Anda di halaman 1dari 10

PENGENALAN

Bagi kanak-kanak adalah sukar bagi memahami konsep penolakan dalam


matematik. Dalam mata pelajaran Matematik, selain dari mengenal nombor, kanak-kanak
perlu diberi kefahaman instrument, kefahaman relasional dan kefahaman logik. Bloom
( 1989 ) telah menyenaraikan 3 jenis tingkah laku pemahaman iaitu terjemahan,
pentaksiran dan ekstrapolasi. Sebagai seorang guru kita perlu tahu kesemua perkara
tersebut bagi memudahkan guru memahami murid-murid dalam merancang pengajaran
yang berkesan.
Dalam melaksanakan tugasan ini, kumpulan kami telah terpilih untuk membuat dan
melaksanakan

tugasan

yang

melibatkan

operasi

nombor

untuk

mengkaji

miskonsepsi/kesalahan yang dilakukan oleh murid-murid. Setelah bertemu dan berbincang,


kami sebulat suara bersetuju untuk mengkaji dan mengambil tajuk operasi tolak Tahun 1
sebagai melaksanakan tugasan ini di mana kami dapati murid-murid sering melakukan
kesalahan menolak terutamanya penolakan yang melibatkan pengumpulan semula.
MEMBINA SOALAN
Membina soalan merupakan langkah pertama yang kami ambil. Soalan merangkumi
6 soalan penolakan dua nombor iaitu tanpa mengumpul semula dan dengan mengumpul
semula. Soalan terdiri dari 4 soalan penolakan tanpa mengumpul semula dan 2 soalan
penolakan dengan mengumpul semula. Bentuk soalan yang diberikan adalah dalam bentuk
lazim. Set soalan yang dibina kami sertakan dalam bahagian lampiran. Kemudian kami telah
memilih 10 orang murid Tahun 1 Pintar dari Sekolah Kebangsaan Sri Setia Jaya, sebagai
responden tugasan ini.
MURID MENJAWAB SOALAN
Setelah soalan selesai dibina, tiba masanya untuk diagihkan kepada murid-murid untuk
melihat hasil jawapan yang diberikannya. Murid-murid diberikan masa menjawab soalan
selama 15 minit. Pada peringkat ini juga merupakan peringkat pengujian. Menurut
Cronbach (1970), Ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan
atau tingkah laku seseorang individu dan menjelaskannya dengan bantuan skala bernombor
atau satu sistem yang berkatogeri . Kenyataan ini dikukuhkan lagi oleh Milagros ( 1981 ),
yang menegaskan bahawa Ujian

adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan

perlakuan yang diperlihatkan oleh murid di dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan.
Maklumat yang diperoleh daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian .
Selesai sahaja menjawab, kami mengutip soalan untuk disemak dan ditanda. Dapatan dari

penandakaan dan penyemakan, kami seterusnya menjalankan analisis item bagi mengesan
kekuatan dan kelemahan satu-satu soalan yang dibina.
ANALISIS
Jadual 1 di bawah adalah senarai nama murid mengikut soalan yang dijawab betul dan
salah.
Bil
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.

Nama Murid

Soalan
1
2
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
Jadual 1

Farhana bt Abu Bakar


Nur Erna bt Sahlan
Hidayu bt. Zamri
Mohd Azhar bin Yusri
Nor Soleha bt Zailan
Aleeya Maisarah bt. Ahmad
Hidayat bin Roslan
Faiz bin Mat Khir
Syamsul bin Khuzaimi
Irfan bin Mohammad

3
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/

4
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/

5
x
x
x
x
/
/
/
x
/
/

6
x
x
x
x
x
x
x
x
/
/

Petunjuk :
/ = jawapan betul
X = jawapan salah
Jadual 2 di bawah pula adalah hasil maklumat yang diperolehi atau dikutip dari
penyemakan dan penandaan jawapan dari soalan-soalan yang dibuat oleh murid-murid dan
juga berdasarkan kepada maklumat jadual 1 di atas.
Nombor Soalan

Bilangan Betul

Bilangan Salah

( orang )
10

( orang )
-

10

10

10

8
Jadual 2

Berdasarkan jadual 2 di atas, soalan 1, 2, 3 dan 4 merupakan soalan di mana


murid dapat menjawab soalan dengan betul, tanpa sebarang kesalahan. Soalan ini menguji
kemahiran murid, penolakan tanpa mengumpul semula. Ini bermakna semua murid telah
menguasai sepenuhnya kemahiran ini tanpa sebarang masalah.

