Anda di halaman 1dari 18

KIMPALAN ARKA J1003/9/ 1

KIMPALAN ARKA
OBJEKTIF AM

Memahami konsep kimpalan arka serta kegunaannya dalam


bidang perindustrian.

Un

9
OBJEKTIF KHUSUS

it

Di akhir unit ini anda dapat:

Mendefinasikan kimpalan arka dan menerangkan perkara-


perkara yang berkaitan dengannya iaitu:

– Fungsi alat pengubah


– Komponen-komponen asas mesin kimpalan arka
– Jenis-jenis mesin kimpalan arka dan menerangkan prinsip kerja,
kelebihan dan kelemahannya.
– Jenis-jenis kekutuban arus
– Teknik-teknik kimpalan arka
– Jenis-jenis elektrod kimpalan arka
KIMPALAN ARKA J1003/9/ 2

INPUT

9.0 KIMPALAN ARKA

9.1 Mesin Kimpalan Arka


Mesin kimpalan arka adalah merupakan sebuah alatubah perendah iaitu ia mngubah
dari voltan tinggi kepada voltan rendah tetapi menghasilkan arus yang tinggi untuk
menerbitkan arka bagi kegunaan mengimpal. Dilengkapi dengan kabel pemegang
elektrod dan juga kabel bumi ke meja kerja.

9.2 Fungsi Alat Pengubah

Alat pengubah adalah komponen yang terdapat pada sebuah mesin kimpalan arka
yang berfungsi untuk mengurangkan voltan dan meninggikan arus bagi menerbitkan arka
untuk tujuan kerja mengimpal. Alat ubah ini dikenali sebagai alatubah perendah.

TERAS

MASUKAN
KELUARAN

GELUNG PENDUA

GELUNG UTAMA
Rajah 9.1. Gambarajah Skematik Alat Pengubah

9.3 Komponen-komponen asas dalam sesebuah mesin kimpalan arka adalah


terdiri daripada:

- Alatubah
– Kebel bumi
– Kebel elektrod
– Pemegang Elektrod
– Bekalan kuasa
9.4 Jenis-jenis mesin kimpalan arka

Terdapat lima jenis mesin kimpalan arka. Iaitu:

– Jenis ‘rectifier (DC)


– Jenis alatubah (AC)
KIMPALAN ARKA J1003/9/ 3

– Jenis kombinasi AC/DC


– Jenis pacuan enjin. (petrol atau disel)
– Jenis pacuan motor elektrik.(janakuasa)

9.4.1 Jenis ‘rectifier’(DC)

Mesin kimpalan arka jenis ‘rectifier’ (penerus) digunakan kerana ianya mempunyai dua
pilihan aliran arus, iaitu arus terus kekutuban berbalik dan arus terus kekutuban lurus.

Punca positif disambungkan kepada elektrod maka ianya adalah kekutuban berbalik. Punca
negatif disambungkan kepada elektrod maka ia adalah kekutuban lurus. Semua jenis kerja
mengimpal bagi kebanyakan logam adalah amat sesuai dengan mesin jenis ini. Bagi kerja-
kerja pembinaan dan penyelengaraan mesin jenis ini adalah pilihan yang tepat.

Kelemahan:
– Menghasilkan ‘semburan arka’ (arc blow)
– Arka tidak begitu stabil berbanding jenis janakuasa
– Tiada pilihan untuk ciri-ciri arka.

9.4.2 Jenis arus ulangalik.

Mesin kimpalan arus ulangalik (AC) digunakan adalah kerana ianya menghasilkan arka yang
lebih stabil dan tiada berlaku ‘semburan arka’ (arc blow) dengan penembusan yang
sederhana dan senyap.

Kelemahan:
– Mengimpal ke atas logam tertentu dan penggunaan yang terhad.
– Tidak semua elektrod boleh digunakan.
– Mampu beroperasi pada ampiar yang tinggi.

