Anda di halaman 1dari 8

Cerpen Mutiara Bonda (Osman Ayob) KOMSAS

Tingkatan 3
Sinopsis
Mohd. Harraz (adik) ialah mutiara bonda. Dia dibelai dengan limpahan kasih sayang, diasuh
untuk menjadi seorang yang berbudi dan beriman. Namun dugaan selalu bertandang,
mencabar kesabaran bonda dalam mengasuh anak lelaki tunggalnya. Daripada malas ke
sekolah, Mohd. Harraz kemudiannya tidak mahu bersekolah lagi, hanya setakat darjah
enam. Namun berkat doa dan tawakal bonda, Mohd. Harraz seperti dilahirkan semula
setelah terlibat dalam kemalangan dan bernasib baik kerana tidak ditangkap polis semasa
serbuan polis di sebuah pondok yang menjadi tempat menghisap ganja. Akhirnya, Mohd.
Harraz benar-benar menjadi mutiara , bersinar dan menyejukkan hati bonda. Dia telah
berjaya melanjutkan pelajaran ke University al-Bayt, Jordan. Akhirnya, impian bonda untuk
melihat anaknya menjadi seorang ustaz tercapai, begitu juga dengan wasiat ayahnya.
Tema
Kegigihan dan kesabaran seorang ibu mendidik anaknya hingga berjaya.
Buktinya bonda gigih dan sabar dalam mendidik anaknya Mohd. Harraz (adik) sehingga
berjaya melanjutkan pelajaran di Jordan.
Persoalan
i.

Kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya.

Contoh: Bonda sangat menyayangi Mohd. Harraz walaupun anaknya itu sangat nakal dan
degil.
ii.

Kepentingan ilmu pengetahuan dalam kehidupan.

Contoh: Keempat-empat orang anak bonda termasuk Mohd. Harraz berjaya melanjutkan
pelajaran ke peringkat lebih tinggi.
iii.

Keciciran pelajar luar bandar.

Contoh: Mohd. Harraz pernah berhenti sekolah ketika berada di darjah enam.
iv.

Masalah sosial dalam kalangan remaja.

Contoh: Mohd. Harraz merokok dan rakan-rakannya yang tidak bersekolah terjebak dalam
penagihan ganja.
v.

Tekanan hidup anak bekas banduan.

Contoh: Mohd. Harraz menghadapi tekanan kerana bapanya pernah dipenjarakan akibat
dituduh terlibat dalam kes dadah.

Plot
i.

Permulaan

Pembaca diperkenalkan dengan watak bonda yang sangat gembira menerima surat
daripada anaknya, Mohd. Harazz yang sedang melanjutkan pelajaran di Jordan. Bonda
mengimbas kembali saat-saat ketika membesarkan adik sehingga berjaya. Ketika Mohd.
Harraz berusia 10 hingga 12 tahun, dia sangat nakal dan degil.
ii.

Perkembangan

Pada bahagian ini, penulis menggambarkan kenakalan dan kedegilan Mohd. Harraz
sehingga dia mengambil keputusan berhenti sekolah ketika berada dalam darjah enam.
Namun ibunya tetap sabar melayani kerenahnya itu.
iii.

Puncak

Mohd Harraz terlibat dalam kemalangan jalan raya . Dia diberitahu oleh ibu bahawa pondok
di dusun yang selalu dikunjungi oleh Mohd. Harraz telah diserbu oleh pihak polis. Mohd.
Harraz bernasib baik kerana dia tidak berada di situ ketika serbuan tersebut dibuat.
iv.

Peleraian

Mohd. Harraz insaf atas kesilapannya dan menyatakan hasratnya untuk menyambung
pelajarannya semula. Akhirnya, Mohd. Harraz berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti alBayt, Jordan.
Teknik Plot
i.

Pemerian

Contoh: Pengarang memerihalkan keadaan bonda yang gembira apabila mendapat warkah
perkhabaran daripada adik di Jordon.
ii.

