Anda di halaman 1dari 14

ELM 3104

ISU-ISU MORAL DI MALAYSIA


TUGASAN 2
MASALAH PELACURAN DI MALAYSIA

Pelacuran bolehlah dianggap sebagai penjualan khidmat seksual seperti seks oral
atau hubungan seks yang biasanya untuk mendapatkan wang. Namun kadang-kadang
ianya juga dilakukan untuk mendapatkan dadah,barang kemas,makanan,ataupun apa-apa
sahaja tawaran yang dipersetujui secara bersama-sama antara pelacur dengan
pelangannya.
Lazimnya seseorang yang melacurkan diri disebut pelacur dan kebanyakkan pelacur
adalah perempuan.Namun wujud juga pelacur dalam kalangan lelaki yang biasanya
dipanggil gigolo dan sebagainya. Walau bagaimanapun,secara umumnya pelacuran diaggap
oleh kebanyakkan masyarakat di dunia sebagai satu kesalahan dari segi
agama,adat,budaya,dan undang-undang dalam kalangan masyarakat Malaysia.pelacuran
dipandang negatif,dan mereka yang menjual tubuh sering ini dianggap sebagai sampah
masyarakat yang paling hina.
Namun, ada juga dari kalangan anggota masyarakat di negara lain yang memuliakan
kerja-kerja pelacuran. Ianya pernah berlaku di barat yang mana masyarakat barat ketika itu
menganggap pelacur adalah platform untuk kaum lelaki menyalurkan kehendak nafsu yang
tidak dapat dikawal. Masyarakat di sana suatu ketika dahulu berpendapat, dengan adanya
golongan pelacur yang menawarkan khidmat seks ini, jenayah rogol yang berlaku akibat
kegagalan kaum lelaki untuk mengawal nafsu seksualnya akan dapat dikurangkan kerana
mereka sudah punyai saluran yang sah untuk menunaikan kehendak nafsu seksual mereka
itu.
Selain itu, pelacuran juga mempunyai kategori yang berbeza-beza walaupun secara
dasarnya mereka adalah sama iaitu bersama-sama menjual tubuh untuk mendapatkan
sesuatu faedah. Namun jika diteliti secara lebih mendalam,bukan semua pelacur itu
menerima sesiapa sahaja yang ingin melanggan perkhidmatannya.Bukan semua pelacur itu
menawarkan bayaran yang yang serupa dan rendah kepada pelanggan-pelanggannya.
Disini pun kita sudah melihat perbezaan dan kelainan setiap pelacur.-pelacur itu. Secara
kasarnya pelacur dapat dikelaskan kepada tujuh ketegori utama seperti bohsia,pelacur
kasar,pelacur jalanan,pelacur majikan,pelacur tukang urut,dan pelayan pusat
hiburan,pelacur bebas dan pelacur kehormat
1

