surah Ali Imran ayat 185,
Surah Yunus ayat 62 serta nasihat bercorak kesufian. Dari segi coraknya, batu nisan
tersebut disamping menerima pengaruh asing, juga memancarkan daya kreativiti
penduduk tempatan. Contohnya, batu nisan Maulana Malik Ibrahim yang dibawa dari G.
Jeram mempunyai bentuk seperti kepala terbalik yang menunjukkan adanya pengaruh
Parsi. Selain batu nisan, masjid merupakan karya seni Islam yang terpenting
dinusantara. Dari segi coraknya, masjid-masjid yang menunjukkan corak dari abad 14
hingga abad 18. Masih berbentuk tradisional. Misalnya pengaruh tradisi ini dapat dilihat
pada bentuknya yang tersusun sebagai lanjutan daripada sen i Bali yang disebut 'Meru'.
Pengaruh Hindu lebih jelas lagi pada bentuk dan bangunan menara kudus yang
didirikan pada zaman Sunan Kudus. Terdapat juga pengaruh masyarakat tradisi pada
bentuk perhiasannya. Contohnya pola-pola yang menjadi perhiasan yang berasal dari
zaman pra-Islam seperti daun-daunan, bunga teratai, bukit-bukit karang, pemandangan
dan garis-garis geometri. Walaupun masih terdapat unsur bercorak haiwan tetapi dibuat
dalam bentuk yang samar. Disamping itu, terdapat juga perkembangan kaligrafi atau
seni khat Islam. Ini dapat dilihat pada makam, masjid dan sebagainya. Contohnya
masjid terdapat ukiran khat pada mihra, mimbar, bingkai atau lengkung tiang dan
sebagainya. Tidak dapat dinafikan bahawa seni ini juga dipengaruhi oleh unsur praIslam yang telah lama seperti dengan masyarakat tempatan.
6.0

KESUSASTERAAN
Sebelum

kedatangan

unsur

dari

luar,

masyarakat

peribumi

sudahpun

16

BMM3142 KHAZATULSIMA BT KHALID PPG AMBILAN FEB 2012 I/C 740102085900.

mempunyai kesusasteraan yang tersendiri. Sebelum masyarakat tempatan tahu


menulis, melalui car pertuturan sahajalah mereka menyampaikan perasaan atau
curahan hati masing-masing. Ini dikenali sebagai sastera lisan. Dari percakapan yang
pendek membawa kepada percakapan yang panjang hingga menggambarkan sesuatu
cerita. Dengan ini timbullah jenis-jenis kesusasteraan mengikut kaedah namanya yang
sesuai dengan zaman itu seperti bidalan, peribahasa, perumpamaan dan perbilangan.
Selain itu, pantun juga merupakan sastera yang tertua yang terdapat pada masyarakat
Melayu. Hasil sastera yang dihasilkan ini adalah melalui pengalaman dan pemerhatian
masyarakat terhadap sesauatu peristiwa yang berlaku dalam kehidupan sehari-hari.
Kedatangan

unsur

luar

telah

memperkayakan

lagi

unsur

peribumi

ini.

Setelah kedatangan pengaruh India, kita dapat lihat bagaimana unsur tempatan telah
diserapi oleh pengaruh ini. Pengaruh India yang paling penting ialah penerimaan dua
buah epik Ramayana, lahirnya karya-karya prosa dan juga puisi seperti Hikayat Seri
Rama, Rama Keling dan sebagainya. Walaupun terdapat pengaruh ini, tetapi jika ditinjau
dengan lebih mendalam ternyata warisa peribumi masih menebal. Setelah kedatangan
pengaruh ini bahasa sanskrit telah dipilih sebagai bahasa pengucapan intelektual, tetapi
ia lebih merupakan bahasa golongan elit. Bagi rakyat jelata bahasa ini amat asing, ini
menyebabkan pengaruhnya terbatas dalam lingkungan kraton sahaja. Tentang
pengaruh epik pula, harus dibezakan di antara sifat-sifat asal epik itu dengan ceritacerita yang terdapat di Nusantara. Pada hakikatnya, cerota Srirama di Nusantara adalah
saduran bebas, bukannya terjemahan asli. Sehingga bersifat indonesia asli, hanya
bahannya sahaja yang dipinjam. Seolah-olah Melayu meminjam bahan asing untuk
melahirkan diri sendiri.Keperibadian sendiri lebih jelas jika dilihat pada cerita-cerita panji
diJawa, bukannya daripada pengaruh Hindu. Pengaruh Hindu pula bukan terb atas di
Jawa, bahkan hingga ke Thailand dan Kemboja. Jadi disini bukan sahaja masyarakat
Nusantara mempunyai keperibadian sendiri, malah berjaya pula menyebarkan
pengaruhnya keluar daerahnya sebagaimana epik-epik India tersebut.Menurut Prof.
Mohd. Taib Osman, karya-karya sastera daripada warisan Hindu itu masih dipercayai
segala isi ceritanya, miskipun orang melayu sudah menganut agama Islam selama
beratus-ratus tahun. Antara unsur kepercayaan Hindu daripada epik-epik tersebut yang
mempengaruhi karya sastera yang lain ialah cerita dewa-dewi yang bersifat manusia
dan Tuhan, kejadian yang luar biasa seperti penjelmaan dalam pelbagai bentuk serta
senjata ghaib dan sakti. Setelah kedatangan Islam di Nusantara, proses penanaman
aqidah Islam melalui cerita atau kisah-kisah melalui 2 cara iaitu dengan mengubahsuai

17

BMM3142 KHAZATULSIMA BT KHALID PPG AMBILAN FEB 2012 I/C 740102085900.

cerita yang sedia tersebar dengan unsur Islam ddan mengenengahkan cerita-cerita baru
yang berasal dari tradisi Islam. Mengenai kaedah yang pertama, cara yang dilakukan
ialah memasukkan unsur Islam ke dalam sastera yang berasaskan epik Hindu yang
terkenal iaitu Ramayana dan Mahabrata. Kaedah yang kedua ia dilakukan untuk
mengimbangi atau mengambilalih cerita-cerita yang berteraskan kedua-dua epik
tersebut.Sesusasteraan dimulakjan dengan cara lisan kemudian diajarkan pula tulisan
huruf arab (jawi), dan mulalah ditulis dan disalin kitab-kitab yang senang-senang yang
berkaitan dengan ugama. Contohnya, seperti kitab-kitab risalat Dua Kalimah shahadah,
peraturan dan rukun-rukun sembahyang, peraturan puasa dan sebagainya lagi.
Kemudian dikembangkan pula dengan doa-doa dan kisah-kisah Nabi, kitab fekah, tafsir
al-Quran, hikayat Para Nabi, cerita pahlawan Islam dan lain-lain lagi. Kedatangan islam
menyebabkan

kesusasteraan

masyarakat

peribumi

semakin

berkembang.

Kesusasteraan masyarakat tempatan tidak hilang malah ada kekal sehingga ke hari ini.
Contohnya, sehingga ke hari ini khazanah yang begitu bernilai iaitu pantun masih kekal
dan mutunya masih tidak dapat ditandingi oleh ciptaan generasi masa kini.

7.0

EKONOMI
Ekonomi saradiri termasuk teknik dan alat-alat yang terdapat dalam masyarakat

peringkat ini, terutama dalam masyarakat primitif. Sebenarnya usaha menghubungkan


sistem ekonomi secara sederhana itu telah lama dilakukan, malah dapat dikesan sejak
abad ke-4 lagi.
Dalam sistem ini juga para pengkaji menghubungkan dengan teori evolusi dalam
pertumbuhan

usaha

cari

makan

dari

satu

peringkat

kepada

satu

peringkat

perkembangan manusia yang lebih tinggi. Cara hidup pertanian meletakkan pertanian
secara usaha paling atas.
Terdapat banyak kritik tentang evolusi dalam mata pencarian ini, iaitu tingkat-tingkat
ekonomi. Sistem ekonomi juga tidak terlepas dari sistem-sistem lain dalam masyarakat.

18

BMM3142 KHAZATULSIMA BT KHALID PPG AMBILAN FEB 2012 I/C 740102085900.

8.0

SOSIAL
Pada peringkat permulaan, usaha pengkaji menggunakan teori evolusi dalam

menerangkan perubahan sistem sosial. Antara yang terkenal ialah Morgan, L.H. yang
mengkaji sistem kinship dalam berbagai-bagai budaya dan menerangkan proses evolusi
dalam sistem ini. Beliau tertarik dengan terminologi yang digunakan dalam sistem ini
antara berbagai-bagai budaya yang menjadi tumpuannya.

9.0

DUA PERANAN UTAMA BAGI PEMBENTUKAN BUDAYA

Pertama, membina imej negara ke arah mewujudkan keperibadian dan identiti


Kedua ialah pemupukan kesedaran kebangsaan dan kenegaraan berasaskan ciri-ciri
kerohanian, kemanusiaan, spiritual dan mental.( Tamadun Melayu Dan Pembinaan
Bangsa Melayu, 1992).Kalau sesuatu kelompok manusia hidup dalam lingkungan yang
dikenali sebagai budaya dan budaya ini memberikan identiti kepada kelompok itu dari
segi cara ia mengendalikan hidupnya. Budaya turut diwarisi dari satu keturunan kepada
satu keturunan yang lain. Dari itu, budaya boleh dikatakan sebagai satu himpunan
kelengkapan intelektual dan kebendaan yang dapat memenuhi kehendak biologi dan
kemasyarakatan
9.1

serta

dapat

menyesuaikannya

dengan

keadaan

sekeliling.

Ciri-Ciri Budaya

Kebudayaan mempunyai ciri-ciri tertentu yang menggambarkan budaya itu terbit


daripada tingkahlaku dan akal manusia .
*Dipelajari
Dalam proses mempelajari, banyak unsur terlibat seperti proses asimilasi, adaptasi,
Budaya tidak lahir secara langsung tetapi perlu dipelajari. Manusia perlu belajar untuk
menguasai ilmu. Untuk mencipta sesuatu, manusia perlu belajar. Sebagai contoh
menunjukkan budaya itu dipelajari, kanak-kanak perlu diajar oleh ibu bapanya untuk
berbahasa dan berhubung.
Apakah bentuk dan jenis pembelajaran anggota masyarakat bergantung kepada
beberapa faktor iaitu:
a.

