Anda di halaman 1dari 15

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MELUKIS GRAF

DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH “TND” DALAM KALANGAN PELAJAR


TINGKATAN 3SUS

Oleh:

En. Jusharim bin Jalaluddin


En.Zakaria b. Junoh
Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mizan Zainal Abidin
21020 Kuala Terengganu, Terengganu

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan dengan tujuan dapat meningkatkan kemahiran melukis graf dengan
menggunakan kaedah “TND” dalam kalangan pelajar tingkatan 3 SUS. Seramai 34 orang pelajar dan
dua tenaga pengajar terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal yang dilakukan melalui pemerhatian .
temubual, soal selidik, semakan kerja rumah, latihan bertulis dan ujian pra, mendapati pelajar tidak
dapat menentukan skala (scale) bagi paksi x dan paksi y dengan tepat, gagal mengenalpasti bentuk graf
bagi fungsi yang diberi, Tidak mahir melakukan gantian nilai x bagi mencari nilai y dan gagal
menentukan pintasan y atau pintasan x bagi fungsi yang diberi . Dari semakan kerja latihan, kami
mendapati dapati 19 orang pelajar (55.8%) pelajar kami tidak berupaya melukis graf. 4 orang
(11.8%) tidak berminat melukis graf. Seramai 24 orang pelajar (70.5%) tidak dapat melukis graf pada
kertas graf dengan cepat dan tepat. Mercer dalam bukunya “Teaching student with learning problem”
menegaskan bahawa masalah pengajaran dan pembelajaran dalam matematik adalah di sebabkan
beberapa faktor. Diantaranya kecerdasan yang rendah, kurang daya ingatan dan tumpuan
pemerhatian yang singkat. Kem bimbingan berkumpulan (5 orang) sebanyak dua sesi diadakan di luar
waktu persekolahan.. Manakala setiap sesi diperuntukkan selama dua jam. Lembaran kerja atau
latihan mengandungi 5 soalan disediakan oleh guru bagi setiap sesi. Pengajaran dan pembelajaran
murid lebih memusat kepada kaedah “TND” bagi meningkatkan pemahaman murid seterusnya dapat
mengaplikasinya dalam penilaian menengah rendah. Dapatan kajian tindakan menunjukkan 100%
pelajar tingkatan 3 SUS dapat mencapai kemahiran yang diuji dengan tepat dan cepat.

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU


Di antara topik yang terlibat huraian sukatan pelajaran matematik tingkatan tiga ialah “Graphs
of Functions” yang merupakan satu topik agak mencabar kepada pelajar yang lemah dalam
kemahiran melukis graf. Pelajar tingkatan tiga perlu mempelajarinya kerana beberapa soalan
berkaitan topik ini akan diuji di dalam kertas 1 dan kertas 2 (Soalan wajib jawab) . Kegagalan
menguasai kemahiran tersebut, pelajar akan kehilangan 4 hingga 7 markah dalam peperiksaan
matematik (PMR) yang boleh mempengaruhi peratus pencapaian ‘A’ dalam PMR. Kemahiran
melukis graf amat penting terutamanya di dalam menjawab soalan kertas 2. Ada beberapa
jenis graf yang perlu dikenalpasti bentuk dan cirinya oleh pelajar. Semasa memeriksa dan
menganalisa item soalan kertas 1 serta kertas 2 di dapati sebilangan besar pelajar tingkatan
3SUS tidak dapat menjawab dengan betul dan terdapat beberapa kekeliruan di dalam mencari
nilai y dengan gantian nilai x serta dan menentukan bentuk graf bagi fungsi yang diberi. Oleh
itu, kami mengambil inisiatif untuk mengaplikasikan kaedah “TND” untuk membantu pelajar
tingkatan 3SUS menguasai kemahiran ini. Sekiranya kajian ini berjaya, kami berharap dapat
memudah cara dalam pengajaran dan pembelajaran ke arah yang lebih berkesan disamping
dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih bermakna.

