Anda di halaman 1dari 6

Matlamat

Kaedah

permainan

bahasa

mempunyai

matlamat

dan

tujuan

dalam

melaksanakannya. Kaedah permainan bahasa merupakan salah satu instrumen


yang penting dalam menggarap matlamat pendidikan. Antara tujuan permainan
bahasa diadaptasikan dalam pengajaran dan pembelajarn adalah seperti berikut :

Mewujudkan senario pembelajaran yang berlainan daripada Pengajaran dan

pembelajaran biasa.
Murid diberi peluang untuk menggunakan bahasa sebagai alat perantaraan

bertutur semasa bermain.


Memberi peluang kepada murid untuk menambahkan lagi perbendaharaan

kata mereka.
Mewujudkan suasana pembelajaran yang efisyen. Iaitu Murid dapat
berinteraksi antara satu sama lain tanpa rasa malu atau segan dan
menimbulkan minat untuk bekerjasama dalam satu kumpulan atau pasukan di

dalam mana-mana aktiviti yang akan dijalankan.


Guru mempelbagaikan teknik-teknik di dalam pengajaran dan pembelajaran

bahasa supaya ia lebih menarik dan berkesan.


Naluri ingin tahu dan bermain adalah sesuatu yang bersifat ( natural)
semulajadi di kalangan murid. Jesteru itu, dengan pendekatan permainan
bahasa diharap suasana pembelajaran akan menjadi lebih menyeronokan dan

menyenangkan murid.
Aktiviti bahasa akan dapat mengukuhkan lagi isi pelajaran dan memberi

peluang kepada murid mengapliksikannya di dalam situasi yang pelbagai.


Aktiviti permainan merupakan salah satu contoh kepada guru untuk

membentuk suasana pengajaran yang lebih mencabar.


Membolehkan murid memperolehi ilmu pengetahuan (knowledge) melalui
pelbagai instrumen seperti melalui proses pemerhatian, perbandingan dan
pembinaan.

Objektif
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah permainan ini juga
mempunyai beberapa objektifnya yang tersendiri. Antara objektif tersebut ialah ;

Merangsang Interaksi Verbal Murid.


Di dalam permainan yang telah dipilih, murid akan diminta bercakap atau
mempraktikkan ungkapan-ungkapan tertentu. Disamping itu, mereka juga

diminta memberi kerjasama kepada guru di dalam menjayakan permainan


bahasa yang akan dilaksanakan dalam Pengajaran dan pembelajaran. Oleh
yang demikian, semua pelajar perlulah terlibat secara aktif. Guru perlu
memberi rangsangan dan dorongan kepada murid sehingga mereka terasa
sumbangan mereka dihargai dan diperlukan di dalam kumpulan. Mereka juga
akan bersedia apabila diminta bercakap mengenai sesuatu tajuk. Semua
murid akan mengambil bahagian dan saling berkomunikasi antara satu sama
lain di dalam kumpulan. Keadaan sedemikian akan menghasilkan suatu
suasana pembelajaran yang lebih menarik dan berpusat kepada murid. Guru
berperanan sebagai pemudahcara dan mengawal disiplin bilik darjah supaya

proses pembelajaran berjalan dengan lancar dan berkesan.


Menambah Kefasihan dan Kefahaman.
Jenis permainan yang dipilih seharusnya mempunyai matlamat dan objektif
iaitu

mempertingkatkan

kelancaran

dan

kefasihan

berbahasa

serta

menambahkan keyakinan diri. Bahasa yang digunakan di dalam sesuatu


permainan itu tidak seharusnya terhad kepada beberapa struktur ayat sahaja,
bahkan fungsi berbahasa juga boleh dijalankan dalam berbagai peringkat
kerumitan berbahasa. Permainan yang mengandungi kegiatan-kegiatan yang
memberi arahan misalnya boleh dimainkan kepada semua peringkat
bergantung kepada pengetahuan berbahasa dan kefasihan tertentu murid.
Murid biasanya akan menjadi lebih seronok apabila berhadapan dengan
kaedah permainan yang mencabar. Secara tidak langsung mereka akan
menyedari

kebolehan

dan

keupayaan

mereka

berbahasa

dengan

menggunakan bahasa yang telah mereka pelajari. Pada waktu yang sama,

guru peranan sebagai pemberi maklumat bahasa.