9.4.3 Jenis gabungan/kombinasi AC/DC.

Mesin jenis ini boleh menggunakan kedua-kedua jenis arus. Ianya perlu apabila mengimpal
logam tertentu dengan arus yang tertentu. Mempunyai penggunaan yang meluas. Boleh
digunakan ke atas banyak jenis keluli dan kedudukan mengimpal.

Kelemahan:
– Kos yang agak tinggi
– Berlaku ‘semburan arka’ pada sesetengah sambungan.

Contoh 9.1

Apakah alat yang menukarkan arus ulangalik kepada arus terus dalam mesin kimpalan arus
terus?

Penyelesaian:

Alat yang digunakan bagi menukar arus ulangalik kepada arus terus ialah ‘rectifier’ atau alat
penerus.

9.4.4 Jenis Pacuan enjin petrol /disel ( Arus Terus atau Arus Ulangalik).
KIMPALAN ARKA J1003/9/ 4

Mesin ini boleh digunakan dikawasan yang tiada bekalan elektrik. Boleh
membekalkan sama ada arus ulangalik atau arus terus.

Kelemahan:
– Modal yang besar dan penyelenggaraan yang tinggi
– Bising
– Modal tinggi
– Kos penyelenggaraan tinggi
– Semburan arka (arc blow)
– Memerlukan bahanapi.

9.4.5 Jenis Pacuan motor.

Mesin kimpal arka jenis ini menghasilkan arus terus. Menghasilkan dua pilihan arus
terus. Iaitu kekutuban terus dan kekutuban berbalik.

Kelemahan:
– Terdapat ‘arc blow’ .
– Penyelenggraan yang tinggi. Ianya menggunakan beberus karbon
dan perlu ditukar pada tempoh tertentu.

Pelaras arus
Bekalan kuasa
Kebel
elektrod

elektrod
bendakerja Pemegang
elektrod

Rajah 9.2. Kelengkapan Kimpalan Arka.

9.5 Kekutuban Mesin Kimpalan Arka

9.5.1 Terdapat dua jenis kekutuban mesin kimpalan arka . Iaitu:

- Arus Terus Kekutuban Berbalik ( kebel elektrod dipasang pada punca positif)
- Arus Terus Kekutuban Lurus ( kebel lektrod dipasang pada punca negatif)

9.5.2 Ciri-ciri Kekutuban:

Ciri-ciri kekutuban arus terus kekutuban berbalik ialah:

– Kadar kecairan elekrod yang lebih cepat.


– Ketelusan yang cetek
– Kelajuan kimpal yang lebih pantas diperlukan.

Ciri-ciri kekutuban arus terus kekutuban lurus ialah:


KIMPALAN ARKA J1003/9/ 5

– Kadar kecairan letrod yang lambat


– Ketelusan yang dalam
– Kelajuan yang sederhana

Kebel elektrod

+ Pemegang elektrod
Bekalan kuasa
bendakerja
__ Kebel bendakerja

Rajah 9.3. Litar Arus Terus Kekutuban Berbalik

Kebel elektrod

Pemegang elektrod
Bekalan kuasa
bendakerja
+ Kebel bendakerja

Rajah 9.4. Litar Arus


Terus Kekutupan Lurus

Contoh 9.2

Bagaimanakah pilihan arus perlu dibuat apabila hendak


mengimpal?

Penyelesaian:

Pemilihan arus perlu dilakukan adalah untuk memastikan


ianya sesuai untuk jenis logam, ketebalan logam dan juga
kedudukan mengimpal yang hendak dilakukan.

9.6 Teknik Dalam Mengimpal Arka

Terdapat dua teknik mengimpal dengan kimpalan arka gas pelindung. Iaitu:

Teknik Seret.

Menggunakan teknik ini boleh dilakukan dengan elektrod jenis ‘hujung cawan’(deep
cup) dimana hujung logam tidak bersentuh dengan bendakerja kerana hujung bahan lakur
membentuk seperti cawan. Oleh itu jarak sentiasa kekal pada ketinggian yang sama dan
mengahsilkan kumai yang cantik dan kemas.