1
2.0 FOKUS KAJIAN

Kajian yang dijalankan lebih berfokus kepada kemahiran melukis graf bagi membantu pelajar
menentukan bentuk graf bagi setiap fungsi yang diberi. Kelemahan yang sering dihadapi oleh
pelajar ialah:

• Tidak dapat menentukan kedudukan nilai pada paksi dengan tepat dan cepat.
• Tidak dapat menentukan skala (scale) bagi paksi x dan paksi y dengan tepat
• Gagal mengenalpasti bentuk graf bagi fungsi yang diberi
• Tidak mahir melakukan gantian nilai x bagi mencari nilai y
• Gagal menentukan pintasan y atau pintasan x bagi fungsi yang diberi

Wase(1971) menganggap kesilapan ini sebagai kesilapan konseptual.Beliau percaya diagnosis


yang paling berkesan serta berfaedah ialah dengan mencari pola-pola kesilapan. Secara
teorinya, pola atau corak adalah penyelesaian yang agak efisien dan mudah digunapakai.
Pelajar 3 SUS didedahkan dengan kaedah “TND”, dengan diberi penerangan dan tunjuk ajar
terlebih dahulu.

Pelajar yang berjaya meningkatkan kemahiran melukis graf dan menentukan bentuk graf,
sudah tentu boleh menjawab dengan baik soalan-soalan yang berkaitan, terutamanya soalan
kertas 2 yang memperuntukkan 4 markah. Seterusnya dapat membantu pelajar-pelajar
memperolehi ‘A’ dalam mata pelajaran matematik dan sekaligus meningkatkan peratus
pencapaian keseluruhan PMR.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1 Objektif Am

3.1.1 Membantu meningkatkan tahap pencapaian cemerlang di dalam penilaian menengah


rendah.
3.1.2 Meningkatkan minat pelajar di dalam mata pelajaran matematik
3.1.3 Meningkatkan kemahiran menjawab soalan-soalan di dalam Kertas 1
dan Kertas 2 matematik PMR.
3.1.4 Mempelbagai amalan pengajaran dan pembelajaran guru

3.2 Objektif Khusus

3.2.1 Meningkatkan kemahiran melukis graf dengan skala yang tepat


3.2.2 Mengenalpasti bentuk graf bagi fungsi yang diberi
3.2.3 Dapat melakukan gantian nilai x bagi mencari nilai y atau sebaliknya dengan tepat
3.2.4 Dapat menentukan pintasan y atau pintasan x bagi fungsi yang diberi dengan tepat

2
4.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran ialah semua pelajar tingkatan 3SUS seramai 34 orang yang menghadapi
masalah di dalam kemahiran melukis graf serta menentukan bentuk graf berpandukan jadual
yang diberi. Pelajar adalah daripada kalangan pencapaian sederhana tetapi berpotensi
mencapai keputusan cemerlang di dalam mata matapelajaran Matematik .

5.0 PELAKSANAAN KAJIAN

5.1 Tinjauan Masalah

5.1.1 Pemerhatian semasa pengajaran dan pembelajaran


Semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, kami telah melaksanakan kaedah
pemerhatian. Ini termasuk respon terhadap soalan yang diajukan, semakan kerja
rumah, latihan bertulis dan ujian pra dan post.

5.1.2 Temubual secara tidak formal terhadap kumpulan sasaran


Temubual terhadap kumpulan sasaran secara tidak formal dengan mengajukan soalan-
soalan yang berkaitan dengan minat terhadap mata pelajaran matematik dan kemahiran
mereka berkaitan dengan ‘Graphs of Functions”.

5.1.3 Soal selidik


Borang soal selidik bagi mendapat maklumat berkaitan mata pelajaran matematik dan
topik “Graphs of Functions” telah diedarkan di kalangan kumpulan sasaran supaya
dijawab secara jujur dan tertutup.