Manakala soalan 5 dan 6 pula, merupakan soalan yang mana murid yang menjawab
dengan betul dan ada juga yang menjawab dengan salah. Soalan 5 dan 6 adalah soalan
penolakan dengan mengumpul semula. Ini bermakna kesalahan yang berlaku terhadap
murid adalah menolak dengan mengumpul semula.
Bagi soalan 5, bilangan murid yang menjawab dengan salah ialah seramai 5 orang.
Manakala soalan 6 merupakan soalan yang paling ramai murid melakukan kesalahan iaitu 8
orang . Maka penulisan tugasan kami adalah tertumpu pada soalan nombor 6.
Berikut adalah hasil jawapan yang diberkan. Rata-rata murid menjawab seperti ini.
Didapati kesalahan yang dilakukan oleh murid-murid ialah :
1. Kesalahan : Menolak nombor besar di bahagian sa tanpa mengira kedudukan

Rajah 1
Apabila murid melihat nombor di atas lebih kecil dari yang sebelah bawah ( nilai tempat sa ),
maka mereka dapati nombor tersebut tidak boleh ditolak. Oleh itu, mereka mengambil
keputusan, terus menolak nombor yang bawah ( besar ) dengan nombor yang di atas
( kecil ), kerana ianya boleh ditolak. Ini menyebabkan jawapan yang diberikan menjadi
salah. Kadangkala terdapat murid-murid yang keliru dengan konsep tukar tertib iaitu 1 + 5 =
5 + 1 dianggap juga dalam 1 5 = 5 1.
2. Sikap cuai murid dan tidak menyemak semula jawapan

Rajah 2

Sikap cuai murid itu sendiri telah menyumbang kepada kesalahan. Mereka tidak
menyemak semula jawapan yang telah dibuat. Kenapa dikatakan cuai ?Sebab, soalan
nombor 5, murid boleh menjawab dengan betul, sedangkan soalan nombor 6 yang
merupakan kemahiran yang sama telah salah. Ini bermakna murid ini telah menguasai
kemahiran menolak mengumpul semula. Atas dasar kecuaian yang dilakukan menyebabkan
jawapan yang ditulis salah.

3. Kesalahan : Mengambil / menulis nombor di bahagian atas sebagai jawapan, pada


nilai tempat sa

Rajah 3
Apabila murid melihat nombor di atas pada nilai tempat sa tidak boleh ditolak, mereka tidak
tahu bagaimana hendak menolakkan nombor tersebut. Mereka terfikir-fikir dan mengambil
keputusan untuk menulis atau mendapatkan jawapan dengan memilih nombor yang berada
di atas sebagai jawapan. Murid ini sebenarnya belum menguasai kemahiran menolak
dengan mengumpul semula.

Berikut adalah bilangan murid mengikut jenis kesalahan:


Bil

Jenis Kesalahan

Bilangan murid membuat


Kesalahan ( orang )

1.

Menolak nombor bawah (besar) dengan nombor di 4

2.
3.

atas( kecil ).
Sikap cuai dan tidak menyemak semula
Mengambil/menulis nombor dibahagian atas sebagai

4.

jawapan, pada nilai tempat sa.


Jumlah
Jadual 2

3
1
8

KESIMPULAN
Hasil daripada lembaran kerja yang diberikan, hanya 2 daripada 10 orang peserta
sahaja yang tidak mempunyai kesalahan. Sebagai seorang guru, perasaan bimbang kerana
masih ramai murid-murid lain yang belum menguasai penolakan dengan mengumpul
semula ini. Kesalahan umum yang sering dilakukan oleh murid ialah menolak nombor di
bahagian bawah rumah sa dengan nombor di bahagian atas untuk mendapatkan jawapan.
Oleh yang demikian, seorang guru Matematik yang berdedikasi perlu mencari jalan
penyelesaian agar masalah pembelajaran seperti ini terungkai dan dapat diselesaikan. Guru
Matematik perlu kreatif dalam usaha menangani masalah pembelajaran murid-muridnya.

CADANGAN DAN STRATEGI PELAKSANAAN


Dalam mengajar operasi Matematik, terdapat banyak teknik, strategi dan pendekatan
yang dapat menarik minat murid dalam menguasai konsep penolakan. Antara teknik yang
boleh diketengahkan ialah :
Penolakan menggunakan gambarajah
Penolakan secara manipulatif

Penolakan menggunakan garis nombor dan pengiraan menurun.


Post (1992),mengatakan bahawa penambahan dan penolakan melakukan dua
operasi yang pertama dikemukakan kepada murid dalam pembelajaran Matematik secara
formal. Jadi, penguasaan kemahiran penolakan asas adalah perkara penting untuk menarik
5

minat murid dan membentuk cara berfikir secara Matematik. Sekiranya kemahiran asas ini
tidak dapat dikuasai, bagaimana mereka hendak memahami dan menguasai kemahiran
yang seterusnya? Hiebert dan Wearner (1996),mengatakan bahawa salah satu cara untuk
menggalakkan murid untuk membuat rujukan dan perwakilan berkenaan adalah dengan
menggunakan based ten block dan menulis nombor bagi permasalahan yang terdapat
dalam soalan penolakan dengan mengumpul semula. Rajah berikut merupakan langkahlangkah dan contoh cara penyelesaian yang ditunjukkan oleh Hiebert dan Wearner