Teknik Angkat
KIMPALAN ARKA J1003/9/ 6

Menggunakan teknik ini letrod diangkat pada jarak lebih kurang 1/8 inci dari
permukaan bendakerja ketika arka dihidupkan sehingga selesai mengimpal. Teknik ini
hendaklah digunakan apa mengimpal dengan elektrod biasa yang bukan jenis ‘deep cup’.

9.6.1 Bahagian–Bahagian Kimpalan Arka.

°°
elektrod Arah kimpal

Semburan arka
kumai Kawah arka
sangga 60°-70°
bendakerja

Rajah 9.5. Nama-Nama Bahagian Kimpalan Arka

Contoh 9.3
Bilakah teknik seret digunakan dan apakah kelebihan menggunakan teknik ini?
Penyelesaian:
- Teknik seret boleh digunakan apabila mengimpal dengan menggunakan elektrod jenis ‘
hujung dalam’ (deep cup). Kelebihannya jarak arka dapat diseragamkan dan juga rupa kumai
akan lebih seragam dan kemas. Amat baik untuk mengimpal kembi kerana mudah
dikendalikan dan kumai kelihatan lebih halus dan cantik.

Bunga angsana, bunga kertas kalau anda bijaksana tolong jawab soalan di atas

9.6.2 Kesan jarak arka, sudut arka dan kelajuan arka ke atas hasil kimpalan.

Jarak Arka

Jarak arka adalah jarak diantara hujung teras logam elektrod dengan permukaan
bendakerja. Dimana arka yang diterbitkan akan dapat dikekalkan pada jarak ini. Jarak arka
yang terlalu tinggi akan menyebabkan kumai tidak cantik dan juga ketelusan yang kurang.
Jarak arka ialah antara 5.0mm hingga 6.0mm.

Sudut Arka
KIMPALAN ARKA J1003/9/ 7

Sudut yang terbentuk diantara kecondongan elektrod dengan permukaan bendakerja


pada arah gerakan elektrod. Sudut arka yang tidak betul akan menyebabkan riak kumai jadi
memanjang atau bujur dan menjadikan rupa kumai tidak cantik.

Kelajuan Arka

Kelajuan arka adalah laju gerakan elektrod bergerak ke arah hujung penamat kimpalan.
Kelajuan ini biasanya bergantung kepada kadar kecairan elektrod.
Mengimpal terlalu laju akan menjadikan kumai terlalu halus dan tinggi serta kurang
ketelusan.

elektrod
3
2
1 2 1&4

Rajah 9.6. Kaedah Letak Angkat Rajah 9.7. Kaedah Menggores

Ketika memulakan arka pada tempat permulaan mengimpal pastikan tempat itu bebas
daripada cat dan bahan-bahan yang boleh menghalang pengaliran arus elektrik. Kaedah letak
angkat dilakukan seolah-olah mengetuk sesuatu secara perlahan dan apabila arka dapat
diterbitkan jarak arka itu perlu dikekalkan pada jarak 5.0mm hingga 6.0mm.

Manakala kaedah menggores pula, elektrod di carek-carek ke atas tempat permulaan kimpal
seperti mana anda menggores mancis api. Apabila terbit arka hendaklah jaraknya dikekalkan
seperti mana yang telah diterangkan di atas.

ngkat tidaklah memerlukan masa yang lama. Tapi biasanya cara menggores adalah lebih mudah dan lebih digemari. Masa hidupkan
KIMPALAN ARKA J1003/9/ 8

AKTIVITI 9A
9.1 Apakah yang dimaksudkan dengan arka?. Huraikan dengan lebih terperinci
bagaimana arka boleh terjadi.
Arka adalah satu fenomena satu pancaran cahaya yang kuat lagi terang terbit
diantara hujung elektrod dengan permukaan bendakerja. Ketika ini elektron
mengalir melintasi satu ruang udara yang telah terion maka ruang udara itu
menjadi panas sehinggalah berlakunya arka. Haba yang terhasil dari udara
terion itu adalah lebih kurang 3300°C (6000°C).