Dialog

Contoh: Perbualan antara bonda dengan adik sewaktu bonda melarang Mohd. Harraz (adik)
keluar berjumpa dengan kawan-kawannya sebelum kemalangan berlaku.
iii.

Imbas Kembali

Contoh: Bonda mengingati semula kehidupan Mohd. Harraz (adik) ketika kecil terutamanya
ketika dia berusia 12 tahun. Mohd. Harraz berhenti sekolah ketika dalam darjah enam dan
kemudian menyambung semula persekolahan setelah terlibat dengan kemalangan jalan
raya.
iv.

Kejutan

Contoh: Mohd. Harraz terlibat dalam kemalangan jalan raya sehingga menyebabkannya
patah tangan.

v.

Saspens

Contoh: Pembaca tertanya-tanya sama ada Mohd. Harraz akan berubah sikap selepas
terlibat dalam kemalangan jalan raya atau tidak.
vi.

Konflik

Contoh: Mohd. Harraz memberitahu bonda bahawa dia mahu berhenti sekolah. Kak Cik
tidak bersetuju dan sering tidak berpuas hati dengan sikap ibu yang selalu member muka
kepada adiknya itu.
Watak utama
Adik
i.

Nama penuhnya Mohd. Harraz bin Lebai Sidi.

ii.

Anak lelaki tunggal daripada empat orang adik-beradik.

iii.

Degil dan keras hati.

Contoh: Adik tetap berdegil untuk keluar berjumpa rakan-rakannya walaupun dilarang oleh
kakak dan ibunya kerana telah lewat malam.
iv.

Malas bersekolah dan terlibat dalam masalah sosial.

Contoh: Adik berhenti sekolah semasa darjah enam dan mula merokok.
v.

Panas baran.

Contoh: Ketika adik meminta wang RM 5.00 kepada bonda untuk membeli mercun, adik
telah menghempas cawan kaca sehingga serpihannya terkena kaki bonda setelah bonda
enggan memberikannya.
vi.

Insaf akan kesalahan yang dilakukan.

Contoh: Adik insaf dengan segala kesalahannya setelah terbabit dengan kemalangan jalan
raya.
vii.

Berpelajaran tinggi.

Contoh: Adik melanjutkan pelajarannya di Universiti al-Bayt, Jordan.


Watak Sampingan
Bonda
i.

Ibu tunggal yang kematian suami.

ii.

Mempunyai empat orang anak, tiga perempuan dan seorang lelaki.

iii.

Gigih membesarkan anak-anak.

Contoh: Bonda gigih membesarkan anak-anaknya setelah kematian suaminya.


iv.
Mempunyai impian dan keyakinan yang tinggi bahawa anak-anaknya akan berjaya
dalam hidup.
Contoh: Bonda percaya bahawa suatu hari nanti anaknya Mohd. Harraz akan berubah dan
peristiwa tersebut betul-betul berlaku.
v.

Sangat sabar menghadapi kerenah anak lelaki tunggalnya.

Contoh: Bonda tetap bersabar dengan kerenah adik di usia kecilnya. Pernah ibu jari kaki
bonda terkena serpihan kaca cawan yang dihempas oleh adik.
Kak Cik
i.

Anak ketiga daripada empat orang adik-beradik.

ii.

Kurang sabar dan agak pemarah dengan kerenah adiknya.

Contoh: Kak Cik menampar adik ketika mereka bertengkar.


iii.

Anak yang bertanggungjawab.

Contoh: Kak Cik sering menenangkan bonda apabila bonda kesedihan.


Latar
Latar Masa
i.

Waktu pagi

Contoh: Pada waktu pagi, pemandu van akan membunyikan hon apabila adik lambat
bersiap untuk ke taski.
ii.

Waktu senja

Contoh: Bonda berdoa kepada Tuhan (Malikul Qudus) semoga adik berubah sikap.
iii.

Waktu malam

Contoh: Pada pukul 12.30 malam, adik keluar dari rumah dan terlibat dalam kemalangan
jalan raya.

Latar Tempat
i.

