Anda di halaman 1dari 33

1

1.0 PENGENALAN.
Perjanjian Pangkor 1874 merupakan satu titik yang menandakan bermulanya campur tangan
British dalam hal-ehwal negeri-negeri Melayu.1 Bermulanya campur tangan British ini
sememangnya banyak memberikan perubahan kepada keadaan di negeri-negeri Melayu, atas
medium politik kolonialismenya dan ekonomi kapitalismenya, pelbagai dasar-dasar baru
telah diperkenalkan atas satu tujuan utama iaitu memperoleh keuntungan dan eksploitasi hasil
bumi dengan lebih terancang. Sesetengah perubahan yang diimplementasikan itu biarpun
secara tidak langsung memberikan manfaat kepada penduduk sekitar, namun tidak dinafikan
juga bahawa jelas terlihat sesetengah dasar yang dilaksanakan itu juga memberikan kesan
negatif kepada masyarakat terutamanya kesan yang banyak mengubah wajah asal di negerinegeri Melayu. Kesan kedatangan Barat pada abad ke-19 ini adalah sangat berbeza dengan
kedatangan mereka pada awal abad ke-16 dahulu.
Negara-negara Eropah menuntut monopoli dagangan jadi mereka memulakannya
dengan pusat-pusat perdagangan berkubu. Sebagai penyelesaian terakhir, mereka menakluki
negara-negara rakan dagangan mereka bagi menjamin bekalan dan hak ekslusif.2
Sekiranya rentetan sejarah itu ditelusuri, tingkah laku pihak British dapat disamakan
seperti seekor anak Singa yang pada mulanya agak jinak dan boleh dijadikan sebagai rakan
sehinggalah sampai satu keadaan dimana, anak singa tersebut telah menjadi dewasa dalam
keadaan rakus dan sukar dikawal. Buktinya terlihat dimana sehingga September 1873, British
pada keseluruhannya mengamalkan dasar tidak campur tangan dalam hal-ehwal negeri
Melayu. Hal ini dibuktikan dimana D.G.E Hall menyatakan bahawa pengambilan Pulau
Pinang pada tahun 1789 oleh Syarikat Hindia Timur itu hanyalah atas alasan untuk
kepentingan dari segi pertahanan angkatan lautnya dan tidak sama sekali bercadang untuk
meluaskan lagi kuasa politiknya di Tanah Melayu.3 Namun, menjelang abad ke-19, British
dilihat telah mula tidak mematuhi dasar yang ditetapkan dengan beberapa sorotan peristiwa
1 Zulhilmi Paidi & Rohani Abdul Ghani, Pendidikan Negara Bangsa, Pahang, PTS Publications and
Distributors Sdn. Bhd, 2003, hlm 63.
2 Mahathir Bin Mohamad, Doktor Umum Memoir Tun Dr Mahathir Mohamad, Selangor, MPH
Group Publishing Sdn Bhd, 2012, hlm 57.
3Mohamad Idris Salleh et al, Sejarah Pembangunan Bangsa dan Negara, Kuala Lumpur, Utusan
Publications and Distributors Sdn. Bhd,1994, hlm 24.

yang membuktikan keingkaran British terhadap dasar tersebut. Bermula dengan peristiwa
seperti Perang Naning 1831-1832, campur tangan Anderson dalam hal-ehwal sempadan di
antara Selangor dan Perak4 sehinggalah membawa kepada wujudnya jawatan residen di
dalam negeri-negeri Melayu melalui Perjanjian Pangkor yang dikatakan sebagai titik
peralihan tersebut. Keadaan ini berlaku disebabkan kekacauan dan perebutan kuasa di negerinegeri Melayu itu sendiri yang menjadi elemen penarik manakala pengambilalihan kerajaan
British oleh Parti Konservatif yang menyokong penuh dasar imperialisme itu dilihat sebagai
satu elemen penolak.5
Kemasukan unsur asing yang berteraskan perspektif barat dan tidak menghiraukan
norma masyarakat Melayu telah mula meresap ke dalam negeri-negeri di Tanah Melayu.
Mereka mula memainkan peranan sebagai pembuat polisi, pentadbir dan sebagai usahawan
yang telah mempengaruhi keseluruhan sistem masyarakat Melayu. Tidak dinafikan ramai
sejarawan yang melabel bahawa zaman kolonial sebagai zaman pembangunan. 6 Namun
begitu, dalam kerancakan menilai hasil tangan kolonial sebagai karakter pembangun,
terlindung satu intipati dasar kolonial yang dilihat bermain disekitar sistem kenegaraan
Melayu itu sendiri. Satu sistem kenegaraan yang diwarisi dari Kesultanan melayu Melaka
lagi yang menjadi perlambangan kepada orang Melayu. Justeru itu, tulisan ini akan menilai
dan cuba mengupas sejauhmana unsur kenegaraan Melayu itu masih kekal dan wujud dalam
sistem kolonial British dengan berpaksikan jeda masa 1874-1957 dimana berlakunya era
penjajahan di negeri-negeri Melayu.
Sistem kenegaraan dapatlah dikatakan sebagai sesuatu yang berkaitan dengan
masyarakat, budaya, sosial, politik, ekonomi dan sejarah Malaysia. Istilah kenegaraan secara
umum membincangkan hal ehwal sebuah negara. Manakala kata dasar daripada kata terbitan
kenegaraan itu ialah negara. Menurut kamus dewan edisi keempat, negara didefinisikan
sebagai suatu masyarakat yang menduduki kawasan tertentu dan diperintah oleh sebuah
4 Pada tahun 1825, Gabenor Fullerton mengarah Anderson untuk menyelesaikan pertikaian-pertikaian antara
Selangor dan Perak. Anderson seterusnya menandatangani perjanjian dengan Selangor pada 20 Ogos 1825
manakala dengan Perak pada 6 September 1825. Melalui perjanjian-perjanjian ini, Perak dan Selangor bersetuju
untuk tidak menyerang satu sama lain. Sungai Bernam ditetapkan sebagai sempadan antara Perak dan Selangor.

5 Mohamad Idris Salleh et al, Sejarah Pembangunan Bangsa dan Negara, Kuala Lumpur, Utusan
Publications and Distributors Sdn. Bhd,1994, hlm 26-27.
6 Mahadzir Mohd Khir, Kuasa Melayu Satu Analisi Peralihan, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan
Pustaka, 2012, hlm 7.

kerajaan, kawasan yang berada di bawah kekuasaan kerajaan tertentu. Istilah negara atau
state selalunya dihubungkan dengan bangsa, masyarakat, kerajaan, undang-undang dan
budaya.7

2.0 SISTEM POLITIK.


2.1 Sistem Politik Negeri-Negeri Melayu Zaman Pra-Kolonial.
Kajian Sejarah menggambarkan masyarakat Melayu Pra-kolonial sebagai masyarakat feudal
berdasarkan gabungan beberapa kumpulan yang menjadi kelompok yang lebih besar dengan
mempunyai raja atau pembesar sebagai ketua, disamping adanya kelompok lain yang tidak
bergabung dan tidak mengakui kekuasaan raja.8
Berdasarkan pernyataan di atas, telah menjelaskan bahawa sistem politik di negerinegeri Melayu pada zaman pra-kolonial merupakan satu sistem pemerintahan yang
berasaskan sistem feudal. Sistem feudal adalah satu sistem yang berkonsepkan setiap
kerajaan mempunyai raja atau sultan sebagai ketua serta berkuasa mutlak ke atas kerajaan
dan rakyatnya. Sistem ini adalah bersifat warisan atau turun temurun. 9 Sekiranya dikatakan
bahawa semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka (1400-1511) itu, konsep kesultanan adalah
berasaskan empayar, namun semasa abad pra-kolonial ini, konsep kesultanan tersebut
diasaskan pada negeri yang sempadannya ditentukan oleh faktor geografi dan sungai yang
menjadi jalan perhubungan yang penting pada masa ini. 10 Justeru itu, sistem beraja yang
diamalkan oleh negeri-negeri Melayu pada abad ini dapatlah dikatakan sebagai satu
kesinambungan daripada sistem beraja yang diamalkan semasa zaman Kesultanan Melayu
Melaka.
7 Mohd Syariefuddin Abdullah et al, Kenegaraan dan Ketamadunan, Selangor, Oxford Fajar Sdn
Bhd, 2009, hlm 1-2.
8 A. Aziz Deraman, Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan
Pustaka, 2001, hlm 91.
9 Mohd Syariefuddin Abdullah et al, Kenegaraan dan Ketamadunan, Selangor, Oxford Fajar Sdn
Bhd, 2009, hlm 124.
10 A. Aziz Deraman, Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan
Pustaka, 2001, hlm 100.

Negeri adalah merupakan unit politik terbesar dalam sistem politik masyarakat
Melayu zaman Pra-Kolonial. Raja atau Sultan merupakan individu yang berada di puncak
pemerintahan sesebuah negeri.11 Raja atau Sultan ini mempunyai kedudukan yang sangat
tinggi bahkan juga sebagai lambang perpaduan negeri. Raja atau Sultan ini berperanan
sebagai ketua pemerintah dan berkuasa penuh dalam pentadbiran. Malah titah perintah raja
adalah undang-undang bagi sesebuah negara. Raja atau Sultan juga berperanan sebagai ketua
hakim dan berkuasa dalam menjatuhkan hukuman mati, berkuasa dalam melantik para
pembesar negeri, menjadi ketua tenter, berkuasa dalam membuat perhubungan antarabangsa,
menyelaraskan sistem cukai juga sebagai ketua agama islam. 12 Kekuasaan seseorang raja
tidak dipersoalkan sesuai dengan tarafnya di puncak politik tradisional dan bersesuaian
dengan konsep bahawa raja (sebagaimana yang diterima oleh orang Melayu) adalah khalifah
yang memerintah umat Islam.13 Hal ini dapat dibuktikan dengan wujudnya konsep daulat dan
derhaka yang menjadi asas kesetiaan rakyat terhadap raja atau sultan.