9.2 Nyatakan tiga jenis arus yang digunakan dalam kimpalan arka?. Terangkan
lebih lanjut mengenai jenis-jenis arus yang anda nyatakan.
Tiga jenis arus yang digunakan dalam kimpalan arka adalah seperti berikut:

– Arus ulangalik
– Arus terus kekutuban berbalik
– Arus terus kekutuban lurus

Arus ulangalik mempunyai frekuensi dan bergerak dari titik sifar hingga ke titik
maksimum positif dan jatuh ketitik sifar semula kemudian bergerak ke titik
maksimum negatif dan begitulah seterusnya berulang-ulang.

Manakala Arus terus kekutuban berbalik pula dimana punca positif pada mesin
disambungkan kepada kebel elektrod.

Bagi arus kekutuban lurus pula punca negatif pada mesin disambung kepada kebel
elektrod.

9.1 Bagaimanakah ketiga-tiga jenis arus itu mempengaruhi ke atas


kimpalan yang dilakukan?

9.2 Apakah yang dimaksudkan dengan ‘semburan arka’? Bagaimana ianya boleh
terjadi?

9.3 Apakah faktor-faktor yang perlu diambilkira apabila memilih sesebuah jenis
mesin kimpalan arka?

lan di atas dan cuba jawab dengan betul. Jika masih tidak dapat memberikan jawapan dengan baik. Sila ulang semula tajuk-tajuk yan
KIMPALAN ARKA J1003/9/ 9

MAKLUMBALAS 9A

9.3 Bagi setiap arus yang digunakan ianya akan memberi kesan pada ketelusan
yang berbeza-beza ke atas kimpalan. Sila lihat gambarajah di bawah.

ATKL AU ATKB

9.5 Semburan arka adalah satu keadaan dimana arka yang terbit diantara hujung
elektrod dan bendakerja tersasar dari laluan yang sepatutnya. Biasanya bunyi
yang terhasil dari semburan ini agak kuat dari biasa dan saiz arka juga
kelihatan agak besar sedikit. Keadan ini berlaku mungkin disebabkan
kedudukan klip bumi yang kurang tepat. Lihat gambarajah di bawah.

elektrod Semburan arka


KIMPALAN ARKA J1003/9/ 10

bendakerja

Klip bumi

9.4 Pemilihan sesebuah mesin kimpalan yang hendak digunakan adalah


bergantung kepada perkara-perkara berikut.

– Kedudukan kimpalan
– Jenis logam yang hendak dikimpal
– Jenis rekabentuk sambungan
– Ketebalan logam
Syabas!……anda telah menjawab dengan betul. Sekarang anda bolelah maju kep

9.7 Elektrod.

Elektrod adalah berfungsi sebagai logam penambah dalam kimpalan arka yang
mana ianya disalut dengan bahan lakur yang mana campurannya terdiri
daripada beberapa jenis bahan tertentu dan mempunyai berbagai fungsi ketika
kerja kimpalan dilakukan.

9.8 Penghasilan Elektrod


KIMPALAN ARKA J1003/9/ 11

Elektrod kimpalan arka pelindung (SMAW) adalah sejenis elektrod bersalut lakur
yang habis guna (consumable) yang terdiri dari berbagai jenis bergantung pada jenis
logam teras dan juga kandungan salutan elektrod berkenaan.

Proses salutan bahan lakur dibuat dalam dua cara iaitu cara penyemperitan (extrusion)
dan cara mencelup (dipping). Panjang sebatang elektrod adalah diantara 230mm
hingga 460mm. Saiz elektrod disebut dengan nombor 12,10, 8 dan 4. Elektrod no.12
adalah berdiameter paling kecil diantara yang disebutkan di atas.