Apakah agen-agen sosialisasi seperti keluarga, jiran, sekolah, institusi latihan

19

BMM3142 KHAZATULSIMA BT KHALID PPG AMBILAN FEB 2012 I/C 740102085900.

dan sebagainya.
b.

Apakah nilai yang mendapat keutamaan dalam sesebuah masyarakat itu.

c.

Umur seseorang.

d.

Tahap

pendidikane.

Situasi

sesuatu

peristiwa

itu

berlaku.

*Dikongsi
Budaya itu dikongsi oleh manusia yang menjadi anggota masyarakat. Perkongsian ini
bermaksud yang setiap perlakuan itu diramal dan didokong oleh sekumpulan mansuia.
Nasi lemak dan roti canai menjadi budaya keranan masyaarakat menggemarinyabahasa
Melayu adalah kebudayaan rakyat Malaysia kerana dituturkan oleh mereka dalam
kehidupan seharian. Perlakuan yang tidak dikongsi oleh sekumpulan manusia tidak
termasuk dalam budaya seperti perlakuan mencuri walaupun ia wujud dalam
masyarakat. Tanpa perkongsian, ia hanya menjadi perlakuan individu dan bukannya
perlakuan masyarakat.
*Sejagat
Budaya itu bersifat sejagat. Kesejagatan budaya ialah kebudayaan itu wujud dalam
semua kelompok manusia. Tidaak ada masyarakat yang tidak memiliki kebudayaan.
Walaubagaimanapun, budaya yang sejagat itu berbeza antara masyarakat kerana faktor
pengaruh alam, pengaruh luar dan tahap penyesuaian anggota.
Clyde Kluckhohn mengesan tujuh unsur yang terdapat dalam semua budaya iaitu:
i. peralatan dan kelengkapan hidup manusia.
ii. mata pencarian hidup dan sistem ekonomi.
iii. sistem sosial.
iv. bahasav. Kesenian
vi. sistem pengetahuan.
vii. agama dan kepercayaan.(Budaya dan tamadun sinonim terutama dalam tradisi
keilmuan Barat; eg. Hutington etc.)
*Diwarisi
Budaya itu diwarisi dari satu generasi ke satu generasi berikutnya. Ini bermakna bahawa
budaya Melayu, cina dan India yang diamalkan hari ini adalaah lanjutan daripada

20

BMM3142 KHAZATULSIMA BT KHALID PPG AMBILAN FEB 2012 I/C 740102085900.

budaya terdahulu. Peristiwa yang telah berlaku akan memberi kesan kepada hari ini.
Budaya itu juga diwarisi juga membawa maksud bersambung. Teknologi yang dihasilkan
hari ini adalah hasil teknologi awal manusia masa lampau.

*Berubah
Budaya sentiasa berubah dan tidak ada budaya yang wujud dari dahulu hingga
sekarang tidak mengamali perubahan. Perubahan ini dikaji daripada perubahan bentuk,
ciri dan proses yang berlaku.rumah beratap genting telah digantikan dengan rumah
beratap rumbia. Dalam sejarah tamadun manusia, perubahan budaya bukan kebendaan
dapat dilihat dengan jelas seperti perubahan sistem ekonomi sara diri kepada ekonomi
kapitalis. Namun, perubahan budaya kebendaan lebih cepat berubah.
Perubahan ini disebabkan beberapa faktor seperti:
i.

pertambahan bilangan anggota masyarakat.

ii.

pertambahan keperluan dan keinginan manusia.

iii.

penemuan dan penciptaan teknologi baru.

iv.

pertembungan budaya.

v.

konflik yang berlaku.

vi.

perubahan alamsekitar.

*Perlambanggan
Perlambangan ini ialah sebagai satu lambangdalam budaya yang memberikan
makna tertentu kepada pendokongnya seperti bendera, warna, logo, lambaian
tangan dan sebagainya. Perlambangan yang wujud turut membantu manusia
berhubung dan berkomunikasi sesama mereka seperti isyarat memanggil.
*Pandangan Semesta
Pandangan semesta ialah bagaimana manusia memberikan tafsiran terhadap
keadaan alam sekeliling ke dalam kehidupan seharian. Pandnagan semesta ini
timbul kerana manusia mempunyai pertalian yang rapat dengan alam sekitarnya.
Pertalian yang erat ini pula diterjemahkan dalam kehidupan seharian seperti

21

BMM3142 KHAZATULSIMA BT KHALID PPG AMBILAN FEB 2012 I/C 740102085900.

simpulan bahasa (seperti aur dengan tebing, ukuran (sehasta, sepelaung), tempoh
masa (setanak nasi) dan sebagainya.
9.2

Fungsi Budaya Dalam Kehidupan

Budaya dalam pengertian biasa ialah satu cara hidup manusia dan membawa
makna yang sangat luas. Dengan prinsip bahawa budaya itu dicipta manusia, maka
budaya itu diperlu dan dihasilkan oleh manusia itu sendiri bagi keperluan hidup.
1.Memenuhi dan Menyediakan Keperluan
Semua manusia memerlukan keperluan asasi untuk terus hidup. Oleh yang
demikian, manusia menggunakan air untuk kegunaan pertanian, kayu-kayan untuk
pembinaan rumah dan sebagainya. Keutamaan pengeluaran produk bergantung
kepada keutamaan keperluan dan aktiviti oleh masyarakat. Sebagai contoh, jika
masyarakat itu mewrisi ilmu pelayaran, maka akan dibina kapal
2.Sebagai Panduan kepada Anggota Masyarakat dalam Bertingkahlaku
Kepercayaan adalah unsur sejagat budaya yang sebati dengan kehidupan manusia.
Manusia memperolehi keperluannya hasil dari tuntutan daripada agama. Budaya
mempunyai peranan memberikan panduan kepada anggota masyarakat dalam
bertingkahlaku dalam memberikan panduan, meliputi:
i. perlakuan yang diboleh dan tidak dibolehkan.
ii. perlakuan yang patut dan tidak patut.
iii. perlakuan yang digalakkan dan tidak digalakkan.
3.Mengatur Hubungan Sesama Manusia
Dalam masyarakat Malaysia, budaya mendidik kita agar menghormati jiran, tetamu
dan sahabat. Dalam masa yang sama kita dilarang menyakitkan hati rakan sesuai
dengan ajaran Islam. Ini bermakna dalam menjalani kehidupan seharian,
kebudayaan

memainkan

peranan

mengatur

hubungan

sesama

manusia.

4.Sebagai Penggalak Kepada Manusia Untuk Mencipta


Alam fizikal yang berbeza menghasilkan keperluan manusia yang berbeza. Orang
Eskimo memerlukan baju tebal. Maka, dengan adanya budaya ini, ia sebagai
pendorong kepada penciptaan bagi memenuhi keperluan harian dan memudahkan
segala urusan.

22

BMM3142 KHAZATULSIMA BT KHALID PPG AMBILAN FEB 2012 I/C 740102085900.

5. Sebagai Alat Penyatuan dan Pengenalan Identiti


Budaya berperanan sebagai alat penyatuan dan pengenaalan identiti. Sesuatu
bangsa dikenali bukan sahaja dari segi fizikalnya, lebih lagi dari budayanya. Kita
mengenali Jepun bukan sahaja dari segi fizikalnya, tetapi mereka adalah bangsa
yang berjaya dalam ekonomi dan perindustrian.manusia juga akan bersatu apabila
anggota masyarakat mengamalkan semangat kekitaan dan saling bekerja sama bagi
mencapai sesuatu.
10.

MASYARAKAT MALAYSIA
Malaysia merupakan sebuah negara bangsa yang terdiri daripada pelbagai kaum

dengan tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina, dan India menjadi teras kepada
kewujudan majmuk. Dengan kepelbagaian kaum dan etnik yang ada, negara kita
terus gagah melangkah ke hadapan untuk mencapai status negara maju dalam
acuan menjelang tahun 2020. Kemajuan dan pencapaian yang dinikmati oleh negara
kita hari ini merupakan proses pengukuhan dan pemantapan kepada pekembangan
sejarah yang berkesinambungan daripada peradaban Bangsa Melayu setelah
kedatangan dan penerimaan agama islam oleh orang Melayu.Keunggulan yang
tercerna menerusi beberapa ciri ampuh yang dipunyai oleh bangsa Melayu zaman
kegemilangan menjadi rujukan primer kepada generasi kini dan akan datang untuk
membina satu bangsa yang hebat dalam konteks pembinaan negara bangsa
Malaysia.Ciri-ciri ampuh tersebut merangkumi pembentukan pandangan semesta
orang Melayu, sistem pemerintahan dan pentadbiran, agama Islam dan adat istiadat
Melayu,

peranan

BahasaMelayu,system

perundangan,

pembudayaan

ilmu,

pembinaan jati diri dan kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera dalam
pembinaan negara bangsa Malaysia yang progresif dan tangkas.Justeru, dalam
konteks pembinaan negara dan tamadun Malaysia hari ini amatlah perlu pembinaan
tersebut didasarkan kepada tamadun Melayu-Islam yang jelas terbukti berjaya
mermetabatkan nama Melayu di persada antarabangsa suatu ketika dahulu.Oleh itu,
disini dikemukakan tiga justifikasi mengapa tamadun melayu perlu menjadi asas
utama dalam pembinaan tamadun Malaysia.

23

BMM3142 KHAZATULSIMA BT KHALID PPG AMBILAN FEB 2012 I/C 740102085900.

i.Orang Melayu merupakan penduduk asal di nusantara termasuklah di Tanah


Melayu sebelum kedatangan kaum-kaum lain. Penamaan Malaysia adalah dari
Melayu atau Semenanjung Tanah Melayu.
ii.Perjuangan menutut kemerdekaan dari pihak penjajah British adalah cetusan
dangerakkan

sepenuhnya

oleh

orang

Melayu

yang

merasa terpanggil

untuk mempertahankan tanah air mereka.


iii.Ketuanan Melayu-Islam diiktiraf oleh Pelembagaan Persekutuan.
11.

