Anda di halaman 1dari 27

KEMAHIRAN ASAS

KAUNSELING
EDU 3107

KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING


Membina hubungan
Memberi perhatian
Mendengar aktif
Dorongan minima
Kemahiran menyoal
Menyemak persepsi
Kemahiran parafrasa
Refleksi
Kesenyapan
Konfrantasi
Minta penjelasan
Membuat interpretasi
merumus

KEMAHIRAN MEMBINA
HUBUNGAN
Membolehkan klien benar-benar rasa diterima bagi
menjalankan proses kaunseling.
Antara perkara-perkara yang perlu diberi perhatian:
Keadaan fizikal tempat pertemuan
Menyambut kehadiran klien
Memulakan perbualan ringan berkaitan kehidupan
Memulakan temu bual awal
Penstrukturan: proses aunseling,tanggungjawab
pembimbing,tanggungjawab klien,etika
kerahsiaan,jangka masa sesi,bayaran dan limitasi

CIRI-CIRI KLIEN YANG


ENGGANresistance
Diam atau kurang bercakap
Bercakap panjang tetapi bercerita
perkara yang tidak perlu
Tidak mahu berkongsi perasaan
Bertanya soalan yang tidak bekaitan
Datang lambat
Janji palsu
Cuba menarik perhatian

1.KEMAHIRAN MEMBERI
PERHATIAN/MELAYAN
EKSPRESI WAJAH
TAHAP TENAGA
KEDUDUKAN JARAK
GAYA DUDUK
PERGERAKAN KAKI DAN
TANGAN
NADA SUARA

a.EKSPRESI WAJAH
Penglahiran perasaan, pemikiran dan nilai
kaunselor.
Wajah yang ceria dan senyum
menunjukkan tanda persahabatan dan
kesediaan kaunselor.
Kontak mata menunjukkan kaunselor
memberi perhatian terhadap apa yang
dikatakan oleh klien

b.TAHAP TENAGA
Tahap tenaga memberikan mood
kepada sesi kaunseling.
Tahap tenaga dapat dilihat melalui gaya
duduk, berjalan, nada suara dan
mimik muka kaunselor.
Tenaga yang lemah akan menjejaskan
kepercayaan dan keyakinan klien.

c.KEDUDUKAN JARAK
Kedudukan yang terlalu hampir
membuatkan klien berasa lemas dn
tidak selesa.
Jarak yang terlalu jauh menyulitkan
perbincangan kerana sukar untuk
mendengar suara yang berbisik dan
kurang jelas air muka.

d.GAYA DUDUK
Kedudukan badan yang condong
menghala kepada klien semasa
berbincang adalah menunjukkan
minat kaunselor kepada perkara yang
diperkatakan oleh klien

e.PENSTRUKTURAN
Ia memberikan peraturan dalam
perbincangan yang bakal dijalankan.
Beberapa perkara utama perlu disentuh:
faktor masa
Peranan

kaunselor-mendengar,memahami
dan memberi bantuan
Peranan klien- bercerita secara jujur
Etika kerahsiaan

2.DORONGAN MINIMA
Ia dibuat secara lisan dan bukan lisan.
Adalah usaha lisan kaunselor untuk
menimbulkan rasa klien didengar dan
diterima.
Ia bertujuan untuk memberansangkan klien
untuk bercerita.
Antara bentuk dorongan minima ialah:
-kata-kata separa bahasa.
Contoh: hmmm..ya,Oh begitu.., jadi,Lepas
tu, Teruskan, anggukan kepala atau
senyuman

Contoh respon dorongan minima


Klien: saya nak bincang masalah
kawan saya..
Kaunselor: Hmmmsilakan..
Klien: Dulu kami kawan baiktapi
sekarang lain pula jadinya
Kaunselor: (angguk)
Klien: sekarang dia seolah-olah nak
kawal saya
Kaunselor: Hmmm..Teruskan..

3.KEMAHIRAN MENDENGAR
Mendengar merupakan proses yang paling penting
kerana ia boleh memberi pemahaman yang tepat
terhadap sesuatu mesej yang disampaikan dan
seterusnya respon yang akan diberikan juga
bergantung kepada ketepatan mendengar.
Proses mendengar merupakan satu proses yang
aktif.
Mendengar aktif bermaksud bukan sekadar
mendengar apa yang dikatakan tetapi bagaimana
ia diperkatakan, emosi yang mengiringi kata-kata
tersebut, nadanya, mimik mukanya dan tingkah
laku tubuh badan semasa memperkatakannya.
Cuba memahami perasaan klien secara tersurat
dan tersirat.