9.9 Kandungan Pancalogam Teras Elektrod

Kandungan logam teras elektrod adalah terdiri dari pancalogam yang bergantung
kepada ilic-ciri penggunaan elektrod berkenaan. Jenis pancalogam bagi teras elektrod
adalah mangan, ilicon, sulphur, fosforus dan karban

9.10 Jenis Salutan Elektrod

Bahan campuran salutan elektrod terdiri dari beberapa bahan yang bergantung kepada
irri-ciri penggunaan elektrod. Diantara bahan-bahan campuran yang terdapat pada
salutan elektrod ialah serbok besi, oksida-titania, sodium silikat, potassium, asbestos,
ferro-manganese. Salutan elektrod terbahagi kepada tiga iaitu:
Setakat ini ada
-Salutan nipisapa-apa
(tidak masalah
bersalut)mengenai tajuk ini. Jika tak faham sila rujuk pada pensyarah yang me
-salutan sederhana
-salutan tebal

9.11 Fungsi Salutan Elektrod

Fungsi salutan pada elektrod adalah:

- Menghasilkan gas pelindung.


– Menghasilkan jeremang penutup kumai
– Menstabilkan arka
– Mengandungi campuran untuk ciri-ciri khas penggunaannya.

Berikut adalah jadual bagi jenis salutan dan arus yang disyorkan.

Digit Jenis salutan Arus


0 Sodium selulos ATKB
1 Potassium selulos AU atau ATKB dan ATKL
2 Sodium titania AU atau ATKL
3 Potassium titania AU atau ATKB
4 Serbuk besi titania AU atau ATKB dan ATKL
5 Hiderojen rendah sodium ATKB
6 Hiderojen rendah potassium AU atau ATKB
7 Serbuk besi oksida besi AU atau ATKB dan ATKL
8 Hiderojen rendah serbuk besi AU atau ATKB

Salutan elektrod juga boleh dikategorikan kepada jenis:


KIMPALAN ARKA J1003/9/ 12

– Rutile
– Selulos
– Serbuk besi

9.12 Pengkelasan Elektrod.

Elektrod dikelaskan mengikut system yang ditentukan oleh system piawaian yang
diterima pakai di sesebuah negara. Di Malaysia piawaian yang biasa digunakan AWS
( American Welding Society ) atau ASTM (American Standard for Testing Materials).
Sebagai contoh terdapat tiga spesifikasi bagi elektrod Keluli Lembut. Iaitu:

– AWS A5.1 – 55 T
– ASTM A233 – 55 T
– CSA W48.1 – 1952 (kanada)

Elektrod boleh dikodkan mengikut system penomboran seperti E6013, E6011, E6010,
E7018 dan sebagainya. Setiap huruf dan nombor mempunyai pengertian tertentu.
Sebagai contoh E6013:

E – elektrod
60 – kekuatan tensil/tegangan 60,000lb.
9 – kedudukan mengimpal
3 – jenis arus

Elektrod juga boleh dikelaskan mengikut :

– Cepat penuh ( E6024, E6027)


– Kelajuan tinggi (E6012, E6013)
– Cepat beku (E6010, E6011)

Terdapat juga elektrod yang menggunakan kod warna oleh pengeluarnya. Dimana Kod warna
yang digunakan menerangkan tentang kekuatan tensil, kedudukan mengimpal dan juga
pilihan arus.

Contoh: E 7024
hitam Jenis
kumpulan elektrod
kuning Logam
(tiada) Teras

Elektrod dikategorikan kepada tujuh kumpulan, iaitu:

– Keluli lembut
– Keluli ‘low alloy’
– Keluli tahan karat
– Pengerasan permukaan
– Nikel dan pancalogam nikel
– Aluminium dan pancalogam aluminium
– Kuprum dan pancalogam kuprum
KIMPALAN ARKA J1003/9/ 13

9.13 Fungsi Jeremang.

Jeremang adalah satu selaput yang terdapat pada permukaan kumai hasil dari
peleburan salutan elektrod. Jeremang ini mempunyai fungsi tertentu.Diantaranya
ialah:

– Melindungi kumai daripada udara luar disepanjang penyejukan berlaku.


– Mengapungkan kotoran ke permukaan dari kawah lebur.
– Mengawal bentuk kumai supaya seragam.
– Melambatkan kadar penyejukan bagi membaiki sifat logam
– Memberikan perlindungan secara mekanikal kepada pemindahan logam
dari elektrod ke logam induk.

Tahniah !….anda telah berjaya menghabiskan semua tajuk pada hari ini. Semoga berjaya.

