Anda di halaman 1dari 24

teknik dan latihan ansur maju lontar peluru

TEKNIK MELONTAR PELURU


Teknik atau gaya melontar peluru yang biasa diamalkan ialah:
(A) Gaya berdiri dan melontar ( tanpa lungsuran )
(B) Gaya melungsur selangkah
(C) Gaya Parry OBrien
Gaya berdiri dan melontar ( tanpa lungsuran )
Pegangan peluru
Cara memegang peluru secara umumnya boleh dibahagikan kepada dua cara. Yang
pertama ialah cara memegang dengan lima jari. Kelima-lima jari digunakan untuk
memegang peluru. Ibu jari dan jari kelingking mengimbangi kedudukan peluru.
Teknik ini disyorkan untuk para pelajar sekolah rendah. Selain itu, memegang
dengan tiga jari juga merupakan salah satu cara untuk memegang peluru. Peluru
disokong oleh tiga jari tangan tengah. Ibu jari dan jari kelingking menyangga peluru.
Lakuan sedia
Peserta berdiri di bahagian di hadapan bulatan dengan bahu kirinya menghadap ke
arah lontaran. Letak peluru di bahagian yang sesuai iaitu di bawah telinga dan
hampir dengan leher. Lengan tangan diangkat hampir mendatar dan siku ke luar.
Setelah itu, peserta haruslah rendahkan badan dan bengkokkan kaki kanan yang
terletak hampir dengan garis pusat bulatan. Berat badan peserta hendaklah
dipindahkan ke kaki belakang
Kilasan badan
Pergerakan badan mengilas ke hadapan dan ke atas. Dengan ini, peluru dapat
dilontar dengan lebih jauh. Jika pergerakan badan mengilas ke bawah, maka peluru
yang dilontar tidak akan ke jauh. Bahu tangan bebas digerakkan ke hadapan.
Kemudian diikuti dengan bahagian pinggul kanan bergerak ke hadapan dan ke atas.
Serentak dengan kesemua pergerakan ini tangan harus mula menolak peluru.
Lontaran
Tolakan peluru perlu diteruskan dengan kaki belakang (kaki kanan) diluruskan
sambil menekan ke atas tanah sehingga badan menjadi terangkat. Peluru dilontar
keluar dari tangan menuju ke hadapan dan ke atas. Tangan kanan mengikut arah
lontaran, siku sentiasa di luar dan jauh dari badan. Tangan pelontar mengakhiri
pergerakan ini dalam keadaan lurus dan menunggu peluru itu mandarat.
Pulihan
Selepas lontaran, kedudukan kaki peserta berada dalam keadaan depan belakang
seperti semasa lontaran.
Keseluruhan Gaya Berdiri dan Melontar
Lakuan sedia
mengilas badan
melontar

Gaya melungsur selangkah


Pegangan peluru

Cara memegang peluru secara umumnya boleh dibahagikan kepada dua cara. Yang
pertama ialah cara memegang dengan lima jari. Kelima-lima jari digunakan untuk
memegang peluru. Ibu jari dan jari kelingking mengimbangi kedudukan peluru.
Teknik ini disyorkan untuk para pelajar sekolah rendah. Selain itu, memegang
dengan tiga jari juga merupakan salah satu cara untuk memegang peluru. Peluru
disokong oleh tiga jari tangan tengah. Ibu jari dan jari kelingking menyangga peluru.
Lakuan sedia
Peserta berdiri di bahagian belakang bulatan dengan membelakangkan kawasan
lontaran. Selepas itu, letakkan peluru di bawah telinga dan bongkokkan badan
dengan membengkokkan kaki kanan. Kaki kiri dibiarkan selesa dengan
membengkok dan mencecah bahagian tengah bulatan dengan hujung kaki. Tangan
bebas berperanan untuk mengimbangi kedudukan badan dan ia diletakkan di
hadapan badan pelontar dengan sikunya dibengkokkan sedikit. Lengan tangan
diangkat hampir mendatar dan siku ke luar.
Lungsuran
Daripada lakuan sedia menolak dengan kaki kiri supaya kaki kanan pelontar dapat
membuat lungsuran ke bahagian tengah bulatan. Lungsuran mesti dilakukan secara
pantas dan licin. Berat badan pelontar mestilah masih berada di atas kaki kanan,
manakala bahagian badan pula terus dibiarkan membongkok. Yang penting, jangan
tegakkan badan semasa melungsur. Hal ini kerana, peluru yang dilontar tidak akan
ke jauh. Kaki kiri pelontar diletakkan di hadapan bulatan.
Kilasan badan
Sebaik sahaja kaki kanan bertapak semula dan proses lungsuran itu tamat, pinggul
kanan dipusing ke kiri dan ke atas serentak dengan kilasan badan. Bahu dan tangan
kanan (yang memegang peluru) masih menghala ke belakang
Lontaran
Selapas habis mengilas badan, kaki yang melungsur (kaki kanan yang di belakang)
menolak dengan kuat sehingga badan terangkat melentik. Pergerakan ini hendaklah
disusuli dengan pergerakan menolak peluru yang bermula dengan bahu dan diikuti
dengan tangan yang memegang peluru. Tangan mengikut peluru sejauh yang boleh
dan kaki mestilah digunakan untuk menahan dengan kuat. Tangan kanan mengikut
ke arah lontaran, siku sentiasa di luar dan jauh dari badan. Kedua-dua kaki mesti
bersentuhan dengan tanah semasa peluru dilontar ke luar.
Pulihan
Pulihan ini bertujuan bagi mengelakkan pelontar hilang keimbangan dan terjatuh di
kawasan hadapan selepas melepaskan peluru, pergerakan pulihan hendaklah
dilakukan jika perlu. Pulihan ini dilakukan dengan membawa kaki kanan ke hadapan
bulatan iaitu di belakang papan penahan dan pada masa yang sama kaki kiri
digerakkan ke belakang secara tergantung untuk membantu imbangan badan.