Konsep

daulat

merupakan satu konsep yang memperlihatkan kesetiaan rakyat terhadap raja dimana terdapat
ketentuan khas seperti adat istiadat, konsep pertabalan, istiadat penyembahan, bahasa
pertuturan yang khas yang dikenali sebagai bahasa dalam. Sifat kesucian seorang raja atau
sultan juga dihubungkan dengan alat kebesaran yang biasanya berbeza mengikut negeri
kecuali alat yang umum. Konsep derhaka pula merupakan satu konsep yang melambangkan
keingkaran kepada raja dan dipercayai bahawa orang Melayu yang ingkar akan menerima
pembalasan daripada kuasa ghaib akibat kemurkaan raja.
Dalam menjalankan pentadbiran, raja dibantu oleh beberapa orang pegawai yang juga
dikenali sebagai menteri. Pembesar diberikan gelaran bergantung kepada tanggungjawab
yang dipegang, misalnya orang besar berempat, berlapan, berenam belas dan tiga puluh dua.14
Pembesar berempat adalah jawatan yang merangkumi jawatan sebagai Bendahara (penasihat
utama kepada sultan), temenggung (Ketua polis yang berhak menjalankan undang-undang
11 Mohamad Idris Salleh et al, Sejarah Pembangunan Bangsa dan Negara, Kuala Lumpur, Utusan
Publications and Distributors Sdn. Bhd,1994, hlm 18.
12 Zulhilmi Paidi & Rohani Abdul Ghani, Pendidikan Negara Bangsa, Pahang, PTS Publications &
Distributors Sdn Bhd, 2003, hlm 116.
13 A. Aziz Deraman, Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan
Pustaka, 2001, hlm 96.
14 Ibid, Hlm 96.

dan menjamin keselamatan negeri), Laksamana (ketua angkatan laut dan darat), syahbandar
(menjaga kepentingan para saudagar yang berdagang dan memungut cukai).15
Unit politik yang seterusnya ialah unit politik peringkat daerah atau jajahan. Daerah
atau jajahan dibentuk oleh sempadan sungai yang menjadi jalan perhubungan antara daerah
sama ada di sebelah sungai besar atau di lembah anak sungai. Pemerintah tertinggi di
peringkat ini ialah seorang pembesar yang dilantik oleh raja atau sultan. Pembesar yang
dilantik ini kebiasaannya diambil dari satu zuriat yang telah lama mempunyai hubungan
dengan daerah tersebut sama ada seorang pembesar itu mempunyai darah keturunan diraja
atau golongan bangsawan.16 Pembesar berperanan dalam menjalankan pentadbiran tempatan,
keadilan, pertahanan, memungut hasil dan pimpinan umum.
Unit politik yang terkecil ialah kampung. Kampung merupakan satu unit tempat
tinggal biasa dan ada kalanya menjadi unit kerjasama kekeluargaan dan ekonomi. 17 Ketua
bagi unit politik kampung ini dikenali sebagai penghulu kecuali bagi Negeri Sembilan.
Walaupun orang biasa, tetapi penghulu mempunyai prestij sosial yang tinggi dalam
mengawasi usaha sosial mereka dan berperanan sebagai perantaraan dan saluran hubungan
diantara anak buahnya dan golongan pembesar.18
Dalam sistem politik yang diterangkan di atas, dapat dilihat bahawa masyarakat
Melayu semasa zaman prakolonial adalah merupakan masyarakat yang mengamalkan sistem
pemerintahan bercorak tiga bentuk organisasi politik.19 Dimana setiap organisasi politik
mempunyai ketua manakala raja atau sultan merupakan kepimpinan tertinggi peringkat
kerajaan pusat yang mempunyai kuasa mutlak dalam pentadbiran.
15 Zulhilmi Paidi & Rohani Abdul Ghani, Pendidikan Negara Bangsa, Pahang, PTS Publications &
Distributors Sdn Bhd, 2003, hlm 117
16 Mohamad Idris Salleh et al, Sejarah Pembangunan Bangsa dan Negara, Kuala
Lumpur, Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd,1994, hlm 19-20.
17 Ibid, Hlm 20.
18 A. Aziz Deraman, Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia, Kuala Lumpur,
Dewan Bahasa dan Pustaka, 2001, Hlm 98.
19 Ismail Hamid, Masyarakat dan Budaya Melayu, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa
dan Pustaka, 1991, Hlm 128.

2.2 Sistem Politik Negeri-Negeri Melayu Zaman Kolonial.


2.2.1 Sistem Residen
Permulaan peralihan sistem politik masyarakat Melayu bermula di Negeri Perak apabila
termeterainya Perjanjian Pangkor 1874. Syarat yang terkandung dalam perkara keenambelas
perjanjian ini telah membawa pemindahan kuasa daripada Sultan Perak kepada seorang
Residen British dimana baginda mengaku untuk menerima seorang pegawai British yang
akan digelar sebagai residen.20 Jika sebelum ini, sistem pemerintahan Kesultanan negeri
Perak masih meneruskan kesinambungan konsep tradisional Kesultanan Melayu Melaka
dengan sedikit perubahan dan penyesuaian dengan keadaan negeri dan masyarakat. Namun,
disebabkan pergolakan politik dalaman dalam kalangan pembesar, kuasa raja telah
menghadapi krisis pertamanya dengan hanya diletakkan sebagai simbol sahaja.
Pada tahun yang sama, Andrew Clarke telah berjaya menerapkan sistem residen di
Selangor melalui masalah perang saudara di Klang, perlanunan dan pergaduhan kongsi gelap
cina, seterusnya di Sungai Ujong (keseluruhan Negeri Sembilan pada tahun 1886) atas dasar
masalah kutipan cukai dan perebutan kuasa diantara pembesar dan Yamtuan Muda. Manakala
negeri Pahang telah menerima sistem residen pada tahun 1884 atas dasar penglibatan kuasa
Jerman dan eksploitasi pembunuhan warga British berketurunan Cina. Tahun 1886 telah
menandakan bermulanya penerimaan secara mutlak sistem residen di keempat-empat buah
negeri tersebut.21 Sistem Residen yang diperkenalkan oleh pihak British ini telah diperluaskan
lagi ke beberapa negeri yang ditandakan dengan termeterainya Perjanjian Bangkok pada
tahun 1909, dimana Siam telah menyerahkan Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu kepada
pihak British. Setiap negeri ini menerima seorang penasihat British bagi membantu raja
ataupun sultan yang memerintah dalam urusan pentadbiran bagi memastikan tiada kuasa lain
yang akan mencampuri urusan negeri-negeri ini dan seterusnya menguasai negeri-negeri
tersebut.22 Manakala Johor pula hanya menerima seorang penasihat Am (General Advisor)

20 Mohd Syariefuddin Abdullah et al, Kenegaraan dan Ketamadunan, Selangor, Oxford


Fajar Sdn Bhd, 2009, Hlm 50.

21 James W. Gould, The United States and Malaysia, London, Oxford University Press, 1969, hlm
65-67.

pada tahun 1914 dan ini menandakan bermulanya campur tangan politik pihak British di
seluruh negeri-negeri Melayu.23
Sistem pentadbiran Kolonial ini telah memperlihatkan kedudukan raja hanya sebagai
simbol melalui Sistem Residen dan penasihat yang menggunakan corak pentadbiran secara
tidak langsung. Walaupun jika dilihat bahawa seorang Residen yang ditempatkan di negerinegeri Melayu itu tidak mempunyai kuasa eksekutif secara nyata, namun hakikatnya, setiap
perkara melainkan yang berkaitan hal ehwal agama Islam dan adat Melayu haruslah
mendapat nasihat dan persetujuan daripada seorang Residen.

2.2.2 Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu.


Sistem Residen yang diimplementasi dalam negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan
Pahang dikatakan mempunyai kelemahan terutamanya kuasa yang berlebihan kepada
Residen. Hal ini ditambah lagi dengan masalah kewangan yang melanda Pahang. British
ingin menubuhkan satu persekutuan bagi menyeragamkan pentadbiran dan meneruskan dasar
Pejabat Tanah Jajahan, maka satu sistem yang dikenali sebagai Negeri-Negeri Melayu
Bersekutu telah diperkenalkan.
Pada tahun 1893 Sir Cecil Clementi Smith, Gabenor Negeri-Negeri Selat
mencadangkan pembentukan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan akhirnya pada 1 Julai
1896, Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan digabungkan membentuk Pesekutuan.
Persekutuan ini dinamakan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dimana kuasa pentadbiran
dibahagikan antara pusat dan negeri, manakala pusat pentadbirannya di Kuala Lumpur.
Persekutuan ini diketuai oleh Residen Jeneral yang bertanggungjawab terhadap Pesuruhjaya
Tinggi British iaitu Gabenor Negeri-Negeri Selat di Singapura. Kuasa Residen Jeneral adalah
meliputi semua hal kecuali yang berkaitan dengan hal ehwal agama Islam dan adat istiadat
Melayu. Jawatan Residen masih dikekalkan namun tertakluk di bawah kuasa Residen Jeneral.
22 Vidhu Verma, Malaysia, State and Civil Society in Transitions, USA, Lynne Rienner Publisher .
Inc, 2002, hlm 27
23 Abd Jalil Borhan, Majalah Ahkam Johor: Latar Belakang, Pelaksanaan dan Komentar, Johor,
Universiti Teknologi Malaysia, 2002, hlm 156.

Jabatan-jabatan penting diketuai oleh pegawai persekutuan yang bertanggungjawab kepada


Residen Jeneral.24
Penubuhan persekutuan ini dapat dilihat menambahkan lagi kemelut kehilangan kuasa
pentadbiran dalam kalangan raja-raja Melayu. Hal ini adalah disebabkan persetiaan itu tidak
menentukan batasan kuasa seorang Residen Jeneral kecuali yang berkaitan dengan hal ehwal
agama Islam dan adat istiadat Melayu. Justeru, hakikatnya keseluruhan kuasa undang-undang
terletak pada Residen Jeneral. Kuasa raja-raja melayu menjadi semakin hilang apabila
kedudukan Majlis Mesyuarat Negeri25 yang bertugas menasihati Residen menjadi semakin
lemah. Hal ini adalah kerana jawatan Residen itu juga tertakluk dibawah kuasa seorang
Residen Jeneral yang berpusat di Kuala Lumpur.
Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu atau juga dikenali sebagai Siams Malay State
adalah merupakan gabungan lima buah negeri iaitu Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu dan
Johor yang tidak termasuk dalam Persekutuan 1986.26 Negeri-Negeri Melayu Tidak
Bersekutu adalah berbeza dengan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dimana ianya bukanlah
berbentuk satu pemerintahan tunggal dari segi politik. Namun ianya masih perlu menerima
seorang pegawai British yang akan menasihati Sultan dalam hal ehwal pentadbiran. Dapat
dikatakan kuasa raja-raja Melayu di Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu tidaklah
menerima nasib seteruk raja-raja melayu dalam Persekutuan 1896 kerana tugas mereka
berbeza dengan residen yang lebih memerintah dari menasihat. Pentadbiran negeri dijalankan
oleh pentadbir-pentadbir Melayu dengan bantuan British terutamanya dalam bidang teknikal
dan pentadbiran.

