Anda di halaman 1dari 2

PERBEZAAN DI ANTARA KAUNSELING

INDIVIDU DENGAN KAUNSELING


KELOMPOK.
PERBEZAAN DI ANTARA KAUNSELING INDIVIDU DENGAN KAUNSELING KELOMPOK.
Kedua-dua jenis kaunseling individu dan kelompok mempunyai matlamat yang sama tetapi cara penggendalian yang
berbeza. Di antaranya ialah seperti berikut;
(a).Dalam kaunseling individu , proses terapuitik terhad antara kaunselor dan klien sahaja manakala dalam kaunseling
kelompok ia melibatkan lebih daripada seorang individu atau kelompok tertentu.
(b).Peserta-peserta dalam kaunseling kelompok berpeluang memberi dan menerima pertolongan di antara satu sama lain
sementara dalam kaunseling individu pertolongan diberikan oleh kaunselor sahaja.
(c).Dalam kaunseling kelompok kaunselor boleh bertindak sebagai pemimpin dan boleh diambil alih oleh ahli-ahli
kelompok manakala dalam kaunseling individu fungsi kaunselor tidak berubah.
(d).Suasana selesa dan mempercayai mudah dibentuk dalam kaunseling individu, namun dalam kaunseling kelompok
agak sukar kerana ahlinya terlalu ramai dan berbagai ragam.
(e).Dalam kaunseling individu klien mendapat respons daripada kaunselor, tetapi bagi kaunseling kelompok peserta
mendapat perhatian daripada ahli-ahli dan juga daripada kaunselor.
(f).Peserta-peserta dalam kaunseling kelompok mudah berasa terancam dan kurang selamat manakala dalam kaunseling
individu kaunselor hanya memberi tumpuan kepada seorang individu sahaja ini akan memberikan perasaan selamat
kepadanya.
(g).Dalam kaunseling kelompok perkongsian pengalaman berlaku di antara ahli-ahli dan kaunselor manakala dalam
kaunseling individu pengalaman dikongsi di antara kaunselor dengan seorang klien sahaja.
Secara keseluruhannya, terdapat perbezaan yang jelas antara kaunseling individu dengan kaunseling kelompok.
Hubungan terapuitik dalam kaunseling individu terhad kepada kaunselor dengan seorang klien sahaja manakala
hubungan terapuitik berlaku antara kaunselor dengan beberapa orang individu dalam kaunseling kelompok.
Dalam kaunseling individu, proses pertolongan hanya diterima daripada kaunselor sahaja. Dalam kaunseling kelompok,
proses pertolongan boleh datang daripada kaunselor serta ahli-ahli lain. Ahli-ahli kelompok akan memberi dan menerima
pertolongan antara satu sama lain. Dalam kaunseling individu, fungsi kaunselor adalah tetap, iaitu membantu klien
memahami diri dan menyelesai masalah. Dalam kaunseling kelompok, fungsi kaunselor boleh berubah dari ketua
kelompok kepada ahli.
Suasana yang tenang, mesra dan rasa kepercayaan lebih mudah terbentuk dalam kaunseling individu kerana hanya
terdapat seorang klien dengan seorang kaunselor. Sebaliknya, dalam kaunseling kelompok, suasana tenang, mesra dan
kepercayaan sukar dibentuk kerana ramai ahli yang terlibat. Dalam kaunseling individu, respons hanya terdapat daripada
kaunselor dan tumpuan perhatian kaunselor diberi sepenuhnya kepada seorang klien sahaja. Oleh itu, perasaan selamat
juga lebih mudah terbina. Sementara itu, dalam kaunseling kelompok, terdapat respons daripada kaunselor dan ahli-ahli
lain dan ini menyebabkan perhatian dan layanan kaunselor juga terbahagi kepada ahli-ahli yang ramai tersebut. Keadaan
ini membuatkan peserta lebih mudah merasa terancam dan kurang selamat kerana mereka terpaksa berkongsi dengan
ramai orang. Tumpuan kaunselor tidak dapat diberikan sepenuhnya kepada setiap ahli.
Dalam kaunseling individu, klien kurang berpeluang untuk mempelajari kemahiran perhubungan jika dibandingkan
dengan ahli-ahli dalam kaunseling kelompok. Klien dalam kaunseling individu kurang berpeluang mempelajari cara
memerhati dan memahami tingkahlaku orang lain memandangkan terdapat hanya dua orang sahaja dalam perhubungan
kaunseling individu.
Dalam kaunseling kelompok, ahli-ahlinya lebih berpeluang mempelajari kemahiran-kemahiran asas seperti bagaimana
memberi perhatian, berempati, meneroka, mendengar secara aktif dan meminta penjelasan. Ahli-ahli dalam kaunseling

kelompok juga dapat mempelajari perhubungan antara individu dan membantu mereka bersosialisasi. Ahli-ahli juga dapat
mempelajari cara memerhati dan memahami tingkah laku individu-individu lain.

Anda mungkin juga menyukai