Keseluruhan Gaya Melungsur Selangkah


Gaya Parry OBrien
Gaya Parry OBrien ini adalah satu gaya yang telah diperkenalkan oleh Parry
OBrien. Beliau ialah seorang ahli sukan Amerika yang terkemuka pada tahun 50-an.
Pada tahun 1956, dengan gaya mulaan yang membelakangkan kawasan lontaran,
beliau telah berjaya menjadi pelontar pertama yang mencipta rekod dunia dengan
lontaran melebihi 18 meter jaraknya. Teknik lontaran ini masih popular hingga ke
hari ini. Di samping sumbangannya dari segi teknik melontar, Parry OBrien juga
telah membuktikan kepada semua ahli sukan tentang betapa pentingnya latihan
bebanan bagi acara melontar peluru.
Pegangan peluru
Cara memegang peluru secara umumnya boleh dibahagikan kepada dua cara. Yang
pertama ialah cara memegang dengan lima jari. Kelima-lima jari digunakan untuk
memegang peluru. Ibu jari dan jari kelingking mengimbangi kedudukan peluru.
Teknik ini disyorkan untuk para pelajar sekolah rendah. Selain itu, memegang
dengan tiga jari juga merupakan salah satu cara untuk memegang peluru. Peluru
disokong oleh tiga jari tangan tengah. Ibu jari dan jari kelingking menyangga peluru.
Lakuan sedia
Peserta mengambil posisi mulaan dengan belakangnya menghadap ke arah
lontaran dan berdiri di bahagian belakang bulatan. Sebagai persediaan, peserta
haruslah membongkokkan badannya ke hadapan dan pada masa yang sama
membengkokkan kaki kanannya yang berada di hadapan. Kaki bebas (kaki kiri)
diletak di belakang untuk mengimbangkan badan. Kaki bebas di bawa ke hadapan
sebagai persediaan untuk lungsuran.
Lungsuran
Untuk memulakan lungsuran, kaki kiri ditendang ke belakang dan ke arah lontaran.
Selapas itu, diikuti serta merta dengan meluruskan kaki kanan. Kaki kanan
melungsur atas tapak kaki yang rata ke tengah bulatan. Kaki kiri diletakkan serta
merta dekat papan penahan tanpa mengubah kedudukan bahagian atas badannya.
Badan pelontar ketika ini masih di dalam keadaan condong.
Kilasan badan
Selepas kaki bebas ( kaki kiri ) telah bertapak di belakang papan penahan, badan
pun mengilas ke atas dan ke hadapan. Kaki kanan menggerakkan pinggul ke atas
dan ke hadapan. Bahu menghadap ke hadapan. Kaki diluruskan dengan cepat dan
badan di angkat dan mengilas badan.
Lontaran
Selapas habis mengilas badan, kaki yang melungsur menolak dengan kuat sehingga
badan terangkat melentik. Pergerakan ini hendaklah disusuli dengan pergerakan
menolak peluru yang bermula dengan bahu dan diikuti dengan tangan yang
memegang peluru. Siku kanan diangkat tinggi untuk menghasilkan lontaran yang
amat berkesan. Tangan mengikut peluru sejauh yang boleh dan kaki mestilah
digunakan untuk menahan dengan kuat. Kedua-dua kaki mesti bersentuhan dengan
tanah semasa peluru dilontar ke luar.
Pulihan
Untuk mencegah diri dari terjatuh ke luar bulatan, pelontar akan melompat untuk
memindahkan berat badannya daripada kaki kiri ke kanan. Pelontar juga boleh

membawa kaki belakang ke hadapan bulatan dan pada masa yang sama kaki
hadapan dibawa ke belakang bagi mengelakkan diri daripada tidak seimbang.