ELM 3104
Jika dikaji dengan lebih teliti tentang aktiviti pelacuran ini,kebanyakkan pelacur
mempunyai sebab tersendiri mengapa mereka memilih menjadi pelacur sebagai punca
pendapatan mereka.Salah satu sebabnya ialah kerana faKtor kemiskinan.Kedesakan hidup
yang miskin terutamanya bagi mereka yang tinggal di kawasan bandar dan ketiadaan
pekerjaan untuk menampung hidup seharian memaksa mereka memilih untuk menjadi
pelacur sebagai jalan untuk mendapatkan kewangan bagi mengeluarkan diri dari belengu
kemiskinan dan melacurkan diri adalah pekerjaan yang mudah dapat bagi mereka yang
tiada kelulusan pelajaran yang tinggi.
Selain itu,terpedaya dengan sindiket pelacuran yang menyamar sebagai ejen
pekerjaan juga merupakan faktor seseorang itu terlibat dengan pelacuran terutamanya bagi
warga-warga asing.Dalang-dalang sindiket pelacuran atau lebih dikenali sebagai bapak
ayam,selalunya akan memujuk pelacur dengan tawaran pekerjaan yang baik seperti
pembantu rumah,pembantu kilang,dan lain-lain lagi dan apabila seseorang itu sudah
terpedaya dengan pujukan sindiket tersebut mereka akan dipaksa untuk melacurkan diri dan
mereka yang terjerat dengan sindiket ini tidak mampu untuk melarikan diri kerana mereka
dikawal dengan ketat oleh ahli-ahli sindiket pelacuran tersebut.
Selain itu,keinginan untuk menjadi kaya dengan cepat dan mudah juga menjadi
pendorong seseorang melibatkan diri dengan gejala perlacuran kerana upah yang diterima
setelah menjualkan diri kepada pelangan adalah lumayan.Mereka tidak perlu bersusah
payah membanting tulang untuk mendapatkan wang tetapi mereka hanya perlu melayan
nafsu pelanggan mereka dan mereka akan mendapat upah yang tinggi atas layanan yang
diberikan.maka tidak hairanlah jika para pelacur mampu memakai kereta mewah atau
barangan mewah kerana dalam satu malam sahaja mereka mampu memperoleh beratusratus ringgit
Sejarah kegiatan pelacuran di Malaysia dikatakan telah bermula seawal abad ke-18 lagi
iaitu apabila berlakunya kemasukan imigran-imigran dari China dan India secara besarbesaran untuk bekerja di lombong-lombong bijih timah dan juga ladang-ladang getah iaitu
sejak 1830-an lagi.Kehadiran imigran-imigran ini terutamanya buruh-buruh lelaki yang ramai
telah mengakibatkan galongan wanita semakin berkurangan daripada lelaki.Situasi ini telah
menyebabkan berlakunya penyeludupan golongan wanita dari luar negara secara besarbesaran bagi memenuhi permintaan yang tinggi terhadap golongan wanita terutamanya dari
segi tuntutan nafsu iaitu melalui aktiviti pelacuran.

ELM 3104

Kemasukkan imigran Cina ke Tanah Melayu membawa bersama-sama perempuan pelacur


untuk melayan para pekerja lombong

Kegiatan pelacuran sebelum merdeka di Tanah Melayu di dalangi kumpulan kongsi gelap
Gee Hin dan Hai San yang menguasai kawasan perlombongan bijih timah.

Foto menunjukkan pelacur Cina menunggu pelanggan di era sebelum merdeka

ELM 3104
Pada masa kini, kegiatan pelacuran ini terdapat di hampir semua bandar besar di
negara ini. Perkara ini boleh dikatakan bahawa hampir setiap bandar mempunyai aktiviti
pelacuran.contohnya di Alor Star,aktiviti perlacuran terdapat di lorong Petani,di Bukit
Mertajam dan jalan Mengkuang di Pulau Pinang.Di ibu negara iaitu Kuala Lumpur,antara
tempat aktiviti pelacuran yang terkenal ialah kawasan lorong Haji Taib,jalan Hickhs,jalan
Bukit Bintang,dan Jalan Thambitillay di Briekfields. Namun demikian.tidak seorang pun tahu
bilangan pelacur yang terdapat di negara ini. Angka-angka yang diketahui adalah taksiran
atau bilangan yang ditangkap dan angka-angka yang ada pun boleh dikatakan tidak selari.
Mengikut statistik Polis Kuala Lumpur melalui sumber Utusan Malaysia, mendapati
bahawa kaum Melayu merupakan kaum yang paling ramai terlibat dalam aktiviti pelacuran
iaitu sebanyak 60%, diikuti dengan kaum Cina sebanyak 30%, lain-lain kaum pula sebanyak
8% dan kaum India dengan peratusan yang paling rendah iaitu sebanyak 2%.

Foto menunjukkan pelacur-pelacur di Lorong Haji Taib sedang menunggu pelanggan di ibu
kota Kuala Lumpur.