AKTIVITI 2
Dengan mengunakan berbagai nada
sila latih untuk lafazkan kenyataan
berikut:
1. Kadang kala dia seolah-olah macam
sayang pada saya.
2. Dia tak sukakan saya pun saya tak
kisah
3. rambut sama hitam, tapi hati lain-lain

KEMAHIRAN MENYOAL
Untuk mendapatkan maklumat dengan
tepat.
Gunakan saoalan terbuka dan tertutup

KEMAHIRAN
PARAFRASA(menyatakan semula)
Menyatakan semula apa yang diucapkan
oleh seseorang dengan menggunakan ayat
kaunselor sendiri namun tidak tersasar
daripada maksud sebenar klien. Ringkas
dan tepat.
Kebaikannya: memastikan kaunselor
dengan baik. Ini akan menimbulkan rasa
dihargai dalam diri klien lalu menggalakkan
klien terus bercerita.

4.KEMAHIRAN PARAFRASA
Sila berikan parafrasa kepada
kenyataan yang berikut:
Latihan 1
Klien: Dah lama saya menunggu untuk
mendengar berita darinya, tapi habuk
pun tak ada
Kaunselor:

Latihan 2
Klien: mana saya tak marahdia buat
saya macam lembu..
Kaunselor:
Latihan 3
Klien: kalau cakap depan saya tak
marah..ini mengumpat di belakang.
Itu yang saya hot ni..

KEMAHIRAN REFLEKSI
Respon ini mencerminkan kepada klien apa yang
dicakapkan olehnya iaitu mesej yang didengari oleh
kaunselor. Kaunselor membuat respon tentang apa yang
telah dicakapkan,bagaimana ia dicakapkan termasuk
maksud tersirat dan isyarat bukan lisan(non-verbal). Ada
persamaan dengan parafrasa tetapi lebih menumpukan
kepada elemen perasaan yang tersurat dan tersirat.Refleksi
dapat didefinisikan sebagai membias semula apa yang
didengari dari segi perasaan.
Klien:Baru-baru ini saya rasa macam saya dipinggirkan oleh
kawan-kawan saya. Tak tahu apa sebabnya. Dua tiga bulan
dulu tak macam itu. Saya ada ramai kawan dan mereka
rapat dengan saya.
Kaunselor: Anda risau kerana kawan-kawan anda
menjauhkan diri daripada anda.

Contoh refleksi
Klien: Bila saya dapat tahu
permohonan pinjaman PTPTN saya
diluluskan barulah saya merasa lega
sebab sekurang-kurangnya
kebimbangan tak cukup wang belanja
semakin berkurangan.
Kaunselor: anda merasa
lega(gembira) kerana masalah
kewangan anda sudah hampir selesai

6.KESENYAPAN
Senyap bermaksud membiarkan
keadaan senyap seketika. Ini
membolehkan klien memeriksa apa
yang sedang difikirkannya atau
perasaannya. Juga mungkin klien
enggan bekerjasama dengan
kaunselor kerana dirujuk.Untuk
memecahkan kesenyapan, kaunselor
boleh menggunakan respon berikut:

Anda nampaknya sedang


memikirkan sesuatu. Cuba anda
kongsikan perasaan anda dengan
saya/ cuba anda ceritakan apa yang
berman-main dalam minda anda

7.MINTA PENJELASAN
Peranan ini digunakan apabila kaunselor
memerlukan penjelasan tentang isu-isu
yang kabur atau bila ingin menjauhi
daripada kekeliruan berlaku. Sebagai
kaunselor anda mungkin kurang pasti apa
yang dimaksudkan oleh klien anda.
Kaunselor: Saya kurang pasti maksud
saudara. Cuba anda jelaskan dengan lebih
lanjut lagi apa yang anda maksudkan
dengan

8.MEMBUAT INTERPRETASI
Melihat masalah atau situasi daripada
perspektif yang berbeza. Ia membantu
klien melihat diri sendiri, peristiwa,
perubahan yang berlaku dan masalah
mereka daripada perspektif yang
baru.Ia akan meningkatkan lagi
kefahaman diri klien dan dapat
mengambarkan kepada klien bahawa
masalah yang berat dapat ditangani
dengan usaha.

Contoh interpretasi
Kaunselor: Dapatkah saya katakan
yang perbuatan Ani ini adalah
bertujuan untuk membalas dendam
semata-mata?

KONFRANTASI
Kemahiran mencabar klien supaya
melihat diri mereka dengan lebih
jujur.Kemahiran konfrantasi
digunakan apabila terdapat
percanggahan antara apa yang
dikatakan dengan apa yang
dilakukan.

9.MERUMUS
Merumus bertujuan untuk
menonjolkan perkara-perkar penting
yang mengandungi isi dan perasaan
klien sepanjang sesi
berlangsung/usaha menfokus
masalah.Ada dua bentuk merumus
iaitu rumusan kecil dan rumusan
besar.