Anda di halaman 1dari 2

Berdasarkan gambar rajah di bawah ini, jelaskan impak aktiviti

kuari terhadap alam sekitar dan cadangkan langkah-langkah


untuk mengurangkan kesannya.
Gambar rajah ini menujukkan kesan aktiviti kuari terhadap alam sekitar. Alam sekitar
mengalami pelbagai kesan negative akibat aktiviti kuari.
Aktiviti kuari menjejaskan kualiti udara. Akibat operasi pemecahan dan letupan bongkah
batu di tapak kuari, pencemaran habuk dan debu berlaku. Pada cuaca kering dan berangin,
debu dan habuk terapung di udara boleh mendap pada makanan dan melekat pada dinding,
cermin rumah serta pakaian. Habuk dan debu pada saiz yang ekstrim memasuki saluran
pernafasan. Untuk mengatasi kesan ini, jarring hendaklah dipasang di sekitar sempadan
kuari untuk merambat habuk terbang terlepas ke udara. Timbunan bahan binaan seperti
batu dan pasir dibasahkan. Alat perangkap habuk seperti siklon dan beg penapis dipasang.
Penyembur air dipasang di loji pemecahan batu.
Selain itu, aktiviti kuari menjejaskan kualiti air. Air hujan membentuk air larian dan
menyebabkan hakisan tanah. Air larian membawa debu dan kotoran di permukaan kuari
bersama-samanya. Aras pepejal terampai dalam air larian menjadi tinggi. Air sungai menjadi
keruh. Hal ini menambah sedimen di dasar sungai, selanjutnya mendorong berlakunya
limpahan dan banjir di sesetengah kawasan. Untuk mengatasi kesan ini, pengusaha kuari
perlu membina kolam perangkap mendak. Semua air larian disalurkan ke dalam kolam
perangkap mendak.
Seterusnya , aktiviti kuari menghasilkan bunyi bising dan gegaran. Aktiviti pemecahan
batu di loji dan letupan batu menyebabkan bunyi bising dan gegaran di kawasan
persekitaran. Hal ini mengganggu keselesaan hidup. Untuk mengatasi kesan ini, pelapik
getah dipasang di dalam ruang pemuat loji pemecahan batu untuk mengurangkan
pelepasan bunyi. Dinding pengadang juga boleh dibina untuk tujuan ini.
Di samping itu, aktiviti kuari juga menghasilkan sisa buangan berjadual seperti minyak
pelincir, gris, dan minyak enjin akibat penggunaan mesin dan jentera berat. Kebocoran
tangki simpanan minyak dan bekas minyak hitam yang tidak diurus dengan kemas akan
mencemarkan tanah di sekitar tapak kuari. Untuk mengatasi masalah ini, stor penyimpanan
perlu dibina. Loji pelupusan sisa toksik juga mesti disediakan.
Bukan itu sahaja, aktiviti kuari juga menyebabkan kepupusan biodiversity hutan.
Pembersihan hutan memusnahkan habitat hidupan liar dan menyebabkan hidupan liar itu
hilang tempat berteduh. Kesan ini dapat diatasi dengan menanam semula tanaman di bekas
tapak kuari. Kerajaan juga perlu mengawal pengeluaran permit kuari.

Sebagai kesimpulannya, aktiviti kuari memang penting tetapi kelestarian alam sekitar juga
harus dijamin dan dipelihara. Oleh itu, suatu pelan jangka panjang perlu dirangka dalam
konteks pembangunan industry kuari di Malaysia.