Masalah pelacuran di Malaysia semakin parah apabila pelacur-pelacur asing pula mula
membanjiri negara. Menurut laporan dari Pegawai Pencegah Maksiat, Ibu Pejabat Polis
Diraja Malaysia, Bukit Aman, Asisten Supritenden Choo Lily, sejak dari tahun 2003 sehingga
Februari 2013, sebanyak 17, 448 wanita rakyat asing ditangkap. Hasil daripada tangkapan
tersebut didapati bahawa rakyat asing dari negara Indonesia adalah paling ramai iaitu
berjumlah 10,576 orang, diikuti dengan Thailand iaitu seramai 3,096 orang, Filipina pula
seramai 1,794 orang, China seramai 1,149 orang, Uzbekistan seramai 388 orang, Kemboja
4

ELM 3104
seramai 107 orang, Rusia seramai 71 orang, Vietnam seramai 66 orang, Myanmar seramai
55 orang, India seramai 43 orang dan Taiwan seramai 21 orang. Manakala pelacur dari
Ukraine pula seramai 17 orang yang telah ditangkap diikuti dengan Singapura seramai 12
orang, Kazakstan seramai 10 orang dan Columbia pula seramai 9 orang yang berjaya
ditangkap.
Kalau dikaji dan diperhatikan, mengapa terlalu ramai warga asing terlibat dalam
pelacuran di Malaysia. Terdapat banyak persoalan yang boleh dipersoalkan dalam mengkaji
masalah ini yang melibatkan warga asing. Ada pendapat mengatakan bahawa rakyat
Indonesia yang melacurkan diri di negara ini kebanyakkanya terpedaya dengan sindiket
pelacuran yang menyamar sebagai ejen pekerjaan dan menjanjikan kepada mereka
peluang pekerjaan yang baik seperti pembantu rumah, pembantu kedai dan pekerja kilang.
Manakala pelacur asing lain yang datang ke Malaysia kerana tawaran upah yang tinggi dari
para pelanggan mereka.

Foto pelacur asing yang di tangkap di pusat hiburan di Bukit Bintang, Kuala Lumpur

Kegiatan pelacuran warga asing yang berselindung di sebalik perkhidmatan rumah urut
tradisional

ELM 3104
Malaysia juga tidak terkecuali daripada masalah pelacuran bawah umur. Mengikut
data yang dikeluarkan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) pada 8 November 2005,
Malaysia telah menyaksikan kes pelacuran kanak-kanak dengan purata 150 sehingga 160
kanak-kanak dan remaja tempatan ditahan setiap tahun kerana terbabit dalam aktiviti
pelacuran. Ini amat membimbangkan memandang pada usia yang terlalu muda mereka
telah terjerumus ke kancah pelacuran.

Pelajar sekolah yang ditahan oleh pihak polis kerana terlibat dengan pelacuran bawah umur

Pelbagai faktor dikenalpasti menjadi punca pelacuran di negara antaranya faktor


ekonomi yang mempunyai peratusan yang agak tinggi dalam gejala pelacuran ini. Dengan
keadaan ekonomi yang tidak menentu menyebabkan masalah pengangguran, kemiskinan,
hutang, peningkatan kos hidup dan peluang pekerjaan yang tidak seimbang dengan
kelulusan menyebabkan seseorang sanggup melakukan apa sahaja untuk meneruskan
kehidupan. Selain itu,ada juga seseorang yang keinginan untuk hidup mewah dengan cara
mudah tanpa bekerja keras dengan memperolehi wang beribu ringgit dalam satu masa.
Keruntuhan moral seperti kurang didikan agama dan pengetahuan serta penghayatan
agama daripada keluarga menyebabkan nilai murni budaya dalam sesetengah masyarakat
semakin menipis. Oleh yang demikian, tidak mustahillah bagi mereka yang kurang
pegangan agama atau tidak menurut perintah agama mudah terlibat dalam aktiviti yang
tidak bermoral seperti pelacuran ini.
Selain itu, keruntuhan rumahtangga seperti masalah penceraian dan pergaduhan
menyebabkan anak-anak mereka yang usia remaja di antara lingkungan 12-18 tahun
merasa tertekan dan mencari kebebasan dan keseronokan di luar. Pada usia tersebut,
6

