Anda di halaman 1dari 5

Skrip Pengacara Majlis : Izzat Nasir

2015

SKRIP PENGACARA MAJLIS


SAMBUTAN HARI GURU
GURU MEMBINA ILMU, MENYEMPURNAKAN AKHLAK
SK SUNGAI RENGIT, PENGERANG

1.
2.
3.
4.

ATURCARA
BACAAN YASIN
SUKAN
DAN
PERMAINAN
JAMUAN
PERARAKAN MASUK
GURU - GURU

TEKS

Hadirin sekalian, Sambutan Hari Guru Peringkat SK Sungai Rengit 2015


bertemakan Hitam-hitam si tampok manggis, putih-putih melati akan
dimulakan dengan perarakan masuk guru-guru SK Sungai Rengit yang
disayangi.
Inilah barisan guru-guru Sk Sungai Rengit yang dikasihi dan disayangi.
Kami sayang cikgu.
Terima kasih diucapkan kepada barisan pengawas dan guru-guru SK
Sungai Rengit yang dikasihi sekalian.

5. UCAPAN
ALUAN
PENGERUSI MAJLIS

Bismillahhirrahmanirrahim....
Assalamualaikum wbt. , Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia dan Salam
Muafakat Johor.
Alhamdulillahirabbilalamin,
wassalatuwassalamuala
anbiyaiwalmursalin, waala alihi wasahbihi ajmain.
Melayang serindit di atas permatang,
Merbah berkicau di hujung muara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal BismilLah pembuka bicara.
Dari Raub pergi ke Pontian,
Terus pula ke Tanjung Bidara,
Harap semua berikan perhatian,
Mohon saya mulakan acara.
Yang berbahagia Pn. Zaharah binti Awang, Guru Besar SKSR,
Yang Berusaha, Pn Junaidah binti Sulaiman GPK Ko Kurikulum,
Yang dihormati guru-guru SKSR,
ahli-ahli jawatankuasa PIBG SKSR,
para pengawas dan pustakawan, pemimpin-pemimpin kecil,
serta murid-murid SKSR yang dikasihi sekalian.

ashrafil

Skrip Pengacara Majlis : Izzat Nasir

2015

Buat pertama-tamanya dan selama-lamanya, marilah kita bersama-sama


merafakkan setiinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Illahi kerana dengan
limpah rahmat, taufiq, dan hidayahNya, dapatlah kita bersama-sama
berhimpun dalam majlis penuh barakah ini untuk kita sama-sama raikan
guru-guru kita dalam Sambutan Hari Guru Peringkat SK Sungai Rengit
2015 Guru membina ilmu, menyempurnakan akhlak
Menyemat butang kami siapkan,
Akhirnya tangan memecah jari,
Selamat Hari Guru kami ucapkan,
Buat guru yang kami ingati.
Tanggal 16 Mei setiap tahun merupakan hari yang istimewa yang
didedikasikan khas untuk warga pendidik di bumi Malaysia. Hari inilah
yang dipanggil Hari Guru iaitu hari yang dipilih untuk meraikan guru-guru
yang bekerja dengan seikhlas hati, berkorban tenaga dan masa untuk
memastikan kecemerlangan jasmani, emosi, rohani, intelek, dan spiritual
generasi demi generasi pelapis anak bangsa. Maka, pada hari ini kita
semua akan meraikan guru-guru di SKSR yang kita sayangi ini dengan
Sambutan Hari Guru Peringkat SKSR tahun 2015.Seterusnya, pihak
jawatankuasa pengelola majlis juga mengharapkan dan berdoa agar majlis
ini berjalan dengan lancar di bawah lindungan barakah Allah S.W.T.
InsyaAllah.
6. BACAAN DOA

Sirih hijau puaka rimba,


Bayu berpuput meniup kalbu,
Doa dipohon rahmat dipinta,
Selayang doa pada Yang Satu
Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna
ini, pihak majlis dengan sukacitanya menjemput dan mempersilakan AlFadhil Al-Ustaz Muizzuddin bin Mohd Zuhali untuk memimpin bacaan doa.
Dipersilakan.
************************************************************************************
Aamiin, ya robbal aalamin...
Majlis merakamkan ribuan terima kasih Al-Fadhil Al-Ustaz Muizzuddin bin
Mohd Zuhali atas bacaan doa itu tadi.

