Anda di halaman 1dari 9

KONSEP KEPIMPINAN SEKOLAH

Mengikut Kamus Dewan ( 2004), kepemimpinan bermaksud keupayaan memimpin.


Keupayaan pemimpin merangkumi kebolehan, pencapaian, kejayaan pemimpin dan
sebagainya. Menurut Jemaah Nazir sekolah 2003 dalam kajian kepemimpinan di sekolah
berkesan semenanjung Malaysia, didapati pemimpin sekolah yang berkesan memberi
perhatian yang berat terhadap aspek aspek kepimpinan seperti gaya kepimpinan, budaya
ilmu dan berfikir, pemuafakatan, motivasi,dan dorongan, kepimpinan kurikulum dan
pengupayaan kepimpinan di tempat kerja. Aspek-aspek tersebut telah ditetapkan sebagai
indikator prestasi oleh Nazir Sekolah untuk mengukur keberkesanan kepimpinan di
sekolah.Menurut pendapat Fred Fiedler ( 1967 ), kepimpinan melibatkan interaksi antara tiga
unsur iaitu pemimpin, pengikut dan situasi. Ketiga tiga unsur, samada kepemimpinan guru
besar sendiri atau pun guru sebagai pengikut akan menghasilkan impak yang berlainan.
Maka ketiga-tiga unsur, kepimpinan guru besar, guru serta pengalaman faktor kepimpinan
dalam pelbagai aspek yang mempengaruhi keberkesanan sekolah harus di beri perhatian
serius.
Guru besar

ialah pemimpin teknikal yang seharusnya meminimumkan peranan

sebagai jurutera pengurusan. Kepemimpinan seumpama ini ditumpukan kepada teknik


pengurusan yang cekap dan mahir dalam memanipulasi strategi dan keadaan demi untuk
menjamin keberkesanan yang maksimum. Kemahiran ini termasuklah aspek perancangan,
pengelolaan, penjadualan dan penyelarasan. Dengan itu setiap warga sekolah dapat
bergerak dan bekerja mengikut perancangan yang telah ditetapkan bersama-sama kearah
melahirkan budaya kerja cemerlang. Sekiranya pengurusan dapat dilaksanakan dengan
efektif dan cekap secara tidak langsung masalah di sekolah dapat diselesaikan dan ini
membantu ke arah pembentukan sekolah berkesan dan memacu kecemerlangan di
sekolah.
Kualiti kepimpinan yang tinggi adalah sangat diperlukan untuk mengurus dan
mentadbir sekolah bagi memupuk dan mempertingkatkan tahap profesionalisme seseorang
guru di sekolah, seterusnya dapat meningkatkan kecemerlangan sekolah.

Gaya

kepemimpinan yang fleksibel menyumbang kepada pencapaian cemerlang sekolah. Ini


berkait rapat dengan peranan guru besar dalam sesebuah sekolah. Tiga faktor utama yang
menyumbang kepada pencapaian prestasi cemerlang sekolah ialah kecekapan, sumber
manusia, dan kebolehubahsuai dalam sekolah tersebut. Guru Besar memainkan peranan
HayatiHashim SN(a)PPGambilan Feb12Page 1

utama untuk memastikan serta memanipulasikan ketiga-tiga faktor berkenaan bagi


mencapai prestasi yang diingini. Sebagai Guru besar yang menerajui kepimpinan di sekolah
hendaklah memastikan wujudnya budaya sekolah cemerlang dengan gaya kepimpinan yang
mengamalkan komunikasi terbuka dalam pergaulan guru, pelajar dan warga sekolah..
Ciri-ciri kecemerlangan sesebuah sekolah banyak bergantung kepada kepimpinan
seseorang pengetua atau guru besar. Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan
Keluarga Datuk Fatimah Abdullah berkata, ini kerana dalam melayari bahtera sesebuah
organisasi , mereka ini sangat penting menentukan matlamat dan hala tuju yang ditetapkan.
Oleh yang demikian, berjaya atau gagalnya sesuatu dasar kerajaan sangat bergantung
kepada keberkesanan kepemimpinan guru besar. Menurut pendapat Bass ( 1990 )
pemimpin yang berwibawa adalah salah satu faktor yang penting dalam menentukan
kejayaan sesebuah organisasi. Kualiti kepimpinan yang tinggi adalah sangat diperlukan
untuk mengurus dan mentadbir sekolah bagi memupuk dan mempertingkatkan tahap
profesionalisme seseorang guru di sekolah, seterusnya dapat meningkatkan kecemerlangan
sekolah.
Gaya kepemimpinan yang fleksibel menyumbang kepada pencapaian cemerlang
sekolah. Ini berkait rapat dengan peranan guru besar dalam sesebuah sekolah. Tiga faktor
utama yang menyumbang kepada pencapaian prestasi cemerlang sekolah ialah kecekapan,
sumber manusia, dan kebolehubahsuai dalam sekolah tersebut. Guru Besar memainkan
peranan utama untuk memastikan serta memanipulasikan ketiga-tiga faktor berkenaan bagi
mencapai prestasi yang diingini. Sebagai Guru besar yang menerajui kepimpinan di sekolah
hendaklah memastikan wujudnya budaya sekolah cemerlang dengan gaya kepimpinan yang
mengamalkan komunikasi terbuka dalam pergaulan guru, pelajar dan warga sekolah.

