Anda di halaman 1dari 3

PENULIS KRITIKAN TARI

CHOY SU-LING
Miss Choy adalah pengasas kepada Asia Dance Magazine dan Perunding Urusan bagi
Pixarus Communications Sdn Bhd. Beliau juga adalah pengkritik tari (freelanch) bagi
Malaysian Daily The Star semenjak tahun 2003, penulis blog tari (http://break-aleg.blogspot.com) sejak 2005, National Endowment for the Arts (NEA) Fellow of the
Institute of Dance Criticism, Duke University, American Dance Festival (2005), Ketua
Pengurusan dan Promosi bagi MyDance Alliance semenjak 2009 dan ahli World Dance
Alliance. Beliau belajar Tap dan Jazz di Federal Academy of Ballet) dan tarian tradisional
Melayu (KESUMA, University Malaya) dan bermain di zhi (seruling Cina) untuk Classical
Chinese Orchestra, Universiti Malaya. Beliau berkelulusan Ijazah Kesenian (kepujian) dalam
Sains Sosial (Pengajian Major Media dan Minor Seni Persembahan, 1999) di Universiti
Malaya, an MBA (E-Commerce ; 2001) dari Charles Sturt University, Australia dan sekarang
adalah calon PhD dengan Universiti Malaya.

Pada masa ini, kritikan tari adalah sesuatu yang sukar kita dapati dalam bentuk
penulisan. Individu boleh mengkritik, memuji dan mengutuk dalam bahasa mulut tetapi tidak
semestinya di dalam penulisan. Ahli akademik boleh menulis kritikan tari tetapi keutamaan
mereka adalah pada penyelidikan dan pengembangan pengetahuan. Penari juga boleh menulis
kritikan tari tetapi keutamaannya pastilah mengkoreografi tari dan menari.
Di Malaysia, pengkritik tari hampir tidak diketahui. Punca utamanya mungkin kerana
kurangnya akademik dalam tari dan penulisan tari. Jadi, tiada siapa yang dirasakan layak
untuk betul-betul menulis kritikan tari. Bila bercakap soal tari, pastinya ramai yang lebih
memikirkan persembahan, gerakan dan lagu sahaja berbanding penulisan tentang kritikan
tari. Dapat dilihat, negara-negara luar mempunyai ramai penulis kritikan tari berbanding
negara Malaysia.
Seorang penulis kritik tari perlu merasai sendiri perasaan menari dan mengkoreografi
agar lebih menghargai. Menari dan mencipta tarian tidaklah semudah yang disangkakan.
Latar belakang dalam tarian adalah sangat diperlukan. Walaupun itu tidak menjamin
seseorang menulis dengan baik, tetapi ia dapat melatih seseorang itu menangkap dan
membaca pergerakan dalam tari. Pengkritik tari perlu cekap dalam menggunakan segala
deria. Melihat pergerakan itu dengan jelas, mengingati apa yang dilihat , dan akhirnya
menerangkan apa yang dilihat dengan cara yang akan dapat difahami oleh pembaca adalah
cabaran dalam kritikan tari. Bukan senang untuk menjadi penulis kritikan tari. Seseorang
penulis kritikan tari perlulah mempunyai akademik dalam tari juga pengalaman
mengkoreografi dan menari agar kritikan yang dibuat lebih tepat serta rasional.
Kekurangan kritikan tari di Malaysia juga adalah berpunca daripada tiadanya
penerbitan yang tetap dalam kritikan tari. Ditambah lagi jurusan akademik penulisan tari
yang tidak banyak ditawarkan oleh institusi-institusi di Malaysia.

Ini menyebabkan seolah ada lompang dalam bidang kritikan tari ini. Saya cuba
mengumpulkan dan mencari penulis kritikan tari di Malaysia tetapi hanya Miss Choy SuLing yang saya jumpa. Ini menunjukkan bahawa boleh dikatakan hampir tiada pengkritik tari
yang benar-benar menulis jika hendak dibandingkan dengan penduduk Malaysia dengan Miss
Choy, pengkritik tari yang satu ini. Bagi pendapat saya, kritikan tari juga penting dalam
memperkembangkan industri tari. Ini bagi membuka mata rakyat dalam melihat aspek seni
pergerakan itu sendiri. Dengan kritikan tari juga, sesebuah tari dapat dinilai dan seolah
dihargai. Bidang penulisan kritikan tari perlulah lebih diberi pendedahan kepada rakyat,
tambahan lagi kepada mereka yang mempunyai minat mendalam terhadapa dunia tari.
Mereka ini pastinya lebih peka dan dapat melihat setiap sisi sebuah persembahan tari. Oleh
yang demikian, mereka ini hanya perlu digilap dan dilatih untuk mengkritik di dalam
penulisan.

Beri Nilai