5.1.4 Ujian Pra


Ujian Pra yang mengandungi 5 soalan yang berkaitan kemahiran kemahiran melukis
graf dan menentukan bentuk graf telah dijalankan sebelum sesi bimbingan dimulakan.

5.2 Analisa Tinjauan Masalah

5.2.1 Pemerhatian
Daripada pemerhatian yang dibuat semasa proses pengajaran dan pembelajaran,
didapati kemahiran melukis graf dan menentukan bentuk graf menjadi masalah kepada
kebanyakan pelajar tingkatan 3SUS. Ini menyebabkan pelajar tidak dapat menjawab
soalan yang berkenaan dengan baik. Dengan memperkenalkan kaedah “TND”, kami
yakin ia merupakan kaedah yang baik dibandingkan dengan kaedah yang lain bagi
membantu pelajar-pelajar memperolehi gred yang baik di dalam Matematik PMR.

3
5.2.2 Temubual
Di sini adalah hasil temubual 3 pelajar
Dialog 1

G :Adakah kamu minat terhadap mata pelajaran Matematik?


M :Minat
G :Bagaimana dengan tajuk ‘Graphs of Functions”?
M :Boleh tahan, mudah dipelajari
G :Adakah anda fikir tajuk ini penting ?
M :penting
G :Adakah anda mahir melukis graf?
M :Tidak mahir
G :Kenapa?
M :Tak faham
G :Adakah anda bosan melukis graf?
M :Tak. Suka tapi tak faham
G :Apakah yang kamu lakukan untuk mahir melukis graf?
M :Belajar dengan cikgu

Dialog 2

G :Adakah kamu minat terhadap mata pelajaran Matematik?


M :Minat
G :Bagaimana dengan tajuk ‘Graphs of Functions”?
M :Ok. Kadang-kadang susah jugak.
G :Adakah anda fikir tajuk ini penting ?
M : penting , tapi boring
G :Adakah anda mahir melukis graf?
M :Bolehlah
G :Kenapa?
M :Pernah belajar dalam subjek Sains
G :Apakah yang kamu lakukan untuk mahir melukis graf?
M :Buat latihan , bincang dengan kawan.

Dialog 3

G :Adakah kamu minat terhadap mata pelajaran Matematik?


M :Kurang minat
G :Bagaimana dengan tajuk ‘Graphs of Functions”?
M :Susah
G :Adakah anda fikir tajuk ini penting ?
M : tak tahu.penting juga.
G :Adakah anda mahir melukis graf?
M :Tidak mahir
G :Kenapa?
M :Tak pandai nak lukis.
G : Apakah yang kamu lakukan untuk mahir melukis graf?
M :Tanya kawan yang lebih pandai

4
5.3 Soal Selidik
Dapatan daripada soal selidik yang dijalankan:

Jadual 1. Dapatan dari soal selidik

BILANGAN PELAJAR
PERKARA TIDAK
SETUJU
BERSETUJU
1. Minat mata pelajaran Matematik. 30 4
2. Minat tajuk ‘Graphs of Functions” 15 19
3. Melukis graf dengan cepat dan tepat 10 24

Berdasarkan jadual di atas, di dapati 19 orang pelajar (55.8%) tidak mahir melukis graf. 4
orang pelajar(11.8%) tiada minat melukis graf. Oleh kerana tidak berupaya melukis graf,
maka 24 orang pelajar(70.5%) tidak dapat menjawab dengan cepat dan tepat soalan-soalan
yang melibatkan topik ‘Graphs of Functions”.