PROFESIONALISME KEGURUAN

Menurut kamus Dewan edisi keempat, Dewan Bahasa dan Pustaka , profesionalisme
bermaksud sifat-sifat iaitu kemampuan, kemahiran, cara pelaksanaan sebagaimana yang
sewajarnya terdapat pada atau dilakukan oleh seorang professional. Mook Soon Sang
( 1996 ) merumuskan secara ringkas konsep profesionalisme sebagai suatu pekerjaan
khusus dan dijalankan oleh orang yang mempunyai kelulusan dan latihan ikhtisas yang
cukup bermutu, bersikap jujur, berdedikasi, berakauntabiliti dan bermoral tinggi, mempunyai
autonomi bertugas serta mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasi.

HayatiHashim SN(a)PPGambilan Feb12Page 2

Guru dalam alaf baharu seharusnya profesional dan profesionalismenya ialah kunci
peningkatan kualiti ( Jemaah Nazir, 2001). Memetik ucapan perasmian oleh YAB Tan Sri
Dato' Hj Muhyiddin bin Hj Mohd Yassin pada sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan
2014, tugas dan tanggungjawab besar yang terletak di bahu para guru menuntut komitmen
yang tinggi khususnya dalam menghadapi persaingan global yang menuntut perubahan
dinamik dalam sistem pendidikan. Untuk itu, guru sebagai golongan profesional perlu
bersedia untuk menerima perubahan dan memiliki ciri inovatif sebagaimana sabda
Rasulullah SAW dalam sebuah Hadis Riwayat Muslim yang bermaksud, Barang siapa
melakukan hal baharu yang baik, maka ia mendapat pahalanya dan mendapat pula pahala
orang lain yang mengerjakan hal baharu yang baik itu.
Menurut Barth ( 2001 ), guru adalah pemimpin yang berperanan sebagai agen
perubahan. Guru melakukan perubahan ke atas sekolah dalam bilik darjah. Kenyataan ini
mencerminkan guru memainkan peranan yang penting secara positif dalam sekolah.
Bagi meneruskan kelestarian usaha kerajaan dalam menjayakan pelbagai pelan
pendidikan yang telah dirancang, guru adalah individu yang diberi tugas dan
tanggungjawab bagi melaksanakan semua dasar kerajaan.Ia selaras dengan Falsafah
pendidikan Kebangsaan Melahirkan insan yang cemerlang yang seimbang dan harmonis
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Usaha ini adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu,
berktrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berupaya mencapai kesejahteraan
diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan
negara.

PERANAN GURU BESAR DALAM MENINGKATKAN TAHAP PROFESIONALISME


GURU DAN IMPAK KEPADA KECEMERLANGAN SEKOLAH

Perubahan pesat dalam bidang pendidikan serta gelombang globalisasi menuntut guru dan
pemimpin sekolah secara berterusan melengkapkan diri dengan nilai profesional,
pengetahuan dan kemahiran terkini. Latihan asas dan kelayakan akademik serta
pengalaman kerja sedia ada masih tidak mencukupi untuk menyediakan kompetensi yang
bersesuain bagi menghadapi dan mendepani cabaran pendidikan abad ke-21.