Bertindak sebagai alat mengikis bosan.
Perasaan bosan atau jemu adalah salah satu sifat yang normal bagi seorang
guru. Begitu juga kepada murid. Mereka akan menjadi lekas bosan, jemu,
mengantuk dan lapar apabila menjelangnya waktu tengahari. Apabila berada
dalam situasi sebegini seorang guru yang cuba menyampaikan maklumat
atau info terutamanya yang berkaitan dengan pengetahuan tatabahasa
ataupun aspek berbahasa yang lain akan menghadapi masalah. Ini kerana
suasana pada waktu itu amat menjemukan dan membosankan murid. Oleh
yang demikian sebagai langkah altenatif kepada permasalahan ini, satu aktiviti

pembelajaran yang berbentuk permainan amat sesuai sekali digunakan

sebagai satu teknik pengajaran yang berkesan dan reliven pada waktu itu.
Alat Pemulihan, Pengukuhan dan Pengayaan
Pendekatan permainan amat sesuai sebagai instrument pemulihan,
pengukuhan dan pengayaan. Jika dilihat kepada ciri-cirinya, pemainan bahasa
dapat membantu kumpulan murid yang lemah dari aspek Intelligent Quality
(IQ) untuk memahami pendekatan proses pembelajaran. Kumpulan murid
yang bermasalah di dalam akademik juga boleh diatasi dengan pendekatan
permainan bahasa. Mereka mungkin menghadapi masalah pengamatan,
pendengaran, penangkulan atau recall review dan hafazan akan dapat diatasi
sedikit demi sedikit dengan melibatkan mereka di dalam aktiviti-aktiviti yang
bercorak permainan.

Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Rancangan Kurikulum Sekolah Menengah


KBSM (1998) juga telah menyenaraikan beberapa objektif permainan bahasa melalui
pengajaran dan pembelajaran. Antaranya :

Untuk mengukuhkan lagi kecekapan berbahasa dan kemahiran mendengar,

bertutur, membaca dan menulis.


Untuk membolehkan pelajar menguasai kemahiran berbahasa tertentu

mengikut keupayaan mereka.


Untuk mengukuhkan lagi isi pelajaran dan memberi peluang kepada pelajar

menggunakan bahasa yang diajar.


Untuk memperluas dan memperkaya pengetahuan dan pengalaman pelajar

dalam bidang bahasa.


Untuk berinteraksi secara tidak formal melalui aktiviti-aktiviti yang telah

disediakan sama ada melalui perbicangan atau perbualan semasa bermain.


Memupuk sikap bekerjasama, toleransi, berdisiplin, sabar dan amanah.

Ciri-ciri Permainan Bahasa


Sebelum melaksanakan pendekatan permainan bahasa dalam proses pengajaran
dan pembelajaran, seseorang guru haruslah mengetahui tahap dan kebolehan IQ
dan EQ murid yang akan diajar bagi memastikan set permainan bahasa yang bakal
diajar nanti tidak membosankan atau menjemukan murid. Hal ini kerana tahap
pemikiran dan kebolehan setiap murid adalah berbeza. Permainan bahasa ini lebih

kepada proses pengukuhan dan pengayaan bagi murid yang mempunyai tahap
pemikiran cerdas dan pintar. Sebaliknya bagi murid-murid yang lemah IQ, ianya
merupakan satu teknik pemulihan untuk membantu mereka memahami proses
pembelajaran. Permainan bahasa ini haruslah dilaksanakan sebaik sahaja guru
mengajar murid-murid. Ia mesti dilaksanakan bagi mengukuhkan lagi ingatan dan
memupuk minat murid terhadap pembelajaran tersebut. Antara ciri-ciri permainan
bahasa yang baik adalah seperti berikut:

Ciri-ciri umum
o Gambar-gambar untuk permainan hendaklah terang dan senang
difahami.
o Arahan dan peraturan permainan hendaklah jelas dan dapat dipatuhi.
o Pelajar yang pandai dan berkebolehan akan membantu guru membaca
arahan-arahan permainan.
o Jika permainan itu mengunakan kad, sila pastikan ia senang dan
mudah dikendalikan, dan perkataan yang tertulis hendaklah terang dan
mudah difahami dan dibaca.
o Beri perhatian kepada pelajar yang sentiasa tewas dalam permainan.
Beri peluang kepadanya sebagai pemerhati untuk jangkamasa yang
tertentu.
o Pastikan permainan itu mempunyai objektif yag hendak dicapai.
o Sebaiknya alat BBM (Bahan Bantu Mengajar) disediakan sendiri oleh
guru terbabit. Apa yang penting alat-alat tersebut memenuhi fungsi dan
mencapai matlamat.
o Hentikan permainan anda ketika pelajar masih lagi terasa seronok
dengan permainan itu. Ini penting supaya pelajar tidak jemu untuk
permainan seterusnya.

Ciri-ciri Khusus
o Dapat mengukuh dan meningkatkan penggunan bahasa seperti
penguasaan empat kemahiran berbahasa iaitu kemahiran mendengar,
bertutur, membaca dan menulis.
o Mempunyai rangsangan dan bahan yang menarik.
o Memberi peluang kepada pelajar untuk berinteraksi antara pelajar
dengan pelajar, pelajar dengan guru dan tindak balas pelajar dengan
bahan.
o Dapat merangsang pelajar bertidak balas secara aktif dan positif.
o Melibatkan pelajar secara aktif sama ada dalam kumpulan atau kelas.
o Mempunyai arahan dan peraturan yang jelas.

o Mencabar dan menggalakkan pelajar untuk berfikir secara rasional dan


kritis.
o Permainan bahasa menyediakan aktiviti ke arah memupuk sikap-sikap
positif seperti bekerjasama,berdisiplin, dan berkepimpinan di kalangan
pelajar.

Kesan-kesan pengunaan kaedah Permainan Bahasa


Kesan-kesan pengunaan kaedah permainan bahasa ke atas murid sekolah
kebangsaan dilihat dari dua aspek. Pertama kesan positif dan kedua kesan negatif.
Kesan Positif ;

Murid lebih bermotivasi untuk mengikuti topik yang diajar.


Lebih menyeronokkan dan pembelajaran lebih ceria.
Murid mempunyai tahap keyakinan diri yang tinggi dan berani mencuba

sesuatu yang baru.


Empat kemahiran berbahasa iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca

dan menulis dapat dilaksanakan dalam masa yang singkat.


Dapat memupuk nilai-nilai murni dan sikap-sikap positif seperti bekerjsama,
berdisiplin, dan berkepimpinan di kalangan pelajar.

Kesan negatif

Permainan

melaksanakannya kerana peruntukan masa yang terhad.


Murid terlalu leka dengan permainan dan pertandingan sehingga objektif

tidak mencapai sasaran sepenuhnya.


Sukar mengawal kelas. Murid akan membuat bising dan mengganggu

proses pembelajaran di bilik sebelah.


Set permainan adakalanya tidak bersesuaian dengan tahap IQ murid.
Sukar mendapat alat BBM yang menarik di pasaran kalau ada pun harga

terlalu mahal.
Masalah kewangan untuk membeli bahan atau alat permainan yang siap di

pasaran.
Alat BBM yang dibina hanya sesuai untuk satu permainan sahaja.

memakan

masa

yang

panjang.

Guru

sukar

untuk

Kekurangan tempat untuk menyimpan alat permainan dengan selamat.