Anda di halaman 1dari 7

TEKS UCAPAN PENGERUSI MAJLIS

MAJLIS PENETAPAN TARGET TAHUN 6 2014


NO
1.

TEKS
KETIBAAN VIP
MENGUMUMKAN KETIBAAN PN ROKIAH BT AHMAD GURU BESAR SEK KEB TAMAN MALURI
KE FOYER.
BISSMILLAHIRRAHMANIRAHIM
FOYER SKTM MENJADI SAKSI
PARA GURU DAN IBU BAPA BERSERI-SERI
MAJLIS PENETAPAN TARGET DI URUS RAPI
MENJADI PEMBUKA AKTIVITI TAHUN INI.

Sirih berlipat sirih pinang


Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal Bismillah pembuka bicara
Bismilahir Rahmanir Rahim
Assalamualaikum W.B.T, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

CATATAN

YG BERUSAHA PUAN ROKIAH BT AHMAD GURU BESAR SEK KEB TAMAN MALURI
YANG DIHORMATI
EN SAHABUDEEN BIN MOHAMED GANI YANG DIPERTUA PIBG SEK KEB TAMAN
MALURI
EN. MASHAR BIN HAMDAN GPK TADBIR & KURIKULUM
PN. SABARIAH BT SHAPIEE GPK HAL EHWAL MURID
EN. AIDIL AZAHAR BIN AHMAD GPK KOKURIKULUM
AJK PIBG
RAKAN-RAKAN GURU , TUAN-TUAN DAN PUAN- PUAN IBU BAPA DAN PARA PELAJAR YG
DIKASIHI SEKALIAN
Alhamdulillah,setinggi ucapan kesyukuaran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah rahmatNya
pada pagi yang penuh barakah ini, kita diberi kesempatan untuk sama-sama berkumpul di bawah satu
bumbung dan keluarga bagi menyempurnakan majlis penetapan targaet murid-murid tahun 6 bagi
kecemerlangan UPSR pada tahun 2014...Sesungguhnya majlis yang kita adakan ini diharapkan,mampu
memberikan kesan yang positif dalam keputusan UPSR tahun ini.
2.
BACAAN DOA
Bunga mawar cantik tersemat
Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon rahmat
Moga majlis sentiasa diberkati

BAGI MEMBERKATI MAJLIS PADA PAGI INI,,DIPERSILAKAN AL FADHIL


USTAZ ........................................................................
UNTUK MENGETUAI BACAAN DOA. PADA YANG BUKAN ISLAM SAMA-SAMALAH KITA BERDOA
MENGIKUT KEPERCAYAAN MASING-MASING.
AMIN.AMIN YA RAHBAL ALAMIN.
MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA
...............................................................................
ATAS BACAAN DOA ITU TADI.
3.

UCAPAN-UCAPAN:
Tak molek jika ada alu tiada lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah majlis jika tidak ada yang berbicara
Hadirin yang dirahmati sekalian

Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Guru Besar SK Taman maluri Puan Rokiah Bt Ahmad
untuk menyampaikan ucapan, dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Pn. Rokiah Bt Ahmad atas ucapan yang disampaikan sebentar

tadi.
b) Majlis seterusnya menjemput Yang Dipertua PIBG SK Taman Maluri
En. Sahabudeen Bin Mohamed Gani
Untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Penetapan Target , dengan itu
dipersilakan
Terima kasih diucapkan kepada En. Sahabudeen Bin Mohamed Gani
atas ucapan perasmian yang disampaikan sebentar tadi.
4.

CERAMAH BERMULA
Cerita sedikit tentang butir penceramah :
Tajuk Ceramah :

Terima kasih kepada penceramah kita........................................begitu banyak info dan ilmu yang kita
perolehi dari ceramah motivasi. Di harap .............

5.

PENYAMPAIAN CENDERAHATI PENCERAMAH


Majlis menjemput Pn. Rokiah Bt Ahmad dengan di iringi Yang Dipertua PIBG SK Taman maluri En.
Sahabudeen Mohamed Gani bagi menyampaikan sedikit cederahati kepada penceramah kita pada hari
ini iaitu .................................................................
Dengan ini dipersilakan...
Majlis merakamkan terima kasih kepada Puan Rokiah Bt Ahmad di atas kesudian beliau menyampaikan
cenderahati itu tadi.

6.

REHAT
Tuan-tuan,puan-puan dan hadirin sekalian....
Majlis berehat seketika untuk laluan waktu rehat dan jamuan makan...
Majlis dengan ini menjemput Pn. Rokiah Bt Ahmad, (penceramah :...............................), En. Shabudeen
Bin Mohamed Gani, barisan guru penolong kanan serta barisan ajk pibg untuk ke bilik gerakan bagi
sedikit jamuan ringan di bilik gerakan. Dipersilakan....
Para guru dan ibu bapa juga di jemput ke kantin untuk menjamu selera.
Majlis akan bersambung semula pada pukul ......................
Diharap semua hadirin dapat berkumpul semula di foyer.

7.

TAKLIMAT
Tuan-tuan,puan-puan dan hadirin sekalian....
Alhamdulillah kita masih dapat berkumpul untuk majlis seterusnya bagi melancarkan agenda kita
pada hari ini.
Majlis akan diteruskan dengan beberapa taklimat daripada beberapa orang guru.
Denga ini, majlis menjemput ...............................................................................
Untuk menyampaikan taklimat berkenaan ......................................................
Dengan ini dipersilakan....
Majlis mengucapkan terima kasih di atas taklimat yang diberikan.
1. Taklimat SU Peperiksaan
2. Taklimat Peyelaras Tahun 6
3. Taklimat GPK HEM

8.

TANDATANGAN BANNER DAN PENETAPAN TARGET DI KELAS TAHUN 6


Dengan berakhirnya ketiga-tiga taklimat itu tadi.
Majlis seterusnya kan diteruskan dengan menandatangani banner dan penetapan target di kelas anak
tuan puan masing-masing.
Selepas ini tuan-puan boleh beredar ke kelas anak tuan/puan masing...
Dengan ini, kami selaku pengerusi majlis hari ini memohon maaf kiranya ada salah dan silap sepanjang
kami mengacarakan majlis pada hari ni. Sesungguhnya yang buruk itu dari kami sendiri dan yang baik itu
hanya dari Allah S.W.T....
Kami semua guru-guru dan pihak pentadbir mendoakan kejayaan yang cemerlang untuk murid-murid
tahun 6 demi kecemerlangan mereka. InshaAllah.....
Dengan ini kami akhiri
majlis ini dengan
Wabillah hitaufiq walhiydaah assalamualaikum warahmatuallahiwabarakatuh.......