2.2.3 Dasar Desentralisasi dan Malayan Union.


24 Hairol Anuar Hj Mak Din, Sejarah Malaysia (1400-1969):Satu Evolusi, Selangor, Pusat
Penyelidikan dan Pembangunan Akademik Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, 2009, hlm
90-91.
25 Majlis yang terdiri daripada raja, pembesar Melayu, pemimpin Cina dan Residen yang bertujuan
untuk membentuk satu cara menilai pandangan orang Melayu tentang segala dasar yang dilaksanakan
dan memperoleh kepercayaan orang Melayu dengan cara memberitahu mereka tentang dasar-dasar
pemerintah.
26 Mohamad Idris Salleh et al, Sejarah Pembangunan Bangsa dan Negara, Kuala Lumpur, Utusan
Publications and Distributors Sdn. Bhd,1994, hlm 45.

Desentralisasi bermaksud polisi pengagihan kuasa pusat. Dasar ini adalah merupakan dasar
yang cuba dilaksanakan oleh pihak British antara tahun 1909 sehingga tahun 1939 bagi
mengagihkan semula kuasa kepada sultan dan Majlis Mesyuarat Negeri yang selama ini
tertumpu di tangan Residen Jeneral. Pada persidangan Durbar27 yang kedua, Sultan Idris
telah mengkritik beberapa hal terutamanya yang berkaitan dengan pemusatan kuasa di tangan
Residen Jeneral yang menyebabkan mereka telah kehilangan kuasa jika dibandingkan dengan
sultan di Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu.28 Sir John Anderson telah memulakan
langkah awal untuk melaksanakan dasar ini dengan mewujudkan Majlis Mesyuarat
Persekutuan, namun hal ini menimbulakan rasa tidak puas hati terutamanya kepada golongan
sultan-sultan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu yang mengatakan bahawa Majlis tersebut
boleh menjalankan peranan walaupun tanpa kehadiran mereka. Langkah ini juga dikatakan
kurang berkesan kerana hanya dilaksanakan dalam skala yang kecil dan dikatakan sebagai
satu beban yang besar terutamanya selepas perang dunia kedua yang menyaksikan
kemelesetan ekonomi dunia yang berlaku.
Soal desantralisasi ini mula reda sehingga sebelas tahun sehinggalah Sir Lawrence
Guillemard (Pesuruhjaya Tinggi) mengumumkan rancangannya ke arah sistem ini pada
hujung tahun 1923 namun ianya ditentang oleh Sir George Maxwell (Ketua Setiausaha
Negeri Melayu Bersekutu) kerana cadangan ini akan menghapuskan jawatan ketua
setiausaha.29 Akhirnya proses ini terhenti semasa Hugh Clifford menjadi Gabenor NegeriNegeri Selat. Usaha ini diteruskan semula pada tahun 1931 semasa Sir Cecil Clementi
menjadi Pesuruhjaya Tinggi. Clementi mencadangkan tiga pembaharuan iaitu menghapuskan
jawatan Ketua Setiausaha dan digantikan dengan jawatan Setiausaha Pesekutuan yang
jawatannya lebih rendah dari seorang residen, semua jabatan kecuali kereta api, pos dan
kastam ditadbir oleh kerajaan negeri dan ketiga-tiga Negeri-Negeri Selat, Negeri-Negeri
Melayu Bersekutu dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu digabungkan menjadi sebuah
27 Persidangan diantara Raja-Raja Melayu bagi mewujudkan perpaduan antara sultan-sultan
disamping membincangkan hal-hal berkaitan agama Islam dan adat istiadat Melayu. Tidak
mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang hanya sebagai badan penasihat kepada kerajaan
persekutuan.
28Mohamad Idris Salleh et al, Sejarah Pembangunan Bangsa dan Negara, Kuala Lumpur, Utusan
Publications and Distributors Sdn. Bhd,1994 , hlm 50.
29 Mohd Isa Othman, Sejarah Malaysia 1800-1963, Kuala Lumpur, Utusan Publications and
Distributors Sdn Bhd, 2002, hlm 165.

10

kesatuan.30 Hal ini sememangnya ditentang oleh sultan-sultan Negeri-Negeri Melayu Tidak
Bersekutu yang sebelum ini memang merasakan mendapat autonomi mereka dan bimbang
melalui cadangan ini autonomi mereka akan berkurangan. Cadangan ini mendapat perhatian
daripada Pejabat Tanah Jajahan di London dan akhirnya pada tahun 1935, jawatan Setiausaha
Persekutuan diwujudkan dan jawatan Ketua Setiausaha dihapuskan manakala pada tahun
1939 beberapa jabatan telah diletakkan dibawah kekuasaan kerajaan negeri dan Majlis
Mesyuarat Negeri diperbesarkan skopnya dan berkuasa dalam menggubal undang-undang
kerajaan negerinya sendiri dan pertambahan kuasa dalam bidang kewangan dan
pentadbiran.31
Dasar yang dilaksanakan oleh British ini dilihat telah berjaya memulihkan kuasa dan
pengaruh sultan dan kaum Melayu terutamanya di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Namun
keadaan ini tidak berpanjangan akibat meletusnya peperangan dunia kedua dan Tanah Melayu
pada masa itu menghadapi serangan Jepun pada tahun 1941.
Tulisan ini meletakkan isu berkenaan Malayan Union bersama-sama dengan dasar
desentralisasi kerana penulis melihat dasar Malayan Union adalah merupakan satu
kesinambungan dari dasar desentralisasi yang cuba dilaksanakan oleh British sebelum
meletusnya perang dunia kedua. Berakar umbikan cadangan Clementi yang mencadangkan
agar gabungan ketiga-tiga buah persekutuan untuk mewujudkan sebuah kesatuan.
Malayan Union telah diumumkan oleh Sir George Hall Setiausaha Tanah Jajahan pada
tahun

1945,

dimana

melalui

rancangan

ini

Sir

Harold

MacMichael

telah

dipertanggungjawabkan untuk mendapatkan tandatangan raja-raja Melayu. Malayan Union


merupakan satu usaha untuk mengubah status Tanah Melayu daripada negeri naungan kepada
tanah jajahan British atas faktor kebimbangan terhadap kemungkinan akan berhadapan
dengan situasi politik yang telah berubah disebabkan telah wujudnya gerakan-gerakan
nasionalisme dalam kalangan masyarakat Melayu.32 Namun begitu, rancangan kali ini sangat
berbeza dengan dasar desentralisasi yang dijalankan sebelum ini kerana Malayan Union
dilihat jelas menghapuskan kuasa raja-raja Melayu dan mencabar hak dan kedudukan orang
30 Mohamad Idris Salleh et al, Sejarah Pembangunan Bangsa dan Negara, Kuala Lumpur, Utusan
Publications and Distributors Sdn. Bhd,1994, hlm 52.
31 Ibid, hlm 53.
32 Ibid, hlm 80-81.

11

melayu melalui prinsip kerakyatan jus soli33 yang cuba dilaksanakan.34 Hal ini terkandung
dalam syarat-syarat Malayan Union dimana,
raja atau pemerintah Melayu bersetuju menyerahkan kekuasaan dan kedaulatan
baginda kepada Inggeris dan baginda hanya mengambil berat terhadap perkara mengenai
agama sahaja35
Melalui rancangan Malayan Union ini juga, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri akan
kehilangan kuasa dengan wujudnya jawatan Pesuruhjaya Negeri yang berkuasa dalam hal
ehwal kerajaan tempatan selaku ketua pentadbir di peringkat negeri. Hal ini telah ditentang
oleh orang-orang Melayu melalui akhbar seperti Utusan Melayu dan Warta Negara,
persatuan seperti Ikatan Melayu Johor, Gerakan Melayu Semenanjung Negeri Johor dan
United Malays National Organisation (UMNO) yang dipimpin oleh Dato Onn Jaafar.36
Melalui peristiwa ini telah memperlihatkan buat pertama kalinya orang Melayu telah
bergabung dan bekerjasama dengan raja-raja Melayu menentang Malayan Union. Akhirnya,
kerajaan British menghantar Kapten L D.Grammans dan Lt. Col. D.R. Rees-Williams untuk
meninjau keadaan di Tanah Melayu dan melalui tinjauan tersebut memperlihatkan bahawa
orang Melayu menyambutnya dengan tunjuk perasaan sehingga membawa British untuk
mengadakan perbincangan dengan wakil-wakil sultan dan UMNO dalam usaha merangka
satu persekutuan yang dinamakan Persekutuan Tanah Melayu 1948 yang dilihat sebagai satu
usaha mengembalikan kedudukan orang Melayu dan hak raja-raja Melayu.37 Kejayaan ini
dapatlah dikatakan sebagai satu permulaan masyarakat Melayu bergerak secara aktif dalam
politik Tanah Melayu dan kesedaran akan pemerintahan sendiri yang akhirnya membawa
kepada kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1957 yang didasari sebuah perlembagaan
33 Prinsip yang memperakui bahawa jika seseorang itu dilahirkan di Tanah Melayu selepas Malayan
Union ditubuhkan maka ia berhak menerima kerakyatan menerusi tempat lahirnya.
34 Jamaie Hamil, Umno dalam Politik dan Perlembagaan Melayu, Bangi, Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia, 2005, hlm 45.
35 Mohamad Idris Salleh et al, Sejarah Pembangunan Bangsa dan Negara, Kuala Lumpur, Utusan
Publications and Distributors Sdn. Bhd,1994, hlm 85.
36 Ibid, hlm 83-84.
37 Mohd Isa Othman, Sejarah Malaysia 1800-1963, Kuala Lumpur, Utusan Publications and
Distributors Sdn Bhd, 2002, hlm 307.

12

yang meletakkan Seorang ketua Negara adalah dari kalangan raja-raja Melayu dan
mempertahankan kedudukan orang-orang Melayu tanpa menjejaskan kepentingan sah kaumkaum lain.