LATIHAN ANSUR MAJU GAYA MELUNGSUR SELANGKAH


Latihan I
Berdiri menghadap ke kawasan lontaran dan melontar peluru dengan tolak yang
kencang ( melontar dari kedudukan berdiri ). Latihan ini dapat membantu pelajar
menolak peluru dengan baik.
Latihan II
Berdiri dengan bahu kiri menghadap ke kawasan lontaran. Kaki direnggangkan dan
putarkan bahu kiri ke kanan sambil merendahkan badan. Berat badan dipusatkan di
kaki kanan yang diletakkan di belakang. Kilaskan badan ke hadapan dan tolak
peluru. Latihan ini bertujuan untuk membolehkan para pelajar menguasai semua
pergerakan penting sebelum mereka mula melontar peluru.
Latihan III
Berdiri merusuk ke arah lontaran di bahagian belakang bulatan. Kaki kiri diletakkan
di garis pusat bulatan dan kaki kanan diletakkan berhampiran dengan lingkaran
bulatan. Condongkan badan sedikit seperti dalam Latihan II di atas. Keetingting ke
hadapan bulatan dengan menggunakan kaki kanan dan kaki kiri mestilah bertapak
di bahagian belakang papan penahan atau di garis bulatan. Kilaskan badan dan
buatlah lontaran. Latihan ini merupakan latihan membuat lungsuran dan mengilas
badan.
Latihan IV
Pelontar berdiri membelakangkan kawasan lontaran. Badan dicondongkan ke
hadapan hingga betul-betul berada di atas kaki kanan. Kemudian
pelontarmelungsur selangkah ke belakang (tanpa mengilas badan atau melontar
peluru). Latihan ini dibuat secara berulang-ulang. Latihan ini merupakan latihan
pergerakan kaki pelontar semasa membuat lungsuran.
Latihan V
Pelajar digalakkan untuk mencuba pergerakan keseluruhan gaya melungsur
selangkah. Latihan ini dapat menyatukan semua fasa lontaran. Oleh itu, para
pelajar dapat menyediakan diri mereka untuk membuat lontaran dengan cara yang
lebih sistematik.

PENGENALAN

Sebagai acara padang dalam sukan olahraga, lontar


peluru terus menjadi salah satu acara yang
dipertandingkan dalam kebanyakan perjumpaan olahraga.
Oleh sebab acara ini disertai oleh lelaki dan wanita,
bermakna penyertaan agak meluas. Teknik lontaran juga
diperbaiki dan disesuaikan dari semasa ke semasa bagi
menjamin kelicinan dan peningkatan dalam lontarannya.

Begitu juga dengan kaedah latihan yang diadakan bagi


mereka yang mengambil bahagian dalam acara ini, turut
ditingkatkan termasuk penekanan terhadap jenis, latihan,
tempoh latihan aktiviti-aktiviti sampingan, serta
pemakanan.
Lontar peluru merupakan acara lontar yang paling
mudah dilakukan berbandingkan dengan tiga acara
lontaran yang lain. Walaupun sebilangan besar daripada
peserta dan pemenang acara ini pada peringkat
antarabangsa, terdiri daripada peserta yang berbadan
besar, tegap, berat dan kuat, tetapi ini bukanlah sesuatu
yang menjadi syarat utama yang menentukan penyertaan
atau kejayaan seseorang dalam acara ini. Pelontar peluru
harus mampu mengenal pasti dan mengaplikasi teknik
dan gaya lontaran yang baik yang diperolehi melalui
latihan bersistem di bawah pengawasan jurulatih khusus
untuk acara ini.

PERALATAN
Lontar peluru yang merupakan satu lagi acara lontaran
dalam sukan olahraga diadakan dengan menggunakan
peralatan tertentu dan di dalam kawasan khas yang

disediakan di kawasan yang bebas daripada sebarang


halangan atau gangguan. Dalam melaksanakan acara ini,
peserta

serta

pegawai

pertandingan

harus

juga

memberikan perhatian pada keselamatan sama ada


kepada peserta itu sendiri, atau peserta lain ataupun
orang ramai.
PELURU
Berat Peluru
1.

DEWASA

7. 265 kg

2.

WANITA

4. 005 kg

3.

REMAJA

4. 000 kg

110 - 130 mm
Peralatan yang diperlukan untuk acara ini tidaklah
banyak. Begitu juga kawasan untuk mengadakan acara ini
tidaklah luas, malah dari segi saiz kawasan, lotar peluru
memerlukan kawasan paling kecil dibandingkan dengan
acara lontaran yang lain. Berikut adalah peralatan yang
diperlukan untuk lontar peluru.
Bulatan peluru mestilah diperbuat dari gelung besi, keluli
atau bahan-bahan yang sesuai dan bahagian atasnya
mestilah sama rata dengan tanah di luar. Bahagian dalam
bulatan dibuat dengan simen atau lain bahan yang kukuh
dan tidak licin. Permukaan bulatan ini mestilah rata dan

14mm 26mm ke bawah pada bahagian ke atas gelong


besi bulatan. Bulatan yang boleh dialeh dengan sfesipikasi
di atas boleh digunakan.

