Anda di halaman 1dari 26

Pendahuluan

Perkataan atau istilah sejarah itu sendiri mempunyai sejarah dan pengertiannya
yang tersendiri. Ditinjau daripada sudut epistemology, Kamus Dewan, sejarah bererti
sastera lama, asal-usul(keturunan), salasilah, peristiwa yang benar-banar berlaku pada
waktu yang lampau, kisah, riwayat tambo; tawarikh.1 Manakala A. Marwick menyebut
sejarah yang bermaksud keseluruhan masa lalu manusia seperti sebenarnya berlaku. R.G.
Collingwood mentakrifkan sejarah sebagai suatu penyelidikan peristiwa yang telah
berlaku di zaman lepas atau sezaman dengan penulis. Istilah penyelidikan berdasarkan
disiplin sejarah ialah penyiasatan secara ilmiah dan berhati-hati terhadap semua sumber
utama dan kedua yang diperoleh, diusahakan bukan dengan matlamat membuat buku
semata-mata tetapi demi memperkembangkan pengetahuan manusia dalam sesebuah
kawasan tertentu. Perkembangan penyelidikan sejarah di Barat bermula dari zaman
klasik, zaman pertengahan, zaman kesedaran, zaman romantik dan berakhir dengan
zaman moden.
ZAMAN KLASIK
Pensejarahan atau historiografi ini telah dikaji dan ditulis oleh sejarawan barat sejak abad
ke-5 s.m iaitu pada zaman Yunani dan Rom. Sejarawan moden Hans Meyerhoff cuba
menafikan kewujudan historiografi yang dilabelkan sebagai falsafah sejarah pada zaman
klasik dan zaman pertengahan, walaupun sejarah mula ditulis oleh tokoh-tokoh falsafah
pada abad ke-2 zaman tersebut kerana masyarakat Greek pada masa itu kurang
memahami kepentingan sejarah dan kesrdaran yang tidak begitu mendalam tentang

1 Kamus Dewan, Kuala Lumpur; Dewan Bahasa Dan Pustaka,1996, m.s 1208.

sejarah.2 Oleh itu sejarah bolehlah dikatakan bermula sejak wujudnya manusia di dunia
ini tatpi ianya mula ditulis pada abad ke-2 sebelum masihi.
Sejarawan pertama dalam bidang penulisan ialah Herodotus yang dilahirkan sekitar tahun
484 425 s.m, di wilayah Halicarnassus, empat tahun selepas berlakunya Perang Salamis
di wilayah itu. Herodotus adalah seorang ahli sejarah terkenal di zaman Greek. Beliau
diberi gelaran Bapa Sejarah dan Antropologi kerana sumbangannya menulis peristiwa
lampau secara kronologi. Beliau telah menulis karya yang bertajuk Histories yang
membawa maksud penyelidikan atau penyiasatan terhadap peristiwa-peristiwa lalu.3
Herodotus menulis sejarah peperangan Parsi dan Greek dalam sembilan buah buku.
Tulisannya bersandarkan fakta dan tidak dimasukkan langsung unsure rekaan.
Herodotus telah mengumpul banyak maklumat dengan mengembara ke negara-negara
luar terutama negira yang terlibat dengan Perang Parsi seperti Babylonia, Mesir,
Phonesia, Syria, Libya dan Parsi sendiri. Pengembaraan yang dilakukan olh Herodotus ini
adalah untuk menyelidik dan mencari maklumat bertulis serta menemubual saksi-saksi
yang terlibat dengan Perang Parsi di samping melihat sendiri tempat-tempat berlakunya
pertempuran dengan meninjau kehidupan dan budaya negara-negara terlibat. Namun
tarikh yang tepat terntang pengembaraannya tidak dapat dinyatakan dengan jelas tetapi
dianggarkan berlaku sekitar beliau berusia lingkungan dua atau tiga puluh tahun.
Beliau

turut

menulis

dan

menceritakan

hasil

penyelidikannya

kepada

masyarakatnya. Pengaruh unsure sastera yang cukup kuat pada masa itu telh digunakan
oleh Herodotus dalam membuat rujukan terutamanya dengan menggunakan karya Homer
2 Arbaiyah Mohd Noor, Ilmu Sejarah Dan Pensejarahan, Kuala Lumpur; Dewan Bahasa
Dan Pustaka, 2002, m.s 69.
3 Sivachandralingam Sundara Raja, Tamadun Eropah, Shah Alam; Fajar Bakti Sdn Bhd,
1996, m.s 20.

dalam tajuk Illiad dan Odyssey.4 Di samping itu, beliau turut memasukkan unsure
ketentuan dalam penulisannya kerana beliau menganggap dewa-dewi atau tuhan
berperanan dalam proses pergerakan sejarah. Misalnya, Herodotus mengaitkan peristiwa
kematian seratus orang kanak-kanak akibat serangan penyakit sebagai petanda awal yang
telah diturunkan oleh tuhan sebelum negeri Chios ditakluk oleh Miletus dan Lesbos.
Motif penulisan Herodotus ialah hanya mengesan punca-punca persengketaan sehingga
membawa kepada meletusnya peperangan dan memberitahu penbaca tentang kebenaran
kisah yang menimpa negaranya di samping memaparkan kehandalan panglima-panglima
perangnya. Karya Herodotus diterima oleh sejarawan sebagai satu karya pensejarahan
kerana tujuan penulisannya brteraskan kesedarannya untuk memberitahu rakyat tentang
sejarah sebenar Perang Parsi.
Tema tulisannya pula meliputi adat resam yang ganjil di Mesir, binatang ganjil,
penduduk yang ganjil di Amerika Utara, sejarah awal orang Barber, Assyria, Parsi serta
adat pengebumian raja-raja Seythia. Sumbangan penting Herodotus kepada ahli sejarah
moden ialah penegasan betapa pentingnya unsure kajian dalam penulisan. Contohnya,
Perang Parsi abad ke-5 s.m ditulis berasaskan sumber-sumber seperti babad, kesan-kesan
peninggalan lama dan temuramah dengan saksi-saksi yang masih hidup. Satu-satunya
kelemahan Herodotus adalah sikapnya yang terlalu terikat dengan konsep takdir.
Misalnya, dia percaya peritiwa yang berlaku dalam Perang Parsi ditakdirkan oleh tuhan
dan bukan disebabkan oleh factor lain.
Selain itu, sejarawan yang terkenal selain Herodotus pada zaman klasik juga ialah
Thucydides. Thycydides dilahirkan sekitar tahun 456 396 s.m dan merupakan pengikut
4 Sivachandralingam Sundara Raja, , Tamadun Eropah, Shah Alam; Fajar Bakti Sdn Bhd,
1996, m.s 20.