3.0 EKONOMI DAN SOSIAL.


3.1 Corak Sosioekonomi Masyarakat Melayu Zaman Pra-Kolonial.
Ekonomi masyarakat Melayu sebelum zaman penjajahan adalah berasaskan pertanian. 38
Terdapat dua bentuk pertanian iaitu pertanian pindah dan tetap. Pertanian pindah dijalankan
dengan meneroka hutan dan kemudian petani menanam padi huma dan tanaman kontan dan
selepas itu kawasan baru pula diteroka. Manakala tanaman tetap yang dijalankan pula ialah
sawah padi dan dusun buah-buahan. Masyarakat Melayu zaman kolonial ini dapatlah juga
dikatakan sebagai masyarakat yang masih mengamalkan sistem ekonomi tradisional. Hal ini
kerana menurut A. Aziz Deraman dalam bukunya Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia
menyatakan bahawa,
Struktur masyarakat Melayu sebelum dipengaruhi oleh kuasa British pada abad ke-19
masih berstrukturkan tradisional, walaupun telah ada kuada luar yang terawal seperti
Portugis yang datang ke Tanah Melayu pada tahun 1511. Namun cara pentadbirannya
disesuaikan dengan sistem masyarakat Melayu semasa dengan pengertian bahawa personel
sahaja yangbaharu tetapi sistem keseluruhannya tidak dirombak.39
Rowstow berpendapat bahawa masyarakat yang dikatakan sebagai masyarakat tradisi
itu dikatakan sebagai sebuah masyarakat yang tidak saintifik dan rasional yang seterusnya
akan mengehadkan daya pengelaran dalam bidang ekonomi. Pada tahap ini, 75%
masyarakatnya masih bergantung kepada tenaga manusia dan binatang dalam aktiviti-aktiviti
ekonominya.40
38 Ibid, hlm 187.
39 A. Aziz Deraman, Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan
Pustaka, 2001, hlm 91.
40 Ahmad Shukri Mohd Nain & Rosman Md. Yusoff, Konsep.Teori, Dimensi dan Isu Pembangunan,
Skudai, Penerbit Universiti Teknologi Malaysia, 2003, hlm 54.

13

Melalui penyataan yang diberikan oleh Rowstow tersebut dapatlah dikatakan bahawa
masyarakat zaman Pra-kolonial yang dikatakan masih mengamalkan aktiviti ekonomi
tradisional itu adalah merupakan masyarakat yang mengamalkan corak ekonomi sara diri.
Masyarakat melayu zaman ini lahir sebagai sebuah masyarakat pertanian dimana hasil
pengeluarannya bergantung pada unit keluarga sebagai unit asas pengeluaran dan juga pada
besar kecil tanah yang dapat dikerjakan. Kerjasama dan gotong royong dalam masyarakat
Melayu mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan nilai masyarakat, pertalian sosial
dan ekonomi mereka.41
Tulisan ini akan melihat sistem ekonomi ini dengan mengkhususkan kepada dua
golongan dalam Masyarakat Melayu iaitu golongan rakyat dan golongan pemerintah.
Majoroti rakyat menjalankan aktiviti ekonomi sara diri. Namun tidak dinafikan bahawa
negeri-negeri seperti Kedah, Kelantan dan Terengganu telah mula mengeksport hasil keluaran
berasnya ke Pulau Pinang, Singapura dan Perak, namun menjelang akhir abad ke-19 hasil
pengeluaran tersebut telah merosot. Selain mengerjakan sawah, masyarakat Melayu zaman
pra-kolonial ini juga mengusahakan dusun dan menternak dimana binatang-binatang yang
diternak itu dijadikan sumber makanan dan sebagai tenaga kerja dan alat pengangkutan.
Terdapat juga orang Melayu yang menjalankan aktiviti-aktiviti mencari hasil hutan dan ada
juga yang terlibat dalam perllombongan bijih timah secara kecil-kecilan dan biasanya hanyala
sebagai kerja sambilan sahaja.terdapar beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya sistem
ekonomi ini, pertamanya disebabkan oleh tenaga buruh yang terhad, kekurangan modal dan
teknologi dan seterusnya dimana menurut Munshi Abdullah semasa melawat negeri-negeri
Melayu di pantai timur mendakwa bahawa golongan atasan akan merampas harta rakyat
bawahan dan disebabkan hal ini mewujudkan satu suasana kurangnya perlindungan ke atas
harta peribadi tidak menggalakkan penduduk untuk berusaha. 42 Keadaan ini dibuktikan lagi
dengan pernyataan Jamaie Hamil dalam bukunya dimana menurut beliau.
cara yang diamalkan ialah golongan yang diperintah mengeluarkan hasil untuk
pemerintahan dalam bentuk persembahan dan cukai yang dibayar kepada golongan
pemerintah yang bertanggungjawab sebagai pelindung. Implikasi polisi ini ialah rakyat
41 A. Aziz Deraman, Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan
Pustaka, 2001, hlm 106-107.
42 Mohd Isa Othman, Sejarah Malaysia 1800-1963, Kuala Lumpur, Utusan Publications and
Distributors Sdn Bhd, 2002, hlm 188-189.

14

hanya bekerja untuk pemerintah sedangkan pemerintah tidak melakukan sebarang


perubahan baru untuk kepentingan rakyat. Ini menggambarkan sebuah budaya selesa
dengan apa yang ada tanpa sebarang usaha ke arah memperbaiki keadaan sosioekonomi.43
Sumber ekonomi golongan pemerintah pula adalah berpunca daripada tiga sumber
utama iaitu datang dari pelbagai bentuk cukai, kawalan tenaga buruh dan menerusi
perdagangan. Pelbagai bentuk cukai yang dipungut oleh golongan pemerintah. Cukai=cukai
ini berbeza antara satu negeri dengan negeri yang lain antaranya ialah cukai kepala, cukai
keluarga, cukai lepai dan cukai serah. Sebagai contoh, mengikut undang-undang adat melayu,
cukai hasil padi yang dikenakan ialah satu per sepuluh daripada hasil pengeluaran manakala
di Krian, Perak jumlah tetap yang dikenakan iaitu 30 gantang serelung. Menerusi kawalan
tenaga buruh pula antara yang terpenting ialah sistem kerah yang mengkehendaki rakyat
membuat yang ditetapkan oleh pemerintah sebagai ganti terhadap cukai bagi golongan yang
tidak berkemampuan. Manakala menerusi perdagangan, kebiasaanya golongan raja hanya
mendapat sumber pendapatan melalui kawalan ke atas perdagangan sahaja dan golongan
pembesar yang akan lebih aktif dalam melaksanakan perniagaan contohnya bijih timah yang
diusahakan oleh pembesar-pembesar Melayu sejak abad ke-8 lagi, terutamanya negeri-negeri
seperti Kedah, Pulau Tioman dan Pahang. Namun pada zaman pra-kolonial ini telah
memperlihatkan kepesatan dalam perdagangan bijih timah sehingga menyebabkan para
pembesar membawa masuk pelombong-pelombong cina dimana pada tahun 1870 bilangan
pelombong cina di Sungai Ujuong berjumlah seramai 10 ribu manakala pada tahun 1872
jumlah pelombong cina di Larut mencecah 40 ribu orang. Kebiasaanya pembesar Melayu
tidak terlibat secara langsung dalam kerja-kerja perlombongan.44
Aspek sosial di negri-negeri Melayu telah memperlihatkan pola masyarakat majmuk
(plural society) sebelum memasuki zaman kolonial. Penghijrahan kaum Cina dikatakan telah
bermula sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi apabila terdapat hubungan Melaka
dengan negara China, namun perpindahan beramai-ramai itu dikatakan berlaku setelah pihak
Inggeris membuka Pulau Pinang (1786), Singapura (1789), dan Negeri-Negeri Selat (1826)
dan penghijrahan itu bertambah pesat semasa zaman Kolonial untuk menjadi alat eksploitasi
43 Jamaie Hamil, Umno dalam Politik dan Perniagaan Melayu, Bangi, Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia, 2005, hlm 52.
44 Mohd Isa Othman, Sejarah Malaysia 1800-1963, Kuala Lumpur, Utusan Publications and
Distributors Sdn Bhd, 2002, hlm 189-191.

15

British bagi mengaut keuntungan melalui perkembangan perusahaan bijih timah abad ke 19
dan perusahaan getah pada awal abad ke 20.45 Begitu juga dengan penghijrahan masyarakat
kaum India yang dikatakan telah bermula sejak sekitar abad pertama masihi lagi disebabkan
oleh penyebaran pengaruh Hindu dan Buddha. Pada zaman Kerajaan Melayu Melaka, ramai
saudagar India tinggal di negeri Melaka dan menjalankan perniagaan. Penghijrahan orang
India secara beramai-ramai dikatakan berlaku mulai tahun 1840 untuk bekerja di ladang tebu
dan kopi di Seberang Perai dan penghijrahan ini semakin meningkat apabila tanaman getah
mula diusahakan oleh syarikat Eropah di Perak, Selangor, dan Negeri Sembilan pada awal
abad ke 20.46

3.2 Corak Sosioekonomi Masyarakat Melayu Zaman Kolonial.


Pelaksanaan dasar-dasar British di Tanah Melayu membawa kesan yang drastik dalam
perkembangan ekonomi Tanah Melayu. Pihak British telah memperkenalkan pelbagai dasar
di Tanah Melayu yang pada luarannya dilihat kononnya bertujuan untuk memastikan
keselamatan laluan perdagangan, memastikan perlaksanaan pasaran bebas, menamatkan
masalah perlanunan, membawa keamanan dan kesejahteraan, melindungi masyarakat
tempatan daripada pemerintah yang menindas, mewujudkan suasana yang sesuai untuk
perkembangan ekonomi dan melindungi tradisi masyarakat tempatan dari golongan imigran.
Namun hal ini bukanlah tujuan utama yang ingin dilakukan oleh pihak British, tujuan utama
British adalah untuk mewujudkan satu suasana yang kukuh untuk mereka mengeksploitasi
hasil bumi dan mengaut keuntungan terutamanya di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Dasar
yang dilaksanakan ini berjaya memastikan mereka mendapatkan keuntungan dan buktinya,
penjajahan ke atas Tanah Melayu merupakan salah satu usaha British yang berjaya.47
Kedatangan Inggeris ke Tanah Melayu dengan membawa sistem ekonomi kapitalis,
memperlihatkan dimana kegiatan ekonomi wang yang diterapkan tersebut menjadikan
45 Mohamad Idris Salleh et al, Sejarah Pembangunan Bangsa dan Negara, Kuala Lumpur, Utusan
Publications and Distributors Sdn. Bhd,1994, hlm 56-57.
46 Ibid, hlm 58-59.
47 A. Aziz Deraman, Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan
Pustaka, 2001, hlm 121.

