Anda di halaman 1dari 14

1.

Pengenalan

Filipina merupakan sebuah Negara yang termasuk dalam asia tenggara yang mana
meliputi Thailand,Vietnam, Kemboja , Laos, Myanmar, Malaysia, Singapura, Brunei,
Indonesia dan Timor Leste. Filipina merupakan Negara kepulauan terbesar dengan
beberapa pulaunya. Selain itu, Filipina kaya dengan sumber hasil di Filipina
mendorong kuasa lain seperti Spanyol untuk mendapatkan Filipina untuk mengaut
hasil kekayaan di Filipina. Usaha tersebut bermula dengan ekspedisi pelayaran
bangsa Spanyol ke Filipina. Ferdinand Magellan merupakan orang pertama yang
memimpin

pelayaran ke Filipina pada tahun 1522. Walaubagaimanapun, pihak

Spanyol mempunyai motif yang tersendiri dalam usaha untuk menakluki Filipina.
Tujuan utama Spanyol menakluk Filipina adalah untuk menyebarkan agama Kristian
kepada penduduk di Filipina dan untuk kepentingan perdagangan.
Pada era pemerintahan Sepanyol di Filipina ramai rakyat Filipina yang Berjaya
dikristianisasikan oleh penduduk Sepanyol. Penjajah Sepanyol telah membawa
masuk agama katolik ke Filipina yang mana ianya sesuai dengan tradisi Sepanyol,
Walter Wink ( 2005

) . Sepanyol menjajah Filipina selama hampir 377 tahun.

Selama tempoh 377 tahun tersebut penduduk di Filipina mengalami pelbagai


kesengsaraan dan kesusahan yang terpaksa dilalui salah satunya melalui sistem
yang mana lebih menindas penduduk di Filipina. Menurut Niels Mulder ( 2005 ),
selama 333 tahun iaitu ( 1565-1898 ) merupakan era dimana Filipina dijajah oleh
Sepanyol. Keadaan ini telah menyebabkan berlakunya perubahan kepada cara
hidup

penduduk

di

Filipina

kerana

pada

ketika

itu

Sepanyol

mengubah

pentadbiran,ekonomi, masyarakat dan kehidupan harian.


Selain itu, penjajahan di Filipina tidak berakhir begitu sahaja. Hal ini kerana,
di Filipina telah berlaku tiga siri penjajahan iaitu penjajahan oleh Sepanyol, Amerika
Syarikat dan Jepun. Namun demikian, penekanan hanya diberikan kepada siri
penjajahan di Sepanyol dan Amerika Syarikat sahaja. Setelah Sepanyol berundur
dari Filipina Amerika Syarikat mula mengambil alih Filipina. Amerika Syarikat telah
menjajah Filipina selama setengah abad, Walter Wink ( 2000 ). 1
1 Amerika Syarikat tidak membentuk satu bentuk penjajahan baru, tetapi Amerika Syarikat hadir
sebagai kuasa yang kukuh dalam ekonomi menyebabkan pergantungan melalui perusahaanperusahaan multinasional. kehadiran pemimpin Amerika Syarikat lebih kepada perancangan
membangunkan Filipina kea rah berkerajaan sendiri.

Amerika syarikat menjajah Filipina sewaktu era pergerakan nasionalisme.


Bangsa Amerika Syarikat sendiri juga tidak dapat menafikan bahawa tindakan
mereka merupakan salah satu penyebar idea demokrasi . Idea demokrasi ini
dibawa