Herodotus yang menulis karya tentang Perang Peloponesia(Peloponesia War), beliau


memuatkan tentang asal-usul perang tersebut, pertempuran dan perundingan damai,
kesengsaraan rakyat jelata dan wabak pus yang menimpa Athens sehingga
mengakibatkan ramai rakyat Athens meninggal dunia.5 Beliau adalah ahli sejarah yan
mempelopori penulisan yang bersifat kritis dan saintifik terhadap sejarah dan cuba
menolak sejarah yang berbentuk mitos dan lagenda seperti yang ditulis oleh Herodotus.
Dia menggunakan system kronologi dalam penyusunan maklumat. Segala ciri ini dapat
diperhatikan dalam hasil tulisannya tentang Perang Peloponese. Thucydides berhasrat
untuk memaparkan kebenaran sesuatu peristiwa yang telah berlaku itu agar tidak
melakukan kesilapan seperti Herodotus. Beliua mengaitkan peristiwa sejarah dengan
sebab musabab rasional yang bersifat sekukar dan menolak konsep ketakdiran tuhan.
Beliau hanya memilih tema-tema tertentu sahaja dalam penulisan sejarahnya sendiri
seiring dengan topik perbincangan sejarah yang ditulisnya.
Thucydides yang berasal daripada golongan keturunan bangsawan dan merupakan
seorang ahli politik yang menulis sejarah Peloponesian War ketika konflik antara Athens
dan Sparta berlaku. Thucydides amat menitikberatkan tema peperangan dan perjuangan
serta asal-usul pergolakan perang saudara di kalangan orang Yunani sendiri iaitu antara
Liga Dellos dan Liga Peloponesia.6
Thucydides mendapatkan maklumat dengan menghubungi rakan-rakan tentera dan
pemimpin-pemimpin Athens tentang sesuatu strategi dan taktik peperangan dengan
menggunakan kedudukannya. Beliau juga menemubual saksi-saksi termasuk saksi pihak
5 Sivachandralingam Sundara Raja, Tamadun Eropah, Shah Alam; Fajar Bakti Sdn Bhd,
1996, m.s 20.
6 Arbaiyah Mohd Noor, Ilmu Sejarah Dan Pensejarahan, Kuala Lumpur; Dewan
Bahasa Dan Pustaka, 2002, m.s 72-73.

lawan yang terlibat dalam perang bagi mengukuhkan lagi kedudukannya. Thucydides
dianggap sebagai pengasas sejarah berbentuk kritis dan saintifik tetapi beliau masih
kurang dalam membuat analisis secara mendalam tentang sebab musabab sesuatu
peristiwa yang berlaku. Dalam penulisannya, beliau lebih bersikap rasional dan sejarah
digunakan oleh beliau untuk membina warganegara yang sempurna. Thucydides
mempersembahkan sejarah sebagai panduan untuk menyedarkan warganegara dan untuk
pembangunan Negara yang konstruktif.
Herodotus dan Thucydides telah melahirkan ramai pengikut seperti Polybius,
Julius Caesar, Xenophon, Gaius Sallustius dan lain-lain lagi yang masih lagi terpengaruh
dengan gaya dan cara penulisan kedua-dua sejarawan ini tetapi mereka tidak berminat
melihat nilai-nilai pagmatik sejarah sebagai tujuan utama daam sesuatu peristiwa sejarah
yang dikajinya.
Persamaan yang jelas diantara Herodotus dan Thucydides ialah mereka telah
membawa perubahan yang besar pada kurun ke-5 tetapi pencapaiannya bertentangan
dengan aliran pemikiran orang Yunani yang wujud pada ketika itu. Manakala gaya
penulisan mereka tidak banyak bezanya. Gaya penulisan Herodotus adalah mudah,
spontan dan meyakinkan sedangkan Thucydides adalah kasar dan memualkan mengikut
pendapat R.G. Collingwood.7 Thucydides bukanlah pengganti Herodotus dalam bidang
pemikiran sejarah tetapi beliau hanya mengambil pemikiran sejarah Herodotus dengan
tujuan-tujuan yang antisejarah.8

7 R.G. Collingwood, Idea Sejarah, Terjemahan, Mohd yusof Ibrahim, Kuala Lumpur;
Dewan Bahasa Dan Pustaka, 198520.
8 R.G. Collingwood, Idea Sejarah, Terjemahan, Mohd Yusof Ibrahim, Kuala Lumpur;
Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1985, m.s 20.

ZAMAN PERTENGAHAN
Antara faktor kebangkitan pensejarahan Kristian ialah peristiwa Maharaja
Constantine yang memeluk agama Kristian pada tahun 313 Masihi.Sebelum tahun 313
Masihi,kedudukan Kristian di Rom tidak terjamin kerana pihak berkuasa yang beragama
pagan menjalankan dasar penindasan terhadap para penganut agama Kristian.Ini berlaku
kerana tentangan orang Kristian terhadap amalan-amalan pagan.Tetapi apabila Maharaja
Constantine memeluk agama Kristian,maka berlakulah perkembangan yang pesat dalam
agama ini.Kepercayaan kepada konsep millennium dalam Kristian yang sedia ada,mereka
mula bertumpu kepada kegemilangan masa depan yang dijanjikan. 9 Namun selepas
hampir ratusan tahun,zaman gemilang itu tidak juga wujud.Ini mendorong mereka untuk
beralih kepada hal ehwal keduniaan dan bermulalah juga kepada sejarah masa
lampau.Pada kurun ke 3 & 4 Masihi,berlaku persaingan hebat antara tokoh-tokoh pagan
dengan

Kristian,masing-masing

cuba

untuk

mencari

pengaruh

hingga

tuduh-

menuduh.Untuk membela diri,lalu dikaji sejarah awal Rom dan didapati yang sebelum
kedatangan pun Rom pernah diserang.Ini mengalakkan kajian sejarah.
Pada zaman ini,masyarakat Eropah telah dikongkong oleh gereja yang
mendominasi

pentadbiran

kerajaan

berdasarkan

agama

dan

mereka

cuba

mempertahankan ideologi-ideologi tradisi.Mereka lebih cenderung untuk percaya


daripada memeriksa sesuatu perkara yang berlaku.Pada zaman ini,pensejarahan telah
mengorak langkah ke hadapan dengan kewujudan beberapa idea tentang penilaian sejarah
9 Abdul Rahman Hj. Abdullah, Wacana Falsafah Sejarah Perspektif Barat dan Timur,
Kuala Lumpur ; Utusan Publications & Distributors, 2000, m.s 21

dan kesedaran tentang realiti sejarah.Sejarawan Kristian awal telah menghubungkaitkan