16

masyarakat Melayu berusaha keras bagi mengeluarkan hasil getah dan bijih timah dengan
mengabaikan pertanian sawah padi dan nelayan. Namun ruang lingkup mereka tidak jauh
berubah dan tetap sebagai kuli. Pengenalan sistem ekonomi kapitalis meninggalkan kesan
yang mendalam ke atas orang Melayu kerana mereka tidak mempunyai hak dan kuasa
mengawal harga, kesemuanya ditentukan oleh pihak kolonial. Kesannya, orang melayu terus
miskin. Tanah Melayu yang berpotensi telah dijadikan tempat untuk tanaman ladang oleh
pihak British. Penumpuan tugas yang dipaksa untuk tanaman ladang menyebabkan tanaman
agraria terabai manakala tanah pula menjadi harta yang dibolot oleh golongan borjuis
tempatan dan imigran. Dalam melihat sistem ekonomi golongan pemerintah pula
memperlihatkan dimana kuasa politik yang diambil oleh pihak penjajah juga bererti kuasa
ekonomi feudal turt hilang. Pada zaman tradisi, pembesar melayu menguasai sektor ekonomi
dalam apa juga bidang, misalnya melalui cukai lombong, sungai, hutan dan penempatan.
Namun dengan kedatangan pihak kolonial, hak memungut cukai juga telah diambil oleh
pihak British dan pembesar Melayu hanya diberi elaun sahaja.48
Kegiatan secara langsung raja dan pembesar dalam kegiatan ekonomi, seperti
perlombongan, dihadkan kepada kemampuan masing-masing dan sebaliknya pihak British
menyertai aktiviti perlombongan secara besar-besaran dengan modal yang banyak. Ekonomi
moden yang diperkenalkan oleh pihak kolonial amat memerlukan modal yang banyak dan
menyebabkan golongan raja dan pembesar tidak dapat ikut serta kerana sistem baharu ini
telah menutup sumber pendapatan golongan pemerintah ini contohnya aktiviti pungutan
cukai.49
Berdasarkan ayat The British liked the Malay but didnt respect him dan sterotaip
yang popular dalam kalangan pentadbir kolonial di Tanah Melayu iaitu dengan berpendapat
bahawa masyarakat Melayu adalah malas, hanya gemar berseronok dan tidak mempunyai
kebolehan untuk berjaya dalam perniagaan. Pihak British bukan sahaja melaksanakan
sterotaip ini berdasarkan percakapan tetapi juga melaksanakan melalui tindakan dan akhirnya
telah membawa kesan yang mendalam terhadap masyarakat Melayu dimana mereka

48 Jamaie Hamil, Umno dalam Politik dan Perniagaan Melayu, Bangi, Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia, 2005, hlm 52-53.
49 Jim Baker, Crossroads a Popular History of Malaysia and Singapore, Times Book International,
1999, hlm 179

17

menduduki strata paling bawah dalam ekonomi di tanah mereka sendiri. 50 Hal ini dibuktikan
oleh Sir Frank Swettenham yang menyatakan bahawa beliau tidak merasakan bahawa
masyarakat Melayu tidak mempunyai peranan dalam sistem ekonomi moden yang
diwujudkan oleh pihak British. Beliau berpendapat hanya golongan Eropah dan Cina sahaja
yang memainkan peranan.51
Situasi yang diwujudkan oleh pihak British ini mewujudkan satu sistem yang
dikatakan sebagai ekonomi duaan dimana memperlihatkan wujudnya perkembangan
ekonomi yang tidak seragam dimana masyarakat Melayu dibiarkan terus dengan sistem
ekonomi tradisional sedangkan sistem ekonomi moden sedang giat dijalankan dengan
kepesatan pelabur-pelabur luar dalam aktiviti perlombongan seperti bijih timah dan
perkembangan sektor getah.
Desakan ekonomi yang berlaku menyebabkan ramaii dalam kalangan orang Melayu
yang menjual tanah, bergadai, meminjam wang daripada Tuan Tanah, orang tengah atau ceti
untuk keperluan asas dan persekolahan anak hingga suatu peringkat apabila hutang tidak
boleh dibayar, hutang berkenaan akan diwarisi oleh anak-anak dan jika masih belum luput
maka tanah orang Melayu akan dirampas oleh golongan pemodal berkenaan. 52 Hal ini
menyebabkan pihak British telah melaksanakan Enakmen Tanah Simpanan Melayu pada
Tahun 1913. Namun hal ini dilihat sebagai satu usaha kerajaan kolonial British untuk
mengekalkan masyarakat Melayu untuk terus kekal dalam bidang pertanian sahaja dan
kebanyakan tanah-tanah yang dirizabkan sebagai tanah Melayu itu kurang subur jika
dibandingkan dengan kawasan tanah bukan milik Melayu. Hal ini menyebabkan taraf hidup
petani terus kekal tanpa perkembangan.53
Dari aspek sosial pula memperlihatkan dasar British yang melaksanakan dasar pecah
dan perintah dimana dasar tersebut telah memisahkan setiap etnik mengikut kawasan dan
50 Ibid, hlm 195
51 Ibid, hlm 196.
52 Jamaie Hamil, Umno dalam Politik dan Perniagaan Melayu, Bangi, Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia, 2005, hlm 53.
53 Mohd Isa Othman, Sejarah Malaysia 1800-1963, Kuala Lumpur, Utusan Publications and
Distributors Sdn Bhd, 2002, hlm 199.

18

corak kegiatan ekonomi. Kaum Cina bertumpu di bandara-bandar, kawasan lombong serta
menceburi bidang kewangan, kaum Melayu pula menceburi bidang pertanian di kawasan
pedalaman bahagian barat Timur dan Utara, manakala kaum India pula bertumpu dikawasan
perladangan getah sepanjang bahagian tengah Pantai Barat. 54

Disebabkan kaum bukan

Melayu dianggap sebagai nadi ekonomi eksport, pelbagai kemudahan disediakan meliputi
hospital, bekalan air dan sekolah, namun pendududk Melayu yang menetap di kawasan luar
bandar kurang mendapat perhatian kerana pihak British beranggapan bahawa orang Melayu
bukan merupakan tenaga kerja yang penting.

4.0 UNDANG-UNDANG.
4.1 Undang-Undang Negeri-Negeri Melayu Zaman Pra-Kolonial.
Undang-undang Melayu lama merupakan satu peraturan dan ada tistiadat yang diperturunkan
daripada generasi yang lampau untuk menjaga keselamatan negara dan menjamin kedudukan
raja-raja. Undang-undang lama ini berasal dari peraturan yang tidak ditulis tetapi
kemudiannya telah dicatatkan. Undang-undang Melayu lama ini memainkan peranan dalam
menjaga keselamatan dan ketertiban dalam masyarakat Melayu tradisional. Undang-undang
Melaka atau dikenali sebagai Hukum Kanun Melaka adalah merupakan naskhah undangundang Melayu yang tertua sekali dimana kandungannya turut menyelitkan berkenaan
dengan undang-undang laut Melaka yang membicarakan beberapa peraturan bagi orang-rang
yang belayar di Laut.55
Semasa zaman pra-kolonial di negeri-negeri Melayu, terdapat juga beberapa buah
undang-undang yang dilaksanakan berasakan negeri antaranya ialah,
4.1.1 Undang-Undang Perak.
Undang-undang Perak turut dikenali dengan judul Undang-Undang Sembilan Puluh
Sembilan. Undang-undang ini dikatakan dibawa oleh Sayid Hussein Al-Faradz dari

54 Mohamad Idris Salleh et al, Sejarah Pembangunan Bangsa dan Negara, Kuala Lumpur, Utusan
Publications and Distributors Sdn. Bhd,1994, hlm 60.
55 Ismail Hamid, Masyarakat dan Budaya Melayu, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka,
1991, hlm 130-133.

19

Hadramaut yang seterusnya digunakan oleh anak cucunya yang kebanyakannya menjadi
menteri di Perak sejak beberapa generasi.56
Undang-undang ini menghuraikan syarat-syarat memegang sesuatu jawatan kerajaan
seperti untuk menjadi raja, penghulu, kadi, imam, khatib, pegawai kerajaan dan tidak
ketinggalan syarat-syarat untuk menjadi pawang dan bidan. Sementara peraturan-peraturan
adat istiadat pula menerangkan cara-cara mengadap raja dan memilih raja. Undang-undang
ini juga turut membicarakan hukuman jenayah, undang-undang pertanian dan penternakan.
Akhir sekali undang-undang ini membicarakan undang-undang kekeluargaan yang
menyentuh soal perkahwinan, perceraian dan lain-lain.57
4.1.2 Undang-Undang Pahang.
Menurut Winsted terdapat dua manuskrip Undang-Undang Pahang iaitu Maxwell 17 dan
Maxwell 20. Maxwell 17 telah diterjemahkan pada tahun 1819 oleh Naina Ahmad Lebai Bin
Nakhoda Muhammad Hussein, manakala Maxwell 20 telah diterjemahkan pada tahun 1884
oleh Luakang bin Muhammad Rashid iaitu dari naskhah asal milik DatoSri Andika Raja.58
Undang Pahang menampakkan pengaruh dari undang-undang Melaka. Pengaruh
Islam adalah amat ketara di dalam undang-undang ini. Undang-undang ini mengandungi tiga
bahagian iaitu undang-undang yang berkaitan dengan adat lembaga negeri, undang-undang
jenayah dan undang-undang bukan jenayah.59
4.1.3 Undang-Undang Kedah.
Undang-undang kedah adalah merupakan undang-undang terawal yang dilaksanakan di
negeri Kedah. Undang-undang ini banyak diresapi oleh pengaruh Islam dan bertarikh Tahun
56 Zaini Nasohah, Pentadbiran Undang-Undang di Malaysia: Sebelum dan Menjelang Merdeka,
Kuala Lumpur, Utusan Publications and distributors Sdn Bhd, 2004, hlm 10.
57 Ismail Hamid, Masyarakat dan Budaya Melayu, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka,
1991, hlm 137.
58 Liaw Yock Fang, A History Of Classical Malay Literature, Indonesia, Yayasan Pustaka Obor
Indonesia, 2013, hlm 434.
59 Ismail Hamid, Masyarakat dan Budaya Melayu, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka,
1991, hlm 135.