ke

Filipina

dan

diaplikasikannya

di

Filipina

Walaubagaimanapun,

penjajahan oleh Amerika Syarikat dilihat bukanlah dalam temoh yang panjang
seperti mana Sepanyol menjajah Filipina. Hal ini kerana Amerika Syarikat kerana
bangsa Filipina dilihat berada di ambang untuk berkerajaan sendiri. Disebabkan hal
tersebut Amerika Syarikat perlu bersedia dalam memberikan kemerdekaan kepada
Filipina. Penjajahan Amerika Syarikat di Filipina dilihat lebih kearah membangunkan
Filipina. Hal ini kerana pemimpin-pemimpin Amerika Syarikat berusaha dalam
memberikan kesedaran serta latihan kepada penduduk Filipina agar dapat
memimpin Negara mereka.
Oleh yang demikian, apa yang dapat dilihat bentuk penjajahan yang dibawa
oleh Sepanyol dan Amerika Syarikat berbeza sekali dari segi dasar Filipinisasi
kerana penjajahan oleh Sepanyol telah membawa kepada perubahan dari segi
ekonomi, politik dan sosial namun, berbeza pula dengan era penjajahan Amerika
Syarikat yang mana menyediakan pe peluang yang lebih baik untuk rakyat Filipina
samada dari segi pendidikan, politik dan kemudahan kebajikan. 2
2.0
Pemerintahan Amerika Syarikat di Filipina
Corak pemerintahan
Hubungan pertama antara Amerika Syarikat dengan Filipina adalah bermula secara
langsung setelah terlerainya peperangan antara Sepanyol dan Amerika Syarikat
pada April 1898. Amerika Syarikat datang ke Filipina dengan matlamat Holy Mission
iaitu

untuk

memberikan

membangun,
kemudahan

mentamadunkan,

dari

segi

sains

dan

memberikan
teknologi

pendidikan

dalam

dan

membentuk

berkerajaan sendiri.3 Amerika Syarikat telah memerintah Filipina dalam masa yang

2 Sidek,W.M .1900-1935. Perkembangan Perlembagaan Filipina dizaman Penjajahan Amerika


Syarikat,http://core.ac.uk/download/pdf/11489815.pdf .diakses pada 15 mei 2015.

3 G. Peter. 1997. Mandate in Moroland: The American Of Muslim Filipinos 1899-1920, Diliman, Quezon
City: Phillipines System, hlm 315-316.

pendek

telah

pun

memperkenalkan

satu

bentuk

pemerintahan

berbentuk

Demokrasi politik yang sangat maju ke dalam negeri Filipina. Namun begitu,
pemerintahan yang berbentuk Demokrasi ini banyak kekurangannya. Hal ini kerana
dalam pelaksanaanya, kuasa banyak di berikan kepada mereka yang berharta,
golongan cerdik pandai dan juga golongan yang bertanah. Namun begitu, terdapat
juga usaha murni yang di tunjukkan, iaitu terdapatnya gerakan menubuhkan
sekolah-sekolah, mendaftarkan murid-murid dan melatih guru-guru dan pendidikan
orang ramai tidak akan aman dengan perkembangan politik. Kongres Amerika yang
bersidang dalam tahun 1902 telah memberikan pemerintahan Filipina kuasa untuk
menjeniskan dan menjual segala tanah awam untuk faedah rakyat.
2.1 Pentadbiran
Suruhanjaya schurman
Presiden suruhanjaya Filipina yang pertama iaitu dr. Jacob g. schurman menegaskan
kebebasan

dan

berkerajaan

sendiri

adalah

jenis

kebebasan

yang

sentiasa

berkembang bagi menuju kearah matlamat kemerdekaan. Suruhanjaya schurman


yang dianggotai lima orang ahli yang diketuai oleh Jacob schurman sendiri telah
ditubuhkan. Dalam suruhanjaya ini telah membentuk dua perundangan dewan iaitu
pentadbiran berautonomi pada peringkat daerah dan majlis serta institusi awam.
Walaupun amerika syarikat boleh memberikan kemerdekaan kepada Filipina,
kemerdekaan terpaksa ditangguhkan. Hal ini kerana Filipina belum bersedia kearah
berkerajaan sendiri. Filipina perlu persediaan yang cukup untuk mentadbir kerajaan
sendiri.
Taft commission
Pada 1901, peralihan kuasa telah berlaku kepada pemerintahan tentera apabila
satu suruhanjaya baru lima orang diketuai oleh Hakim William H.Taft yang
merupakan gabenor pertama di lantik di Manila dan mula menjalankan tugasnya
bertujuan untuk memenuhi cadangan-cadangan yang di buat oleh Shurman
tersebut.