peristiwa masa lalu dengan masa depan berbekalkan kitab Bible sebagai sumber utama
bagi pensejarahan10.Sejarah dianggap penting oleh sejarawan pada zaman

itu

memandangkan sejarah satu bidang yang mempunyai kepentingan agama dan


rohani.Antara sejarawan yang terkenal ialah St.Augustine.Beliau merupakan seorang
paderi terkenal pada Zaman Pertengahan.Beliau telah karya bertajuk City of God sekitar
tahun 413-426.Pada tahun tersebut,empayar Rom mula menghadapi keruntuhan akibat
ditawan oleh Alaric iaitu raja suku kaum Goth dari Jerman.
ST.AUGUSTINE ( 354-430 Masihi )
Beliau dilahirkan di Tagasta,Afrika Utara.Bapanya, Patrius,orang
pagan,ibunya,Monica,seorang Kristian yang taat.Namun kedua-duanya tetap mengambil
serius dalam soal pelajaran anak mereka.Dari segi sumbangannya,sebenarnya sejarawan
kini tidaklah menganggapnya sebagai sejarawan11.Ini kerana dia tidak menghasilkan
sebarang kajian sejarah seperti Africanus dan Eusibius.Kebanyakkan karyanya ialah
dalam bidang teologi dan falsafah.Namun ada juga yang memilihnya kerana
sumbangannya dalam persoalan sejarah,khususnya tentang soal agen yang menentukan
perjalanan dan kejadian sejarah. Menurut pengakuannya sendiri dalam
Confesions,dia

tidaklah

bermula

sebagai

seorang

tokoh

The

Kristian.Malah

sebaliknya,riwayatnya penuh dengan gelombang perubahan dalam pegangan dan amalan


hidupnya.Pada zaman awalnya,dia tidak tertarik kepada falsafah Cicero.Namun,dia juga
membaca kitab-kitab suci Kristian,tetapi bosan dengan bacaan tersebut.Selama 10 tahun
10 Ibid , m.s 22
11 Abdul Rahmah Hj Abdullah, Wacana Falsafah Sejarah Perspektif Dan Timur, Kuala Lumpur; Utusan
Publications Dan Distributors, 2000, m.s 21.

beliau mempelajari dan menganut fahaman Manichaean yang merupakan gabungan


Mazda,Buddha,Kristian dan gnostik.Beliau menyelar golongan yang menyembah banyak
tuhan lain termasuk maharajanya.
Kemudian dia meninggalkan Manichaean dan menjadi seorang Skeptis.Beliau
tertarik kepada ajaran Plotinus apabila berhijrah ke Rom.Selepas bertemu dengan
St.Ambrose,biskop Milan,dia mempelajari Kristian dengan serius.Sebenarnya,
St.Augustin tidaklah menulis sebuah karya pun tentang sejarah.Sebaliknya, beliau
menulis karya-karya tentang agama Kristian,yang bersumberkan kitab Injil,sedangkan
yang lain kurang jelas walaupun ada disebut nama-nama ahli sejarah sebelumnya.Selepas
The Confessions, satu-satunya karya St.Augustine yang teragung ialah The City of
God12.Tujuannya menulis karya tersebut adalah untuk mempertahankan agama Kristian
daripada cabaran golongan pagan yang mendakwa kejatuhan Rom berpunca daripada
pengetepian pagan dan penerimaan Kristian.Karyanya telah muncul sebagai sebuah
karya yang berpengaruh pada zaman ini.Ia bukan sahaja muncul sebagai teologi,bahkan
sebagai karya falsafah sejarah dan politik.
Dari segi kandungannya,karya ini mengenai persoalan manusia yang menghadapi
2 jenis kecintaan iaitu cinta kepada Tuhan dan cinta kepada kuasa.Cinta kepada Tuhan
digelar sebagai kota Tuhan manakala ci89o67ynta kepada kuasa dikenali kota
Dunia.Sebenarnya, kedua-dua kecintaan ini sentiasa berkonflik dalam diri manusia.Ia
tidak wujud secara distriktif,malah bercampur baur antara satu sama lain.Karya berbentuk
epik Kristian ini telah dapat bertahan sehingga pertengahan abad 17.Daripada karya

12 Abdul Rahman Hj.Abdullah, Wacana Falsafah Sejarah Perspektif Barat dan Timur,
KualaLumpur : Dewan Bahasa dan Pusataka, 2000, m.s 22.

mereka ini,maka telah dapat dibuktikan bahawa wujud penulisan sejarah pada Zaman
Pertengahan.

AFRICANUS ( 180-250 MASIHI )


Beliau dianggap mempelopori penulisan sejarah dengan karyanya,Chronographic.
Kandungannya ialah catatan kejadian penting dalam perjuangan Kristian.Dari segi
sumber kajiannya,beliau menggunakan pelbagai sumber seperti Greek,Latin,Yahudi dan
pagan.Ciri-ciri penulisannya bercorak universal iaitu meliputi semua bangsa dan
tempat,konsep periodisasi yakni bermula dari zaman gelap sebelum masihi hingga zaman
cerah dan konsep ramalan,iaitu Jesus diramalkan akan datang semula.13
EUSIBIUS ( 262-340 MASIHI )
Eusibius dilahirkan di Palestin dan terdidik dalam keluarga Kristian yang alim dan
menjadi bishop di tempat kelahirannya. Penglibatannya dalam sejarah adalah kerana
dasar Maharaja Constintine yang menempatkan Kristian secara terhormat.Dari segi
kaedahnya,beliau membuat kerjanya dengan cara mengumpul bahan-bahan tertulis dalam
bahasa Greek,Latin,Yahudi,Kristian dan pagan.14Oleh itu dia melawat tempat-tempat
penting di Asia Barat hingga berjaya mengumpul banyak dokumen,terutama tentang
kegiatan gereja.Jenis-jenis karyanya ialah berbentuk babad yang menjelaskan sistem
kronologi di kalangan orang Yahudi,Greek,Rom dan Kristian yakni berbeza antara satu
sama lain.Ia juga mencatatkan peristiwa penting dalam sejarah kuno seperti
Assyria,Mesir dan Greek.Karyanya juga mengenai sejarah gereja yang menggalurkan
13Abdul Rahman Hj.Abdullah, Wacana Falsafah Sejarah Perspektif Barat dan Timur,
Kuala Lumpur ; Utusan Publications & Distributors,2000, m.s 24
14 Ibid, m.s 25