20

1893. Berdasarkan tarikh yang tercatat padanya dapatlah dikatakan bahawa ia merupakan
undang-undang paling akhir diperkenalkan di Kedah sebelum kedatangan pihak Inggeris.60
Undang-undang Kedah terbahagi kepada beberapa bahagian antaranya ialah, undangundang pelabuhan,undang-undang Tembera, hukum kanun DatoStar dan undang-undang
1784.61
4.1.4 Undang-Undang Johor.
Undang-undang Johor yang bertarikh tahun 1789 telah diterjemahkan ke dalam bahasa
Inggeris oleh Thomas Braddel pada tahun 1855. Undang-undang Johor ini adalah merupakan
undang-undang yang berteraskan undang-undang Melaka dan undang-undang Laut. Namun
terdapat perbezaan diantara undang-undang Johor dan undang-undang Melaka dalam
menghuraikan berkaitan hukum dalam agama Islam. Undang-undang Johor menghuraikan
peraturan tersebut dengan lebih ketat apabila menyentuh soal-soal agama seperti diadakan
undang-undang tentang orang yang murtad dan orang yang meninggalkan sembahyang.62

4.2 Undang-Undang Negeri-Negeri Melayu Zaman Kolonial.


Pihak British sebenarnya telah memperkukuh dan memperkenal undang-undangnya secara
tidak rasmi dengan berperingkat-peringkat. Pelaksanaan undang-undang am Inggeris
berhubung perkara-perkara jenayah di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu bermula di Perak
pada tahun 1884 dengan pemakaian Kanun Jenayah Negeri-Negeri Selat yang berdasarkan
Kanun Jenayah India melalui arahan majlis bertarikh 28 Jun 1884. Pemakaian ini telah
diperluaskan ke Negeri-Negeri Melayu Bersekutu yang lain. Ia kemudiannya dimasukkan ke

dalam Bab 45 Edisi Semakan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu 1936. Cara yang serupa
juga telah digunakan untuk membawa masuk undang-undang keterangan Inggeris. Ordinan
60 Zaini Nasohah, Pentadbiran Undang-Undang di Malaysia: Sebelum dan Menjelang Merdeka,
Kuala Lumpur, Utusan Publications and distributors Sdn Bhd, 2004, hlm 8.
61 Ismail Hamid, Masyarakat dan Budaya Melayu, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka,
1991, Hlm 136.
62 Ibid, hlm 137.

21

keterangan Negeri-Negeri Selat yang berdasarkan akta keterangan India telah mula
diperkenalkan di negeri Selangor pada tahun 1893 melalui peraturan makhamah. Di Perak
undang-undang itu mula dipakai setahun berikutnya melalui perintah majlis No 9, 1894, yang
kemudiannya diikuti oleh Negeri Sembilan dan Pahang. Sementara itu undang-undang Tanah
Inggeris telah dimulakan pemakaiannya pada tahun 1897. Kanun Acara Jenayah Inggeris pula
mula diperkenalkan pada tahun 1900. Demikian juga dengan undang-undang Kontrak
Inggeris. Ia mula dipakai di Perak, Selangor dan Negeri Sembilan pada tahun 1899 dan
Pahang pada tahun 1900.63
Permulaan pelaksanaan undang-undang Inggeris secara rasmi telah bermula di
Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dengan penggubalan serta pelaksanaan Enakmen UndangUndang Sivil dalam tahun 1937. Ia kemudiannya telah dikembangkan ke Negeri-Negeri
Melayu Tidak Bersekutu sebagai Ordinan Undang-Undang Sivil (peluasan 1951). Selepas
negeri-negeri tersebut bergabung menjadi sebuah persekutuan pada tahun 1948. Pada tahun
1956, ordinan tersebut telah digantikan dengan undang-undang Sivil 1956 yang
pemakaiannya merangkumi Pulau Pinang dan Melaka. Dengan pelaksanaan undang-undang
Sivil tersebut bermakna segala kes sivil adalah tertakluk di bawah prinsip undang-undang
Inggeris.64

5.0 AGAMA ISLAM


5.1 Kedudukan Agama Islam Sebelum Penjajahan.
Agama Islam menjadi agama anutan orang Melayu sejak lebih lima ratus tahun dahulu. 65
Kepercayaan beragama menjadi ejen pengubah sosial yang sangat penting bagi masyarakat
Melayu tradisional terutama dalam membetulkan akidah mereka. Sebelum kedatanga Islam,
masyarakat melayu menganut agama Hindu dan Buddha yang berasal dari India. Melalui
63 Zaini Nasohah, Pentadbiran Undang-Undang di Malaysia: Sebelum dan Menjelang Merdeka,
Kuala Lumpur, Utusan Publications and distributors Sdn Bhd, 2004, hlm 33.
64 Noor Aziah Mohd Awal, Pengenalan Kepada Sistem Perundangan Di Malaysia, Selangor,
International Law Book Services, 2003, hlm 30-31.
65 Rohani Ab. Ghani & Zulhilmi Paidi, Kenegaraan Malaysia :Isu-Isu dan Perkembangan, Pahang,
PTS Publications & Distributor Sdn Bhd, 2002, hlm 48.

22

kemunculan dan perkembangan agama Islam pada abad ke-13M, kita dapati pengaruh HinduBuddha mulai luntur dan akhirnya hampir luput dari masyarakat Melayu.66
Sebagaimana yang telah dijelaskan tadi, kedatangan Islam ke Tanah Melayu
sememangnya memberikan kesan yang sangat besar terhadap masyarakat Melayu. Selain
memperbetulkan akidah orang-orang Melayu, Islam juga berjaya mengubah sistempolitik dan
pentadbiran masyarakat Melayu.
Dalam aspek pentadbiran, Islam memainkan peranan yang sangat penting. Contohnya
kesultanan Melayu Melaka memperlihatkan dominasi Islam dalam banyak aspek seeprti yang
terkandung dalam Hukum Kanun Melaka.67 Satu dimensi kenegaraan Melayu ialah undangundangnya yang ternyata berunsurkan Islam, malah sebahagian daripadanya adalah
bersumberkan Al-Quran. Penanaman pengaruh Islam ini berjalan dalam jangka waktu yang
lama

kerana

kewujudan

undang-undang

negeri-negeri

Melayu

yang

lain

dapat

memperlihatkan pengaruh agama Islam tersebut, walaupun mengalami perubahan dari


semasa ke semasa.68 Manakala dalam sistem politik masyarakat Melayu pula telah
memeperlihatkan pengaruh Islam itu telah membawa beberapa perubahan, misalnya sistem
feudalisme Hindu yang digunakan sebelumnya telah digantikan dengan sistem feudalisme
Islam zaman kerajaan Abbasiyah, tamadun Islam juga telah memberi corak keislaman dalam
sistem Kesultanan Melayu, contohnya, konsep diraja telah diubah sifatnya daripada
penjelmaan dewa kepada seorang pemerintah atau pemimpin rakyat sahaja.69
Di peringkat kampung pula, imam masjid adalah merupakan individu yang sangat
berpengaruh. Dalam peringkat masyarakat ini, imam verperanan dalam memastikan bahawa
masyarakatnya melaksanakan kehidupan berteraskan Islam dan segala pertelingkahan yang
berlaku diantara anggota masyarakat akan diselesaikan melalui hukum Islam.70
66 Zulhilmi Paidi & Rohani Abdul Ghani, Pendidikan Negara Bangsa, Pahang, PTS Publications &
Distributors Sdn Bhd, 2003, hlm 139.
67 Ibid, hlm 140.
68 Rohani Ab. Ghani & Zulhilmi Paidi, Kenegaraan Malaysia :Isu-Isu dan Perkembangan, Pahang,
PTS Publications & Distributor Sdn Bhd, 2002, hlm 50.
69 Ismail Hamid, Masyarakat dan Budaya Melayu, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka,
1991, hlm 66-67.

23

5.2 Agama Islam Semasa Zaman Penjajahan.


Kedudukan Islam sebagai sumber undang-undang di Tanah Melayu telah mula tergugat
dengan kedatangan penjajah-penjajah Eropah. Namun begitu, apa yang dilakukan oleh
penjajah British berbeza sama sekali dengan apa yang dilakukan oleh Portugis dan Belanda.
Bermula pada tahun 1807, British telah mengisytiharkan Piagam Keadilan dimana sebuah
makahamah tinggi ditubuhkan dan Undang-Undang British dikuatkasakan. Bermula dari
situasi ini, peranan pengaruh Islam dalam sistem perundangan telah disishkan dan telah
hilang sebahagian besar daripada pengaruh dan kewibawaannya. Hal ini jelas terlihat apabila
terlaksananya undang-undang Sivil 1956 di Tanah melayu yang berteraskan prinsip Common
Law.71
Walaupun agama Kristian tidak begitu berpengaruh, kedatangan agama ini sedikit
sebanyak melambatkan proses penyempurnaan intelektualisme dan rasionalisme Islam dan
melewatkan pengislaman rantau ini sepenuhnya. Suatu corak kehidupan yangdiharapkan
berlainan sama sekali daripada sebelumnya (dalam erti kata sebenar jika gerakan
rasionalisme Islam disempurnakan) menghadapi jalan yang digelapkan oleh British apabila
British mengasingkan agama (Islam) dan adat daripada politik. Pengasingan ini menjadikan
orang Melayu menganuti agama yang dianggap sebagai agama akhirat semata-mata dan
masyarakat melayu moden lahir dengan semangat dan kejiwaan yang disemaikan oleh
materialisme Barat.72
Apabila persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada tahun 1948, sifat-sifat asas
kerajaan-kerajaan negeri termasuk kedudukan Islam sebagai agama negeri dikekalkan. Hal
ini menerangkan bahawa sememangnya sebelum zaman penjajah lagi agama Islam adalah
merupakan agama rasmi bagi negeri, contohnya perlembagaan negeri Johor merupakan
perlembagaan bertulis paling awal di Malaysia di mana ia memperuntukkan bahawa raja
70 Rahim Syam Norhale, Mendekati Kebudayaan Melayu, Petaling Jaya, Penerbit Fajar Bakti Sdn
Bhd, 1985, hlm 130.
71 Rohani Ab. Ghani & Zulhilmi Paidi, Kenegaraan Malaysia :Isu-Isu dan Perkembangan, Pahang,
PTS Publications & Distributor Sdn Bhd, 2002, hlm 51.
72 A. Aziz Deraman, Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan
Pustaka, 2001, hlm 118-119.