Beliau bertanggungjawab untuk membimbing rakyat Filipina ke arah

4 J.W.Wheeler-Bernant. 2001. Thirty Years Of American-Filipino Relations, 1899-1929 ,hlm


350.

berkerajaan sendiri dan mengadakan pelbagai kebajikan di Filipina. Langkahlangkah yang di ambil di bawah pimpinan Gabenor H.Taft adalah keseluruhan
undang-undang negeri dan ketenteraman akan di pulihkan begitu juga dengan
kebuluran, penyakit berjangkit di hapuskan. Sebanyak 440 undang-undang di
tubuhkan bertujuan untuk membentuk sistem baharu pemerintahan telah mula di
kuatkuasakan. Undang-undang bandar dan daerah telah memberikan peluang
kepada rakyat Filipina untuk mengambil bahagian dalam pemerintahan tempatan.
Dalam penetapan undang-undang, kebiasaannya undang-undang awam Sepanyol
yang sekian lama di jalankan masih kekal di gunakan, tetapi Mahkamah tertinggi
berbentuk Amerika lebih di utamakan dan kedua hakim tertinggi yang pertama
adalah terdiri daripada Rakyat Filipina manakala 3 orang rakyat Filipina yang lain
juga telah ditambah ke dalam Suruhanjaya.
Akta Organik Filipina 1902
Sehingga 1902, semua perlantikan telah di buat oleh Presiden daripada Amerika
Syarikat dengan jasa pejabat Beliau sebagai Ketua Komander , tetapi pada tahun itu
juga, kongres telah meluluskan dan mengesahkan Akta Organik Filipina yang
membenarkan penubuhan-penubuhan parti politik dan suruhanjaya antaranya ialah
penubuhan Parli Liberal dan juga Parti Demokratik. 5 Kebebasan pergerakan politik
orang Filipina tidak berkekalan kerana tindakan Parti Liberal dan Parti Demokratik
yang

menuntut

kemerdekaan

dengan

lantang

menyebabkan

pengharaman

terhadap parti-parti politik yang memperjuangkan kemerdekaan. Oleh di sebabkan


itu, Gabenor Jeneral H.C Idea telah menggantikan Gabenor Taft telah meluluskan
pengharaman ini. Parti Liberal dan Parti Demokratik telah di haramkan kerana
matlamat perjuangan ini berubah daripada berkerajaan sendiri kepada menuntut
kemerdekaan. Akibat pengharaman ini, telah menyebabkan pihak-pihak Nasionalis
Filipina menubuhkan Parti Nasionalista yang ingin menuntut kemerdekaan dan Parti
ini telah mendapat sokongan daripada orang ramai. Akta ini tidak menekankan
agama katolik sebagai agama Negara tetapi cuba untuk selesaikan status friar atau
paderi, oleh yang demikian kerajaan amerika syarikat berunding dengan pihak
Vatican. Hasil rundingan, gereja bersetuju untuk menjual hartatanah friar dan
berjanji untuk menggantikan secara beransur-ansur
5 Ibid,hlm 350

kepada paderi sepanyol

dengan paderi tempatan. Namun dalam masa yang sama, kerajaan amerika
syarikat berkeras tidak mahu mengundurkan golongan agama ini dari kawasan
tersebut sera-merta kerana tidak mahu menjejaskan hubungan dengan pihal
sepanyol.
Akta Jones 1916
Rakyat Filipina telah selangkah lagi mencapai kemajuan menjelang tahun 1916,
akta jones yang juga dikenali sebagai philipines autonomy telah diluluskan pada 29
Ogos 1916. Dengan pemberian Akta Jones ini bererti tuntutan Filipina kearah
kemerdekaan

selangkah

lagi

maju

kehadapan.

Akta

Jones

ini

antara

lain

mencatatkan yang Amerika Syarikat suatu hari nanti akan mengorak langkah dan
memberikan kemerdekaan kepada Filipina setelah rakyat Filipina benar-benar
mampu berkerajaan sendiri. Akta Jones ini juga telah diserapkan idea-idea
demokrasi Amerika Syarikat, iaitu konsep pemerintahan rakyat oleh rakyat untuk
rakyat.

Dengan

konsep

ini

wujudlah

persamaan

dari

segi

undang-

undang,kedaulatan rakyat,kebebasan beragama,becakap dan juga berakhbar.


