Anda di halaman 1dari 3

Teori Kemoralan Sosial

Konsep:
Teori kemoralan sosial ialah satu teori yang memberikan maksud tingkah
laku yang perlu ada dalam menjamin manusia terus hidup dalam keadaan aman
dan harmoni. Teori ini merupakan satu teori yang amat penting dan perlu dikaji
secara keseluruhan. Pada pendapat kami, teori ini sangat berkait rapat dengan
peraturan masyarakat yang berbilang jenis dan kaum. Teori ini banyak berkait
rapat dengan amalan masyarakat, undang-undang negara dan amalan sejagat
dengan konsep etika. Bagi kami, ia banyak melibatkan amalan masyarakat.
Teori ini banyak mementingkan nilai yang pentingkan masyarakat dan
bukan individu dalam mencapai matlamat moral. Teori ini juga boleh
dimaksudkan dengan peraturan moral yang dijadikan sebagai satu kewajipan
dan dikuatkuasakan oleh pemerintah supaya wajib diketahui. Peraturan ini tidak
membenarkan seseorang menilai dan mengkritik peraturan moral ynag telah
ditetapkan oleh masyarakatnya.

Kelemahan:
Teori ini banyak memberikan kelemahan pada memberikan kebaikan. Antaranya
ialah ia banyak menyekat kebebasan individu yang terpaksa tunduk kepada
peraturan yang dibuat oleh masyarakat. Selain itu juga, banyak berlaku salah
faham, koflik dan ketegangan kerana setiap masyarakat mempunyai pandangan
yang berbeza. Teori ini juga memberikan kesukaran masyarakat baru untuk
menyesuaikan diri dengan moral yang ada kerana masa dan keadaan telah
banyak berlaku perubahan.
Tambahan pula, teori ini mementingkan kepatuhan individu kepada autoriti
walaupun perkara itu bertentangan dengan kehendak hati mereka. Perkara yang
paling penting sekali, ialah tidak semua peraturan yang dibuat oleh masyarakat
adalah baik dan bagus. Terdapat juga peraturan yang dibuat oleh masyarakat
bersifat negatif dan akan membawa keburukan. Ini bermaksud, jika peraturan itu
dibuat dengan keadaan yang akan memberikan kesan yang positif, maka

masyarakat akan banyak menerima. Tetapi akan selalunya, perkara seperti itu
sukar untuk berlaku.

http://notakuliahpismp.blogspot.com/2012/05/teori-kemoralan-sosial.html

Perbandingan Teori Kemoralan Sosial dengan teori-teori yang lain


Teori Teleologikal menyatakan sesuatu nilai sama ada betul atau salah adalah
bergantung kepada keputusan akhir sesuatu tindakan.
Teori Deontologi lebih mementingkan sifat perlakuan atau ciri-ciri peraturan itu
dalam menentukan sama ada nilai itu adalah betul atau salah, akibat/kesan
sesuatu perlakuan adalah tidak dititikberatkan dalam teori ini.
Menurut Teori Prinsip Kewajipan, tanggungjawab merupakan satu nilai utama
menentukan sama ada tindakan itu bermoral atau tidak.
Teori Keperibadian Mulia menyatakan bahawa setiap keperibadian yang mulia
merupakan jalan tengah, iaitu sesuatu nilai yang diamalkan itu adalah tidak
berlebihan dan tidak juga terlalu kurang.
Teori Kemoralan Sosial cenderung mengaitkan peraturan masyarakat dengan
konsep etika. Standard atau ukuran moral merangkumi nilai-nilai yang
mementingkan masyarakat dan individu bukan sebagai matlamat kemoralan.

Kritikan terhadap Teori Kemoralan Sosial


Teori kemoralan sosial merupakan etika yang keterlaluan berlandaskan
peraturan

masyarakat

dianggap

dogmatik

dan

authoritarian.

Teori

ini

melemahkan autonomi serta menyekat pertimbangan bebas dan pilihan sukarela

Semua masyarakat mempunyai peraturan moral masing-masing; nilai, tradisi,


undang-undang, adat serta kepercayaan. Ini bermakna terdapat pertentangan
peratutan moral dengan masyarakat lain. Hal ini secara tidak langsung boleh
bawa ketegangan dan konflik.
Bull (1969) pula menyatakan bahawa Teori Kemoralan Sosial membentuk satu
sekatan atau isbat berasaskan apa yang diizinkan atau ditegah oleh autoriti
dalam masyarakat. Walaubagaimanapun,boleh hilang kuasanya jika seseorang
itu didapati menyembunyikan perbuatan buruk yang melanggar peraturan
masyarakat. Misalnya di negara kita berzina satu kesalahan, tetapi terdapat
orang bersekedudukan yang tidak segan silu apabila berada di luar negara
yang longgar peraturannya

http://oh-cikgu.blogspot.com/2011/06/teori-kemoralan-sosial.html

Anda mungkin juga menyukai