kejadian penting dalam sejarah awal gereja sejak awal seperti asal usul gereja,struktur
organisasi dan sebagainya.Bagi Eusibius, unsure agama adalah penting dan asas dalam
perkembangan peristiwa sejarah.Tuhan wujud dalam karya-karyanya sebagai pelakon
penting yang menentukan perjalanan sejarah dan memberi kesan kepada nasib manusia.
Dalam konteks ketuhanan ini,Eusibius melihat beberapa hal dalam sejarah lebih bersifat
divine nature.
CIRI-CIRI PENULISAN KRISTIAN
Menurut Collingwood,terdapat 4 ciri iaitu universal yakni memandang sejarah
sebagai meliputi sejagat,bukan dari sudut bangsa,negara dan golongan,providential yakni
kejadian sejarah yang disebabkan oleh Tuhan yang mempunyai tujuan tertentu dan
rumpun ke arah tujuan ini.Periodisation ialah pembahagian masa kepada zaman yang
berasingan

yakni

tiap-tiap

satunya

mempunyai

kesatuan

dan

perbezaan

tertentu.15Millenium iaitu sejarah akan bergerak maju ke satu kemuncak apabila zaman
millennium menamatkan sejarah di dunia ini
ZAMAN KESEDARAN
Sejarawan moden pada zaman kesedaran bermula pada akhir abad ke- 17 dan awal abad
ke 18. Zaman kesedaran atau dikenali juga sebagai zaman Aufklarung. Pada zaman ini
sejarawan cuba menghapuskan sejarah berbentuk teologi yang telah ditulis oleh St.
Augustine dan membawa era baru dalam bidang pemikiran sejarah di bumi Eropah.
Golongan

ini menggelarkan

diri

mereka

sebagai golongan

Philosophes

dan

memperkenalkan penulisan sejarah dengan menggunakan pendekatan baru kerana mahu

15 Abdul Rahman Hj Abdullah , Wacana Falsafah Sejarah Perspektif Barat Dan Timur,
Kuala Lumpur; Utusan Publications & Distributors, 2002, m.s 19.

bebas daripada kepercayaan karut seperti yang dicanangkan oleh golongan beragama
kristian. 16
Tokoh-tokoh falsafah pada zaman ini mengatakan abad ke-18 adalah sebagai era
kemajuan selepas menghadapi zaman kegelapan pada zaman pertengahan dan berhasrat
menentang golongan yang mempunyai autoriti dalam bidang agama tradisi kerana
mengongkong masyarakat daripada terus maju ke hadapan. Sejarawan Carl Becker,
menganggap zaman kesedaran merupakan penerus bagi zaman pertengahan dan zaman
pembaharuan(Renaissance). Melalui bukunya The Heavenly City of The Fighteenth
Century Philosophes yang menghapuskan Bandar Syurga (Heavenly City) yang dibina
oleh St. Agustine tetapi membinanya semula dengan menggunakan bahan-bahan
terkini. Mengikut beliau, terdapat penerusan pemikiran sejarah apabila golongan
Philosophes masih lagi bergantung kepada karya St. Augustine walaupun mereka cuba
menghapuskan City of God.
Kenyataan Becker yang terlalu umum dan menyeluruh tanpa mengemukakan
bukti-bukti yang cukup lengkap tetapi ditentang oleh Peter Gay. Gay mendakwa zaman
kesedaran berbeza dengan zaman sebelumnya dari segi idea dan pemikiran. Golongan
Philosophes terlalu yakin dengan penggunaan akal saintifik terutamanya idea Newton
sehingga melahirkan fahaman Newtonisme.17 Golongan ini cuba bertindak menentang
fahaman kristian(pemikiran tradisional ) kerana penggunaan akal saintifik lebih mudah
diterima dan dipercayai tetapi masih terdapat penerusan yang masih digunakan antaranya
bahasa, budaya, kehidupah harian dan sebagainya. Penulisan sejarah peringkat ini telah
16 Arbaiyah Mohd Noor, Ilmu Sejarah Dan Pensejarahan, Kuala Lumpur; 2002, m.s 76.
17 Arbaiyah Mohd Noor, Ilmu Sejarah Dan Pensejarahan, Kuala Lumpur; Dewan
Bahasa Dan Pustaka, 2002 m.s 77.

berubah berbeza dengan fahaman teologi yang dibentuk oleh St. Augustine. Golongan ini
menburuk-burukkan tulisan St. Augustine dengan mengatakan bahawa agama kristian
mendatangkan kecelakaan dan golongan paderi merupakan golongan yang menggunakan
kuasa mereka untuk menentang masyarakat.
Akibat timbulnya krisis antara golongan modenis secular(philosophes) dengan golongan
tradisional gereja sekitar abad ke-17 di England dan Perancis telah mewujudkan
penentangan golongan philosophes. Antaranya ialah Voltaire yang begitu kuat menentang
gereja dan pensejarahannya yang berbentuk luar biasa. Beliau cuba memperkenalkan
sejarah berbentuk secular yang menggambarkan kehidupan rakyat, sains, kesenian dan
politik agar mereka bebas daripada belenggu gereja. Di samping itu, golongan ini juga
cuba memperkenalkan konsep hak bagi manusia dan cuba memperbaiki pelbagai
konsep pendudukan yang berbentuk rasional bagi faedah generasi seterusnya kerana
mahu membebaskan pemikiran manusia daripada kepercayaan karut yang tidak
berfaedah.
Menurut R.G. Collingwood, golongan ini tidak memberikan pandangan sejarah
yang sebenarnya dan beliau tidak mengiktiraf perubahan besar yang dilakukan oleh
Voltaire. Collingwood percaya golongan itu cuba menjejaki kaedah yang telah
diperkenalkan oleh Mabillon, Tillemont dan Bollandist.
Golongan Encyclopedie, pada abad ke-18 turut menerima idea kemajuan ini terutamanya
Condercet (1743-1794). Beliau adalah pengikut Voltaire yang setia dan menjadi antara
pemikir utama pada zaman kesedaran dan merupakan seorang pemimpin yang kuat
menentang perlembagaan baru kumpulan Jacobins dan pernah ditahan dan dipenjarakan
pada tahun 1794. Beliau percaya pada idea kemajuan dengan melihat sendiri penjajahan,

perhambaan, dan ketidakadilan antara satu bangsa dengan bangsa yang lain. Melalui
karyanya yang bertajuk Sketch For A Historical Picture of The Progress of The Human
Mind (1795), Condercet menbahagikan zaman kepada sepuluh bahagian. Tiga zaman
pertama bermula sejak masyarakat primitive, zaman pertanian, dan zaman penciptaan
penulisan abjad di Greek. Zaman

