Anda di halaman 1dari 22

MD EMRAN BIN

SAIDI

KKBBM
UJIAN
KETERUSAN

PENERANGAN
Tujuan pemeriksaan dan pengujian dijalankan ke atas
pemasangan pengguna atau alat-alat elektrik adalah
untuk memastikan keselamatan sesuatu pemasangan
telah terlaksanakan mengikut peraturan IEE, TNB dan
Suruhanjaya Tenaga (ST) agar berfungsi dengan betul
serta selamat digunakan.

Pemeriksaan dan pengujian perlu dijalankan ke atas


perkara- perkara berikut:
i. Pemasangan baru.
ii. Pemasangan sedia ada untuk tujuan penambahan atau
pengubahsuaian.
i. Pemasangan elektrik yang sedia ada secara berkala
mengikut perancangan atau perencanaan untuk tujuan
penyelenggaraan.
ii. Ujian di atas permintaan pengguna atau arahan. Ini
biasanya apabila berlaku kerosakan terhadap pemasangan.
iii. Ujian untuk proses kemasukan borang kepada TNB.

PEMERIKSAAN PENGLIHATAN
Pemeriksaan penglihatan adalah dicadangkan dilakukan
terlebih dahulu sebelum diadakan sebarang ujian iaitu dengan
cara melihat, tujuannya adalah seperti berikut:
i. Untuk memastikan bahawa alat-alat yang dipasang adalah
mengikut Piawaian British (BS), Piawaian Malaysia (MS) yang
diluluskan oleh Pengerusi Suruhanjaya Tenaga (ST) dan Sirim.
Sekiranya alat-alat tersebut tidak ada sebarang tanda kelulusan
maka pihak pemborong hendaklah mengemukakan surat
kelulusan berkenaan.
ii. Untuk memastikan bahawa keseluruhan pemasangan itu
dijalankan mengikut peraturan IEE, TNB, JKR, ST dan lain-lain
peraturan yang dikehendaki.
iii. Untuk memastikan bahawa tidak ada kerosakan yang nyata atau
zahir pada pemasangan atau alat-alat elektrik yang
disambungkan kepadanya.

Senarai Pemeriksaan Penglihatan


Pemeriksaan Penglihatan sebagaimana yang disyorkan
oleh pihak TNB adalah seperti berikut :
i. Setiap sambungan pada pengalir kabel mestilah betul serta
kuat dan kukuh dari segi mekanikal dan elektrikal.
ii. Setiap pengalir kabel mestilah dibuat tanda pengenalan
terutamanya pada pendawaian tiga fasa
iii. Semua kabel dan peralatan mestilah dipasang di tempattempat yang tidak terdedah dan yang boleh membahayakan
keadaan.
iv. Pemilihan saiz kabel, penebat, kapasiti membawa arus dan
susutan voltan hendaklah diberi perhatian.
v. Sambungan suiz kutub tunggal ke pangalir fasa sahaja

Sambungan
.
vi. Sambungan yang betul ke atas soket, pemegang lampu dan
alat-alat kawalan yang lain.
vii. Semua alat-alat yang digunakan seperti suis, soket, fius dan
lain-lain mestilah diluluskan oleh Pengerusi Suruhanjaya
Tenaga dan Sirim.
viii. Beban bagi sesuatu litar hendaklah diberi perhatian,
contohnya bilangan point bagi sesuatu litar.
ix. Konduktor Bumi :
a. Perlindungan mekanikal.
b. Perlindungan dari karat.
c. Sambungan yang kuat ke elektrod bumi.
d. Mengikut saiz.

x. Elektrod Bumi

Sambungan
.

a) Saiz dan ukuran panjang.


b) Jenis bahan.
c) Kotak bumi (kebuk bumi).
d) Label amaran.
xi. Tanda-tanda amaran dan pengenalan:
a) Label pada suis gear dan gear kawalan.
b) Pengenalan pada konduit dan trunking dengan
cat bewarna oren.
a) Tanda amaran kehadiran voltan 240V atau 415V.

Sambungan
.

xii. Kaedah perlindungan daripada sentuhan terus:


a) Perlindungan dengan halangan.
b) Perlindungan dengan mengelak jangkauan.
c) Perlindungan dengan bahan bukan pengalir.
d) Perlindungan dengan penahan dan penutup.
e) Perlindungan dengan penebatan ke atas bahagianbahagian hidup.