FASA FASA LATIHAN

Terdapat Empat Fasa Lontaran dalam acara Lontar Peluru


iaitu :
1. Fasa Persediaan
2. Fasa Gelungsuran
3. Fasa Lontaran
4. Fasa Pemulihan
Fasa Persediaan ( Preparation )

1.

Peserta bersedia dalam bulatan lontaran

2.

Peluru dipegang dengan cara yang betul

3.

Tenang keadaan mental dan emosi serta berada

dalam keadaan selesa


KAEDAH LATIHAN YANG DICADANGKAN
1. Latihan Bebanan
Latihan bebanan adalah sejenis kaedah latihan untuk
membina, kekuatan, kuasa dan daya tahan otot. Latihan
ini memerlukan pengkhususan, penambahan beban,
ansur maju rintangan dan urutan aktiviti. Diantara jenis

latihan bebenan ialah isometrik, konsentrik, isentrik dan


isokinetik.
Faktor-faktor yang perlu diambil kira adalah seperti
intensiti latihan, jangka masa latihan dan pemulihan,
bilangan ulangan dan jumlah set yang ditetapkan dalam
setiap aktiviti dan kekerapan latihan dalam seminggu.
Selain itu prinsip-prinsip yang perlu ada seperti beratan
yang sesuai dengan atlit, cara atau prosedur yang betul,
penambahan beban secara progresif dan juga aktiviti yang
dipilih hendaklah bersesuaian. Panduan membina dan
meningkatkan :
I. Daya tahan otot lebih kurang 50% berat maksima (ulangan
10 hingga 15 kali)
II. Kekuatan otot lebih kurang 80% hingga 90% berat
maksima (ulangan 3 hingga 6kali).
III. Kuasa otot lebih kurang 80% hingga 90% berat maksima
(ulangan 3 hingga 6kali, tetapi pantas).
IV. Kelenturan otot lebih kurang 20% hingga 30% berat
maksima (ulangan sederhana iaitu 6 hingga 8 kali).
Objektif
I. Membina kekuatan konponen otot secara umum dan khusus
di bahagian bahu, tangan, pinggang dan kaki.
II. Membina kuasa eksplosif otot bahu, pinggang dan akki.
III. Membina daya tahan otot umum dan spesifik.
IV. Membina kelajuan.
V. Meningkatkan fleksibiliti.

VI. Meningkatkan keupayaan sisitem kardiorepiratori.


Sistem Tenaga
I. Melibatkan sistem tenaga ATP PC dan ATP LA secara
dominan.
II. Sistem tenaga aerobik secara sekunder.
Kekerapan
I. 2kali seminggu setiap latihan diselang sekurang-kurangnya
dua har
Lontar Peluru
Pengenalan
Acara lontar peluru adalah satu acara olahraga iaitu acara padang yang melibatkan dari segi melontar
dalam pergerakan menolak satu bola logam besi berat sejauh yang boleh. . Aktiviti melontar peluru dijadikan sebagai
pertandingan bermula pada abad ke-19. Orang Scotland dan Ireland merupakan golongan pertama yang mencipta
lontar peluru berdasarkan pertandingan melontar batu yang mereka lakukan ketika itu. Walau bagaimanapun lontar
peluru tidak dapat diterima sebagai sukan di kedua-dua negara itu.
Setelah diperkenalkan di Amerika Syarikat, acara lontar peluru telah mendapat sambutan di beberapa
kejohanan sukan olahraga. Sebagai sebuah negara yang mengambil berat tentang kegiatan sukan, Amerika Syarikat
telah menganggap kegiatan sukan sebagai sangat menarik, dan akhirnya menjadi acara olahraga yang
dipertandingkan.
Lontar peluru merupakan acara yang memerlukan kekuatan dan kemahiran tertentu bagi menghasilkan
jarak yang baik. Ramai beranggapan lontar peluru boleh dilakukan oleh mereka yang mempunyai tubuh badan yang
besar. Ini satu tanggapan yang salah. Acara lontar peluru memerlukan peserta yang mempunyai struktur fizikal yang
tegap di samping kecekapan mengimbang badan dengan baik untuk memastikan jarak yang maksimum.
Sebagai acara padang dalam sukan olahraga, lontar peluru terus menjadi salah satu acara yang
dipertandingkan dalam kebanyakan perjumpaan olahraga. Oleh sebab acara ini disertai oleh lelaki dan wanita,
bermakna penyertaan agak meluas. Teknik lontaran juga diperbaiki dan disesuaikan dari semasa ke semasa bagi
menjamin kelicinan dan peningkatan dalam lontarannya. Begitu juga dengan kaedah latihan yang diadakan bagi
mereka yang mengambil bahagian dalam acara ini, turut ditingkatkan termasuk penekanan terhadap jenis, latihan,
tempoh latihan aktiviti-aktiviti sampingan, serta pemakanan.
Lontar peluru merupakan acara lontar yang paling mudah dilakukan berbandingkan dengan tiga acara
lontaran yang lain. Walaupun sebilangan besar daripada peserta dan pemenang acara ini pada peringkat
antarabangsa, terdiri daripada peserta yang berbadan besar, tegap, berat dan kuat, tetapi ini bukanlah sesuatu yang
menjadi syarat utama yang menentukan penyertaan atau kejayaan seseorang dalam acara ini. Pelontar peluru harus

