Anda di halaman 1dari 7

1. Mengapakah seseorang itu perlu mempunyai cita-cita ?

A.
B.
C.
D.

Supaya dapat hidup dengan senang


Supaya dapat mengatasi kebolehan orang lain
Supaya akan memperoleh kejayaan dalam hidup
Supaya mendapat sanjungan daripada orang lain

2. Seseorang individu boleh mendapatkan maklumat tentang kerjaya yang ingin diceburinya
melalui
A. keluarga
B. televisyen
C. rakan-rakan
D. agensi pekerjaan
3. Zana menyimpan cita-cita untuk menjadi pakar perubatan. Oleh itu, dia perlu cemerlang
dalam subjek-subjek yang berikut, kecuali
A.
B.
C.
D.

Fizik
Kimia
Biologi
Sejarah

4. Yang manakah antara penyataan berikut bukan langkah-langkah untuk memilih kerjaya ?
A. Mengambil kira persekitaran tempat kerja
B. Mempunyai kelayakan akademik yang diperlukan
C. Mengetahui serba sedikit tentang kerjaya yang dipilih
D. Mengadakan perbincangan dengan kaunselor tentang kerjaya
5. Mengapakah personaliti penting kepada seseorang individu semasa membuat keputusan
memilih kerjaya ?
A.
B.
C.
D.

Kerana personaliti akan dapat melahirkan kepuasan bekerja


Kerana berjaya atau tidak kerjaya bergantung kepada personaliti
Kerana setiap kerjaya yang ditawarkan memerlukan personaliti yang berberza
Kerana personaliti dapat mempengaruhi majikan dalam setiap keputusan yang dibuat

6. Adam ingin cuba mendapatkan peluang kerjaya di luar negara. Bagaimanakah cara Adam
dapat mengetahui peluang kerjaya tersebut ?
A.
B.
C.
D.

Melancong ke tempat tersebut


Melayari laman web di internet
Mendapatkan maklumat di lapangan terbang
Mendapatkan maklumat melalui akhbar berbahasa Inggeris

7. Anatar berikut merupakan kerjaya yang tergolong dalam bidang profesional, kecuali
A.
B.
C.
D.

pensyarah
komposer
peguam bela
doktor perubatan

8. Apakah kebaikan kepada individu yang memilih kerjaya yang sesuai dengan dirinya ?
A.
B.
C.
D.

Mendapat gaji yang lumayan


Memperoleh kepuasan ketika bekerja
Mengelakkan individu tersebut mendapat kerja orang lain
Memudahkan individu tersebut mendapat kenaikan pangkat

9. Pemilihan kerjaya yang tidak sesuai dengan kebolehan individu akan menyebabkan
A.
B.
C.
D.

individu itu akan mendapat gaji yang sedikit


individu itu tidak disukai oleh majikannya
inidvidu itu akan dipandang serong oleh rakan sekerja
individu itu akan mengalami tekanan ketika bekerja

10. Dato A bermula sebagai penjual burger sebelum menjadi usahawan berjaya.
Apakah nilai yang sesuai diamalkan oleh Dato A sehingga berjaya dalam kerjaya beliau ?
A.
B.
C.
D.

Baik hati
Sopan santun
Mementingkan diri
Tidak mudah berputus asa

11. Antara berikut merupakan kemahiran yang diperlukan oleh seseorang yang bercita-cita
menjadi juruterbang, kecuali
A.
B.
C.
D.

mempunyai minat yang mendalam


mempunyai rekod kesihatan yang baik
mengikuti latihan penerbangan di luar negara
menguasai bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dengan baik

12. Apakah tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anak ?


A. Mengawal pergerakan anak-anak
B. Menyediakan wang yang banyak untuk anak-anak
C. Memberi pendidikan yang mencukupi kepada anak-anak
D. Memastikan anak-anak tidak mempunyai kawan di luar rumah

13. Apakah faktor yang menyebabkan berlakunya keruntuhan institusi kekeluargaan ?


A.
B.
C.
D.

Harta yang banyak


Kurang didikan agama
Ahli keluarga yang terlalu ramai
Tidak mempunyai ilmu pengetahuan

14. Mengapakah aspek keselamatan perlu diutamakan dalam sesebuah keluarga ?


A.
B.
C.
D.

Untuk memastikan ahli keluarga sentiasa gembira


Untuk memastikan ahli keluarga tidak berasa tersisih
Untuk membuktikan kasih sayang kepada ahli keluarga
Untuk mengelakkan berlakunya sebarang kecederaan kepada ahli keluarga

15. Bagaimanakah seseorang itu dapat menjaga keselamatan diri ketika berada di luar rumah ?
A.
B.
C.
D.

Tidak keluar dari rumah terlalu lama


Sentiasa membawa senjata bersama-sama
Melemparkan senyuman kepada sesiapa sahaja
Tidak bercakap dengan orang yang tidak dikenali