5.2.3 Ujian Pra


Hasil dapatan daripada ujian pra yang telah dijalankan dapat ditunjukkan di dalam jadual di
bawah:
Jadual 2. Hasil dapatan daripada Ujian Pra

KELAS MARKAH BILANGAN PENCAPAIAN


18-20 0
CEMERLANG
15-17 1
12-14 9
BAIK
9-11 12
6-8 7
3-5 5 LEMAH
0-2 0
JUMLAH PELAJAR 34

Berdasarkan Jadual 2 , didapati 12 orang pelajar (35.2%) mendapat markah kurang daripada
9 markah, 21 orang pelajar (61.7%) mendapat 9 hingga 14 markah manakala seorang pelajar
(3.1%) mendapat markah 15 hingga 17 . Dapatan ini amat mendukacitakan kami. Pelajar
berkenaan dikenalpasti kurang berkemahiran menjawab soalan berkaitan dengan topik
‘Graphs of Functions”.

5
5.4 TINDAKAN YANG DIJALANKAN

5.4.1 Pendedahan kaedah “TND” .


Kumpulan sasaran diperkenalkan kepada kaedah “Tick & Draw”.(TND)

3.2 Klinik matematik


Pelajar-pelajar diberi 5 soalan kertas 2 yang melibatkan ‘Graphs of Functions” dan
dikehendaki menjawab pada kertas graf.

3.3 Instrumen dan langkah-langkah pemerhatian


a) Kajian tindakan ini dilaksanakan selama empat minggu bermula 18 April
2008 sehingga 16 Mei 2008 dengan anggaran masa pengurusannya selama lapan
jam .
b) Kami memperuntukkan dua jam seminggu di dalam memberi bimbingan
kepada kumpulan sasaran di luar waktu pengajaran dan pembelajaran.
c) Pemerhatian dibuat bagi menilai keberkesanan aktiviti yang dijalankan.
Pemerhatian dijalankan oleh guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran,
melalui semakan kerja rumah, latihan bertulis dan ujian pra.
d) Soal selidik juga dijalankan terhadap kumpulan sasaran. Borang soal
selidik diedarkan kepada pelajar dan mereka di ingatkan agar menjawab secara
jujur dan tertutup.
e) Temubual dijalankan kepada kesemua pelajar kumpulan sasaran untuk
mendapat respon pelajar terhadap mata pelajaran matematik dan kemahiran
melukis graf.
f) Ujian pra diberi kepada kumpulan sasaran di peringkat awal kajian dan
ujian post diberi selepas selesai aktiviti. Ujian Pra dan Post dianalisa bagi
mengetahui perubahan prestasi pelajar. Ujian Pra dan Post mengandungi 5 soalan
yang melibatkan melukis graf fungsi berdasarkan jadual. Soalan ujian pra adalah
sama dengan soalan ujian post.

4.5 PERLAKSANAAN TINDAKAN DAN PEMERHATIAN / PENILAIAN


4.1 Pelaksanaan Tindakan
Kumpulan sasaran diperkenalkan kepada kaedah “TND”

Langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran adalah seperti berikut:

Guru menunjuk ajar kaedah “TND” dengan memberi beberapa contoh seperti
ditunjukkan di bawah:

Use the graph paper provided to answer this question.

Table 1 shows the values of two variables, x and y, of a function.

x -3 -2 -1 0 1 2 3
y -5 0 3 4 3 0 -5
Draw the graph of the function using a scale of 2 cm to 1 unit on the x-axis

6
and 2 cm to 1 unit on the y-axis.

A. i. Cari nilai x tertinggi dari jadual


X- 2cm : 1 unit
(Nilai x tertinggi ialah 4)
Y- 2cm : 1 unit
ii. Dengan membilang dari kanan
kenalpasti kedudukan nilai bagi
paksi x berpandukan skala diberi.

iii. Lukiskan paksi y dan tulis nilai bagi paksi y


dari atas ke bawah berpandukan skala diberi.