mampu mengenal pasti dan mengaplikasi teknik dan gaya lontaran yang baik yang diperolehi melalui latihan
bersistem di bawah pengawasan jurulatih khusus untuk acara ini.

Asal usul
Acara lontar peluru tidak mempunyai sejarah yang lama jika dibandingkan dengan acara merejam
lembing dan melempar cakera. Mengikut sejarah, aktiviti melontar batu telah dijadikan pertandingan bermula pada
abab ke-19. Orang Scotland dan Ireland telah dianggap sebagai golongan pertama yang mencipta acara lontar
peluru, berdasarkan pertandingan melontar batu yang mereka lakukan ketika itu. Bagaimanapun, acara lontar peluru
tidak dapat diterima sebagai acara sukan di kedua-dua buah negara ini.
Setelah diperkenalkan di Amerika Syarikat, acara lontar peluru telah mendapat sambutan di beberapa
kejohanan sukan olahraga. Sebagai sebuah negara yang mengambil berat tentang kegiatan sukan, Amerika Syarikat
telah menganggap kegiatan sukan sebagai sangat menarik, dan akhirnya menjadi acara olahraga yang
dipertandingkan.
Dari sini, bermulalah sejarah baru bagi acara lontar peluru. Pada ketika ini, peluru diperbuat daripada besi
seberat 16 paun. Beberapa peraturan yang berkaitan dengan kawasan lontaran telah dicipta. Pada mulanya
kawasan lontaran berbentuk segi empat sama dengan ukuran 7 kaki x 7 kaki. Dengan ini, acara lontar peluru telah
diperkenalkan ke negara-negara lain seperti Greek. Acara ini telah diterima untuk dipertandingkan di Sukan
Olimpik moden tahun 1896.
Malah bentuk kawasan lontaran ini terus digunakan untuk Sukan Olimpik pada tahun1900 dan 1904. Pada tahun
1909, bentuk kawasan telah ditukar kepada bentuk bulatan yang berdiameter 7 kaki, dengan bahagian hadapan
tempat melakukan lontaran diletakkan papan yang seakan-akan penanda, yang terdapat pada kawasan lontaran
seperti yang diguna pakai sekarang. Namun begitu, tiada peraturan yang tetap berhubung teknik melontar
peluru. Akhirnya, pada tahun 1950-an, seorang atlet lontar peluru telah menonjol dalam acara ini. Beliau ialah Perry
O`Brien dari Amerika Syarikat. Beliau telah mencipta teknik lontaran baru, yang akhirnya dijadikan teknik lontaran
yang diterima dan kekal sehingga hari ini. Atlet lontar peluru haruslah mampu mengenal pasti dan mengaplikasi
teknik dan gaya lontaran yang baik, melalui latihan ansur maju dan kaedah yang bersistematik bagi menempa
sesuatu

jarak

lontaran

yang

cemerlang

dan

terbaik.

Namun begitu, acara lontar peluru ini dapat menyebabkan bahaya jika kita tidak berhati-hati sebelum,semasa, dan
selepas melakukan aktiviti.Persediaan atlet,kekuatan tubuh badan, dan anggota lain terutamanya tangan,pinggang,
dan kaki memainkan peranan utama.Ini bermakna persediaan fizikal dan mental adalah menjadi agenda utama untuk
menjamin keselamatan diri atlet itu sendiri.Kedua, perlakuan yang sempurna semasa melakukan aktiviti melontar,
iaitu sebelum, semasa, dan selepas.Fasa perlakuan berkait rapat dengan koordinasi pelontar, yang mana perlakuan
yang licin dan sempurna akan banyak membantu atau mencipta sesuatu kejayaan.Yanina Korolcik dari Belarus
memenangi pingat emas selepas melakukan lontaran 20.56 meter dalam acara lontar peluru wanita di Sukan Olimpik
Sydney tahun 2000.