Sistem perlembagaan telah diperluaskan dan perluasan Majlis Perundangan
dilakukan. Senat Filipina telah mengambil alih tugas-tugas dewan perhimpunan
Filipina. Dengan demikian anggota Dewan Rakyat telah dipilih oleh rakyat dan
mereka memegang jawatan itu selama tiga tahun. Anggota Dewan Senat pula
menyandang jawatannya selama enam tahun. Dengan Akta Jones ini rakyat Filipina
telah dilatih dan di berikan peluang untuk memegang jawatan penting sebagai
persediaan kearah pembentukan kerajaan sendiri.
Era Gabenor Jeneral Harrison
Kemenangan Parti Demokrat telah membawa kepada perlantikan Presiden Woodrow
Wilson yang kemudiannya telah melantik Francis Burton Harrison sebagai Gabenor
Jeneral Filipina. Di bawah pemerintahan Harrison, Beliau telah cuba untuk
mempercepatkan

Filipina

ke

arah

pemerintahan

sendiri

dan

Beliau

telah

menjalankan dasar dengan cepat iaitu untuk memfilipinakan pentadbiran. Harrison


juga

cuba

untuk

mengembangkan

pelajaran,

membentuk

satu

rancangan

perkembangan ekonomi, mendirikan Bank negara Filipina dan pembinaan beberapa


projek perusahaan di bawah kawalan negeri. Namun begitu, pemerintahan Harrison
tidak berkekalan kerana pada 1921 Parti Republikan menguasai Amerika dan

mengutuk cara pemerintahan Harrison yang di anggap bertentangan dengan


Undang-undang Jones dan menegaskan bahawa kemerdekaan yang serta merta
adalah satu pengkhianatan kepada orang Filipina. Hal ini kerana, rakyat Filipina
masih tidak layak untuk mencapai kemerdekaan kerana mereka masih lagi di
anggap mentah dan perlu berlatih untuk berkerajaan sendiri. Oleh itu, Jeneral Wood
telah di lantik menjadi Gabenor dan memegang jawatan dalam tahun 1921 sebagai
Gabenor Jeneral dan telah mengumumkan keinginanya untuk menjalankan undangundang Jones dengan lebih ketat. Beliau cuba menyekat rancangan Harrison yang
ingin memfilipinakan pentadbiran dan tindakan Beliau ini telah mengakibatkan
berlakunya pertelingkahan di antara ketua-ketua Filipina. Kematian Wood yang
mengejut pada 1927, telah di gantikan oleh Gabenor Jeneral Eugene A.Gilmore,
yang menghidupkan semula dasar bekerjasama dan Henry L. Stimson yang
merupakan Gabenor Jeneral selepasnya telah memperkenalkan dan menghidupkan
semua dewan negeri dan melantik kabinetnya daripada parti yang mempunyai
kelebihan dalam Dewan Undangan.
Akta Tydings McDuffie
Akta Tydings McDuffie merupakan akta yang muncul hasil daripada rundingan yang
di buat oleh Quezon yang sendirinya pergi ke Washington untuk meminta
kebenaran daripada kongres bagi membenarkan satu tindakan kemerdekaan yang
baharu. Akta ini kemudiannya di tandatangani oleh Presiden Roosevelt pada 24 hb
Mac 1934 dan kemudiannya diterima oleh Dewan Undangan Filipina. Akta ini sangat
menguntungkan

rakyat

Filipina

kerana

mengikut

syarat-syaratnya,

sebuah

Komanwel Filipina akan di bentuk iaitu pada 4 hari bulan Julai 1936. Perlembagaan
pula akan dibentuk oleh satu badan yang terdiri seramai 200 orang ahli yang dipilih,
dalam tempoh sepuluh tahun segala hubungan-hubungan di luar negeri dan
pertahanan Filipina di letakkan di bawah Amerika Syarikat. Amerika Syarikat pula
berhak untuk campur tangan dalam hal ehwal politik Filipina dan angkatan tentera
Amerika Syarikat akan di tarik keluar dari Filipina menjelang tahun 1946 serta
perkara yang paling penting dalam akta ini adalah berkenaan dengan kemerdekaan
Filipina yang telah ditetapkan pada 4 Julai 1946. Akta ini telah diterima dengan baik
oleh rakyat tempatan dan pada 15 hari bulan November 1935, komanwel Filipina
telah diisytiharkan dan Manuel Quezon telah di lantik sebagai Presiden manakala
Sergio Osmena pula sebagai naib Presiden.