PEMBENTUKAN PANDANGAN SEMESTA MELAYU


Tamadun melayu menjadi pemankin kepada negara dan tamadun Malaysia

dengan berasaskan Islam. Kedatangan agama Islam ke Asia Tenggara dan


penerimaannya
pandangan

oleh

masyarakat

semesta orang

Melayu

Merubahkan

Melayu pra-Islam.Kedatangan

hampir

keseluruhan

Islam

menjadikan

pandangan semesta Melayu mulai berubah dari fahaman animisma dan Hinduisme
kepada konsep tauhid. Begitu juga dengan pengaruh sistam-sistem yang ada di
dalam Islam yang turut memantap dan mempekukuhkan lagi pandangan semesta
Melayu. Maka aspek-aspek seperti konsep Tuhan sebagai matlamat,manusia
sebagai dwifungsi iaitu hamba dan khalifah Allah di muka bumi, alam sbagai tempat
atau alat untuk manusia menjalankan segala urusan untuk kemakmuran manusia
menjalankan segala urusan untuk kemakmuran manusia sejagat mula difahami dan
diamalkan oleh orang Melayu.Anjakan paling ketara dalam pandangan semesta
Islam ialah orang Melayu sudah memahami bahawa hidup mereka tertumpu dan
terarah kepada konsep tauhid atau kepercayaan yang teguh kepada Tuhan Yang
Esa.

Berdasarkan hal

ini,

orang Melayu

memahami

bahawa

Tuhan

itu

adalah Tuhan Yang Maha Esa yang wajib disembah seterusnya sebagai tempat
bergantung harap dan bermohon, tidak kepada kuasa-kuasa lain seperti mana
dalam pengaruh-pengaruh sebelumnya.Pada asanya tamadun Melayu Islam telah
dibina diatas enam dasar pandangan semesta dan prinsip tamadun berasakan
wahyu seperti berikut:
i.Alam ini hasil ciptaan dan tadbiran Allah s.w.t yang mancakupi alam primordial,
alamdunia dan alam akhirat; alam akhirat ialah destinasi dan natijah muktamad
daripadakehidupan di alam syurga, dan kejayaan di dunia ialah ketaatan kepada
Allah; alamdunia ini adalah amanah untuk kemanfaatan kehidupan manusia.

24

BMM3142 KHAZATULSIMA BT KHALID PPG AMBILAN FEB 2012 I/C 740102085900.

ii.Islam adalah panduan dari Allah sebagai al-Din; mengandungi segala peraturan
bagi segala gelagat hidup di dunia untuk individu dan masyarakat demi kejayaan
hakiki mereka, oleh itu wajib dipelajari semua sebagai fardu ain supaya terbentuk
insan muslim, Mukmin dan Muhsin; Islam mencakupi akidah, ibadah, muasyarat,
akhlak dan ihsan.
iii.Keyakinan

kepada

pembalasan

baik

bagi

amalan

yang

baik

dan

sebaliknya pembalasan yang buruk bagi amalan jahat di dunia dan lebih-lebih lagi di
akhirat; balasan yang baik di dunia ialah keberkatan kehidupan dalamm ketaatan
Allah, balasan yang baik di akhirat ialah dimasukkan ke dalam syurga Allah;
malapetaka /kesusahan di dunia bagi orang islam berlaku sama ada sebagai kifarah
pengampunan dosanya ataupun untuk meningkatkan maqamnya.
iv.Wawasan, objektif, niat, strategi, dan operasi segala bidang kerja hendaklah
sahih, benar

dan

mematuhui

segala espek

hokum

Islam

tanpa

kompromi,

manupulasi,keingkaran, dan penafian terhadap sebarang hukum yang wajib, sunat,


haram danmakruh, yang halal adalah jelas; adat bersendikan hukum dan hukum
bersendikankitab Allah.
v.Nilai tertinggi dikaitkan dengan segala pekara yang membantu pembentukan insan
yang

berilmu,

beralamal

sahih

dan

berakhlak

mulia

yang

paling

banyak memanfaatkan dirinya dan orang lain.


vi.Kehidupan yang pertengahan dan keseimbangan antara jasmani, aqli dan
rohani;segala ilmu, pengatahuan, maklumat, kemahiran, teknologi, peralatan dan
prasaranakehidupan dunia adalah sebagai alat yang perlu ditutut dan diperoleh
secara fardukifayah demi membantu terbentuknya insaniMuslim, Mukmin dan
Muhsin (Hashim,2004:38-39)Berdasarkan prinsip dan asas di atas, tampak bahawa
umat Melayu meletakkan agamaIslam sebagai sesuatu yang amat signifikasi dalam
pembinaan dan pembentukan tamadunMelayu Islam dari era awal islam sehinggalah
ke hari ini. Malah agama islamlah yangtelah meningkatkan tamadun Melayu ke
tahap antarabangsa iaitu meletakkannya dalamsatu rangkaian panIslamikan yang
sejagat, sesuai dengan sifat kesejatan Islam itu sendiri.

25

BMM3142 KHAZATULSIMA BT KHALID PPG AMBILAN FEB 2012 I/C 740102085900.

12.

PEMBUDAYAAN ILMU & PENGUKUHAN BAHASA


Pembinaan budaya ilmu yang bersepadu dan jitu merupakan prasyarat awal dan

terpenting bagi kejayaan, kekuatan dan kebahagian seseorang dan sesuatu


masyarakat dan bangsa. Dalam konteks pembudayaan ilmu pengatahuan, tamadun
Melayu berperanan memberikan makna yang tepat terhadap konsep dan budaya
ilmu yang perlu diamalkan oleh sesebuah masyarakat yang bertamadun. Semagat
Iqra antara aspek social yang mendapat kesan langsung dengan kedatangan Islam
di Alam Melayu. Islam telah mengubah kedudukan ilmu dan pendidikan masyarakat
Melayu sehingga menganggapnya sebagai persoalan yang amat penting. Dengan
kedatangan dan penerimaan Islam,golongan ilmuan mendapat tempat yang wajar
dalam masyarakat malah diberikan penghormatan yang cukup tinggi oleh semua
lapisan masyarakat. Ada sebahagian daripada mereka yang menjadi rujukan kepada
pihak istana dan sekaligus menggantikan peranan pawing dan bomoh yang
sebelumnya amat penting dalam industry pemerintahan.Kedatangan islam juga
Berjaya memartabatkan orang Melayu dari segi keilmuan dan pendidikan. Ini dapat
dibuktikan menerusi, kewujudan pusat-pusat keilmuan seperti di Acheh dan Pattani,
di samping melahirkan ramai tokoh ilmuan. Ia juga telah kepada penubuhan
beberapa institusi pengajian dan pendidikan. Antara yang terpenting ialah istana ,
masjid , madrasah dan pondok. Istana misalnya, dalam sejarah keagungan Islam di
Alam Melayu menjadi nadi penting dan memain peranan yang cukup besar sebagai
pusat perkembangan

ilmu

pengatahuan

kepada

golongan

bangsawan

dan

pembesar.Begitu juga dengan peranan yang dimainkan oleh industry madrasah dan
pondok dalam memberikan pendidikan dan ilmu kepada masyarakat. Istilah-istilah
meunasah, rangkang dan dayah bagi masyrakat Acheh merupakan tahap-tahap atau
peringkat-peringkat pendidikan

yang

diamalkan

(Azyumardi,2000:156).System

pendidikan Islam yang berintegrasikan keperluan hidup duniawi dan ukhrawi amat
relaven dengan keperluan manusia. Justeru, budaya membaca, mencintai
ilmu pengatahuan dan cara berfikiran yang kritis mesti diwujudkan dan diberi
keutamaan dalam masyrakat.

26

BMM3142 KHAZATULSIMA BT KHALID PPG AMBILAN FEB 2012 I/C 740102085900.

Oleh

kerana

pembudayaan

ilmu

pengatahuan

amat

signifikan

dalam

membina peradaban manusia, sarjana tampatan, Prof Dr Wan Mohd Nor wan Daud
(1997:55)mengariskan beberapa panduan kearah merealisasikan matlamat dan
hasrat tersebut.Antaranyaialah:
i.Mementingkan ilmupengatahuan
ii.Berkekalanya hasil ilmiah
iii.Berterusnya usaha keilmuan
iv.Proses syurga dan nilai-nilai kepimpinan
v.Sikap hormat-kritis perlu ada dalam diri orang yang berilmu bagimerealisasikan
budaya keilmuan.
vi.Member pengiktirafan terhadap peraanan kaum manita.Jika kita mengamati
sejarah Islam secara keseluruhan, kita akan dapati bahawakejayaan, kemenangan
dan kekuatan ummah disebabkan oleh umat Islam dengan pemahamanyang
sebenar dan tulen, mengamal ajaran Islam secara sempurna dan menyeluruh
dalam pelbagai dimensi kehidupan malah pembudayaan ilmu pengatahuan telah
mengakar dansebati di dalam jiwa mereka. Hal ini disingkap oleh Prof Dr Yusuf alQaradwi (1990:16)dengan mengatakan bahawa jika umat hari ini mahu kembali
kepada Islam,nescaya kitsmsmpu menegakkan peradaban moden seperti, pasti
mkita akan mampu membangun peradapan moden seperti yang dikecapi oleh
zaman kegemilangan Islam dahulu.
13.