HayatiHashim SN(a)PPGambilan Feb12Page 3

Keupayaan kepimpinan sekolah dan keperluan dalam meniti cabaran masa hadapan
sering diperbincangkan. Oleh itu guru besar sebagai pemimpin utama di sekolah
memainkan

peranan

penting

dalam

mendepani

segala

cabaran

melestarikan

kecemerlangan pendidikan negara tanpa meminggirkan kerjasama dengan semua


kakitangan terutamanya guru. Seterusnya melahirkan para guru yang profesional yang
akhirnya membawa kepada kecemerlangan sekolah.
Guru besar yang berkesan melaksanakan amanah dan tanggungjawab dengan
menyediakan landasan yang kukuh dan persekitaran yang kondusif agar pembelajaran
cemerlang dapat diwujudkan. Ungkapan Fred Hechinger yang sering digunakan oleh
penyelidik-penyelidik bagi merumuskan peri pentingnya amalan kepimpinan yang berkesan
dalam membawa sekolah ke arah kejayaan adalah:
Saya belum pernah melihat sekolah yang maju ditadbir oleh guru besar yang lemah,
atau sekolah yang mundur ditadbir oleh guru besar yang cekap. Saya pernah melihat
sekolah-sekolah yang mundur berjaya dimajukan, dan yang menyedihkan, ada sekolahsekolah yang maju merosot dengan mendadak. Dalam setiap kes, jatuh bangun sesebuah
sekolah adalah kerana kualiti guru besarnya(Davis & Thomas 1989:17, dalam Ishak Sin
2006).
Berdasarkan ungkapan Fred Hechinger di atas, jelas menunjukkan amalan
kepimpinan guru besar sangat mempengaruhi pencapaian matlamat sekolah. Hanya guru
besar yang mengamalkan kepimpinan yang berkesan sahaja dapat membawa sekolah ke
arah kecemerlangan. Guru besar selaku pemimpin utama sekolah memegang amanah dan
tanggungjawab bukan sahaja untuk merealisasikan visi dan misi sekolah malah dasar
transformasi pendidikan Negara yang telah dicanangkan oleh Y.A.B. Tan Sri Muhyidin 3
Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran. Dalam
memastikan segala visi dan misi menjadi realiti, guru besar perlu kompeten dan
mengamalkan gaya atau strategi kepemimpinan yang sesuai dalam memastikan segala
matlamat sekolah tercapai
Kenyataan ini selari dengan pendapat Ishak Sin (2004) yang mengatakan bahawa
kompetensi memerlukan pemimpin yang berupaya melaksanakan tugas seharian dengan
menepati spesifikasi yang ditetapkan, berkebolehan melaksanakan sesuatu tugas yang
diamanahkan dengan jayanya, memiliki ciri-ciri peribadi dan tingkah laku yang meliputi sikap
dan nilai kendiri yang sesuai dengan jawatan yang sedang disandang, mempunyai
pengetahuan yang mencukupi untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab serta
mempunyai kemahiran menjalankan tugas secara praktik.

HayatiHashim SN(a)PPGambilan Feb12Page 4

Insitusi sekolah diwujudkan untuk membentuk modal insan yang berkebolehan,


berketrampilan dan berupaya menggantikan pemimpin negara pada masa hadapan.
Peranan utama sekolah bukan sahaja melahirkan modal insan yang cemerlang daripada
segi jasmani, emosi, intelek, sahsiah dan sosial sebaliknya turut berperanan besar dalam
menyediakan individu yang boleh memenuhi permintaan pasaran kerja. Fawziah Kassim
(2008)