24

hendaklah seorang yang berbangsa Melayu, berdarah raja, berketurunan raja-raja Johor, lelaki
dan beragama Islam, manakala perlembagaan Terengganu (1911) dalam bab 51 telah
memperuntukkan bahawa agama Islam adalah agama rasmi bagi negeri tersebut.73

6.0 BAHASA MELAYU.


6.1 Kedudukan Bahasa Melayu Zaman Pra-Kolonial.
Sebelum Inggeris bertapak di negeri-negeri Melayu, bahasa Melayu menjadi satu-satunya
bahasa perantaraan bagi penduduk negara ini. bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa
pentadbiran di semua pusat pemerintahan dan menjadi bahasa pengantar di institusi
pendidikan yang ada pada ketika itu seperti pusat pengajian Islam dan kelas agama.
Perhubungan antara rakyat juga menggunakan bahasa Melayu, termasuk di pusat-pusat
perniagaan seperti Melaka, Pulau Pinang dan Singapura yang sebahagian besar penduduknya
terdiri daripada orang Melayu. Sebelum penjajahan Inggeris, Bahasa Melayu mencapai
kedudukan yang tinggi, berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan,
dan bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam.
Franscois Valentine yang menulis pada tahun 1726 menyatakan bahawa bahasa
Melayu telah menjadi bahasa perhubungan di alam Melayu. Oleh sebab perlu untuk
memahami bahasa Melayu, maka tulisan yang berbentuk kamus mulai disusun sejak abad ke15. Misalnya sudah terdapat senarai perkataan Melayu-Cina dalam tulisan Cina yang
dipercayai ditulis sebelum Portugis menakluk Melaka pada tahun 1511. Pada tahun 1603
Frederick Hout, Gabenor Pulau Ambon telah menerbitkan senarai perkataan bahasa MelayuMadagaskar, pada tahun 1701 T. Bowrey telah menyusun kamus Melayu-Inggeris, seterusnya
dilakukan oleh William Marsden pada tahun 1812, dan Swettenham pada tahun 1896.74
Hal ini menerangkan bahawa sebelum kedatangan kuasa kolonial British di negerinegeri Melayu telah memperlihatkan bahawa bahasa Melayu merupakan sebuah bahasa yang
banyak menyumbang dalam bidang penulisan kesusasteraan, ilmu teologi dan falsafah.
73 Rohani Ab. Ghani & Zulhilmi Paidi, Kenegaraan Malaysia :Isu-Isu dan Perkembangan, Pahang,
PTS Publications & Distributor Sdn Bhd, 2002, hlm 51.
74 Ismail Hamid, Masyarakat dan Budaya Melayu, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka,
1991, hlm 26.

25

Apabila Islam berkembang di Tanah Melayu, banyak bahasa Arab dalam pelbagai bidang
ilmu telah dipinjamkan ke dalam bahasa Melayu.75
Dalam melihat kedudukan bahasa Melayu di negeri-negeri Melayu adalah amat sesuai
untuk melihat corak pendidikan kerana sesuatu bahasa itu mencapai kedudukan yang
tertinggi apabila ianya dijadikan medium ilmu. Sebelum tahun 1874, sememangnya sudah
terdapat sekolah-sekolah Melayu iaitu bermula pada tahun 1821 dimana Penang Free School
membuka cawangannya di Gelugor, tahun 1855 ditubuhkan Sekolah Melayu di Teluk
Belanga dan di Kampung Gelam pada tahun 1856. Pada tahun 1872, A.M Skinner, Inspektor
Negeri-Negeri Selat mewujudkan Bahasa Melayu Sekolah berasaskan kelas-kelas AlQuran. Skinner menetapkan pelajaran pelajaran Al-Quran dipisahkan daripada pelajaran
bahasa Melayu.76

6.2 Kedudukan Bahasa Melayu Zaman Kolonial.


Pada zaman penjajahan Inggeris di Tanah Melayu, khususnya ketika sebelum berlaku Perang
Dunia Kedua, Bahasa Melayu terus digunakan untuk tujuan urusan rasmi di Negeri-Negeri
Melayu Bersekutu dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu. Pegawai-pegawai Inggeris
yang bertugas di Negeri-Negeri Melayu sebelum Perang Dunia Kedua dikehendaki
mempelajari bahasa Melayu dan mesti lulus dalam peperiksaan bahasa Melayu sebelum
disahkan dalam jawatan. Sebahagian daripada pegawai-pegawai itu terus menaruh minat
yang tinggi terhadap Bahasa Melayu, sehingga dikenali sebagai sarjana bahasa Melayu.
Antaranya ialah R.O. Winstedt, J.R. Wilkinson, C.C. Brown, W.E. Maxwell, W. Marsden,
W.G. Shellabear dan J. Crawford.
Jumlah sekolah Melayu di Negeri-Negeri Selat pada tahun 1872 sebanyak 16 buah
dan bilangan ini meningkat kepada 189 buah pada tahun 1882. Di Negeri-Negeri Melayu
Bersekutu, Sekolah Melayu telah mula dibuka di Kelang pada bulan sptember 1875. Pada
tahun 1884 telah ditubuhkan pula Sekolah Melayu untuk pelajar perempuan di Teluk Belanga
(Singapura) dan sebuah lagi di Pulau Pinang. Kemuncak perkembangan bahasa Melayu di
75 Ibid, hlm 25.
76 Mohd Isa Othman, Sejarah Malaysia 1800-1963, Kuala Lumpur, Utusan Publications and
Distributors Sdn Bhd, 2002, hlm 210-211.

26

Tanah Melayu apabila Inggeris memperkenalkan sistem tulisan rumi di bawah pengendalian
R.J Wilkinson. Pada tahun 1904, usaha telah dilakukan untuk membukukan bahasa Melayu.
Pelajaran kesusateraan lama juga dikekalkan

bagi mengekalkan warisan kegemilangan

lama.77 R.O Winstedt dilantik oleh kerajaan untuk membuat kajian dan mengemukakan
cadangan bagi kemajuan pelajaran Melayu pada tahun 1916 yang mendorong kepada
tertubuhnya Maktab Pendidikan Sultan Idris. Pada tahun 1924, Pejabat karang-mengarang
telah dipindahkan dari Kuala Lumpur ke Maktab Sultan Idris78
Namun begitu, matlamat utama sistem pendidikan vernakular Melayu ini hanya
sekadar untuk menjadikan anak-anak Melayu lebih pandai sedikit daripada ibu bapa mereka.
Bahasa Inggeris adalah merupakan bahasa yang lebih tinggi prestijnya semasa zaman
kolonial British. Sekolah Inggeris dilihat memainkan peranan penting dalam melahirkan
golongan elit pentadbir Melayu. Maktab Melayu Kuala Kangsar adalah merupakan Sekolah
Inggeris yang berjaya melahirkan kadet-kadet Melayu berpendidikan Inggeris untuk
berkhidmat dalam perkhidmatan awam.79
Namun begitu, segala perkembangan-perkembangan yang wujud itu sebenarnya telah
mengembangkan lagi alam kesusateraan dan kesenian Melayu. Keadaan ini telah
memungkinkan bahasa Melayu menjadi bahasa kesusateraan dan diperteguh dengan cita-cita
serta perkembangan baharunya menjadi bahasa moden antarabangsa dalam apa-apa juga
bidang keilmuan. Hal ini dibuktikan dengan melihat pelajar lepasan Sekolah Melayu tetap
memberi sumbangan penting. Ramai tokoh lahir khususnya lepasan Maktab Pendidikan
Sultan Idris seperti Senu Abdul Rahman, Syed Nasir Ismail dan beberapa lagi pejuang
nasionalis tanah air.80 Perkembangan ini akhirnya mencapai kemuncak bahasa Melayu setelah
dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuaan 1957 sebagai bahasa rasmi Persekutuan.
7.0 ANALISIS.

77 Ibid, hlm 211-212.


78 Ibid, hlm 220-221.
79 Ibid, hlm 219.
80 A. Aziz Deraman, Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan
Pustaka, 2001, hlm 123.

27

Bahagian ini akan melihat sejauhmana elemen kenegaraan Melayu itu masih wujud dalam
satu kerangka sistem negara kolonial British dalam tempoh 1874 sehingga 1957. Melihat dari
aspek politik, sememangnya sistem beraja adalah merupakan elemen kenegaraan Melayu
yang menjadi fokus perbincangan. Sebelum memasuki zaman kolonial pada tahun 1874,
sistem beraja itu memperlihatkan kekuasaan seorang yang bergelar raja atau sultan sebagai
seorang pemerintah yang berkuasa mutlak dan berperanan dalam segenap aspek pentadbiran
sesebuah negeri. Bermulanya zaman kolonial, merupakan bermulanya wujud keadaan yang
menggugat sistem beraja Melayu tersebut iaitu melalui pengenalan sistem Residen. Walaupun
British mengekalkan kedudukan raja sesebuah negeri, namun, skop peranan dan kuasa
seorang raja atau sultan telah berkurang dan hanya berkuasa dalam hal ehwal agama Islam
dan adat istiadat Melayu. Hal ini berlanjutan sehinggalah kemerdekaan Persekutuan Tanah
Melayu pada tahun 1957 dimana menurut Perlembagaan Persekutuan 1957, menyatakan,
Ketua Negara bukan politik dinamakan Yang Dipertuan Agong81
Perkataan bukan politik tersebut jelas menyatakan bahawa raja-raja melayu kekal sebagai
ketua tertinggi namun sebagai satu entiti yang dipisahkan dari politik dan pentadbiran sebuah
negara. Hal ini memperlihatkan bahawa sistem beraja itu masih kekal jika dilihat dari segi
structure tetapi tidak dari segi substance.
Dalam aspek ekonomi pula, masyarakat Melayu dilihat memainkan peranan aktif
dalam perkembangan ekonomi negeri-negeri Melayu sebelum campur tangan Inggeris,
terutamanya golongan pemerintah yang mempunyai hak dalam mengutip cukai dan dalam
mengawasi laluan perdagangan. Selepas kedatangan pihak Inggeris, struktur ekonomi negerinegeri Melayu telah berkembang dari sistem ekonomi yang ditakrifkan sebagai ekonomi
tradisional berubah memasuki fasa ekonomi moden. Namun struktur baru itu hanya untuk
pihak Inggeris dan golongan pemodal asing, masyarakat Melayu tetap sama. Masyarakat
Melayu diasingkan dari ekonomi moden Inggeris dan ditempatkan di bahagian luar bandar
dan pedalaman. Keadaan ini menyebabkan rata-rata masyarakat melayu adalah miskin
selepas kemerdekaan. Walaupun, dasar tanah Inggeri seperti Enakmen Tanah Simpanan
Melayu pada tahun 1913 dilihat sebagai satu medium perlindungan British bagi melindungi
masyarakat asal Tanah Melayu, namun hakikatnya, ianya adalah alat untuk terus memastikan
masyarakat Melayu itu terus bergiat hanya dalam aktiviti pertanian dan tanah-tanah yang
81 Mohd Isa Othman, Sejarah Malaysia 1800-1963, Kuala Lumpur, Utusan Publications and
Distributors Sdn Bhd, 2002, hlm 344.