PEMBINAAN JATI DIRI & MODAL INSAN


Konsep

kemuliaan

insane

dan

ketinggian

taraf

sebagai

nadi

utama

masyarakat bertamadun perlu diterpkan dalam rangka pembinaan tamadun


Malaysia. Istilah peradapanyang diperjuangkan oleh masyrakat Melayu merangkumi
ketinggian akhlak dan budi pekerti perlu mengatasi nilai-nilai material yang
diamalkan oleh sebahagian besar masyrakat hari ini.Justeru, dalam usaha membina
jati diri manusia Melayu ini ia memerlukankebudayaan bangsa yang selari dengan
prinsip-prinsip Islam. Apa yang jelas mutahir ini ialahnilai-nilai kemuliaan insane ini
semakin terhakis akibat gelombang modenisasi danglobalisasi yang melanda umat
Melayu Islam di negara kita khususnya. Ia juga dapatdiperincikan menerusi:

27

BMM3142 KHAZATULSIMA BT KHALID PPG AMBILAN FEB 2012 I/C 740102085900.

i.Pengaruh

nilai

individualistic.

Fahaman

ini

tidak

memberi

penekanan

kepadakehidupan bermasyarakat. Maka unsur-unsur ketingian tamadun seperti


salingmenghormati, saling menolong dan toleransi akan terkikis dari jiwa manusia.
ii.Meluaskan

fahaman

meteralisme.

Fahaman

yang

bersifat

kebendaan

yangmenjadikan kekayaan sebagai ukuran dalam kehidupan. Hubungan antara


manusiadilihat kepada nilai benda yang diberi dan diterima dan hubungan sesama
manusiatidak lagi bersifat sacral(Zulkiflee & Mohd Nasir, 2005:89).Tegasnya, dalam
usaha membentuk identiti dan jati diri insan Melayu ini, sewajarnyaumat Melayu hari
ini kembali semula menghayati apa yang telah diterap oleh umatMelayu zaman
kegemilangan iaitu penghayatan sepenuhnya terhadap ajaran Islam yangsyamul
yang tentunya akan melahirkan watak insane Melayu yang beriman, bertakwadan
berakhlak mulia.
14.

LAIN-LAIN PERANAN

14.1

SISTEM PEMERINTAHAN

Tamadun Malaysia yang wujud hari ini merupakan hasil dari satu proses sejarah
yang berkesinambungan yang dapat dibuktikan melaluai pelbagai sumber sejarah
dan kaedaharkeologi. Dari segi sejarah, terbuktilah bahawa wilayah politik atau
negara bangsaMalaysia merupakan lanjutan dari politi-politi atau kerajaan-kerajaan
Melayusebelumnya. Politik-politik Melayu ini juga merupakan kesinambungan dari
beberapa buah kerajaan atau pusat tamadum Melayu seperti Srivijaya, Temasik,
Melaka, Johor-Ria, Lingga dan sebagainya(Zainal Abidin, 2001:196;Abdul Aziz,
2001, 23-33).Hari ini, Malaysia merupakan sebuah negara bangsa berbentuk
persekutuan yangmengandungi kompenen beberapa buah negeri Melayu yang
pernah menjadi Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Negeri-negeri Melayu Tidak
Bersekutu dan Negeri-negeriSelat.Lantaran dengan berdasarkan fakta sejarah
diatas, maka paksi atau landasanutama yang menyumbangkan kepada pembinaan
dan pemantapan tamadun Malaysiaialah tamadun Melayu-Islam. Setiap politik
Melayu yang dinyatakan diatas, diperintaholeh raja atau sultan atau Yang di-Pertua.
Sistem

pemerintahan beraja

(skarang

ini

system pemerintahan

raja

berpelembagaan)adalah sumbangan utama tamadun Melayu kepadatamadun


Malaysia. Pelembagaan Malaysia memaktubkan dua intitusi beraja iaitu Yangdi-

28

BMM3142 KHAZATULSIMA BT KHALID PPG AMBILAN FEB 2012 I/C 740102085900.

Pertua

Agong

dan

dalam pemerintahan

Majlis
demokrasi

Raja-raja

Melayu

berparlimen

di

sebagai komponen
negara

kita. Yang

penting
di-Pertua

Agong merupakanketua utama negara negara yang mengetuai tiga buah badan di
dalam kerajaan iaitu badan pemerintahan (eksekutif), badan perundangan (legislatif)
dan badan kehakiman(judikatif)(Abdul Aziz, 2002:40-59).Yang di-Pertua Agong tidak
terlibat di dalam politik dan pemerintahan negara dan baginda berdasarkan bidang
kuasanya boleh mewakili tugasnya kepada sesiapa atausuruhanjaya yang dilantik
atas perkan baginda. Baginda merupakan paying dan paksikepada perjalanan
sistem pemerintahan negara. Inilah hakikat sistem raja berpelembagaan kerana
banginda tidak berkuasa mutlak, sebaliknya baginda bertindak atas nasihat Perdana
Menteri atau Jemaah Menteri seperti yang termajtub dalamPerlembagaan
persekutuan Malaysia.
14.2

SISTEM PERUNDANGAN

Dalam konteks sejarah, politi-politi Melayu merupakan kamus perundangan sendiri


yang berasaskan adat Melayu dan undang-undang Islam (hukum syarak
Antara cacatan awal mengenai undang-undang Islam di Tanah Melayu adalah pada
prasasti Terengganu yang ditemui pada tahun 1899 di Sungai Terasat, Kuala
Berang,Terengganu. Batu bersurat ini bertarikh 17 Rejab 702 H bersamaan dengan
22 Februari1303 m. Ia mengandungi beberapa cacatan tentang hukum Islam yang
perlu dilaksanakan, iaitu tentang tanggungjawab pemerintahan melaksanakan dan
menguatkuasa ajaran Islam, pemberian dan penerimaan hutang, rejam atau hukum
sebat ke atas penzinaan, hukum menuduh zina dan tenteng ketaksamaan antara
semua orang sama ada orang atasan atau rakyat bawahan (Wan Ab Rahman,
2004:90)Satu lagi warisan yang membuktikan undang-undang Islam telah diamalkan
dalam kerajaan Melayu ialah Undang-undang Pahang yang disusun Pemerintahan
SultanAbdul Ghafur Muhaiyuddin Shah (1592:1614) di bawah pengaruh Undangundang Melaka. Dalam era penjajahan misalanya di era British, mereka tidak banyak
merosakkan kepercayaan atau keimanan orang Melayu terhadap Islam, tetapi dapat
melemahkannya. Bahkan tiada bantahan daripada orang Melayu apabila British
memperkenalkan undang-undang mereka, tidak seperti reaksi keras orang apabila
mendapat tahu pihak British akan

memperkenalkan Malay Union (Abdul Monir,

2005:68)

29

BMM3142 KHAZATULSIMA BT KHALID PPG AMBILAN FEB 2012 I/C 740102085900.

14.3

SISTEM BAHASA

Bahawa Melayu Kuno yang ditulis dalam bentuk tulisan Palava ini telah
digunakan olehorang Melayu di kawasan Sumatera Selatan(Mahayudin, 1998:59).
Atas dasar inilah sarjana Inggeris, John Crawfurd mengatakan tamadun Melayu
bermula di bahagian pendalaman Sumatera, tetapi tanah asal itu tidak lebih dari
pantai

dan

sungai-sungai

yang boleh

diharungi

(Asmah,

1987:543).Dengan

penybaran Islam yang dilakukan oleh para pedagang dan mabaligh Arab, bahasa
Melayu telah menerima kesan dan resapan pengaruh tulisan Arab yang dikenali
sebagai tulisan jawi.
Rentetan daripada itu, bahasa Melayu dan tulisan jawi diangkatsebagai bahasa
ligua franca dan wahana ilmu.Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahan bahasa
pengatar agama Islam telahmeningkatkan taraf, kecekapan dan kewibawaaannya.
Istilah-istilah

yang

baru

dan

cara penhujahan

dan

penyataan

yang

baru

demi mengungkapkan penegasan dan penghujahanyang lebih rumit dan kompleks


tetapi lebih tepat, persis dan saintifik (Abu Hassan,2001:179).Bagi kesusteraan
Melayu tradisional, kedatangan Islam membuka lembaran barudalam kehidupan
masyrakat melayu tradisional. Agama Islam yang membawa sinar barukepada
masyrakat turut juga membawa memperkenalkan tuulisan yang wajar dan
sesuaiuntuk dikembangkan pengunaan di Alam Melayu. Dengan itu, kertas yang
telah sekianlama digunakan di Timur Tengah dan di Barat, mengambil alih peranan
yang dimainkanoleh batu, logam, daun lontar dan sebagainya. Dakwat dan kalam
juga ikut diperkenalkan penggunaan (Siti Hawa, 2002:6)Tidak keterlaluan jika
dikatakan bahawa tulisan Jawi telah diterima olehmasyarakat Melayu serentak
dengan mereka menerima agama Islam dan mereka hanyamengambil sedikit masa
untuk menyesuaikan tulisan itu pada bunyi-bunyi yang terdapatdalam bahasa
mereka untuk dijadikan tulisan bahasa Melayu sendiri (Siti Hawa,2002:10).Era
kolonialisme di alam Melayu selama hamper 500 tahun memperlihatkan bahawa
mereka

tidak

Berjaya

memusnahkan

khazanah

pusaka

warisan

Tamadun

Melayuyang penting iaitu bahasa. Sastera dan pelbagai aspek kesenian yang
menjadi komponen penting atau terus teras kepada kebudaya dan tamadun Melayu.
Ini kerana pihak penjajahBelanda dan Inggeris menumpukan usaha mereka untuk
menguasaai intitusi politik, pentadbiran serta ekonomi di Alam Melayu. Pada

30

BMM3142 KHAZATULSIMA BT KHALID PPG AMBILAN FEB 2012 I/C 740102085900.

masa yang sama, mereka tidak pulamenghalang perkembangan bahasa, sastera


san kesenian Melayu. Malah ada dikalangan mereka yang bertidak sebagai penaung
atau pengkaji bahasa, sastera dan kesenian yang terus menerus berkembang (Wan
Hashim, 2001:112). Buktinya ialah Stanford Riffles,merupakan orang yang pertama
yang telah memperkenalkan konsep The Malayan nation,the Malay race, wilayah
Melayu dan mengkonsepsi sejarah orang Melayu berdasarkan falsafah romantik,
teori social dan biologi Eropah (Shamsul Amri, 2003:90).Sebelum Perang Dunia
Kedua, kebanyankan negari Melayu khususnya bekas Negeri-negeri Melayu Tidak
Bersekutuan iaitu Kedah Perlis, Kelantan, Terenganu dan Johor mengunakan
bahasa Melayu secara meluas bagi tujuan rasmi seperti dalam mesyuarat, surat
menyurat dan penulisan minit (Wan Ab Rahman, 2004:92).
Walaupun kedatangan penjajah Barat tidak Berjaya meminggirkan Bahasa
Melayu, namun apabila British memperkenalkan pendidikan aliran Inggris di
semua peringkat, rendah, menegah dan tinggi (universiti) pada awal abad ke-20,
Bahasa Inggeris mula bertapak sebagai bahasa ilmu moden dan bahasa pengajian
tinggi. Selama hamper tiga suku dekat bahasa Inggris menduduki tangga pertama
dibandingkan dengan bahasaMealayu (Wan Hashim, 200587).Begitu juga dengan
era selepas Perang Dunia Kedua yang memperlihakan penghakisan sedikit
sebanyak penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi yangterpaksa member
laluan kepada bahasa Inggeris. Ia merupakan syarat yang diwajaibkanoleh pihak
inggeris untuk mempercepatkan penerimaan sistem Common Law British dansistem
pentadbiran

mereka.