AKTIVITI 9B

9.7 Apabila menggunakan arus terus kekutuban berbalik dan arus


terus kekutuban lurus, apakah faktor-faktor yang perlu
diambilkira dalam pemilihan elektrod bagi keduanya?

9.8 Bagaimanakah satu-satu jenis elektrod itu dapat dikenali dari segi
fungsi dan kegunaannya?

9.9 Apakah pentingnya elektrod perlu disimpan dalam keadaan


yang baik dan kelembapannya perlu dikawal?

9.10 Nyatakan fungsi pemegang elektrod dan apakah langkah-langkah


penjagaan yang perlu diambil supaya ianya tahan lama
digunakan.

9.11 Bagaimanakah jarak arka, kelajuan mengimpal serta sudut


elektrod mempengaruhi mutu kumai?
KIMPALAN ARKA J1003/9/ 14

jawab soalan-soalan di atas. Rasanya taklah susah sangat. Mungkin susah lagi makan lobak ni. Kalau rasa ada yang kurang jelas sila

MAKLUMBALAS 9B

9.7 Pemilihan elektrod untuk arus terus kekutuban berbalik dan arus terus
kekutuban lurus hendaklah diperhatikan pada jenis kegunaannya mengikut kod
yang telah dicatatkan spesifikasinya.

Sebagai contoh:

– E 6010 jenis arus adalah ATKB.


– E 7014 jenis arus adalah ATKL

9.8 Elektrod dapat dikenali dari segi fungsi dan kegunaannya ialah
melalui kod yang terdapat pada elektrod berkenaan. Kod elektrod
biasanya ditandakan dengan nombor atau warna tertentu.

9.9 Elektrod hendaklah disimpan dalam suhu yang terkawal supaya


bebas dari kelembapan dan unsur yang tidak diingini dari udara
meresap kedalam salutannya. Ini akan menjejaskan pada mutu
kimpalan.

9.10 Pemegang elektrod berfungsi untuk:

– melindungi pengimpal daripada terkena kejutan elektrik.


– Sebagai pelindung haba dari elektrod
– Sebagai penghubung diantara kebel kimpalan dan elektrod.
KIMPALAN ARKA J1003/9/ 15

Langkah-langkah penjagaan yang perlu diambil supaya ianya tahan


lama iaitu hendaklah semua sambungannya diikat dengan kuat
supaya ianya tidak menjadi terlalu panas dan menerbitkan percikan
api pada sambungan-sambungan tersebut.

9.11 Bagi menentukan mutu kumai yang baik beberapa perkara


perlu diambil perhatian. Termasuklah mengawal jarak arka, sudut
elektrod dan juga kelajuan kimpal.

– Jarak arka yang sesuai biasanya mengikut garispusat logam teras


elektrod berkenaan. Jarak arka akan menentukan keseragaman bentuk
kumai keseluruhannya.
– Sudut elektrod akan menentukan bentuk riak atau ira kumai
– Kelajuan mengimpal akan menentukan saiz kumai keseruhannya.

PENILAIAN KENDIRI

1. Lakarkan dan namakan bahagian-bahagian dalam kimpalan arka.

2. Lakarkan dan namakan bahagian-bahagian dalam pemasangan kelengkapan


kimpalan arka.

3. Senaraikan kelebihan dan kelemahan mengimpal dengan proses kimpalan


arka pelindung ( SMAW).

4. Dalam keadaan bagaimanakah kerja mengimpal dengan proses SMAW ini


tidak digalakkan?

5. Apakah jenis mesin kimpal yang paling sesuai untuk mengimpal dengan
proses SMAW?

6. Apakah yang anda faham mengenai ‘voltan litar terbuka’ dan ‘voltan litar
tertutup’?

7. Apakah yang dimaksudkan dengan ‘semburan arka’ dan apakah tindakan


yang boleh dilakukan bagi mengurangkan fenomena ini?

8. Nyatakan fungsi salutan elektrod dan peranannya semasa mengimpal


dijalankan dengan lebih spesifik.