2.2Ekonomi
Pertanian dan perdagangan
Sistem Homested
Dalam sistem homested ini setiap warganegara boleh mendapatkan 23 hektar
tanah awam. Pada masa itu, pembelian atau penyewaan tanah-tanah awam oleh
sebarang badan kesatuan telah di hadkan seluas-luasnya 1024 hektar sahaja.
Namun begitu, polisi Sistem Homestead ini telah menemui kegagalan kerana cara
untuk menjalankannya adalah sulit bagi mereka yang terdiri daripada rakyat biasa
atau golongan petani biasa di samping kewangan yang tidak mencukupi. Perkara
yang paling penting adalah, Jabatan Tanah yang langsung tidak memperdulikan
kegiatan pemilik-pemilik tanah. Oleh itu sebarang kegiatan dan undang-undang
spekulasi di tanah serta pemerasan dalam pertanian akan dapat di elakkan.
Sistem Kasama
Dalam sistem ini, tuan-tuan tanah membahagikan ladang-ladangnya kepada
ladang-ladang kecil untuk di usahakan oleh peladang berkongsi. Sistem Kasama ini
luas tersebar terutamanya dalam usaha penanam padi. Di bawah sistem ini, tuantuan tanah akan menyediakan tanah-tanah dalam bentuk benih dan modal,
manakala penyewanya pula akan menyediakan tenaga dan juga binatang akan
digunakan untuk mengusahakan pertanian tersebut di tanah yang di sewakannya
itu. Penyewa akan mengambil 50 peratus daripada hasil selepas membayar
bahagianya dalam bentuk perbelanjaan untuk bertanam. Selain itu, wujud juga
kawasan-kawasan di mana terdapat berlakunya perebutan untuk mendapatkan
tanah,

inquilato

atau

sewa

tunai

yang

merupakan

sistem

biasa

yang

diperkenalkan. Berlakunya perebutan ini adalah di sebabkan tiada keadilan dalam


pembahagian kawasan. Dalam sistem ini, peladang yang berkongsi terpaksa
membayar bunga yang sangat tinggi atas pinjaman yang dibuat. Sebagai contoh,
kadar pembayaran bunga biasanya adalah dua cavan padi selepas menuai untuk
tiap-tiap satu pinjaman dan kegagalan untuk membayarnya akan menyebabkan
hutang tersebut akan di gandakan pada musim menuai yang akan datang. Sistem
ini merupakan sistem yang menyebabkan seseorang itu terpaksa bekerja lebih di

samping

membayar

denda

yang

berat

dan

ini

akan

menambahkan

lagi

kesengsaraan dalam kalangan semua penyewa tanah. 6


2.3Sosial
Pendidikan
Meskipun amerika syarikat lebih fokus kepada aspek pentadbiran namun begitu,
terdapat

juga

usaha

murni

yang

di

tunjukkan,

iaitu

terdapatnya

gerakan

menubuhkan sekolah-sekolah, mendaftarkan murid-murid dan melatih guru-guru


dan pendidikan orang ramai tidak akan aman dengan perkembangan politik. Selain
itu kempen pendidikan juga turut dijalankan iaitu 600 orang guru dilantik di amerika
syarikat ditugaskan di filipina. Beberapa jabatan juga ditubuhkan seperti jabatan air
dan hutan, pertanian dan kesihatan awam.
Kesan-kesan penjajahan Amerika Syarikat di Filipina
4.0

perbezaan

pengaruh

institusi

gereja

semasa

era

pemerintahan

Amerika Syarikat dan Sepanyol


Sewaktu pemerintahan Amerika Syarikat di Filipina pengaruh institusi gereja
semakin berkurangan hal ini demikian kerana pada zaman pemerintahan Amerika
Syarikat di Filipina Akta Organik telah diperkenalkan. Di mana akta ini telah
menetapkan

atau

mengandungi

perkara

yang

menetapkan

bahawa

dalam

pemerintahan Amerika Syarikat di Filipina ia tidak menekankan agama katolik


sebagai agama Negara Filipina pada waktu pemerintahan mereka. Malah bagi
menyelesaikan status friar kerajaan US telah berunding dengan Vatican, kerana
pada ketika pemerintahan Sepanyol pada dasarnya, penyebaran agama kristian di
Filipina dilihat agak berjaya. Sehingga golongan paderi menjadi golongan yang
mempunyai pengaruh yang besar terhadap rakyat Filipina. 7

6 D.G.E Hall (terj). 1981. Sejarah Asia Tenggara, Selangor: Dewan Bahasa dan
Pustaka, hlm 941-943.
7 John Norbert Schumacher.1965. The Filipino Nationalist Propaganda Campaign In Europe
1880-1895. Georgetown University: Microfilm. Hlm.23-24.