ELM 3104
remaja lebih mudah terpengaruh dengan budaya negatif yang membawa kerugian kepada
diri mereka sendiri.
Kezaliman keluarga juga adalah salah satu permasalahan di dalam faktor sosial.
Contoh kezaliman keluarga yang berlaku pada masa ini ialah melacurkan diri iaitu
disebabkan oleh paksaan daripada suami, keluarga dan pemiutang menyebabkan anak
gadis atau isteri mereka sebagai pertukaran. Akhirnya, anak gadis dan isteri dipaksa
melacur untuk membayar hutang keluarga. Sekiranya tidak mengikut perintah yang disuruh,
mereka akan dibelasah, diancam dan diseksa tanpa belas kasihan. Penglibatan ahli
keluarga dalam gejala sosial seperti penagihan dadah, meminum arak, berjudi dan kaki
perempuan juga mengakibatkan anak-anak mereka mudah terpengaruh kepada gejala
sosial. Selain daripada itu, ibu-ibu tunggal yang tidak mempunyai kemahiran pendidikan dan
pengalaman kerja mudah terjebak apababila hilang punca sepencarian setelah kematian
atau diceraikan oleh suami.
Faktor luar yang mempengaruhi pelacur daripada terjerumus ke dalam kegiatan antisosial adalah seperti pujukan muncikari (barua), disebabkan oleh pekerjaan dan mereka
dipaksa bekerja. Selain itu juga,sesetengah golongan remaja yang mudah terpengaruh
daripada rakan-rakan apabila mereka mempunyai permasalahan dalam keluarga, tertekan,
perasaan ingin mencuba, pantang dicabar dan juga terpengaruh kepada perkara-perkara
yang negatif daripada media massa dan media elektronik. Walau bagaimanapun, pelancong
luar turut membawa kesan negatif kepada budaya tempatan. Contohnya seperti segelintir
rakyat Malaysia yang mengagung-agungkan bahasa dan budaya asing terutamanya
generasi muda. Hal ini dapat dilihat melalui tutur kata, pakaian, dan kelakuan generasi muda
hari ini yang bertentangan dengan budaya timur.
Selain itu bahan pornografi dan filem lucah yang begitu diperolehi diperolehi pada
masa kini menjadi pemangkin kepada permasalahan pelacuran. Sikap ingin tahu dan
mencuba yang tinggi di kalangan remaja akhirnya menjerumuskan mereka ke kancah
pelacuran. Pengaruh budaya barat dan pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan
juga menjadi faktor penggalak kegiatan ini. Remaja mudah terjebak ke kancah seks bebas
dan akhirnya mengheret mereka ke kegiatan pelacuran.
Peningkatan kes pelacuran telah menarik perhatian masyarakat awam yang secara
tidak langsung merasakan ianya mengancam keharmonian masyarakat. Malah ada di
antara mereka yang mempersoalkan kredibiliti dan peranan pihak berkuasa yang
sepatutnya menjadi watak utama dalam usaha membasmi masalah ini. Terdapat pelbagai
reaksi dan tidak kurang juga cadangan daripada masyarakat umum untuk membasmi aktiviti
pelacuran ini antaranya mendesak hukuman mati ke atas penyeludup manusia seperti yang
7