Berat Peluru dan diameter peluru

UMUR

LELAKI

PEREMPUAN

BAWAH 15

4 kg

3.25 kg

BAWAH 17

5 kg

4 kg

Ukuran diameter peluru untuk peserta lelaki ialah 110 hingga 130 mm, manakala untuk peserta perempuan ialah 95
hingga 110 mm

Kawasan lontaran

Pada tahun1909, bentuk kawasan telah ditukar kepada bentuk bulatan yang berdiameter 7 kaki, dengan
bahagian hadapan tempat melakukan lontaran diletakkan papan yang seakan-akan penanda, yang terdapat pada
kawasan lontaran seperti yang diguna pakai sekarang. Namun begitu, tiada peraturan yang tetap berhubung teknik
melontar peluru.

Kawasan lontaran peluru disediakan khas bagi membolehkan setiap peserta acara ini melakukan lontaran.
Kawasan ini berbentuk bulat dan dipagari oleh garisan sekelilingnya setebal lima sentimeter. Saiz bulatan ini ialah
2.135 meter pada diameternya yang diukur dari sebelah luar garisan. Pada bahagian hadapan bulatan lontaran ini
dipasangkan papan penahan untuk menentukan sama ada kaki peserta menyentuh ataupun melepasi papan
penahan yang mengakibatkan lontarannya akan dibatalkan.

Pada bahagian tengah bulatan lontaran disediakan satu garisan lurus yang merentangi dan membahagikan
bultan ini kepada dua bahagian selari dengan kawasan pendaratan peluru dihadapannya. Peserta hendaklah
membuat lontaran dari dalam bulatan ini tanpa memijak garisan yang mengelilingi bulatan ini.

Satu kawasan khas hendaklah disediakan bagi membolehkan peluru yang dilontar mendarat atau
dijatuhkan. Kawasan ini hendaklah bebas daripada sebarang gangguan. Kawasan ini dirintangi oleh dua garisan
lurus yang ditandakan pada sudut 40 pada tengah bulatan lontaran. Panjang kedua-dua garisan ini tetap iaitu
bergantung kepada peringkat pertandingan yang diadakan serta peserta yang mengambil bahagian.

Setiap lontaran yang dibuat oleh peserta hendaklah mendarat atau terjatuh di dalam kawasan tersebut.
Sekiranya, peluru terjatuh di luar kawasan atau di atas garisan yang memagarinya, maka lontaran itu dianggap batal.
Oleh itu peserta hendaklah memastikan supaya setiap lontaran yang dibuat akan mendarat di dalam kawasan yang
dikhaskan.

Bendera atau penanda mungkin disediakan untuk meneada lontaran terbaik bagi peserta an ini akan
diletakkan disepanjang dan diluar garisan sektor. Bendera atau piring penanda istimewa digunakan untuk menenda
jarak rekod.

Untuk menentukan jarak lontaran dibuat peserta, jarak perlu diukur sebaik selepas sesuatu lontaran dibuat,
iaitu daripada tempat peluru mendarat hingga kebahagian tengah bulatan lontaran. Bagaimanapu, bacaan jarak
hanya dikira setakat bahagian papan penanda pada bulatan tersebut. Peserta yang mencapai jarak paling jauh
menerusi lontaran yang sah dikira pemenang.

Undang-undang sukan olahraga yang merangkumi acara lontar peluru menetapkan iaitu setiap atlit yang
mengambil bahagian dalam sesuatu pertandingan hendaklah berpakaian sesuai dan tidak menjolok mata bagi
peserta wanita. Begitu juga dengan kasut yang sesuai mengikut keselesaan peserta dan tidak pula mengganggunya
ketika melakukan lontaran.
Ukuran garispusat sebelah dalam bulatan ialah 2.13 m ( 5mm). Gelong besi bulatan mestilah sekurangkurangnya 6 mm tebal dan dicat putih.

Satu garisan lurus selebar 50 mm hendaklah dicat dengan warna putih melalui di 0.75 m di luar bulatan.
Garisan lurus ini boleh dicatkan dengan warna putih atau diperbuat katu atau pun dari sebarang bahan yang sesuai.
Secara teori, pinggir belakang garisan putih ini betul-betul nelintasi bahagian tengah bulatan bersudut tepat dengan
garisan tengah kawasan lontaran.

Pembentukan papan penahan yang bercat putih diperbuat daripada kayu atau bahan-bahan yang sesuai,
dibentuk melengkung supaya bahagian tepi dalamnya sesuai dengan bahagian dalam tepi bulatan dan dibuat
kukuh. Papan penahan ini diletakkan ditengah-tengah diantara dua garisan lontaran.

Ukuran papan penahan ini adalah diantara 112 mm dan 300 mm lebar, 1.21 m sehingga 1.23 m panjang
disebelah dalamnya dan 98 mm sehingga 102 mm tinggi berdasarkan kepada paras bahagian dalam bulatan.
Peluru mestilah diperbuat daripada besi, tembaga atau sebarang logam yang tidak lembut dari tembaga atau kulit
dari bahan yang sama dan diisi dengan timah hitam atau bahan-bahan sejenisnya. Bentiknya mestilah bulat dan
licin.