9. Terangkan bagaimana jeremang dihasilkan bagi menutupi kumai dan


peranannya terhadap kumai.
KIMPALAN ARKA J1003/9/ 16

aca dan fahamkan betul-betul soalan-soalan di atas. Jika anda boleh menjawab dengan betul. Pelajaran anda tamat hari. Jika tidak an

MAKLUMBALAS
KENDIRI

1. Nama-nama bahagian dalam kimpalan arka.

Salutan elektrod

Titisan logam
kumai
arka
Logam teras

Kawah lebur

bendakerja

2. Nama-nama bahagian dalam pemasangan kelengkapan kimpalan arka.

elektrod
Kebel elektrod

Bekalan kuasa
(mesin kimpalan)

Kebel bumi Pemegang


elektrod bendakerja

3. Kelebihan dan kekurangan proses SMAW.


KIMPALAN ARKA J1003/9/ 17

KELEBIHAN KEKURANGAN

1. Kos yang kurang 1. Tidak sesuai untuk logam yang


2. Boleh mengimpal lebih nipis daripada 1/16 inci.
kebanyakan logam 2. Kitaran kerja agak rendah.
3. Bersaiz kecil dan tidak 3. Elektrod tidak dapat digunakan
memerlukan ruang yang sehingga habis keseluruhannya.
besar 4. Kumai yang di buat perlu
4. Boleh mengimpal pada bersambung sambung apabila
sebarang kedudukan bertukar elektrod dan ini
5. Kurang dipengaruhi oleh memungkinkan kecacatan
angin yang bertiup berlaku.
berbanding GMAW
6. Boleh dilakukan dalam
sebarang keadaan cuaca
7. Boleh megimpal logam
yang tebal

5. Dalam beberapa keadaan mengimpal dengan proses SMAW tidak digalakkan.


Diantaranya ialah:

– Mengimpal dalam hujan


– Mengimpal ketika ribut pasir atau dalam keadaan bersalji
– Mengimpal bendakerja yang suhunya dibawah 0°F.

1. ‘Voltan litar terbuka’ adalah voltan pada mesin ketika kerja mengimpal tidak
dijalankan manakala ‘voltan litar tertutup’ adalah voltan pada litar kimpalan
sewakerja mengimpal sedang dijalankan. Voltan litar terbuka sangat bahaya
bagi pengimpal.

2. Semburan arka adalah satu fenomena yang berlaku apabila arka terpesong dari laluan
asal ketika mengimpal sedang dijalankan diiringi dengan bunyi semburan yang kuat.
Diantara sebabnya ialah ianya mungkin di pengaruhi oleh kedudukan klip bumi
dengan tempat mengimpal.

Cara bagi mengurangkan fenomena ini ialah:

– Tukar kepada arus ulangalik


– Alihkan klip bumi pada tempat yang jauh sedikit.
– Jarak arka hendaklah pendek.
– Letak bongkah besi di atas hujung bendakerja
– Mengimpal jauh dari sisi bendakerja.
– Ubah arah mengimpal

1. Salutan pada elektrod mempunyai fungsi seperti berikut:

– Menjadikan arka lebih stabil


– Menghasilkan gas pelindung disekeliling arka dan kawah arka
– Membentuk sangga dipermukaan kumai bagi melindungi kumai
KIMPALAN ARKA J1003/9/ 18

– Menampung bahan-bahan yang menentukan ciri-ciri penggunaan


elektrod berkenaan.

1. Jeremang atau selalu dipanggil dengan sebutan ‘slag’ dihasilkan dari peleburan
salutan elektrod lalu ianya membeku di atas permukaan kumai. Jeremang mempunyai
beberapa peranan ke atas kumai diantaranya ialah:

– Melambatkan kadar penyejukan kumai dan ini akan mengekalkan ciri-


ciri asal logam teras pada kumai.
– Melindungi kumai dari unsur luar yang tidak diingini semasa penyejukan
yang datang dari udara.
– Membantu dalam membentuk kumai yang seragam.

Tahniah!………anda telah berjaya menjawab semua soalan. Anda diterima


ke semester seterusnya.