ELM 3104
diterima oleh pengedar dadah. Relevannya hujah ini ialah tindakan penyeludupan manusia
iaitu wanita ini telah menyebabkan pencabulan hak asasi manusia yang serius. Seperti
manusia lain semua orang berhak untuk hidup dengan aman tanpa diganggu oleh sesiapa
pun.
Tambahan pula mereka yang diseludup dan dijadikan pelacur ini akan mengalami
gangguan jiwa yang berterusan sehingga akhir hayat mereka. Selepas bersara daripada
aktiviti ini kelak mereka tidak akan diterima oleh masyarakat umum kerana kegiatan yang
pernah dilakukan sedangkan hakikatnya mereka tidak berkehendakkan begitu.
Kesan daripada seseorang yang terlibat dalam aktiviti pelacuran adalah penyakit
berjangkit melalui alat kelamin seperti herpes,sifilis, AIDS dan HIV. Penyakit jangkitan akibat
hubungan kelamin merupakan penyakit biasa bagi pelacur. Penyakit penyakit kelamin ini
bukan sahaja menyakitkan tetapi juga boleh membawa maut. Pelacur yang sering bertukar
pasangan seks mempunyai risiko mengidap pelbagai penyakit kelamin dan menyebarkan
penyakit kelamin tersebut kepada pelanggan lelali mereka.

Foto menunjukkan jangkitan sifilis pada badan pesakit


Risiko untuk mengandung anak luar nikah juga adalah tinggi. Walaupun mereka
memakan ubat, pil dan sebagainya untuk mengelakkan daripada hamil, namun kesan
daripada melakukan hubungan seks secara kerap memungkinkan mereka untuk hamil tanpa
disedari. Tetapi, adalah mustahil untuk seseorang pelacur untuk memelihara kandungan
apabila mengetahui dirinya mengandung, maka sudah pastilah mereka akan menggugurkan
kandungan tersebut atau berlakunya pembuangan bayi.

ELM 3104

Pembuangan bayi mempunyai kaitan dengan aktiviti pelacuran


Hal ini menambahkan lagi satu permasalahan lain. Kesan lain termasuklah
pengambilan dadah seperti pil khayal dan ecstasy akan dipandang hina oleh masyarakat,
menjatuhkan maruah keluarga dan tiada harga diri. Justeru itu, memberi kesan kepada
masyarakat di negara ini sekiranya kegiatan pelacuran semakin berleluasa. Masyarakat
yang tidak bermoral boleh terbentuk dan meningkatnya masalah sosial lain di negara ini.
Intitusi kekeluargaan akan menjadi porak peranda akibat pelacuran. Si suami yang tergilagila akan khidmat pelacur mungkin akan mengabaikan rumah tangga dan berlaku kejam
terhadap ahlu keluarga.
Manakala kesan pelacuran kepada negara pula ialah menjejaskan imej negara sebagai
sebuah negara Islam atau reputasi negara akan tercemar. Para pelancong asing juga akan
memandang negatif terhadap negara ini dan mereka boleh membuat spekulasi yang tidak
sepatutnya. Malah negara terpaksa menanggung kos yang tinggi bagi membiayai perubatan
mereka yang telah dijangkiti penyakit AIDS dan HIV kerana terpaksa mendapatkan vaksin
untuk memperlambatkan perebakan sel tersebut dan mereka ini seolah-olah mayat hidup
serta tidak mendatangkan hasil kepada negara.
Selain dari itu, terdapat juga kesan negatif terhadap ekonomi negara seperti terpaksa
menanggung perbelanjaan yang besar untuk program pemulihan dan pencegahan, daya
pengeluaran negara terjejas kerana sumber tenaga yang lemah, membantutkan
pembangunan negara serta kurangnya sumber tenaga yang berkualiti.
Melihat betapa kronik dan merbahayanya kegiatan pelacuran di negara, sudah sampai
masanya pihak berkuasa mempelbagaikan hukuman seperti mengenakan sebatan,
9

