Anda di halaman 1dari 2

Latar Belakang Masalah

Contoh

Pada tinjauan pengkaji, soalan yang disediakan untuk murid-murid di Tahun 4 di bahagian A
ini adalah berdasarkan gambar yang diberikan mengikut tema yang dekat dengan persekitaran
murid seperti aktiviti dalam bilik darjah, suasana dalam rumah, perkelahan di tepi pantai dan
tema-tema lain yang berlaku di persekitaran murid-murid. Walau bagaimanapun beberapa
rumusan dan kesimpulan

yang dapat dirumuskan bahawa murid-murid ini tidak dapat

memberikan aktiviti yang betul berdasarkan grafik atau visual yang diberi menyebabkan
pembentukan ayat menjadi tidak gramatis dan tidak menepati kehendak soalan. Dapatan awal
kajian juga mendapati masih lagi terdapat penggunaan bahasa pasar dan juga kesalahan ejaan
yang ketara di kalangan murid yang hanya mencapai skor 3 markah dan ke bawah. Muridmurid hanya perlu membuat lima ayat mudah berdasarkan gambar yang disediakan.
Penskoran dan pencapaian murid Tahun 4 Baiduri pada ujian selaras 1 yang dijalankan
seperti Jadual 2.
Jadual 2: Analisis Penskoran Bahagian A Penulisan Bahasa Melayu (Ujian Selaras 1)
Penskoran
(Markah)
Cemerlang
(9 hingga 10 markah)
Baik
(7 hingga 8 markah)
Memuaskan
(4 hingga 6 markah)
Tahap Minimum

Bilangan Murid

Peratus

6%

14%

25

71%

9%

(0 hingga 3 markah)
Jumlah

35

100%

Anda mungkin juga menyukai