Anda di halaman 1dari 2

KPKB 3112 PEPERIKSAAN AKHIR (NOVEMBER 2014)

SOALAN 1

Sebagai seorang Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran di Unit Kesihatan Am, anda dikehendaki untuk membuat pemeriksaan ke atas rumah kebajikan di kawasan operasi anda.

a. Nyatakan dua (2) jenis peperiksaan rumah kebajikan.

[ 2 markah ]

b. Terangkan persediaan di pejabat sebelum membuat pemeriksaan rumah kebajikan.

[ 6 markah ]

c. Terangkan skop atau perkara yang perlu diperiksa di rumah kebajikan tersebut.

[ 8 markah ]

d. Jelaskan tindakan selanjutnya setelah pemeriksaan rumah kebajikan selesai dijalankan.

[ 4 markah ]

SOALAN 2

Sebagai seorang Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran di Unit BAKAS, anda diarahkan untuk membina tandas curah di beberapa buah kampung.

a. Nyatakan masalah kesihatan yang berpunca daripada sistem pembuangan najis tidak sanitari di luar bandar.

[

2 markah ]

b. Nyatakan jenis-jenis kampung yang biasanya terlibat dalam projek tersebut.

[

4 markah ]

c. Terangkan maklumat dan kajian asas yang perlu diperoleh sebelum projek dapat dimulakan.

[ 4 markah ]

d. Terangkan langkah-langkah yang perlu diambil bagi melaksanakan projek tersebut.

[ 8 markah ]

e. Nyatakan tindakan anda bagi memastikan projek yang telah siap tersebut dapat dimanfaatkan.

[ 2 markah ]

KPKB 3112 PEPERIKSAAN AKHIR (NOVEMBER 2014)

SOALAN 3

Daerah X telah dilanda banjir yang melibatkan beberapa buah lokaliti. Banjir tersebut mengakibatkan berbagai aktiviti harian penduduk terjejas serta kemudahan prasarana dan infrastruktur tidak dapat digunakan. Sebagai seorang Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran di daerah tersebut anda perlu mengawal situasi kecemasan tersebut.

a. Nyatakan bagaimana anda dapat mengenalpasti tahap situasi kecemasan tersebut.

[

2 markah ]

b. Huraikan impak dari segi kesihatan dan keselamatan akibat banjir tersebut.

[

8 markah ]

c. Terangkan secara ringkas langkah-langkah kawalan dan pencegahan dari aspek kesihatan dan keselamatan.

[

8 markah ]

d. Nyatakan tindakan seterusnya selepas keadaan kembali pulih.

[

2 markah ]

KERTAS SOALAN TAMAT