16. Antara situasi berikut, yang manakah menunjukkan amalan menyayangi keluarga ?
A.
B.
C.
D.

Sarah membantu ibunya pada hari minggu


Sarah keluar dari rumah tanpa memberitahu ibu bapanya
Sarah memarahi adiknya kerana menggunakan begnya tanpa izin
Sarah memberi alasan hendak belajar apabila ibunya meminta bantuan

17. Apakah yang dilakukan untuk melahirkan kesihatan mental yang baik dalam keluarga ?
A.
B.
C.
D.

Mengamalkan sikap mementingkan diri


Menyediakan kemewahan kepada ahli keluarga
Tidak mempedulikan hal yang remeh dalam keluarga
Sentiasa meluangkan masa bersama-sama keluarga

18. Antara penyataan berikut, yang manakah bukan tindakan yang dapat mewujudkan
hubungan mesra antara keluarga ?
A.
B.
C.
D.

Membawa ahli keluarga pergi bercuti


Menyediakan makanan yang lazat untuk ahli keluarga
Membiarkan ahli keluarga menyelesaikan masalah sendirian
Membelikan hadiah untuk ahli keluarga yang menyambut hari lahir

19. Apakah yang perlu dilakukan oleh anggota keluarga untuk menjaga maruah keluarga ?
A.
B.
C.
D.

Tidak berkawan dengan orang lain


Tidak menceritakan tentang keluarga
Tidak mendedahkan rahsia anggota keluarga
Tidak membawa rakan-rakan pulang ke rumah

20. Antara berikut, yang manakah bukan keperluan asas yang diperlukan oleh anak-anak ?
A. Pakaian
B. Makanan
C. Kenderaan
D. Tempat tinggal
21. Apakah kesan penebangan hutan terhadap alam sekitar ?
A.
B.
C.
D.

Kepupusan flora dan fauna


Udara akan menjadi kotor
Cuaca akan menjadi tidak menentu
Manusia tidak dapat bernafas dengan selesa

22. Apakah peranan utama Sahabat Alam Malaysia (SAM) ?


A.
B.
C.
D.

Memastikan alam sekitar terjaga


Mengadakan kempen alam sekitar
Memastikan hutan dijaga dengan baik
Menangkap pihak yang mencemarkan alam sekitar

23. Kempen kitar semula diadakan bertujuan


A.
B.
C.
D.

menunjukkan masyarakat yang kreatif


melahirkan masyarakat yang pemurah
mengurangkan kuantiti sampah yang dibuang
memupuk masyarakat yang pentingkan kesihatan

24. Perbuatan yang manakah menunjukkan perbuatan menghargai alam sekitar ?


A.
B.
C.
D.

Puan Choi membuang sampah di belakang rumah


Johnny membuang sampah sarap ke dalam sungai
Pak Cik Jamal membakar sampah sarap di halaman rumah
Keluarga Encik Chan menghantar barang-barang yang tidak digunakan ke pusat kitar semula

25. Bagaimakah pihak sekolah memainkan peranan memupuk murid-murid mencintai alam
sekitar ?
A.
B.
C.
D.

Membina taman sains di sekolah


Selalu membawa murid-murid berkelah
Memaksa murid-murid membersihkan kelas
Menyuruh murid-murid mengumpul bahan kitar semula

26. Apakah kesan sekiranya sumber alam dapat diuruskan dengan baik ?
A.
B.
C.
D.

Dapat mengelakkan bencana alam


Dapat mengekalkan keseimbangan alam
Dapat menguntungkan pihak yang terlibat
Dapat menyumbang kepada ekonomi negara

27. Antara berikut, yang manakah bukan tujuan hutan simpan diwartakan ?
A.
B.
C.
D.

Menjaga petempatan orang asli


Mengelakkan kepupusan haiwan
Mencegah berlakunya bencana alam
Mengekalkan keindahan tumbuhan hutan

28. Antara berikut merupakan barang-barang yang boleh dikitar semula, kecuali
A.
B.
C.
D.

cermin
botol kaca
barang plastik
kertas surat khabar

29. Mengapakah kita perlu menjaga alam sekitar ?


A.
B.
C.
D.

Supaya kita dapat hidup senang


Supaya kita tidak dianggap sebagai pengotor
Supaya kesejahteraan rakyat terpelihara
Supaya kita dapat menambahkan pendapatan

30. Antara badan berikut, yang manakah bertanggungjawab memulihara alam sekitar ?
A.
B.
C.
D.

PERHILITAN
Jabatan Kerja Raya
Jabatan Alam Sekitar
Jabatan Parit dan Saliran