Anda di halaman 1dari 2

THE MEANING OF BALLERINA IN A DEATHS HEAD

Dream of a ballerina dancing joyfully in endless beauty, and adoration. In a dream she
gone mad, she is pale, indoor skin shadows sadness, disillusionment. Vibrant red flowers
piled atop her head have faded, edges curling in stiffness. Her limber, graceful arms stretch
grotesquely, encompassing the empty eyes of a death head. A heart once full, is rent.
Tattered is garments hem, clutched into grip of locked zippered teeth on bulbous cracked
head. Ballerina has lost her dream; her hopes are shot with holes.

APRESIASI SENI

Karya ini merupakan karya Salvador Dali yang dihasilkan pada tahun 1939. Dalam
karya ini terdapat seorang penari balet yang berada di dalam sebiji tengkorak dan terdapat
lubang di dada penari ini. Manakala di sekeliling tengkorak adalah berwarna hitam.
Dari segi penggunaan unsur seni, karya ini mempunyai unsur garisan yang banyak.
Hal ini dapat dilihat pada bahagian bawah penari balet yang mempunyai garisan yang
berbentuk halus, menegak dan kasar. Manakala dari segi warna, karya ini menggunakan
warna yang agak kelam iaitu hitam dan kuning yang dicampurkan dengan sedikit warna
coklat. Pada bahagian atas kepala penari itu pula, terdapat penggunaan warna yang cerah
iaitu merah. Karya ini berbentuk tengkorak. Dari segi ruang, terdapat ruang di dada penari
ini.
Dari segi prinsip rekaan pula, terdapat penggunaan warna yang kontra iaitu warna
latar belakang dengan warna subjek matter iaitu tengkorak. Latar belakang diwarnakan
dengan warna hitam manakala bahagian subjek matter menggunakan warna kuning. Dari
segi penegasan, ballerina menjadi unsur penegasan dalam karya ini.
Jika dilihat dari segi maksud tersirat karya ini, karya ini menggambarkan seorang
penari ballet yang bermimpi untuk terus menari dengan gembira dan kecantikan yang kekal.
Namun dalam mimpinya, beliau menjadi gila dan tidak terurus. Bunga merah di kepalanya
melambangkan kecantikkannya yang semakin pudar. Tangannya yang dipanjangkan hingga
kepala menunjukkan otaknya yang kosong. Manakala lubang pada dadanya menandakan
bahawa impiannya untuk terus menari dengan kecantikkan yang kekal telah hilang.
Kesimpulannya, karya ini memberi pengajaran kepada kita bahawa kecantikkan
manusia atau apa yang dimiliki oleh kita pada waktu ini adalah tidak kekal lama.

Anda mungkin juga menyukai