keempat meliputi sejarah pemikiran Greek dan

pembahagian sains kepada pelbagai komponen. Zaman kelima, zaman kebangkitan


agama kristian yang membawa kepada kejatuhan sains. Zaman keenam, sains telah jatuh
sehingga zaman perang salib. Zaman ketujuh, persediaan minda manusia kepada revolusi
dan kelapan membuka era penciptaan percetakan. Zaman kesembilan bermula dengan
Descartes dan berakhir sehinnga terbentuknya republik sains di Perancis dan zaman
kesepuluh, kehidupan untuk masyarakat yang akan datang.18
Zaman kesedaran telah memberi pelbagai sumbangan dalam bentuk perkembangan
bidang penyelidikan sejarah dan penulisan sejarah pemikiran. Zaman ini telah
memperkenalkan pelbagai pendekatan moden dalam penyelidikan sejarah, melalui
penulisan sejarah, golongan Philosophes seperti Voltaire dan Condorcet telah
menimbulkan kesedaran terhadap wujudnya sejarah masa lalu dan ciri-ciri sejarah dengan
menunjukkan zaman yang berbeza bagi memperbaiki keadaan masyarakat demi kebaikan
generasi akan seterusnya. Manakala dari segi pemikiran sejarah pula, golongan ini
mempunyai

pengertiannya

yang

tersendiri

dalam

konteks

memperbaiki

serta

membangunkan kehidupan dan pemikiran masyarakat serta mementingkan sejarah


dengan memperkenalkan pembelajaran sejarah menerusi pendekatan moden dan dikenali
sebagai idea kemajuan.
18 Arbaiyah Mohd Noor, Ilmu Sejarah Dan Pensejarahan, Kuala Lumpur; Dewan
Bahasa Dan Pustaka, 2002, m.s 80.

ZAMAN ROMANTIK ( ABAD 19 )


Pada zaman ini,satu kumpulan penyair Jerman,golongan pengarang drama dan
pengkritik cuba menyerang kumpulan philosophes yang dianggap tidak beragama dan
sekular.Berikutan daripada itu,golongan yang menganggap diri mereka sebagai gerakan
Romantik ini menuduh idea kemajuan yang dibawa oleh golongan philosophes
menyebabkan berlakunya Revolusi Perancis.19

JOHANN GOTTFRIED HERDER


Beliau merupakan antara sejarawan awal yang menentang pendekatan sejarah
pada Zaman Kesedaran.Karya Herder telah cuba mengkritik sikap dan idea kemajuan
golongan philosophes terutamanya yang cuba memisahkan ajaran dan falsafah sejarah
yang dibawa oleh St.Augustine.Bagi Herder,sejarah pada setiap zaman mempunyai
keunikkannya dari segi ciri,corak,bentuk dan sebagainya.20Sebagai seorang penganut
agama Kristian,Herder terpaksa memberi pertimbangan wajar terhadap sesetengah aspek
agama dan fahaman skolastik yang telah menyumbang kepada kemajuan sejarah.Dengan
penerimaan elemen agama dalam karyanya,ini tidak bermakna Herder cenderung untuk
mengikuti sejarah teologi Augustine tetapi beliau cuba menulis semula proses
perkembangan manusia menerusi pendekatan agama.Walaupun pada peringkat awalnya
Herder lebih cenderung kepada falsafah keagamaan Augustine,namun beliau tidak
menafikan kepentingan sains dan empirikal.Herder seolah-olah telah mengiakan idea
19 Micheal Bently, Modern Historiography An Introduction, New York, Routledge
Taylor & Franciss Group, 2005, m.s 25.
20 Abdul Rahman Hj.Abdullah, Wacana Falsafah Sejarah Perspektif Barat & Timur,
Kuala Lumpur ; Utusan Publications & Distributors, 2000, m.s 28

kemajuan dalam sejarah iaitu dengan mengembangkan konsep baru iaitu konsep
kemajuan manusia dan sejarah dalam bentuk yang berbeza sedikit.21
Penulisan beliau agak puitis kerana sedikit sebanyak telah terpengaruh dengan
Ossian dan Shakespeare.Melalui pendekatan sastera sejarah yang dilakukannya itu boleh
dikatakan bahawa Herder cuba memperkenalkan idea yang pernah dikemukakan oleh
sejarawan zaman Greek seperti Thucydides.22
G.WILHELM FRIEDRICK HEGEL
Beliau telah membina satu system falsafah sejarah dan menghasilkan banyak
karya yang berasaskan falsafah seperti Philosophy of History. Melalui karya ini,Hegel
telah menjadi pemikir sejarah yang terkenal.Hegel telah memperkenalkan teori dialektik
iaitu satu teori falsafah sejarah yang berasaskan satu system logic yang baru dalam
Philosophy of History.Hegel telah membahagikan teori ini kepada 3 peringkat
perkembangan

dan

dikenali

sebagai

triad(pergerakkan

serangkai).Baginya,

perkembangan triad yang berlaku secara dialektik ini akan bermula pada peringkat tesis
iaitu peringkat permulaan,bergerak kepada antitesis iaitu peringkat pertentangan dan
seterusnya sintesis yakni peringkat perdamaian.Beliau turut membuat analogi dalam
proses perkembangan sejarah Eropah dan tesis itu dikenali sebagai peringkat manusia
yang masih dalam keadaan daif.Kemudian lahir pula antitesis dan peringkat ini wujud
pada zaman Yunani-Romawi purba.Akhirnya, muncul sintesis iaitu perdamaian,
pengiktirafan,bakat dan kepentingan masyarakat diambil kira.23
21 Ibid, m.s 27
22 Ibid, 30
23 M.C Lemon, Philosopphy of History, New York, Routledge Taylor & Francis Group,
2003, m.s 225

Dalam karyanya ini,Hegel cuba membahagikan sejarah Jerman kepada 3 zaman.


Zaman pertama dimulai dengan sebelum dan selepas Charlemangne,zaman kedua
bermula dari Charlemangne hingga zaman pemulihan dan zaman ketiga dikenali sebagai
kerajaan Bapa,kerajaan Anak dan kerajaan Roh al Kudus. R.G Collingwood cuba
menyatakan bahawa Hegel seperti cuba memperkenalkan satu kaedah dalam sejarah iaitu
kaedah kritikan terhadap sumber sejarah.Kaedah ini terbahagi kepada kritikan bersifat
luaran dan dalaman.Kritikan terhadap pengkajian bersifat luaran dapat dilihat apabila
beliau menuntut agar sejarawan berusaha mengkaji dokumen sejarah serta bahan-bahan
yang menjadi bukti sejarah secara empirical.Melalui pengkajian ini,seseorang sejarawan
akan menentukan kesahihan sesuatu fakta tentang peristiwa yang telah berlaku dengan
sebenar-benarnya.Kemudian sejarawan harus mengkaji sejarah dari sudut dalaman
dengan melihat pemikiran yang telah terjalin antara satu sama lain dengan hubungan
yang logik.24