Setelah

1957, penggubal perlembagaan

negara

mencapai

menerima

kemerdekaan

hakikat sejarah

pada

tahun

penerimaan

bahasa Melayu dinegara ini. Satu peruntukan dimasukan kedalam Perlembagaan


Persekutuan untuk member kedudukan kepada bahasa Melayu ini.Pekara 152
Perlembagaan Persekutuan menmperutukan bahawa bahasa Melayumenjadi
bahasa

Kebangsaan

dan

bahasa

perantaraan

untuk

digunakan

dalam

semuamaksud rasmi maksud rasmi dan bahasa lain walaupun boleh diajar dan
dipelajari, tetapi bagi tujuan selain daripada maksud rasmi. Akta Pelajaran 1961 juga
telah menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem
pendidikan negara, baik di peringkat rendah, menegah dan tinggi.Dalam dasawarsa
lepas, bahasa Melayu dilihat agak kehilangan arah dam masihtercari-cari jati diri
khususnya di kalangan warga Malaysia sendiri. Mereka lebih gemar mengunakan

31

BMM3142 KHAZATULSIMA BT KHALID PPG AMBILAN FEB 2012 I/C 740102085900.

bahasa Inggeris atau bahasa rojak sebagai bahasa pertuturan sehariaan.


Iniditambah lagi dengan kehadiran bahasa SMS yang cukup di kalangan remaja dan
para pelajar khususnya. Keadaan ini membimbangkan pihak kerajjan khususnya
badan yangdipertanggungjawab untuk memartabatkan bahasa Melayu iaitu Dewan
Bahasa danPustaka.Lantaran itu, dalam tahun 2006, pihak Dewan Bahasa dan
Pustaka telah diberiKuasa oleh kerajaan unhtuk memantau malah mengambil
tindakan terhadap mana-mana pihak yang menyalahgunakan dan mencemarkan
kesuian bahawa kebangsaan ini.
15.

KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU DAN BUMIPUTERA


Pembentukan Pelembagaan Persekutuan merupakan hasil toleransi yang cukup

tinggioleh kaum Melayu terhadap kaum bukan Melayu semasa penubuhan


Persekutuan TanahMelayu pada tahun 1957 dahulu. Persetujuan melongarkan
syarat-syaratkewarganegaraan oleh para peminpin Melayu telah membolehkan
peminpin-peminpin bukan Malayun mengakuai kedudukan istimewa orang Melayu
dan orang Islam.Dengan pembentukan gagasan persekutuan Malaysia pada 16
September 1963,taraf kedudukan istimewa ini telah diperluaskan kepada kaum
bumiputera di Sabah danSarawak. Kedudukan istimewa orang Melayu dan
bumiputera ini telah dimaktubkanmenurut Pekara 153 Perlembagaan Persekutuan
Malaysia

(Zainal

Abidin,

2001:198).Selain

itu,

Pelembagaan

Persekutuan

juga mengiktiraf peranan undang-undangadat yang dapat dilaksanakan di kalangan


orang Melayu dan juga masyarakat bumiputeraatau peribumi di Sabah dan Sarawak.
Undang-undang adat yang dapat lama berkembangiaitu semenjak adanya undangundang bertulis telah lama diamalkan, namun dari segi perlaksanaannya dengan
peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia (ZainalAbidin, 2001:198).

32

BMM3142 KHAZATULSIMA BT KHALID PPG AMBILAN FEB 2012 I/C 740102085900.

KESIMPULAN
Dalam membina peradaban bangsa Malaysia menjelang tahun 2020, apa yang
pasti ialah budaya dan nilai luhur yang wujud dalam agama Islam dan orang Melayu
perludiperkasakan

dan

dijadikan

sebagai

teras kepada

pembentukan

dan

pembinaan bangsaMalaysia dan negara Malaysia. Ini kerana orang Melayu pernah
membuktikan

kepadadunia

kegemilangan lantaran

bahawa

berpegang

mereka

teguhdan

pernah mengecap

menghayati

sepenuhnya

zaman
ajaran

Islam.Islam sebagai cara hidup yang lengkap menyediakan panduan yang


sempurna bagi semua dimensi kehidupan. Maka untuk mencapai era kegemilangan
seperti manayang dikecapi oleh umat Melayu terdahulu, sewajarnya generasi hari ini
kembali memahami dan menghayati ajaran Islam dalam erti kata yang sebenar
kerana Islamadalah yang dinamik dan progesif .

33

BMM3142 KHAZATULSIMA BT KHALID PPG AMBILAN FEB 2012 I/C 740102085900.

Rujukan
Meniti Catatan Sejarah, Koleksi Artikel 2002-2003; Arkib Negara Malaysia, Kementerian
Kebudayaan, Kesenian, dan Warisan Malaysia 2005.
Modul Pengajian Tamadun Islam dan Tamadun Asia, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
http://aisaluddin.multiply.com/journal/item/14/SEJARAH_KEDATANGAN_ISLAM_KE_TA
NAH_MELAYU
http://zainulfaqar.wordpress.com/2007/10/21/teori-kedatangan-islam-ke-alam-melayusuatu-analisis/
http://malaysiana.pnm.my/01/0101mel_pengenalan.htm
PERPUSTAM (Perbadanan Perpustakaan Negeri Melaka)

Mohamad Zahir Zainudin, Nur Hazwani Mohd Fadzil, Nur Akmal Abd Rahman, Nurul Aini
Abdullah, Venecia Violette, Zulfika Arsad

34

BMM3142 KHAZATULSIMA BT KHALID PPG AMBILAN FEB 2012 I/C 740102085900.

TUGASAN 2. PEGURUSAN GRAFIK

SEBAHAGIAN daripada amalan budaya orang Melayu sekarang adalah hasil himpunan
dan adunan pelbagai amalan luar yang terserap dalam kehidupan orang Melayu sejak
begitu lama. Amalan ini kemudiannya menjadi kelaziman dalam kehidupan seharian dan
diperturunkan daripada generasi ke generasi.

35

BMM3142 KHAZATULSIMA BT KHALID PPG AMBILAN FEB 2012 I/C 740102085900.

Pengaruh ini dapat dilihat contohnya dalam adat istiadat perkahwinan Melayu.
Sebahagian besar adat yang diamalkan tidak diketahui tujuan atau latar belakang
mengapa ia diadakan.
Menurut pengarang buku Istiadat Perkahwinan Melayu Yang Bukan Daripada Ajaran
Islam ini, Dr. Amran Kasimin, pada hakikatnya perkahwinan dalam Islam adalah mudah
namun orang Melayu (yang rata-rata beragama Islam) telah mencampuradukkan pelbagai
upacara dan istiadat hasil pengaruh Hindu-Buddha dan animisme yang mempengaruhi
cara mereka berfikir sejak dahulu.
Masyarakat lebih banyak menggunakan tenaga dan usaha mengumpul wang untuk
menjayakan pelbagai adat istiadat yang kurang penting tetapi lupa melengkapkan diri
dengan ilmu pengetahuan demi menghadapi alam rumah tangga.
Beliau berpendapat, andainya seseorang itu memahami asal usul adat istiadat dan upacara
yang dilakukan, juga latar belakang sejarah dan budaya yang mengikat kehidupan,
seseorang itu mungkin berupaya melepaskan diri daripada belenggu pelbagai adat istiadat
yang karut dan sia-sia dengan lebih mudah.
Buku ini sesuai dibaca oleh umat Islam yang ingin mendirikan rumah tangga, malah juga
ibu bapa yang ingin mengahwinkan anaknya. Segala adat istiadat yang tidak perlu elok
ditinggalkan bagi menjimatkan perbelanjaan, terutamanya ketika negara dilanda
kegawatan ekonomi.
Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=1998&dt=0430&sec=Rencana&pg=ot_08.htm#ixzz3VMfDQ6Vs
Utusan Melayu (M) Bhd

REFLEKSI

KERJA KURSUS

3114)NAMA :

PROJEK

(KKP)KEBUDAYAAN

WAN NURULHAWANI BINTI

ARIFINNO.