Rajah 4 Langkah Penyelesaian menurut Hiebert dan Wearner

Berdasarkan penggunaan based tens block sebagai bahan bantu mengajar, maka
ianya boleh dimurnikan lagi dengan penggunaan Petak Asas Warna (PAW)
Di mana guru hanya memerlukan jalur kertas berpetak untuk menggantikan blok
asas sepuluh tersebut. Proses pengubahsuaian ini disebabkan beberapa faktor kekurangan
kemudahan bahan bantu mengajar (based tens block) di sekolah. Dan lagi bagi memberi
pengalaman kepada murid untuk berasa seronok seterusnya menimbulkan minat dalam
Matematik. Di samping itu, pengajaran yang dirancangkan dapat dilaksanakan dan silibus
dapat diteruskan.
Sebelum menggunakan jalur ini, guru perlu memperkenalkan Petak Asas Warna
kepada murid-murid. Guru hendaklah memastikan yang murid-murid faham mengenai 2
jalur petak yang ditunjukkan itu. Petak panjang berwarna hijau itu mewakili nilai sepuluh dan
perlu diletakkan dalam rumah puluh. Manakala petak biru dan kecil mewakili nilai satu dan
diletakkan di rumah sa. Murid-murid perlu faham mengenai nilai-nilai bagi setiap petak
supaya mereka mudah untuk membuat pengiraan Tolak Dengan Mengumpul Semula.

Perlu dijelaskan bahawa soalan penolakan ini diberikan kepada murid adalah dalam
bentuk ayat matematik. Kemudian, murid itu sendiri akan melukis sendiri carta nilai tempat
yang telah diperkenalkan sebelum ini. Tujuannya adalah untuk memberi gambaran
sekaligus meningkatkan kefahaman dengan jelas mengenai topik yang diajar. Contoh,
bagaimana murid melukis carta nilai tempat seperti mana rajah di bawah.

Rajah 5: Murid melukis sendiri carta nilai tempat


Langkah seterusnya, murid diminta menulis dan memasukkan nombor yang terdapat
pada soalan ke dalam carta nilai tempat yang dibina dengan betul.

Rajah 6 : Murid menulis nombor di ruangan yang betul

Kemudian, setelah murid menulis nombor pada nilai tempat yang betul, murid akan
meletakkan petak asas warna yang telah disediakan mengikut jumlah yang terdapat pada
carta nilai tempat yang ditulis sebelumnya.

Rajah 7 : Petak asas warna diletakkan dengan kedudukan yang betul


Setelah, petak asas warna diletakkan, langkah terakhir yang perlu dilakukan oleh
murid

ialah

memulakan

langkah

pengiraan

penolakan.

Sebaiknya

guru sentiasa

mengingatkan murid supaya menjalankan sebarang operasi termasuk menolak adalah


bermula dari sa ke puluh. Sekiranya proses penolakan dari rumah sa tidak dapat dijalankan
kerana nilai di bawah lebih besar daripada nilai atas, maka dari situ murid perlu menjalankan
proses peminjaman dari rumah puluh.

Rajah 8 : Murid melakukan proses peminjaman dari rumah puluh

Setelah menjalankan proses peminjaman dari rumah puluh, maka nilai yang dipinjam
( petak sepuluh) hendaklah dikumpul di petak nilai sa. Ini bermakna, nilai dalam rumah
puluh akan berkurang sepuluh manakala nilai dalam rumah sa bertambah sepuluh.

Rajah 9 : Murid melakukan penolakan seperti biasa


Seterusnya , proses penolakan boleh dilakukan seperti biasa. Rajah 9 menunjukkan
murid sedang menjalankan penolakan seperti biasa setelah proses peminjaman dan
pengumpulan semula lakukan.
Akhirnya, kita nampak keberkesanan penggunaan jalur petak warna ini kepada
murid-murid Tahun 1 dalam memantapkan kemahiran menolak dengan mengumpul semula.

RUJUKAN

Ee Ah Meng (1996). Psikologi Pendidikan 1 Psikologi Pendidikan. Selangor: Fajar Bakti SDN
BHD.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2002). Huraian Sukatan pelajaran KurikulumBersepadu
Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum(PPK).
Mok Soon Sang (1991). Pedagogi 2:Strategi Pengajaran Pembelajaran Pengajaran Mikro.
Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (1998). Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik :
Nombor Bulat. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Noraini Idris. (2001). Pedagogi Dalam Pendidikan Matematik. Selangor. Lohprint Sdn.Bhd.
Bahagian Teknologi Pendidikan. (1998). Bahagian Sumber Pengajaran Dan Pembelajaran
Matematik Sekolah Rendah. Kementerian Pendidikan Malaysia. Dewan Bahasa dan
Pustaka.

INTERNET
http://www.abc.123kidz.com/subtraction_strategies html
http://www.slideshare.net/yimcecilia/slide-teknik-pengajaran-part-2

10

Anda mungkin juga menyukai