ZAMAN MODEN
Di Eropah atau di dunia barat itu secara amnya,kewujudan sejarah sebagai satu
bidang ilmu pengkajian hanya bermula pada awal kurun ke 19.Ini kerana timbulnya
kesedaran di kalangan sejarawan tentang pelbagai kelemahan di dalam karya-karya
sejarah yang dihasilkan sebelum itu.Kesedaran tersebut telah mendorong para sejarawan
Eropah pada awal kurun ke 9 berusaha mengikisnya.Melalui usaha inilah sejarah sebagai
satu disiplin akademik yang sebenarnya telah dapat dilahirkan. Usaha ini amat giat
dilakukan terutamanya di kalangan sejarawan Jerman.Antara yang paling awal ialah
24 Arbaiyah Mohd Noor, Ilmu Sejarah & Pensejarahan, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa
dan Pustaka, 2002, m.s 33

Barthold G.Niebuhr ( 1776-1831) yang mendahului Leopold Von Ranke (1975-1886)


dalam mencetuskan apa yang dikatakan oleh Marwick sebagai revolusi Berlin tentang
kajian sejarah.Walaubagaimanapun, tokoh yang dianggap telah menjadikan sejarah
sebagai satu disiplin akademik di barat ialah Leopold Von Ranke,seorang ahli fakir
sejarah.25
Awal abad 18,berlaku satu transformasi yang amat ketara di universiti-universiti
Jerman.Sebelum abad 18, kebanyakkan universiti hanya berfungsi sebagai institusi
pengajian sahaja.Namun kemudiannya,telah berubah dengan memberi penekanan dari
segi latihan pegawai-pegawai bagi persiapan masa depan.Oleh itu kesan daripada
fahaman zaman Romantik,maka sejarah telah mula diketengahkan dalam bidang
intelektual.Ini telah menyebabkan ramai di kalangan sejarawan mula melakukan
penyelidikan dengan menggunakan kaedah moden dan kemudiannya mengambil idea
baru bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi.26Mereka telah membahagikan sejarah
ini kepada pelbagai bidang dan menekankan fakta serta bukti yang bersifat objektif.Ini
berlaku pada awal abad 19.Ketika inilah sejarawan ingin membuat perubahan di
universiti-universiti Jerman yang semakin kurang berfungsi pada abad sebelumnya.
Kemunculan kajian sejarah moden yang menjadikannya sebagai satu disiplin
akademik ialah pada abad 19.Kemunculannya telah bermula di Jabatan Sejarah,Universiti
Gottingen dan merupakan universiti pertama yang memperkenalkan bidang pengajian
sejarah di Jerman.Penekanan terhadap bukti yang kukuh dan asas sejarah telah dimulakan
di universiti ini bagi memenuhi keperluan sejarah sebagai disiplin akademik yang
25 Mohd Yusof Ibrahim, Ilmu Sejarah dan Kaedah Penyelidikan Sejarah, Kuala Lumpur,
Dewan Bahasa dan Pustaka,2001, m.s 67
26 Peter Lambert, Making History, New York, Routledge Taylor & Francis Group, 2004,
180

baru.Ini juga termasuk asas pengkaedahan yang telah mendapat tempat bagi membentuk
struktur historiografi.27Profesor Christoph Gatterer telah merangka kaedah dan matlamat
disiplin sejarah yang seterusnya.Beliau memainkan peranan yang penting dalam
merangkanya.Pada abad 18,Universiti Gottingen telah menjadi sebuah universiti yang
terunggul bagi pengkajian sejarah di Jerman.
Sejarawan di universiti ini telah diberi latihan oleh Gatterer dan August Ludwig
Schlozer.Mereka telah menggabungkan satu bidang yang luas antara bidang falsafah
sejarah dengan kemahiran teknikal golongan terpelajar dan juga tokoh yang terlatih
dalam kritikan sumber. Kemahiran tentang kritikan sumber amat penting kerana melalui
kaedah ini ia akan membolehkan kita memahami dan menilai kebenaran sesuatu fakta
samada

ia

bersifat

objektif

atau

tidak.Ilmu

Bantu

sejarah

seperti

diplomatik,geneologi,geografi dan pengajian terhadap dokumen turut diasimilasikan oleh


sejarawan dalam memberi latihan kepada pelajar sejarah.Penekanan pada bidang filologi
dan sains baru iaitu statistic juga diberi perhatian oleh sejarawan Gottingen selain
memfokuskan kepada latihan teknikal.28
Selepas Universiti Gottingen,muncul Universiti Berlin yang melakukan usaha
yang sama.Universiti telah memperkenalkan orientasi sejarah baru yang bersifat
saintifik.Institusi yang berada di bawah Wilhelm Von Humboldt ini melatih pegawai
kerajaan disamping membentuk fakulti untuk mengajar penyelidikan.Humboldt telah
menyepadukan

kenyataan

Herder

tentang

sejarah

masyarakat

dengan

sejarah

bahasa.Dalam pada itu,Georg Barthold Niebuhr merupakan tokoh yang berpengaruh


27 Ibid, m.s 200
28 Micheal Bently, Modern History, New York, Routledge Taylor & Francis Group,
2005, m.s 36

selain Humboldt pada 1776-1831.Semasa menjadi pengajar bagi Sejarah Rom Klasik,sesi
pembelajaran adalah melalui syarahan.Ia mendapat sambutan bukan saja pelajar malah
rakannya,pegawai kerajaan dan tentera.Ini telah menjadikan beliau sebagai pengasas
pensejarahan moden.Ini disebabkan penglibatannya dalam pengajian sejarah.Beliau
memperkenalkan sejarah Rom yang bukan saja mendiskusikan sejarah politik Rom,malah
membuat kritikan dan penyelidikan mendalam berdasarkan sumber primer.Kaedah
filologi turut digunakannya untuk dikaitkan dengan kritikan terhadap kesalahan dalam
sejarah.29Idea yang telah diutarakan oleh Herder dengan gabungan aspek penulisan masa
lalu yang diperkenalkan oleh Voltaire,Montesquieu dan St.Augustine cenderung diikuti
oleh tokoh-tokoh sejarawan dari Universiti Berlin.Kesan daripada usaha yang dilakukan
oleh tokoh sejarawan inilah yang telah membawa kepda perkembangan dalam bidang
pensejarahan dunia barat sehingga sejarah menjadi satu disiplin ilmu moden.
LEOPOLD VON RANKE
Ranke telah menimbulkan satu tradisi pensejarahan yang sangat kuat
pengaruhnya.Teori pensejarahan beliau yang sangat mengagumkan para sejarawan
sezaman ialah bahawa sejarah haruslah dikaji seperti sebenarnya berlaku.Teori ini
terbentuk daripada pandangan dan kaedah kajiannya yang kritis terhadap sejarah yang
dinamakan qualimkritik iaitu usaha dan penilaian kritis terhadap sumber sejarah.Beliau
mengkehendaki agar setiap peristiwa sejarah itu dikaji dengan teliti.Oleh sebab sejarah
dianggap penting,maka seharusnya ia benar dan yang lebih penting ialah penulisan
kembali mengenainya haruslah berdasarkan sumber serta kaedah yang dianggap benar.
Lantas penulisan sejarah Ranke sentiasa panjang dan terperinci bagi percubaan beliau