Ansur maju
Pegangan peluru
Peluru harus terletak atas tapak jari-jari yang dikembangkan dengan ibu jari dan jari kelingking member sokongan
sisian.Pergelangan tangan haruslah membengkoklurus (flexed).
Para peserta tidak boleh memegang peluru di tapak tangan. Ini merupakan satu kesalahan biasa yang dibuat oleh
kebanyakkan peserta yang baru belajar melontar peluru.

Teknik asas memegang peluru secara umumnya boleh dibahagikan kepada dua iaitu:
i.

Teknik memegang peluru dengan tiga jari .


Peluru disokong di pangkal ketiga-tiga jari tengah dan ibu jari. Jari kelingking dibengkokkan di sisi peluru.

ii.

Teknik memegang peluru dengan lima jari


Kelima-lima jari digunakan. Ibu jari dan jari kelinking mengimbangi kedudukan peluru. Teknik disyorkan untuk para
pelajar sekolah rendah.

Menyokong peluru
Letakkan peluru dengan selesa di rongga tulang selangka berhampiran leher dengan pangkal tangan menghadapke
luar dan siku berada jauh sedikit daripada badan.

Ansur maju untuk gaya berdiri


Bahagian terakhir lontaran akan diajar dahulu kerana ia adalah posisi asas untuk melontar peluru.
1.

Berdiri dengan kaki terbuka,lutut dibengkokkan,punggung ke dalam dan tangan berada di pinggul.Berat badan
dipindahkan ke atas kaki belakang (kaki kanan).Kaki kiri diletakkan dengan ringan di atas tanah.(rajah a).

(a)
2.

Semasa menolak dari kaki belakangberat badab harus dinaikkan (semasa kaki belakang diluruskan) memutar dan
bergarak ka hadapan di atas kaki depan (kaki kiri).Tolakan diakhiri dengan kedua-dua kaki berdiri di atas jari-jari kaki
yang masih menyentuh tanah.(rajah b)

3.

Dengan atau tidak memegang peluru,ambil posisi berdiri seperti digambarkan di sebelah.(rajah c)

4.

Menolak lengan (dengan atau tanpa peluru) ke hadapan dan ke atas.(rajah d).

(d)
5.

Berdiri dengan lebih lebar dan membongkokkan tubuh ke belakang.Lengan kiri dibengkokkan dengan siku berada
tinggi.(rajah e).

6.

Putarkan batang tubuh ke hadapan untuk menolak peluru dengan kuat.Selapas tolakan kaki dan tarikan badan
diperolehi,di mana pergerakan untuk mendapatkan semula imbangan adalah diperlukan untuk mencengah
faul,langkah pemulihan patut dipelajari.(rajah f)

7.

Pemulihan:kedua-dua kaki bertukar posisi,iaitu kaki depan bergerak ke belakang sebelum kaki belakang sampai ke
papan penahan.(rajah g)

Lungsuran (The Glide)


1.

Ambil posisi seperti yang digambarkan di sebelah,dengan beratan yang mencukupi di atas kaki kiri.Cuba imbangan
badan.Kaki kanan dibengkokkan sedikit.(rajah h)

2.

Menolak kaki belakang (kaki kanan) tetapi masih tidak meninggalkan tanah.Kaki kiri diangkat lebih kurang satu kaki
di atas tanah.(rajah i)

3.

Pembaling mendarat di bahagian depan bulatan dengan kaki diletakkan seperti dalam gambar.(rajah j)

Rangkaian sempurna
Peringkat akhir ini mengandungi rangkaian lungsuran kepada pergerakan-pergerakan lontaran berdiri dan
pemulihan.
1.

Berdiri di bahagian belakang bulatan dengan membelakangkan arah lontaran bulatan dan kaki kiri di belakang kaki
kanan.

2.

3.

Bongkok ke depan dari pinggul,naikkan kaki kiri dan membawa paha kiri ke kaki kanan.(rajah b)

Tolak kaki kiri ke atas dank e belakang kea rah papan penahan,dengan menggerakkan badan melintasi pertengahan
bulatan.(rajah c)

4.

Tiba ke tengah bulatan dengan lutut kanan bengkoko dan kaki kanan rata di atas tanah,(rajah d)

5.

Menolak ke atas dengan kaki kanan untuk menaikkan keseluruhan bahagian kanan badan dan dada ke atas sambil
memindahkan tenaga melalui pinggul ke bahu,lengan ,tangan dan melakukan tolakan akhir daripada pergelangan
tangan semasa peluru dilepaskan.(rajah e dan f)

(f)
6.

