Anda di halaman 1dari 2

Bila Allah panggil, jawab.

Adakala iman manusia itu tinggi. Hari-harinya diisi


dengan perkara-perkara yang mendekatkan diri kepada
Allah. Lidahnya basah dengan zikir, istighfar. Tak
henti-henti memuji namaNya. Azam di hati
menggunung untuk berusaha mencari jalan untuk
kebahagiaan ukhrawi (akhirat). Rasa cinta pada Allah
tidak berbelah bahagi. "Dating" dalam solat jarang
sekali lewat. Kadang-kadang teruja sebab tak sabar
nak bertemu kekasih sejati yakni Allah yang
memerhati.
Tapi, ada masanya manusia itu imannya lemah. Rebah.
Kadang-kadang sikit lagi je iman tu nak golek-golek
masuk longkang. Sebab lemah sangat. Lepas tu
mulalah rasa sedih di hati. Hati mula rasa kosong...
Rasa kosong tu Allah yang beri. Tandanya masih ada
'respons' daripada Illahi. Tanda bahawa Dia tidak
pernah lupa pada kita dengan mengirimkan rasa
kosong tu sebagai bingkisan kasih sayang. Agar kita
dapat sedar dengan 'kekosongan' pada rohani ini lalu
minta bantuan Allah untuk keluar daripada kepompong
kesunyian ini. Sunyi kerana lemah dan lalai dalam
mengingati Illahi.
Cepat-cepatlah gapai Al- Qur'an. Basahkan lidah
dengan zikir-zikir (peringatan) daripada kalam CINTA
DARIPADA ALLAH. Cuba baca dan selami maksud dalam
ayat Qur'an tu. Hatta ayat tentang peperangan
skalipun sebenarnya Allah ada selitkan kata-kata
hikmah yang dapat diinterpretasikan dalam hidup kita.
Hakikatnya, sentiasa ada 'bahagian' untuk kita.
Cubalah kejar solat di awal waktu. Bacaan Al- Qur'an.
Sedekah apabila Allah temukan kita kepada orang yang
betul-betul memerlukan. Berbuat baik dengan mak
ayah. Bantu kawan-kawan yang 'terleka' dengan
keindahan dunia. Cuba tarik mereka dengan lemah
lembut agar sama-sama ingat ganjaran Allah di sana.
Sama-sama mohon agar Allah redha, sayang, suka
semua yang kita buat di muka bumi ini. Semata-mata
untuk berhamba denganNya dengan sesempurna yang
mampu.

Kita beriman kepada Allah BUKAN SEBAB TAKUT


KEPADA ALLAH. Kita beriman kepada Allah sebab kita
percaya, ada Allah untuk beri kita ganjaran masa
afterlife nanti (hidup selepas mati). Kalaulah kita
tengok ada slideshow real, depan mata, tentang
keindahan-keindahan dan nikmat di syurga, nescaya
kita tak nak langsung segala keindahan yang
sementara di dunia ni. Tapi, Allah tak buka terus rahsia
syurga itu. Sebab Dia nak uji, sejauh mana kita akan
percaya dan berusaha kepada benda yang kita tak
nampak.
Tapi, mesti ingat. Ada dua ja pengakhiran nanti.
Syurga atau neraka. Tak ada tengah-tengah. Nak
masuk syurga bukan senang. Nak masuk neraka,
senang. Tapi, takkan nak yang senang tu, beh tu
sengsara sampai bila-bila. Kena ingat, tak ada dah
hidup lepas tu~ :)
Bila Allah panggil untuk mendekatiNya, cepat-cepat
sedar. *Sesungguhnya peringatan yang terbaik ialah
mengingati mati..
Doakanlah saya juga agar tak lama sangat jatuh dalam
kegersangan hati andai dah lama lupa pada Allah..
Nauzubillah.. Doakan agar Dia selalu ada untuk
menarik saya selalu agar jatuh cinta padaNya. Amin..