Anda di halaman 1dari 1

PERATURAN PENJAGAAN BUKU TEKS

PINJAMAN KERAJAAN

Umumnya, buku teks pinjaman mestilah dijaga dengan baik dan dibalut
dengan plastik lutsinar secara kemas.
Murid tidak dibenarkan menconteng atau merosakkan buku tek s pinjaman.
Ruang nama peminjaman mesti dilengkapkan dengan tepat dan betul.
Buku teks yang rosak hendaklah dibaikpulih sekiranya masih boleh
diselamatkan.

Mengganti balik buku teks yang hilang.

Tidak meninggalkan buku teks di merata-rata tempat, di bilik


darjah,kantin, dewan makan, tanpa pengawasan atau jagaan.

Sekiranya gagal menggantikan buku teks pinjaman yang hilang atau


rosak, maka urusan peminjaman tahun berikutnya akan mengalami
gangguan.

Menuntut segera buku teks yang dipercayai hilang / ditemui /


dirampas sekiranya ada, yang disimpan di BOSS.
Membawa buku teks ke sekolah sewaktu mata pelajaran berkenaan
dijalankan .
Tidak memberi pinjam kepada pelajar lain.
Memulangkan buku teks tepat pada tempoh masa yang ditetapkan.
Tidak merosakkan barcode yang ada pada buku teks.
Pemeriksaan buku teks oleh pengurusan sekolah sentiasa diadakan
dan diutamakan bagi memastikan murid mematuhi prosedur
peminjaman buku teks.
Sekiranya murid ingin bertukar ke sekolah lain, maka ia perlu
dipulangkan terlebih dahulu seketika ke Unit SPBT sekolah asal
untuk direkodkan sebagai agihan ke sekolah lain dan perlu
mendapat surat persetujuan atau surat agihan dari pihak sekolah
asal.
Lain-lain yang ditetapkan kemudian.

Sebarang pertanyaan dan nasihat sila rujuk di BOSS. Terima kasih

Anda mungkin juga menyukai