Turutan pengujian
Pengajian mestilah dijalankan mengikut turutan ini yang bertujuan
bagi mengelakkan bahaya pada orang yang menguji dan untuk
keselamatan pemasangan serta alat-alat penguji. Berikut adalah
senarai pengujian yang perlu dijalankan mengikut turutan :
a) Ujian keterusan.
b) Ujian keterusan pengalir litar akhir gelang.
c) Ujian pengalir perlindungan, ini termasuklah pengalir ikatan
utama dan tambahan
d) Ujian kekutuban.
e) Ujian rintangan penebatan.
f) Ujian rintangan elektrod bumi.
g) Ujian galangan gelung kerosakan ke bumi.
h) Ujian kendalian pemutus litar bocor ke bumi.

Ujian keterusan
Ujian ini bertujuan untuk memastikan setiap pengalir
mempunyai keterusan di sepanjang litar. Terdapat dua kaedah
ujian keterusan yang dicadangkan. Alat penguji yang digunakan
adalah jangka ohm dan loceng penguji (D.C).

Tatacara menjalankan ujian :


i. Suis utama hendaklah di OFFkan.
ii. Beban hendaklah ditanggalkan, jika tidak boleh ditanggalkan
suis kawalan hendaklah di OFFkan.
iii. Suis kawalan hendaklah di Onkan sekiranya lampu atau
beban dapat ditanggalkan.
iv. Fius atau pemutus litar akhir hendaklah di cabut atau di
OFFkan.
v. Jalankan ujian sebagaimana rajah di bawah.

Sambungan
.
Semasa ujian ini dilakukan lampu tidak perlu dicabut dari
pemegang lampu dan suis hendaklah di ONkan.
Meter menunjukkan bacaan bagi beban tersebut.

Ujian keterusan litar gelang.


Ujian ini dijalankan adalah bertujuan untuk memastikan setiap
pengalir mempunyai keterusan disepanjang litar gelang. Terdapat
dua kaedah ujian keterusan litar gelang yang dicadangkan. Alat-alat
penguji yang digunakan ialah multimeter (ohm meter) dan loceng
penguji (d.c)

Tatacara menjalankan ujian kaedah pertama.


1. Ujian keterusan di antara penghujung akhir bagi setiap
pengalir litar gelang, sambungkan lead penguji seperti
gambarajah di bawah:

Sambungan
.

2. Ulang tatacara seperti di atas bagi ujian


keterusan pengalir fasa dan neutral.
3. Meter akan menunjukkan bacaan mestilah
kurang daripada satu ohm menunjukkan keterusan
pengalir adalah baik.

Tatacara menjalankan ujian kaedah kedua.


1. Ujian keterusan di antara penghujung bagi setiap pengalir
litar gelang, sambungkan plambam penguji seperti rajah di
bawah. Satu pengalir digunakan untuk pintaskan ketiga-tiga
pangalir iaitu bumi, neutral dan hidup.
2. Meter akan menunjukkan bacaan mesti kurang daripada satu
ohm menunjukkan keterusan pengalir adalah baik.
3. Ujian keterusan ini dijalankan dengan pengalir iaitu N - L, L
- E dan N - E

Ujian keterusan pengalir perlindungan


Tujuan ujian keterusan pengalir perlindungan dijalankan adalah
untuk memastikan ia disambung secara betul dan berkesan. Alat
penguji yang digunakan adalah jangka ohm. Terdapat dua jenis
kaedah untuk menjalankan ujian keterusan pengalir perlindungan.

Tatacara menjalankan ujian keterusan pengalir


perlindungan kaedah pertama.
1. Bekalan utama diputuskan jika perlu.
2. Bagi menguji keterusan pengalir perlindungan sambungkan
plambam penguji mengikut gambarajah dibawah.
3. Meter akan mesti menunjukkan bacaan kurang daripada satu
ohm menunjukkan keterusan pengalir perlindungan adalah
baik.

Tatacara menjalankan ujian keterusan pengalir perlindungan


kaedah kedua
1. Bekalan utama diputuskan jika perlu
2. Bagi menguji keterusan pengalir perlindungan satu pengalir
tambahan diperlukan untuk pintaskan pengalir
perlindungan dengan pengalir fasa atau neutral sebagai
pengalir panduan.
3. Meter mesti menunjukkan bacaan kurang daripada satu
ohm bagi menunjukkan keterusan pengalir perlindungan
yang baik.