Anda di halaman 1dari 4

Sumber : Terjemahan Mukashafah Al Qulub |

Penenang Jiwa|Pengubatan & Rawatan | IMAM ALGHAZALI


Hari : Khamis
21 November 2013

Tarikh :

Hadis riwayat Bukhari & Muslim :


...Ingat! Sesungguhnya dalam jasad
(manusia) ada segumpul darah. Jika baik, maka
baiklah jasad seluruhnya. Jika ia rosak, maka
rosaklah jasad seluruhnya. Ingat! Itulah hati.
Berlaku pergelutan & peperangan dalam setiap jiwa
manusia menentukan tetap sebagai manusia @
menjadi binatang yang berbadan manusia
peperangan antara rayuan syaitan & seruan agama /
kabatilan & kebenaran. berlaku di hati.

Bab 1
Tanda tanda takut kepada Allah SWT :
1. Pada lisannya.
2. Pada hatinya.
Rasulullah s.a.w. telah bersabda :
Hasad itu dapat memakan kebaikan
sebagaimana api membakar kayu.
3. Pada pandangannya.
Rasulullah s.a.w. telah bersabda :
Barangsiapa memenuhi matanya daripada
perkara yang haram, maka Allah akan

memenuhinya daripada api, pada hari


Kiamat
4. Pada perutnya.
Rasulullah s.a.w. telah bersabda :
Manakala sesuap daripada barang haram
masuk ke perut seseorang, maka seluruh
malaikat di langit dan di bumi
melaknatinya selama sesuai atau seteguk
barang itu berada di dalam perutnya. Jika
dia mati dalam keadaan demikian, maka
tempatnya di neraka
5. Pada kedua dua tangannya.
6. Pada langkah (kakinya)
7. Pada ketaatannya.
Barangsiapa melakukan tujuh perkara yang
disebutkan diatas, maka dia termasuk dalam
kategori orang orang yang dikatakan oleh
Allah SWT :
sesungguhnya orang orang yang taqwa
dalam kebun kebun dan mata air (syurga).
(Surah al-Hijr :
45)

Seseorang mukmin perlu berada dalam keadaan di


antara rasa takut dan berharap sentiasa
mengharapkan rahmat Allah SWT tidak berputus
asa mengharapkannya.
Firman Allah SWT :

Janganlah engkau berputus asa terhadap


rahmat Allah.
(Surah asy-Syuura : 28)

Hikayat / cerita dulukala :


Pada suatu hari, Nabi Daud duduk di tempat
peribadatannya. Tiba tiba dia melihat ulat
merah. Maka dalam hati dia berkata : Apakah
kiranya kehendak Allah pada ulat ini?. Maka
dengan izin Allah ulat itu dapat berbicara
seraya berkata : Wahai Nabi Allah! Di siang
hari Tuhanku mengilhamkan agar aku
membaca Subhanallah Wal Hamdulillah Walailaha Illa Allah Akbar seribu kali (1000x).
Sedangkan di malam hari
Tuhanmengilhamkanku agar membaca
Allahumma Solli ala Muhammadinin Nabiyyil
Ummiyyi Waala alihi Wa sohbihi Wa sallam
seribu kali (1000x). Lalu apakah yang engkau
baca hingga aku ingin mengambil faedah
daripadamu?. Maka Nabi Daud a.s amat
menyesal menghina pada ulat itu. Dia merasa
takut kepada Allah, lalu dia bertaubat dan
bertawakal kepada-Nya.
Nabi Ibrahim Al-Khalil a.s tatkala
mengingatkan kesalahannya, berasa amat
sedih dan risau hatinya. Kemudian Allah
mengutuskan Jibril a.s datang kepadanya

seraya berkata : Allah kirim salam kepada


engkau dan berkata Adakah engkau melihat
seseorang takut kepada kekasihnya?
Kemudian Jibril a.s menjawab : Jika aku ingat
akan kesalahanku dan memikirkan seksaanNya, maka lupalah bahawa aku keaksih-Nya.
Demikianlah akan keadaan para nabi, wali,
orang soleh dan orang-orang zuhud.