Pada permulaannya, kewujudan institusi gereja hanya bertujuan untuk


menyebarkan agama kristian. Namun sejurus daripada perkembangan pengaruh
besar di Filipina menyebabkan golongan ini mampu mempengaruhi sistem politik
dan ekonomi di Filipina. Ringkasnya, golongan ini bukan sahaja terlibat dalam aspek
keagamaan malahan mereka turut campur tangan dalam aspek politik dan ekonomi
di Filipina. Tidak dinafikan bahawa Institusi gereja menjadi satu entiti yang kuat dan
berkuasa dalam pentadbiran politik di Filipina. Selain itu juga, Gereja juga bersetuju
untuk menjual hartanah Friar dan berjanji untuk mengantikan paderi-paderi. Di
mana, pada tahun 1904 Amerika Syarikat telah membeli sebahagian besar daripada
harta gereja yang bernilai US 7.2 juta di Kawasan Manila.Selain itu, faktor lain ialah
matlamat Amerika Syarikat yang lebih mementingkan aspek ekonomi yang mana
dasar imperialisme yang dijalankan dan Amerika Syarikat adalah untuk menampung
kerugian yang dialami dalam perdagangan. Oleh itu, Amerika mencari tanah jajahan
yang dapat mengatasi masalah hutang mereka. 8
Manakala sewaktu dalam pemerintahan Sepanyol di Filipina, penyebaran agama
kristian ke koloni-koloni merupakan satu matlamat penting dalam penjajahan
Sepanyol ke Filipina. Perkara ini bermula sejak kedatangan Ferdinand Magellan pada
tahun 1521 dan berkesinambungan apabila Miguel Lopez de Legapsi membuka
penempatan di tempat tersebut pada tahun 1565. Seterusnya, secara umumnya
ajaran katolik yang diperkenalkan telah diterima oleh penduduk tempatan walaupun
kepercayaan tradisi terus dikekalkan ke satu tahap tertentu. Pada era pemerintahan
Sepanyol, pengelibatan gereja bukan sahaja tertumpu kepada aspek keagamaan
namun pihak gereja juga tertumpu kepada aspek politik dan ekonomi juga amat
ketara. Misalnya, golongan Friar telah menjadi saingan kepada pihak pentadbir
Sepanyol di Filipina. Malah, Agama kristian juga telah digunakan untuk memenangi
hati penduduk tempatan dan seterusnya berjaya meletakkan undang-undang di
tangan mereka dan menjadi suatu kuasa politik yang kukuh. 9

8 M.Colin. 2000. A Short History of Asia. Macmillan Press LTD. Hlm 254-264.
9 C.Peter.2009. A Short History of South-East Asia, Asean Focus Group Pty Limited.
Hlm. 126-129

Semasa pemerintahan Sepanyol, golongan gereja dan institusi pentadbiran


kerajaan adalah saling mempengaruhi. Sebagai contoh, golongan gereja telah
meminta bantuan tentera Sepanyol untuk memaksa orang Filipina menganut agama
Kristian. Hal ini berbeza sama sekali semasa pemerintahan Amerika yang telah
memisahkan peranan gereja. Institusi gereja semasa pemerintahan Amerika telah
dipisahkan daripada bidang pentadbiran dan tidak mempunyai hak untuk campur
tangan dalam pemerintahan.
Dasar yang diamalkan oleh Sepanyol ini adalah berbeza sekali dengan dasar
yang diamalkan oleh Amerika. Di bawah pemerintahan Amerika, keadaan penduduk
tempatan dilihat adalah lebih baik berbanding semasa pemerintahan Sepanyol.
Pelbagai pelancaran projek seperti bidang pendidikan, kebersihan dan kesihatan,
kerja raya, pemulihan perundangan, kehakiman dan pembaharuan teknologi telah
dilakukan. Sistem pendidikan telah ditekankan dengan bahasa Inggeris sebagai
bahasa

pengantar

dan

pentadbiran yang tinggi.

perlantikan

ahli-ahli

khas

untuk

menjawat

jawatan

Sebagai contoh tidak kurang daripada 600 orang guru

yang dilantik di Amerika telah dihantar ke Filipina untuk bertugas. Menerusi


pendidikan,

lebih

ramai

golongan

intelektual

berjaya

dilahirkan.

