Anda di halaman 1dari 1

MP Sains untuk sek.

rendah direka bentuk dengan memberi penekanan kepada


pengetahuan dan kefahaman tentang sains kepada murid supaya celik sains dan
menyediakan mereka untuk mempelajari sains bagi peringkat yang lebih tinggi.
Sains berkaitan dengan pembinaan pengetahuan yang muncul dari usaha manusia
untuk hidup.
Manusia mencari pengetahuan baru sejajar dengan berfokuskan kepentinganya
dalam kehidupan.
Fikiran ini dibentuk berasaskan kepada pemikiran kritis.
Usaha membina pengetahuan sains terbina daripada kaedah yang digunakan oleh
guru semasa P&P ataupun alat pentaksiran yang digunakan pada akhir P&P
tersebut.
Seseorang guru dapat memastikan tahap penguasaan pengetahuan seseorang
murid tentang tema/kandungan yang dipelajarinya dengan terlibat dalam proses
mentafsir prestasi muridnya.
Secara umumnya, Pentaksiran bertindak sebagai kayu pengukur untuk menilai
pencapaian murid dalam memperolehi pengetahuan , kemahiran dan nilai
berdasarkan kepada standard kandungan dan standard pembelajaran yang
ditetapkan
Murid dapat mengenal pasti benda-benda yang hidup di sekitar mereka.
Murid dapat menamakan benda kehidupan yang terdapat di sekitar mereka.
Murid dapat menyenaraikan benda-benda hidup mengikut ciri-ciri.
Murid dapat mengenal pasti dan menyatakan pelbagai kehidupan yang terdapat di
alam serta membanding bezakan ciri-ciri yang terdapat terhadap kehidupan
tersebut.
Murid dapat memberikan dan menjelaskan dengan pelbagai jenis contoh tentang
pelbagai kehiidupan.
Murid dapat membuat laporan dengan menggunakan maklumat yang
dikumpulkan.