29 Ibid, m.s 40

merealisasikan teori sejarahnya melalui kaedah yang kritis itu. Konsep sepertinya
sebenarnya berlaku yang dikemukakannya adalah konsep yang terpenting pada kurun
tersebut.Dari satu segi,ia merupakan satu yang menakjubkan serta menepati sifat dan
ilmu sejarah.30
Oleh itu,secara sedar konsep Ranke ini telah membawa kepada perkembangan
yang seterusnya dalam ilmu sejarah dan pensejarahan.Sejarawan yang terpengaruh
dengan

konsep

beliau

muncul

keseluruhannya,mereka dikenali

untuk

Secara

sebagai golongan positivist dalam sejarah. Lantas,

sesuatu hasil kajian sejarah adalah saintifik


kesimpulannya

memperkembangkannya.

dan analisis

menyeluruh

serta

adalah objektif. Mereka bergerak selangkah daripada Ranke dengan

mengatakan bahawa penulisan sejarah yang saintifik akan dilakukan dalam sedikit masa
lagi.31 Pada awal kurun ke 20,salah seorang pengikutnya,iaitu J.B Bury dengan penuh
keyakinan mengatakan bahawa sejarah adalah sains,tidak kurang dan tidak lebih.
Dalam buku yang diterbitkannya,Ranke mempunyai pendekatan yang tersendiri
khususnya pada bahagian pendahuluan bukunya.Pertama,Ranke menekankan kepada
objektiviti sebagai tugas utama yang harus ada pada seseorang sejarawan.Ia adalah untuk
menggambarkan kejadian as it actually happened dan mengesan dengan tepat apa yang
sebenarnya berlaku secara jujur tanpa dihiasi unsure keindahan agar menjadi lebih
menarik tanpa memutarbelitkan fakta yang sebenar.Selain itu,beliau menekankan unsur
penyatuan dan kepelbagaian .Pada beliau,kesatuan membawa erti menghubungkan dua
perkara yang berbeza menjadi satu penyeluruhan.Unsur kepelbagaian pula ialah seperti
30Mohd Yusof Ibrahim, Ilmu Sejarah dan Kaedah Penyelidikan Sejarah, Kuala Lumpur,
Dewan Bahasa dan Pustaka, 2001, m.s 80
31 Micheal Bently, Modern Historiography an Introduction, New York, Routledge Taylor
& Francis Group, 2005, m.s 40

kisah seorang tokoh masyarakat,bangsa dan negara yang masing-masing dipandang


sebagai entiti dengan strukturnya sendiri.Jadi beliau mengatakan bahawa tugas sejarawan
ialah mengesan dengan jujur agar unsur perbezaannya dapat dijelaskan seperti
pendekatan idiografik.Ranke juga menggunakan pendekatan dengan mengutamakan
sumber kerajaan saja.32Ini kerana ia mengandungi maklumat yang dianggap tepat dan
benar.Sejak tahun 1830,kearajaan Eropah telah membuka arkib dengan dokumennya
yang dulunya rahsia,hingga Ranke mengambil kesempatan dengan melawat arkib
tersebut untuk menjadikan penulisannya berwibawa. Ranke telah menolak konsep Hegel,
supreme spirit yang menguasai sejarah sejagat kerana ia tidak dapat dibuktikan secara
empirikal,malah dianggap abstrak atau spekulatif sahaja.
Mengenai penilaian dalam perkembangan penyelidikan oleh Ranke ini iaitu dari
segi

pokok

persoalannya,

penulisan

Ranke

bersifat

politik.Ini

mencerminkan

kepercayaannya bahawa segala-galanya dalam sejarah adalah dikuasai oleh politik.Dalam


karyanya hanya struktur negara,pembentukkan dan pelaksanaan dasar dan hubungan
politik sahaja yang diutamakan.Dari segi sebab,tumpuannya adalah kepada aspek
politik.Beliau mengetepikan faktor ekonomi.Semasa beliau menulis tentang revolusi
England,Ranke hanya menekankan konflik puak politik dan agama tapi mengabaikan
kepentingan ekonomi. Konsep tentang kaedah yang kritis dalam penyelidikan untuk
menilai dan mengkaji sumber-sumber sejarah memang masih boleh digunakan.Pada
peringkat ini,sumbangan ilmu sejarah dan pensejarahan secara amnya dari segi kaedah
telah dirumuskan oleh Jacques Barzun dan Henry F.Graff seperti berikut iaitu dari ilmu
sejarah itulah yang berasal dari zaman antiquarian dunia telah mengambil kaedah nota

32 Ibid, m.s 41

kaki,rujukan,bibliografi dan sebagainya menjadi pengetahuan umum.Dari kajian sejarah


para sejarawan terhadap teks-teks sejarahlah para penulis secara amnya telah belajar
menapis bukti.
ABAD RENAISANS
Dari suatu segi,perkembangan dalam jangka masa ini tidak banyak menukar corak
pengajian sejarah.Perkara yang terjadi ialah penyisihan pendekatan sejarawan pada
zaman Pertengahan.Pada abad Renaisans ini,sejarawan cuba untuk memulihkan kaedahkaedah yang telah dipakai oleh sejarawan Greek-Rom.Renaisans merupakan kelahiran
semula iaitu apabila para sejarawan ingin kembali kepada kaedah yang digunapakai oleh
sejarawan zaman klasik,sebaliknya lebih mirip kepada kaedah yang berasaskan
kepercayaan dan mengetepikan rasionalisme.
Menjelang abad 15 dan 16,abad Renaisans melahirkan sarjana Humanis yang
tidak lagi terkongkong oleh pemikiran sejarawan Kristian yang dianggap sempit kerana
lebih mengutamakan persoalan ketuhanan.Ia merupakan titik tolak kepada suatu
pendekatan baru dalam sejarah yang bersifat saintifik.Antara ciri perubahan yang terdapat
dalam pensejarahan abad ini ialah bukti.Sejarawan Renaisans tidak lagi bergantung
kepada kitab suci tetapi kepada dokumen kerajaan dan swasta.33
MARXISME DAN TEORI SEJARAH KEBENDAAN
Dalam pensejarahan moden ini,Marx banyak dipengaruhi secara langsung dari
luar.Pertamanya ialah pengaruh dari Darwin.Ia dapat dikesan dalam surat yang dibuat
dengan pengakuan oleh Marx kepada Lassalle pada bulan Januari 1861.Konsep Marx
tentang the history of all hitherto existing society is the history of class struggle tersebut
33 Abdul Rahman Hj.Abdullah, Wacana Falsafah Sejarah Perspektif Barat dan Timur,
Kuala Lumpur, Utusan Publications & Distributors, 2000, m.s 56