Semasa

pentadbiran McKinley, penduduk tempatan telah diberikan peluang untuk menjawat


jawatan dalam bidang pentadbiran.10
Perbezaan lain ialah dari segi keadaan masyarakat tempatan. Semasa
pemerintahan Sepanyol, keadaan masyarakat tempatan adalah dalam keadaan
tertindas dan tertekan. Dasar pemerintahan ketika itu adalah bercorak kekerasan
dan struktur pentadbiran peribumi adalah lemah kerana kuasa tertinggi didominasi
oleh pihak penjajah. Sepanyol telah menjalankan beberapa dasar perancangan
ekonomi yang telah menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan hati
rakyat iaitu sistem Encomienda, Polo dan Vandala. Dalam sistem Encomienda,
rakyat telah dikerah untuk menjadi buruh paksa di samping perlu membayar cukai
yang tinggi. Menerusi sistem polo pula, rakyat tidak diberi gaji tetapi sebaliknya
hanya diberikan sedikit beras untuk mengelakkan mereka daripada mati kebuluran,
manakala dalam sistem Vandala rakyat telah dikerah untuk menjual segala hasil
barangan mereka kepada pemerintah secara paksa tanpa diberikan sebarang
10 Ibid, 126-129

bayaran. Dengan ini jelas menunjukkan bahawa diskriminasi telah dilakukan oleh
penjajah Sepanyol ke atas penduduk tempatan. Ketiga-tiga sistem ini juga telah
membawa kepada berlakunya kebuluran dan wabak penyakit. Dari segi sosial,
pendidikan yang diterapkan kepada rakyat lebih kepada pengetahuan terhadap
agama Kristian.

11

5.0 Analisis Soalan


Asasnya, era kependudukan Amerika Syarikat di Filipina telah membuktikan bahawa
penguasaan Amerika Syarikat di Filipina telah berjaya membawa keluar Filipina
daripada penjajahan sepanyol yang dilihat lebih bersifat menindas pendudukpenduduk Filipina. Keadaan ini amat berbeza dengan pendekatan yang digunakan
oleh Amerika Syarikat yang mana memberikan serta membela nasib penduduk
Filipina tetapi dalam masa yang sama pihak Amerika Syarikat turut menjalankan
agenda demi kepentingan mereka sendiri serta tujuan untuk mengaut keuntungan.
Hal ini kerana, Amerika Syarikat sudah lama mempunyai minat yang mendalam
terhadap Pasifik Asia Barat. Sebagai contohnya, Amerika Syarikat memerlukan
pengkalan kapal-kapalnya untuk mengambil bahagian dalam perdagangan dengan
negeri China.
Hal ini dapat dilihat daripada usaha pihak Amerika Syarikat melalui
penyebaran idea liberal Filipina. Penyebaran idea liberal ini dapat dilihat melalui
pengenalan Akta Cooper ( rang undang-undang Filipina 1902 ), Akta Jones 1916 dan
Rang undang-undang Hare. Undang-undang yang diperkenalkan oleh pihak Amerika
Syarikat

adalah

bertujuan

untuk

rakyat

Filipina

menuntut

kemerdekaan.

Walaubagaimanapun, pemberian hak konsesi politik yang diberikan oleh Amerika


Syarikat ke atas nasionalis Filipina bukanlah untuk menyediakan Filipina kea rah
berkerajaan sendiri. Keadaan ini dapat dibuktikan menerusi faktor yang mendorong
Amerika Syarikat memberi hak konsesi iaitu mengelak Filipina daripada jatuh ke
tangan kuasa Barat lain,gesaan daripada nasionalis Filipina, melicinkan sistem
pentadbiran, kepentingan ekonomi dan menjaga reputasi mereka sebagai sebuah
bangsa yang bermoral.