7
B. Lukiskan paksi x dan
lengkapkan nilai kedua-dua paksi X- 2cm : 1 unit
berpandukan skala diberi. Y- 2cm : 1 unit

8
C. Plotkan semua titik . X- 2cm : 1 unit
Y- 2cm : 1 unit

9
X- 2cm : 1 unit
D. Sambungkan semua titik
Y- 2cm : 1 unit
dengan melukis secara “freehand”

10
4.2 Dapatan Kajian

Pada awal kajian didapati pelajar mempunyai pandangan yang pasif terhadap topik
ataupun kemahiran tertentu. Guru juga terpaksa menghadapi kekangan dari segi masa
serta sukatan yang perlu dihabiskan bagi menyediakan pelajar untuk menduduki
peperiksaan. Disamping itu pengajaran yang berpusatkan kepada guru turut
menyumbang kepada kelemahan pelajar dalam menguasai sesuatu kemahiran dalam
matematik. Berdasarkan maklumat ujian pra yang diberikan kepada pelajar adalah
didapati bahawa pelajar memang mempunyai kelemahan sebagaimana yang
dinyatakan dibawah :

• Tidak dapat menentukan skala (scale) bagi paksi x dan paksi y dengan tepat.
• Tidak dapat menentukan kedudukan nilai pada paksi dengan tepat dan cepat.
• Gagal mengenalpasti bentuk graf bagi fungsi yang diberi
• Tidak mahir melakukan gantian nilai x bagi mencari nilai y
• Gagal menentukan pintasan y atau pintasan x bagi fungsi yang diberi

Sepanjang pengajaran dan pembelajaran didapati murid mudah menerima pakai


kaedah “TND’ sekaligus menjadikan suasana kelas yang ceria dan aktif . Pelajar mula
menunjukkan sikap bersungguh-sungguh terhadap subjek matematik. Pelajar
menampakkan sikap bertanggungjawab dalam menyelesaikan tugasan yang diberi.
Pelajar mempunyai lebih ruang untuk berinteraksi dengan guru dan rakan seterusnya
dapat meningkatkan keyakinan pelajar untuk belajar. Peningkatan prestasi pelajar
yang sangat baik dikesan dalam ujian post, didapati kaedah “TND” yang dijalankan
ini telah memberi impak yang sangat baik kepada pelajar seterusnya meningkatkan
penguasaan kemahiran berkaitan dengan graf.

11
Jadual 3.Perbandingan Pencapaian Pelajar Antara Ujian Post
dan Ujian Pra

UJIAN PRA UJIAN POST


KELAS
PENCAPAIAN
MARKAH
BILANGAN BILANGAN
18-20 0 10
CEMERLANG
15-17 1 15
12-14 9 5
BAIK
9-11 12 4
6-8 7 0
3-5 5 0 LEMAH
0-2 0 0
JUMLAH
34 34
PELAJAR

Berdasarkan Jadual 3 , didapati 25 orang pelajar (44.1%) mendapat markah lebih


daripada 14 iaitu terdapat peningkatan sebanyak 41 % pelajar kategori cemerlang.
Manakala 9 orang pelajar (26.5%) yang mendapat markah 9 hingga 14.
Pengurangan peratus ini disebabkan oleh peningkatan pencapaian 25 orang pelajar
(61.7%) melonjak ke tahap cemerlang selepas mengikuti program ini berbanding
dalam ujian pra. Begitu juga dengan 12 orang pelajar (35.2% ) yang dahulunya
lemah dalam ujian pra telahpun menunjukkan peningkatan dengan pencapaian baik.

12
Graf 1.Perbandingan Pencapaian individu

16

14
Berdasarkan graf 1 di atas, peningkatan sebanyak 100% iaitu semua pelajar telah
menunjukkan pencapaian yang sangat baik..

5.6 Refleksi Kajian

13
Berdasarkan pemerhatian guru, kumpulan sasaran telah menunjukkan minat melukis graf
dengan menggunakan kaedah “TND” ini. Tambahan pula dengan Klinik Matematik yang
dijalankan selama 2 jam seminggu dan program 5 minit ‘Graphs of Functions” telah memberi
pengukuhan kepada kumpulan sasaran.Berdasarkan soal selidik dan ujian post,kami
berpendapat kaedah ini boleh di laksanakan dalam skop atau kelompok pelajar yang lebih
besar lagi.