Rumah Bonda

Contoh: Peristiwa adik menghempas cawan kaca lalu serpihannya terkena ibu jari kaki
bonda sehingga terluka.
ii.

Pondok di dusun

Contoh: Peristiwa polis menyerbu pondok di dusun yang menjadi tempat kawan-kawan adik
berkumpul dan menghisap ganja.
iii.

Atas katil

Contoh: Adik terlantar lesu di katil dengan kepalanya berbalut tompokan darah dan mukanya
calar-balar akibat daripada kemalangan yang dihadapinya.
Latar Masyarakat
i.

Masyarakat yang gigih mendidik anak.

Contoh: Bonda gigih mendidik adik yang degil, nakal dan terlibat dengan masalah sosial.
ii.

Masyarakat yang mementingkan ilmu pengetahuan.

Contoh: Bonda menyekolahkan anak-anaknya sehingga ke peringkat universiti.


iii.

Masyarakat yang mementingkan nilai kasih sayang.

Contoh: Bonda tetap menyayangi adik walaupun adik selalu menyakiti hatinya terutamanya
apabila adik mahu berhenti sekolah.
Gaya Bahasa
i.

Personifikasi. Contoh:

ii.

Hiperbola. Contoh:

melangit tingg -

iii.

Sinkope. Contoh :

Bonda yang berdosa sebab tak pandai ajar anak

iv.

Pengulangan. Contoh : -

v.
Simile. Contoh: hana

tikaman masa lampau yang menajam di ingatan


berasap-asap bara meluat

tidak pernah dicubit, tidak pernah ditengking

perangainya persis syaitan-

vi.
Peribahasa. Contoh: cembulnya

bersengkang mata -

bonda bagai tercampak ke pulau


mengembalikan manikam ke dalam

Nilai
i.

Nilai kasih sayang. Contoh: Bonda amat menyayangi anak-anaknya .

ii.
Nilai bertanggungjawab. Contoh: Bonda bertanggungjawab mendidik dan
membesarkan anak-anak setelah kematian suaminya.
iii.

Nilai kesabaran.

Contoh: Bonda sangat sabar mendidik anak-anaknya terutama anak lelakinya, Mohd.
Harraz yang bermasalah.
iv.

Nilai kegigihan.

Contoh: Bonda begitu gigih mendidik adik sejak adik kecil sehingga berjaya walaupun
berhadapan dengan pelbagai dugaan.
v.

Nilai keinsafan.

Contoh: Adik insaf atas kesilapannya setelah terlibat dalam kemalangan dan mahu belajar
semula.
vi.

Nilai ketabahan.

Contoh: Bonda tetap tabah apabila suaminya dituduh mengedar dadah sehingga meninggal
dunia dalam penjara.
Pengajaran
i.

Kita hendaklah gigih dalam mendidik anak-anak.

Contoh: Bonda gigih mendidik adik yang bermasalah sehingga akhirnya menjadi orang yang
berjaya.
ii.

Kita mestilah bertanggungjawab terhadap anak-anak.

Contoh: Walaupun bonda seorang ibu tunggal namun bonda bertanggungjawab mendidik,
membesar dan memberi kasih sayang terhadap anak-anaknya.
iii.

Kita mestilah berusaha untuk mengatasi masalah keciciran pelajar luar bandar.

Contoh: Adik berhenti sekolah ketika darjah enam.


iv.

Kita hendaklah mementingkan kasih sayang dalam keluarga.

Contoh: Kak Cik mendakap bonda erat-erat semasa bonda menangis selepas melihat
tindakannya menampar adik.
v.

Kita haruslah sabar dalam menghadapi segala kerenah ahli keluarga.

Contoh: Bonda sangat sabar mendidik anak-anaknya terutama anak lelakinya, Mohd.
Harraz yang bermasalah.

vi.

Kita haruslah tabah menghadapi dugaan.

Contoh: Bonda tetap tabah apabila suaminya dituduh mengedar dadah sehingga meninggal
dunia dalam penjara.

Anda mungkin juga menyukai