11 Ibid, 126-129.

Namun demikian, pada pendapat saya penjajah Amerika Syarikat pada


hakikatnya sememangnya tidak ikhlas dalam hak politik ke atas nasionalis Filipina.
Hal ini kerana Amerika Syarikat mempunyai kepentingan sendiri. Walaupun begitu,
janji Amerika Syarikat untuk memberikan kemerdekaan kepada Filipina tetap
ditunaikan. Keadaan ini menunjukkan perbezaan antara bentuk penjajahan Amerika
Syarikat dan Sepanyol.12
6.0 Kesimpulan
Kesimpulannya, penjajahan Sepanyol terhadap Filipina hanyalah memperlihatkan
pengeksploitasian pihak Sepanyol dalam aspek ekonomi sebagai usaha untuk
menambahkan kekayaan Negara sepanyol dengan menjadikan penduduk tempatan
sebagai mangsa. Namun demikian, keadaan tersebut hanya mampu bertahan
selama 333 tahun sahaja setelah Amerika Syarikat berjaya menguasai Filipina dan
Sepanyol terpaksa berundur. Filipina kemudiannya jatuh ke tangan Amerika
Syarikat.
Pemerintahan oleh Amerika Syarikat telah berjaya membawa nafas baru
kepada penduduk tempatan. Hal ini kerana pemerintahan oleh Amerika Syarikat
telah membawa idea sistem Liberal kepada Negara Filipina telah berjaya
menstabilkan keadaan di Filipina terutamanya dalam aspek politik, ekonomi, sosial
dan pendidikan di Filipina.Semasa pemerintahan oleh Amerika Syarikat, di Filipina
menunjukkan bahawa nasib penduduk tempatan dari pelbagai aspek kian terbela.
Selain itu, tidak dinafikan juga walaupun Amerika Syarikat telah membela nasib
penduduk Filipina daripada cengkaman Sepanyol, namun harus diperhatikan
bahawa Amerika Syarikat juga mempunyai matlamat yang ingin dicapai melalui
usaha membantu rakyat Filipina kearah berkerajaan sendiri dan memberikan
kepada mereka sesuatu yang tidak pernah dinikmati semasa berada dibawah
pemerintahan Sepanyol.
13

Justeru itu, dapat dilihat perbezaan corak pemerintahan antara pihak

Amerika Syarikat dan Sepanyol. Namun, apa yang dilihat paling ketara adalah
12 Akta Jones 1916 ( Philippines autonomy )- 29 ogos 1916 bertujuan untuk membuka ruang kepada
Filipina untuk menuntut kemerdekaan.2 Akta Cooper ( rang undang-undang Filipina 1902 ) memberi
hak asasi kepada orang Filipina.

prinsip pemisahan kerajaan dan gereja telah dipromosikan yang mana akhirnya
membawa kepada pengaruh gereja yang lebih rendah dalam hal ehwal negeri ini
berbanding era penjajahan Sepanyol. Keadaan ini dapat menunjukkan bahawa
setelah Amerika Syarikat menguasai Filipina pengaruh institusi gereja dilihat
semakin berkurang dengan wujudnya akta-akta yang diseliakan oleh pihak Amerika
Syarikat. Oleh yang demikian, jelaslah bahawa Filipina diperintah oleh dua corak
kuasa yang berbeza yang mana telah mewujudkan prinsip pemisahan gereja antara
pemerintahan Sepanyol dan Amerika Syarikat.
Rujukan
BUKU
C.Peter.2009. A Short History of South-East Asia, Asean Focus Group Pty Limited.
D.G.E Hall (terj). 1981. Sejarah Asia Tenggara, Selangor: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
G. Peter. 1997. Mandate in Moroland: The American Of Muslim Filipinos 1899-1920,
Diliman,Quezon City: Phillipines System.
Gopal, T. A. 2002. Institusi Gereja Semasa Penjajahan Sepanyol di Filipina : Antara
Penyebaran Agama Kristian dan campur tangan dalam politik serta ekonomi, Kuala
Lumpur :

Jabatan Sejarah Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti

Malaya.
John Norbert Schumacher.1965.The Filipino Nationalist Propaganda Campaign In
Europe 1880 1895. Georgetown University: Microfilm.
M.Colin. 2000. A Short History of Asia. Macmillan Press LTD.
Niels

Mulder.

2003.

Southeast

Asian

Images

Towards

Civil

Society.

Widyamartaya.
Lic.Pil : Yogyakarta.

13 Gopal, T. A. 2002. Institusi Gereja Semasa Penjajahan Sepanyol di Filipina : Antara Penyebaran
Agama Kristian dan campur tangan dalam politik serta ekonomi. Kuala Lumpur : Jabatan Sejarah
Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya.

Wink Walter. 2000. Peace is The Way : Writing on Nonviolence from the Fellowship of
Reconcialation. Orbis book : Maryknoll.
internet
Sidek,W.M.1900-1935. Perkembangan Perlembagaan Filipina dizaman Penjajahan
Amerika Syarikat, http://core.ac.uk/download/pdf/11489815.pdf. (diakses pada 15
mei 2015, 8.30 p.m)

Anda mungkin juga menyukai