Anda di halaman 1dari 3

Malaysia Maju dan Sejahtera: Agama dan Kepercayaan

Gejala Lesbian, Gay, Biseksual, dan Transgender (LGBT) semakin menular di negara
ini. Oleh itu, kerajaan dengan kerjasama badan-badan agama hendaklah membanteras
kegiatan tersebut. Bincangkan.

Punca-Punca Berlakunya Masalah LGBT


i

Dorongan individu
Rentetan dari proses pembelajaran sewaktu kecil. Umpamanya seorang ibu yang amat
teringin untuk mempunyai seorang anak perempuan tetapi sebaliknya mempunyai bayi
lelaki. Bayi lelaki ini semenjak dia kecil dipakaikan dengan pakaian seorang perempuan,
diberi permainan kanak-kanak perempuan, berambut panjang dan dilayan sebagai
seorang kanak-kanak perempuan. Proses ini akan membentuk kepercayaan di dalam
dirinya bahawa dia yang seorang lelaki adalah merupakan seorang perempuan. Apabila
dia dewasa, beliau akan mengalami kecelaruan identiti lalu merasakan bahawa dirinya
adalah terperangkap di dalam tubuh seorang lelaki.

ii Peluang dan ruang


Dewasa ini terlalu banyak peluang dan ruang untuk anak-anak muda untuk terjerumus ke
dalam gejala LGBT. Pembangunan berbentuk material yang pesat di ibu kota terutama di
kawasan Bukit Bintang dengan kemudahan hotel-hotel, pusat membeli belah, SPA, kelabkelab malam (termasuklah kelab malam untuk golongan gay) dengan mengadakan
perniagaan hingga ke awal pagi menyebabkan banyak wujudnya ruang dan peluang
kepada golongan remaja dan belia terjebak dengan najis dadah, pelacuran serta
termasuklah gejala LGBT ini.
iii Pendidikan Seks Yang Salah
Faktor pendidikan seks yang salah ini memerlukan susunan ayat yang tepat kerana
dibimbangi sebarang salah faham akan menjadi sumber fitnah kepada diri saya sendiri.
Ibubapa perlu memberikan didikan seks yang betul kepada anak-anak mereka. Maksud
betul di sini ialah seorang anak lelaki dididik agar cenderung dan minat kepada
perempuan dan demikianlah sebaliknya terhadap anak perempuan. Pada waktu yang
sama, anak-anak dididik cara perhubungan yang betul agar tidak terjadi sesuatu yang
dilarang oleh agama. Didikan yang melampaui batas inilah yang menyebabkan anak-anak
membesar dengan kecenderungan seks yang berlawanan dari fitrah ciptaan mereka.
Kesan Keburukan Dan Bahaya Dalam Masyarakat
i
Penyakit HIV AIDS
Penyakit AIDS mulai menjadi tumpuan ramai. Kini selepas penurunan kadar jangkitan
AIDS dalam kalangan homoseksual pada tahun-tahun kebelakangan, peningkatan
jangkitan AIDS kembali meningkat dalam kalangan gay melalui tempat mandi umum,

tempat popular bagi kalangan gay mencari seksual bebas, kini menjadi tempat utama
penyebaran AIDS dalam kalangan homoseksual.
ii
Penyakit Siflis
Antara penyakit lain kerana aktiviti seks yang songsang ialah penyakit siflis. Penyakit
jangkitan seks mempengaruhi organ seks dan juga organ lain. Gonorea dan sifilis ialah
penyakit seks yang paling biasa. AIDS ialah penyakit yang paling berbahaya kerana
masih tiada penawar. Penyakit jangkitan seks juga dikenali sebagai penyakit kelamin.
Penyakit jangkitan seks telah mencapai taraf epidemic. Sifilis dan gonorea mempunyai
bilangan kes yang paling tinggi antara penyakit berjangkit yang dilaporkan.

iii
Timbul Masalah Kecelaruan Dalam Hubungan Keluarga
Jika kita meneliti masalah LGBT di negara-negara barat yang membenarkan perkahwinan
sesama sejenis, terdapat masalah kecelaruan dalam hubungan keluarga. Ini kerana bagi
wanita yang berkahwin dengan wanita, mereka tidak boleh melahirkan anak kerana tiada
sperma. Bagi lelaki yang berkahwin sesama lelaki juga turut mengalami masalah yang
sama kerana tiada telur untuk mengandung. Untuk menyelesaikan masalah mendapatkan
anak, mereka memilih untuk mengadakan persemanian beradas untuk mendapatkan anak.
Kaedah ini amat bertentangan dengan syariah Islamiah kerana kita tidak dapat
menentukan kesahihan nasab keturunan.
Kaedah Penyelesaian
Kesedaran dari dalam hati untuk berubah
Golongan LGBT muslim adalah pada asasnya Islam. Walaupun mereka melakukan dosa
yang terkutuk ini, ruang dan peluang harus diberikan kepada mereka untuk kembali ke
panggal jalan. Walaupun mereka sedar mereka terjebak dalam kancah maksiat, tetapi
percayalah jauh disudut hati mereka, mereka sedar apa yang mereka lakukan adalah tidak
normal dan bertentangan dengan ajaran Islam. Maka, kepada golongan LGBT yang mahu
berubah, setiap perbuatan mestilah dimulakan dengan niat terlebih dahulu. Iaitu niat
untuk berubah.
i

ii.

iii.

Mendirikan Solat
Seterusnya, ibadah solat yang sempurna pula akan dapat menghalang umat Islam
daripada berbuat dosa. Solat itu sendiri telah menjadi benteng pertahanan kepada kita
daripada nafsu yang mendorong untuk berbuat maksiat. Allah SWT telah memerintah
supaya mendirikan solat dan juga telah menerangkan kesan solat kepada mereka yang
mendirikannya. Solat itu mencegah perbuatan keji iaitu perbuatan yang haram dan katakata mungkar. Perbuatan yang keji dan perkataan yang mungkar, kedua-duanya
menghasilkan dosa.
Mendapatkan Perkhidmatan Kaunseling/Khidmat Nasihat

Dewasa ini terdapat banyak perkhidmatan kaunseling yang disediakan untuk membantu
golongan LGBT supaya dapat menyelesaikan kemelut identiti gender ini secara klinikal
dan kognitif. Malahan, perkhidmatan nasihat yang sama juga ada disediakan dimanamana pejabat agama di seluruh negara.
iv.

Peranan Ibubapa, Pendidik dan Masyarakat


Ibubapa harus lebih berperanan untuk memantau anak-anak remaja agar tidak terjebak
dengan masalah LGBT ini. Ibu bapa perlu memiliki kualiti bimbingan yang baik supaya
anak-anak tidak mengira peringkat umur termasuklah anak-anak remaja berada dalam
pengaruh budaya keluarga yang sihat. Jika tidak, pengaruh buruk di luar rumah yang
sedang menunggu akan mempengaruhi mereka. Ibubapa wajib membina asas pendidikan
yang kukuh (foundation) kepada anak-anak.

v.

Peranan Masjid
Pihak kerajaan perlu terus memperkasakan institusi masjid di seluruh negara. Masjid
bukan sahaja dijadikan tempat beribadah tetapi ia juga berperanan sebagai pusat
pembangunan sosial dan komuniti umat Islam di negara ini. Pihak masjid adalah digesa
untuk turut melaksanakan program pencegahan seperti kempen menjauhi zina, anti
Valentines days dan program untuk golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual
(LGBT) melalui kutbah Jumaat, ceramah, kuliah magrib dan melalui aktiviti-aktiviti
masjid sepanjang tahun.