28

dirizabkan itu kebanyakannya bukanlah tanah yang bersifat kelas pertama iaitu kuran
produktif dan tidak subur.
Dari aspek undang-undang pula jelas memperlihatkan dimana undang-undang Melayu
lama yang digunakan oleh pemerintah di negeri-negeri Melayu sebelum kedatangan Inggeris
itu semakin berkurangan pengaruhnya. Hal ini adalah melalui penerapan undang-undang Am
Inggeris yang dilaksanakan oleh pihak Inggeris secara berperingkat-peringkat sehinggalah
kemuncaknya pada tahun 1956 dengan pengwujudan Undang-undang Sivil 1956. Semenjak
dari saat itu, sehingga Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, undang-undang tersebut terus
relevan.
Aspek agama Islam pula sememangnya tidak dapat dipisahkan daripada masyarakat
Melayu.

Buktinya,

dapat

dilihat

dalam

Perlembagaan

Persekutuan

1957

yang

memperlihatkan perkaitan diantara keduanya.


Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan menyebut bahawa seseorang yang
ditakrifkan sebagai Melayu itu ialah seseorang yang beragama Islam, lazimnya bertutur
dalam bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu.82
Perkara 3 (1) menyatakan dengan jelas bahawa Islam adalah agama rasmi bagi
Persekutuan.83
Jika dilihat dari segi struktur, elemen Islam itu terus kekal dalam aspek kenegaraan
Melayu, namun, itu hanyalah jika dilihat dari segi struktur. Tulisan ini melihat pemerintahan
kuasa Inggeris di negeri-negeri Melayu menandakan bermulanya pemisahan aganma Islam
itu dari politik. Seperti yang dinyatakan sebelumnya, undang-undang Melayu lama rataratanya adalah dipengaruhi oleh elemen Islam. Namun, selepas pengenalan undang-undang
Am Inggeris di Tanah Melayu adalah merupakan undang-undang yang bukan berteraskan
agama Islam. Namun apa yang masih tidak jelas dengan perkara 3(1) yang termaktub dalam
perlembagaan persekutuan itu ialah ianya hanya menyatakan bahawa Islam adalah sebagai
agama rasmi Persekutuan bukan Persekutuan sebagai sebuah negara Islam.

82 Rohani Ab. Ghani & Zulhilmi Paidi, Kenegaraan Malaysia :Isu-Isu dan Perkembangan, Pahang,
PTS Publications & Distributor Sdn Bhd, 2002, hlm 48.
83 Ibid, hlm 48.

29

Hal ini menjadi petanyaan dan masih kabur sehingga kini. Adakah situasi ini sama
dimana agama Kristian sebagai agama rasmi di negara seperti Denmark, Ireland, dan
Norway, begitu juga dengan penerimaan agama Buddha sebagai agama rasmi di Thailand.
Kekaburan dalam erti kata lain menimbulkan persoalan adakah penerimaan agama Islam ini
sebagai agama rasmi dalam bentuk sebuah negara sekular.84
Aspek bahasa pula memperlihatkan perkembangan sepanjang tempoh pemerintahan
kuasa kolonial itu di Tanah Melayu. Jumlah bilangan Sekolah Melayu yang dibuka juga
bertambah bilangannya. Namun perlu disedari bahawa sepanjang tempoh pemerintahan
Inggeris di Tanah Melayu bahasa Inggeris adalah merupakan bahasa yang menduduki prestij
tertinggi terutamanya dalam melantik kadet-kadet pentadbiran dalam kalangan Melayu.
Namun, segala perkembangan itu digunakan terutamanya oleh tokoh-tokoh nasionalis
Melayu untuk terus memartabatkan bahasa Melayu yang sehingga kini kekal dan utuh
sebagai bahasa Rasmi bagi persekutuan.

84 Ibid, hlm 55.

30

8.0 KESIMPULAN.
Kehadiran kuasa kolonial British di Tanah Melayu menjelang abad ke-19 adalah amat
berbeza dengan kehadiran mereka pada abad sebelumnya. Sepanjang tempoh pemerintahan
Inggeris di Tanah Melayu sememangnya tidak dinafikan bahawa sememangnya elemen
kenegaraan itu masih kekal sehingga ke hari ini. Unsur-tradisi seperti Raja, Melayu dan Islam
itu masih kekal sebagai unsur lama dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Namun,
turut tidak dinafikan bahawa unsur-unsur kenegaraan Melayu itu turut berubah disebabkan
penyesuaian yang dilakukan oleh pihak Inggeris bagi memudahkan mereka mengeksploitasi
hasil bumi Tanah Melayu dan mengaut keuntungan semaksima mungkin.
Seorang sarjana Belanda menyatakan bahawa,
Orang Barat bersikap hipokrit apabila mereka mengatakan bahawa Baratlah yang
membawa tamadun ke rantau ini. Hal ini kerana, orang Barat yang mula-mula datang ke
rantau ini bukanlah ahli yang terlindung dalah asuhan kebudayaan Barat, tetapi lebih tepat
dianggap sebagai penjajah atau pengkhianat kemurniaan pemerintahan Melayu atau paling
elok mereka hanyalah ahli Perniagaan85
Era selepas perang dunia kedua memperlihatkan dimana masyarakat Melayu itu mula
menyedari bahawa kapitalisme dan politik Barat hanya ditujukan untuk kepentingan mereka
sendiri. Barat memberi pengertiaan baru terhadap politik, pentadbiran dan undang-undang,
sementara memperteguh kuasa raja dan kesetiaan rakyat, tetapi pada hakikatnya mengekalkan
kekuasaan sebenar di tangan mereka. Pengertian dan bentuk baharu negara difahami apabila
negara mencapai kemerdekaan dan berlaku perpindahan kuasa daripada penjajah. Pelbagai
kesan pengaruh Barat dipupuk bagi kemajuan negara disamping menimbangkan unsurnya
yang tidak sesuai dengan elemen keperibadian dan kenegaraan Melayu.

85 A. Aziz Deraman, Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan
Pustaka, 2001, hlm 118.

31

RUJUKAN
A. Aziz Deraman. 2001. Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia. Kuala Lumpur. Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Abd Jalil Borhan. 2002. Majalah Ahkam Johor: Latar Belakang, Pelaksanaan dan Komentar.
Johor. Universiti Teknologi Malaysia.
Ahmad Shukri Mohd Nain & Rosman Md. Yusoff. 2003. Konsep,Teori, Dimensi dan Isu
Pembangunan. Skudai. Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.
Hairol Anuar Hj Mak Din. 2009. Sejarah Malaysia (1400-1969): Satu Evolusi. Selangor.
Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Akademik Kolej Universiti Islam Antarabangsa
Selangor.
Ismail Hamid. 1991. Masyarakat dan Budaya Melayu. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Jamaie Hamil. 2005. Umno dalam Politik dan Perlembagaan Melayu. Bangi. Penerbit
Universiti Kebangsaan Malaysia.
James W. Gould. 1969. The United States and Malaysia. London. Oxford University Press.
Jim Baker. 1999. Crossroads a Popular History of Malaysia and Singapore. Times Book
International.
Liaw Yock Fang. 2013. A History Of Classical Malay Literature. Indonesia. Yayasan Pustaka
Obor Indonesia. 2013.
Mahadzir Mohd Khir. 2012. Kuasa Melayu Satu Analisis Peralihan. Kuala Lumpur. Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Mahathir Bin Mohamad. 2012. Doktor Umum Memoir Tun Dr Mahathir Mohamad.
Selangor. MPH Group Publishing Sdn Bhd.
Mohamad Idris Salleh et al. 1994. Sejarah Pembangunan Bangsa dan Negara. Kuala
Lumpur. Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd.

32

Mohd Isa Othman. 2002. Sejarah Malaysia 1800-1969. Kuala Lumpur. Utusan Publications
and Distributors Sdn Bhd.
Mohd Syariefuddin Abdullah et al. 2009. Kenegaraan dan Ketamadunan. Selangor. Oxford
Fajar Sdn Bhd.
Noor Aziah Mohd Awal. 2003. Pengenalan Kepada Sistem Perundangan Di Malaysia.
Selangor. International Law Book Services.
Rahim Syam Norhale. 1985. Mendekati Kebudayaan Melayu. Petaling Jaya. Penerbit Fajar
Bakti Sdn Bhd.
Rohani Ab. Ghani & Zulhilmi Paidi. 2002. Kenegaraan Malaysia :Isu-Isu dan
Perkembangan. Pahang. PTS Publications & Distributor Sdn Bhd.
Vidhu Verma. 2002. Malaysia, State and Civil Society in Transitions. USA. Lynne Rienner
Publisher Inc.
Zaini Nasohah. 2004. Pentadbiran Undang-Undang di Malaysia: Sebelum dan Menjelang
Merdeka. Kuala Lumpur. Utusan Publications and distributors Sdn Bhd.
Zulhilmi Paidi & Rohani Abdul Ghani. 2003. Pendidikan Negara Bangsa. Pahang. PTS
Publications and Distributors Sdn. Bhd.

33