MELAYU
KP:

(BMM

890917-03-

5684UNIT : PISMP BAHASA MELAYU SEMESTER 7


Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat ILLAHI kerana dengan limpah kurnia dariNYA
dapat saya menyiapkan tugasan ini tepat pada masanya. Setelah bertungkus-lumus
mengikut tempoh yang telah diberikan, maka inilah yang dapat saya persembahkan.
Sepanjang melakukan tugasan ini, saya tidak menghadapimasalah yang besar, hal ini
kerana pensyarah Puan Norzaini Binti Yusof telah memberi penerangan dengan jelas
mengenai tugasan Kerja Kursus Projek (KKP)pada kali ini.Kerja kursus ini mempunyai

36

BMM3142 KHAZATULSIMA BT KHALID PPG AMBILAN FEB 2012 I/C 740102085900.

dua soalan yang perlu dipilih. soalan dua iaitu kebudayaan Melayu dikatakan banyak
dipengaruhi

oleh

peradapan-peradapan

yang

pernah

mendominasi

alam Melayu.Kebudayaan mempunyai pelbagai definisi. Antaranya ialah budaya


didefinisikan sebagai suatu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan
meliputi sistemsosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat
resam , sikapdan nilai.Kebudayaan pula merujuk kepada tamadun sesuatu masyarakat
yang diwarisidan yang bersifat dinamik. Di samping itu, ada unsur menerima dan
menolak yangdipraktiskan oleh sesuatu masyarakat dalam satu keseluruhan sistem
kehidupan,didalamnya
kepercayaandan

terkandung

sistem

masyarakat.Pengalaman

unsur

simbol
semasa

teknologi,

yang

ekonomi,

menjadi

menyiapkan

milik

tugasan

ini

organisasi
bersama

adalah

sosial,
sesuatu

saya

dapat

memahamidengan lebih mendalam tentang kebudayaan Melayu dari segi pantang


larang, adatresam, agama dan sebagainya.
Melalui

tugasan

ini,

pelbagai

pengetahuan

baharu

yang

telah

saya

pelajari. Antaranya ialah pengaruh luar yang mempengaruhi kebudayaan Melayu. Terda
patbeberapa

pengaruh

pengaruhanimisme,
banyakmempengaruhi

luar

Hindu,

yang
Barat

kehidupan

mempengaruhi
dan

Islam.

masyarakat

kebudayaan

Melayu

Pengaruh-pengaruh

Melayu

sehingga

luar

iaitu
ini

kini. Antaranya

ialahpengaruh Hindu dalam adat perkahwinan , adat berinai, adat bersanding


dansebagainya.

Pengaruh

animisme

juga

mempengaruhi

masyarakat

Melayu

dalampantang larang.Sepanjang menyiapkan tugasan ini, saya tidak mempunyai


masalah yangbesar. Hal ini kerana, terdapat banyak sumber seperti buku dan laman
sesawanguntuk dirujuk. Hanya satu masalah yang saya hadapi iaitu panjang tugasan
adalahterhad sedangkan banyak perkara yang ingin dijelaskan dalam tugasan ini. Hal
inimenyebabkan saya perlu mengehadkan dan memuatkan hanya perkara yangpenting
dalam tugasan ini. Masa untuk menyiapkan tugasan ini juga mencukupi. Apabila
bahan rujukan banyak, masa untuk menyiapkan tugasan akan menjadi lebihsingkat.
Tambahan pula, soalan tugasan diberikan awal, jadi saya dapat memulakantugasan
dengan lebih awal dan sebelum praktikum bermula. Antara dapatan baharu yang
saya perolehi ialah pengetahuan tentang sistemkepercayaan masyarakat, sistem hidup
masyarakat Melayu semasa pengaruhanimisme, pengaruh Hindu, pengaruh Barat dan
pengaruh Islam Melalui tugasan ini juga, saya mendapat pengetahuan yang lebih

37

BMM3142 KHAZATULSIMA BT KHALID PPG AMBILAN FEB 2012 I/C 740102085900.

mendalam tentang adat resam,pantang larang yang diamalkan oleh masyarakat Melayu.
Saya juga mengetahui sebab apa sesuatu adat resam dan pantang larang
itu wujud.Secara kesuluruhannya, saya dapat lebih kefahaman, pengetahuan dan dapat
mengaplikasi apa yang diajar oleh pensyarah semasa proses menyediakan kerjakursus
ini. Saya berharap masyarakat Melayu masa kini memartabatkan bahasaibunda kita
kerana bahasa Melayu mempunyai keindahan dan keunikan yang berbeza berbanding
bahasa-bahasa lain di dunia ini seperti kata pepatah BahasaJiwa Bangsa .

1.0

PENGENALAN
Menurut Kamus Dewan, unsur-unsur asli bermaksud kebudayaan orang yang

asal keturunannya, lahir dan tinggal di sebuah negeri ataupun orang asli penduduk asal
sesebuah negeri (bukannya orang asing atau mendatang). Menurut G. Coedes
penduduk eribumi Nusantara pada zaman prasejarah sudah memilih peradaban mereka
sendiri. Dalam bidang ekonomi mereka sudah menjalankan usaha-usaha pertanian padi,
menternak binatang, menguasai ilmu pelayaran dan penggunaan. Sementara itu dari
segi agama dan kepercayaan, Linton membuat hipotresis bahawa orang melayu pada

38

BMM3142 KHAZATULSIMA BT KHALID PPG AMBILAN FEB 2012 I/C 740102085900.

zaman prasejarah sudah mempunyai sistem kepercayaan kepada kuasa-kuasa luar


biasa dan animis me, makhluk alam ghaib yang menguasai alam semesta
1.1.

Secara ringkasnya masyarakat asli telah sedia ada mempunyai kepercayaan

animisme dan tantrayana yang tidak dipengaruhi oleh mana-mana unsur lain. Maksud
bagi pengaruh luar pula adalah kebudayaan yang berasal atau datang dari daerah atau
negeri lain ataupun bukan kepunyaan tempatan.
1.2.

Antara unsur luar yang ada di alam Melayu ini seperti Hindu-Buddha dan islam.

Hindu dianuti oleh penduduk d situ iaialah aliran Brahmaisme. Menurut catatan FaHsien, penduduk Jawa Barat menyembah berhala dan menganut fahamana agama
Hindu dari aliran Brahmaisme, Saivaisme dan Visyanisme. Kira-kira tahun 420 masihi
seorang raja dari Kasymir, India bernama Gunaarman telah mengunjung alam Melayu
untuk emnyebarkan agama Buddha. Dalam laporan I-Tsing menyatakan bahawa rajaraja di Sumatera menganut agama buddha. Dan Islam mulai tersebar di alam melayu
sejak abad ke 13 masihi. Agama ini beratkap di pasai kira-kira sekitar tahun 1297 masihi
dan di Terangganu 1303 masihi
1.3.

Dengan

kedatangan

semua

pengaruh

asing

ini

perkembangan

dalam

masyarakat telah berlaku begitu juga dengan kebudayaan Melayu. Perkembangan ini,
meliputi bidang politik, kepercayaan, adat istiadat, undang-undang, kesusasteraan dan
kesenian. Ini adalah hasil dari percampuradukan budaya yang dibawa dari pengaruh
Hindu-Buddha dan Islam dengan pengaruh tempatan iaitu animisme dan Tantrayana.

2.0

POLITIK
Pada zaman prasejarah mereka belum mempunyai sistem politik yangkompleks,

tetapi mereka sudah mengamalkan sistem mesyuarat yang amat menitikberatkan


rundingan dan kata sepakat untuk melakukan sesuatu pekerjaan
2.1

Pada peringkat awalk susunan organisasi tersebut adalah dalam bentuk unit-unit

perkampungan seperti dewasa ini.

39

BMM3142 KHAZATULSIMA BT KHALID PPG AMBILAN FEB 2012 I/C 740102085900.

2.1

Perpaduan dikalangan masyarakat Melayu pada masa lampau berdasarkan asas

kekeluargaan dan kesukuan. Menurut Koentjaraningrat bermula dari organisasi desa,


suku-suku yang kecil itu berkembang menjadi sebuah negara melalui penaklukan oleh
salah satu persekutuan kelompok-kelompok yang kecil. Dengan itu struktur organisasi
politik Melayu tradisional itu bermula dari desa dan kampung, kemudian diikuti dengan
daerah atau jajahan dan seterusnya negeri. Ketua kampung merupakan pemimpin yang
terkecil. Pembesar menjadi pemimpin pada peringkat daerah atau jajahan dan raja
menjadi pemimpin atau ketua organisasi politik pada peringkat negeri, menurut Ralph
Linton, organissai politik penduduk alam Melayu sebelum dipengaruhi peradaban luar
merupakan unit-unit politik yang kecil pada peringkat desa yang diketui oleh pemimpin
mereka yang beranama penghulu. Seringkali permasalahan pentadbiran pada peringkat
desa tersebut dibincangkan melalui mesyuarat dikalangan anggotanya terutaman
dikalangan ahli-ahli yang sudah tua. Pada ketika ini unit yang terkecil itu penduduknya
biasanya terdiri daripada anggota-anggota yang mempunyai pertalian darah atau
berasal dari suku yang sama.
2.3

Apabila pengaruh Hinddu Buddha mulai memasuki alam melayu, organisasi

politik pada awal masihi mulai berkembang daripada bantuan penguasaan bagi satu
kawasan yang kcil kepada sebuah organisasi politik yang besar dan menguasai jajahan
yang luas. Sistem pentadbiran politik Hindu telah diserap oleh orang melayu dan
dilaksanakan setelah dilakukan berbagai penyesuaian,. Ketua negara yang memimpin
kerajkaan dinakaman raja iaitu istilah yang dipnjam daripada bahasa Sanskrit. Konsep
raja yang berkembang dalam masyarakat Melayu adalah sebagai pemimpn kerajaan.
Disamping itu raja juga dikatakan berketurunan dewa-dewa. Konsep dewaraja ialah
kepercayaan dan salasilah raja-raja yang diwujudkan secara ciptaan tadi dikaitkan
dengan dewa-dewi dari kayangan penjelmaan daripada Shiva, Vishnu atau Brrahma,
lelembut, mamang atau makhluk halus yang tidak dapat dipandang mata dari sudut asal
usul dan tradisi keturunan nenek moyang mereka, ini adalah warisan dari tradisi MelayuHindu.
2.4

Raja-raja seperti yang disebut ddalam hikayat Pedawa Lima karya saduran

daripada dewa-dewa atau tuhan yang disebut dewaraja. Dalam sistem politik pengaruh
Hindu ini raja dianggap sebagai berdatah dewa atau penjelmaan dewa dari kayangan.