berpendapat

bertanggungjawab

guru

untuk

besar

adalah

merancang

dan

seorang

pemimpin

melaksana

yang

berkeupayaan,

pengetahuan,

berkemahiran,

mempunyai kepakaran dalam mentadbir dan mengurus sekolah dengan cekap dan
berkesan. Kenyataan ini disokong oleh Abdul Rahim (2003) yang berpendapat bahawa
sekolah sebagai organisasi yang terancang perlu menyediakan perkhidmatan pendidikan
yang berkualiti kepada komuniti setempat. Lantas, guru besar perlu memimpin, mengurus
dan mentadbir sekolah mengikut gaya kepimpinan yang sesuai dan tepat.
Umumnya kepimpinan boleh dinyatakan sebagai satu konsep yang merangkumi
keseluruhan tanggungjawab pentadbiran atau pengurusan. Menyentuh tentang soal
kepimpinan dalam pentadbiran pendidikan, sememangnya tidak dinafikan bahawa
pertumbuhan dan perkembangan dalam pendidikan masa kini membayangkan keinginan
individu, masyarakat dan negara untuk berubah. Keinginan untuk berubah merupakan satu
hasrat yang murni kerana ia memperlihatkan kesediaan ahli masyarakat untuk menilai
kembali matlamat dan corak kepimpinan dalam pentadbiran pendidikan itu sendiri. Menurut
Suaidah (1983) amalan kepimpinan guru besar berupaya memberi impak besar kepada
tahap prestasi kerja guru kerana kepimpinan yang baik akan disenangi oleh kakitangan
bawahannya. Sebaliknya, gaya kepimpinan yang tidak sesuai berupaya mengundang rasa
tidak selesa dan akhirnya menimbulkan konfliks yang perpanjangan antara pemimpin dan
pengikut sehingga menggugat kestabilan dan kehormanian sekolah.
Komitmen guru perlu ditingkatkan supaya pelajar dapat dikawal dengan baik dalam
proses pengajaran dengan mengurangkan tekanan bekerja. Suasana kerja secara team
work menjadi tunjang dalam menangani cabaran dan meneruskan kecemerlangan sekolah.
Ahmad Kilani Mohamed (2007 ) menjelaskan pengurusan sekolah yang cemerlang
melibatkan setiap warga sekolah dan pihak berkepentingan pendidikan .
Sebagai rumusan, guru besar memainkan peranan yang sangat penting dalam
mewujudkan iklim sekolah yang mesra dan berdaya saing. Perasaan kekitaan diantara
warga sekolah perlu dielakkan. Guru besar merupakan model dan menjadi contoh ikutan
kepada guru-guru. Dengan ini wujudnya budaya kerja yang cemerlang dikalangan warga
sekolah dan menjadikan sekolah sebagai medan untuk mencurahkan ilmu pengetahuan dan
pusat perkembangan ilmu dan pembangunan modal insan yang cemerlang.
HayatiHashim SN(a)PPGambilan Feb12Page 5

Iklim yang mewarnai alam persekolahan sangat memberi kesan yang besar dalam
pembentukan individu seseorang. Pengaruh sekolah selepas keluarga dalam pembentukan
personality

pelajar adalah bersangkut paut dengan kecemerlangan akademik pelajar.

Melalui iklim sekolah yang teratur, terkawal, tenang dan tertib yang memungkinkan suasana
yang kondusif kepada proses pengajaran dan pembelajaran berkesan dan positif. Hubungan
sosial yang baik antara guru, pelajar, warga sekolah dan masyarakt setempat akan
membentuk suatu keseimbangan yang

merupakan menifestasi kepada dasar Falsafah

Pendidikan Kebangsaan.
Pentadbiran yang sempurna dapat mengawal keadaan sekolah agar lebih terkawal
dan berdisiplin. Guru besar merupakan peneraju utama di sekolah. Kata-katanya adalah
kata pemutus dan bicaranya adalah bicara rasmi dalam sesebuah organisasi.sehubungan
itu peranan yang dimainkan oleh guru besar amat penting dalam membantu dan menetukan
jatuh bangun sekolahnya .Justeru peranan guru besar amat penting untuk memastikan
sekolah dapat dipacu kearah kejayaan dan kecemerlangan sesuai dengan era globalisasi
dank e arah mengangkat martabat pendidikan negara kita.

HayatiHashim SN(a)PPGambilan Feb12Page 6

BAHAGIAN C : REFLEKSI

Sebagai menyahut hasrat Negara untuk menjadikan sebuah negara maju menjelang 2020,
Falsafah pendidikan yang menjadi panduan bagi semua aktiviti pendidikan di Malaysia. FPK
menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan untuk individu dan negara ( Kementerian
Pelajaran Malaysia 2004 ). Guru juga harus mentransformasi diri agar mampu menjalankan
proses pengajaran dan pembelajaran menurut Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam
meahirkan insan yang sempurna daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Dalam menangani cabaran pendidikan hari ini, seorang guru seharusnya bersiap
sedia dengan melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang luas , mendalam dan
terkini. Seorang guru harus benar-benar memahami kandungan kurikulum dan mengetahui
dengan luas dan mendalam mata pelajaran yang hendak diajar. Kepimpinan guru alaf ini
perlu mempunyai