6.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA

Kami berpendapat dengan pendedahan kaedah “TND” dalam penyelesaian ‘Graphs of


Functions” telah menyuntik semangat di kalangan kumpulan sasaran untuk mendapatkan
jawapan yang betul. Pelajar terlibat telah menunjukkan usaha yang bersungguh-sungguh dan
sangat berminat kepada pengajaran guru.Ini terbukti setelah guru selesai menunjukkan
kaedah “TND”, pelajar terlibat lebih banyak melakukan tugasan secara bersendirian.
Peningkatan pencapaian dalam ujian post menunjukkan bahawa kaedah ini sesuai
dilaksanakan didalam pengajaran secara kelas ataupun ekposisi. Kami amat gembira terhadap
pencapaian pelajar-pelajar sasaran ini. Memandangkan kaedah yang digunakan oleh pelajar
sasaran telah menunjukkan pencapaian yang memberangsangkan, maka kami bercadang
untuk mengaplikasikan kaedah ini kepada semua pelajar Tingkatan 3 yang lain di sekolah
kami bagi membantu meningkatkan kemahiran melukis graf.
Berdasarkan kepada kajian yang telah dijalankan, kami mencadangkan beberapa perkara
seperti berikut :

• Hasil dari kajian ini diharapkan dapat menjadi maklum balas bagi guru-guru yang agar
mereka dapat mengenalpasti masalah yang timbul dan dihadapi oleh murid-murid
mereka dan berusaha mencari jalan penyelesaian atau pendekatan yang sesuai sebelum
murid-murid mereka menghadapi Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah ( PMR)..
• Walaupun dasar pendidikan menetapkan pengajaran dan pembelajaran didalam
bahasa inggeris, bahasa yang mudah serta senang di ingat adalah sangat penting dalam
penyampaian didalam kelas.

• Bahasa yang bersesuaian dengan latar belakang pelajar amat bermakna sebagai satu
pendekatan teutamanya dalam penyampaian ilmu adalah aspek yang perlu
dipertimbangan semasa pengajaran dan pembelajaran.

• Bagi konsep atau kemahiran yang terlalu lemah perlulah diperbanyakkan aktiviti
latihtubi. Latihan-latihan ini haruslah dipelbagaikan agar dapat mengukuhkan lagi

14
kemahiran pelajar.

• Kajian ini dihadkan kepada pelajar tingkatan 3 sahaja. Kajian yang sama juga dapat
dilakukan kepada pelajar lain di sekolah menengah bagi menentukan tahap penguasaan
mereka terhadap sesuatu konsep atau kemahiran.

• Kaedah “TND” ini boleh juga diaplikasikan di dalam matapelajaran matematik


tingkatan empat atau lima bagi topik-topik yang berkaitan dengan graf.

Guru matematik mesti peka terhadap masalah pembelajaran yang dihadapi oleh pelajar-
pelajar mereka. Ada kemungkinan ramai lagi pelajar lain di negeri ini atau di negara kita
yang menghadapi masalah yang sama. Perlu diingatkan juga kaedah ini bukanlah yang
terbaik tetapi ianya adalah salah satu pendekatan yang difikirkan oleh kami sesuai yang
dilaksanakan dalam kelas

BIBLIOGRAFI

Foong Thai Hong.(1984,September).Fahaman yang KukuhTentang Matematik dan Masalah yang


Berkaitan,jurnal Pendidikan,65,49-51.
Kementerian Pendidikan Malaysia.(2006).Huraian Sukatan Matematik
Tingkatan 3 .Kuala Lumpur :Dewan Bahasa dan Pustaka.

Noor Shah Saad(2001)Teori Dan Perkaedahan Pendidikan Matematik,Petaling


Jaya,Penerbitan Prentice Hall Pearson Education Sdn Bhd.

Tee Hock Tian, 2008, Perspective Cemerlang Mathematics KBSM, :Penerbitan Cemerlang
Publication Sdn. Bhd

15