Anda di halaman 1dari 1

Usaha kerajaan dalam meningkatkan kesamaan pendidikan khas

masalah pembelajaran:
1. Guru diberi elaun tambahan semasa mengajar murid pendidikan
khas. Hal ini bertujuan untuk menarik minat guru untuk melibatkan
diri dalam mengajar murid pendidikan khas.
2. Meningkatkan bilangan guru terlatih dan mengikut opsyen
pendidikan khas.
3. Murid juga diberi elaun. Hal ini bertujuan untuk membantu ibu bapa
dalam menanggung perbelanjaan persekolahan murid pendidikan
khas.
4. Memperluas peluang pendidikan, memperkasa dan menilai
keberkesanan program pendidikan khas.
5. Membentuk sahsiah dan mempertingkat potensi diri murid
berkeperluan khas di sekolah pendidikan khas, Program Pendidikan
Khas Integrasi dan Program Inklusif hingga ke peringkat
antarabangsa.
6. Mempertingkat kompetensi pengurus, pentadbir, guru dan anggota
kumpulan sokongan pendidikan khas melalui program latihan di
dalam dan di luar negara.
7. Memastikan sumber manusia mencukupi, terlatih dan berkemahiran
untuk melaksanakan Program Pendidikan Khas.
8. Mempertingkat kemudahan infrastruktur, infostruktur, peralatan
khas, bahan pengajaran dan pembelajaran serta perkhidmatan
sokongan yang sesuai dan relevan bagi murid berkeperluan khas.