40

BMM3142 KHAZATULSIMA BT KHALID PPG AMBILAN FEB 2012 I/C 740102085900.

Untuk menyesuaikan dengan kepercayaan tersebut, maka raja-raja di Pulau Jawa telah
mendirikan istana mereka ditempat yang tinggi seperti kerajaan Sailendra (gunung)
kerana dipercayai bahawa syurga terletak di atas gunung
2.5

Selepas raja melaka menaganut agama islam, sistem pemerintahan pun

disesuaikan dengan agama islam. Walaubagaimanapun pengaruh Hindu masih lagi


berlanjutan. Beberapa perubahan telah berlaku misalnya gelaran Sri maharaja yang
dipakai dalam kerajaan srivijaya telah diubah kepada gelaran Sultan. Seperti raja-raja
islam di india dan Asia Barat. Pemikiran Hindu yang menganggap raja sebagai
keturunan dewa dihapuskan dan digantikan Sultan sebagai bayangan Tuhan atas muka
bumi. Untuk kekalkan sifat keistemewaan sultan, maka ditonjolkan kepercayaan bahawa
sultan itu mempunyai kuasa luar biasa disebut daulat. Dalam menjalankan pentadbiran
negara, sultan masih mengekalkan sistem politik yang lama yang mengandungi
pengaruh Hindu
3.0

KEPERCAYAAN
Menurut E.B.Taylor, kepercayaan kepada makhluk halus dan roh merupakan

asas kepercayaan agama yang mula-mula tumbuh dalam alam pemikiran manusia
primitif. Kepercayaan animisme merupakan satu bentuk cultural universals yang wujud
dikalangan suku-suku primitif
3.1

Dalam kepercayanan rakyat di nusantara terdapat anggapn bahawa roh orang

yag telah mati boleh masuk ke dalam tubuh binatang, misalnya suku Nias, disebuah
Pulau yang terletak dibarat Sumatera mempercayai seekor tikus yang keluar masuk
rumah dianggap sebagai roh daripada orang yang telah mati beranak. Kadang-kadang
roh itu memasuki tubuh babi atau harimau dan dipercayai binatang itu akan menganggu
orang yang menjadi musuh dimati pada masa hidupnya. Dimana mereka percaya roh
simatai akan menjelma kembali ke tubuh makhluk lain. Jikalau roh itu baik akan
menjelma menjadi haiwan yang jinak dan sekiranya sebaliknya roh itu akan menjelma di
dalam tubuh haiwan yang liar. Ini juga disebut sebagai penjelmaan dewa-dewa sama
ada jahat auatu bai k. Islam mengubah pandangan dunia orang melayu daripada
mempercayai dewa-dewa seperti yang mereka anuti pada zaman hindu kepada
mempercayai Tuhan yang Maha Esa. Kepercayaan yang dapt kita lihat disini adalah

41

BMM3142 KHAZATULSIMA BT KHALID PPG AMBILAN FEB 2012 I/C 740102085900.

kepercayaan kepada keramat. Keramat ini adalah amalan kepercayaan asal penduduk
tempatan kepada roh dan semangat.Keramat adalah kepercayaan Brahma dikalangan
orang Hindu iaitu kuasa untuk melakukan sesuatu yang ajaib boleh dicapai dengan
beramal dengan mengenepaikan kebendaan dan kemewahan dunia
3.2

Yang demikian tidaklah menghairankan jika dinegeri-negeri dimana kepercayaan

Brahma berkembang pada satu ketika, seperti di kepulauan Melayu, maka kepercayaan
kepada keramat yang boleh melakukan sesuatu yang ajaib khususnya mendapat
sambutan dikalangan penduduknya. Kerana kepercayaan kepada keramat kebetulan
secocok dengan kepercayaan kepada orang-orang sihir dan dukun. Tetapi pemujaan
keramat dikalangan orang Islam adalah disebabkan kebanyakan mereka memuliakan
pemimpin-pemimpin Sufi yang dianggap sebagai keramat dan menziarahi kubur-kubur
mereka
3.3

Upacara dimakam keramat biasanya terdiri dari campuran unsur-unsur Islam

dan bukan Islam. Doa dan bacaan ayat-ayat al-Quran itu sahajalah daripada unsur
Islam yang diamalkan dalam upacara itu. Mengikat kain serta benang bewarna-warni
atau membuat dapur batu di pintu makam itu sebagai tanda memohon berkat itu adalah
amalan yang dibawa oleh orang India Islam. Persembahan biasa yang terdiri daripada
telur warna merah dan nasi kunyit ialah bercorak kemaelayuan
3.4

Walaupun kepercayaan lama tidak dapat dihapuskan sepenuhnya, namun

kebudayaan Islam telah berjaya mempengaruhi bentuk-bentuk kepercayaan Melayu


lama dengan memperkenalkan konsep Allah sebagai Tuhan Yang Maha Esa dan
Muhammad sebagai rasul. Misalnya dalam jampi atau mantera di bawah ini dimasukkan
konsep Islam sebagai menggantikan fahaman ketuhanan, animisme dan Hinduisme.
Walaupun begitu unsur dewa-dewi ini berfungsi sebagai makhluk alam ghaib seperti
hantu dan jembalang yang masih pengaruhi lagi alam p emikiran orang Melayu hingga
dewasa ini .
3.5

Walaupun ada fahaman dan amalan baru, kepercayaan dan upacara peribumi

tidak tersingkir, penafsiran baru dan sisa dari kepercayaan lama turut berkembang
dalam struktur kepercayaan rakyat Melayu yang kompleks itu.

42

BMM3142 KHAZATULSIMA BT KHALID PPG AMBILAN FEB 2012 I/C 740102085900.

4.0

ADAT ISTIADAT
Adat istiadat dalam masyarakat Melayu bermula sejak seseorang itu lahir ke

dunia. Sejak ibu mengandung hingga kanak-kanak yang dilahirkan itu membesar,
berbagai adat istiadat dilakukan oleh orang Melayu. Antaranya ialah adat melenggang
perut sewaktu ibu mengandung, mencecah garam, menjejak kaki ke bumi, menindik
telinga dan beberapa acara perkahwinan dan kematian
4.1

Antaranya adat melenggang perut diamalkan dikalangan keluarga diraja dan

juga rakyat jelata apabila kandungan ibu genap tujuh bulan. Upacara ini dilakukan oleh
Tuk Bidan dengan tujuan untuk membuang garuh atau kecelakaan ang mungkin
menimpa ibu yang bakal bersalin. Ini adalah kepercayaan animisme pada unsur ghaib.
Di samping itu, adat ini juga bertujuan membetulkan kedudukan bayi di dalam perut
ibunya. Bahan-bahan yang digunakan dalam upacara ini ialah beras kunyit, buah kelapa
agar ibu dapat lahirkan anak dengan mudah dan selamat.
Bagi upacara mencecah garam ke mulut kanak-kanak, ia bersamaan dengan adat Hindu
yang mencecah madu dan minyak sapi ke bibir bayi yang dilakukan oleh Brahmin
supaya bayi itu panjang umur dan mendapat kebahagiaan di dalam hidupnya
4.2

Tapi bagi Islam adat ini diganti dengan mencecapkan air zam-zam atau kurma.

Pembacaan mantera yang biasa dilakukan sebelum adat itu dimulakan juga digantikan
dengan pembacaan surah al-Fatihah dan surah al-Ikhlas kemudian dibacakan doa
4.3

Dalam adat perkahwinan pasangan yang berkahwin dikatakan raja sehari dan

diadakan upacara bersanding sebagai kemuncak bagi upacara tersebut. Pasangan ini
akan diletakkan di atas pelamin tanpa bergerak-gerak. Penggunaan sirih pinang, beras
kunyit dan berinai juga merupakan pengaruh Hindu. Walaupun unsur-unsur budaya
lama seperti meminang, berinai, bersanding masih dikekalkan namun upacara itu
banyak disesuaikan dengan lunas-lunas agama Islam kerana tidak bertentangan engan
lunas Islam
4.4

Pernikahan yang dijalankan itu misalnya, hukum dilangsungkan mengikut syarak.

Sebagaimana yang ditetapkan pengantin lelaki mesti melafazkan penerimaan ni kah


daripada wali atau kadi dengan disaksikan oleh 2 orang saksi. Bagi melengkapkan

43

BMM3142 KHAZATULSIMA BT KHALID PPG AMBILAN FEB 2012 I/C 740102085900.

upacara perkahwinan itu, diadakan kenduri-kendara sesuai dengan suruhan Nabi. Akhir
sekali apabila seseorang yang meninggal, anak-anaknya akan mengadakan kenduri
untuknya mengira hari iaitu seperti 7 hari, 40 hari dan 100 hari. Unsur-unsur ini telah
kurang diamalkan kerana peraturan Islam kini lebih dominan tetapi masih diamalkan
oleh sesetengah masyarakat orang Melayu sekarang.
5.0

KESENIAN
Dalam bidang kesenian, pengaruh India dapat dilihat pada binaan dan bangunan

agama. Dalam hal ini pengaruh India jelas kelihatan pada penggunaan batu dan bata
sebagai bahan utamanya kerana ia merupakan bahan yang lebih kekal dan dianggap
sesuai untuk membina rumah dewa dan dewi. Oleh sesab itulah tugu agama yang
dibina pada zaman purba masih dapat dikesan sehingga kini. Pengaruh ini jelas dilihat
pada ukiran seni pahat dindingnya patung dewa Logam yang berupa arca. Terdapat
patung dewa trimurti iaitu Siva, Vishnu dan Brahman dalam pelbagai bentuk dan gaya.
Selain itu, terdapat patung Kuwera dan Hariti yang juga dipuja dalam agama Buddha.
Dari segi ukiran, yang menjadi pola hiasan pada dinding candi-candi atau kuil ialah
makhluk ajaib dan tumbuh-tumbuhan, sesuai dengan suasana Gunung Mahameru.
Antara motif ukiran yang selalu digunakan ialah seperti kepala Kala, daun-daunan,
ranting-ranting

dan

bunga

Teratai.