Selapas peluru dilepaskan,pindahkan berat badan dengan cepat daripada kaki kiri ke kaki kanan.Pergerakan ini
bertindak sebagai satu pemulihan , menolong menahan momentum ke hadapan dan mencegah faul.(rajah g)

Aktiviti latihan kemahiran beransur maju


1. Cara memegang peluru dengan menggunakan bola lisut tanpa memperkenalkan peluru dahulu.
2. Memperkenalkan peluru.
3. Dirian tanpa menggunakan peluru dan gelonsor ke belakang di atas trek yang lurus.
4. Ulang aktiviti di atas tetapi kali ini seorang rakan akan berdiri di hadapan dan memegang tangan bebas pelaku.
5. Geongsoran dengan menggunakan peluru.
6. Gelongsor dengan menggunakan peluru kekedudukan dagu, lutut dan ibu jari kaki Power Position (tapak kki
bersudut).
7. Ulang aktiviti 4 dengan bantuan kawan memegang tangan bebas.
8. Dengan bantuan kawan memegang tangan bebas, dan kedudukan Power Position (chin-knee-toe) dagu, lutut
dan ibu jani, lakukan pergerakan pinggang menghala ke arah lontaran.
9

Gabungkan keempat-empat pergerakan iaitu persediaan, gelungsuran, power position dan putaran pinggang.

10. Dan kedudukan dinan buat gelongsoran dalam bulatan lontaran.


11. Dalam bulatan lontaran, ulang aktiviti 8 tetapi tambah pergerakkan pinggang menhala ke arah lontaran.
12. Dalam bulatan lontaran, gabungkan kesemua kemahiran yang telah dipelajari dan Iontar peluru melepasi tali
yang direntangkan (tab direntangkan lebih kurang 7 kaki tinggi dan jarak 4 kaki dan bulatan lontaran).
13. Membuat lontaran berdiri atau Standing throw.
14. Membuat lontaran sisi.
15. Membuat lontaran membelakangkan kawasan lontaran.

16. Lakukan lontaran dengan cara Perry OBrien iaitu gabungan semua kemahiran yang telah dipelajari dan jurulatih
membetulkan kesalahan.

Aspek penting dalam lontar peluru


I. Cara memegang dan menempatkan peluru pada bahu harus dilakukan dengan betul sebelum gerakan ke belakang
dimulakan.
II. Gerakan berjingkit(shift) ke belakang jangan dilakukan terlalu tinggi - iaitu
lakukan seberapa rendah yang boleh.
III. Semasa gerakan meluncur ke belakang dilakukan peluru hendaklah berada di bahu dan siku tangan sentiasa di
belakang peluru. Sebelum peluru lepas daripada bahu pandangan hendaklah ditumpukan ke arah sudut lontaran.

Prinsip umum lontar peluru


Beberapa prinsip asas acara ini yang harus terdapat pada setiap peserta iaitu peserta mestilah seorang
yang sanggup mengikut latihan yang dianjurkan dengan penuh semangat serta ingin mencapai kejayaan. Selain
itu,peserta hendaklah mempunyai matlamat tertentu dengan melibatkan diri dalam acara ini sama ada matlamat
dirinya atau pasukannya. Malahan peserta hendaklah mempunyai bentuk serta ciri-ciri pelontar peluru supaya
penglibatannya memberikan keberkesanan. Tambahan pula,peserta hendaklah seorang yang mengambil bahagian
dengan mematuhi setiap peraturan yang berkaitan dengannya, serta mempunyai semangat kesukanan tulen. Di
samping itu,peserta hendaklah bersedia ketika mengambil bahagian dalam sesuatu pertandingan sama ada daripada
segi fizikal, kemahiran dan mentalnya.

Kesimpulan
Acara lontar peluru ini memerlukan kemahiran yang khusus jika seseorang individu itu ingin melibatkan diri
dalam bidang sukan ini. Sebagai acara pertandingan, lontar peluru lebih sesuai bagi para pelajar sekolah menengah.
Walau bagimanapun, asas melontar peluru seperti acara-acara olahraga yang lain, boleh juga diperkenalkan kepada
para pelajar sekolah rendah. Cara pengajaran dan latihan hendaklah disesuaikan dengan kemampuan kumpulan
pelajar yang diajar.

Rujukan
Bibiografi
http://www.google.com/images?q=kawasan%20lontar%20peluru&hl=en&client=firefox-a&rls=org.mozilla:enUS:official&channel=s&source=lnms&tbs=isch:1&ei=9hJVTZTKDsnlrAft1O2eBw&sa=X&oi=mode_link&ct=m
ode&cd=2&ved=0CAoQ_AUoAQ&biw=1350&bih=559 dimuatturun pada 11 Februari 2011
http://ms.wikipedia.org/wiki/Lontar_peluru dimuatturun pada 11 Februari 2011
http://olahraga2u.wordpress.com/2010/03/15/lontar-peluru-siri-2/ dimuatturun pada 11 Februari 2011
http://olahraga2u.wordpress.com/2010/03/15/lontar-peluru-siri-3/ dimuatturun pada 11 Februari 2011
http://franknis.blogspot.com/2009/07/lontar-peluru-1.html dimuatturun pada 11 Februari 2011