7. NYANYIAN LAGU

8. UCAPAN WAKIL MURID

Hadirin sekalian,
Seterusnya, kita akan sama-sama menyanyikan lagu Bangsa Johor dan
Lagu Sekolah. Hadirin diminta berdiri dan menyanyikan lagu dengan
penuh semangat.
Majlis kita pada pagi ini diteruskan lagi dengan menjemput
. selaku wakil murid SKSR untuk

Skrip Pengacara Majlis : Izzat Nasir

2015

menyampaikan ucapan.
>>>>
Majlis
merakamkan
jutaan
terima
kasih
kepada
. atas ucapan yang amat bermakna
sebentar tadi.
9. BACAAN PERUTUSAN

Bagi meneruskan lagi majlis kita pada hari ini, majlis dengan segala
hormatnya
menjemput
...........................................................,
(................................................................) untuk membacakan perutusan
Hari Guru daripada Pengarah Pelajaran Negeri Johor. Dengan segala
hormatnya, dipersilakan.
Majlis
merakamkan
ribuan
terima
kasih
kepada
...........................................................,
(.......................................................) atas pembacaan perutusan itu tadi.
Seterusnya,
dipersilakan
pula
.......................................................................,
(.................................................................) untuk membacakan perutusan
Hari Guru daripada Tan Sri Muhyiddin b Yassin, Menteri Pelajaran
Malaysia. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
Majlis
merakamkan
ribuan
terima
kasih
kepada
...........................................................,
(.......................................................) atas pembacaan perutusan itu tadi.

10.

BACAAN IKRAR

Seterusnya, majlis mempersilakan En Mohd Nasrul Hanif bin Mohd Noor


untuk memimpin bacaan ikrar. Dipersilakan
Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada En Mohd Nasrul Hanif bin
Mohd Noor atas bacaan ikrar itu tadi.

11.UCAPAN GURU BESAR

Emas sutera penghias diri,


Untuk wanita bukan lelaki,
Ucapan guru besar penuh inspirasi,
Jadikan pedoman di dalam diri.
Hadirin dan hadirat sekalian,
Aturcara majlis kita pada tengahari ini diteruskan lagi dengan menjemput
dan mempersilakan Yang berbahagia Pn. Zaharah binti Awang, Guru
Besar SKSR untuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan penuh takzim
mempersilakan.

>>>> Jutaaan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Yang
berbahagia Pn. Zaharah binti Awang, Guru Besar SKSR atas ucapan

Skrip Pengacara Majlis : Izzat Nasir

2015

beliau sebentar tadi.


12.
PERSEMBAHAN
GURU

13. PENYAMPAIAN
CENDERAHATI

Hadirin sekalian, majlis seterusnya menjemput semua guru-guru SKSR


untuk naik ke atas pentas untuk bersama-sama menyanyikan lagu Guru
Malaysia dan lagu Warisan
>>>> Pihak majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada semua guruguru SKSR atas nyanyian yang begitu bersemangat itu tadi.
Bintang-bintang terbit pagi,
Di selaput oleh awan putih,
Tuan sudi datang kemari,
Salam dihulur penuh kasih.
Hadirin dan hadirat sekalian,
Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderahati.
bagi
menyempurnakannya,
majlis
menjemput
dan
mempersilakan ..............................., untuk mengiringi ................................
Dipersilakan
Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha ............................... di atas
kesudian menyampaikan cenderahati sebentar tadi.

14. PENUTUP

Habis tak manis buah mengkudu,


Mengkudu hidup di kelam hutan,
Payahlah hati perih merindu,
Hati merindu menyeberang lautan
Itulah ratna batu permata,
Cantik dilekat buluh perindu,
Itulah makna jauh di mata,
Namun dekat hati merindu.
Khas buatmu guru-guru SKSR yang kami sayangi.
>> Luhurnya budi seorang pendidik, besarnya pengorbanan yang telah
tercurah, tiada pernah mengeluh atas bebanan tugasnya. Itulah pendidik
sebenar.
Wahai ayahanda,
Di tanah gemilang ini,
kita menyulam kasih dan sayang,
bait-bait katamu, dalam mendidik kami,
penuh makrifat dan santunnya.

Aduhai bonda,
Di buana cemerlang ini,

Skrip Pengacara Majlis : Izzat Nasir

2015

kami sering menagih perhatianmu,


mengharapkan lembut tanganmu,
memimpin kami ke alam yang lebih terbilang,
Ayahanda dan bonda tercinta,
Di hari bertuah ini,
Kami titipkan serangkai doa,
Agar kalian sentiasa berada di bawah lembayung cintaNya
Sepanjang hayat,
InsyaAllah.
Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian,
Tuan puteri tersenyum-senyum,
Melihat mempelai direnjis dipilis,
Senyum-senyum jangan tak senyum,
Sudah kita di penghujung Majlis.
Saya mewakili pihak pengelola majlis, ingin mengucapkan ucapan rasa
syukur dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat di dalam
menjayakan majlis kita pada hari ini sama ada secara langsung mahupun
tidak langsung.
Semoga guru-guru terus sukses dalam apa jua yang dilakukan dan
sentiasa dipelihara kesihatannya serta dilindungi oleh Allah S.W.T.
Di kesempatan ini, kami ingin memohon ribuan kemaafan andai ada khilaf
dan silap sepanjang mengacarakan majlis ini.
Pergi ke dusun memetik kelapa,
Kelapa muda si kelapa barli,
Jari disusun maaf dipinta,
Panjang usia bersua kembali.
Marilah sama-sama kita akhiri Majlis pada hari ini dengan membaca tasbih
kaffarah dan surah al Asr.

Anda mungkin juga menyukai