ELM 3104
hukuman penjara dan denda mengikut tahap kesalahan yang dilakukan. Dalam hal ini kita
tidak ada cara lain melainkan pihak berkuasa hendaklah bertindak tegas dalam
menguatkuasakan hal ini. Selain itu, bayaran denda yang dikenakan daripada sindiketsindiket ini boleh digunakan untuk tujuan kebajikan bagi membantu rumah kebajikan atau
ibu tunggal yang memerlukan pertolongan. Selain daripada itu, pelucutan visa harus
dikenakan terhadap warga asing terutama bagi ibu ayam dan bapa ayam yang datang ke
Malaysia supaya mereka tidak berpeluang untuk masuk semula ke negara ini.
Bagi pelacur pula,memberi hukuman denda dan membuat kerja kebajikan kepada
pelacur supaya mereka menyedari apakah erti kehidupan yang sebenar pada diri mereka.
Terdapat juga saranan supaya hukuman mati dikenakan terhadap sindiket-sindiket pelacur
atau dalang besar di sebalik kegiatan ini. Relevannya hukuman ini adalah tindakan
penyeludupan manusia iaitu melibatkan golongan wanita ini telah menyebabkan pencabulan
hak asasi manusia yang serius. Seperti manusia lain, semua orang berhak untuk hidup
dengan aman tanpa sebarang gangguan dan berhak terhadap kebebasan dirinya. Namun,
nasib malang telah menimpa diri mereka yang dipaksa, ditipu, diperdaya, diculik dan
diperangkap untuk menjadi pelacur oleh sindiket-sindiket.

Foto menunjukkan seorang bapa ayam dikenakan hukuman sebat kerana kesalahan
memperdagangkan wanita untuk tujuan pelacuran

10

ELM 3104

Saluran pendidikan juga memainkan peranan yang sangat penting bagi generasi muda
yang bakal menjadi pemimpin pada masa akan datang agar tidak terlibat dengan jenayah
dan keruntuhan akhlak. Pendidikan dapat membina pengetahuan, pemikiran yang bijak,
rasional, tidak tamak haloba dan tidak mudah diperdaya oleh orang lain. Dengan
mempunyai pegangan hidup dan pendirian diri yang kukuh maka tidak mudah untuk
seseorang ditipu dengan janji-janji manis sindiket pelacuran.

Kempen kesedaran tentang bahaya pelacuran adalah penting terutama remaja perempuan
Selain daripada itu, didikan agama dan pegangan agama yang kukuh adalah sangat
mustahak bagi seorang individu. Individu yang mempunyai pegangan agama yang kukuh
tidak akan melakukan perkara yang boleh merosakkan akhlak dan menyalahi undangundang. Ini kerana agama dengan jelas mengharamkan zina apatah lagi melacur. Agama
merupakan pendinding paling ampuh bagi individu menghadapi sebarang godaan dan
cubaan.

Agama Islam menuntut umatnya menjauhi perbuatan zina yang menjadi kemurkaan Allah
SWT.

11

ELM 3104

Ibu bapa juga perlulah memainkan peranan dengan sentiasa memantau dan prihatin
terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa perlu mengetahui rakan pergaulan anak mereka
supaya tidak terlibat dengan gejala sosial. Komunikasi dua hala iaitu antara ibu bapa dan
anak adalah lebih baik untuk diamalkan dalam menyelesaikan sebarang konflik dan
permasalahan. Masalah tidak akan selesai dengan cara kekerasan kerana anak-anak akan
lebih memberontak dan lari daripada rumah.Terdapat kajian yang menyatakan bahawa
anak-anak yang dididik di bawah persekitaran yang sihat dan penuh dengan kasih sayang
kurang terjebak dengan gejala sosial yang tidak baik.

Keluarga harmoni dapat menghindari seseorang dari terjerumus ke kancah pelacuran.