Selain

hiasan

ini

terdapat

'relief'

yang

menggambarkan sesuatu cerita, antaranya berd asarkan kitab Ramayana. Daripada


barang-barang logam pula, terdapat arca dan benda lain seperti lampu, talam pedupan
dan sebagainya. Jika dikaji dari segi fungsi pembinaan candi ini, didapati pengaruh
peribumi masih kuat pengaruhnya, sebenarnya candi-candi bukanlah kuil tempat
pemujaan dewa-dewa seperti di India, tetapi lebih merupakan tempat pertemuan rakyat
dengan roh nenek moyangnya terutama roh raja-raja. Contohnya candi Borobodur,
sungguhpun bangunannya berbentuk stupa (tempat menyimpan abu mayat Buddha)
namun pada hakikatnya adalah makam nenek moyang 10 orang Raja Sailendra.
Tafsiran yang paling tepat tentang candi itu ialah pada satu pihak ia mencerminkan nilai
tertinggi Buddha-Mahayana, sedangkan pada satu pihak yang lain bermaksud untuk
memuja nenek-moyang dinasti Sailendra.Dalam bidang keseniaan pengaruh Islam pula
dapat dilihat pada makam atau batu nisan, masjid dan perhiasan-perhiasannya. Batu
nisan merupakan karya seni Islam yang pertama sekali masuk ke nusantara. Contohnya
yang pernah ditemu i ialah batu nisan Syeikh Abdul al-Qadir Husain Alam bertarikh 903

44

BMM3142 KHAZATULSIMA BT KHALID PPG AMBILAN FEB 2012 I/C 740102085900.

masihi yang dijumpai di Linggir Kedah. Pada permukaan makam-makam yang dijumpai
ini terdapat tulisan yang dipahat daripada ayat al-Quran serta ajaran Islam yang
menekankan tentang hukum dan tasawuf. Misalnya pada prasasti di Pekan, Pahang.
Tertulis ayat al-Quran dengan gaya khat thuluth daripada surah Ali Imran ayat 185,
Surah Yunus ayat 62 serta nasihat bercorak kesufian. Dari segi coraknya, batu nisan
tersebut disamping menerima pengaruh asing, juga memancarkan daya kreativiti
penduduk tempatan. Contohnya, batu nisan Maulana Malik Ibrahim yang dibawa dari G.
Jeram mempunyai bentuk seperti kepala terbalik yang menunjukkan adanya pengaruh
Parsi. Selain batu nisan, masjid merupakan karya seni Islam yang terpenting
dinusantara. Dari segi coraknya, masjid-masjid yang menunjukkan corak dari abad 14
hingga abad 18. Masih berbentuk tradisional. Misalnya pengaruh tradisi ini dapat dilihat
pada bentuknya yang tersusun sebagai lanjutan daripada sen i Bali yang disebut 'Meru'.
Pengaruh Hindu lebih jelas lagi pada bentuk dan bangunan menara kudus yang
didirikan pada zaman Sunan Kudus. Terdapat juga pengaruh masyarakat tradisi pada
bentuk perhiasannya. Contohnya pola-pola yang menjadi perhiasan yang berasal dari
zaman pra-Islam seperti daun-daunan, bunga teratai, bukit-bukit karang, pemandangan
dan garis-garis geometri. Walaupun masih terdapat unsur bercorak haiwan tetapi dibuat
dalam bentuk yang samar. Disamping itu, terdapat juga perkembangan kaligrafi atau
seni khat Islam. Ini dapat dilihat pada makam, masjid dan sebagainya. Contohnya
masjid terdapat ukiran khat pada mihra, mimbar, bingkai atau lengkung tiang dan
sebagainya. Tidak dapat dinafikan bahawa seni ini juga dipengaruhi oleh unsur praIslam yang telah lama seperti dengan masyarakat tempatan.
6.0

KESUSASTERAAN
Sebelum

kedatangan

unsur

dari

luar,

masyarakat

peribumi

sudahpun

mempunyai kesusasteraan yang tersendiri. Sebelum masyarakat tempatan tahu


menulis, melalui car pertuturan sahajalah mereka menyampaikan perasaan atau
curahan hati masing-masing. Ini dikenali sebagai sastera lisan. Dari percakapan yang
pendek membawa kepada percakapan yang panjang hingga menggambarkan sesuatu
cerita. Dengan ini timbullah jenis-jenis kesusasteraan mengikut kaedah namanya yang
sesuai dengan zaman itu seperti bidalan, peribahasa, perumpamaan dan perbilangan.
Selain itu, pantun juga merupakan sastera yang tertua yang terdapat pada masyarakat
Melayu. Hasil sastera yang dihasilkan ini adalah melalui pengalaman dan pemerhatian

45

BMM3142 KHAZATULSIMA BT KHALID PPG AMBILAN FEB 2012 I/C 740102085900.

masyarakat terhadap sesauatu peristiwa yang berlaku dalam kehidupan sehari-hari.


Kedatangan

unsur

luar

telah

memperkayakan

lagi

unsur

peribumi

ini.

Setelah kedatangan pengaruh India, kita dapat lihat bagaimana unsur tempatan telah
diserapi oleh pengaruh ini. Pengaruh India yang paling penting ialah penerimaan dua
buah epik Ramayana, lahirnya karya-karya prosa dan juga puisi seperti Hikayat Seri
Rama, Rama Keling dan sebagainya. Walaupun terdapat pengaruh ini, tetapi jika ditinjau
dengan lebih mendalam ternyata warisa peribumi masih menebal. Setelah kedatangan
pengaruh ini bahasa sanskrit telah dipilih sebagai bahasa pengucapan intelektual, tetapi
ia lebih merupakan bahasa golongan elit. Bagi rakyat jelata bahasa ini amat asing, ini
menyebabkan pengaruhnya terbatas dalam lingkungan kraton sahaja. Tentang
pengaruh epik pula, harus dibezakan di antara sifat-sifat asal epik itu dengan ceritacerita yang terdapat di Nusantara. Pada hakikatnya, cerota Srirama di Nusantara adalah
saduran bebas, bukannya terjemahan asli. Sehingga bersifat indonesia asli, hanya
bahannya sahaja yang dipinjam. Seolah-olah Melayu meminjam bahan asing untuk
melahirkan diri sendiri.Keperibadian sendiri lebih jelas jika dilihat pada cerita-cerita panji
diJawa, bukannya daripada pengaruh Hindu. Pengaruh Hindu pula bukan terb atas di
Jawa, bahkan hingga ke Thailand dan Kemboja. Jadi disini bukan sahaja masyarakat
Nusantara mempunyai keperibadian sendiri, malah berjaya pula menyebarkan
pengaruhnya keluar daerahnya sebagaimana epik-epik India tersebut.Menurut Prof.
Mohd. Taib Osman, karya-karya sastera daripada warisan Hindu itu masih dipercayai
segala isi ceritanya, miskipun orang melayu sudah menganut agama Islam selama
beratus-ratus tahun. Antara unsur kepercayaan Hindu daripada epik-epik tersebut yang
mempengaruhi karya sastera yang lain ialah cerita dewa-dewi yang bersifat manusia
dan Tuhan, kejadian yang luar biasa seperti penjelmaan dalam pelbagai bentuk serta
senjata ghaib dan sakti. Setelah kedatangan Islam di Nusantara, proses penanaman
aqidah Islam melalui cerita atau kisah-kisah melalui 2 cara iaitu dengan mengubahsuai
cerita yang sedia tersebar dengan unsur Islam ddan mengenengahkan cerita-cerita baru
yang berasal dari tradisi Islam. Mengenai kaedah yang pertama, cara yang dilakukan
ialah memasukkan unsur Islam ke dalam sastera yang berasaskan epik Hindu yang
terkenal iaitu Ramayana dan Mahabrata. Kaedah yang kedua ia dilakukan untuk
mengimbangi atau mengambilalih cerita-cerita yang berteraskan kedua-dua epik
tersebut.Sesusasteraan dimulakjan dengan cara lisan kemudian diajarkan pula tulisan
huruf arab (jawi), dan mulalah ditulis dan disalin kitab-kitab yang senang-senang yang
berkaitan dengan ugama. Contohnya, seperti kitab-kitab risalat Dua Kalimah shahadah,

46

BMM3142 KHAZATULSIMA BT KHALID PPG AMBILAN FEB 2012 I/C 740102085900.

peraturan dan rukun-rukun sembahyang, peraturan puasa dan sebagainya lagi.


Kemudian dikembangkan pula dengan doa-doa dan kisah-kisah Nabi, kitab fekah, tafsir
al-Quran, hikayat Para Nabi, cerita pahlawan Islam dan lain-lain lagi. Kedatangan islam
menyebabkan

kesusasteraan

masyarakat

peribumi

semakin

berkembang.

Kesusasteraan masyarakat tempatan tidak hilang malah ada kekal sehingga ke hari ini.
Contohnya, sehingga ke hari ini khazanah yang begitu bernilai iaitu pantun masih kekal
dan mutunya masih tidak dapat ditandingi oleh ciptaan generasi masa kini.
7.0

KESIMPULAN
Apa yang dapat disimpulkan ialah segala unsur lama itu masih lagi dikekalkan

dan tidak semua dihapuskan. iNi disebabkan walaupun dengan hadirnya pengaruh
asing, unsur lama masih lagi boleh diterap atau digunakan dalam pengaruh itu dengan
mencampuadukkan kebudayaan-kebudayaan itu. Mamenglah tidak mudah untuk
masyarakat untuk menerima pengaruh luar tetapi kebudayaan -kebudayaan yang
dibawa oleh pengaruh luar itu ada sedikit sebanyak persamaan dengan unsur asli. Dan
dari sini perkembangan masyarakat, budaya asli boleh berkembang. Ditambah lagi
dengan kedatangan pengaruh Islam telah mencelikkan masyarakat dan memperbaiki
lagi kebudayaan dengan lebih mendekati Tuhan.

47

Anda mungkin juga menyukai