Anda di halaman 1dari 2

Bilangan Jurnal

: 1/12

Minggu praktikum

: Minggu pertama

Subjek

: Pendidikan Seni Visual

Tarikh peristiwa/ kejadian : 1 Febuari 2013 (Jumaat)


Tajuk jurnal
1. Peristiwa

: Masalah Pengurusan Masa

Di awal minggu pertama saya di Sekolah Kebangsaan Parit Setongkat ini, saya
menghadapi

masalah

dalam

menguruskan

masa

di

dalam

Pengajaran

dan

Pembelajaran saya terutama pada hari jumaat di mana sesi P&P saya bersama kelas 4
Cerdik. Terdapat beberapa aktiviti yang dirancang tidak dapat dijalankan dengan
sempurna. Hal ini menimbulkan masalah untuk mencapai objektif pengajaran dan
pembelajaran yang akan dijalankan pada hari tersebut.
2. Analisis
a) Kemungkinan penyebab
Masalah ini timbul disebabkan oleh pengurusan masa yang dibuat oleh pihak
sekolah di mana pada setiap pagi hari jumaat satu sesi membaca al quran dan tazkirah
akan diadakan seawal 720 pagi bersama semua guru di bilik mesyuarat manakala
murid-murid berada di dewan terbuka untuk tazkirah pagi yang diselia oleh ustaz atau
ustazah mengikut giliran. Permasalahannya, selepas sesi tazkirah satu mesyuarat akan
diadakan, ini menyebabkan sesi P&P saya pagi itu tertangguh. Masalah ini telah
membazirkan masa P&P saya antara setengah jam atau lebih. Maka P&P tidak dapat
dijalankan dengan sempurna.
b) Kekuatan
Walaupun terlewat hampir 45 minit, saya ke kelas juga untuk meninjau dan
memerhati murid serta memesan dan memberi nasihat untuk sesi P&P pada minggu
hadapan.
c) Kelemahan

Disebabkan kesuntukan masa maka p&p tidak dapat diteruskan. Saya perlu
membawa Rancangan Pengajaran Harian saya ke minggu hadapan supaya objektif
pengajaran tercapai.
3. Cadangan Tindakan Susulan
1. Saya akan berbincang dengan guru pembimbing saya bagi mengatasi masalah
ini.
2. Saya akan menyediakan plan A dan plan B sekiranya masalah ini tidak dapat
diatasi.
3. Bagi memastikan aktiviti pengajaran berjalan lancar guru pembimbing saya
memberi cadangan kepada saya memberikan kerja rumah kepada murid-murid
untuk aktiviti pengajaran saya pada hari ini manakala murid-murid menyiapkan
dan menghantarnya pada minggu hadapan.
4. Tempoh Masa Tindakan Susulan
Saya akan cuba berbincang dengan guru pembimbing bagi mengatasi masalah
ini dalam masa seminggu yang akan datang. Sekiranya masalah ini tidak dapat
diselesaikan sudah tentu objektif pengajaran untuk kelas 4 Cerdik tidak akan dicapai
dan saya perlu mencari alternatif lain bagi memastikan murid-murid 4 Cerdik mendapat
pengajaran yang sepatutnya.

Disemak oleh guru pembimbing:

Disemak oleh pensyarah pembimbing:

Nama: ............................................

Nama: ...............................................

Tanda tangan: ................................

Tanda tangan: ..................................

Tarikh: ............................................

Tarikh: ..............................................

Anda mungkin juga menyukai