Bagi gadis dan remaja perempuan yang telah terjebak ke dalam kancah pelacuran.
Tindakan pemulihan perlu dilakukan untuk membawa mereka ke pangkal jalan . Gadis dan
remaja bawah umur yang terlibat dalam pelacuran akan di tempatkan di bawah jagaan
Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk diberi khidmat kaunseling serta kemahiran supaya
dapat keluar dari kancah pelacuran dan mampu menyara kehidupan dengan pekerjaan yang
halal. Mereka juga akan diberi pendidikan agama supaya apabila keluar nanti mereka tidak
mudah terjebak semula ke kancah pelacuran semula.

12

ELM 3104

Gadis-gadis yang berjaya diselamatkan akan ditempatkan di rumah perlindungan untuk


memulihkan mereka dari kegiatan pelacuran
Dari segi pelaksanaan undang-undang, lesen untuk membuka pusat hiburan seperti
disko dan pusat urut haruslah diperketatkan supaya pihak berkuasa dapat mengawasi
segala aktiviti pusat hiburan dengan lebih efektif. Terdapat banyak hotel-hotel murahan,
pusat urut dan disko menjalankan perniagaan pelacuran di sebalik perniagaan yang
sebenar. Manakala , masyarakat juga perlu mengambil berat tentang pelacuran ini dan
melaporkan kegiatan pelacuran kepada pihak polis supaya pusat atau tempat pelacuran
dapat dibanteras.
Bagi membendung kehadiran pelacur warga asing pula. pihak polis perlu
berkerjasama dengan polis rantau Asia dan antarabangsa bagi menghapuskan sindiket
pelacuran antarabangsa yang biasanya melibatkan golongan yang amat berpengaruh.
Masalah kegiatan pelacuran ini tidak akan selesai sekiranya pihak polis hanya dapat
menangkap sebahagian kecil daripada kumpulan sindiket ini. Dengan erti kata lain, pihak
polis haruslah lebih berusaha melancarkan operasi mengejut di kawasan yang sentiasa
mendapat langganan pelacuran yang tinggi. Pemantauan secara berterusan juga perlu
dilakukan bagi membolehkan mereka menangkap dalang sebenar sindiket terbabit.

Pihak polis menyerbu pusat pelacuran warga asing di ibu kota

13

ELM 3104

Pihak imigresen juga harus memantau semua warga asing yang masuk ke dalam
negara ini sama ada untuk tujuan bekerja atau melancong. Ini kerana terdapat kes yang
mana warga asing yang datang ke Malaysia untuk melancong tetapi sebaliknya berlaku iaitu
mereka bekerja sebagai pelacur. Banyak sindiket yang menggunakan jalan mudah ini
secara berterusan sebagai laluan utama dalam menjalankan kegiatan pelacuran. Taktik ini
dipercayai dapat mengelak kegiatan mereka daripada dihidu dan seterusnya mengaburi
pihak berkuasa.
Sebagai kesimpulannya, jika dilihat, kegiatan pelacuran terus berlaku kerana selagi
terdapat permintaan selagi itulah kegiatan pelacuran akan tetap dijalankan. Seterusnya,
semakin giatlah sindiket-sindiket pelacuran untuk mencari mangsa bagi dijadikan pelacur
untuk memenuhi permintaan pasaran yang ada. Keuntungan yang tinggi hasil perniagaan
pelacuran ini menjadikan mereka tamak dan tidak mengenal erti takut walaupun tindakan
undang-undang boleh dikenakan.
Golongan pelacur yang menjadi mangsa perlu didekati dan diselamatkan agar mereka
dapat kembali ke pangkal jalan dan memulakan sebuah kehidupan baru. Penguatkuasaan
undang-undang sedia ada perlu dipertingkatkan oleh pihak berkuasa dan kesedaran,
kerjasama serta rasa bertanggungjawab dalam anggota masyarakat perlu disemai bagi
membantu untuk membanteras jenayah ini agar tidak terus-menerus mencabuli hak asasi
manusia lain. Masalah pelacuran ini merupakan masalah bersama yang mana setiap
lapisan masyarakat perlulah mengembeling tenaga untuk membasminya.

14