kecekapan dalam

menggunakan segala sumber yang ada dengan

optimum.
Suasana kerja secara team work diberi penekanan dan menjadi panduan dalam
urusan seharian. Dalam mengharungi dunia pendidikan pada hari ini, guru-guru menghadapi
cabaran yang lebih hebat dengan kerenah murid-murid yang bersikap terbuka kerana
banyak terdedah dengan pengaruh persekitaran seperti keluarga, rakan-rakan dan hiburan.
Sikap ingin tahu murid yang tinggi di samping perwatakan murid yang sangat aktif amat
menguji keupayaan guru. Sungguhpun demikian, apabila bergelar guru, tanggungjawab itu
dengan sendirinya telah tertanam dalam diri seseorang guru dan akan cuba di hadapi
dengan lebih tabah.
Guru hendaklah sentiasa menambahkan ilmu, mengikuti perkembangan semasa
dan menjadi model yang terbaik kepada murid. sentiasa menyampaikan ilmu bersedia
merancangkan unit-unit pengajaran, memotivasikan dan menilai murid dari semasa ke
semasa. Guru haruslah membimbing dan menyelesaikan masalah murid secra individu
sebagai seorang kawan dan sebagai ibu bapa. Sebagai guru di sekolah kita hendaklah
membuat penilaian yang berterusan ,baik yang berkaitan dengan akademik mahupun bukan
akademik.
Guru menjadi pentadibir dan mengurus kelas untuk kemudahan pengajaran supaya
pelajar menjadi disiplin.Guru juga menjadi fasilitaor supaya dapat melicinkan proses
pengajaran dan pembelajaran dengan memotivasikan pelajar . Memberi peneguhan dan
ganjaran dalam pengajaran dan pembelajaran.

HayatiHashim SN(a)PPGambilan Feb12Page 7

Sebagai guru di sekolah berkesan perlu membuat penilaian yang berterusan ,baik
yang berkaitan dengan akademik mahupun bukan akademik.
Guru pada hari ini adalah sebagai pemudah cara kerana murid-murid bersikap lebih
matang dan berani mencuba. Murid-murid dapat melakukan gerak kerja sendiri dan guru
sebagai pendamping dan membetulkan kesalahan mereka. Seorang guru pada masa kini
perlu melayan semua murid dengan adil dan saksama secara berterusan. Menerima
kekurangan

dan

kelebihan

murid-murid

Dengan

menghormati

dan

memahami

perkembangan pembelajaran yang pelbagai dalam diri seorang murid dan cuba mengatasi
masalah ini dengan cara yang hikmah.
Oleh itu seorang guru yang membudayakan budaya kerja cemerlang sentiasa
menunjukkan sikap yang positif dan bersedia dalam melaksanakan segala pelan
pembangunan pendidikan yang dilancarkan oleh kerajaan . Guru hendaklah sentiasa
bersedia untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran dengan cara sentiasa
meningkatkan diri dalam ilmu pedagodi dan endragogi dengan menghadiri kursus-kursus
peningkatan profesioanal dan melalui pembacaan. Budaya belajar sepanjang hayat menjadi
amalan dalam diri seorang guru.
Guru sebagai agen perubahan yang sentiasa bersedia dalam melaksanakan segala
agenda dan dasar-dasar serta pelan pebangunan pendidikan yang telah dilancarkan oleh
kerajaan. Kesediaan guru dalam melaksanakan segala program yang telah dirancang akan
dapat menyumbang dalam meningkatkan tahap pencapaian akademik dan sahsiah murid
seterusnya membawa kepada kecemerlangan sekolah.
Dalam

konteks

bilik

dajah

terutamanya

semasa

proses

pembelajaran, guru harus melakukan anjakan paradigma dan

pengajaran

dan

berusaha untuk

menghasilkan pengajaran yang berkesan. Peranan guru bukan sahaja sebagai pemberi
ilmu malah sebagai penggerak kepada murid untuk meneroka ilmu. guru perlu memberi
sokongan dan dorongan yang tinggi kepada murid agar mereka rajin belajar dan mendapat
keputusan yang cemerlang
Sebagai rumusan, tugas sebagai seorang guru memerlukan komitmen yang tinggi
dan rasa tanggungjawab dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan. Kecemerlangan
sesebuah institusi juga amat bergantung kepada guru yang setia peka dengan kehendak
bidang pendidikan masa kini. Guru yang baik bertanggungjawab dalam mendisiplinkan
murid-murid di dalam kelasnya khususnya dan sekolah amnya . Nasihat yang diberikan
haruslah dapat membina keyakinan mereka untuk belajar dan mengamalkan nilai-nilai

HayatiHashim SN(a)PPGambilan Feb12Page 8

murni. Kata-kata nasihat yang baik dapat membentuk peribadi dan sahsiah murid-murid
agar sejajar dengan nilai dan norma dalam masyarakat pada hari ini.
Tugas guru bukan sahaja sebagai tugasan professional tapi lebih kepada rasa
amanah , integrity dan tanggungjawab yang ditunjukkan kepada murid-murid sebagai
pelanggan, institusi, masyarakat dan negara.

HayatiHashim SN(a)PPGambilan Feb12Page 9

Anda mungkin juga menyukai