Anda di halaman 1dari 1

PERTANDINGAN MENULIS ESEI

SEMPENA KM1M 2015


ANJURAN PSS ABDULLAH MUNSHI
SK BANDAR RAUB
FAEDAH MEMBACA BUKU
Membaca merupakan amalan yang mulia.Membaca jambatan ilmu, membaca
juga pelita hati. Banyak bahan bacaan yang boleh kita baca.Selain buku pelajaran
kita juga boleh membaca buku cerita,cerpen,majalah dan sebagainya lagi. Banyak
faedah yang akan kita peroleh jika kita rajin membaca buku.
Sebagai seorang pelajar, membaca menjadikan kita seorang murid yang
pandai. Ini kerana,jika kita rajin membaca buku kita memperoleh banyak ilmu
pengetahuan. Ilmu pengetahuan itu boleh kita gunakan untuk menjawab soalan
peperiksaan dan juga membantu dalam kehidupan kita sehari-hari.
Selain itu, dengan membaca buku juga, kita boleh mengisi masa lapang kita
dengan perkara yang berfaedah. Kita dapat mengelakkan diri kita daripada terjebak
dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah seperti melepak, menganggu anakanak gadis,bersembang-sembang kosong dan akhirnya nanti akan bercampur
dengan mereka yang merokok dan mengambil dadah atau ganja.
MUHAMAD AZIM BIN AHMAD SAHROL
5 KREATIF

Anda mungkin juga menyukai