ialah pengaruh Darwinisme tentang struggle for the fittest. Begitu juga dengan pengaruh
Hegel.
Terdapat 3 konsep sejarah kebendaan Marx dalam pensejarahan moden
ini.Pertamanya,asas perubahan sejarah.Perkara yang menentukannya ialah ekonomi,yakni
lapisan bawah yang akan menentukan lapisan atas.Lapisan bawah ini bererti ekonomi
sedangkan lapisan atas merupakan institusi agama,social dan kebudayaan.Keduanya ialah
cara perubahan sejarah yang melalui proses dialektika.Marx telah mengubah dialektika
Hegel kepada bentuk konkrit.Ketiganya ialah terhadap perubahan sejarah.Berasaskan
faktor ekonomi sebagai faktor penggerak sejarah yang bercorak materialistic,wujudlah
proses perkembangan sejarah yang melalui proses secara bertahap-tahap iaitu bermula
dengan masyarakat primitif,diikuti feudalisme,kapitalisme,sosialisme dan komunisme.34
TRADISI PENSEJARAHAN MARXIST
Antara ciri-ciri pensejarahan Marxist yang pertama ialah pokok persoalan..Ia tidak
menekankan soal-soal politik seperti sebelumnya.Sebaliknya ia bersifat luas iatu
menyentuh soal-soal sosial dan ekonomi.Keduanya,dari segi penyebaban.Ia menekankan
faktor ekonomi yang menentukan perjalanan sejarah.Pengadilan moral merupakan cirri
yang ketiga.Memandangkan pensejarahan Marxist bersifat propaganda kepada ideologi
ini,biasanya ia tidak dapat mengelakkan dirinya daripada mengadili sesuatu yang tidak
mendukung ideologi ini.Pensejarahan Marxist lebih ke arah suatu millennium iaitu
masyarakat komunis.Walaupun pensejarahan Marxist tidak menyebutnya secara
eksplisit,namun secara implisitnya ia sentiasa menjadikan bentuk masyarakat ini sebagai
masyarakat ideal.

34 Ibid, m.s 57

FAKTOR PERKEMBANGAN KAEDAH DAN TEKNIK BARU


Proses penyelidikan yang menekankan penggunaan sumber primer seperti
manuskrip dan cetakan serta sumber sekunder seperti buku telah diperkenalkan.Kaedah
ini memberi keutamaan dari segi pemilihan,penyusunan dan penganalisisan bahan
sejarah.Penyelidikan menggunakan kaedah saintifik yang lebih sistematik seperti
penyelidikan arkeologi juga penting dalam menghasilkan karya sejarah kerana ia
membawa kepada penghasilan sesuatu penulisan yang objektif.Melaluinya sesuatu bahan
yang ditemui di tapak peninggalan sesebuah kerajaan samada dalam bentuk seni arca atau
inskripsi akan diketahui dari segi asal usulnya untuk mengukuhkan bukti kewujudannya
berdasarkan penyelidikan yang dibuat. Maklumat-maklumat tersebut akan digunakan
untuk merekonstruksi sejarah dan kebudayaan sesebuah kerajaan.Oleh itu,setiap peristiwa
yang berlaku diperkukuhkan melalui maklumat penyelidikan arkeologi.35
Penggunaan kaedah kuantifikasi agak kurang digunakan pada hari ini.Ia
merupakan kaedah baru dalam metodologi sejarah terutamanya dalam sejarah ekonomi.Ia
menggunakan

statistic

pengukuran,rajah

dan

angka-angka

dalam

penulisan

sejarah.Kaedah ini akan melahirkan sejarah berbentuk kuantitatif.


KESIMPULAN
Bidang sejarah pada abad 19 dan 20 telah menjadi bertambah kukuh sebagai suatu
disiplin ilmu yang bersifat autonomi di dunia barat.Aspek yang membezakan karya-karya
sejarah pada kedua-dua abad itu ialah cara sejarah itu ditulis.Pada abad 20,sejarawan
cuba memperluaskan skop penulisan sejarah yang berbeza sedikit daripada sebelumnya
35 Micheal Bently, Modern Historiography an Introduction, New York, Routledge Taylor
& Francis Group, 2005, m.s 40

yang lebih kepada aspek ekonomi dan politik.Kesedaran terhadap pentingnya


penggunaan kaedah-kaedah dalam penyelidika sejarah telah menyebabkan banyak aspek
dalam pensejarahan tradisional terputus.Ini mungkin berlaku disebabkan sejarawan
menganggap disiplin sejarah perlu berdiri sendiri tanpa dikaitkan dengan unsur-unsur
mitos dan legenda.

BIBLIOGRAFI
Abdul Rahman Hj Abdullah, Wacana Falsafah Sejarah Perspektif Barat Dan
Timur, Kuala Lumpur; Utusan Publications Dan Doistributors,2000.
Arbaiyah Mohd Noor, Ilmu Sejarah dan Pensejarahan, Kuala Lumpur; Dewan
Bahasa Dan Pustaka, 2002.
Kamus Dewan, Kuala Lumpur; Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1996.
M.C. Lemon, Philosopphy Of History, New York; Routledge Taylor & Francis
Group, 2003.
Michael Bently, Modern History, New York; Routledge Taylor & Francis Group,
2005.

Michael Bently, Modern Historiography An Introduction, New York; Routledge


Taylor & Francis group, 2005.
Mohd Yusof Ibrahim, Ilmu Sejarah dan Kaedah Penyelidikan Sejarah, Kuala
Lumpur; Dewan bahasa Dan Pustaka, 2001.
Peter Lambert, Making History, New York; Routledge & Francis Group, 2004.
R. G. Collingwood, Idea Sejarah, Terjemahan, Mohd Yusof Ibrahim, Kuala
Lumpur; Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1985.
Sivachandralingam Sundara Raja, Tamadun Eropah, Shah Alam; Fajar Bakti Sdn
Bhd, 1996.